Tuesday, April 24, 2007

AL-QURAN AL-KARIM MENDIDIK INDIVIDU DAN KELUARGA

TAKRIF AL QURAN

Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam beberapa naskhah mashaf dan dipindahkan daripada baginda SAW dengan riway­at yang mutawatir. Membacanya merupakan satu ibadah. Inilah ta'rif al-Quran yang dipersetujui para ulama' Usul Fiqh dan baha­sa.

HUBUNGAN AL QURAN DAN AS SUNNAH

Kebanyakkan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak secara detail atau terperinci). Peranan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseo­rang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.

Al-Imam al-Auza'i telah meriwayatkan daripada Hassan Ibnu 'Atiy­yah, katanya: "Ketika wahyu turun kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril membawa as-Sunnah yang mentafsirkan wahyu tersebut. Maka setiap perkara yang lahir daripada Rasulullah SAW samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuan berasal daripada wahyu Allah SWT jua.

Allah SWT telah berfirman:

Terjemahannya:

" Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melain­kan apa yang telah diwahyukan kepadanya. "

(Surah an-Najm: ayat 3-4 ).

Kehidupan Rasulullah SAW adalah penterjemahan realistik al-Quran al-Karim. Sayyidatina 'Aisyah r.a. pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya: " Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran. "

SUMBER PEMBENTUKAN INDIVIDU DAN KELUARGA BAHAGIA

Sumber pembentukan individu dan keluarga bahagia ialah al-Quran al-Karim manakala hadith atau sunnah Rasulullah SAW adalah terbitan dari­pada al-Quran al-Karim.

Rasulullah SAW adalah model yang praktikal bagi didikan Islam. Baginda adalah pentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran samada dengan amalan, budi pekerti atau pun arahan-arahan.

DIDIKAN AL QURAN SERTA NATIJAHNYA

Sistem didikan al-Quran adalah unik. Sistem ini tidak meniru mana-mana sistem yang ada di bumi. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satu generasi yang sungguh mengka­gumkan dan tiada bandingan dalam sejarah. Generasi yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri berubah secara “total” kepada bersatu padu, membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturun­kan Allah SWT) dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telah mendapat pujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT:

Terjemahannya:

" Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma'ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, maka tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasiq "

(Surah 'Ali Imran: ayat 110 )

PROSES PEMBENTUKAN ADALAH IRADAH ALLAH S.W.T

Generasi muslim terbaik itu dikenali sebagai generasi al-Quran. Generasi tersebut adalah natijah daripada tarbiyyah Rasulullah SAW berdasarkan wahyu Allah SWT. Tarbiyyah Rasulullah S.A.W. berjalan selama 23 tahun - 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.

Tiga belas tahun di Mekah adalah masa pembinaan dan pengukuhan aqidah Islamiyyah. Sepuluh tahun di Madinah adalah masa penegakan undang-undang dan hukum-hukum yang mengurus dan mengatur masyara­kat dan daulah Islamiyyah yang dibentuk Rasulullah SAW.

Al-Quran membina dan mendidik aqidah ummah itu dalam jangka masa yang begitu lama kerana menurut iradah (kehendak) Allah SWT. Jika Allah SWT mahu, Allah SWT boleh menurunkan ayat-ayat al-Quran secara lengkap sekaligus lalu dibiarkan ummah itu mempelajari dan memahaminya. Sebenarnya iradah Allah SWT tidak sedemikian. Allah SWT menghendaki satu sistem tertentu dan unik dalam pembi­naan ummah. Pembentukan aqidah berjalan serentak dengan kematan­gan ummah dan selaras dengan penurunan ayat-ayat al-Qur'an yang beransur-ansur. Allah SWT menghendaki agar ummah itu dibina dengan aqidah Islamiyyah, selepas itu Islam yang syumul dapat dipraktikkan dengan baik.

Din al-Islam adalah Din Rabbani. Sistem untuk melaksanakannya juga Rabbani. Sistem ini tidak boleh dipisahkan atau diketepikan. Lantaran Din al-Islam didatangkan oleh Allah SWT untuk membina aqidah dan membentuk individu, ahli keluarga dan masyarakat, maka sudah tentu sistem pembinaan dan pembentukan itu merupakan perencanaan atau perancangan Allah SWT yang tidak boleh dipandang sepi.

Firman Allah SWT:

Terjemahannya:

" Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit. "

(Surah al-Isra': ayat 106)

Cara penurunan al-Quran merupakan perencanaan Allah SWT dalam proses pembentukan dan pembinaan individu, ahli keluarga dan ummah agar aqidah Islam benar-benar terbentuk, menjadi pegangan dan lahir dalam pergerakan hidup, bukan sekadar teori atau pengetahuan semata-mata.

KEMUNCAK NATIJAH

Terbukti dalam sejarah kemanusiaan, didikan al-Qur'an telah melahirkan generasi yang benar-benar mendokong al-Quran dan as-Sunnah. Itulah proses didikan yang telah menghasilkan generasi Muslimin sejati dan berwibawa mengepalai pimpinan alam ke arah kesejahteraannya. Generasi yang melengkapi sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia, yang mengandungi pemuda-pemuda yang berji­wa Tauhid dan tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan nilai-nilai keduniaan. Cita-cita mereka ialah memenangi keredhaan Allah SWT semata-mata. Mereka sentiasa bersedia menyahut panggilan Iman dan memandang kehidupan jahiliyyah tidak bernilai. Nilai mereka sebenar ialah nilai Allah SWT. Justeru inilah yang perlu kita bina, membina individu muslim yang beriman, kemudian membentuk keluarga lalu ahli keluarga di didik dengan didikan Al Quran demi membina keluarga yang beriman, dan insyaAllah, masyarakat dan ahli komuniti yang beriman akan terbentuk dan dominan dalam masyarakat.

Dalam sirah Rasulullah dan para sahabat, setiap wakil atau delegasi yang dikirimkan Rasulullah SAW ke sesuatu tempat akan bertindak menurut apa yang dikehendaki Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Perhatikanlah sikap Mu'az bin Jabal r.a. yang menjadi wakil Rasulullah SAW ke Negeri Yaman. Sebelum beliau bertolak ke Yaman, Rasulullah SAW telah menguji beliau dengan katanya yang bermaksud, "Wahai Mu'az! Bagaimanakah kamu hendak lakukan jika dikemu­kakan sesuatu masalah kepadamu?" Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum dengan apa yang tersebut di dalam Kitab Allah." Baginda bertanya lagi, "Bagaimana pula jika tidak kedapatan di dalam Kitab Allah?" Jawab Mu'az, "Saya akan berhukum menurut Sunnah Rasulullah SAW." Baginda bertanya lagi, " Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW?" Jawab Mu'az, "Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan." Kemudian Rasulullah SAW berkata, "Alhamdulillah yang telah memberi pertunjuk kepada utusan Rasu­lullah mengikut cara yang diperkenankan Rasulullah."

Jawapan yang diberikan oleh Mu'az itu membuktikan bahawa pegangan hidup generasi sahabat Rasulullah SAW adalah syari'at Allah SWT sahaja. Mereka meletakkan tuntutan al-Quran di tempat pertama dalam hidup mereka. Mereka benar-benar terdidik dengan al-Quran bahkan kebanyakkan dari meraka adalah Huffaz (penghafaz-penghafaz) al-Quran. Dalam tragedi Bi'r al-Ma'unah terdapat 70 orang sahabat huffaz telah gugur syahid. Dalam peristiwa al-Yamamah pada zaman Khalifah Abu Bakr as-Siddiq terdapat 70 para huffaz telah syahid di suatu masa seperti yang pernah dijelaskan oleh Imam al-Qurthubi.

Kesimpulannya, kita perlu kembali menjadikan Al Quran dan Hadith Rasulullah saw sebagai panduan dan sumber dalam membina diri dan ahli keluarga kita. Tidak ada formula yang terbaik untuk kita menyelesaikan konflik yang sedang melanda manusia dan keluarga masa kini, melainkan kita memahami hakikat mengimani seluruh wahyu yang telah diturunkan oleh Allah swt untuk manusia 1400 tahun yang lalu.

Al Quran: Sumber Terbaik Mendidik Keluarga

MENGAPA MANUSIA DICIPTAKAN

DAN APAKAH TANGGUNGJAWABNYA ?

Seharusnya dalam institusi kekeluargaan kita, jawapan kepada persoalan asas mengapa manusia diciptakan dan apakah tanggungjawabnya wajib telah kita fahami dan terjemahkan dala kehidupan. Ini penting kerana perlaksanaan terhadap kefahaman 2 persoalan di atas akan membentuk dan menentukan halatuju keluarga yang kita bina. Mari kita bersama perhatikan kepada tiga persoalan asas yang berkaitan dengan seluruh kehidupan kita. Persoalan-persoalan tersebut adalah:-

1. Dari manakah kita datang ?

2. Mengapakah kita di datangkan ?

3. Kemanakah kesudahan kita ?

Untuk mencari jawapannya yang tepat maka perlulah kita merujuk kepada apa yang telah dinyatakan oleh Allah s.w.t di dalam al Quran al Karim.

Persoalan Pertama: Dari manakah kita datang ?

Jawapannya akan kita dapati dari Firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya:

“ Wahai sekelian manusia, jika kamu masih ragu-ragu terhadap hari Qiamat, sesungguhnya Kami (Allah s.w.t) telah jadikan kamu dari tanah, kemudian daripada air mani, dari air mani menjadi darah sampai ia menjadi sepotong daging yang telah sempurna kejadiannya dan yang belum sempurna, supaya Kami beri keterangan kepada kamu dan Kami tetapkan di dalam kandungan (rahim) ibu mengikut kehendak Kami, sampailah waktu tertentu maka Kami keluarkan kamu dari kandungan ibumu menjadi kanak-kanak sampai kamu menjadi orang dewasa. Di antara kamu ada yang dimatikan dan ada yang dipanjangkan hidupnya sampai terlalu tua hingga tidak mengetahui apa-apa sedangkan sebelumnya kamu mengetahui “ (Surah Al Hajj ayat 5)

Dengan meneliti ayat tersebut dapatlah kita mengetahui dari manakah datangnya kita dan persoalan tersebut telah terjawab.

Persoalan Kedua : Mengapakah kita didatangkan atau mengapa kita dijadikan oleh Allah s.w.t ?.

Jawapan kepada persoalan ini terdapat di dalam firman Allah s.w.t :-

Terjemahannya:

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “ (Surah Adz Dzariyaat ayat 56)

Para ulama' muktabar telah menghuraikan pengertian ibadah itu dengan panjang lebar, yang mana perkataan ibadah ada kesyumulannya (kesempurnaannya) dan mempunyai ruang lingkup yang luas, tidak terbatas atau terhad semata-mata kepada fardhu solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tugas dan kewajipan kita di dunia ini adalah beribadah dan memperhambakan diri kepada Allah s.w.t berdasarkan kepada firmanNya tersebut.

Untuk menepati kehendak ibadah dalam seluruh hidup ini, maka setiap perbuatan yang kita lakukan itu mestilah semata-mata kerana Allah s.w.t serta mengikut betul-betul arahan yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

Jika demikian, segala makanan, minuman, pelajaran, pekerjaan, pendidikan jasmani, perkahwinan dan mendidik anak adalah merupakan jalan-jalan atau faktor-faktor yang membantu kita untuk taatkan Allah s.w.t serta teguh beribadah kepadaNya. Juga menjadikan kita bertaqarrub (menghampirkan diri) kepada Allah s.w.t. Ini bermakna rumah, sekolah, kilang, pejabat, sawah ladang, padang permainan , gedung perniagaan dan sebagainya adalah medan ibadah. Bahkan seluruh bumi Allah s.w.t ini merupakan ‘ masjid ‘, tempat menunaikan ibadah dalam realiti kehidupan.

Sehubungan dengan itu, Syaikh al Islam Ibn Taimiyyah telah menyatakan bahawa ‘ Setiap perkara yang telah Allah s.w.t perintahkan hamba-hambaNya melaksanakan adalah dikira sebagai ibadah. Ibadah yang meliputi apa sahaja yang diredhai oleh Allah s.w.t, samada tutur kata, perbuatan dan tingkah laku.

Professor Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan di dalam bukunya ‘ al Ibadah Fi al Islam ‘ bahawa ‘ Sesungguhnya beribadah kepada Allah s.w.t tidaklah terhad kepada mengerjakan solah, puasa, zakat dan haji dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti tilawah al Quran, zikir, berdoa, beristighfar dan sebagainya sebagaimana fahaman sesetengah golongan Islam (yang mendakwa Islam). Ramai yang telah menyangka bahawa apabila mereka telah menunaikan fardhu-fardhu dan syiar-syiar yang tersebut bererti mereka telah menyempurnakan haq Allah s.w.t terhadap mereka sepenuhnya. Mereka menyangka sudah sesesai menunaikan kewajipan ‘Ubudiyyah terhadap Allah s.w.t. Pada hal tanggapan tersebut adalah meleset dari hakikatnya yang sebenar ‘

Beliau membuat penjelasan lagi bahawa “ Tidaklah dikira ibadah kepada Allah s.w.t jika seseorang itu berfahaman aku solah, aku berpuasa, aku berzakat dan aku menunaikan haji tetapi aku bebas memakan daging babi, minum arak, makan riba’, berjudi serta menolak hukum-hukum syariat Allah s.w.t yang tidak sesuai dengan pandanganku. Juga tidak dikira ibadah kepada Allah s.w.t bagi orang yang menganggap ibadahnya hanya ketika berada di kawasan masjid, tetapi apabila ia keluar dari masjid dan menceburkan diri dalam bidang-bidang kehidupan lain , dia menjadi hamba kepada kehendak dirinya sendiri, bebas mengikut hawa nafsunya dengan tidak menghiraukan hukum-hukum Allah s.w.t.

Oleh kerana itu maka setiap orang yang terkeliru mestilah membetulkan kefahamannya dan kembali mengenal Islam dan ibadah kepada Allah s.w.t. Semoga seluruh kehidupannya berada dalam keredhaan Allah s.w.t. cukuplah bagi seseorang Muslim itu berfikir bahawa dia adalah khalifah Allah s.w.t di muka bumi ini untuk menjalankan tugas dan arahan Allah s.w.t semata-mata. Memadai dia berbuat demikian untuk mencorakkan segala jenis amalannya dengan corak Islam hinggalah segala perkataan, perbuatan dan diamnya itu menjadi ibadah kepada Allah s.w.t.

Menurut al Qaradhawi lagi, bahawa ibadah itu merangkumi dua tugas besar yang menjadi teras bagi semua perkara yang tersebut sebelum ini. Tugas tersebut adalah:

1. Menyeru kepada kemakrufan dan mencegah daripada kemungkaran

2. Berjihad ke jalan Allah s.w.t.

Menurut huraian asy Syahid Sayyid Qutb, bahawa kerja-kerja menyuruh kepada makruf serta mencegah mungkar tidak boleh dipandang ringan. Umat ini tidak berjaya selagi makruf tidak tertegak sebagai makruf dan mungkar tidak dimusnahkan sebagai mungkar. Untuk melaksanakan tugas yang besar ini maka perlulah kepada pembentukan Ummah. Ummah yang tertegak di atas dasar Iman kepada Allah s.w.t dan Persaudaraan kerana Allah s.w.t agar hukum-hukum Allah s.w.t terlaksana, kerja-kerja makruf berjalan dengan senang, kebenaran mengatasi kepalsuan, kebaikan sentiasa disokong dan kemungkaran sentiasa di tentang. Untuk sampai kepada ummah Islam sedemikian , maka jihad yang berterusan diperlukan dan mengikut jalan-jalan yang betul sebagaimana yang telah digariskan oleh Rasulullah s.a.w. Dalam konteks kekeluargaan, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk memastikan makruf berjalan di dalam rumahnya dan hal-hal mungkar di halang, ditegah dan diharamkan dari hidup dan menumpang di dalam rumahnya .

Persoalan Ketiga : Kemanakah kesudahan kita ?

Persoalan ini tidak memerlukan kepada huraian yang panjang kerana setiap orang menyedari asal usulnya serta mengetahui akan tugas dan kewajipannya. Maka InsyaAllah ia akan menyedari pula kemanakah kesudahannya. Walaupun demikian, jawapannya tetap telah dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:-

Terjemahannya:

“ Sesungguhnya kepada Tuhan (Allah) kesudahan kamu (tempat kembali). Dialah yang membuatkan kamu tertawa dan Dia juga yang membuatkan kamu menangis. Dialah yang mematikan kamu dan menghidupkan kamu kembali “

(Surah An Najm ayat 42 – 44 )

Menjawab 3 Persoalan Asas

Konflik adalah bahagian yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan berkeluarga (Patricia Noller dan Mary Anne Fitzpatrick,1993). Apakah konflik dalam keluarga? Konflik berlaku apabila terdapat ahli-ahli keluarga yang tidak bersetuju mengenai sesuatu perkara dalam kehidupan mereka. Antaranya ialah siapa yang patut melakukan tugas tertentu, bagaimana sumber digunakan secara bersama ataupun bagaimana keputusan harus dibuat. Perbezaan-perbezaan ini memberi kesan ke atas seluruh atau sebahagian ahli-ahli keluarga.

Kebahagiaan dalam keluarga adalah tanggungjawab semua ahli khususnya ibu dan ayah. Ayah atau suami khususnya, harus mempunyai peribadi yang baik, bertanggungjawab dan matang supaya penelitian yang saksama, adil dan berhati-hati dapat dilaksanakan dalam keluarga (Nina Kirana,1992). Kasih-sayang, mencintai dan keinginan terhadap satu sama lain telah dinyatakan
dengan jelas dalam surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud ;
"Bahawa Dia menjadikan kamu dari jenis kamu jodoh-jodoh dan kamu bersenang-senang kepadanya dan Dia jadikan di antara kamu percintaan dan kasih-sayang, sesungguhnya tentang itu, ada tanda ayat-ayat bagi kamu yang mahu berfikir."
Istilah yang seringkali dikaitkan dengan keluarga ialah "kebahagiaan." Kebahagiaan melambangkan sesuatu yang indah dan menyeronokkan. Kehidupan yang bahagia memungkinkan seseorang itu berupaya menikmati kemanisan hidup yang begitu berharga di sepanjang hidup di dunia (Hasan Mohd Ali, 1994). Kehidupan berkeluarga bererti berinteraksi, berkomunikasi dan berhubung menggunakan tubuh badan, fikiran, emosi dan suara hati. Akal, perasaan dan emosi biasanya menjadi bibit-bibit awal kepada konflik yang merumitkan hubungan kekeluargaan. Akhirnya isu-isu yang kecil menjadikan ahli keluarga "berperang besar" kerana perselisihan faham disebabkan masing-masing menyalahkan satu sama lain di atas kegagalan menguruskan rumah tangga.
Antara punca konflik yang timbul dan meruncing dalam keluarga ialah :
1. Kurang kefahaman terhadap tanggungjawab sebagai suami/ayah dan isteri/ ibu dan anak
Tanggungjawab sebagai suami/ayah, isteri/ibu dan anak adalah mengikut saranan agama, tradisi masyarakat dan peranan-peranan baru yang dipelajari melalui pendidikan formal dan tidak formal. Pendedahan terhadap tanggungjawab ini memerlukan usaha yang berterusan kerana masyarakat masih percaya bahawa apabila berkahwin, telah cukup sempurna kedua-dua mempelai untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing. Ada sesetengah pandangan yang jahil tentang tanggungjawabnya, ada yang tahu secara samar-samar dan ada yang tahu tetapi tidak mahu mengamalkannya kerana tidak peduli.
2. Kurang bijak menguruskan masa
Hidup berkeluarga dalam masyarakat yang bekerja, perkara yang menjadi keutamaan ialah bijak menguruskan masa lebih-lebih lagi masa yang berkualiti. Ibu bapa yang kurang mahir menguruskan masa bersama keluarga akan mengalami kerugian besar. Kemesraan, interaksi dan sentuhan fizikal yang berkurangan akan menghilangkan kasih-sayang, akhirnya anak-anak akan lebih rapat dengan penjaga.
3. Ekonomi keluarga yang kurang mantap
Kos hidup yang semakin meningkat membuatkan pasangan keluarga mengehadkan perbelanjaan. Pembelian ke atas barangan yang tidak perlu hanya akan mengurangkan pendapatan keluarga dan menjadikan krisis kewangan lebih rumit. Faktor wang kadangkala menyebabkan pergaduhan di antara suami dan isteri yang menggugat kebahagiaan keluarga. Keluarga yang tidak mempunyai asas perancangan kewangan akan mengalami masalah menguruskan kewangan masing-masing terutama jika pendapatan isi rumah sangat kecil dan terhad.
4. Mengabaikan pendidikan agama
Kebahagiaan keluarga terletak pada banyak faktor dan yang paling utama ialah beragama. Awal kepada agama ialah mengenal Tuhan (akidah). Mendidik keluarga kepada Tuhan pada hakikatnya ialah usaha menanam keyakinan bahawa hidup adalah untuk mendapat keredhaan Allah swt. Instrumen yang diguna pakai ialah mengerjakan solat lima kali sehari dan yang terbaik ialah berjemaah. Pengabaian amalan agama membentuk keluarga yang pincang, resah, mudah bergelora dan kesan jangka masa panjang yang negatif kepada ibu bapa.
5. Campur tangan keluarga
Perbezaan keturunan (miskin-kaya) pada sesuatu pasangan akan menjadi masalah apabila ianya menjadi fitnah dan batu api. Di pihak yang miskin, ia menimbulkan rasa malu dan rendah diri. Akhirnya tentulah ia akan jauh hati dan enggan bercampur-gaul dengan masyarakat. Manakala bagi yang kaya pula, ia turut berasa malu dan menganggap dirinya diketepikan dalam keluarga. Bagi menghilangkan rasa malu, penceraian adalah jalan keluar yang terbaik. Perbezaan status adalah lumrah dalam masyarakat hari ini dan mengundang fitnah khususnya apabila melibatkan harta atau kekayaan. Ahli keluarga yang iri hati akan mempastikan kedua-dua pihak bersengketa dan akan berasa puas setelah penceraian berlaku.
6. Kahwin paksa
Keluarga yang melihat hubungan saudara lebih penting daripada perasaan sayang di antara anak dan pasangannya akan memaksa si anak untuk menerima pilihan mereka. Ibu bapa yang memaksa pilihan mereka ini tidak memahami bahawa anak-anak sekarang sangat terdedah kepada pelbagai rupa bentuk manusia – di pejabat, tempat perniagaan, kenalan dan kawasan perumahan. Anak-anak yang berkahwin paksa pada zahirnya nampak bahagia tetapi batin mereka terseksa kerana tidak punya rasa kasih dan sayang.
7. Perubahan hidup
Kenaikan pangkat bererti gaji dan elaun akan naik. Status hidup juga bertambah baik. Keadaan sesebuah keluarga akan lebih malang jika perubahan kerjaya ini membawa sekali perubahan pemikiran, emosi dan tingkah laku seperti anggapan tidak setaraf, membeli jenama pakaian yang mahal dan melihat pengorbanan pasangan sebagai tidak ada harga. Malah ada yang mengambil kesempatan perubahan hidup bererti mengubah pasangan. Justeru itu, wujudlah orang ketiga yang mengganggu ketenteraman hidup keluarga sedia ada.Potensi untuk konflik yang lebih besar dalam keluarga moden hari ini disebabkan kekurangan persetujuan tersirat berkenaan peranan gender, desakan untuk peranan yang lebih fleksibel dan boleh ditukar ganti serta harapan perubahan untuk melihat bagaimana keluarga harus membuat sesuatu keputusan. Dalam keluarga, sebarang isu boleh bertukar menjadi konflik. Sebuah keluarga boleh bergaduh mengenai isu yang bersifat tunggal, jelas ataupun yang melibatkan hubungan seperti kuasa, kasih-sayang dan autonomi pasangan.
"Dan terimalah pesanku untuk berbuat kebajikan kepada wanita-wanita kerana mereka itu dijadikan dari tulang rusuk yang paling bengkok iaitu yang paling atas. Jika kamu hendak luruskan nescaya kamu patahkan dia, jika kamu biarkan dia, tetaplah dia bengkok kerana itu terimalah pesanku untuk berbuat baik kepada wanita." (Hadis muttafa'alaihi dari Imam Bukhari).
Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957 membawa keuntungan kepada umat Islam antara lain disebabkan Islam dijadikan sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan. Kesempatan terbuka luas untuk pembinaan kaedah dan nilai-nilai perkahwinan yang sebelum itu tenggelam atau tertutup oleh konsep adat (Zaleha Kamaruddin,1997). Keluarga adalah asas kepada masyarakat dan negara. Institusi kekeluargaan harus ditadbir dengan baik kerana keluarga yang mantap dan stabil dapat menyumbang kepada keharmonian negara. Kadar jenayah yang meningkat, remaja yang rosak akhlak dan ibu bapa yang lalai akan menjadi bahan sejarah jika keluarga sedia ada dapat berfikiran terbuka bagi mencari ilmu dan kemahiran untuk menguruskan kecemerlangan keluarga masing-masing.
Keluarga bermula dengan perkahwinan di antara lelaki dan perempuan membentuk perkongsian hidup untuk beberapa tujuan seperti memenuhi kehendak naluri semula jadi, membina rumah tangga dan menambah umat (Noralina Omar dan Amaludin Ab. Rahman,2007). Keutuhan perkahwinan menentukan keutuhan keluarga. Masalah yang dihadapi dalam sesebuah perkahwinan akan mengundang konflik keluarga yang sangat berpengaruh. Konflik adalah rencah hidup yang tidak dapat dielakkan dan akan terus wujud dalam keluarga. Namun begitu bilangan konflik yang banyak bukan satu yang penting kerana cara penyelesaian dan kaedah bagi menangani konflik adalah resepi untuk menamatkan konflik yang dihadapi.
Punca konflik dalam keluarga adalah akibat salah faham dalam pelbagai perkara sama ada isu berkenaan remeh atau serius. Suami berkonflik dengan isteri, ayah berkonflik dengan anak dan ibu juga berkonflik dengan anak malah anak-anak turut berkonflik sesama sendiri.
Bagi menghadapi konflik keluarga, sumber kepada konflik berkenaan harus dikaji dan diteliti supaya strategi yang diguna pakai dapat mengurangkan konflik tersebut. Memilih strategi yang bersesuaian dengan mengambil kira siapa, apa, di mana dan kenapa dapat merapatkan jurang di antara punca konflik dan kaedah penyelesaian.
Antara strategi yang berkesan untuk mengatasi konflik keluarga ialah :
1. Mendengar
Tuhan memberi dua telinga supaya manusia dapat mengimbangkan pendengarannya. Seimbang di sini bermaksud dapat menilai baik dan buruk sesuatu isu sebelum membuat keputusan. Kemahiran mendengar adalah kaedah mudah untuk mengawal emosi dan menurunkan perasaan marah yang meluap-luap. Bagi kanak-kanak atau remaja, ibu bapa harus mendidik mereka untuk mendengar biar apa pun yang berlaku supaya proses mendengar itu menjadi kebiasaan. Keajaiban mendengar ialah menurunkan perasaan orang yang sedang marah dan membina kembali hubungan yang lebih produktif.
2. Memujuk
Memujuk memerlukan kemahiran diplomasi yang sangat tinggi. Matlamat membina keluarga dari segi emosi ialah menyuburkan kasih-sayang sesama ahli keluarga. Konflik yang muncul memerlukan satu pihak untuk melihat kehadapan apakah yang perlu dilakukan tanpa menjejaskan prasangka buruk dan meninggalkan keserabutan. Menggunakan pujukan bagi menyelesaikan konflik bermaksud menggunakan fikiran, bukannya tangan atau kaki. Elemen memujuk termasuk lenggok bahasa, pernyataan emosi dan perlakuan membantu ke arah mengurangkan ketegangan. Kaedah memujuk yang terbaik adalah berdialog (Sherman, J.R, 1987). Tidak perlu untuk menggesa orang lain menghabiskan percakapan kerana lambat-laun ia akan memberitahu apa yang difikirkannya.
3. Melibatkan orang tengah
Penglibatan orang tengah atau mediator atau orang ketiga kadangkala dapat membantu menguruskan konflik keluarga dengan lebih cepat dan berkesan. Jika diambil satu kes pergelutan rumah tangga melibatkan penjagaan ibu bapa yang sudah tua. Suami atau isteri lebih rela ibu bapa mereka dijaga oleh orang lain dan membayar sahaja upah berkenaan kerana terikat dengan komitmen kerja, persekolahan anak-anak dan tidak mahu berpindah rumah. Kecetekan pengalaman dalam hal ini mungkin menimbulkan keadaan tuduh-menuduh dan prasangka. Orang tengah seperti saudara-mara atau rakan-rakan yang lebih berpengalaman dapat membantu meredakan keadaan dengan menjelaskan pendekatan terbaik untuk menjaga ibu bapa yang telah lanjut usia. Ciri utama yang harus dikenal pasti ialah orang ketiga ini boleh mengambil sikap berkecuali dan tidak mengambil kesempatan mengadu domba kedua-dua pihak.
4. Mengutamakan yang utama
Konflik adalah satu lumrah dan menjadi sebahagian daripada kehidupan, berkongsi pendapat, perspektif dan matlamat. Keadaan akan bertambah rumit apabila ibu, bapa dan anak mempunyai personaliti berbeza-beza. Stephen R. Covey (1998) dalam bukunya Utamakan Yang Utama, memberikan panduan untuk menambah ruangan antara rangsangan dan respon serta kuasa untuk bertindak. Beliau memberi tips untuk menambah ruangan yang positif tersebut dengan katanya "dengar tanpa alasan." Panduan ini dapat mengubah paradigma orang yang berkonflik untuk mendengar dan membuat sisihan bagi meletakkan keutamaan ke atas isu yang menjadi pertikaian. Beliau mengulangi sekali lagi kepentingan paradigma ini di dalam buku terbaru, "Tabiat Ke8 : Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan" iaitu : "Jika anda ingin melakukan perubahan yang meningkat dan penambahbaikan secara kecil-kecilan, beri tumpuan kepada amalan, tingkah laku ataupun sikap. Tetapi jika anda ingin melakukan penambahbaikan yang signifikan dan amat besar, beri tumpuan kepada paradigma."
5. Khidmat nasihat yang profesional
Kedangkalan menguraikan konflik rumah tangga mengundang para pakar yang mahir seperti kaunselor dan ahli psikologi untuk memberi panduan bagi mengendurkan konflik yang dihadapi. Jika isu yang melibatkan kedua-dua pihak atau terdapat pihak ketiga seperti perebutan harta pusaka atau anak, khidmat pakar dapat diguna pakai sebagai sebahagian daripada penyelesaian.Namun begitu, khidmat nasihat mempunyai dua cabaran utama iaitu kos yang perlu dibayar dan jangka masa penyelesaian yang tidak ditetapkan. Kedua-dua cabaran ini kadangkala mengundang proses perundangan yang lebih lama dan merumitkan serta melibatkan ramai orang. Kewajaran mendapatkan khidmat pakar lebih menguntungkan kerana masing-masing meletakkan kepakaran sebagai sandaran dan lebih mudah menerima keputusan.
6. Menyenarai setiap ruang yang boleh bagi mendapatkan bantuan
Kesedaran masyarakat terhadap penyelesaian konflik keluarga memaksa agensi kerajaan mempelbagaikan jenis bantuan. Sekitar tahun 1990-an yang lalu, kerajaan membentuk Talian Teledera bagi memaklumkan kepada orang ramai jika mereka menghadapi masalah untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak. Hari ini khidmat seperti itu dipelbagaikan kepada kumpulan sasar yang lebih luas seperti ibu tunggal. Konflik rumah tangga yang dihadapi bukan sahaja mengundang bantuan emosi malah bantuan lain berupa kewangan, khidmat nasihat dan harta benda. Bagi kes keluarga yang melibatkan jenayah, Polis Diraja Malaysia menubuhkan Rakan Cop yang dapat bertindak dalam masa empat minit sahaja. Selain itu Lembaga Kaunselor Malaysia turut prihatin dengan meletakkan senarai nama kaunselor berdaftar untuk dihubungi di laman web mereka sebagai satu sumber rujukan.
7. Kaedah penyelesaian secara bekerjasama
Penyelesaian konflik melalui Kaedah Penyelesaian Secara Bekerjasama (KPSB) adalah melalui beberapa tahap (Abdul Rahman Abdul Aziz,2000). Kaedah ini diperkenalkan oleh Mary Parker Folet yang lebih mengkhususkan kepada konflik yang melibatkan dua orang. Melalui kaedah ini, dua orang yang berkonflik tadi memilih cara yang diterima oleh mereka berdua. Dalam kaedah penyelesaian begini, tidak ada pihak yang kalah kerana kedua-duanya berkompromi untuk kebaikan bersama.
Enam langkah untuk menyelesaikan proses ini ialah :
a. Memberi takrifan terhadap masalah dalam rangka keperluan.
b. Percambahan fikiran untuk kemungkinan-kemungkinan penyelesaian.
c. Memilih penyelesaian yang bersesuaian dan menyemak kembali kemungkinan akibat- akibatnya.
d. Rancangkan siapa yang akan melakukan apa, di mana dan bila.
e. Laksanakan perkara yang dirancang.
f. Menilai kembali proses penyelesaian masalah.
8. Sistem S-TLC
Lulofs dan Cahn (2000) dalam buku Conflict : From Theory to Action mencadangkan sistem S-TLC bagi mengurangkan konflik antara perorangan melalui kemahiran komunikasi yang menggalakkan.
S-Stop (Berhenti)
Berhenti apabila menyedari terdapat konflik yang sedang berlaku. Contoh untuk berhenti ialah meminum seteguk air kosong sambil berlegar-legar sebelum memberi maklum balas terhadap isu yang dibincangkan. Kaedah lain ialah mengira dari belakang bermula dengan 100 hingga 0 bagi mengurangkan tekanan.
T-Think (Fikir)
Fikir sebelum bertindak. Elakkan daripada membuat kesimpulan awal kerana banyak perkara harus diberi pertimbangan dan pilihan. Yang sangat utama ialah memikirkan hubungan dengan orang lain yang terlibat. Bijak berfikir adalah penentu kepada kejayaan bagi menyelesaikan konflik.
Listen (Dengar)
Dengar sebelum berkata sesuatu. Kecenderungan kebanyakan orang ialah mempertahankan diri mereka sejurus mendengar kritikan berbanding mendengar terlebih dahulu keseluruhan ucapan orang lain. Dengar apa yang dikatakan dan juga cuba memahami kenapa ia berkata demikian.
Communicate (Berkomunikasi)
Rancang bagaimana untuk bercakap. Walau bagaimanapun pilihan untuk melakukan tindakan kekerasan adalah pilihan terakhir, itu pun sebagai pertahanan diri. Yang paling digalakkan ialah bercakap atau berbual terlebih dahulu tetapi dengan cara yang bukan agresif. Menyatakan fakta dapat membantu mempercepatkan konflik berakhir.
Dalam Sistem S-TLC ini, peringkat T (Fikir) dan L (Dengar) adalah sangat penting kerana ia sedikit sebanyak membantu mengurangkan tekanan ke atas konflik. Kemahiran S-TLC boleh dimulakan dengan isu yang kecil-kecil seperti pertengkaran untuk memilih nama anak kucing atau menentukan restoran pilihan untuk makan malam.
Sillars dan rakan-rakan (1983) mencadangkan tiga cara untuk memberi respon kepada konflik iaitu ; 1) elak konflik, 2) bergaduh kerana konflik, dan 3) bekerjasama dengan konflik. Elak konflik bererti konflik tidak selesai dan akan muncul kembali. Bergaduh kerana konflik akan membawa kepada perbincangan dalam ketegangan yang menghalang daripada diselesaikan dan membina kesan negatif seperti marah dan membalas dendam yang memusnahkan hubungan. Manakala bekerjasama dengan konflik akan membina kemurnian idea, emosi yang positif dan bersedia mencari penyelesaian. Emosi positif ini akan memimpin hubungan yang lebih erat di kalangan ahli terlibat. Ia juga membina keinginan untuk berkongsi masalah seterusnya mewujudkan suasana tolak ansur dalam membuat keputusan.

Konflik tidak seharusnya difikirkan akan membawa malapetaka dan bencana sebaliknya konflik membawa manfaat. Petikan dari buku Tabiat Ke8 : Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan mengenai Gandhi sangat bererti kepada kita.

"Ironinya, sekiranya tidak disebabkan oleh perkauman dan prejudis, kita mungkin tidak akan dapat seorang Gandhi. Dia mungkin hanya menjadi seorang peguam yang berjaya mendapatkan banyak wang. Tetapi disebabkan oleh prejudis di Afrika Selatan, dia telah diaibkan dalam masa seminggu setelah sampainya di sana. Dia telah dihalau turun dari sebuah kereta api disebabkan oleh warna kulitnya, dan itu telah sangat memalukannya sehingga dia duduk semalaman di platform stesen kereta api tersebut memikirkan bagaimana untuk dia mendapat keadilan. Respon pertamanya ialah kemarahan. Dia berasa amat marah sehingga dia inginkan keadilan berbentuk dendam. Dia ingin bertindak secara ganas ke atas orang-orang yang telah memalukannya. Tetapi dia telah menghentikan dirinya dari berfikir begitu dan berkata, "Itu tidak betul." Itu tidak akan mendapatkan dia sebarang keadilan. Ia mungkin membuatkan dia berasa lega buat seketika, tetapi itu tidak akan mendapatkannya sebarang keadilan.

Respon keduanya adalah untuk pulang ke India dan hidup di kalangan kaumnya sendiri dengan penuh kehormatan. Pandangan itu juga telah ditolak oleh Ghandi. "Anda tidak boleh lari daripada masalah-masalah. Anda perlu tinggal di sini dan hadapi masalah-masalah tersebut." Dan pada masa itulah respon ketiga muncul kepadanya - respon untuk bertindak secara aman. Dari pada masa itu, dia telah membentuk satu falsafah tentang keamanan dan mempraktikkannya dalam kehidupannya dan pada masa yang sama dalam pencariannya untuk keadilan di Afrika Selatan. Akhirnya dia telah menetap di negara itu selama dua puluh dua tahun, dan kemudian dia telah pergi dan memimpin pergerakan India."

Konflik rumah tangga : Punca dan strategi penyelesaian

Wednesday, April 18, 2007

Soalan:

Assalamualaikum !

Saya seorang ibu mempunyai anak dari ting.1 hingga 3 tahun.Masalahnya anak saya yg sulung perempuan, usia 13 tahun mempunyai perangai dan tabiat yg tak elok pd pandangan saya.Dia ni terlalu boros berbelanja , tak pandai berjimat langsung kat sekolah dan degil .Puas saya dah nasihati dia tapi masih buat lagi.Untuk pengetahuan tuan, anak saya tinggal bersama mak saudara atas sebab2 tertentu.

Puan Aina

Jawapan:

Keterangan yg puan beri terlalu ringkas. Adakah puan ibu tunggal? Kalau ibu tunggal anak anda berkelakuan demikian mungkin kerana dia tidak mendapat kasih sayang seorang ayah. Tak ada siapa yg dia hormat dan takut sebab tu dia degil dan sukar ikut nasihat. Lagipun mungkin itu cara dia memberontak kerana anda tidak menjaganya sendiri, sedangkan adik-adiknya tinggal bersama anda. Selalunya remaja akan tunjuk sikap 'kurang ajar' kalau dia merasakan kita tidak pedulikan kerana membiarkannya tinggal dengan orang lain. Kalau dia tinggal dengan puan mungkin akan lebih bertanggung jawab kerana melihat betapa susah payahnya anda berusaha untuk membesarkan mereka. Mungkin mak saudara terlalu manjakan dia dan ikut segala kehendak dia. Kalau tak ada orang beri dia duit macam mana dia nak boros!

Anak-anak juga boros berbelanja jika dia tahu kita akan turuti segala kehendak dia. Mungkin sekali sekala jangan beri wang jika dia minta, atau beri bila dia ada keperluan yg betul-betul penting. Kita takut sekarang dia boros di sekolah, tapi bila dah ada duit lebih, dia akan beli barang-barang yang lain pula yang tidak di jual di sekolah........Jadi saya cadangkan agar puan bersemuka dgn dia, dan tanya apa yg dibelanjakan di sekolah. Beri dia kesedaran dan keinsafan bahawa kita mesti berjimat cermat tambah kalau puan dan bapa nya bercerai. Mesti ingat masa depan dan adik-adik yg masih kecil. kalau Puan ada suami, minta suami nasihatkannya. Selalu anak lebih hormat pada bapa. Nasihatkan dia nak beli barang yang berfaedah dan perlu utk pelajaran ok tapi kalau yg lain mesti jimat. Minta dia fikir apa akan jadi kalau ibi bapa sudah tiada/meninggal dunia secara tiba-tiba, apa akan terjadi pada dia dan adik-adiknya . Selain daripada itu dia juga mesti tunjuk contoh perangai yg baik utk adik-adik.

Sekali dua cakap mungkin tak ada kesan, tambah pula dia sedang meningkat remaja. Banyak emosi negatif muncul dalam hidup dia dan dia masih belum matang dari segi pemikiran. Oleh itu, secara berterusan puan perlu nasihatkan dia, pantau apa yg dia beli, kena tegas dalam hal-hal tertentu. Cari punca mengapa dia sukar nak dengar cakap. Kalau dapat tahu puncanya lebih mudah kita merawatnya Setakat ini dulu, kalau ada lebih informasi mungkin jawapan lebih tepat. Apa yg saya beri sekarang adalah secara umum. Selamat mencuba, dan jangan lupa doa pada Allah. Jangan berputus asa dalam mendidik anak-anak, insyaAllah Allah akan bantu puan.
Khidmat nasihat di susun oleh
Prof. Madya Dr. Asmawati Desa.
Pensyarah Psikologi IPTA.

Siri Soal Jawab Kekeluargaan

Jatidiri Peribadi Muslim – Pemangkin Keutuhan Keluarga

Al-Qur’an dan Sunnah merupakan dua pusaka Rasulullah saw yang harus selalu dirujuk oleh setiap muslim dalam segala aspek kehidupan. Satu dari sekian aspek kehidupan yang amat penting adalah pembentukan dan pengembangan peribadi muslim. Peribadi muslim yang dikehendaki oleh Al-Qur’an dan sunnah adalah peribadi yang soleh, peribadi yang sikap, ucapan dan tindakannya terwarnai oleh nilai-nilai yang datang dari Allah Swt.

Persepsi masyarakat tentang peribadi muslim memang berbeza-beza, bahkan banyak yang pemahamannya sempit sehingga seolah-olah peribadi muslim itu tercermin pada orang yang hanya rajin menjalankan Islam dari aspek ubudiyah, padahal itu hanyalah salah satu aspek yang harus ada pada peribadi seorang muslim. Oleh kerana itu tahap peribadi muslim yang berdasarkan Al-Qur’an dan sunnah merupakan sesuatu yang wajib dirumuskan, sehingga menjadi acuan bagi pembentukan peribadi muslim.

Bila diselidiki, sekurang-kurangnya ada sepuluh profil atau ciri khas yang mesti ada dalam membina jatidiri peribadi seseorang muslim.

1. Salimul AqidahAqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang sepatutnya ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan-ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang ertinya:
‘Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam‘ (QS 6:162).

Kerana memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah.Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul saw yang penting, dalam satu haditsnya; baginda menyatakan:
‘Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat.‘
Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahawa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang bererti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq.Akhlak yang kukuh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan perilaku yang harus dimiliki oleh setiap muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah mahupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat.

Oleh kerana begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al-Qur’an, Allah berfirman yang ertinya:
‘Dan sesungguhnya kamu benar-benar memiliki akhlak yang agung‘ (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi.Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani bererti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optima dengan fizikalnya yang kuat. Solat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisikal yang sihat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk-bentuk perjuangan lainnya.

Oleh kerana itu, kesihatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengubatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sering sakit. Kerana kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah‘ (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri, Kecerdasan dalam berfikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi peribadi muslim yang penting. Kerana itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia untuk berfikir, misalnya firman Allah yang ertinya:
"Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.‘ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir (QS 2:219).

Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktiviti berfikir. Kerananya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Dapat kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatkan pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu.

Oleh kerana itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan keintelektualan seseorang sebagaimana firman-Nya yang ertinya:
Katakanlah: “samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui?”, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).

6. Mujahadatul Linafsihi. Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatul linafsihi) merupakan salah satu keperibadian yang harus ada pada diri seorang muslim, kerana setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu.

Oleh kerana itu hawa nafsu yang ada pada setiap diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang ertinya:
"Tidak beriman seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam)" (HR. Hakim).

7. Harishun Ala Waqtihi. Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini kerana waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya.

Allah swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama iaitu 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Kerana itu tepat sebuah ungkapan yang menyatakan: ‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.‘ Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi.

Oleh kerana itu setiap muslim amat dituntut untuk memanfaat waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tiada yang sia-sia. Maka diantara yang dititik beratkan oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, iaitu waktu hidup sebelum mati, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua, rehat sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

8. Munazhzhamun fi Syuunihi. Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk keperibadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an mahupun sunnah. Oleh kerana itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah mahupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya.

Dengan kata lain, suatu urusan dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya penerusan dan berilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun Alal Kasbi. Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan keupayaan mandiri(qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru boleh dilaksanakan bilamana seseorang memiliki keupayaan, terutama dari segi ekonomi. Tidak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya kerana tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Kerana itu seorang muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia mampu menunaikan haji dan umrah, zakat, infaq, sedekah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh kerana itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur’an mahupun hadits dan hal itu memiliki keutamaan yang sangat tinggi.

Dalam kaitan membina keupayaan mandiri inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian atau kepakaran dalam apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rezeki dari Allah Swt, kerana rezeki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan kemahiran, kepakaran dan ketrampilan.

10. Nafi’un Lighoirihi. Bermanfaat pada orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya kerana bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim dalam masyarakat tidak dirasai kewujudannya kerana bersikap individualistik. Ini bererti setiap muslim itu harus selalu berfikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksima agar dapat bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak mampu mengambil peranan yang baik dalam masyarakatnya.

Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang ertinya:
"Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR. Qudhy dari Jabir).

Demikian secara umum sikap dan jati diri yang harus ada pada seseorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, sesuatu yang perlu kita renungkan pada diri kita masing-masing.

Mukmin Yang Sedar

Susunan: Omar Khamis

Perkara pertama yang dituntut oleh Islam kepada seorang muslim ialah beriman dengan sebenarnya kepada Tuhannya. Seorang muslim dapat berhubung dengan Tuhannya dan sentiasa mengingatiNya serta bertawakal menyerah diri kepadaNya. Meminta pertolongan kepadaNya disamping melakukan segala sebab dan musababnya.

Dia merasakan dalam lubuk jiwanya bahawa sesungguhnya dia sangat berhajat dan sentiasa perlu kepada kekuatan ALlah, kepada bantuan dan sokonganNya sekalipun dia telah berusaha bersungguh-sungguh menyediakan sebab-sebab yang dimestikan.

Muslim yang sejati dan benar, adalah manusia yang sedar hatinya, celik matanya dan terbuka pintu imannya. Menyedari segala keindahan ciptaan ALlah yang terbentang di seluruh alam dan urusan manusia. Oleh kerana itu dia sentiasa mengingati ALlah pada setiap detik dan ketika lalu bertambah keimanannya kepada ALlah, dan bertambah [juga] ingatannya kepada-Nya

Firman Allah swt. yang bermaksud:

"Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal..." (Ali-Imran:190)

Kita amat memerlukan suasana yang berteraskan tarbiyyah iman yang berterusan, samada secara formal atau tak formal agar hakikat-hakikat yg disebutkan tadi dapat melekat teguh dalam hati dan tercerna dalam kehidupan seharian. Kemungkinan kita mampu istiqamah iman kita ketika berada dalam suasana yang formal atau rasmi kerana kita lebih bersedia ketika itu tetapi sudah tentu kita tidak boleh berada dalam suasana rasmi setiap masa.

Mewujudkan suasana imaniyyah ketika berada dalam suasana yang tidak formal seperti di padang bola, di pasaraya, di kedai makan atau ketika bercuti dan berehat di tepi pantai, tentu lebih mencabar, terkadang kita mengabaikan aspek pemeliharaan iman kita, bahkan ada juga "cuti" beriman, na'uzubillah...... Nah, kini bersediakah kita untuk jadi spt sahabat Rasulullah SAW (Abi Darda' r.a.) yang satu ketika, terus memegang tangan salah seorang dari sahabatnya (Ibn Rawahah r.a.) lalu berkata (maksudnya), "Marilah kita duduk sama-sama untuk tingkatkan iman kita barang sebentar? Sesungguhnya hati itu boleh berubah lebih pantas dari air yang sedang menggelegak dalam cerek".

Semoga Allah swt memelihara iman kita dan iman ahli keluarga kita, Amin.

Berikut adalah pelajaran yang boleh kita perolehi dari Hadith 40 susunan Iman Nawawi. Semoga urusan mengenal Deen Allah swt ini telah pun kita pelajari sebaiknya dan disampaikan pada ahli keluarga kita.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Pada suatu hari, ketika Rasulullah s.a.w berada bersama kaum muslimin, datang seorang lelaki kemudian bertanya kepada baginda:

"Wahai Rasulullah! Apakah yang dimaksudkan dengan Iman?

Lalu baginda bersabda: Kamu hendaklah percaya iaitu beriman kepada Allah, para Malaikat, semua Kitab yang diturunkan, hari pertemuan denganNya, para Rasul dan percaya kepada Hari Kebangkitan.

Lelaki itu bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah pula yang dimaksudkan dengan Islam?

Baginda bersabda: Islam ialah mengabdikan diri kepada Allah dan tidak menyekutukanNya dengan perkara lain, mendirikan sembahyang yang telah difardukan, mengeluarkan Zakat yang diwajibkan dan berpuasa pada bulan Ramadan.

Kemudian lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Apakah makna Ihsan?

Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah beribadat kepada Allah seolah-olah engkau melihatNya, sekiranya engkau tidak melihatNya, maka ketahuilah bahawa Dia sentiasa memerhatikanmu.

Lelaki tersebut bertanya lagi: Wahai Rasulullah! Bilakah Hari Kiamat akan berlaku?

Rasulullah s.a.w bersabda: "Sememangnya orang yang bertanyakannya lebih mengetahui dariku. Walau bagaimanapun aku akan ceritakan kepadamu mengenai tanda-tandanya. Apabila seseorang hamba melahirkan majikannya maka itu adalah sebahagian dari tandanya. Seterusnya apabila seorang miskin menjadi pemimpin masyarakat, itu juga sebahagian dari tandanya. Selain dari itu apabila masyarakat yang pada asalnya pengembala kambing mampu bersaing dalam menghiasi bangunan-bangunan mereka, maka itu juga dikira tanda akan berlakunya Kiamat. Hanya lima perkara itulah sahaja sebahagian dari tanda-tanda yang diketahui dan selain dari itu Allah sahaja Yang Maha Mengetahuinya."
Kemudian Rasulullah s.a.w membaca Surah Luqman ayat 34

Yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah lebih mengetahui bilakah akan berlaku Hari Kiamat, di samping itu Dialah juga yang menurunkan hujan dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim ibu yang mengandung. Tiada seorang pun yang mengetahui apakah yang akan diusahakannya pada keesokan hari iaitu samada baik atau jahat dan tiada seorang pun yang mengetahui di manakah dia akan menemui ajalnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Amat Meliputi pengetahuanNya."

Kemudian lelaki tersebut beredar dari situ. Rasulullah s.a.w terus bersabda kepada sahabatnya: "Sila panggil orang itu kembali".

Lalu para sahabat berkejar ke arah lelaki tersebut untuk memanggilnya kembali tetapi mereka dapati lelaki tersebut telah hilang. Lantas Rasulullah s.a.w bersabda: "Lelaki tadi ialah Jibril a.s."

Kedatangannya adalah untuk mengajar manusia tentang agama mereka.

Iman, Islam, Ihsan

Tuesday, April 17, 2007

Kisah tentang seorang ibu yang rumahnya banyak 'dikunjungi' tikus, sehingga suatu hari ia memasang perangkap tikus yang banyak.. alhasil, banyak juga tikus-tikus yang berhasil ditangkap lalu dibunuh. Namun pada kenyataannya, jumlah tikus yang 'mengunjungi' rumahnya tidak juga berkurang, malah semakin menggila. Hingga suatu saat, ada seekor tikus yang berhasil masuk ke bilik tidurnya, si ibu akhirnya tersedar lalu terfikir... mungkin tikus itu adalah pasangan dari tikus yang pernah dibunuhnya, lalu menyedarkan dirinya, bahawa kedatangan tikus-tikus itu ke kediamannya adalah kesalahannya sendiri, iaitu mengapa ia menyisakan begitu banyak makanan di dalam rumahnya sehingga mengundang tikus-tikus tersebut. Untuk selanjutnya, sang ibu memastikan segala sisa-sisa makanan dibersihkan terlebih dahulu , membuangnya diluar rumah. Sisa makanan tersebut kini tidak lagi berserakan di dalam rumahnya... dan tidak ada lagi tikus yang masuk ke rumahnya.. :)

Pelajaran:

1. Masalah yang berlaku dalam institusi keluarga kita kemungkinan juga adalah disebabkan kelalaian kita sendiri.

2. Kemungkinan selama ini kita menggunakan pendekatan yang salah dan kurang tepat dalam mendidik ahli keluarga sehingga menyebabkan masalah yang ada masih tidak berkesudahan penyelesaiannya.

3. Muhasabah diri amat penting dalam mencari jalan keluar yang terbaik.

Kisah Ibu dan Sang Tikus

This entry was posted in :
Sang Suami Mencari Kekuatan

Ustaz Anis Matta dalam salah satu tulisnya membicarakan persoalan si lelaki menghadapi ujian getir sebagai sang suami.

Firman Allah swt:
“Dan Orang-orang berkata :”Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Al Furqan:74)

Setiap selesai solat biasanya kita membacakan doa agar kita dan ahli keluarga kita diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah swt. Mengapa, agar kita hajatkan agar pemerintah langit dan bumi dapat mengubah segenap penghuni isi rumah kita, isteri dan anak-anak, sebagai sumber kesenangan hati. Ini adalah kerana kita menyedari bahawa keluarga adalah pelabuhan jiwa kita, dan lautan dalam medan karya kita. Di lautan luas itu kita berkarya dan berkreatif. Dan ke pelabuhan itu juga kita menambatkan perahu jiwa, pada akhirnya.

Begitu cara naluri menggerakkan roda kehidupan kita sebagai lelaki dan sang suami. Sekali waktu ia mendorong kita keluar rumah untuk mencari rezeki. Setelah itu ia mengajak kita untuk kembali ke rumah. Bukan di rumah itu benar jiwa kita menetap. Tapi ditengah AURA KEWANITAAN yang menetapi rumah kita. Perempuan, kata Hamka, adalah per-empu-an: tempat bersandar jiwa kita. Pada makna menetap dan bersandar itu kata sakinah dimaknai dalam ayat ini :

"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNYA ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya diantaramu rasa kasih dan sayang…”(Ar Rum:21)

Makna-makna itulah yang menjadi konteks dari do’a kita dalam suat Al Furqan, ayat 74 di atas. Dalam ayat tersebut menghubungkan dua makna:

a. Keluarga sebagai sumber kesenangan hati
b. Dan harapan untuk menjadi pemimpin bagi orang-orang bertakwa.

Isteri dan anak-anak, adalah sumber kekuatan penciptaan bagi para pemimpinnya iaitu sang suami. Jadi di dalam sebuah ruang yang kita duduki, menetap jua sang isteri lalu gabungan dua insan ini membentuk sebuah pasukan kehidupan dan menjalinkan cinta, kasih dan sayang, sehingga ada yang dikurniakan Allah cahaya mata penyeri keluarga.

Justeru kekuatan penciptaan manusia yang semakin berkembang dalam sesebuah keluarga seharusnya menjadi bekalan juga kepada sang suami untuk turut merasai pertambahan kekuatan dan semangat dalam menerajui kehidupan sebagai ketua keluarga. Seharusnya intitusi kekeluargaan adalah daya kuasa yang boleh mengembalikan kepenatan dan keletihan sang suami setelah berpenat lelah mencari rezeki di luar sana.

Apakah selama ini, sebagai suami kita memelihara pencetus kekuatan dan kebahagian yang ada di dalam rumah kita? Atau apakah telah berlaku sebaliknya, iaitu isi rumah kita tidak mampu menjadi pencetus kekuatan kita sebaliknya ia menjadi bebanan kepada kita sebaik sahaja kita pulang ke rumah?

Sebagai ulangan peringatan, mari kita mencari masa dan beriman sebentar dengan ayat-ayat Allah swt ini, perhatikan 2 ayat berikut dengan hati yang tawaduk, bacalah dengan nama Tuhan-Mu dan carilah hingga berhasil menemui tips dan panduan dari Allah swt, bentuk keluarga apakah yang seharusnya kita bina...

PROSES PENTARBIYYAHAN ANAK DI RUMAH
(Oleh Abu Munzir)

1. MUQADDIMAH
Mendidik anak adalah salah satu tanggungjawab yang paling berat yang dipikul oleh seseorang. Anak adalah kurniaan dan amanah Allah SWT kepada kedua orang tuanya.

Adalah satu tanggungjawab yang berat sekiranya kita hanya dipertanggugnjawabkan untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berjaya di dunia ini, terutama sekali dalam suasana masyarakat yang sangat materialistik. Ini lebih memberatkan ke atas ibu bapa muslim kerana Allah SWT mempertanggungjawabkan mereka supaya supaya untuk mendidik anak nereka menjadi mukmin yang berperanan dalam Islami dan selamat dari api neraka.

Firman Allah SWT, di dalam Surah at Tahrim (66), ayat enam, terjemahannya:

“Wahai orang-orang beriman! Peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan”

Ibnu Umar berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ‘Setiap diri kamu adalah pemimpin dan ia akan diminta pertanggung jawab terhadap apa yang ia pimpin. Seorang imam adalah pemimpin, ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap apa yang dipimpinnya (rakyatnya). Setiap lelaki adalah pemimpin di dalam keluarganya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan terhadap yang ia pimpin. Setiap perempuan adalah pemimpin di dalam rumah suaminya dan ia akan diminta pertanggungjawabkan pula dengan apa yang ia pimpin.

2. RUMAH TANGGA MUSLIM
Allah SWT telah berfirman di dalam Surah an Nahl (24): ayat 80, terjemahannya ialah:

“Dan Allah telah menjadikan untuk kamu dari rumah kamu rumah-rumah untuk berehat”

Syeikh Salih Uthaimeen telah menjelaskan bahawa ayat ini memberikan gambaran bahawa Allah menyebutkan bahawa Allah menyempurnakan Nikmat ke atas hamba-hamba-Nya rumah tangga yang menjadi tempat untuk memperolehi sakinah atau ketenangan. Rumah tangga bagi seorang muslim adalah tempat yang selamat dan terlindung dari kerosakan dan kemungkaran dan perlindungan dari masyarakat luar.

Rumah tangga adalah wasilah atau tapak dasar untuk membangunkan masyarakat muslim. Masyarakat muslim adalah terdiri dari himpunan rumah tangga muslim malah rumah tangga itulah asalnya. Sekiranya rumah tangga itu kukuh maka akan kukuhlah masyarakat dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga muslim adalah tapak dan dasar segala kebaikan masyarakat dan di sini bermulanya pendidikan yang sebenar dan dari rumah tangga muslimlah akan terbit kebaikan masyarakat dalam bentuk dakwah, tarbiyah dan akhlak yang mulia. Di dalam rumah tangga muslimlah bermulanya amar ma’ruf (suruhan kepada kebaikan) yang sebenarnya dan di dalam rumah tangga muslim jugalah bermulanya nahi munkar (mencegah kemungkaran).

3. PENDIDIKAN ANAK DI RUMAH
Pendidikan seorang anak bermula di rumahnya, malah bermula di dalam rahim ibunya. Perancangan untuk melahir dan membentuk anak yang beriman dan berperanan di dalam membangunkan Islam dimulai dengan niat sewaktu memilih pasangan hidup lagi.

Kata cerdik pandai:”Satu masa dulu anak2 melalui pendidikan, kemudian mereka melalui pembelajaran dan kini hanya tinggal pensijilan”.

Pendidikan yang dilalui oleh anak dengan kedua ibu bapanya berperanan sebagai pendidiknya, adalah dasar bagi proses pendidikan yang akan dilalui oleh anak itu sepanjang hayatnya. Pendidikan di tahap ini adalah sangat kritis dan akan memberikan corak syakhsiyah yang terbina di dalam dirinya.

3 perkara penting dlm pendidikan anak:
1. Murabbi (pendidik)
2. Manhaj (ilmu tarbiyah yg penting dlm pembangunan diri manusia)
3. Biah (suasana/persekitaran) yg membantu tarbiyah

Bila patut kita mula mentarbiyah anak kita?
Syeikh Muhammad as Shabbagh berkata: “Saya pernah mendengar dari Malik bin Nabi bahawa pada suatu ketika ada seorang meminta petunjuk kepadanya bagaimana cara mendidik anak lelaki dan perempuannya yang baru saja lahir. Lalu, Malik bin Nabi bertanya, ‘Berapa umur anak perempuan itu? ‘Sebulan’, ‘Kamu ketinggalan kereta!’ jawab Malik”

APAKAH FAKTOR PALING PENTING DLM MENTARBIYAH ANAK?
Murabbi mithali - “cukup sesuatu itu ma’ruf dgn kamu melakukannya, dan cukup sesuatu itu mungkar dengan kamu meninggalkannya“

4. PENDIDIKAN KEIMANAN DASAR PENDIDIKAN ISLAM
Ibu bapa muslim tidak mempunyai pilihan lain di dalam pendidikan anak, selain dari mendidik menurut manhaj (sistem ataupun kurikulum) Islam dengan metodnya juga semestinya Islamik. Pendidikan Islam pula semestinya berasaskan pendidikan keimanan dan pembangunan ruhiyah dan pada permulaan proses pendidikan anak lagi proses penanaman imanlah yang perlu diberikan tumpuan.

Syeikh al Qaradhawi menjelaskan bahawa:
“Pertama-tama yang wajib dibina dalam diri manusia ialah IMAN. Iman bermakna menanamkan aqidah yang sahih di dalam hatinya, yang dapat meluruskan pandangannya kepada dunia ini: manusia, kehidupan, kepada Rabb alam semesta, Pencipta manusia, Pemberi kehidupan. Aqidah ini adalah aqidah yang mengenalkan kepada manusia mengenai prinsip, perjalanan hidupnya dan tujuan hidupnya du dunia ini.
Manusia harus digerakkan melalui aqal dan hatinya. Ia harus diberi petunjuk agar dia dapat meniti jalan lurus; dan dia harus digembirakan dan diberikan peringatan, agar dia dapat bergembira dan merasa takut dengan adanya peringatan tersebut. Imanlah yang menggerakkan dan mengarahkan manusia, serta melahirkan berbagai kekuatan yang dahsyat dalam dirinya. Sesungguhnya iman membuatkannya menjadi makhluk baru, dengan semangat yang baru, aqal baru, kehendak baru, dan falsafah hidup yang juga baru”.

Mujahid Said Hawwa di dalam kitabnya ‘Tarbiyatur ruhiyah’ telah menjelaskan perkara ini: “Titik tolak tarbiyah Islamiyah adalah IMAN. Allah telah berfirman, terjemahannya:

“Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata: ‘Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?’ Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya, sedangkan mereka merasa gembira. Dan orang-orang yang hatinya ada penyakit, maka surah ini bertambah kekafiran mereka, di samping kekafiran (yang telah ada) dan mereka mati dalam keadaan kafir”
Surah at Taubah : 124-125

Berdasarkan hal tersebut jika kita ingin agar al Qur’an mampu menyentuh hati manusia dengan sentuhan yang benar, di mana hati boleh memperolehi manfaat dari al Qur’an, maka kita wajib mengubati hati terlebih dahulu, dengan cara menjadikan hati itu beriman dengan sebenar-benarnya. Oleh kerana itu, titik perhatian yang harus selalu menjadi pusat pemikiran dan kerja murabbi sejak awal lagi adalah ishlahul qalb (pembaikan hati).

Jadi titik tolak yang sahih adalah pemusatan pada qalbu, sehingga qalbu menjadi sihat dan baik, sebab proses tarbiyyah semacam ini sangat aman dan tenang dalam menundukkan manusia menjadi manusia, dan sangat aman untuk meletakkan dan mengeluarkan manusia dari wilayah pujukan, gangguan dan fitnah syaitan, baik syaitan berbentuk jin mahupun manusia”

Dalam menyinggung persoalan tarbiyah ruhiyah ini Dr Ali Abdul Halim Mahmud telah menulis di dalam kitabnya ‘at Tarbiyah ar ruhiyah’:
“Ruh adalah bahagian manusia yang paling mulia kerana ia adalah tiupan dari Allah SWT. Ia wajib ditarbiyah dengan tujuan untuk mempermudahkan jalan di hadapanya untuk bermakrifah kepada Allah SWT dan membiasakannya serta melatihnya untuk melaksanakan benar-benar ibadah kepada Allah.

Dr Abdullah Nasih Ulwan telah menulis di dalam bukunya yang terkenal “Pendidikan Anak Menurut Islam” mengenai persoalan menanam aqidah dalam jiwa anak. Beliau menulis
“Tanggungjawab mendidik dan menanamkan Islam dan aqidah di dalam diri anak adalah satu tanggungjawab yang sangat berat. Justeru itu setiap pendidik (ibu bapa /pengasuh/murabbi) penuh faham dan sedar dan melengkapkan diri apabila mengambil tanggungjawab ini. Setiap murabbi perlu faham perkara-perkara yang berikut:

(i) Bagaimana untuk memimpin dan membimbing anak untuk beriman kepada Allah SWT dan segala kehebatan Kuasa-Nya. Ibu bapa perlu mengetahui bahawa hendak membentangkan kepada anak kehebatan kuasa maha kreatif Allah yang terdapat di dalam makhluk ciptaaan-Nya. Ibu bapa mestilah membentangkan satu subjek /topik ke subjek /topik yang lain : dari kewujudan berjuta-juta jenis makhluk yang dicipta oleh Allah SWTyang boleh dilihat oleh mata kepada makhluk-makhluk lain yang tidak dapat dikesani oleh panca indera,iaitu yang berada di alam ghaib. Ibu bapa juga mesti membentangkan fakta yang khusus kepada fakta-fakta yang umum. Dari persoalan yang mudah kepada persoalan yang rumit dan kompleks. (* pendidikan anak ini perlu dilaksanakan secara berperingkat dan ansur maju. Membentuk kefahaman mereka langkah demi langkah sesuai dengan perkembangan mereka, dari sudut umur, pemahaman, pengetahuan dan kematangan). Anak-anak mestilah dididik BAGAIMANA UNTUK BERFIKIR. Mereka perlu dididik untuk berfikir dan membentuk pemahaman yang membolehkan mereka memahami, menghargai dan menghayati TAUHIDULLAH yang dirasai dan dikesani di dalam Kuasa, Iradah , Nama-nama (Asma)-Nya, Sifat-sifat-Nya dan juga Af ‘al (perbuatan)-Nya. Cara mendidik ini dibentangkan di dalam al Qur’an.

Oleh itu anak-anak dididik untuk mencapai ke tahap mereka benar-benar menyakini tanpa sebarang keraguan segala yang mereka imani, dengan nas-nas aqli dan naqli. Jika anak-anak menghirup keimanan yang diproses ini dan memahaminya sejak mereka kecil lagi, mereka tidak menjadi insane yang lain, melainkan muslim mukmin dan berkemampuan menentang dan menolak ideology-ideologi sesat. Kaedah tarbiyah ini dilaksanakan secara beransur-ansur, peingkat demi peringkat dari perkara asas dan dasar kepada perkara rumit dan kompleks di dalam Deen.

(ii) Bagaimana untuk menanam kusyu’ dan taqwa di dalam ubudiyah mereka. Ini dilaksanakan melalui proses membentang dan memperjelaskan kepada mereka kehebatan dan Kuasa Allah SWT sehingga mereka dapat memahami dan merasai Maha Hebat, Maha Perkasa dan Maha Berkuasanya Allah SWT. Tanda-tanda Maha Agung dan Maha Perkasanya Allah adalah jelas di dalam alam yang amat luas ini, yang terdiri dari makhluk hidup dan makhluk kaku, di dalam alam tumbuhan mahupun alam haiwan; di dalam warna-warna pelbagai bunga-bungaan yang dan jutaan makhluk yang

(iii) Bagaimana untuk menanamkan muraqabah dan takut kepada Allah di dalam diri anak-anak dalam keadaan apa sekalipun. Ini dapat dilaksanakan dengan mendidik ank akan hakikat bahawa Allah adalah As Sami’ (Maha Melihat) , Al Basyir (Maha Mendengar), Al ‘Alim (Maha Mengetahui), yang mengetahui segala sesuatu, setiap tindakan dan perbuatan, setiap rahsia, dan apa juga yang ada di dalam hati manusia. Hakikat ini mestilah ditekan dan diberikan tumpuan khusus pada setiap peluang yang ada. Rasa muraqabah ini akan menyebabkan anak sentiasa sedar bahawa Allah sentiasa memerhatikan dirinya dan rasa ini akan mendidik mereka untuk menyucikan niat-niat mereka di dalam amal mereka.

Penanaman dasar aqidah dapat dilaksanakan sepertimana yang telah digariskan :

1. Mengajar anak menghafaz kalimat tauhid
Imam al Ghazali telah berkata ” langkah pertama dalam menanamkan keimanan adalah dengan memberikan mereka hafazan (yakni menggalakkan anak menghafaz kalimah Tauhid dan asma’ Allah)” . Ini adalah kerana proses pemahaman harus diawali dengan hafazan terlebih dahulu. Ketika anak menghafaz akan sesuatu kemudian memahaminya, akan tumbuh dalam dirinya keyakinan dan akhirnya akan membenarkan apa yang diyakini sebelumnya. Inilah proses pembenaran dalam sebuah keimanan yang dialami anak pada umumnya. Walau bagaimanapun ada juga anak yang Allah lebihkan mereka dengan tidak memerlukan mereka melalui proses pendidikan di atas. Allah telah menanamkan keimanan langsung dalam jiwanya . Proses penanaman aqidah ini dilaksanakan dengan mendidik anak menghafaz ayat-ayat yang menyentuh aspek keimanan dan sebahagian besar surah-surah yang mengandungi pembentangan persoalan iman adalah surah-surah pendek. Ini membolehkan anak-anak yang sedang memulai pertumbuhan jasad dan jiwanya mampu untuk menghafaz surah-surah pendek tersebut.
2.Mendidik anak dengan Kalimah Tauhid
Diriwayatkan oleh al Hakim dari Ibnu “Abbas r.a bahawa Rasulullah bersabda “Jadikanlah kata-kata pertama yang diucapkan oleh seorang anak, kalimah ‘La ilaha Ilallah’. Dan bacakan kepadanya ketika menjelang maut, kalimah ‘La ilaha illallah’”. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula. Para sahabat menyukai untuk mendidik kalimat ‘La ilaha illalla’ kepada setiap anak yang baru mula berkata-kata, sebanyak tujuh kali, sehingga kalimat Tauhid ini menjadi ucapan mereka yang pertama kalinya’”
Ibn Qayyim pula berkata: “apabila anak telah mampu mengucapkan kata-kata, maka ajarkan mereka kalimat ‘La ilaha illallah, Muhammadar Rasulullah. Dan jadikan suara yang pertama kali didengar oleh anak berupa pengetahuan tentang Allah. Tentang Keesaan-Nya, bahawa Allah selalu mengawasi kita dan selalu mendengar percakapan kita.

Abdur Razak telah meriwayatkan di dalam kitab Mushannaf dari Abdul Karim Abu Umayyah, bahawa “Rasulullah mengajarkan anak-anak dari Bani Hashim yang telah mampu berkata-kata , sebanyak tujuh kali dari kalimat
“Dan katakanlah, segala puji bagi Allah yang tidak memmpunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam Kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong. Dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya”
Surah al Isra’ (17) : 11

3. Menanamkan kecintaan kepada Allah
Dalam proses menanam kecintaan anak kepada Allah SWT, anak juga perlu diproses untuk merasai dan meyakini hanya Allah sahajalah tempat memohon dan menanamkan juga dalam jiwa anak akan pengawasan serta ketentuan Allah dalam keseluruhan hidupnya dan semua makhluk Allah yang selainnya.

Kesimpulannya ialah “bahawasanya Iman kepada Allah itu adalah asas perbaikan anak-anak , dan pokok pendidikan akhlak dan jiwa. Tegasnya, bahawasanya tanggungjawab pendidikan keimanan ke atas para pendidik, para ibu bapa, adalah suatu tanggungjawab utama dan amat penting sekali, sebab di situlah tempat sumber segala macam kebajikan, dan tempat timbulnya segala macam kesempurnaan. Bahkan dia itulah tiang asas bagi kemasukan seseorang anak ke dalam benteng dan lingkungan Iman dan Islam. Tanpa pendidikan ini, seseorang anak itu tidak akan mahu menjalankan tanggungjawabnya, dan tidak dapat bersifat amanah, tidak tahu arah dan tujuan, tidak akan menggambarkan dirinya sebagai seorang manusia mulia.
Menanamkan kecintaan kepada Rasulullah

Secara fitrah setiap anak sebelum mencapai usia baligh mempunyai kecenderungan untuk mencari dan mencontohi seorang yang yang dianggap unggul untuk dijadikan ikutan baginya. Di dalam tarbiyyah Islam para bapa dipertanggungjawabkan untuk menyalurkan fitrah mencari qudwah ini dengan menjadikan Rasulullah SAW sebagai insan mithali pilihan Allah SWT, yang memiliki keperibadian dan sifat-sifat yang tidak dimiliki oleh manusia lain.

Jalan-jalan menanam kecintaan kepada Rasulullah SAW
1. Membacakan dan menggalakan anak menghafaz hadith-hadith
2. Jelaskan kepada anak kedudukan dan kepentingan Allah mengutuskan Rasulullah dan para Rasul
3. Membentangkan sirah kehidupan dan perjuangan Rasulullah dalam memimpin manusia keluar dari kesesatan
4. Ajarkan dan galakkan anak salawat atas Rasulullah dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW.

Proses Mendidik Anak di Rumah

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah