Sunday, September 30, 2007

Adakah kita termasuk dalam golongan yang suka memberi kemaafan? Siapakah yang benar-benar menikmati kemanisan kemaafan tersebut?

Mungkin kita boleh berhenti dan berbincang seketika persoalan-persoalan ini. Mungkin selepas ini kita akan merasainya besar walaupun sebelum ini kita merasakannya kecil.

Ada seorang sahabat Rasulullah SAW yang Rasulullah SAW tunjukkan sebagai ahli syurga hingga sahabat-sahabat lain mula sibuk menyelidiki apa ”special”nya sahabat itu hingga ditunjukkan oleh Baginda Rasul sebagai ahli syurga. Akhirnya diketahui sahabat itu amalannya macam biasa saja berbanding sahabat-sahabat lain cuma satu perkara yang telah mengangkatnya sebagai ahli syurga adalah dia sentiasa memberi kemaafan kepada orang lain. Setiapkali sebelum terlelap mata, dia akan memaafkan semua kesalahan orang lain kepadanya....tak kira siapa.

Nah...sekarang ini adakah kita masih merasakan persoalan ini remeh?

Mungkin nampaknya agak mudah cuma berikan kemaafan kepada sesiapa saja yang pernah melukakan hati, menyakiti hati dan perasaan kita atau berlaku kasar kepada kita". Adakah ianya semudah itu? Pernahkah kita dicaci maki oleh seseorang dengan kata-kata yang terlalu kesat...kitapun begitu tersinggung, lalu keesokan harinya kita bertembung dengannya tanpa disengajakan dan kitapun mengukir senyuman yang ikhlas dari hati kita tanpa sedikitpun kepura-puraan? Kalau pernah begitu, saya ingin ucapankan setinggi-tinggi tahniah kerana anda memiliki kekuatan jiwa dan seorang yang gagah atau perkasa jiwanya pada pandangan Allah SWT kerana Rasulullah SAW pernah menggambarkan orang yang gagah itu adalah orang yang boleh menahan kemarahannya ketika dia marah.

Jadi untuk memberi kemaafan sebenarnya memerlukan kekuatan; kekuatan iman dan kekuatan jiwa. Kekuatan iman kerana hanya apabila kita benar-benar yakin dengan apa yang akan Allah berikan baru kita sanggup lepaskan apa yang kita ada. Hanya apabila kita benar-benar yakin dengan janji-janji Allah, barulah kita memaaafkan orang lain. Kita perlukan kekuatan jiwa kerana hanya seseorang yang kuat jiwanya serta berjiwa besar akan memandang yang kecil itu kecil dan menghargai sesuatu yang besar. Sememangnya memberi kemaafan mendapat kedudukan yang tinggi disisi Allah SWT dalan banyak ayat-ayat Al Quran dan hadith Rasulullah SAW (Mungkin jika berkesempatan, kita akan huraikan dalam siri HIKMAH akan datang).

Mungkin kita hanya nampak janji-janji Allah di Akhirat nanti, bagaimana pula semasa kita masih hidup, apa yang akan kita dapat dari kemaafan yang kita berikan itu? Sebenarnya hasil dari kajian pakar-pakar psikologi, sebahagian besar daripada masyarakat hari ini menghadapi tekanan jiwa yang begitu tinggi. Hinggakan daripada kajian tersebut mendapati ramai yang berumur antara awal 30an hingga penghujung 50an mengalami penyakit-penyakit yang berkaitan tekanan jiwa dan perasaan seperti tekanan darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Satu hakikat yang mungkin menyebabkan timbulnya masalah hari ini adalah kerana manusia membesar tanpa kasih sayang dan jiwa kemanusiaan. Dalam suasana hari ini memang banyak perkara yang boleh menyebabkan kita marah dan terasa hati. Saya dapat melihat, terutamanya dikalangan remaja hari ini yang kekosongan jiwa kemasyarakatan; para staf membanting tulang bekerja namun tiada rakan yang hargai; kerana manusia lain hanya pentingkan hajat-hajat mereka dan apa yang mereka cari, nilai kebersamaan tidak terbina, nilai individualis
tik menjadi ikutan.

Sebagai contoh ketika saya bertugas sebagai seorang Pengurus di salah sebuah syarikat di Johor, seorang staf saya merasa tidak senang dengan kehadiran saya kerana merasakan kehadiran saya mengancam periuk nasi dan kenaikan pangkatnya. Lalu sepanjang saya bertugas di situ, beliau tidak serius memberi kerjasama dengan saya, beliau juga mengadu domba kepada staf yang lain merekacipta pelbagai kelemahan dan ketidakwibawaan saya sebagai seorang pengurus. Suatu hari, beliau melakukan kesilapan dan bertengkar dengan isteri kepada tuan punya perniagaan tersebut. Lalu Pengurus Besar mengadakan mesyuarat bagi membicarakan isu tersebut dan Tuan Pengurus Besar bercadang untuk memberhentikan pekerja tersebut kerana bersikap kurang ajar.
Ketika sesi perjumpaan bersama staf tersebut, saya sebagai Pengurus diminta untuk memberi pandangan... Apa yang anda akan lakukan di saat itu jika anda berada dikedudukan saya?

Sebenarnya jika saya tiada sifat pemaaf dan saya menyimpan sikap dendam, rasanya inilah masa yang sesuai untuk ”mengenakan” staf tersebut. Namun, alhamdulillah, saya menyatakan kepada pihak pengurusan bahawa staf tersebut sebenarnya amat baik dan aset kepada syarikat. Rugi kiranya syarikat memberhentikan beliau, sedangkan sebelum ini beliau telah berbakti kepada syarikat sejal awal lagi dan seorang yang boleh diharapkan syarikat. Justeru saya tidak menyokong pemberhentian beliau sebaliknya memohon pihak pengurusan agar memaafkan atas kesilapan beliau. Ternyata pihak pengurusan bersetuju memaafkan staf tersebut dan beliau boleh kembali bekerja.

Nah! Apa yang anda rasa akan terjadi kepada staf tersebut? Ternyata selepas peristiwa tersebut, beliau berubah pandangan terhadap saya, kemudian kami menjadi rakan yang akrab dan saya tidak merasa tertekan bekerja di sana sebaliknya kebahagiaan yang diperolehi kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk memaafkan kesalahan orang lain dan berlapang dada, nikmatnya Allah mengurniakan ukhwah kepada kami.

Ini mungkin contoh yang ”real” dan banyak lagi contoh-contoh lain jika kita kumpulkan memang terlalu banyak. Untuk contoh di atas, saya mungkin boleh marah atau terasa di hati.....persoalannya apa yang saya dapat daripadanya, kenapa kita perlu korbankan ketenangan yang kita ada dengan kebenciaan sedangkan semua itu mungkin akan mengundang perkara yang lebih buruk. Kenapa kita perlu marah hingga marah padam muka kita, kepala rasa panas, jantung berdegup kencang.....lepas tu tekanan darah pun makin tinggi. Apa pula yang saya akan dapat jika saya maafkan saja mereka.... ternyata hikmah yang tersirat hanya Allah swt Maha Mengetahui. Jadi dalam suasana hari ini, memang kita ada banyak sebab untuk marah tetapi jika kita fikirkan secara mendalam kita ada lebih banyak sebab untuk beri kemaafan. Ramadhan bulan mendidik dan bulan keinsafan. Berikanlah kemaafan kepada ahli keluarga kita, rakan-rakan kita, para tetangga kita, rakan sekerja kita dan kepada sesiapa sahaja kerana Allah itu Al Ghaffur..

Kualiti seorang Pemaaf

Faktor-faktor penderaan seksual kanak-kanak

Kehilangan kanak-kanak keletah, Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun dilaporkan pada 20 Ogos 2007 setelah pergi keseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya. Pada 20 September 2007, iaitu 30 hari selepas kehilangannya, mayat kanak-kanak perempuan yang dijumpai dalam beg pakaian oleh seorang pekerja sebuah kedai di Jalan PJS 1/48, Petaling Utama disahkan sebagai Nurin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengesahkan berita tersebut setelah ujian DNA dilakukan ke atas mayat dan kedua ibu bapa Nurin menunjukkan perkaitan di antara mereka. Pada masa yang sama tumpuan rakyat Malaysia kembali melihat penderaan seksual ke atas kanak-kanak sebagai zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Insiden penderaan kanak-kanak ini telah berlaku dengan melibatkan kes-kes yang sangat menyayat hati. Pada Januari 2004, Harirawati Saridi, 10 tahun ditemui mati ketika dalam perjalanan ke sekolah. Beliau dipercayai dirogol dan dibunuh di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah. Selepas itu, seorang lagi kanak-kanak, Nurul Huda Abdul Ghani ditemui dalam keadaan lemah selepas dicekik, dirogol dan diliwat di sebuah pondok keselamatan stesen janakuasa TNB di Kampung Rekajang, Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.

Ramai pengkaji melihat tingkah laku mendera kanak-kanak adalah rumit dan kompleks kerana sukar untuk diberi klasifikasi. Adakah ia perlu diletakkan di bawah kemalangan, penyakit atau kecederaan yang disengajakan. Penderaan sahaja boleh ditafsirkan sebagai mencederakan tubuh kanak-kanak, memperkosa, memaksa kanak-kanak bawah umur bekerja, membenarkan mereka mengemis dan mendedahkannya kepada bahaya moral. Pendera juga tidak dihadkan kepada ibu bapa malah penjaga, pembantu rumah, saudara-mara, jiran atau guru juga boleh disabitkan dengan penderaan.

Kes yang dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman, Kuala Lumpur dari tahun 2000 hingga Ogos 2006 menunjukkan kes-kes yang dilaporkan tidak tinggi tetapi memperlihatkan aliran yang semakin meningkat. Tahun 2000, ia melibatkan 146 kes, 2001 (150), 2002 (123) dan bilangan kes menurun kepada 119 pada tahun 2003. Bagaimanapun, bilangan tersebut meningkat pada tahun 2004 dengan 148 kes seterusnya menokok kepada 189 pada tahun 2005. Sehingga Ogos 2006, sebanyak 108 telah dilaporkan.

Dari tahun 2000 hingga Ogos 2006, bilangan kes yang dilaporkan adalah turun-naik dan bergantung kepada pelbagai sebab tetapi beban yang ditanggung oleh mangsa adalah lebih membebankan.

Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Khadijah Alavi (2005) dalam artikel "Memahami penderaan kanak-kanak ke arah pemantapan Akta Kanak-kanak 2001" memberikan beberapa faktor yang mempengaruhi kes ini.

1. Hubungan pelaku dengan persekitaran

Hubungan pelaku dengan mangsa penderaan adalah merangkumi hubungan ibu bapa, abang, pakcik dan sebagainya. Ada kaitan yang agak kuat di antara hubungan pelaku dengan bentuk penderaan khususnya penderaan fizikal. Di antara ibu dan bapa, didapati ibu lebih banyak dikaitkan dengan penderaan ini kerana mereka yang menjaga dan mendisiplin kanak-kanak. Manakala bagi penderaan seksual, bapa dan bapa tiri lebih kerap iaitu 51.5 peratus.

2. Umur pelaku

Kajian di Barat menunjukkan bahawa lebih 62 peratus pelaku berumur 30 tahun ke bawah. Malahan tindakan mereka lebih lima kali ganda berbanding pelaku umur 31 hingga 50 tahun. Antara faktor yang menyumbang kepada tingkah laku ini ialah: a) kadar yang tinggi ini mungkin kerana generasi muda lebih mudah melakukan kekerasan, b) pendedahan kepada perselisihan faham ketika awal perkahwinan, c) ibu bapa remaja dan muda yang mempunyai anak kecil berisiko dalam kes penderaan, dan d) aliran yang meningkat mungkin menjadi amalan baru di dalam masyarakat hari ini.

3. Taraf perkahwinan pelaku

Ditemui bahawa penderaan lebih kerap ketika ibu bapa mangsa berada dalam proses penceraian kerana mencari tempat untuk meluahkan rasa marah, kecewa dan membalas dendam. Justeru kanak-kanak berada di dalam konflik yang sangat sukar dalam hidup mereka.

4. Taraf pendidikan pelaku

Lelaki yang berpendidikan menengah lebih kerap mendera kerana tekanan perasaan lebih tinggi di kalangan lepasan sekolah. Keadaan mereka yang sukar mendapat pekerjaan atau pendapatan yang kurang berbanding keperluan membesarkan anak-anak memberi tekanan bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Pelaku yang berpendidikan tinggi tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan rawatan di klinik swasta kerana mereka mampu membayarnya.

5. Jenis pekerjaan pelaku

Pengangguran merupakan masalah kepada keluarga muda. Tekanan hidup tanpa ada kerja menjadikan fikiran bercelaru dan perlu melepaskan kecelaruan tersebut kepada seseorang. Di sini anak-anaklah yang menjadi mangsa. Jika ada kerja pun, tekanan di tempat kerja turut menjadi faktor kepada penderaan ini.

6. Jumlah pendapatan pelaku

Golongan yang tinggi melakukan penderaan ialah dalam kategori status sosioekonomi rendah iaitu di antara RM350 hingga RM750. Kehidupan di bandar-bandar besar dengan pendapatan yang kecil menyukarkan ibu bapa untuk membesarkan anak-anak mereka. Ini kerana setiap hari mereka terpaksa memikirkan bagaimana harus mencari pendapatan untuk diberi kepada keluarga.

7. Jenis rumah kediaman

Penderaan lebih kerap di kawasan setinggan dan rumah panjang. Di kawasan setinggan umpamanya, keadaan rumah yang terlalu rapat dan jalan yang sempit menyebabkan seorang kanak-kanak boleh didera secara seksual. Kadangkala penghuni rumah setinggan terpaksa berkongsi kawasan bilik mandi yang terdedah kepada intipan dan pihak yang mengambil kesempatan.

8. Jaringan sosial

Jiran dan saudara-mara adalah contoh jaringan sosial yang wujud di dalam masyarakat. Kekerapan kunjung-mengunjung, tolong-menolong dan bekerjasama dapat menjadikan hubungan sesama kelompok sosial lebih kuat dan kukuh. Bagaimanapun kehidupan di bandar yang lebih terbuka menjadikan keluarga asas adalah pilihan terbaik. Bagaimanapun dengan keluarga asas ini kanak-kanak tidak lagi kenal datuk, nenek, pakcik atau makcik yang ada hubungan dengan mereka.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan penderaan kanak-kanak berlaku. Hubungan pelaku dan mangsa boleh diperincikan lagi supaya motif penderaan ini dapat dikenal pasti. Bagi kes yang melibatkan Nurin, pelaku jelas mempunyai niat untuk mendera mangsa.

Penderaan dalam bentuk apa pun adalah satu tindakan yang mempunyai tujuan untuk merosakkan, mencederakan atau membunuh. Pelaku seperti ini tidak sepatutnya dibiarkan bebas. Pembunuhan kejam Nurin menyebabkan ramai orang tidak dapat melelapkan mata kerana ianya melibatkan penderaan terancang dan pembunuhan yang menyayat hati. Seperti kata Bapa Nurin, Jazimin: "Harap kerajaan akan membuat sesuatu," cukup memberi mesej yang kuat kepada masyarakat bagi melihat pelaku dera seksual tersebut dijejaki, ditangkap dan diadili.

Thursday, September 27, 2007

Penghayatan Nuzul Quran

Kita sekarang sedang berada di Bulan Ramadhan al-Mubarak, bulan agung, bulan berkat, bulan diturunkan al-Qur'anul Karim, bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang fadhilatnya melebihi seribu bulan, bulan yang Allah s.w.t mewajibkan Umat Islam berpuasa pada siang hari dan disunatkan Qiamullail pada malam harinya.

Bercakap tentang al-Quran, maka di sana terdapat beberapa nama yang masyhur bagi kitab suci al-Quranul Karim seperti yang dijelaskan di dalam kitab-kitab Ulumul Qur'an, yang antaranya seperti apa yang telah dijelaskan oleh Dr Subhi Soleh dalam kitabnya Mabahis Fi Ulumul Quran bahawa nama-nama yang masyhur bagi al-Quran ialah al-Tanzil, az-Zikr, al-Furqan dan di samping itu terdapat lagi nama-nama lain bagi al-Quran yang dihubungkan dengan sifat-sifat al-Quran itu. Namun demikian al-Quranul Karim, walau apapun namanya dinamakan, al-Quran adalah Kalamullah yang penuh mukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, kemudian ditulis di dalam Mashaf, dipindahkan / disampaikan kepada umat ini secara mutawatir (yang mustahil berlaku pendustaan), membacanya menjadi ibadah, dan ada ulama’ lain menambah lagi dengan menyebut bahawa al-Quran dimulai dengan surah al-Fatihah dan ditutup dengan Surah an-Nas.

Al-Quran yang Allah s.w.t telah turunkan sekaligus pada malam lailatul Qadr ke langit dunia baitul 'izah kemudian telahpun disampaikan kepada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur selama lebih kurang dua puluh tiga tahun itu bukan sebarang kitab, bukan kitab karangan makhluk / manusia, tetapi al Quran adalah Kitab Allah (kalamullah) yang tidak boleh sama sekali dipandang ringan (tidak boleh diabaikan,) bahkan wajib berIman kepada Kitab Allah kerana berIman kepada Kitab Allah itu adalah satu daripada Rukun Iman, sesiapa yang tidak yakin kepada Kitab Allah itu maka dikira kufur terhadap Allah s.w.t. Akibatnya pada Hari Qiamat nanti ia tergolong di dalam golongan orang yang rugi. Firman Allah s.w.t dalam ayat 121 Surah al Baqarah:

Maksudnya: “Orang-orang yang telah Kami (Allah) datangkan kitab kepada mereka, mereka itu membacanya dengan sebenar-benar bacaan, mereka adalah orang-orang yang benar-benar berIman dengannya (dengan al Quran.) Sesiapa yang kufur (tidak mempercayainya) maka mereka itu adalah orang-orang yang rugi (di Hari Akhirat nanti)“

Al-Quran diturunkan oleh Allah s.w.t bukan sia-sia, tetapi ada tujuan dan matlamatnya yang besar.

Sehubungan dengan ini Dr Solah Abdul Fatah al Khalidi dalam kitabnya Mafatih Lil Ta'amuli Ma'al al-Quran pernah menjelaskan bahawa sesungguhnya matlamat utama al-Quran hampir tidak terkeluar daripada empat perkara besar:

Pertama:

Membawa Hidayah / Pertunjuk kepada Jalan Allah s.w.t, pertunjuk yang benar (jalan yang betul) agar betul seluruh aspek kehidupan individu dan masyarakat (umat).

Mana ada lagi jalan yang betul selain daripada jalan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t (iaitu Islam). Firman Allah s.w.t dalam ayat 9 Surah al Isra’:

Maksudnya: “Bahawa sesungguhnya al Quran itu membawa / memberi pertunjuk / memimpin ke jalan yang benar dan menyampaikan berita gembira kepada orang-orangyang berIman serta melaksanakan amalan soleh bahawa mereka akan memperoleh ganjaran pahala yang besar" (pertunjuk / hidayah sebenarnya datang daripada Allah - Allah datangkan melalui al Quran.)“

Oleh itu untuk mendapat pertunjuk / hidayah tersebut, maka kita mestilah berIman dan menerima al Quran sebagai panduan dan pengatur hidup kita. Hanya orang yang datang mendekati al Quran dengan hati yang bertaqwa sahaja yang akan mendapat pertunjuk / bimbingan al Quran berdasarkan firman Allah dalam ayat 2 Surah al Baqarah:

Maksudnya: “Kitab al Quran itu tiada sebarang keraguan di dalamnya, memberi pertunjuk kepada orang-orang yang bertaqwa.“

Kedua:

Al-Quran bermatlamatkan untuk melahirkan / membentuk individu-individu yang bersahsiah Islam, berpindah daripada realiti jahiliyah yang buruk kepada Islam berpaksikan / berteraskan kepada iman / tauhid kepada Allah s.w.t.

Dan telahpun terbukti lahir jiwa-jiwa dan peribadi-peribadi mulia dalam generasi awal Islam / generasi sahabat Rasulullah s.a.w. Masing-masing telah menjadi ahli Quran (ahlu quran.) Hidup dengan al Quran dan di dalam ‘tarbiyah al Quran’.

Bermaksud: “Daripada Hasan al Basri Rahimahullah berkata bahawa sesungguhnya orang-orang sebelum kamu memandang al Quran sebagai Risalah daripada Allah s.w.t, mereka membacanya dengan penuh ‘tadabbur’ (perhatian) di waktu malam dan mereka melaksanakannya di waktu siang (yakni segera melaksanakannya.) “

Ketiga:

Al Quran juga bermatlamatkan melahirkan / membentuk masyarakat Islam Qurani (Jilnul Farid.)

Masyarakat yang terdiri daripada individu-individu yang terdidik dengan ajaran al Quran, membangun dengan prinsip dan arahan-arahan al Quran, berkembang di dalam suasana al Quran dan hidup di bawah naungan sinaran nur al Quran. Jika demikian barulah akan lahir masyarakat yang mulia serta mendapat Rahmat Allah s.w.t. Masyarakat seperti itu telahpun lahir dalam generasi awal Islam dibawah pimpinan dan bimbingan Rasulullah s.a.w sehingga telah mendapat pujian daripada Allah s.w.t di dalam al Quran ayat 110 Surah ali Imran :

Bagi masyarakat kini, sewajarnya memberi perhatian kepada ajaran al Quran yang sudah pasti benar sekiranya masyarakat kini ingin mendapat Rahmat dan Kurniaan-kurniaan Allah s.w.t. Perhatikanlah dan fahamilah ayat al Quran dalam Surah an Nisaa’ ayat 174 hingga 175:

Maksudnya: “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti kebenaran daripada ‘rab’ kamu (Allah s.w.t,) dan Kami (yakni Allah s.w.t) telah turunkan kepada kamu cahaya yang terang (yakni al Quran.) Adapun orang yang berIman kepada Allah serta berpegang teguh dengannya (dengan Deen Allah,) nescaya Allah s.w.t akan memasukkan mereka ke dalam RahmatNya (Rahmat Allah) dan kurniaan serta menunjukan mereka jalan yang lurus untuk sampai (atau kembali) kepadaNya (kepada Allah)“

Keempat:

Al Quran juga bermatlamatkan untuk melahirkan / membentuk kepimpinan ummat yang sentiasa merujuk dan mengikut panduan daripada wahyu Allah (al Quran,) mengikut arahan syara’.

Hal ini ternyata telah lahir kepimpinan dalam generasi awal Islam dahulu. Mereka sentiasa merujuk kepada wahyu Allah (al Quran,) merujuk kepada Rasulullah s.a.w atau dikenali sebagai Sunnah Rasulullah s.a.w. Mereka sangat faham akan firman Allah s.w.t di dalam Surah al Ahzab ayat 36:

Bermaksud: “Dan tidaklah patut bagi orang lelaki dan perempuan yang berIman, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan / menentukan sesuatu ketetapan (tidak wajar) mereka memilih (pilihan lain) dalam urusan mereka. Dan sesiapa yang derhaka terhadap Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang nyata (jelas.)“

Demikianlah empat perkara besar yang menjadi matlamat al Quran tanzilkan (diturunkan) kepada Nabi Muhammad s.a.w dan diwajibkan ke atas Nabi Muhammad s.a.w selaku Rasulullah (wajib) menyampaikan al Quran itu kepada umatnya pula. Firman Allah di dalam ayat 44 Surah an Nahl:

Maksudnya: “ dan Kami (Allah) telah turunkan ke atas engkau (Nabi Muhammad s.a.w) akan al Quran untuk engkau (Nabi Muhammad s.a.w) terangkan (al Quran) itu kepada ummat manusia apa-apa yang telah diturunkan kepada mereka, juga agar mereka berfikir (memahami tuntutan al Quran itu.) “

Oleh itu, disamping kita membaca al Quran maka perlulah kita berusaha untuk memahami tuntutan-tuntutan Allah s .w.t daripada ayat-ayat al Quran dari masa ke semasa, tidak hanya terbatas kepada memperelokkan bacaannya semata-mata.

Yakinlah bahawa kebenaran itu ditentukan oleh Allah s.w.t, janganlah sekali-kali kita ragu-ragu seperti yang ditegaskan Allah s.w.t di dalam ayat 147 Surah al Baqarah:

Maksudnya: “Kebenaran itu datang dari Allah (didatangkan oleh Allah), maka janganlah sekali-kali anda termasuk di dalam golongan orang-orang yang ragu.“

Al-Quran sudah pasti benar, kerana al Quran diturunkan oleh Allah s.w.t (bukan rekaan manusia.) Al-Quran menjadi sumber utama hukum Islam, diikuti dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Oleh itu maka deenul Islam adalah benar. Apabila deenul Islam benar dengan ketetapan daripada Allah s.w.t, maka sudah pastilah ajaran lain daripada Islam adalah batil (tidak benar). Apabila Islam itu benar (betul) maka lawan kepada Islam didul islam adalah batil (tidak benar). Firman Allah di dalam Surah Yunus ayat 32:

Maksudnya: “ apa lagi yang ada selepas kebenaran? Hanya yang ada selepas kebenaran ialah kesesatan. Bagaimana kamu dapat dipalingkan daripada kebenaran?“

Oleh itu orang-orang yang berIman kepada Allah s.w.t mestilah yakin dengan penuh keImanan bahawa al Quran yang diturunkan oleh Allah s.w.t ke langit dunia baitul 'izah pada malam laillatul qadar itu dan telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w secara beransur-ansur selama lebih kurang 23 tahun itu adalah Kitab Allah yang wajib dipercayai, dibaca dan difahami dan diterimapakai hukum-hukum yang terdapat di dalamnya (al Quran). Fahamilah perintah Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w di dalam ayat 43 hingga 44 Surah az Zukhruf :

Maksudnya: “Hendaklah engkau (Nabi Muhammad s.a.w) berpegang teguh dengan apa (yakni al Quran) yang telah diwahyukan kepada engkau (kepada Nabi Muhammad s.a.w). Sesungguhnya engkau (Nabi Muhammad s.a.w) berada di atas jalan yang betul (benar) dan sesungguhnya al Quran itu mengangkat sebutan bagi engkau (Nabi Muhammad dimuliakan) dan kaum engkau (dapat kemuliaan dengan al Quran) dan mereka (umat yang berIman) itu akan disoal (dipertanggungjawabkan)“

Ayat wasaufa tus aluna diperjelaskan di dalam tafsir Fil Zilalil Quran bahawa al Quran (yang telah diturunkan oleh Allah dan telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w kepada umatnya( adalah suatu tanggungjawab yang besar ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w. Umat ini akan ditanya (disoal / dipertanggungjawabkan) tentang amanah ini iaitu al Quran yang dipilih oleh Allah s.w.t untuk Deenul Islam bagi memimpin umat manusia ke jalan yang betul. Sekiranya umat Islam mengabaikan amanah ini, maka mereka bertanggungjawab di hadapan Allah s.w.t.

Oleh itu sempena dengan kita menyambut ‘Peristiwa Nuzul al-Quran‘ dalam Bulan Ramadhan al-Mubarak ini, kita mengajak umat Islam seluruhnya, marilah kita menyedari bahawa kitab suci al Quran ini adalah ‘amanah besar‘ yang menjadi tanggungjawab orang yang mengaku berIman kepada Allah s.w.t. Wajib diusahakan agar hukum-hukum dan tuntutan-tuntutan di dalam al Quran itu berjalan dan diaplikasikan dalam kehidupan umat ini. Sebarang penolakan, keengganan, keangkuhan dan kesombongan terhadap al Quran dan sekaligus terhadap Sunnah Rasulullah s.a.w adalah mengundang kepada mala petaka besar iaitu balasan daripada Allah s.w.t.

Petikan dari lamanweb: www.haluan.org.my

Monday, September 24, 2007

Rukun Islam mengandungi 5 perkara dan rukun Iman pula ada 6 perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail AS : Maksudnya : “Wahai Muhammad! Apakah dia Rukun Islam? Rasulullah SAW menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu". Jibrail AS berkata: "Benar jawapanmu". Jibrail AS berkata lagi: "Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia Rukun Iman?" Rasulullah SAW menjawab: "Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”. [Riwayat Bukhari]

Berdasarkan kepada Hadis di atas, maka fahamlah kita bahawa asas kehidupan kita adalah dengan menghayati Rukun-rukun yang telah diberitahu di atas. Perkara yang baik mestilah dibiasakan dari anak-anak kita kecil lagi. Kenapa pula perlu ajar sejak dari dini? Sebab tu lah yang muncul peribahasa ke simpulan bahasa ‘MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA’. Semua amalan terpuji mestilah kita mulakan dari awal kelahiran anak-anak. Apabila mereka dah terbiasa, besar nanti kita tidak akan susah hati lagi. Testimoni ada depan mata saya sendiri. Seorang ibu yang terlalu manjakan anak dia sendiri sampai selalu tak kejutkan subuh, tak mendekatkan dia dengan ajaran Islam, maka sekarang dia menderita bilamana anak dia takmaulagi solat walau umur dah besau panjang. Alangkah kecewanya… Kemungkinannya kita perlu meminta mereka menghafalkan semua rukun ni. Selain ada dalam silibus sekolah dia, perkara ni yang lebih penting adalah silibus kehidupan. Mereka perlu difahami bahawa rukun-rukun ini akan menjadikan mereka sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syarak. Ini supaya mereka terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani. Salah satu teknik paling mega yang saya mahu cadangkan adalah perlunya kita dengan kerap sekali menyebut nama ALLAH dalam setiap nasihat yang kita mau tuturkan pada anak. Sebagai contoh, anak kita ketakutan mendengar bunyi guruh ketika hujan. Pertamanya tenangkan dia dan katakanlah bahawa satu2nya yang boleh kita takut adalah ALLAH SWT. “Abg, abang dah la laki. Abang musti kuat. Bunyi guruh ni tandanya hujan nak turun dengan lebat. Bukan apa pun. Hujan ni ALLAH turunkan sebab nak bagi rezeki pada kita.” Contoh lain, untuk mereka biasakan berpuasa. Terangkanlah secara lembut bahawa puasa adalah baik untuk mereka. Tunjukkan gambar-gambar mereka yang menderita kelaparan. Bandingkan betapa senangnya kehidupan kita berbanding mereka yang ditimpa nasib malang. Terangkan betapa murni nya agama kita yang mengajar utk mengingati mereka yang kesusahan. Semoga kita sama-sama di anugerahi ilham untuk mendidik anak-anak kita ke arah mencintai ALLAH dan RasulNya.

Susunan: Pn. Siti..

Mendidik Anak Menghayati Rukun Iman & Islam

Tuesday, September 18, 2007

Manusia merupakan makhluk yang sering terlibat dalam melakukan dosa dan maksiat. Ini kerana mereka bukan sahaja dibekalkan dengan akal, malah perasaan, nafsu dan pancaindera yang sentiasa mendorong mereka ke arah kejahatan.

Allah SWT menjelaskan menerusi ayat 7-8 surah as-Syams yang bermaksud: "Dan jiwa manusia serta kesempurnaan penciptaannya. Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan (kejahatan) dan takwa (kebaikan).

Terdapat golongan Mufassirun (ahli-ahli tafsir) menjelaskan bahawa Allah SWT menjadikan hati manusia cenderung kepada kejahatan kemudian baru cenderung kepada kebaikan atau makruf, itupun jika ditakdirkan umurnya dipanjangkan oleh Allah SWT.

Kedatangan Ramadan kali ini, perlu diambil peluang seluas-luasnya oleh setiap insan beragama Islam, baik lelaki mahupun perempuan, kerana bulan Ramadan disifatkan oleh sesetengah para ulama sebagai bengkel, iaitu bengkel yang menghilangkan tompok-tompok hitam yang masih melekat pada hati manusia sebelum menjelang Ramadan, serta mengetatkan skru-skru lutut yang longgar, kerana tidak berapa pentingkan tarbiah di rumah Allah, sama ada masjid atau surau.

Kita tidak mahu menjadi seperti manusia yang beranggapan bahawa Allah SWT hanya wujud pada bulan Ramadan, sedangkan pada bulan-bulan sebelum dan selepas Ramadan batang hidung pun tidak kelihatan di rumah Allah, ini kerana di rumah Allah apabila kita menjadi tetamu-Nya, banyak juadah rohani disediakan yang tidak ada di tempat-tempat lain, akhirnya diri kita ini dinaik-tarafkan setelah menjadi orang Islam kepada orang beriman dan kemuncaknya ialah orang yang bertakwa.

Dengan dinaikkan taraf orang yang bertakwa, sudah tidak menjadi masalah untuk sentiasa bertaubat dari segala kesalahan yang besar dan yang kecil, kerana selagi mana kita bernama manusia, kita terdedah kepada melakukan dosa, sama ada yang besar ataupun yang kecil.

Bulan Ramadan yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. terdapat di dalamnya keampunan Allah SWT, mengapa kita perlu memohon keampunan-Nya? Tidak lain kerana terlalu banyak dosa yang dilakukan, sama ada yang disedari atau sebaliknya. Antara dosa besar yang kita lakukan adalah tidak pernah melaksanakan hukum-hakam Allah dalam al-Quran, malah kita tukarkannya dengan undang-undang ciptaan manusia seperti hukum zina ditukarkan kepada denda atau penjara.

Sehubungan itu, Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradawi ada menegaskan, bahawa ramai di kalangan manusia tidak sedar terjebak dalam melakukan dosa dan maksiat, terutamanya yang dilakukan oleh pancaindera yang zahir (luaran) seperti dosa tangan, kaki, mata, telinga, lidah, hidung dan sebagainya termasuk dosa perut dan kemaluan.

Dosa tangan ialah dengan melakukan kecurian atau mengambil hak orang lain secara paksa, dosa kaki iaitu berjalan menuju tempat yang ditegah oleh agama seperti tempat pelacuran dan sebagainya.

Dosa mata melihat kepada yang diharamkan oleh Allah seperti melihat aurat orang lain, dosa telinga melalui pendengaran kepada perkara mengumpat dan sebagainya, dosa lidah dengan mengutuk orang lain atau memfitnah, dosa hidung dengan menghidu sesuatu yang diharamkan Allah, dosa perut memakan makanan yang diharamkan atau sumber riba dan dosa kemaluan dengan melakukan perbuatan zina.

Tetapi sebahagian besar daripada mereka lupa dan mungkin tidak mengetahui sedalam-dalamnya dosa serta maksiat yang dilakukan oleh hati, sedangkan dosa hati adalah lebih bahaya daripada dosa-dosa di atas, ini kerana hati seseorang itu boleh terjebak pada niat yang serong daripada agama, tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kebaikan dan yang lebih parah lagi terlibat pada syirik, riyak, bangga diri, cinta pada dunia, kufur (ingkar kepada hukum Allah), hasad dan banyak lagi.

Inilah yang membezakan antara dosa yang dilakukan oleh Nabi Adam a.s. dan Iblis. Dosa Nabi Adama hanya melibatkan pancaindera kerana memakan dari pokok yang terlarang, sementara dosa Iblis lebih teruk daripada itu kerana melibatkan persoalan hati iaitu kufur kepada perintah Allah kerana enggan sujud kepada Adam lantaran sombong.

Walau apapun dosa atau maksiat yang dilakukan oleh seseorang Muslim/Muslimah, besar atau kecil, sengaja atau tidak, sedar atau sebaliknya, dia perlu memohon keampunan daripada Allah Yang Maha Pengampun terhadap dosa-dosa pancaindera dan hati dengan bertaubat kepada Allah.

Dia perlu berazam untuk meninggalkan dosa-dosa yang pernah dilakukannya dan bersungguh-sungguh untuk tidak mahu mengulanginya pada masa-masa akan datang. Perkara ini pernah ditegaskan oleh baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Setiap anak Adam itu melakukan kesalahan, dan sebaik-baik kesalahan itu adalah bertaubat kepada Allah."

Ramadhan Bulan Pembersihan Jiwa

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (Al-Baqarah:183)

Panggilan untuk Mereka yang Beriman

Allah swt memanggil pada permulaan ayat di atas: yaa ayyuhalladziina aamanuu (hai orang-orang yang beriman), ini bukan sebarang panggilan, sebab yang memanggil adalah Allah swt. Sang Pencipta alam semesta. Semua makhluk bergantung kepada-Nya. Tidak ada yang mampu hidup tanpa keizinan dari-Nya. Maka siapa yang mengaku diri sebagai hamba-Nya hendaknya segera bergerak memenuhi panggilan ini. Allah swt dalam panggilan tersebut tidak menyebutkan kriteria yang bersifat duniawi, dengan kata lain Allah tidak berfirman: yaa ayyuhal aghniyaa’ (hai orang-orang yang kaya), hai orang-orang yang berkedudukan tinggi dan lain sebagainya, melainkan yang Allah swt panggil adalah mereka yang beriman saja, mengapa?

Di sini ada rahsia yang tersimpan, di antaranya:

(a) Bahawa dengan menyatakan keimanannya seseorang mempunyai posisi tersendiri dari sisi Allah swt. Allah swt sangat bangga dengan hamba-Nya yang beriman. Kerananya Allah swt mengundang mereka secara khusus. Di dalam Al-Qur’an undangan yaa ayyuhal ladziina aamanuu selalu Allah swt ulang. Menggambarkan betapa yang Allah swt anggap sebagai hamba-Nya hanya mereka yang beriman. Yang tidak beriman tidak termasuk sebagai hamba-Nya.

(b) Bahawa posisi keduniaan apapun megahnya bila tidak disertai iman, Allah swt tidak bangga dengannya. Bahkan Allah swt sangat benci kepada seseorang yang setelah diberi kenikmatan dunia, ia malah berbuat maksiat kepada-Nya. Ingat Allah swt berfirman:

”Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dia dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, Maka dia akan berkata, “Tuhanku Telah memuliakanku”.

Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya Maka dia berkata, “Tuhanku menghinakanku”. (Al-Fajr:15-16)

Disini nampak bahawa ukuran kejayaan dan kualiti seseorang bukan terletak pada kekayaan atau kemiskinannya, memiliki Ijazah atau SPM, melainkan terletak pada keimanannya. Kerananya yang Allah swt panggil pada ayat di atas adalah mereka yang beriman. Sebab kaya dan miskin di mata Allah swt adalah ujian. Apalah erti seorang kaya jika ia tidak beriman dan mentaati Allah swt, semua itu hanya kesia-siaan. Sebaliknya sungguh sangat mulia seseorang sekalipun dalam posisi yang sangat miskin tetapi ia beriman dan mentaati-Nya, dan ia akan tergolong mereka yang Allah swt panggil dalam ayat di atas.

(c) Bahawa untuk melaksanakan ibadah puasa syaratnya harus beriman terlebih dahulu. Tanpa iman ibadah puasa seseorang tidak diterima oleh Allah swt. Allah swt hanya mengakui ibadah puasa hamba-Nya yang beriman. Kerananya dalam banyak hadits Rasulullah saw. Selalu menyebutkan kata iimaanan wahtisaaban, untuk menunjukkan bahawa ibadah yang Allah swt terima adalah berdasarkan iman dan harapan atas redha-Nya.

Semaklah beberapa hadits berikut, ”Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Allah akan mengampuni dosa-dosa yang telah lampau.” (HR. Bukharai dan Muslim)

Dalam hadits lain, ”Siapa yang menegakkan solat malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau.” HR. Muslim.

Lalu khusus mengenai solat pada malam lailatul qadar Rasulullah saw bersabda: ”Siapa yang menegakkan solat malam lailatul qadar dengan penuh keimanan dan harapan akan redha-Nya, Alllah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dengan Iman Shaum Ramadhan Terasa Lazat

Setelah memanggil orang-orang beriman dengan yaa ayyuhalladziina aamanuu Allah swt menegaskan: Kutiba ’alaikumush shiyaam (diwajibkan atasmu berpuasa), apa hubungan puasa dengan iman?. Mengapa hanya orang beriman yang diwajibkan berpuasa? Apakah puasa Ramadhan merupakan bukti keimanan seseorang?

Pertama, Ketika seseorang beriman kepada Allah swt, seharusnya ia sedar bahawa Allah swt senantiasa bersama-Nya. Di dalam dirinya menggelora hakikat keagungan-Nya. Setiap disebut nama-Nya hatinya bergetar, penuh ketakutan. Dalam surat Al-Anfal ayat 2 Allah swt berfirman, ”Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.”

Kerananya seluruh kegiatan sehariannya selalu dalam rangka mentaati-Nya. Tidak ada perbuatan sekecil apapun yang ia lakukan kecuali dengan petunjuk-Nya. Ia menjauh sama sekali dari apa saja yang disebut kemaksiatan. Baginya kemaksiatan seperti mengadu domba, mencari kesalahan orang lain, tidak menghormati orang lain, bersangka buruk, apatah lagi maksiat besar adalah bencana, yang tidak hanya menghancurkan harga dirinya melainkan juga menjadi sumber malapetaka bagi kemanusiaan di muka bumi.

Kesedaran ini membuatnya sangat berhati-hati dalam bersikap, jangan sampai langkahnya terjerumus dalam kemaksiatan. Sehinggakan yang syubuhat (samar-samar) pun ia hindari, sebab dari yang syubuhat akan lahir daya tarik kepada yang haram. Puasa adalah ibadah menahan diri dari yang makruh dan haram. Dari sini nampak betapa hakikat puasa adalah sebagai benteng supaya pelakunya terhindar dari yang haram. Perhatikan betapa untuk menegakkan puasa, seseorang harus mempunyai iman. Kerana hanya iman yang jujur seseorang akan benar-benar merasakan lazatnya puasa. Tanpa kesedaran iman puasa akan menjadi beban. Di saat orang-orang berbahagia dengan puasa, ia merasa sempit hatinya dengan puasa.

Kedua, Ketika seseorang melakukan puasa, ia sedang berjuang menutup segala pintu yang selama ini syaitan selalu masuk darinya. Pintu nafsu makan ia tutup, di mana banyak orang mengambil yang haram hanya kerana nafsu makan. Pintu nafsu bermusuhan juga tutup, dimana selama ini banyak terjadi konflik saling menyakiti, saling menjatuhkan, saling menzalimi, bahkan saling memfitnah sesama anggota juga adalah kerana nafsu ini.

Lidahnya ia tahan dari perbuatan yang keji. Apabila ada yang mengajaknya bertengkar, ia menjawab: Maaf saya sedang berpuasa. Pintu nafsu seks pun ia tutup, di mana selama ini ramaqi orang terhumban dengan dosa-dosa kerana nafsu ini.

Perhatikan betapa puasa mencerminkan hakikat perlawanan yang dahsyat seorang hamba Allah swt terhadap syaitan. Di dalam dirinya menggelora semangat untuk tidak tunduk kepada syaitan, saat manapun dan di manapun ia berada. Ia sedar bahawa syaitan adalah musuhnya. Allah swt berfirman,

”Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh(mu), kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (Al-Fathir:6)

Maka ketika Allah swt memanggil di awal ayat ini: yaa ayyuhalladziina aamanuu, itu maksudnya adalah orang-orang yang benar-benar jujur dalam imannya. Bukan orang-orang munafik yang pura-pura beriman. Sebab tidak mungkin seseorang yang tidak jujur dalam imannya mampu melaksanakan ibadah puasa dengan jujur. Dari sini nampak rahsia firman Allah swt dalam hadits Qudsi:

”Semua amal anak Adam itu untuk dirinya kecuali puasa, itu untuk-Ku dan Aku akan memberikan langsung pahalanya.” (HR. Bukhari)

Perhatikan betapa puasa merupakan bukti kejujuran iman seseorang, sehingga Allah swt mengagungkannya, dan terlibat langsung untuk memberikan pahala kepada pelakunya.

Panggilan Ramadhan Untuk Orang Beriman

Langkah 1. Berdoalah agar Allah swt. memberikan kesempatan kepada kita untuk bertemu dengan bulan Ramadan dalam keadaan sihat wal afiat. Dengan keadaan sihat, kita dapat melaksanakan ibadah secara maksima di bulan itu, baik puasa, solat, tilawah, dan zikir. Dari Anas bin Malik r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw. apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa, ”Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna ramadan.” Ertinya, “ Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani) Para salafus-salih selalu memohon kepada Allah agar diberikan kurnia bulan Ramadhan; dan berdoa agar Allah menerima amal mereka. Bila telah masuk awal Ramadhan, mereka berdoa kepada Allah, ”Allahu akbar, allahuma ahillahu alaina bil amni wal iman was salamah wal islam wat taufik lima tuhibbuhu wa tardha.” Ertinya, “Ya Allah, kurniakan kepada kami pada bulan ini keamanan, keimanan, keselamatan, dan keislaman; dan berikan kepada kami taufik agar mampu melakukan amalan yang engkau cintai dan redhai.”

Langkah 2. Bersyukurlah dan puji Allah atas kurnia Ramadan yang kembali diberikan kepada kita. Al-Imam Nawawi dalam kitab Adzkar-nya berkata, ”Dianjurkan bagi setiap orang yang mendapatkan kebaikan dan diangkat dari dirinya keburukan untuk bersujud kepada Allah sebagai tanda syukur; dan memuji Allah dengan pujian yang sesuai dengan keagungannya.” Dan di antara nikmat terbesar yang diberikan Allah kepada seorang hamba adalah ketika dia diberikan kemampuan untuk melakukan ibadah dan ketaatan. Maka, ketika Ramadan telah tiba dan kita dalam keadaan sihat wal afiat, kita harus bersyukur dengan memuji Allah sebagai bentuk syukur.

Langkah 3. Bergembiralah dengan kedatangan bulan Ramadan. Rasulullah saw. selalu memberikan khabar gembira kepada para sahabat setiap kali datang bulan Ramadan, “Telah datang kepada kalian bulan Ramadan, bulan yang penuh berkah. Allah telah mewajibkan kepada kalian untuk berpuasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu-pintu syurga dan menutup pintu-pintu neraka.” (Riwayat Ahmad). Salafus-salih sangat memperhatikan bulan Ramadan. Mereka sangat gembira dengan kedatangannya. Tidak ada kegembiraan yang paling besar selain kedatangan bulan Ramadan kerana bulan itu bulan penuh kebaikan dan turunnya rahmat.

Langkah 4, Rancanglah agenda kegiatan untuk mendapatkan manfaat sebesar mungkin dari bulan Ramadhan. Ramadhan sangat singkat. Kerana itu, isi setiap detiknya dengan amalan yang berharga, yang dapat membersihkan diri, dan mendekatkan diri kepada Allah.

Langkah 5. Bertekadlah mengisi waktu-waktu Ramadan dengan ketaatan. Barangsiapa jujur kepada Allah, maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan agenda-agendanya dan memudahnya melaksanakan aktiviti-aktiviti kebaikan. “Tetapi jikalau mereka benar terhadap Allah, niscaya yang demikian itu lebih baik bagi mereka.” [Muhamad (47): 21]

Langkah 6. Pelajarilah hukum-hukum semua amalan ibadah di bulan Ramadan. Wajib bagi setiap mukmin beribadah dengan dilandasi ilmu. Kita wajib mengetahui ilmu dan hukum berpuasa sebelum Ramadan datang agar puasa kita benar dan diterima oleh Allah. “Tanyakanlah kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tiada mengetahui,” begitu kata Allah di Al-Qur’an surah Al-Anbiyaa’ ayat 7.

Langkah 7. Sambut Ramadan dengan tekad meninggalkan dosa dan kebiasaan buruk. Bertaubatlah secara benar dari segala dosa dan kesalahan. Ramadan adalah bulan taubat. “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.” [An-Nur (24): 31]

Langkah 8. Siapkan jiwa dan ruhiyah kita dengan bacaan yang mendukung proses tazkiyatun-nafs. Hadiri majlis ilmu yang membahas tentang keutamaan, hukum, dan hikmah puasa. Sehingga secara mental kita siap untuk melaksanakan ketaatan pada bulan Ramadan

Langkah 9. Siapkan diri untuk berdakwah di bulan Ramadhan dengan: seperti membuat catatan kecil untuk tazkirah tarawih serta selepas solat subuh dan zuhur serta membahagikan buku saku atau selebaran yang berisi nasihat dan keutamaan puasa.

Langkah 10. Sambutlah Ramadan dengan membuka lembaran baru yang bersih. Kepada Allah, dengan taubatan nasuha. Kepada Rasulullah saw., dengan melanjutkan risalah dakwahnya dan menjalankan sunnah-sunnahnya. Kepada orang tua, isteri, anak, dan karib kerabat, dengan mempererat hubungan silaturrahim. Kepada masyarakat, dengan menjadi orang yang paling bermanfaat bagi mereka. Sebab, manusia yang paling baik adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain.

10 Tips Menghadapi Ramadhan

Monday, September 10, 2007

Konflik keluarga: Suami ingin kahwin lagi

Pasangan muda, Azman-Sabariah berkenalan semasa Azman menjual roti kebab di Lembah Pantai, Kuala Lumpur. Ketika itu Sabariah merupakan seorang pelajar di sebuah institusi pegajian tinggi awam dan menyewa rumah bersama rakan-rakan yang lain. Kekerapan berjumpa dan bertentang mata menyebabkan Azman menemui keluarga Sabariah bagi meminangnya. Hasrat Azman ini dipersetujui dengan syarat Sabariah perlu menghabiskan pengajian ijazah pertamanya terlebih dahulu.

Azman bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi. Beliau mengambil upah membuat roti kebab di sekitar Kuala Lumpur dan kadangkala menjual peralatan bantu mengajar (ABM) di sekolah-sekolah. Beliau juga pernah tinggal dan bekerja di luar negara dalam tempoh yang agak lama kerana membantu emak saudaranya menguruskan restoran. Pendek kata, Azman seorang yang ringan tulang.

Kelebihan Azman dari segi fizikal dan penampilan adalah seorang yang kemas, bergaya dan petah bercakap. Pengalaman beliau sebagai jurujual banyak membantunya untuk memikat dan meyakinkan ibu bapa Sabariah agar menerima lamarannya. Walaupun kurang berada, keluarga Sabariah yakin bahawa Azman lebih sesuai dengan Sabariah apatah lagi kedua-duanya saling jatuh cinta.

Sabariah adalah nama yang mudah diingat. Beliau merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik yang sebahagian daripadanya telah berjaya menjejakkan kaki ke universiti. Sabariah melanjutkan pelajaran dalam bidang pengurusan perniagaan selama empat tahun dan berjaya menamatkan pengajiannya. Seterusnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai penyelidik di sebuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur. Sabariah, sebagai anak bongsu, sangat bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya untuk membuat keputusan penting seperti perkahwinannya dan apa yang patut dibuat semasa berkonflik dengan Azman. Dari segi amalan beragama, Sabariah seorang yang taat dalam menunaikan ibadah solat tetapi Azman kelihatan tidak mengikut kealiman isterinya itu.

Senario konflik keluarga yang berlaku

Bersama Azman dan seorang anak lelaki, Sabariah tinggal di kawasan perkampungan yang berpenduduk padat. Rumahnya dilengkapi bengkel membuat alat bantu mengajar yang dibuat sendiri oleh Azman untuk pasaran di luar negara. Setiap satu alat berkenaan dijual dengan harga RM40.00. Di samping itu, Azman juga menjual tulisan khat yang dibingkaikan dalam pelbagai bentuk. Sebulan atau dua bulan sekali, beliau akan keluar kawasan bagi menghantar pesanan dan biasanya akan tinggal di sana selama seminggu. Azman menggunakan perkhidmatan AirAsia kerana tambangnya lebih murah dan dapat mengurangkan kos hidupnya.

Manakala Sabariah berulang-alik dari rumah ke Kuala Lumpur untuk bekerja dengan menaiki bas setiap hari, wang gaji digunakan untuk keperluan harian bagi menampung perbelanjaan Azman yang seringkali keputusan wang. Pernah sekali Sabariah meminjamkan RM400.00 daripada saudaranya untuk membeli tiket kapal terbang bagi membolehkan Azman menghantar pesanan ke luar negara.

Sabariah tidak menyedari bahawa Azman telah menjalin hubungan dengan seorang gadis Sarawak. Kejayaan Azman memikat gadis berkenaan memang menakjubkan. Beliau mampu mengajak gadis ini bagi bekerja di Kuala Lumpur dan menanggung perbelanjaannya untuk seketika. Gelagat dan tindak-tanduk Azman tidak pernah disedari oleh Sabariah ataupun keluarganya sendiri. Hubungan yang berjalan selama setahun itu akhirnya pecah dan diketahui umum setelah Azman memaklumkan kepada Sabariah bahawa beliau mahu berkahwin satu lagi.

Apa lagi, Sabariah melenting dan mengamuk. Dia menangis dan mengadu kepada ibu bapa dan adik-beradik yang lain. Hidupnya ketika itu sungguh muram. Kerjanya turut terjejas dan terpaksa mengambil cuti bagi menenangkan perasaannya.

Ketika berhadapan dengan situasi sukar seperti ini, Sabariah memberitahu Azman yang dia akan memanggil ibunya untuk datang dan menyelesaikan masalah mereka berdua. Sabariah yakin, ibunya seorang yang lebih tahu selok-belok rumah tangga dan masalah mereka akan dapat diselesaikan. Hasrat ini ditentang oleh Azman sambil mengancam akan menceraikan Sabariah jika ibunya datang ke rumah mereka.

Dalam keadaan begini, Sabariah keliru dan berasa tertekan dengan sikap Azman. Bagi membantunya membuat keputusan, beliau mendapatkan nasihat rakan-rakan dan akhirnya memutuskan untuk memanggil ibunya datang. Walaupun dibantah keras oleh Azman, kedatangan ibu Sabariah adalah rentetan awal perjalanan hidup Sabariah sebagai ibu tunggal. Beliau diceraikan oleh Azman dan proses penceraian berkenaan mengambil masa selama tiga bulan.

Sementara menunggu hari disahkan talak oleh Mahkamah Syariah, Sabariah merasakan hidupnya sangat tertekan, tidak bermotivasi dan putus harap. Beliau juga menghubungi rakan-rakan untuk meminta pandangan dan sokongan. Ketika ditanya pendapat beliau terhadap Azman, jawabnya ringkas, "Dia sangat teruk." Ini bermaksud Sabariah sangat membenci Azman.

Tengah hari setelah Sabariah disahkan cerai talak tiga, beliau mengucapkan terima kasih dan syukur kepada rakan-rakan yang telah memberi semangat kepadanya.

Selepas bercerai, Sabariah tinggal di rumah saudaranya bersama anak lelaki. Beliau berulang-alik dari Sungai Buloh ke Kuala Lumpur setiap hari dengan pengalaman hidup yang baru. Baru kerana serba-serbinya perlu dilakukan sendiri. Beliau juga belajar memandu kereta. Sebagai sokongan daripada keluarga, ibunya telah membayar deposit kereta untuk memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja. Setelah lima bulan berlalu, Sabariah telah mula menunjukkan keceriaan untuk meneruskan hidup. Dorongan dan sokongan keluarga serta rakan-rakan untuk tabah menghadapi cabaran hidup menjadikan peribadi Sabariah semakin kental dan utuh. Kini, beliau cuba mendapatkan sebuah rumah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur supaya dapat hidup bersama anaknya.

Azman, setelah lima bulan, masih bergelut dengan cinta gadis Miri, bekerja sebagai pemandu teksi untuk menyara hidup dan tinggal sementara bersama rakan-rakan bujang. Gadis Miri yang disayangi akan meninggalkan Kuala Lumpur kerana tidak percaya lagi dengan Azman.

Punca-punca konflik dalam keluarga Sabariah

Bagi keluarga muda Azman dan Sabariah, konflik dalam rumah tangga sangat mudah berlaku. Isu-isu remeh dalam kes ini tidak menggugat keutuhan rumah tangga mereka. Bersama seorang anak lelaki, Azman dan Sabariah merancang untuk menambah bilangan anak tetapi Sabariah keguguran kerana terlalu kerap naik turun bas ke tempat kerja.

Konflik yang sangat kritikal meletus setelah Azman memaklumkan kepada Sabariah bahawa beliau ingin menambah isteri. Sebagai isteri, Sabariah berfikir hasrat Azman ini tentulah pelik kerana mereka baru beberapa tahun berkahwin. "Kegatalan" Azman untuk berbini lagi juga menjadi persoalan kepada Sabariah kerana tahap kewangannya yang lemah, malas mengerjakan solat dan dikhuatiri tidak mampu memberi keadilan.

Azman, dengan ego sebagai suami dan lelaki, menggunakan ancaman untuk menghalang Sabariah mencari penyelesaian daripada pihak ketiga. Keegoan Sabariah juga ada. Sebagai isteri, dia juga berasa berhak untuk menidakkan hasrat Azman. Cuma keegoan Azman lebih dominan dan beliau tidak teragak-agak untuk menceraikan Sabariah.

Peranan mediator yang dibawa masuk untuk menyelesaikan konflik tidak membantu meredakan hubungan Azman dan Sabariah. Sebaliknya, ibu Sabariah menjadi penghalang kepada jalan perdamaian bagi mengekalkan hubungan suami isteri. Komunikasi yang berlaku ketika berhadapan dengan mediator lebih banyak menjurus kepada peluasan jurang konflik dan mengelak daripada menutup ruang-ruang yang positif kepada perdamaian. Hal ini memang dijangkakan kerana Azman tidak suka mediator berkenaan berperanan dalam konflik tersebut. Selain berat sebelah, mediator juga pasti mendominasi keadaan.

Sabariah tidak keseorangan untuk berhadapan dengan cabaran Azman. Faktor ini menjadi perangsang kepada beliau untuk berani menyahut cabaran Azman bagi memanggil ibunya datang. Pengaruh kawan-kawan yang memberi nasihat menguatkan azam untuk berhadapan dengan ugutan Azman. Rakan-rakan sepejabat Sabariah mencetuskan motivasi dirinya serta keupayaan menanggung kesusahan jika beliau mengambil tindakan bercerai.

Sabariah menolak keras gadis Sarawak yang dilihatnya menjadi pencetus konflik. Kehadiran orang ketiga ini menimbulkan keresahan kepada beliau tanpa ada apa-apa yang boleh diselindungkan lagi. Pergaduhan yang berlarutan akan mengundang kecederaan fizikal yang menjadikan keadaan akan bertambah kritikal.

Strategi Sabariah menghadapi konflik

Konflik rumah tanga yang dihadapi Sabariah adalah lumrah pasangan muda. Rasa panik dan tertekan tidak banyak membantu beliau untuk menggunakan tindakan yang lebih bijak bagi menyelamatkan rumah tangganya. Daripada latar belakang konflik, Sabariah menggunakan tiga strategi yang difikirkan sesuai dan dapat membantu beliau untuk menamatkan konflik dengan cepat.

1. Konfrontasi

Sabariah bersemuka dengan Azman mengenai jangka masa hubungannya dengan gadis Miri berkenaan. Pengalaman yang cetek semasa berhadapan dengan situasi ini memberi kegemparan kepada Azman kerana beliau telah berangan-angan untuk memiliki dua orang isteri. Namun, Azman sebagai ketua keluarga mempunyai autoriti ke atas tindakannya yang difikirkan boleh diterima Sabariah. Malangnya sifat agresif Sabariah untuk berhadapan dengan Azman menunjukkan penolakan yang sangat kuat daripada isterinya itu bagi menyelesaikan konflik berkenaan.

2. Khidmat Profesional

Konflik Sabariah dengan Azman memberi ruang kepada pegawai di Jabatan Agama Islam untuk memberi nasihat termasuk hak penjagaan anak, nafkah dan tanggungjawab bekas suami ke atas anak. Sabariah dilihat telah bersedia dengan apa juga tindakan yang akan dilakukan oleh Azman. Sebaliknya Azman masih berkeras ingin meneruskan hubungan dengan gadis Miri berkenaan. Tahap pendidikan dan keupayaan berfikir yang tinggi membolehkan Sabariah membuat keputusan dengan lebih cepat dan tepat.

3. Intervensi Orang Tengah (Mediator)

Membawa masuk ibunya sendiri sebagai mediator memberi tekanan kepada Azman untuk mempercepatkan penyelesaian konflik. Ketegasan mediator yang mencabar Azman untuk menceraikan isterinya adalah suatu kesilapan dalam hubungan suami dan isteri. Pada peringkat awal, Sabariah beranggapan kemasukan mediator dapat mengekang kemarahan Azman, sebaliknya pula yang berlaku. Azman bertambah marah dan mengambil keputusan segera menceraikan Sabariah. Strategi yang digunakan oleh Sabariah telah bertukar menjadi tragedi dalam hubungan suami dan isteri.

Kesilapan ketika menggunakan pendekatan-pendekatan tertentu untuk menyelesaikan konflik sangat merimaskan. Apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan sebaliknya bertukar menjadi hampa. Setelah dianalisis, pendekatan terbaik yang boleh digunakan oleh Sabariah ialah sistem S-TLC.

Sistem S-TLC ialah Stop, Think, Listen dan Communicate. Kaedah ini lebih sesuai bagi mengendurkan ketegangan dalam konflik. Sekiranya Sabariah menyedari bola berada di kakinya, beliau wajar berhenti daripada memikirkan penyelesaian jangka pendek. Ini kerana Azman telah menunjukkan kejujurannya dengan memaklumkan hasrat beliau untuk berkahwin lagi. Sebaiknya Sabariah merasionalkan keinginan Azman dan berbincang mengenai kesan dan akibat berkahwin lain. Sabariah boleh berhenti (Stop) daripada memikirkan perkara yang bukan-bukan kerana belum tentu Azman dapat berkahwin dengan keadaannya ketika itu. Malangnya Sabariah mengambil pendekatan yang salah.

Beliau juga boleh berfikir (Think) bagi melihat akibat yang akan timbul kepada anaknya tanpa ayah. Keupayaan inilah yang dilihat sangat lemah, tambahan pula Sabariah mudah terpengaruh dengan kata-kata dan nasihat rakan-rakannya. Memang tidak dinafikan, ketika panik, Sabariah mudah membuat keputusan apatah lagi pada masa tersebut seluruh jiwanya telah putus harap. Mendengar (Listen) alasan Azman tidak ada dalam ingatan Sabariah ketika itu dan yang ada hanyalah kekecewaan.

Sabariah juga kurang mahir berkomunikasi (Communicate) dengan bahasa dan emosi yang memujuk. Kaedah memujuk mungkin dapat mengendurkan hasrat Azman bagi mengekalkan masa depan perkahwinan mereka.

Sistem S-TLC bukanlah dapat dipraktikkan dalam masa yang singkat sebaliknya memerlukan latihan yang berterusan. Ia boleh digunakan dalam isu-isu yang kecil, bersifat harian dan diaplikasikan bagi isu-isu yang lebih besar. Dalam kes ini, Sabariah wajar mendapat pendedahan untuk lebih banyak menggunakan kaedah S-TLC bagi menghadapi konflik dalam hidupnya pada masa hadapan.

Oleh: Sdr. Zahir Zainuddin

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah