Thursday, May 31, 2007

Persoalan:

Saya ada beberapa soalan mengenai talak. Saya harap ustaz dapat memberikan jawapannya dengan lebih terperinci. Saya dahului dengan ucapan terima kasih yang tak terhingga.

Soalan pertama : Suami saya pernah berkata " kalau awak KELUAR MAKAN BERDUA-DUAAN dengan lelaki maka jatuh talak ". Persoalannya :-

i) kalau saya keluar jumpa dengan lelaki secara berdua-duaan tapi kami tidak makan hanya pergi membeli belah, untuk mengambil barang dan berbual-bual kosong

ii) saya pernah keluar dengan budak lelaki sepejabat atas urusan kerja tapi kami tidak makan

iii) saya juga pernah menumpang kawan lelaki sepejabat pergi dan balik kerja

Untuk semua persoalan di atas adakah jatuh talak terhadap saya jikalau saya melakukannya.

Soalan kedua :-

Saya wanita yang bekerja mempunyai pendapatan melebihi dari suami. Saya terpaksa menanggung semua perbelanjaan sekolah anak-anak, makan minum pakaian belanja dapor kerana suami saya tidak memberi duit belanja. Suami saya seolah-olah lepas tangan dalam hal
ini. Atas sebab itu kekadang membuat saya amat kecewa dengan kehidupan ini kerana saya berpendapat lebih baik hidup sendiri daripada bersuami. Adakah saya berdosa kalau saya meminta cerai dari suami kalau suami masih tidak mahu berubah ?

Saya harap ustaz dapat membantu kerana saya benar-benar dalam dilema sekarang. Terima kasih

----------------------------------------------------------

Respon,
Kepada puan yang bertanya,

1.Lafaz yang diucapkan oleh suami puan adalah bentuk ta'lik. maka tidak jatuh talak sekiranya puan tidak melakukan seperti mana yang dilafazkan, cuma perlu diingatkan bahawa lafaz tersebut tidak boleh ditarik balik.

2. Tugas mencari rezeki/nafkah adalah tugas suami, sumbangan yang puan berikan adalah merupakan sedekah. Berhubung dengan cadangan puan untuk minta cerai tangguh dahulu kerana jalan penyelesaian masih terbuka. Boleh adakan rundingan dan dapatkan kaunseling atau khidmat nasihat.

Terima kasih.

Respon dari Ustaz Salleh Saad (Imam Masjid Putra, Putrajaya)

Soal jawab Kekeluargaan - Masalah Dengan Suami

Berita dari Istana Keadilan, Putrajaya - Respon Kes Lina Joy

Askm wbt.

Rakan usrahkeluarga semoga dirahmati Allah sentiasa,
keputusan mahkamah semalam seperti yang diketahui telah memenangkan pecinta-pecinta keimanan. Alhamdulillah, kita semua rafa'kan kesyukuran ke hadrat Allah.
Namun dalam pada itu, pada pendapat diri yang serba lemah ini, kes ini adalah satu "amaran" oleh kerana kealpaan kita sebagai muslim. Wajiblah kita sedar dan terus bangun untuk memperkemaskan usaha dengan lebih gigih mendidik ahli keluarga(anak, isteri, org gaji .etc), sahabat handai juga masyarakat tentang keimanan kepada Rabbul Jalil. Bukan sahaja pengetahuan tentang iman tetapi membangunkan diri dan minda yang dalamnya segar dengan iman.

Warga usrahkeluarga yang dikasihi fillah,
Juga barang diingat, kes Lina Joy sebenarnya mendedahkan secara terang-terangan dimana tingkatan iman kita dan bangsa kita. Nau'dzubillah, bukankah hanya iman sebagai bekal di hari yang tiada teduh melainkan teduhan Allah Azza wa jalla?
Seperkara lagi, kesan daripada keputusan kes ini seakan memberikan tempoh masa untuk ummah me"retrospeksi" atau muhasabah atau menghisab dan seterusnya bekerja membangunkan iman. Mungkin Lina Joy sudah lama murtad (sejak 90'an) tetapi potensi-potensi murtad yang menyusul selepas dia adalah sasaran untuk ditangani. Keputusan kes Lina Joy memberikan peluang yang besar untuk pecinta-pecinta keimanan melancarkan "counter attack" keatas sasaran ini.

Atas nama iman kepada Allah dan Rasul,
penulis menyeru kepada semua (serta diri penulis sendiri) marilah sama-sama dengan rasa sedar kita berusaha memperbaiki diri sendiri, ahli keluarga, sahabat handai dan seterusnya masyarakat. Sertailah kerja-kerja kemasyarakatan yang mahmudah/baik, hadiri majlis-majlis ilmu, raikan surau/masjid, tunaikan hak-hak jiran, santuni anak-anak yatim serta fakir miskin dan berbaktilah demi Allah & Rasul.
Aquulu qauli haza was taghfirullaha li walakum,
wslm.
(Ahmad Hisham-Member e groups usrahkeluarga)

Bagaimana mendidik anak-anak melalui pendekatan kreatif :

SUATU petang pada Ramadhan, Amin, 2 tahun, mengambil sebotol susu dari peti sejuk. Tiba-tiba botol itu terlepas dari tangannya, jatuh ke lantai, botol pecah dan susu tumpah berlambak di lantai.

Bayangkan apakah tindakan kita sebagai seorang ibu yang sedang berpuasa, letih, penat dan sedang sibuk menyediakan juadah berbuka puasa? Dapatkah kita mengawal emosi menghadapi anak sekecil ini?

Kejadian itu mengingatkan saya, pada kejayaan seorang ahli sains perubatan yang mencipta kejayaan demi kejayaan dalam kajian dunia perubatan. Apabila dia ditanya mengenai faktor kejayaan dan kreativitinya dia menjawab:

"Ia bermula daripada pengalaman bersama ibu ketika berumur dua tahun. Saya hendak mengambil sebotol susu dari peti sejuk, tiba-tiba botol itu terlepas dari tangan, lalu jatuh, pecah dan susu tumpah di lantai.

"
Ibunya tidak menjerit, marah dan menghukumnya. Ibunya berkata: "Robert, mama tidak pernah lihat kolam susu yang begitu cantik di dapur ini. Susu sudah tumpah, kita tidak boleh buat apa-apa, adakah awak hendak main dulu untuk beberapa minit kemudian kita bersihkan dapur ini?

Dia gembira dan terus bermain dalam lambakan susu itu.

Ibunya kemudian berkata:
"Robert, lain kali jika kita tumpahkan susu begini, kita kena bersih dan mengemaskan mana-mana yang bersepah." Ibunya berkata lagi: "Robert, ini kita namakan satu ujikaji yang gagal bagaimana hendak membawa sebotol besar susu menggunakan dua tangan yang kecil. Mari kita ke laman dan isikan air ke dalam botol besar, kita akan lihat bagaimana membawa botol besar tanpa menjatuhkannya.

" Mendengar ia satu permainan dan ujikaji, Robert seronok! Pada saat itu dia merasakan bahawa dirinya tidak perlu takut melakukan kesalahan, sebaliknya ia adalah peluang mempelajari sesuatu yang baru. Demikian juga dengan ujikaji sains. Jika ujikaji itu tidak berjaya pun, kita selalunya mendapat sesuatu yang baru.

Alangkah bagusnya jika semua ibu bapa memberikan tindak balas seperti ibu Robert lakukannya kepadanya?

Anak-anak adalah anugerah Allah yang amat berharga.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita mendidik anak dengan acuan yang terbaik selari dengan syariat Allah. Sebab itu, Saidina Ali dan Imam Al Ghazali menganggap bahawa ibu bapa adalah sekolah pertama bagi anak.

Oleh itu, ibu bapa yang menjadi sekolah pertama untuk anak perlu membuat persiapan dari segi fizikal, intelektual, emosi dan rohani. Hasilnya, mereka dapat mendidik anak sihat, kreatif dan seimbang dari keempat-empat aspek itu.
Ibu yang tidak sihat, cerdik dan tidak berilmu, tidak mungkin dapat memberi perhatian dan tunjuk ajar sepenuhnya kepada anak, apatah lagi bagi kanak-kanak yang sememangnya amat bergantung kepada seorang ibu.

Seterusnya, ibu atau bapa yang mengalami tekanan emosi tinggi, tentu akan menyebabkan tekanan kepada anak.Tekanan emosi yang berpunca dari tekanan di tempat kerja, kerja rumah,hubungan kurang baik di antara pasangan akan menjadikan ibu atau bapa gagal mengawal emosi di hadapan anak. Mereka seterusnya akan menyelesaikan masalah anak yang meragam dengan tindakan yang tidak wajar seperti memarahi dan memukul anak.
Tindakan sebegini jika berterusan akan menyebabkan kecelaruan mental kepada kanak-kanak sepanjang proses pembesaran mereka.

Islam menggariskan beberapa kaedah untuk kesejahteraan jasmani anak.

Pertamanya, Islam mewajibkan bapa memberikan nafkah kepada anak dari sumber halal dan baik. Oleh itu, bapa mesti memastikan pekerjaan yang dilakukan adalah halal serta dilakukan dengan bersih dan amanah. Bapa yang mencari rezeki juga mesti menjauhi pekerjaan syubahat atau ada unsur keraguan, penipuan dan penyelewengan. Hasil daripada rezeki halal akan menumbuhkan jasad anak yang mudah dibentuk dan dididik.

Kewajipan kedua ialah menjaga kesihatan anak dengan memberikan makanan berkhasiat dan mengubati penyakit mereka.

Ketiga, ibu bapa wajib mendidik anak menjauhi perkara yang boleh membawa kepada kemudaratan atau penyakit dengan mengetahui cara menjaga kebersihan, memilih makanan dan persekitaran sihat. Ibu bapa juga berkewajipan menggalakkan anak bersukan atau riadah untuk kesihatan badan.

Dalam memberikan pendidikan mental, ibu bapa hendaklah memberikan pendidikan seimbang sejak kecil lagi. Ilmu fardu ain dan kifayah hendaklah diberikan sejak anak berusia lima atau enam tahun.

Kenalkan juga anak dengan kehebatan perjuangan Rasulullah saw, tamadun Islam dan kehebatan tokoh Islam, agar mereka tidak memandang Islam sebagai agama yang sempit. Malah mereka patut tahu bahawa Islam adalah cara hidup yang sebenar dan terbaik.

Sekiranya mereka memiliki keimanan mantap dan mengetahui perancangan musuh Islam, insya-Allah mereka akan terselamat daripada gejala sosial dan keruntuhan akhlak. Apatah lagi keruntuhan aqidah. Di samping itu, untuk menjana kehebatan minda anak-anak mesti diajar mencintai Rasulullah saw dan al Quran. Kecintaan kepada rasul dan al-Quran akan menjadikan seseorang mencintai ilmu. Ini kerana al Quran adalah sumber segala ilmu dan Rasulullah saw adalah pengasas kepada tamadun ilmu sebenar.

Source:Wadah Wanita Islam

Bagaimana mendidik anak-anak melalui pendekatan kreatif

Wednesday, May 30, 2007

Mengumpul wang untuk bersara

Hanya lima peratus rakyat Malaysia bersedia untuk persaraan. Biarpun ada yang sedar mengenai kepentingan menyimpan wang untuk bersara, kebanyakannya tidak merealisasikan rancangan mereka sebagai tindakan. Ketika umur 20-an, mereka beranggapan ianya terlalu muda untuk menyimpan wang, meningkat 30-an, merasakan akan mula menyimpan, umur 40-an, mereka yakin akan dapat menyimpan dan umur 50-an, mereka terkejut kerana tidak dapat menyimpan. Itulah senario masyarakat yang rata-ratanya belum mempunyai simpanan yang banyak untuk menghadapi hari persaraan mereka.

Kisah ini sama seperti kisah seorang remaja yang telah dijadikan sebagai bahan eksperimen bagi satu kajian. Ketika berumur 20 tahun, beliau ditanya, "Apakah cita-cita kamu dalam hidup?" Soalan ini mudah dan sesuai dengan jiwa remaja, beliau menjawab, "Saya hendak menjadi seorang usahawan yang berjaya." Jawapannya mantap dan jelas.

Perjalanan hidup remaja ini dipantau dari semasa ke semasa. Apa yang dibuat, ke mana dia pergi dan dengan siapa dia berkawan, semuanya direkodkan. Kemudian apabila umurnya mencapai 30 tahun, sekali lagi penyelidik datang berjumpanya dan bertanyakan soalan, "Adakah kamu telah menjadi usahawan yang berjaya?" Ketika ini remaja berkenaan memberi alasan belum lagi bersedia. Jadi, pengkaji ini pun pulang semula ke tempat kerja mereka. Pergerakan remaja ini masih direkodkan dan perubahan mula ketara kerana peningkatan umur bermakna perubahan fikiran dan tingkah laku. Jika zaman 20-an dulu, jiwa remaja menguasai pola pemikirannya, kini beliau lebih matang.

Pengkaji datang lagi ketika beliau berusia 40 tahun dan bertanyakan soalan yang sama. Lalu dijawab olehnya, "Tunggulah, saya masih merancang untuk menjadi usahawan yang berjaya." Pengkaji ini pulang ke tempat kerja mereka dengan rekod yang baru.

Setelah masuk hari lahir yang ke-50, pengkaji sekali lagi datang menemui remaja yang kini telah menjadi tua. Soalan yang sama ditanya dan beliau menjawab, "Saya masih merancang dan tunggulah sedikit masa lagi.

" Apa yang anda fikirkan?

Sebenarnya orang ini tidak melakukan apa-apa untuk menjadi seorang usahawan. Apabila dia menoleh ke belakang melihat zaman remajanya beredar sehinggalah beliau berumur 50 tahun, dia telah mensia-siakan masa hidupnya tanpa melakukan sebarang usaha untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Perangkaan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat 2006, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberi angka 26,640.2 juta rakyat Malaysia pada 2006. Daripada jumlah ini, umur wanita lebih panjang iaitu 76 tahun berbanding lelaki, 72 tahun. Dengan umur persaraan hanya 56 tahun, rakyat Malaysia boleh hidup dengan wang simpanan yang ada dan terpaksa menampung hidup kira-kira 20 tahun selepas itu. Apakah kita mampu untuk menyara kehidupan yang begitu panjang selepas bersara?

Untuk hidup di bandar besar seperti Kuala Lumpur, seseorang perlukan sebanyak RM747,000 bagi meneruskan kehidupan 25 tahun selepas persaraan. Keadaannya berbeza bagi kehidupan pinggir bandar dan kampung tetapi perlu diingat, kebanyakan kampung bakal menjadi pekan dan bandar. Jumlah ini sangat besar. Bagaimana pula dengan perbelanjaan perubatan?

Semakin umur meningkat, semakin banyak pula sakitnya. Tiga jenis penyakit terkenal ialah jantung koronari, kencing manis dan sakit buah pinggang. Pelbagai jenis makanan, cara gaya hidup dan sistem kerja yang tidak mengira masa membantu orang muda mendapat penyakit ketika awal 30-an. Agak malang jika seseorang yang tidak mempunyai pendapatan yang memuaskan untuk hidup dengan selesa, mendapat rawatan yang terbaik dan bebas daripada hutang.

Justeru, apakah kita mempunyai wang untuk menampung kehidupan selepas bersara? Pertanyaan ini memang mengundang was-was kerana kita belum tahu apa yang akan terjadi, sebaliknya, tindakan terbaik adalah menjawab dengan jujur di mana tahap kemampuan kita yang sebenarnya. Jika ya, usaha lebih adalah bonus. Jika tidak, hidup perlu berjimat dan tambahkan simpanan dalam akaun bank.

Saya ingin mengaitkan keselamatan sosial, persaraan dan sikap masyarakat kita hari ini dengan kemiskinan. Orang kaya tidak ada masalah dalam soal ini. Ketika ini saya sedang menjalankan kajian mengenai orang miskin yang menerima bantuan wang dan kemudahan lain daripada sebuah agensi kerajaan. Terdapat empat jenis bantuan yang boleh dipohon dengan kriteria yang khusus. Malaysia tidak sama seperti United Kingdom. Di sana penganggur mendapat elaun kerana tidak punya kerja tetapi di Malaysia, penganggur perlu berusaha sendiri untuk makan setiap hari. Perbezaaan ini perlu difahami kerana Malaysia bukannya negara kebajikan.

Saya dapati sebahagian besar daripada responden ini tidak mempunyai simpanan kerana tidak ada kesedaran untuk menyimpan sejak muda lagi. Apabila ditanya berapa banyak wang yang disimpan, mereka memberitahu tidak ada. Yang ada hanyalah wang yang diterima daripada kerajaan setiap bulan, itu sahaja. Akhirnya mengadu tidak cukup wang untuk belanja harian, walaupun untuk makan daging atau ayam seminggu sekali.

Lihat pula latar belakang pendidikan. Rata-ratanya berpendidikan sekolah menengah dan ada juga yang tidak tamat sekolah rendah. Pendidikan mempengaruhi cara berfikir dan ketahanan hidup seseorang. Tahap pendidikan yang rendah berkecenderungan melihat hidup sebagai tidak ada masa hadapan dan aspirasi yang rendah mengenai bahagia, ceria dan menikmati keindahan hidup. Saya juga melihat, kelompok ini tidak kuat mentalnya untuk berdepan dengan keadaan susah kerana lebih kerap mereka mengadu mengenai susahnya hidup daripada berfikir bagaimana hendak membahagiakan hidup mereka sendiri.

Apabila saya tanyakan soalan, "Agaknya, 4 hingga 5 tahun yang akan datang, di mana hidup pakcik/makcik?" Sebahagian besarnya menjawab: tidak pasti. Berbeza dengan seorang ibu tunggal berumur 39 tahun yang menumpang hidup di rumah kebajikan bersama lima orang anaknya yang masih bersekolah. Semangatnya kuat, tabah dan sangat berminat dengan usahawan. Beliau pandai membuat beberapa jenis kuih tradisional Melayu dan makanan seperti laksa. Keinginannya untuk berdikari memang tinggi tetapi tidak tahu lorong mana yang harus dituju. Hasrat dan impiannya sampai di situ sahaja tanpa dapat pergi ke mana-mana.

Bab menyimpan sangat lemah. Empat per lima tidak mempunyai simpanan untuk hari tua. Nasib baik diberi kad bagi mendapatkan rawatan perubatan di klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara. Sekurang-kurangnya beban kewangan dari segi perubatan dapat dikurangkan bagi memberi tumpuan kepada belanja harian. Susahnya hidup tanpa wang memang ketara di kalangan orang miskin. Raut wajah mereka adalah wajah kesedihan dan simpati. Sukar untuk melihat mereka senyum dengan ikhlas kerana senyuman yang diberi sebenarnya berada di sebalik derita dan sengsara hidup. Tanpa wang: hati sengsara, wajah duka, perasaan lara dan hidup merana.

Menjadi miskin di negara yang kaya memang satu nasib. Dan nasib yang paling bermakna adalah bernasib baik. Tetapi pilihan untuk keluar daripada nasib diri bergantung sepenuhnya kepada diri sendiri sama ada mahu ataupun tidak. Majoriti responden yang ditemui mengakui kemiskinan hidup boleh diubah dan perubahan sebenarnya bergantung kepada diri sendiri. Kesedaran mereka memang ada tetapi dengan peluang dan sumber yang terhad, agak sukar bagi mereka hendak keluar daripada keadaan yang sedang dihadapi.

Justeru, apakah yang boleh bagi kita: orang-orang muda dan masih ada kudrat untuk bekerja dan bergerak ke sana-sini, membuat pelan tindakan sebagai persediaan masa hadapan ketika berumur 50 tahun?

Perjalanan untuk menjadi yang terbaik tidak mudah. Ia penuh dengan rintangan. Individu yang mempunyai kemampuan untuk mengatasi dan pulih dengan cepat, biasanya punya azam yang sangat kuat. Sifat paling utama dan paling penting ialah disiplin. Shiv Khera, dalam bukunya, Anda Boleh Berjaya, menyatakan disiplin adalah menggemari ketegasan. Disiplin adalah haluan, arah tuju. Disiplin adalah pencegahan sebelum timbul masalah. Disiplin adalah memanfaatkan dan menyalurkan tenaga untuk prestasi yang sangat besar.

Disiplin memberikan kebebasan yang tidak boleh diperolehi dengan penuh keseronokan dan mendapatkan apa yang diingini, tetapi mengawal keinginan tersebut. Sama seperti peribahasa Melayu, "bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

Membina disiplin wajar bermula dengan ibu bapa. Jurnal Tentang Persatuan Keluarga Amerika membuat kesimpulan bahawa: ibu bapa yang meluangkan masa 15 minit seminggu dalam "perbualan penuh erti" bersama anak-anak mereka - anak-anak yang ditinggalkan akan mencontohi apa saja nilai yang mereka perolehi daripada rakan sebaya dan televisyen.

Bagaimana hendak dikaitkan dengan simpanan masa tua kita?

Jika kita masih liat untuk menyimpan 15 peratus daripada gaji yang diperolehi, bersedialah untuk hidup dengan sengsara, resah dan menyesal ketika anda mencecah umur 56 tahun. Peribadi yang lemah sering mempunyai sebuku penuh alasan untuk memberitahu kita kenapa dirinya tidak boleh.

Oleh: Zahir Zainuddin

Monday, May 28, 2007

Keteladanan dan Sikap Lemah Lembut Suami

Rasulullah saw. bersabda:

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan paling lemah lembut terhadap keluarganya." (HR Bukhari Muslim)

"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kamu ialah yang paling baik kepada isterinya" (HR Tirmidzi)

Para suami sepatutnya benar-benar menyedari bahawa dalam pandangan Islam sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang paling lemah lembut dan paling baik sikapnya kepada isteri, keluarga serta anak-anaknya. Jadi, jika seorang suami bersikap kebengisan, garang atau kasar, walaupun mempunyai pangkat dan jabatan yang tinggi, memiliki ilmu yang banyak, menyandang gelaran dari anugerah Sultan, sebetulnya belum menjadi lelaki yang baik.

Memang, boleh jadi kerana satu dan lain hal, isteri terkadang membuat jengkel atau sulit mentaati suami. Namun, sebenarnya yang paling penting untuk difikirkan adalah keperibadian sang suami itu sendiri. Mengapa?

Kerana, seorang suami akan sulit untuk mengubah isteri atau anak-anaknya kearah yang lebih baik, jika si suami sendiri belum mengubah perilakunya menjadi baik. Padahal dalam Al Qur’an surat at-Tahrim : 6 dikatakan:

"Jagalah dirimu dan keluargamu dari siksa api neraka"

Ertinya, yang menjadi keutamaan seharusnya adalah menjaga diri dan keluarga. Pokoknya kalau kita ingin berbuat sesuatu, sesudah kita memperbaiki diri, selamatkan keluarga. Banyak pemimpin yang jatuh gara-gara keluarganya. Kemungkinan akibat dari isterinya, dari anaknya, atau sebaliknya.

Ironisnya, kadang-kadang suami lebih banyak menuntut dan menyalahkan isteri apabila ada hal-hal yang dianggapnya tidak baik. Misalnya, ketika sang anak malas belajar atau beribadah, suami sibuk menyalahkan isteri. Isteri dianggap tidak mampu memperhatikan anak, tidak mampu mendidik, dan sebagainya. Padahal, persoalan mendidik anak bukan semata-mata tanggung jawab isteri.
Tidak sedikit rumah tangga yang menganggap pendidikan anak hanya pekerjaan ibu, sementara suami lebih sibuk mencari nafkah. Padahal sosok ibu hanya sebahagian daripada potensi rumah tangga. Memang mencari nafkah bagi suami adalah kewajiban bahkan ibadah. Namun sesungguhnya, kewajiban suami itu bukan hanya mencari wang atau mencari nafkah lahir, tetapi seorang suami juga mempunyai kewajiban untuk menanamkan visi dalam rumah tangga. Perkiraannya, hendak dibawa kemana rumah tangganya nanti?

Disamping itu selayaknya seorang suami dapat menjadi suri tauladan bagi isteri dan anak-anaknya, serta mampu mengawal moral keluarganya agar tetap terpelihara.
Orang tua harus lebih serius menjadi figur suri tauladan bagi anak-anaknya. Jangan sampai anak kecewa pada figur orang tuanya. Misalnya, sudah suami jarang pulang, ketika pulang ragamnya hanya marah-marah. Bersikap kurang sopan dihadapan anak, memperlakukan isteri tidak baik dihadapan anak. Ketika figur ayah tidak mencerminkan akhlakul karimah, terus bagaimana anak boleh termotivasi untuk berakhlak baik? Disinilah kebanggan anak pada figur ayah boleh pudar begitu saja. Anak tidak lagi melihat contoh konkrit dari figur moral.

Oleh kerana itu, seorang suami hendaknya bukan hanya bangga kerana mampu membuatkan rumah untuk keluarga, jangan hanya bangga kerana mampu membelikan kereta, perabot cantik, dan sebagainya, namun seorang suami seharusnya berusaha semaksima mungkin untuk membangun keluarga yang bermoral, bermartabat, dengan ikut memperhatikan pendidikan moral dan akhlak anaknya sebaik mungkin.
Sehingga akhlaknya kelak jauh lebih baik dari orang tuanya. Itulah prestasi, jangan bangga mempunyai anak yang belajar di luar negeri, namun kelakuannya buruk. Itulah tanda kegagalan menjadi orang tua. Bagaimanapun anak akan melihat sikap dan perilaku kedua orang tuanya. Kegigihan orang tua yang dengan serius membuat program suri tauladan bagi anak-anaknya adalah pendidikan yang tidak ternilai.

Singkatnya, apa yang diinginkan dari si anak, mulailah dari diri sendiri. Ingin anak rajin, jadilah orang tua yang rajin. Ingin anak pintar mengaji, jadilah orang tua yang juga rajin mengaji. Ingin anak ramah dan lembut, mulailah dulu dari orang tuanya.
Suami pun memiliki kewajiban untuk menitikberatkan kesempurnaan ibadah, serta kebaikan akhlak dan moral keluarganya. Dalam hadits diatas, akhlak yang baik serta perilaku lemah lembut dari seorang suami memang sangat ditekankan.

Tentu saja, Rasulullah Muhammad SAW teramat patut untuk dijadikan sebagai suri teladan kepada sang suami yang ideal. Nabi Muhammad SAW begitu halus dan lemah lembut sikapnya kepada isteri-isteri Baginda.
Baginda tidak pernah marah dengan kata-kata kasar. Kalaupun baginda marah, baginda hanya akan mendiamkan saja. Dan, itupun adalah sebahagian dari pendidikan yang baginda berikan kepada isterinya. Bahkan, suatu ketika diriwayatkan bahawa saat Rasul pulang larut malam, ternyata Siti Aisyah sudah tertidur. Rasulullah tidak mengetuk pintu lalu marah-marah. Begitu lembutnya beliau kepada isteri, Rasulullah yang mulia pun tidur di hadapan pintu rumah tanpa membangunkan Siti Aisyah. Disini berkali-kali disebutkan tentang kelembutan. Sebab walau bagaimanapun, seorang suami adalah pemimpin dalam keluarga. Dan kalau tidak hati-hati, seseorang yang merasa dirinya sebagai pemimpin, dalam skala apapun, cenderung menggunakan kekasaran.

Hal inilah yang tampaknya patut diperhatikan secara mendalam dan serius.

"….Dan bergaullah dengan mereka (isteri) secara patut. Kemudian bila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak." (QS. An-Nisaa’ ayat 19)

Apabila isteri tidak taat kepada suami, kemungkinan juga suaminya belum layak ditaati. Suami harus berani mengevaluasi diri. Ibarat ada bisul terus dibelai, tentu orang menjadi marah bukan kerana belaiannya, tapi kerana bisulnya. Kekerasan itu bukanlah alternatif yang sangat penting, melainkan lemah lembutlah yang mampu mengendur kekerasan.

Aspek-aspek lain yang juga harus diperhatikan oleh seorang suami ketika mendidik keluarga adalah perkataan yang harus terjamin kebenarannya. Jangan sampai seorang suami berbohong sedikitpun kepada anak dan isterinya, kecuali untuk hal-hal positif yang hanya ditujukan untuk menyenangkan hati mereka, seperti memuji masakan atau dandanannya.

Selanjutnya, bila memperingatkan sesuatu harus tepat situasi dan keadaan. Jangan sampai ketika bicara tidak tepat situasiya, kerana orang yang sedih dengan orang yang gembira itu berbeza situasi hatinya. Lalu, jika berbicara jangan sampai menyusahkan. Suami yang baik,kata-katanya itu harus yang enak. Jangan bicara yang membuat isteri semakin tertekan. Misalnya, isteri mempunyai kekurangan pada tubuhnya, jangan disebut-sebut. Isteri yang mempunyai kisah masa lampau, jangan diungkit-ungkit. Isteri mempunyai orang tua yang memiliki suatu kekurangan, jangan sekali-kali dibeberkan. Jangan membuat orang susah perasaannya.

Dan terakhir, seorang suami yang baik itu, kalau berbicara dapat memberi manfaat.
Nabi Muhammad SAW sangat memuliakan sekali isteri-isterinya. Di rumah membantu pekerjaan isteri-isterinya. Bahkan, Rasulullah SAW memanggil isterinya dengan panggilan kesayangan. Beliau benar-benar senang berkasih sayang dengan keluarganya. Anak isteri beliau dibahagiakan dan dimuliakan dengan bimbingan ukhrawi. Yang paling penting dari semua itu adalah selain suami harus berlemah lembut, mampu menjadi contoh/tauladan dan mampu mendidik, adalah bagaimana suami mendidik anak-anaknya agar mampu mengharungi hidup ini di jalan Allah.

Tidak cukup hanya membawa wang, tetapi anak harus tahu bagaimana mensyukuri wang, bagaimana menafkahkan wang di jalan Allah.
Kehormatan seorang suami bukan kerana gelar, pangkat, kedudukan, harta, jabatan atau populariti. Yang namanya kemuliaan itu kalau kita mempunyai kemampuan untuk jujur pada diri sendiri dan senantiasa memperbaiki diri agar tidak menyimpang dari jalan Allah. Sehingga walaupun dia tidak dikenal, dia pekerja yang memungut sampah, dia seorang pembantu di rumah, tapi boleh jadi lebih bagus daripada majikannya yang mempunyai status jabatan yang lebih tinggi. Kerana dia mampu membimbing keluarganya menuju redha Illahi. Allah tidak memandang kemuliaan seseorang dari kebendaan duniawi melainkan keindahan akhlak dan budi pekerti. Wallahu’alam

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Ya Allah, sampaikanlah selawat, keselamatan, keberkahan untuk kekasih kami Muhammad SAW. dan kepada seluruh sahabat-sahabatnya.

Wahai Tuhan kami,

Kami telah zalim terhadap diri-diri kami dan apabila Engkau tidak mengampuni kami
niscaya kami akan termasuk orang-orang yang rugi.

Wahai Allah, wahai Yang Maha Mendengar,

Inilah kami, diri yang tubuhnya kotor berlumur dosa, yang hidupnya berselimut aib, kini berada di hadapan-Mu. Ampuni Ya Allah sebusuk apapun kehidupan yang pernah kami lalui. Ampuni sebanyak apapun dosa-dosa yang melumuri tubuh kami, hapuskan Ya
Allah, segelap apapun masa lalu kami.

Ya Allah, wahai Yang Maha Pengampun,

Kami datang kepada-Mu Ya Allah, kami ingin hidup kami berubah. Gantikan segala kebusukan kami menjadi kesucian dalam pandangan-Mu, gantikan segala kegelapan dengan cahaya-Mu Ya Allah, gantikan segala kezaliman kami menjadi hidayah taufik-Mu, gantikan Ya Allah segala kehinaan kami dengan kemuliaan di sisi-Mu.

Ya Allah, ampuni dan selamatkan Ibu Bapa kami Ya Allah, kami mohon di hari
mustajabnya doa ini Ya Allah, selamatkan Ibu Bapa kami. Apalagi yang dapat
kami lakukan Ya Allah, beri Hidayah dan Taufik Mu Ya Allah. Jadikan mereka
orang yang soleh sampai akhir hayat, jadikan akhir hayatnya Khusnul
Khotimah, lapangkan kuburnya, jadikan ahli surga -Mu, Ya Allah selamatkan
dan ampuni orang tua kami Ya Allah.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami dan kedua orang tua kami, sayangilah mereka seperti mereka telah menyayangi kami diwaktu kecil.

Ya Allah selamatkan keluarga kami Ya Allah,

Wahai Tuhan Kami,

Kurniakan kepada kami isteri-isteri dan anak-anak yang menyejukan mata dan jadikan mereka pemimpin bagi orang-or ang yang bertaqwa.

Ampuni Ya Allah, para suami yang pernah menzalimi isteri dan anak-anaknya.
Juga ampuni para isteri yang telah mengkhianati keluarganya. Ampuni jikalau
kami salah mendidik keluarga dan anak-anak kami Ya Allah. Utuhkan kami di
dunia mulia, utuhkan kami di Surga-Mu, Ya Allah.

Ya Allah selamatkan anak-anak kami, muliakan akhlaknya, kuatkan imannya.
Berikan Ya Allah, yang lebih baik dari pada yang kami dapatkan. Jadikan kami
mulia di dunia, tempatkan kami sebagai ahli Syurga-Mu, Ya Allah.

Ya Allah selamatkan kaum muslimin wal muslimat, mukminin wal mukminat,
khususnya para guru-guru kami Ya Allah, para ulama yang mengajar kami
mengenal-Mu. Ya Allah tolonglah saudara-saudara kami yang kesusahan, berikan
kami kemampuan untuk mencukupi, berikan kami rezeki yang halal berkah
melimpah Ya Allah, jadikan kami ahli sedaqah, jadikan hidup kami ahli
zuhud.

Ya Allah, tolonglah saudara-saudara kami yang ada dalam kesempitan, berikan
kelapangan Ya Allah. Tolonglah saudara kami yang difitnah, dihina,
dizalimi, berikan keteguhan iman Ya Allah, kekuatan dan kemenangan.

Tolonglah bangsa kami Ya Allah, bangkitkan kesedaran dari kalangan bangsa kami untuk beriman dengan-Mu Ya Allah, Bangkitkan umat Mu Ya Allah, kurniakan para pemimpin yang Engkau redhai, jauhkan dari para pemimpin yang Engkau murkai.

Ya Allah, Ampunilah dosa orang-orang mukmin dan mukminat muslimin dan muslimat yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia.

Ya Allah, jadikan kami menjadi haji yang mabrur dan sa’i yang diterima dan dosa
yang diampuni,

Ya Allah, Kami memohon kepada-Mu redha dan syurga-Mu dan kami
berlindung dari keburukan dan siksa neraka.

Ya Allah hanya Engkaulah tempat kembali kami, hanya Engkaulah Yang Maha Tahu
sisa umur kami, berikan kesempatan bagi kami Ya Allah untuk mempersembahkan
yang terbaik dari hidup ini agar bermanfaat bagi orang lain.

Robbana attinna fiddunnya hasanah wafilakhirati hasanah waqina ‘azzabannar.
Wa adkhilnal jannata ma’al abrori, ya azizu, ya ghafar, ya robbal ‘alamin.
Subhana rabbika rabbil ‘izzati amma yasifun wasalamun ‘alal mursalin,
walhamdulillahirobbil’alamin.

Muhasabah: Mari Berdoa

Tuesday, May 22, 2007

Asas Rumahtangga - bukan sekadar ijab qabul

Apabila seorang teruna dan dara diijab qabulkan maka terbinalah apa yang disebutkan sebagai Rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga.

Akan tetapi Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem kekeluargaan. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan di antara hati-hati iaitu pertemuan yang ditegakkan di atas lunas-lunas kasih mesra, saling simpati, saling lindung melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya kanak-kanak dan suburnya muda mudi. Dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang dan hubungan saling bantu membantu.

Kerana itulah al Qur’an menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut iaitu gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum;

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu perasaan mesra dan kasih sayang.” (ar Rum:21)

Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.” (al Baqarah:187)

Itulah hubungan di antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang dan hubungan perlindungan dan budi baik, malah dari ungkapan kata-kata al Qur’an itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.
Islam memberi segala perhatian dan jaminannya kepada rumahtangga ini sebagai sel atau tapak semaian atau tempat pertemuan keluarga. Oleh itu banyak ayat-ayat al Qur’an jika diteliti, jelas menghubungkan persoalan keluarga itu secara langsung kepada Allah. Ini menggambarkan betapa besarnya kedudukan keluarga dalam sistem Islam dan betapa tingginya nilai keluarga di sisi Allah swt. Dia telah mengumpulkan di antara taqwa kepada Allah dengan taqwa dalam hubungan rahim;

Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan darinya Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.” (an Nisa’ : 1)

Begitu juga Allah telah mengumpulkan di antara ibadat kepada Allah dengan kebaktian kepada kedua ibu bapa;

Dan Tuhanmu telah memerintah supaya kamu jangan beribadat melainkan kepada-Nya sahaja dan supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
(al Isra’ : 23)

Dan seterusnya Allah telah mengumpulkan di antara syukur kepada Allah dan terima kasih kepada kedua ibu bapa;

Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu.”
(Luqman : 14)

Perhatian yang amat besar terhadap kedudukan keluarga adalah sesuai dengan kehendak taqdir Ilahi yang sejak dari mula menegakkan kehidupan umat manusia di atas asas keluarga, iaitu ketika taqdir Ilahi memutuskan bahawa sel pertama dari kewujudan bangsa manusia di alam ini ialah keluarga Adam a.s dan isterinya, dan dari sel pertama inilah umat manusia berkembang biak.

Allah swt memang berkuasa untuk menciptakan berjuta-juta manusia dengan sekaligus sahaja, tetapi taqdir Allah telah menentukan bahawa kewujudan mereka adalah bermula dari keluarga Adam a.s kerana satu hikmat yang tersembunyi di sebalik tugas besar keluarga dalam kehidupan manusia, dimana ia memenuhi kehendak fitrah manusia dan kesediaan-kesediannya, juga menyuburkan syakhsiyahnya dan budi pekertinya yang mulia, malah menerima kesan-kesan yang paling mendalam di dalam hidupnya.

Kemudian perhatian berat Allah swt terhadap urusan kekeluargaan dalam sistem hidup Islam selaku agama Allah yang terakhir ini adalah selaras dengan taqdir Allah yang mula-mula mengatur penciptaan manusia, sama seperti keselarasan yang wujud di dalam setiap ciptaan Allah, dimana tidak terdapat keadaan-keadaan yang tidak seimbang dan bercanggah.

Islam juga memberi perhatian yang sebegitu besar terhadap hubungan suami isteri dan keluarga kerana Islam berhajatkan ketinggian hubungan-hubungan insaniyah ini ketaraf kesucian yang merapatkan hubungan dengan Allah dan menggunakan hubungan ini sebagai sarana untuk membersihkan roh dan perasaan, bukannya seperti hubungan yang dipandang oleh agama-agama paganisme dan pengikut agama-agama yang sesat yang menyeleweng jauh dari fitrah manusia yang telah diciptakan Allah.

Islam tidak memerangi dorongan-dorongan keinginan semulajadi dan tidak memandang keinginan-keinginan semulajadi itu sebagai kotor, malah Islam mengawal keinginan-keinginan itu dengan peraturan-peraturan, juga membersih dan mengangkatkannya dari taraf haiwan ke taraf menjadi paksi kehidupan, di mana beredar sekitarnya peradaban peribadi dan sosial, juga menegakkan hubungan-hubungan seksual di atas asas perasaan kemanusiaan yang luhur yang menjadikan pertemuan dua badan itu sebagai pertemuan dua jiwa, dua hati dan dua roh. Atau dengan ungkapan yang lebih syumul ialah pertemuan dua manusia yang terikat dengan kehidupan bersama, cita-cita bersama, senang susah bersama, dan masa depan bersama yang bertemu dengan zuriat keturunan yang ditunggu-tunggu atau dengan generasi baru yang akan lahir di dalam rumahtangga yang sama, di mana mereka dijaga ayah dan ibu yang tidak bercerai.

Islam menganggapkan perkahwinan sebagai sarana untuk membersih dan meningkatkan diri. Ia menyeru umat Muslimin supaya mengahwinkan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan mereka untuk menrealisasikan sarana yang perlu untuk membersihkan dan meningkatkan kehidupan seseorang;

Kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya dan Allah Maha Luas Kemurahan-Nya dan Maha Mengetahui.” (an Nur : 32)

Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya.” (an Nur : 33)

Islam menamakan perkahwinan itu sebagai ‘Ihsan’ atau langkah pemeliharaan dan kawalan diri, dan dengan itu tersematlah di dalam hati orang-orang Mu’min bahawa hidup tanpa kahwin atau tanpa kawalan diri itu, walaupun dalam masa yang singkat, tidak mendapat keredhaan Allah. Ujar al Imam Ali Karramallahu wajhahhu apabila beliau segera berkahwin selepas kewafatan isterinya Siti Fatimah puteri Rasulullah s.a.w; “Aku takut menemui Allah dengan keadaan bujang.” Kerana perkahwinan dalam adat resam orang-orang yang beriman termasuk dalam amalan-amalan keta’atan untuk mendampingkan diri kepada Allah dan meningkatkan dirinya ke mertabat yang suci.

Yang menjadi pokok pangkal dalam hubungan perkahwinan ialah kemantapan hidup dan kelanjutannya, kerana itu Islam mengawal hubungan ini dengan segala jaminan yang boleh menjaminkan kemantapan hubungan itu dan kelanjutannya. Untuk mencapai matlamat ini Islam mengangkatkan hubungan perkahwinan ke taraf amalan-amalan keta’atan kepada Allah dan memberi bantuan kepada orang-orang yang miskin lelaki dan perempuan dari wang negara untuk membolehkan mereka mendirikan rumahtangga. Di samping itu Islam mewajibkan peradaban-peradaban yang melarangkan perempuan menunjuk-nunjukkan kecantikan diri mereka supaya perasaan lelaki tenteram dan supaya hati mereka tidak tertarik kepada panggilan-panggilan kejelitaan yang mempesona yang didedahkan di pasar-pasar. Islam juga menetapkan hukuman zina dan hukum menuduh perempuan dengan tuduhan yang curang. Islam telah menetapkan kehormatan bagi rumahtangga. Ia tidak boleh dimasuki melainkan lebih dahulu meminta izin.

Islam mengatur hubungan-hubungan suami isteri dengan undang-undang yang tertentu. Ia menegakkan sistem rumahtangga di atas dasar lelaki sebagai penguasa kerana lelaki merupakan kongsi yang lebih kuat dan lebih mempunyai kemampuan untuk menjadi penguasa rumahtangga. Langkah ini ialah untuk mengelakkan berlakunya kacau-bilau, kucar-kacir dan pertelingkahan-pertelingkahan rumahtangga dan lain-lain lagi dari berbagai-bagai jaminan dan peraturan untuk memelihara rumahtangga dari segala kegoncangan selain dari nasihat-nasihat dan bimbingan-bimbingan untuk mengawal perasaan dan selain dari menghubungkan hubungan itu dengan taqwa kepada Allah dan pengawasan-Nya.

Namun demikian, realiti hidup manusia membuktikan bahawa di sana terdapat keadaan-keadaan yang membawa keruntuhan dan perpecahan dalam rumahtangga walaupun di sana terdapat berbagai-bagai jaminan dan bimbingan-bimbingan yang dituju untuk mengelakkan keruntuhan itu. Keadaan-keadaan yang seperti ini perlu dihadapi secara amali sebagai meng’iktirafkan logik realiti yang tidak lagi berguna dilawan apabila kehidupan suami isteri tidak dapat diteruskan dan apabila usaha untuk mengekalkan hubungan itu menjadi satu usaha yang sia-sia dan tidak dapat ditegakkan lagi di atas mana-mana asas pun.

Keluarga Muslim - Bagaimana Seharusnya

Dalam proses untuk mencapai matlamat yang terbesar iaitu keredhaan Allah swt dan bagi menghasilkan Fardi Muslim maka proses yang keduanya ialah untuk melahirkan Al-bait Al muslim (keluarga Muslim.)

Keluarga Muslim yang kita kehendaki ialah satu keluarga atau rumah di mana suami isteri memahami dan mengetahui hak-hak mereka berdua dan iltizam dengan hak- hak dan tanggungjawab-tanggungjawab tersebut. Untuk mencapai Al Bait Muslim itu maka proses yang berikutnya perlu dilaksanakan.

i) Ihsan Tarbiyyah Aulad - Baik dalam pendidikan anak-anak dan juga pembantu rumah. Kita membentuk mereka dengan Mabdak Islam.

ii) Menjaga adab adab Islam dalam semua aspek kehidupan dalam kehidupan rumahtangga. Isteri misali ialah sepertimana yang telah di sebutkan oleh Allah SWT tentang sifat-sifat mereka sebagai pilihan kepada junjungan kita Rasulluualh SAW . Firman Allah SWT :

" Jika nabi menceraikan kamu boleh jadi Tuhannya akan memberi gantinya dengan isteri-isteri yang lebih baik daripada kamu,yang patuh ,yang beriman yang taat yang bertaubat yang mengerjakan ibadat yang berpuasa ataupun yang berhijrah yang janda atau yang perawan. “
( Surah at Tahrim : 5 )

Ini adalah sifat sifat yang telah di tetapkan oleh Allah kepada wanita wanita sebagai persediaan sebagai isteri. Tidak kira samaada dia itu masih janda atau anak gadis. Sifat-sifat yang tersebut adalah sifat-sifat isteri muslim.Sifat-sifat ini meliputi semua aspek dan lengkap.

Kita dapati sama sekali tidak tercapai muslimah seorang isteri muslim yang taat dan patuh kepada Allah swt melainkan dia seorang yang soleh. Iaitu sepertimana yang di sebut oleh Allah s.w.t:

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang soleh itu ialah yang taat kepada Allah swt lagi memelihara diri disebalik pembelakangan suaminya , oleh kerana Allah telah memelihara mereka. Wanita-wanita yang kamu khuatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkan mereka di tempat tidur mereka dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar "
(Surah An-Nisaa’ : 34.)

iii) Ahli- ahli bait muslim perlu iltizam dengan pakaian Islam mengikut batasannya yang paling minima yang diizinkan oleh Islam itu sendiri. Itu satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dan satu hak yang mesti di jaga oleh wanita. Ini adalah dalam peringkat proses tarbiyah untuk sampai kepada matlamat tersebut . Pakaian wanita itu mestilah besar sedikit tidak boleh menampakkan bentuk badan dan tidak boleh jarang.

Anak-anak perempuan kita perlu lahir dalam suasana tarbiyah ini. Ibulah yang menjadi ikutan dalam hal ini. Rumahtangga muslim juga tidak akan masuk di dalamnya benda benda yang tidak di izinkan oleh Allah s.w.t. Tidak bergantung di dinding rumahnya sesuatu yang di haramkan oleh Islam.

Pintu rumah al-bait al-muslim tidak terbuka luas sehingga ternampak terdedah apa yang ada di dalamnya. Jendela jendela rumah mereka juga berlangsi. Dan langsir itu juga tertutup dengan elok ,tidak jarang (tidak sehingga ternampak dari luar).

Dalam sirah Rasullullah SAW rumah baginda pun berlangsir. Rasullullah menyuruh membuang langsir yang ada gambar-gambar manusia dan binatang padanya.

Rumahtangga muslim ialah rumahtangga yang betul betul iltizam dengan dasar dasar yang diadakan oleh ikhwan al muslimin, sebagai satu kesempurnaan Islam pada semua hal sama ada dalam msyarakat rumahtangga dan sebagainya.

Cara hidup anggota-angota ikhwan al muslimin menzahirkan kesempurnaan Islam itu sendiri. Corak hidup anggota ikhwan berhubung terus dengen sifat sifat dalam "syurut Ta-dhaif wal tausiq" (syarat syara lemah dan kuat dalam keanggotaan harakah Islamiyah). Sebab itu Al- Imam Hassan al Banna mewajibkan di dalam rumah itu mabdak Islam (ideologi Islam).

iv) Al-bait al-muslim merupakan keluarga yang menyediakan anak-anak mereka sebelum balighnya dengan perkara-perkara yang perlu di didik iaitu tentang "Aqidah Islam","Ibadah Islam " untuk mereka laksanakan hak-hak mereka terhadap Allah SWT apabila Baligh dengan cara yang betul.

v) Rumah tangga muslim juga jauh daripada keadaan mewah ( yakni kemewahan yang membinasakan ) dan juga daripada sesuatu yang tidak Islamik.

Dengan ini Asy-Syahid telah memperuntukkan tanggungjawab kepada Al akh al mujaddid dengan :

a) mesti mempunyai sifat zuhud dan menjauhkan diri daripada sifat sifat muta’ah iaitu keseronokkan ,kelazatan kemewahan yang fana.

b) begitu juga hendaklah jauh daripada sesuatu perkara yang tidak Islamik sama ada dalam ibadah ,pergaulan dan sebagainya. Jadi tugasnya ialah untuk mentarbiyah anak-anak dan orang-orang di bawah tanggungannya dari segi tindak tanduk,tingkahlaku perangai dan menasihati orang- orang yang hubungan kerabat dengan mereka . Dapat juga kita lihat betapa ramai anak-anak muslim yang kurang dijaga untuk disalurkan kepada Islam.

Ibu bapa yang sentiasa dianggap sebagai masal patut sentiasa sedar dan faham tentang hal ini dan sentiasa memperhatikan marhalah atau tahap persediaan baligh.

Sesuatu yang wajib dilakukan oleh seorang muslim selepas baligh ( mereka perlu di latih tentang perkara tersebut sebelum mereka baligh. ). Seorang muslim mukallaf dibebankan dengan urusan urusan yang banyak dalam aqidah, ibadah ,adab akhlak dan pergaulan. Begitu juga dia dipertanggungjawabkan dengan jihad dengan persediaan yang tertentu ini memerlukan kepada latihan jasmani,jiwa dan juga aqal.

Seseorang muslim tidak sepatutnya menjadi beban kepada orang lain. Ini memerlukan seseorang muslim itu mempunyai pekerjaan. Ibu bapa perlu mengajar dan menyediakan anak anak mereka dalam hal ini .Begitu juga ibu bapa perlu mendidik anak anak mereka supaya kasih kepada ahli-ahli Islam dengan mempertingkatkan iman mereka dan melatih mereka beribadah.

Sesungguhnya Rasullullah menyuruh kia melatih anak anak kita supaya solah apabila berumur 7 tahun dia dipukul sekiranya tidak solah ketika mereka berumur 10 tahun. Begitu juga di qiaskan dengan puasa. Sekiranya anak anak yang tiada ibu bapa yang memberi tanggungjawab maka kita yakni harakah kita yang bertanggungjawab. Ditekankan di sini kepada anak anak perempuan di mana mereka di jadikan untuk menjadi isteri. Fungsi tugas dan peranan mereka ialah untuk menjadi isteri. Tabiat mereka mestilah tabiat Islam dalam semua aspek.

Mempersiapkan Umat Menghadapi Rintangan

Segala puji hanya milik Allah Tuhan semesta alam, shalawat dan salam selalu tercurah atas pemimpin kita, nabi Muhammad saw, beserta keluarga dan sahabat. selanjutnya…

Akhir-akhir ini begitu banyak rintangan yang dihadapi oleh umat Islam, bahaya yang terus mengancam di sekitarnya, kepedihan dan kesedihan datang silih berganti, krisis dan bencana terus terjadi seakan enggan untuk berhenti…
Penjajah yahudi zionis hari demi hari terus menambah kekejamannya, mengepung saudara kita di bumi Palestin yang didukung langsung oleh rakan sekutunya Amerika, menghancurkan tanaman dan keluarga, melakukan kerosakan di muka bumi, menghancurkan rumah dan sarana umum, membuat terowongan bawah tanah, menangkap, memenjarakan, bahkan membunuh dengan kejam warga Palestin yang tidak berdosa, sementara itu di Bait Hanoun para wanita dengan gagah berani menjadi perisai hidup menghadapi permusuhan mereka hingga ajal menjemput mereka.

Di Iraq masih terus berkecamuk perang antara dua golongan (sunni dan Syiah), dimana para penjajah membuat warganya menjadi berkelompok-kelompok, saling menyerang antara kelompok, menyerang anak-anak dan para ulama, merampas harta, dan melakukan kekacauan suku dan kefahaman, yang kebanyakan dari keturunan Arab, menggunakan nama seperti nama-nama kita, berbicara dengan bahasa kita, namun mereka tetaplah kelompok jahat yang selalu memusuhi kita!! Memecah belah umat!! Memporak perandakan negara hingga mencapai titik kehancuran yang menyedihkan.

Di negara Sudan masih terjadi persekongkolan untuk memecah belah negara Sudan; dengan tujuan agar daerah selatan Sudan yang merupakan seperempat daerah subur negara Sudan berpisah darinya. Setelah itu di bahagian barat Sudan (Darfour) adanya campurtangan negara luar (barat) sehingga terus berkobar perang disana, boleh jadi setelah itu bahagian timur Sudan yang saat ini sedang mengalami kemajuan..

Di Afganistan, Amerika berusaha menguasai dan mengukuhkan pendudukannya disana; mereka menguasai tempat tersebut secara ekonomi dan politik, mengecamukkan keberadaan daerah yang berbatasan dengan Iran, memutus kepentingan Rusia dan Cina, menguasai sumber minyak di lautan Qazwin dan Asia Tengah, dan bertujuan mengamankan perekonomian dan kemaslahatan perusahaan minyak Amerika.

Adapun secara dalamannya majoriti bangsa Arab dan negara Islam berada dalam kekuasaan diktator, yang didukung oleh musuh-musuh kita, pekerjaannya hanya memiskinkan umatnya, membodohi warganya dan melemahkan keberadaan mereka… politik, ketenteraan, ekonomi, ilmu dan seni.

Para pejabat dan pemimpin di negara-negara arab atau negara majoriti penduduknya muslim selalu mempertahankan jabatan mereka (kerusi singgahsananya) hingga bertahun-tahun lamanya, hidup dengan penuh kemewahan dan kenikmatan, merampas kekayaan negara… didukung oleh kekuatan penjajah barat - dipimpin oleh Amerika Syarikat - menjajah umat Islam, merampas kekayaan negara, menghentam siapa saja yang menghalanginya; demi mendapatkan jati diri dihadapan persekutuan yang baru, satu misi dan visi.

Persekutuan ini telah mengakar dalam tubuh mereka, kediktatoran dalaman dengan kejahatan luaran sehingga umat menjadi terbelakang dalam bidang keilmuan, tidak memiliki kemampuan yang maksima, mengharap akan makanan dan pakaian, hidup dengan kemiskinan ditengah kemajuan negara lain, sehingga keadaan ini menjadi jurang pemisah antara kami dengan bangsa lain. Demikianlah nasib kita sebagai warga Arab dalam bidang keilmuan yang tidak mampu meningkatkan kemampuan pendapatan lebih dari 3 dollar dibanding dengan pendapatan warga di negara barat hingga mencapai 409 dollar per hari seperti negara Jerman, 601 Dollar di Jepun dan 681 Dollar di Amerika.

Persekutuan ini terus bertambah kekejamannya dengan ditangkapnya dan dipenjarakannya orang-orang yang berusaha melakukan perubahan secara bebas (terbuka), para pemegang prinsip Islam dan akhlak yang mulia dalam menghadapi kediktatoran yang telah menghancurkan nilai-nilai dan perilaku dari kehidupan mereka.

Persekutuan tersebut terus merebak hingga terjadi benturan dengan tsawabit (keutuhan) islam dan nilai-nilainya, hingga muncul sekelompok orang yang memerangi hijab (jilbab) dengan menggunakan kekuasaan, menghalangi dakwah kepada Allah SWT dengan meggunakan undang-undang mengehadkan segala aktiviti kebajikan dengan menggunakan jabatan dan membiarkan kebebasan melalui kekuatan nafsu syahwani.

Persekutuan telah menjayakan misi penghapusan sejarah umat Islam, menghilangkan keghairahan para pemuda terhadap Islam, kecenderungan dan keterikatan mereka pada agama, umat dan negara.
Persekutuan ini telah melahirkan generasi yang kehilangan kepercayaan terhadap masa depannya, memandang masa depan dengan hampa, penuh ketakutan, kekhawatiran dan keraguan.

Menghadapi rintangan
Rintangan yang selalu kita pelajari setiap pagi dan petang ini, yang selalu mengancam kewujudan kita sebagai bangsa dan umat dan mengancam keyakinan (aqidah) dan syariat kita, sangatlah memerlukan dari sekelompok umat yang mahu mengerahkan segala potensinya, pengorbanannya, dan selalu berusaha untuk berada di jalan yang lurus dalam menghadapi ancaman ini.

Kami sangat memerlukan adanya barisan yang lurus dan para mukhlisin dari generasi umat menghadapi dan menghadang kezaliman para penguasa dan penjajah luar (barat) dan para diktator dalaman (penguasa arab) dan menghancurkan persekutuan mereka. Kerana mereka telah megnhinakan kebangsaan kita, menghancurkan (persatuan) negeri kita. Bahwa tabiat agama kita adalah kemuliaan, mengajak untuk selalu memiliki himmah aliya (semangat yang tinggi), azam yang kuat, tsiqoh, serta selalu bergerak menyelamatkan umat, menghadapi rintangan dan ancaman tanpa ada rasa putus asa dan takut, dan tanpa ada keraguan dalam melaksanakan amanat, kerana syariat dan agama Islam mengharamkan sikap putus asa dan pesimisme, melarang untuk merasa hina dan lari dari beban dan amanah. Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu merasa hina dan bersedih hati karena kamu adalah yang paling tinggi (mulia) jika kamu beriman” (QS Ali Imran: 139),

dan firman Allah:

“Sehingga jika para Rasul sudah merasa putus asa dan merasa mereka telah didustakan maka datanglah kepada mereka pertolongan Kami” (QS. An-Nisa : 110).

Kami menyedari bahawa kami adalah manusia biasa, kami bersedih sebagaimana yang dialami umat kami, kami berduka terhadap apa yang dialami oleh saudara kami, namun kesedihan dan duka bukanlah jalan terbaik kecuali mendorong kita untuk bersimpuh disisi Allah, tsiqah pada pertolongan-Nya, tawakkkal kepada-Nya, berjuang dengan sungguh-sungguh untuk menyelamatkan perahu (yang hampir karam) dan menghalau rintangan. Allah SWT berfirman:

“Dan janganlah kalian berputus asa dari Ruh (pertolongan) Allah, karena tidaklah berputus asa dari Ruh Allah kecuali orang-orang kafir” (QS. Yusuf : 78),

dan Allah berfirman:

“Dan tidaklah berputus asa dari rahmat Allah kecuali orang-orang yang sesat” (Al-Hijr : 56),

dan Allah berfirman:

“Apakah kalian mengira akan masuk surga sementara belum datang kepada kalian (cubaan) seperti orang-orang sebelum kalian, mereka ditimpa kesulitan dan kesusahan dan goncangan sehingga Rasul dan orang-orang beriman yang bersamanya berkata: “Bila datangnya pertolongan Allah”. Ketahuilah bahawa pertolongan adalah dekat” (QS. Al-Baqarah : 214).

Realitinya

Jika tabiat agama kita mengajak kita untuk selalu bekerja dan berusaha tanpa henti agar mampu menghalau segala ancaman dan rintangan, dan jika khabar gembira datang dari langit kerana usaha dan kerja keras serta teguh dalam menghadapi segala ancaman…maka realitinya adalah menggapai khabar gembira, menghadirkan kemenangan pada setiap bangsa; selalu bersemangat dalam menjalankan (melaksanakan) kewajiban, dan melaksanakan amanah dan tanggung jawab tanpa ragu-ragu dan merasa hina.

Demikianlah yang terjadi pada saat perang di Lebanon; keteguhan pada diri setiap orang bahawa setiap bangsa memiliki keinginan untuk merdeka, menghadang setiap ancaman dengan pukulan yang lebih keras terhadap musuh yang mendakwa dirinya tidak boleh dikalahkan, menggagalkan projek pembangunan timur tengah raya yang baru.

Demikian juga halnya dengan negara Iran yang mampu merobohkan kepungan dan menghadang segala rintangan, hingga mampu keluar dari jalan gelap yang telah dirangka oleh Amerika melalui negara-negara tetangganya. Bahkan demikian pula dengan Korea Utara yang mampu keluar dengan sendirinya dari cengkaman Amerika yang telah mendakwa tiada negara yang boleh melawan kehendak Amerika.

Demikian pula dengan saudara kita Hamas yang berdiri teguh dengan pendiriannya di hadapan rintangan yang menyelimuti mereka dari berbagai arah dan menyerbu dari segala penjuru, mereka mampu membawa senjata dalam menghadapi musuh, keluar mempertahankan diri dan negara mereka. laki-laki dan wanita bahkan anak-anak rela berkorban tanpa ada rasa takut mati.

Hari demi hari mulai hadir kesedaran terhadap realiti yang terjadi di tengah umat ini, para pemuda yang telah mendapatkan potensi yang mereka miliki; padahal sebelumnya mereka telah lupa dengan agama, sejarah, azam dan keupayaan mereka, namun secara perlahan kesedaran para generasi terhadap nilai-nilai, agama dan tanggungjawab mereka terhadap umat lahir kembali.

Apa yang harus dilakukan??
Dengan adanya basyarah ilahiyah (khabar gembira dari Allah) dan realiti ini, tidak ada yang dapat kita lakukan kecuali melakukan usaha dengan sungguh-sungguh dan berkesinambungan, kerana waktu bukan hanya untuk kemaslahatan bangsa dan umat kita saja.

Kita memerlukan generasi dari pemuda yang mengenal Tuhan mereka, memahami besarnya tentangan, memahami risalah mereka, mampu berdiri tegak dijalannya dan berpegang teguh dengan misi mereka, memperindah hiasan agama dan dakwah serta amal untuk kemasalahatan umat; dakwah dan pemahaman, usaha dan pembinaan, sasaran dan karakter, ikhlas dan kejujuran serta kesucian dan tauladan.

Kami memerlukan kesedaran umat dan bangsa dari kelalaiannya, mengingatkannya dari bahaya yang mengongkong dan menyelimutinya dari lingkaran yang mengikat hidupnya tanpa menyembunyikan potensi dan tanpa berlambat-lambat dalam bekerja.

Kami juga menginginkan adanya tolong-menolong bersama para mukhlisin dalam menyambung keseimbangan ilmiah dan komunikasi antara kami dan seluruh umat, ditengah tekanan dari para pemimpin, untuk meningkatkan pendapatan kewangan dan melakukan kajian ilmiah dan teknologi yang dapat memberikan kemaslahatan umat.

Kami juga mengharapkan adanya saf (barisan) melawan kezaliman dan kediktatoran para pemimpin di negeri-negeri kita, dan membangunkan para penjawat awam untuk selalu berpihak pada rakyatnya, condong kepada rakyatnya dan menolak kepentingan musuh, agar para penjawat awam menyedari bahawa sandaran yang hakiki tidak akan terwujud kecuali jika berpegang teguh pada tsawabit, aqidah dan syariah, condong kepada rakyat sehingga menjadi alternatif, bergerak untuk membela umat, melawan/menghadang berbagai ancaman yang menyelimuti bangsa dan negara.

Shalawat dan salam semoga selalu tercurah pada baginda Muhammad saw, nabi yang ummi, kepada keluarga, para sahabat… dan segala puji hanyalah milik Allah.

(Dr. Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Al-Ikhwanul Muslimun)

Friday, May 18, 2007

KEMBALI KEPANGKUAN ISLAM

Alhamdulillah kita sungguh bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya pada waktu ini dapat lagi kita bersama-sama meneliti bahan-bahan yang menjadi sumber kepada ilmu dan peningkatan kita disamping menjadi wasilah (jalan) untuk kita menyedari dan memahami akan hakikat Islam yang merupakan Deenul Hayah (cara hidup) yang semestinya menjadi pilihan kita semua.

Umat Islam diseluruh dunia hari ini sedang berada ditepi jurang kehancuran yakni kehancuran yang total dan tidak mungkin dan mustahil boleh diperbaiki lagi. Kehancuran yang akan menyebabkan mereka akan menyesal yang tiada berkesudahan yang tidak akan dapat ditebus dengan wang ringgit, pangkat, kekuasaan dan dengan diri mereka sendiri ataupun keluarga malah dengan dunia dan seisinya sekalipun.

Kehancuran di sini bukanlah bermaksud kelaparan, kebodohan, rasuah, dadah, penyalahgunaan kuasa, kemenangan pengaruh kominis ataupun berlakunya peristiwa seperti peperangan dan sebagainya, kerana semua itu baru hanya merupakan tanda-tanda dan bukanlah kehancuran yang sebenarnya. Tetapi kehancuran yang sebenarnya ialah apabila manusia manusia menjadi degil dan enggan untuk menerima Allah SWT sebagai Rabb, Malik dan Ilah mereka kerana keengganan dan kedegilan ini kelak akan mengakibatkan kemurkaan Allah SWT yang akan mengakibatkan manusia dilontarkan ke dalam api neraka.

Lantaran itu bagi menyelamatkan diri dari kehancuran ini, maka tidak ada pilihan yang lain bagi manusia melainkan harus dan mestilah kembali segera menyahut panggilan fitrah asal mereka yakni kembali kepangkuan Islam.

Di dalam Al Quran Al Karim terdapat banyak ayat-ayat Allah SWT yang menyeru dan memerintahkan sekelian makhluknya khususnya manusia supaya menyembah serta mengabdikan diri kepada hanya sanya Dia (Allah) dan meninggalkan segala bentuk sembahan yang selain daripadaNya. Firman Allah SWT ;

“Dan kepada Allah sahajalah bersujud segala apa yang berada dilangit dan semua makhluk yang melata dibumi dan semua para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombong diri"

(Surah an Nahl : 49)

"Allah berfirman : Janganlah kamu menyembah dua tuhan; sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Esa maka hendaklah kepadaKu sahaja kamu takut "

(Surah an Nahl : 51)

"Dan taatilah Allah dan Rasul supaya kamu diberi rahmat "

(Surah ali Imran : 132)

Perintah ini diarahkan bukanlah tujuan untuk memaksa tetapi adalah satu peringatan bagi manusia terhadap hakikat penciptaan mereka serta hubungan mereka dengan Allah sebagai Rabb, Malik dan Ilah tadi. Allah SWT ingin menjelaskan kepada manusia melalui wahyu-wahyuNya bahawa mereka dicipta bersifat lemah dan memerlukanNya. Bahawa mereka tidak mampu dan tidak cukup ilmu untuk mentadbir diri mereka sendiri apatah lagi untuk mentadbir orang lain. Bahawa mereka tidak mengetahui tujuan mereka diciptakan dan kemana hendak mereka tuju. Bahawa mereka perlu bergantung kepada suatu kuasa yang besar dan kuat, yang kekal dan tidak akan hilang, yang perkasa dan tidak ada tandingannya iaitu Allah SWT. Allah SWT sahajalah yang merupakan sebaik-baik penjaga, pemelihara, pelindung, penolong dan pemberi rezeki kepada mereka.

"Hai manusia kamulah yang berkehendak kepada Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji "

(Surah al Faathir : 15)

"Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati,agar kamu bersyukur "

(Surah an Nahl : 78)

"Dan ingatlah akan hari (ketika) Kami bangkitkan pada tiap-tiap umat seorang saksi atas mereka dari mereka sendiri dan Kami datangkan kamu (Muhammad) menjadi saksi atas seluruh umat manusia. Dan Kami turunkan kepadamu Al Kitab (Al Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan sebagai petunjuk dan rahmat serta khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri "

(Surah an Nahl : 89)

Di atas dasar inilah maka manusia harus sedar, insafkan diri mereka dan bersegera untuk melaksanakan perintah tersebut dengan kembali kepangkuan Islam agar mereka semua akan mendapat rahmat dan keamponan daripada Allah SWT.

Apakah Tujuan Dan Peranan Islam

Dr. Abdul Karim Zaidan di dalam kitabnya Usul Dakwah, mengatakan bahawa tujuan atau matlamat Islam ialah untuk memberikan kemaslahatan atau kebaikan bagi manusia dan menghapuskan segala macam kerosakan dan keburukan dari mereka didunia dan akhirat. Ini menjelaskan bahawa manusia tanpa Islam tidak akan mampu untuk memberikan kemaslahatan atau kebaikan yang sebenar samada pada dirinya sendiri maupun kepada manusia-manusia lain malahapa yang akan terjadi ialah sebaliknya iaitu kerosakan dan kezaliman.

Sebagai contoh, marilah kita melihat perkembangan nasionalisma, kapitalisma, kominisma dan lain-lain ism di dunia ini dan kesannya terhadap manusia. Memanglah pada teorinya masing-masing bertujuan untuk memberikan kemaslahatan kepada manusia, tetapi apabila sistem mereka dilaksanakan secara praktik maka kita dapat melihat lahirlah satu demi satu kelemahan-kelemahan yang amat menonjol, yang tidak dapat ditampung dan diperbaiki lagi. Disamping itu juga didapati timbulah masalah-masalah yang semakin hari semakin rumit untuk diselesaikan. Sistem ataupun cara hidup yang mereka anjurkan ini sebenarnya amatlah bertentangan dengan naluri manusia dan lantaran kerana itulah kita dapati mereka menemui kegagalan demi kegagalan.

Sebaliknya Islam adalah suatu cara hidup (syariah) yang telah diciptakan oleh Allah SWT khusus untuk manusia. Dan oleh itu ianya adalah lengkap, sempurna dan bebas daripada segala bentuk kekurangan dan kelemahan. Kesempurnaan Islam menyebabkan mereka-mereka yang berpegang dengannya tidak perlu lagi bergantung kepada sumber-sumber asasi yang lain walau sedikit mana sekalipun, baik yang datang dari barat ataupun timur.Islam menghendaki pemeluknya supaya berpegang teguh kepada peraturan-peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT kerana inilah sahaja caranya yang boleh memberikan kejayaan dan kemenangan kepada mereka.

Perlu dijelaskan di sini bahawa peranan Islam tidaklah hanya tertumpu kepada beberapa waktu ataupun suasana yang tertentu tetapi ianya berfungsi pada setiap masa dan ketika. Ini adalah kerana objek yang ditujuinya ialah untuk mengubah jiwa manusia supaya benar-benar tunduk dan patuh seluruhnya hanya kepada Allah SWT, dan melaksanakan syariatNya. Justeru itu matlamat ke arah ini memerlukan satu usaha yang berterusan dan bersungguh-sungguh, bukan sekali sekala dan hendaklah dilaksanakan didalam apa jua suasana dan tempat. Usaha yang sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh bukan sahaja tidak akan menghasilkan kejayaan malah akan melahirkan pula kesan-kesan yang tidak baik dan merugikan.

Sebagaimana realiti yang berlaku sekarang ini, usaha-usaha ke arah pembentukan cara hidup Islam ini kebanyakannya dijalankan secara sambil lewa sahaja yang mana diantara sebab berlaku demikian adalah kerana ramai daripada umat ini yang melepaskan mas'uliah (rasa tanggungjawab) mereka terhadap Islam. Kalau adapun usaha yang dijalankan hanyalah sekadar kerana orang lain buat program maka merekapun buat juga, atau kerana terpaksa ataupun kerana nak buat sambutan-sambutan tertentu yang berkaitan dengan Islam dan lain-lain lagi.

Langkah Kita

Pada hari ini kita sedang berada disuatu zaman yang dipenuhi dengan jahiliah MODEN yang bermacam ragam dan keadaan ini menjadi lebih tenat lagi kerana tidak adanya WA'YUL ISLAM (kefahaman Islam) yang sebenar melainkan kepada hanya segelintir manusia sahaja. Oleh itu, langkah kita yang paling awal ialah mendapatkan kefahaman Islam yang sebenar, sepertimana kefahaman yang telah diajarkan oleh baginda Rasulullah SAW.

Maka dari itu kita haruslah berusaha untuk mendapatkan dan membaca bahan-bahan bacaan yang bernilai seperti buku-buku, risalah-risalah, majalah-majalah yang dikarang oleh Ulama'-ulama' yang muktabar dan disamping itu perlulah kita mendampingkan diri dengan usrah-usrah, ceramah-ceramah, perbincangan dan sebagainya kerana semua itu akan menyambungkanke arah pembentukan kefahaman dan kesedaran Islam yang sebenarnya. Kita perlulah memahami asas-asas Islam, peranan Islam dalam kehidupan dan tuntutan-tuntutannya ke atas diri kita. Kita perlulah mengetahui akan kebaikan Islam, serangan musuh terhadapnya dan cara untuk mengembangkannya dan seribu satu lagi persoalan lain mengenainya.

Untuk mendapatkan kefahaman ini, menurut mujahid Fathi Yakan, seelok-eloknya ialah diwaktu sekarang sebelum kita ditimpa dengan kesibukan-kesibukan yang akan membantutkan usaha-usaha kita. Maknanya kita perlulah mencari ilmu dan kefahaman ini disaat usia masih muda lagi dan fikiran masih segar dan inilah sebaik-baik masa bagi kita sebelum datang kesibukan urusan kerja, urusan anak isteri dan keluarga, urusan persatuan dan sebagainya.

Kita juga perlulah sedar bahawa suasana jahiliah MODEN yang berada disekeliling kita ini amat mengancam dan sentiasa berusaha untuk memisahkan kita dengan Islam dari setiap sudut. Untuk menegakkan Islam pada diri kita dan masyarakat kita pada hari ini sambil berhadapan dengan jahiliah yang telah menguasai hampir seluruh inci kehidupan manusia, bukanlah satu perkara yang mudah. Oleh itu kita mestilah berikhtiar dan menentukan agar langkah yang akan kita ambil nanti bersesuaian dengan keadaan, masa, tempat dan suasana. Untuk ini kita haruslah meneliti kembali akan sirah Rasulullah SAW dengan tujuan supaya dapat kita mencari wasilah (jalan) ataupun langkah yang paling baik. Firman Allah SWT :

"Sesungguhnya pada Rasulullah itu ada contoh ikutan yang paling baik bagi kamu, iaitu bagi sesiapa yang mengharapkan ganjaran Allah dan balasan yang baik dihari kiamat serta sentiasa mengingati Allah "

(Surah al Ahzab : 21)

Kita dapati Rasulullah SAW diantara tindakannya yang awal untuk menegakkan Islam ialah melaksanakan satu manhaj tarbiyyah yang melahirkan pendokong-pendokong yang telah benar-benar sedar dan sefikrah serta bersedia pula untuk menerima dan melaksanakan perintah-perintah Rasulullah SAW. Melalui pembentukan barisan pendokong-pendokong akidah inilah seterusnya Rasulullah SAW telah berjaya menerapkan nilai-nilai Islam dan menjadikan kumpulan tersebut sebagai contoh kebaikan Islam kepada masyarakat Quraish pada masa itu.

Justeru itu kita perlulah meyakini bahawa melalui proses tarbiyyah sahajalah kita akan dapat memasukkan nilai-nilai Islam pada diri kita. Dan kerana itu haruslah kita bersedia untuk mengorbankan masa yang ada pada kita dengan kita menyerah diri sepenuhnya. Apabila kefahaman yang sebenar telah diperolehi dan diterjemahkan dalam bentuk praktik maka proses ini akan melahirkan keimanan yang mendalam pada diri kita yang mana ianya akan bertindak sebagai senjata untuk menahan kemaraan pengaruh jahiliyyah disamping menguatkan lagi penghayatan Islam kita.

SUATU KEHILANGAN

Penderitaan umat Islam hari ini bukan setakat tidak dapat memanfaatkan sumber kekayaan bumi mereka, yang lebih parah lagi ialah mereka tidak mempunyai sejarah atau tidak punya kebanggaan masa lalu.

Disaat seperti ini ummat Islam tidak akan memiliki motivasi untuk bangkit memperbaiki nasibnya.Akhirnya jiwa mereka terus tunduk dan menyerah kepada suasana.

Oleh itu kita perlu kembali menoleh kebelakang; iaitu generasi al Quran Yang Unik, kerana di sana tersimpannya;Peribadi-peribadi luarbiasa yang telah menundukkan alam jahiliyyah kepada kebenaran Islam, Pengorbanan yang tidak dijangkiti sifat tamak dan bakhil, Kecerdikan dan kegigihan yang tidak diresapi sebarang warna tipu daya dan Sistem didikan yang telah mengubah jiwa-jiwa manusia

Di sana terdapatnya peribadi-peribadi unggul iaitu keperibadian Rabbani yang sebelum disirami cahaya kebenaran Islam adalah merupakan mereka yang hidup di dalam kegelapan Jahiliyyah, yang menguburkan anak-anak perempuan hidup-hidup, minum arak dan berjudi.

Namun kini sirah yang cemerlang dan contoh-contoh yang gemilang ini semakin pupus dari kamus kehidupan umat Islam. Umat Islam kini lemah tidak bermaya, tidak ada sebarang kekuatan atau motivasi untuk bangkit dan membangun semula ummah.

Ada yang menyedari hakikat ini dan cuba merawatnya tapi tidak tahu punca-puncanya lantaran tidak tahu bagaimana seharusnya mendiagnosa semua penyakit ini dan memahaminya secara menyeluruh dalam rangka membina semula ummat dan melancarkan suatu usaha pemulihan yang baik, selamat, memadai dan moden. Kerana dengan semata-mata adanya keluhan, semata-mata keinginan melakukan perubahan secara benar, semata-mata merasai berada pada jalan yang salah dalam hampir semua segi, semata-mata adanya usaha-usaha serampangan untuk mengubati keadaan yang hina dan terkebelakang, dengan semata–mata itu semua! Maka keadaan ummat akan tetap buta terhadap jalan terang. Oleh itu kaedah pengdiagnosaan menyeluruh mesti diketahui.

Penyakit yang dideritai oleh ummat Islam hari ini adalah penyakit lama yang berulang kembali akibat dari kecuaian dan kealpaan ummat ketika sihatnya. Penyakit ini dulunya hampir memusnahkan ummat manusia tetapi Allah yang Maha Penyayang telah mengutuskan RasulNya lalu membimbing ummat manusia yang sedang dalam kegelapan menuju kepada cahaya dan keluasan hidup, dari penyembahan kepada sesama mahkluk kepada penyembahan Allah yang Maha Esa.

Tetapi kini penyakit ini semakin merebak dan makin hari makin tenat, hingga ada organ-organ yang lemah dan tak berfungsi, bahkan Tauhid ataupun keimanan kepada Allah yang menjadi jantung Islam itu sendiri telah tenat dan makin kehilangan fungsinya. Kini tanda-tanda kelemahan dan kehancuran ummat mula tampak dalam tingkahlaku dan pergerakan ummat itu sendiri.Ummat Islam hari ini telah mula menolak Syariat dan Hakimiyyah Allah taala, Deen Allah serta janji-janji dan ancaman-ancaman Allah. Dimana ini bermakna kita juga telah menolak redha,rahmat dan bantuan Allah taala; oleh itu hari ini kita melihat Ummat Islam telah hilang Daulah Islamiyyah, Syariat Islamiyyah, Ahklak Islam, Tamadun Islam, Tarbiyyah dan Keperibadian sebenar Islam.

Penyakit ini tidak akan sembuh melainkan kita merawatnya sebagaimana Rasulullah s.a.w merawatnya dahulu; kita mesti bermula pada titik permulaan dakwah Rasulullah s.a.w. Ummat ini perlu dididik sebagaimana Rasulullah s.a.w mendidik generasi awal dahulu dengan manhaj dan uslub Rasulullah s.a.w.

Kita perlu menoleh semula kebelakang untuk kita menggali semula khazanah-khazanah berharga dari sirah yang harum sebagai bekalan untuk kita bangkit dan membangun semula ummah. Kita perlu kembali kepangkuan Islam; Islam dalam ruang lingkup dan pengertian sepertimana yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Kita perlu memahami dan menghayati serta melaksanakannya dalam kehidupan kita sebagaimana generasi pertama(generasi Al Quran) memahami, menghayati dan melaksanakannya dalam kehidupan mereka.

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah