Wednesday, June 25, 2008

KONSEP RUMAHTANGGA DALAM ISLAM

KONSEP RUMAHTANGGA DALAM ISLAM

Apabila seorang teruna dan dara diijab qabulkan maka terbinalah apa yang disebutkan sebagai Rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga.


Akan tetapi Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan di antara hati-hati iaitu pertemuan yang ditegakkan di atas lunas-lunas kasih mesra, saling simpati, saling lindung melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya kanak-kanak dan suburnya muda mudi. Dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang dan hubungan saling bantu membantu.


Kerana itulah al Qur’an menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut iaitu gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum;

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu perasaan mesra dan kasih sayang.”

(ar Rum:21)


“ Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.”


(al Baqarah:187)

Itulah hubungan di antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang dan hubungan perlindungan dan budi baik, malah dari ungkapan kata-kata al Qur’an itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.


Islam memberi segala perhatian dan jaminannya kepada rumahtangga ini sebagai sel atau tapak semaian atau tempat pertemuan keluarga. Oleh itu banyak ayat-ayat al Qur’an jika diteliti, jelas menghubungkan persoalan keluarga itu secara langsung kepada Allah. Ini menggambarkan betapa besarnya kedudukan keluarga dalam sistem Islam dan betapa tingginya nilai keluarga di sisi Allah swt. Dia telah mengumpulkan di antara taqwa kepada Allah dengan taqwa dalam hubungan rahim;


“Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan darinya Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.”

(an Nisa’ : 1)


Begitu juga Allah telah mengumpulkan di antara ibadat kepada Allah dengan kebaktian kepada kedua ibu bapa;

“Dan Tuhanmu telah memerintah supaya kamu jangan beribadat melainkan kepada-Nya sahaja dan supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”

(al Isra’ : 23)


Dan seterusnya Allah telah mengumpulkan di antara syukur kepada Allah dan terima kasih kepada kedua ibu bapa;

“Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu.”

(Luqman : 14)


Perhatian yang amat besar terhadap kedudukan keluarga adalah sesuai dengan kehendak taqdir Ilahi yang sejak dari mula menegakkan kehidupan umat manusia di atas asas keluarga, iaitu ketika taqdir Ilahi memutuskan bahawa sel pertama dari kewujudan bangsa manusia di alam ini ialah keluarga Adam a.s dan isterinya, dan dari sel pertama inilah umat manusia berkembang biak.


Allah swt memang berkuasa untuk menciptakan berjuta-juta manusia dengan sekaligus sahaja, tetapi taqdir Allah telah menentukan bahawa kewujudan mereka adalah bermula dari keluarga Adam a.s kerana satu hikmat yang tersembunyi di sebalik tugas besar keluarga dalam kehidupan manusia, dimana ia memenuhi kehendak fitrah manusia dan kesediaan-kesediannya, juga menyuburkan syakhsiyahnya dan budi pekertinya yang mulia, malah menerima kesan-kesan yang paling mendalam di dalam hidupnya.


Kemudian perhatian berat Allah swt terhadap urusan kekeluargaan dalam sistem hidup Islam selaku agama Allah yang terakhir ini adalah selaras dengan taqdir Allah yang mula-mula mengatur penciptaan manusia, sama seperti keselarasan yang wujud di dalam setiap ciptaan Allah, dimana tidak terdapat keadaan-keadaan yang tidak seimbang dan bercanggah.


Islam juga memberi perhatian yang sebegitu besar terhadap hubungan suami isteri dan keluarga kerana Islam berhajatkan ketinggian hubungan-hubungan insaniyah ini ketaraf kesucian yang merapatkan hubungan dengan Allah dan menggunakan hubungan ini sebagai sarana untuk membersihkan roh dan perasaan, bukannya seperti hubungan yang dipandang oleh agama-agama paganisme dan pengikut agama-agama yang sesat yang menyeleweng jauh dari fitrah manusia yang telah diciptakan Allah.


Islam tidak memerangi dorongan-dorongan keinginan semulajadi dan tidak memandang keinginan-keinginan semulajadi itu sebagai kotor, malah Islam mengawal keinginan-keinginan itu dengan peraturan-peraturan, juga membersih dan mengangkatkannya dari taraf haiwan ke taraf menjadi paksi kehidupan, di mana beredar sekitarnya peradaban peribadi dan sosial, juga menegakkan hubungan-hubungan seksual di atas asas perasaan kemanusiaan yang luhur yang menjadikan pertemuan dua badan itu sebagai pertemuan dua jiwa, dua hati dan dua roh. Atau dengan ungkapan yang lebih syumul ialah pertemuan dua manusia yang terikat dengan kehidupan bersama, cita-cita bersama, senang susah bersama, dan masa depan bersama yang bertemu dengan zuriat keturunan yang ditunggu-tunggu atau dengan generasi baru yang akan lahir di dalam rumahtangga yang sama, di mana mereka dijaga ayah dan ibu yang tidak bercerai.


Islam menganggapkan perkahwinan sebagai sarana untuk membersih dan meningkatkan diri. Ia menyeru umat Muslimin supaya mengahwinkan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan mereka untuk menrealisasikan sarana yang perlu untuk membersihkan dan meningkatkan kehidupan seseorang;

“Kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya dan Allah Maha Luas Kemurahan-Nya dan Maha Mengetahui.”

(an Nur : 32)


“Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya.”

(an Nur : 33)


Islam menamakan perkahwinan itu sebagai ‘Ihsan’ atau langkah pemeliharaan dan kawalan diri, dan dengan itu tersematlah di dalam hati orang-orang Mu’min bahawa hidup tanpa kahwin atau tanpa kawalan diri itu, walaupun dalam masa yang singkat, tidak mendapat keredhaan Allah. Ujar al Imam Ali Karramallahu wajhahhu apabila beliau segera berkahwin selepas kewafatan isterinya Siti Fatimah puteri Rasulullah s.a.w; “Aku takut menemui Allah dengan keadaan bujang.” Kerana perkahwinan dalam adat resam orang-orang yang beriman termasuk dalam amalan-amalan keta’atan untuk mendampingkan diri kepada Allah dan meningkatkan dirinya ke mertabat yang suci.


Yang menjadi pokok pangkal dalam hubungan perkahwinan ialah kemantapan hidup dan kelanjutannya, kerana itu Islam mengawal hubungan ini dengan segala jaminan yang boleh menjaminkan kemantapan hubungan itu dan kelanjutannya. Untuk mencapai matlamat ini Islam mengangkatkan hubungan perkahwinan ke taraf amalan-amalan keta’atan kepada Allah dan memberi bantuan kepada orang-orang yang miskin lelaki dan perempuan dari wang negara untuk membolehkan mereka mendirikan rumahtangga. Di samping itu Islam mewajibkan peradaban-peradaban yang melarangkan perempuan menunjuk-nunjukkan kecantikan diri mereka supaya perasaan lelaki tenteram dan supaya hati mereka tidak tertarik kepada panggilan-panggilan kejelitaan yang mempesona yang didedahkan di pasar-pasar. Islam juga menetapkan hukuman zina dan hukum menuduh perempuan dengan tuduhan yang curang. Islam telah menetapkan kehormatan bagi rumahtangga. Ia tidak boleh dimasuki melainkan lebih dahulu meminta izin.


Islam mengatur hubungan-hubungan suami isteri dengan undang-undang yang tertentu. Ia menegakkan sistem rumahtangga di atas dasar lelaki sebagai penguasa kerana lelaki merupakan kongsi yang lebih kuat dan lebih mempunyai kemampuan untuk menjadi penguasa rumahtangga. Langkah ini ialah untuk mengelakkan berlakunya kacau-bilau, kucar-kacir dan pertelingkahan-pertelingkahan rumahtangga dan lain-lain lagi dari berbagai-bagai jaminan dan peraturan untuk memelihara rumahtangga dari segala kegoncangan selain dari nasihat-nasihat dan bimbingan-bimbingan untuk mengawal perasaan dan selain dari menghubungkan hubungan itu dengan taqwa kepada Allah dan pengawasan-Nya.


Namun demikian, realiti hidup manusia membuktikan bahawa di sana terdapat keadaan-keadaan yang membawa keruntuhan dan perpecahan dalam rumahtangga walaupun di sana terdapat berbagai-bagai jaminan dan bimbingan-bimbingan yang dituju untuk mengelakkan keruntuhan itu. Keadaan-keadaan yang seperti ini perlu dihadapi secara amali sebagai meng’iktirafkan logik realiti yang tidak lagi berguna dilawan apabila kehidupan suami isteri tidak dapat diteruskan dan apabila usaha untuk mengekalkan hubungan itu menjadi satu usaha yang sia-sia dan tidak dapat ditegakkan lagi di atas mana-mana asas pun.

Sunday, June 22, 2008

Ada Apa Dengan Cinta???


Kehidupan ini rasanya tak pernah dapat dilepaskan dari apa yang dinamakan ‘cinta’. Dengannya menjadi semarak dan indah dunia ini. Lihat saja, bagaimana seorang sang ayah begitu bersemangat dalam aktiviti hariannya mencari nafkah, tak lain kerana dorongan cintanya terhadap anak dan isterinya. Seorang yang lain pun begitu semangatnya mengumpul harta kekayaan, kerana sebuah dorongan cinta terhadap harta benda, demikian pula mereka yang cinta kepada kedudukan, akan begitu semangat meraih cintanya.


Itu semua adalah beberapa contoh dari berjuta cinta yang ada. Meskipun kesan yang banyak difahami orang tentang cinta, identitinya dengan apa yang terjadi antara seorang pemudi dan pemuda. Padahal cinta tak hanya sebatas itu saja.



Ternyata masalah cinta memang tidak sederhana. Ada cinta yang bernilai agung lagi utama, namun ada pula cinta yang haram dan tercela. Cinta sendiri kalau dilihat menurut islam, maka dapat dikategorikan menjadi tiga bentuk. Kita semestinya tahu tentang model cinta tersebut untuk kemudian mampu memilih mana cinta yang mesti kita lekatkan di hati, mana pula cinta yang mesti kita tinggalkan sejauh-jauhnya.



Cinta kepada Allah
Cinta model ini adalah cinta yang paling utama. Bahkan kata ulama kita, cinta kepada Allah adalah pokok dari iman dan tauhid seorang hamba. Kerana memang Allah sajalah satu-satunya dzat yang patut diberikan rasa cinta.


Nyatalah bahawa cinta kepada Allah adalah puncaknya. Ia adalah yang tertinggi, paling agung dan paling bermanfaat. Begitu bermanfaat cinta kepada Allah ini, sehingga tangga-tangga menuju kepadanya pun merupakan hal-hal yang bermanfaat pula. Diantaranya berupa taubat, sabar dan zuhud. Apabila cinta diibaratkan sebuah pohon maka ia pun akan menghasilkan buah-buah yang bermanfaat seperti rasa rindu dan ridha kepada Allah.


Mengapa kita mesti cinta kepada Allah ? Banyak sekali alasannnya. Diantaranya adalah kerana Allah lah yang memberikan nikmat kepada kita, bahkan segala nikmat. Sedangkan hati seorang hamba tercipta untuk mencinta orang yang memberikan kebaikan kepadanya. Kalau demikian, sungguh amat perlu apabila seorang hamba cinta kepada Allah, kerana Dialah yang memberikan semua kebaikan kepada hamba.


“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kalian , maka itu semua dari Allah”
(QS Al Baqarah : 165)


Seorang hamba di setiap pagi dan petang, siang dan malam selalu berdoa, memohon dan meminta pertolongan kepada Allah. Dari doa tersebut kemudian Allah memberikan jawaban, menghindarkan hamba dari bahaya, memenuhi keperluan hamba tadi. Keterikatan ini mendorong hati untuk mencinta kepada dzat tempat ia bermohon.


Setiap insan pun tak lepas dari dosa dan kesalahan, maka Allah selalu membuka pintu taubat kepada hamba tadi, bahkan Allah tetap memberikan rahmah meski hamba kadang tidak menyayangi dirinya sendiri. Kebaikan-kebaikan yang dibuat hamba, tak ada sesuatu pun yang mampu diharap untuk memberi balasan dan pahala kecuali Allah semata.


Terlebih lagi, Allah telah menciptakan hamba, dari sesuatu yang tak ada menjadi ada. Tumbuh, berkembang dengan rezeki dari Allah Ta’ala. Maka ini menjadi alasan kenapa hamba semestinya cinta kepada Allah.


Cinta memang menuntut bukti. Tak hanya sekadar ucapan, seperti pepatah orang arab ’semua orang mengaku punya hubungan cinta dengan Laila namun si Laila tak pernah mengakuinya’. Dan wujud cinta ilahi dibuktikan dengan mengikuti sunah nabi dan juga berjihad di jalan Allah Ta’ala.


“Katakanlah apabila kalian cinta kepada Allah maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian” (QS Ali Imran : 31)


Cinta kerana Allah / cinta di jalan Allah
Cinta kerana Allah tentu saja mengikuti cinta yang pertama. Seperti dalam kehidupan, ketika kita cinta kepada seseorang maka apa yang dicintai oleh orang yang kita cinta pun kita sukai pula. Cinta kerana Allah adalah cinta kepada ‘person’ yang dicinta Allah seperti para nabi, rasul para sahabat nabi dan orang-orang shalih. Cinta kerana Allah jua berujud cinta kepada perbuatan soleh seperti solat, puasa zakat, berbakti kepada orang tua, memuliakan tetangga, berakhlaq mulia, menuntut ilmu syar’i dan segala perbuatan baik yang lain. Dengan demikian, ketika seoarng muslim mencinta seseorang atau perbuatan maka ia punya sebuah barameter “apakah hadir pada perbuatan mahupun orang tadi hal yang dicinta Allah”.


Bagaimana kita tahu kalau suatu perbuatan dicinta Allah? Jawabnya adalah, apabila Allah perintahkan atau diperintahkan Rasulullah berupa hal yang wajib maupun yang sunnah(mustahab).
Cinta yang disyariatkan diantaranya adalah cinta kepada saudara seiman


“Tidak beriman salah seorang diantara kalian sampai mencintai saudaranya sesama muslim sebagaimana mencintai dirinya sendiri” (HR Bukhari dan Muslim)


Cinta ini bermanfaat bagi pelakunya sehingga mereka layak mendapatkan perlindungan Allah di hari tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah saja.


Cinta bersama Allah
Kecintaan ketiga ini adalah cinta yang terlarang. Cinta bersama Allah bererti mencintai sesuatu selain Allah bersama kecintaan kepada Allah.


Membahagi cinta, adalah model cinta yang ketiga ini. Kecintaan ini hanyalah milik orang-orang musyrik yang mencintai sesembahan-sesembahan mereka bersama cinta kepada Allah. Seperti firman Allah:

“Dan diantara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan, yang mereka mencintai tandingan tadi sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat besar cinta mereka kepada Allah “ (QS Al Baqarah : 165)


Kecintaan ini dapat ditujukan kepada pohon, berhala, bintang, matahari, patung , malaikat, rasul dan para wali malahan kekasih hati apabila kesemuanya dijadikan pujaan dan igauan selain Allah.


Justeru bagaimana cinta kita kini.... terhadap ilmu, masa depan, islam, harta, pakaian, perkahwinan dan kepada hal yang berhubungan dunia ? Cinta yang seperti ini adalah cinta yang disebut sebagai “cinta thabi’i” cinta yang sesuai dengan tabiat ertinya wajar-wajar saja. Apabila mengikuti kecintaan kepada Allah, mendorong kepada ketaatan maka ia bermuatan ibadah. Sebaliknya bila mendorong kepada kemaksiatan maka ia adalah cinta yang tercela dan terlarang.

Ciri-ciri manusia unggul


Ciri-ciri manusia unggul

Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.

1. Keimanan Yang Utuh


Keimanan kepada Allah SWT adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman dalam surah al-Asr:


'Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.' (Surah al-Asr, ayat 1-3)


Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal salih. Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah.


Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Pelaksanaan Amal Ibadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah SWT:


'Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat.'
(Surah az-Zariat, ayat 56)


Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.


Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Allah SWT berfirman:


'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.' (Surah al-Mukminun, ayat 1-6)


3. Akhlak Mulia


Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.


Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah SAW adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda bersabda,
'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.' (Riwayat Ahmad)


Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:


a) Amanah


Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah SWT:


'Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya.' (Surah al-Baqarah, ayat 283)


b) Ikhlas

Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah SWT:


'Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya.' (Surah al-Bayyinah ayat 5)


Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 'Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim.' (Riwayat Imam al-Baihaqi)


c) Tekun

Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah SAW, 'Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud)


Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.


d) Berdisiplin

Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi. Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.


e) Bersyukur

Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah SWT supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah SWT berfirman:


'Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.' (Surah Ibrahim, ayat 7)


f) Sabar

Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah SWT. Firman Allah SWT:


'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.' (Surah Ali Imran, ayat 200)


g) Adil

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 'Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.' (Riwayat Abu Syeikh)


Kesan Manusia Beruntung Dalam Kehidupan

Seorang manusia yang memiliki sifat-sifat unggul adalah sangat beruntung kerana ia mampu mengemudi hidupnya dengan sempurna. Kondisi ini membuatkan ia dapat berperanan dengan baik kepada dirinya dan alam sekeliling.


Kesan Kepada Diri Sendiri

Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri daripada empat perkara asas iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.


Akal fikiran yang diciptakan Allah SWT merupakan mahkota berharga yang menampilkan imej manusia. Ia berkeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikannya kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu mendapat hidayah dan petunjuk Allah SWT menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh orang lain.


Al-Quran menggesa manusia supaya menggunakan akal fikiran, memerhati dan mengkaji kejadian-kejadian alam ini. Pemerhatian dan pengkajian ini mempunyai faedah yang sangat besar iaitu memenuhi dan mempertingkatkan kemajuan hidup yang kemudiannnya akan menemui hakikat kebesaran Allah SWT sebagai Pencipta yang Maha Agung. Dengan itu ia selaku makhluk yang mempunyai daya akal dan keupayaan akan tunduk patuh kepada kekuasaan Allah swt dengan penuh kesedaran dan akan melaksanakan kehidupan ini dalam situasi yang betul dan menuju keredhaan Allah SWT.


Roh dan nyawa adalah komponen utama manusia. Adalah terlalu sulit untuk diperkatakan kerana ia sebenarnya urusan Allah SWT. Walaupun demikian ia amat mustahak kerana dengannya mausia boleh hidup, bernafas, mendenyutkan nadi, memberikan dorongan dan kekuatan perasaan.


Satu lagi komponen manusia ialah jasad yang merangkumi kulit, daging, otot, urat, darah, tulang, anggota pancaindera dan lain-lain. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dan meyempurnakan antara satu sama lain iaitu sesuai dengan kejadian manusia yang dijadikan Allah SWT sebagai sebaik-baik kejadian. Seseorang yang terdidik dengan nilai-nilai unggul, jasadnya akan bergerak di atas panduan yang betul. Dia akan menggunakan kudratnya melakukan kerja-kerja yang baik, rehat dan tidur dengan seimbangnya, memakan makanan yang bersih dan halal, menjaga kesihatan diri, mengguna dan memelihara pancaindera dari sebarang kemudharatan, dosa dan sebagainya. Ini sesuai dengan firman Allah SWT:


' … dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan.' (Surah al-Baqarah, ayat 195)


Jelasnya jasad perlu dijaga supaya tidak terdedah kepada kebinasaan, penyakit dan sebarang kecacatan kerana kesempurnaan jasad turut membantu keunggulan hidup seseorang.


Unsur seterusnya yang dikurniakan kepada manusia ialah nafsu syahwat. Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar, bermakna ia sesuatu yang sukar dikawal. Sekiranya nafsu dapat dididk dan dikawal, ia akan menjadi jinak dan tunduk menurut segala kemahuan diri manusia. Tetapi sekiranya ia tidak dididik dan dikawal, dengan mudah ia menjadi raja kepada diri seseorang untuk melakukan apa sahaja kemahuan yang lebih cenderung kepada keburukan. Firman Allah SWT;


'Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).' (Surah Yusuf, ayat 53)


Bagi menenuhi keinginan syahwat ini, Islam membenarkan perkahwinan. Dengan demikian umat manuisa akan membiak dan berkembang dengan cara yang betul di samping sebagai salah satu pengecapan kurniaan nikmat Allah SWT dalam hidup berkeluarga. Jelasnya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu melaksanakan tanggungjawab, khususnya kepada diri sendiri adalah bergantung kepada berjaya atau gagalnya ia memenuhi tuntutan keempat-empat perkara tersebut. Aspek-aspek ini adalah asas pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.


Kesan Kepada Keluarga


Seseorang insan yang unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya. Ia dapat merencanakan soal-soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah. Ia dapat menjalankan tugasnya sebagai ra'i atau ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT.


Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Oleh itu, tarbiah jasmaniah seperti yang dituntut oleh syarak perlulah dilaksanakan dalam keadaan yang teratur. Umpamanya dalam pemilihan makanan mestilah yang bersih, baik dan dari sumber yang halal. Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti merokok, meminum minuman keras, menyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah dijauhi. Sekiranya ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas dan boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.


Pendidikan rohani pula adalah aspek yang penting. Ia merangkumi keimanan, pengamalan syariat, pelaksanaan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta pembangunan mental dan spiritual. Seorang ketua keluarga bertanggungjawab membentuk dan mendidik keluarganya mengamalkan tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh Islam. Dalam masa yang sama menjauhi perkara-perkara yang haram dan makruh. Ia juga mestilah memastikan ketulenan akidah keluarganya dan membersihkannya dari sebarang bentuk kekufuran dan kesyirikan serta mengikis jiwa dari kekotoran dan penyakit melalui amalan dan latihan yang mantap serta berterusan. Firman Allah SWT:


'Sesungguhnya berjayalah orang yang ( setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh) dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang ( dengan khusyuk).' (Surah al-A'la, ayat 14-15)


Seperti yang telah dinyatakan akal fikiran sangat berharga bagi manuisa. Islam juga menuntut umatnya supaya menggunakan akal fikiran dengan betul. Islam menyuruh manusia supaya menuntut ilmu yang bermanfaat dan ilmu itu pula hendaklah disebarkan melalui proses pengajaran dan pengembangan.


Seiring dengan kekuatan pemikiran, pendidikan akhlak adalah amat mustahak. Seseorang ketua yang unggul adalah model yang berkesan dalam pendidikan akhlak keluarganya. Ia perlu membimbing ahli keluarganya dengan akhlak Islamiah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada padanya. Kegagalan sesetengah keluarga untuk mengamalkan akhlak Islamiah kebanyakannya berpunca daripada kegagalan ketua keluarga atau ibu bapa masing-masing yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang ditetapkan oleh Islam. Sebab itulah ibu bapa perlu membentuk keunggulan diri mereka terlebih dahulu sebelum amalan itu dapat diperturunkan kepada anak-anak mereka.


Seorang ketua keluarga juga dapat mengatur soal kehidupan ekonomi dan sosial keluarganya berpandukan nilai-nilai yang baik. Ia akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarganya dengan mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dalam kerjaya. Ia berkeyakinan bahawa kesungguhan bekerja adalah suruhan agama yang perlu ditunaikan. Dengan demikian ia akan membawa keluarganya keluar dari ruang lingkup kemiskinan yang menjadi salah satu musuh Islam yang boleh membawa kepada kekufuran seperti sabda Rasulullah SAW, 'Hampir-hampr kefakiran itu membawa kepada kekufuran.' (Riwayat Abu Naim)


Kesan Kepada Masyarakat, Negara Dan Ummah


Seseorang insan yang unggul akan memastikan hubungan kemasyarakatan dan keluarganya berada dalam satu ikatan yang jitu. Prinsip-prinsip hubungan kejiranan dan masyarakat di sekitarnya akan diasaskan kepada panduan-panduan yang digariskan oleh Islam. Firman Allah SWT:


'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai....' (Surah Ali Imran ayat 103)


'Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki.' (Surah an-Nisa', ayat 36)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 'Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain.' (Riwayat at-Tabarani)


Setiap kelompok masyarakat perlu memberi perhatian berat kepada bidang pendidikan. Insan yang beruntung dalam sesebuah masyarakat akan memudahkan usaha dan perancangan untuk meningkatkan kualiti masyarakat melalui aktiviti pendidikan, pengajian dan muamalat.


Penghayatan agama juga sangat mustahak. Merekalah yang akan mengembangkan penghayatan ajaran Islam melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah melalui cara-cara yang formal atau tidak formal. Suasana ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan berdisiplin, tetapi juga akan menampakkan masyarakat yang mempunyai imej yang tinggi serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.


Seperti yang diketahui, ketrampilan seseorang individu atau masyarakat dengan ilmu agama semata-mata tanpa ilmu duniawi adalah sesuatu yang tidak sempurna. Dalam ertikata lain, seseorang muslim perlu mendapatkan pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu selain ilmu agama yang menjadi keperluan asasi. Ia meliputi ilmu ekonomi, politik dan sosial yang perlu diketahui sebagai alat untuk meletakkan diri masing-masing dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Dengan sebab itu bidang ekonomi, politik dan sosial mesti diketahui dan dicemburi secara bersungguh-sungguh sekurang-kurangnya pada tahap yang paling asas. Bidang-bidang ini merupakan urusan hidup yang menjadi sebahagian penting yang dikehendaki oleh ajaran Islam seperti yang dijelaskan dalam firman Allah SWT:


'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu (pahala dan kebahagiaan) hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.' (Surah al-Qasas, ayat 77)


Selain bidang sosial dan ekonomi, bidang politik juga menjadi perkara yang penting dalam sesebuah masyarakat. Kestabilan politik sesebuah negara adalah berpunca daripada keunggulan dan kekuatan yang ada pada diri setiap individu, yang kemudiannya membentuk satu ikatan warganegara yang kukuh.


Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, akan lahir pula tokoh-tokoh berwibawa yang boleh diharap menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat. Pemimpin ini pula perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan sifat-sifat unggul sebagai pemimpin. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan supaya masyarakat dan negara dapat dibawa kepada pencapaian matlamat kemakmuran hidup dan keredhaan Allah SWT seperti yang dapat difahami daripada kisah negeri Saba' (Yaman Tua) yang diceritakan di dalam al-Quran:


'Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba' satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur) yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): 'Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya , (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Amat Pengampun.' (Surah Saba', ayat 15)


Dalam konteks kepentingan sejagat pula seseorang insan yang unggul akan mampu memimpin ummah di peringkat yang lebih luas. Kejayaan memimpin negara akan diikuti oleh negara lain sebagai model. Pemimpin yang berwibawa di arena antarabangsa ini diperintahkaan oleh Islam supaya memberikan sumbangan untuk kesejahteraan ummah. Dengan itu tercapailah fungsi manusia sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini.


Penutup

Demikianlah antara kesan-kesan yang dapat dilahirkan oleh insan yang umggul dalam kehidupannya sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah hasil daripada pegangan dan amalan terhadap nilai-nilai unggul seperti yang telah dinyatakan.


Sumber: JAKIM

Sunday, June 15, 2008

Pemimpin Contoh : Umar B. Abdul Aziz


Pemimpin Contoh : Umar B. Abdul Aziz

Assalamualaikum,
Sdra/i yang dihormati sekelian tiba-tiba sahaja seerah Umar Abdul Aziz kembali menarik minat saya apabila seorang pemimpin bukan Islam ingin menjadikan beliau sebagai model. Tidak keterlaluan rasanya kalau saya nyatakan masih banyak lagi yang kita belum tahu tentang tokoh hebat ini. Mudah-mudahan dengan artikel yang diambil dari Wikipedia Indonesia ini dapat menambah ilmu pengetahuan kita terhadap tokoh hebat ini.




Umar bin Abdul-Aziz (bergelar Umar II, lahir di Halwan, Mesir 63 H / 682, wafat Februari 720)[1] (Arab: عمر بن عبد العزيز) adalah khalifah Bani Umayyah yang berkuasa dari tahun 717 sampai 720. Tidak seperti khalifah Bani Umayyah sebelumnya, ia bukan merupakan keturunan dari khalifah sebelumnya, tetapi ditunjuk langsung, dimana ia merupakan sepupu dari khalifah sebelumnya, Sulaiman. Muhammad bin Ali bin Husain mengatakan tentang dirinya, “Kalian tahu bahwa setiap kaum memiliki orang yang yang menonjol? Yang menonjol dari Bani Umaiyah adalah Umar bin Abdul Aziz. Saat dibangkitkan di hari kiamat kelak, merupakan satu kelompok tersendiri.”


Biografi


Keluarga

Ayahnya adalah Abdul-Aziz bin Marwan, gubernur Mesir dan adik dari Khalifah Abdul-Malik. Ibunya adalah Ummu Asim binti Asim. Umar adalah cicit dari Khulafaur Rasyidin kedua Umar bin Khattab, dimana Muslim Sunni menghormatinya sebagai salah seorang Sahabat Nabi yang paling dekat.


Silsilah

Umar dilahirkan sekitar tahun 682. Beberapa tradisi menyatakan ia dilahirkan di Madinah, sedangkan lainnya mengklaim ia lahir di Mesir. Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak.


Kisah Umar bin Khattab berkaitan dengan kelahiran Umar II

Menurut tradisi Muslim Sunni, silsilah keturunan Umar dengan Umar bin Khattab terkait dengan sebuah peristiwa terkenal yang terjadi pada masa kekuasaan Umar bin Khattab.

"Khalifah Umar sangat terkenal dengan kegiatannya beronda pada malam hari di sekitar daerah kekuasaannya. Pada suatu malam beliau mendengar dialog seorang anak perempuan dan ibunya, seorang penjual susu yang miskin.

Kata ibu “Wahai anakku, segeralah kita tambah air dalam susu ini supaya terlihat banyak sebelum terbit matahari”
Anaknya menjawab “Kita tidak boleh berbuat seperti itu ibu, Amirul Mukminin melarang kita berbuat begini”
Si ibu masih mendesak “Tidak mengapa, Amirul Mukminin tidak akan tahu”.
Balas si anak “Jika Amirul Mukminin tidak tahu, tapi Tuhan Amirul Mukminin tahu”.

Umar yang mendengar kemudian menangis. Betapa mulianya hati anak gadis itu.

Ketika pulang ke rumah, Umar bin Khattab menyuruh anak lelakinya, Asim menikahi gadis itu.

Kata Umar, "Semoga lahir dari keturunan gadis ini bakal pemimpin Islam yang hebat kelak yang akan memimpin orang-orang Arab dan Ajam”.

Asim yang taat tanpa banyak tanya segera menikahi gadis miskin tersebut. Pernikahan ini melahirkan anak perempuan bernama Laila yang lebih dikenal dengan sebutan Ummu Asim. Ketika dewasa Ummu Asim menikah dengan Abdul-Aziz bin Marwan yang melahirkan Umar bin Abdul-Aziz.


Kehidupan awal

682 – 715

Umar dibesarkan di Madinah, dibawah bimbingan Ibnu Umar, salah seorang periwayat hadis terbanyak. Ia tinggal di sana sampai kematiannya ayahnya, dimana kemudian ia dipanggil ke Damaskus oleh Abdul-Malik dan menikah dengan anak perempuannya Fatimah. Ayah mertuanya kemudian segera meninggal dan ia diangkat pada tahun 706 sebagai gubernur Madinah oleh khalifah Al-Walid I


715 – 715: era Al-Walid I

Tidak seperti sebagaian besar penguasa pada saat itu, Umar membentuk sebuah dewan yang kemudian bersama-sama dengannya menjalankan pemerintahan provinsi. Masa di Madinah itu menjadi masa yang jauh berbeda dengan pemerintahan sebelumnya, dimana keluhan-keluhan resmi ke Damaskus berkurang dan dapat diselesaikan di Madinah, sebagai tambahan banyak orang yang berimigrasi ke Madinah dari Iraq, mencari perlindungan dari gubernur mereka yang kejam, Al-Hajjaj bin Yusuf. Hal tersebut menyebabkan kemarahan Al-Hajjaj, dan ia menekan al-Walid I untuk memberhentikan Umar. al-Walid I tunduk kepada tekanan Al-Hajjaj dan memberhentikan Umar dari jabatannya. Tetapi sejak itu, Umar sudah memiliki reputasi yang tinggi di Kekhalifahan Islam pada masa itu.

Pada era Al-Walid I ini juga tercatat tentang keputusan khalifah yang kontroversial untuk memperluas area disekitar masjid Nabawi sehingga rumah Rasulullah ikut direnovasi. Umar membacakan keputusan ini didepan penduduk Madinah termasuk ulama mereka, Said Al Musayyib sehingga banyak dari mereka yang mencucurkan air mata. Berkata Said Al-Musayyib : "Sungguh aku berharap agar rumah Rasulullah tetap dibiarkan seperti apa adanya sehingga generasi Islam yang akan datang dapat mengetahui bagaimana sesungguhnya tata cara hidup beliau yang sederhana" [2]


715 – 717: era Sulaiman

Umar tetap tinggal di Madinah selama masa sisa pemerintahan al-Walid I dan kemudian dilanjutkan oleh saudara al-Walid, Sulaiman. Sulaiman, yang juga merupakan sepupu Umar selalu mengagumi Umar, dan menolak untuk menunjuk saudara kandung dan anaknya sendiri pada saat pemilihan khalifah dan menunjuk Umar.

Kedekatan Umar dengan Sulaiman

Sulaiman bin Abdul-Malik merupakan sepupu langsung dengan Umar. Mereka berdua sangat erat dan selalu bersama. Pada masa pemerintahan Sulaiman bin Abdul-Malik, dunia dinaungi pemerintahan Islam. Kekuasaan Bani Umayyah sangat kukuh dan stabil.

Suatu hari, Sulaiman mengajak Umar ke markas pasukan Bani Umayyah.

Sulaiman bertanya kepada Umar "Apakah yang kau lihat wahai Umar bin Abdul-Aziz?" dengan niat agar dapat membakar semangat Umar ketika melihat kekuatan pasukan yang telah dilatih.
Namun jawab Umar, "Aku sedang lihat dunia itu sedang makan antara satu dengan yang lain, dan engkau adalah orang yang paling bertanggung jawab dan akan ditanyakan oleh Allah mengenainya".
Khalifah Sulaiman berkata lagi "Engkau tidak kagumkah dengan kehebatan pemerintahan kita ini?"
Balas Umar lagi, "Bahkan yang paling hebat dan mengagumkan adalah orang yang mengenali Allah kemudian mendurhakai-Nya, mengenali setan kemudian mengikutinya, mengenali dunia kemudian condong kepada dunia".

Jika Khalifah Sulaiman adalah pemimpin biasa, sudah barang tentu akan marah dengan kata-kata Umar bin Abdul-Aziz, namun beliau menerima dengan hati terbuka bahkan kagum dengan kata-kata itu.


Menjadi khalifah

Umar menjadi khalifah menggantikan Sulaiman yang wafat pada tahun 716. Beliau di bai'at sebagai khalifah pada hari Jum'at setelah shalat Jum'at. Hari itu juga setelah ashar, rakyat dapat langsung merasakan perubahan kebijakan khalifah baru ini. Khalifah Umar, masih satu nasab dengan Khalifah kedua, Umar bin Khattab dari garis ibu.

Zaman pemerintahannya berhasil memulihkan keadaan negaranya dan mengkondisikan negaranya seperti saat 4 khalifah pertama (Khulafaur Rasyidin) memerintah. Kebijakannya dan kesederhanaan hidupnya pun tak kalah dengan 4 khalifah pertama itu. Karena itu banyak ahli sejarah menjuluki beliau dengan Khulafaur Rasyidin ke-5. Khalifah Umar ini hanya memerintah selama tiga tahun kurang sedikit. Menurut riwayat, beliau meninggal karena dibunuh (diracun) oleh pembantunya.


Sebelum menjabat

Menjelang wafatnya Sulaiman, penasihat kerajaan bernama Raja’ bin Haiwah menasihati beliau, "Wahai Amirul Mukminin, antara perkara yang menyebabkan engkau dijaga di dalam kubur dan menerima syafaat dari Allah di akhirat kelak adalah apabila engkau tinggalkan untuk orang Islam khalifah yang adil, maka siapakah pilihanmu?". Jawab Khalifah Sulaiman, "Aku melihat Umar Ibn Abdul Aziz".

Surat wasiat diarahkan supaya ditulis nama Umar bin Abdul-Aziz sebagai penerus kekhalifahan, tetapi dirahasiakan darai kalangan menteri dan keluarga. Sebelum wafatnya Sulaiman, beliau memerintahkan agar para menteri dan para gubernur berbai’ah dengan nama bakal khalifah yang tercantum dalam surat wasiat tersebut.


Naiknya Umar sebagai Amirul Mukminin

Seluruh umat Islam berkumpul di dalam masjid dalam keadaan bertanya-tanya, siapa khalifah mereka yang baru. Raja’ Ibn Haiwah mengumumkan, "Bangunlah wahai Umar bin Abdul-Aziz, sesungguhnya nama engkaulah yang tertulis dalam surat ini".
Umar bin Abdul-Aziz bangkit seraya berkata, "Wahai manusia, sesungguhnya jabatan ini diberikan kepadaku tanpa bermusyawarah dahulu denganku dan tanpa pernah aku memintanya, sesungguhnya aku mencabut bai’ah yang ada dileher kamu dan pilihlah siapa yang kalian kehendaki".
Umat tetap menghendaki Umar sebagai khalifah dan Umar menerima dengan hati yang berat, hati yang takut kepada Allah dan tangisan. Segala keistimewaan sebagai khalifah ditolak dan Umar pulang ke rumah.
Ketika pulang ke rumah, Umar berfikir tentang tugas baru untuk memerintah seluruh daerah Islam yang luas dalam kelelahan setelah mengurus jenazah Khalifah Sulaiman bin Abdul-Malik. Beliau berniat untuk tidur.
Pada saat itulah anaknya yang berusia 15 tahun, Abdul-Malik masuk melihat ayahnya dan berkata, "Apakah yang sedang engkau lakukan wahai Amirul Mukminin?".

Umar menjawab, "Wahai anakku, ayahmu letih mengurusi jenazah bapak saudaramu dan ayahmu tidak pernah merasakan keletihan seperti ini".
"Jadi apa engkau akan buat wahai ayah?", Tanya anaknya ingin tahu.
Umar membalas, "Ayah akan tidur sebentar hingga masuk waktu zuhur, kemudian ayah akan keluar untuk shalat bersama rakyat".

Apa pula kata anaknya apabila mengetahui ayahnya Amirul Mukminin yang baru “Ayah, siapa pula yang menjamin ayah masih hidup sehingga waktu zuhur nanti sedangkan sekarang adalah tanggungjawab Amirul Mukminin mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi” Umar ibn Abdul Aziz terus terbangun dan membatalkan niat untuk tidur, beliau memanggil anaknya mendekati beliau, mengucup kedua belah mata anaknya sambil berkata “Segala puji bagi Allah yang mengeluarkan dari keturunanku, orang yang menolong aku di atas agamaku”


Pemerintahan Umar bin Abdul-Aziz

Hari kedua dilantik menjadi khalifah, beliau menyampaikan khutbah umum. Dihujung khutbahnya, beliau berkata “Wahai manusia, tiada nabi selepas Muhammad saw dan tiada kitab selepas alQuran, aku bukan penentu hukum malah aku pelaksana hukum Allah, aku bukan ahli bid’ah malah aku seorang yang mengikut sunnah, aku bukan orang yang paling baik dikalangan kamu sedangkan aku cuma orang yang paling berat tanggungannya dikalangan kamu, aku mengucapkan ucapan ini sedangkan aku tahu aku adalah orang yang paling banyak dosa disisi Allah” Beliau kemudian duduk dan menangis "Alangkah besarnya ujian Allah kepadak" sambung Umar Ibn Abdul Aziz.

Beliau pulang ke rumah dan menangis sehingga ditegur isteri “Apa yang Amirul Mukminin tangiskan?” Beliau mejawab “Wahai isteriku, aku telah diuji oleh Allah dengan jawatan ini dan aku sedang teringat kepada orang-orang yang miskin, ibu-ibu yang janda, anaknya ramai, rezekinya sedikit, aku teringat orang-orang dalam tawanan, para fuqara’ kaum muslimin. Aku tahu mereka semua ini akan mendakwaku di akhirat kelak dan aku bimbang aku tidak dapat jawab hujah-hujah mereka sebagai khalifah kerana aku tahu, yang menjadi pembela di pihak mereka adalah Rasulullah saw’’ Isterinya juga turut mengalir air mata.

Umar Ibn Abdul Aziz mula memeritah pada usia 36 tahun sepanjang tempoh 2 tahun 5 bulan 5 hari. Pemerintahan beliau sangat menakjubkan. Pada waktu inilah dikatakan tiada siapa pun umat Islam yang layak menerima zakat sehingga harta zakat yang menggunung itu terpaksa diiklankan kepada sesiapa yang tiada pembiayaan untuk bernikah dan juga hal-hal lain.


Surat dari Raja Sriwijaya

Tercatat Raja Sriwijaya pernah 2 kali mengirimkan surat kepada kholifah Bani Umayyah. Yang pertama dikirim kepada Mu'awiyyah, dan yang ke-2 kepada 'Umar bin 'Abdul 'Aziz. Surat kedua didokumentasikan oleh 'Abd Rabbih (860-940) dalam karyanya Al-Iqdul Farid. Potongan surat tersebut berbunyi[3]:

Dari Rajadiraja...; yang adalah keturunan seribu raja ... kepada Raja Arab yang tidak menyekutukan tuhan-tuhan yang lain dengan Tuhan. Saya telah mengirimkan kepada Anda hadiah, yang sebenarnya merupakan hadiah yang tak begitu banyak, tetapi sekedar tanda persahabatan; dan saya ingin Anda mengirimkan kepada saya seseorang yang dapat mengajarkan Islam kepada saya, dan menjelaskan kepada saya hukum-hukumnya.


Hari-hari terakhir Umar bin Abdul-Aziz

Umar Ibn Abdul Aziz wafat disebabkan oleh sakit akibat diracun oleh pembantunya. Umat Islam datang berziarah melihat kedhaifan hidup khalifah sehingga ditegur oleh menteri kepada isterinya, "Gantilah baju khalifah itu", dibalas isterinya, "Itu saja pakaian yang khalifah miliki".

Apabila beliau ditanya “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah engkau mau mewasiatkan sesuatu kepada anak-anakmu?”

Umar Abdul Aziz menjawab: "Apa yang ingin kuwasiatkan? Aku tidak memiliki apa-apa"

"Mengapa engkau tinggalkan anak-anakmu dalam keadaan tidak memiliki?"

"Jika anak-anakku orang soleh, Allah lah yang menguruskan orang-orang soleh. Jika mereka orang-orang yang tidak soleh, aku tidak mau meninggalkan hartaku di tangan orang yang mendurhakai Allah lalu menggunakan hartaku untuk mendurhakai Allah"

Pada waktu lain, Umar Abdul Aziz memanggil semua anaknya dan berkata: "Wahai anak-anakku, sesungguhnya ayahmu telah diberi dua pilihan, pertama : menjadikan kamu semua kaya dan ayah masuk ke dalam neraka, kedua: kamu miskin seperti sekarang dan ayah masuk ke dalam surga (kerana tidak menggunakan uang rakyat). Sesungguhnya wahai anak-anakku, aku telah memilih surga." (beliau tidak berkata : aku telah memilih kamu susah)

Anak-anaknya ditinggalkan tidak berharta dibandingkan anak-anak gubernur lain yang kaya. Setelah kejatuhan Bani Umayyah dan masa-masa setelahnya, keturunan Umar bin Abdul-Aziz adalah golongan yang kaya berkat doa dan tawakkal Umar bin Abdul-Aziz.


Rujukan

Sumber

1. ^ http://www.britannica.com/eb/article-9074189
2. ^ Abdurrahman, Jamal (2007). Keagungan Generasi Salaf (disertai kisah-kisahnya). Darus Sunnah.
3. ^ Azra, Azyumardi (2004). Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII. Prenada Media, 27-28.

Pautan luar

* Umar Bin Abdul Aziz dari MediaMuslim INFO Website

sumber ambilan: http://id.wikipedia.org/wiki/Umar_bin_Abdul-Aziz

Friday, June 13, 2008

Biar Minyak Naik, Jangan Naik Minyak

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Sesak lagi menyesakkan..lagi difikir lagi menyesakkan fikiran. Ditambah pula dgn kesesakan lalu lintas yg terpaksa ditempuhi ..dan ada saja kemalangan & pertengkaran berlaku setiap hari di jalan raya...semuanya berlaku di depan mata anak2..

Ada rakan2 yg tk pernah bercakap kasar sudah pandai memaki hamun.
Semuanya sensitif saat ini...sampai bila kita nak biarkan keadaan ini? Jangan sampai keadaan ini menggoyahkan rumahtangga kita sendiri...nauzubillah. Ingatlah anak2 memerhatikan kita.
Jom..kita sama2 berkongsi tips & nasihat ke arah yg lebih positif. Kita cungkil apakah hikmah di sebalik musibah kenaikan harga minyak & barang2 lain...dlm keadaan sebegini sesiapa pun boleh naik minyak..DEMI CINTA kita pertahankan keutuhan keluarga kita..


1. Cinta Pada Allah
Perkukuhkan ikatan cinta kita pada Allah. Hanya padanya tempat bergantung & minta pertolongan. Mengadulah pada Allah segala masalah kita, kerana Allah Maha Mendengar. Perteguhkan solat lima waktu dan perbanyakkan solat sunat. Cuba luangkan masa dlm 5 minit utk solat dhuha setiap pagi sblm mulakan kerja.
Berdoalah dengan yakin..rezeki di tangan Allah. Mohon pada Allah dimurahkan rezeki, dicukupkan rezeki & sihat sejahtera agar dapat kita tunaikan segala amanah Allah dengan sempurna. Jangan lupa berdoa agar Allah membersihkan rezeki kita jika ada unsur haram di dalamnya..dengan ini kita akan reda dengan apa sahaja musibah yg melanda.
Berpuasa apabila mampu..latihkan diri bangun malam utk bertahajud & bersahur. Paling kurang berpuasa setiap Isnin Khamis. Bukan sahaja kita dpt berjimat malah dpt memperkukuhkan keimanan kita & menyuburkan hati..


2. Susah senang bersama
Sekiranya kita saling memahami & memberi sokongan walau dlm keadaan susah sekalipun, tautan kasih kita akan bertambah erat. Jangan sesekali saling menyalahi pasangan masing2. Saat sebegini banyak hati perlu dijaga. Bersama berbincang & memberi sokongan utk menyusun semula perancangan ekonomi keluarga. Andainya salah seorang drp kita tidak mampu, jgn bebankan fikiran & mengguris perasaannya..begitu juga sebaliknya.
Ada hikmah di sebalik segala musibah ...saya pernah "jatuh miskin" tebih teruk lagi bahangnya drp keadaan hari ini. Keperitan ini kami lalui bersama..dan keadaan ini mengeratkan lagi kasih sayang kami sekeluarga. Walaupun badai datang pada setiap arah, dan beberapa kali jatuh ditimpa tangga...tp hasilnya..ikatan kekeluargaan kami semakin teguh.Setiap masalah yg menimpa kita leraikan bersama..anak2 perlu terlibat sama agar dpt membentuk peribadi utuh & menjadi insan yg bertanggungjawab..bukan lepas tangan & bukan lari drp masalah.


3. Pandanglah ke bawah, jangan mendongak ke atas
Biar..biarkan pihak atasan dgn kerenah mereka..masing2 ada balasan di akhirat nanti. Cuba pandang ke bawah..lihat fakir miskin yg lagi tertekan yg hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Apakah yg ada pd mereka selain ketabahan & ketakwaan pd Allah?
Kita sering merintih tidak boleh mengubah cara hidup @ tiada lagi cara utk berjimat kerana rezeki kita "cukup-cukup". Tapi tahap "cukup-cukup" bg setiap orang berbeza. Ada org cukuplah dgn sarapan sekeping roti & teh dlm kos RM3, tp ada orang cukup2 dgn sarapan secawan kopi & sepotong kek yg mencecah RM20!
Ada yg merintih tak cukup duit tp barangan yg dibeli drp baju anak hingga anak baju semuanya berjenama & mahal2..tapi ada yg cukup sekadar memakai baju yg harganya RM10 sahaja.
Ukurlah baju di badan sendiri...kita sendiri tahu tahap kemampuan kita berbelanja.


4. Terus ceria, hindarkan stress..
Anak2 turut terkena tempias..jangan bebankan fikiran si kecil itu. Berjimat bukan bererti menyekat segala aktiviti & membuat catuan makanan.Kita bincang bersama secara santai dan terangkan kepada mereka kenapa kita perlu berjimat. Yang penting kita perlu ada alternatif lain..
Jom kita masak2 kt rumah..libatkan anak2 sekali. Klu mereka suka makan pizza, kek, donat etc...kita sama2 adun dan biarlah mereka hias sendiri..klu dapat pula dibawa sbg bekal ke sekolah lg seronok..maklumlah hasil tangan sendiri.
Bawa bekal..ya..cubalah sedaya upaya sekiranya ada kesempatan. Sekurang2 seminggu sekali. Atau sekadar bekal utk sarapan..sudah lepas belanja sarapan suami isteri & anak2.


5. Beriadah bersama keluarga
Kita tidak perlu bertapa di rumah sahaja...anak2 pasti bosan & memberontak. Jadikan aktiviti keluarga meriah & meninggalkan kenangan manis kepada anak2. Tidak perlu pergi jauh2 @ ke tempat yg mahal2..
Kita boleh bersama2 anak2 "bermain air" di halaman pada hujung minggu. Sambil2 basuh kereta & basuh kasut... takat mana je bil air berbanding kita perlu bayar jika "bermain air" di wet world etc..
Kita juga boleh beriadah ke tempat2 yg percuma..banyak taman mainan yg besar2 di KL & Shah Alam. Air terjun & mandi sungai di Templer Park, Ulu Yam, KLCC..atau bayar sikit utk mandi air terjun FIRIM. Atau bermain layang-layang di taman..
Jadikan juga bertani sbg aktiviti keluarga...Tak ada tanah? kita tanam shj dlm pasu..apa2 shj tanaman yg boleh dimakan..serai, halia, kunyit, cili, pandan, bawang (utk daun bawang) etc. Walaupun pd mata kita jimat brp RM shj..tetapi jika dikumpul..banyak juga jimatnya.


6. Manfaatkan kesempatan, bukan ambil kesempatan!
Manfaatkan setiap peluang yg ada..kita kerap menerima sample percuma, kupon, mata ganjaran kad kredit & pelbagai jenis kad, baucer etc tapi kerap juga kita terlupa & tangguhkan hingga expired.. byk kelab percuma utk pembeli susu anak etc..dan kerap juga promosi & baucer potongan dikirimkan..nah! manfaatkanlah wpun mungkin cuma jimat RM1 satu pek susu..

Pantry di pejabat..apa yg disediakan di pejabat adalah utk kegunaan pekerjanya. Berapa kerap kita minum di pejabat berbanding minum di restoran sewaktu masa bekerja..pagi umpamanya? Kalau ada biskut, kopi & teh di pejabat, sekurang-kurangnya kita sudah dapat jimat untuk kos sarapan @ minum petang.
Kalau ada pula rakan2 sepejabat yg boleh pula berkongsi @ bergilir masak utk dijadikan bekal makan tengah hari..lagi jimat..
Tapi ingat..jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Kita perlulah sama2 memberi & menerima.
Manfaatkan peluang yg ada utk tambah pendapatan..klu ada bakat menulis @
menterjemah, membina laman web etc manfaatkanlah. Banyak perniagaan yg tidak perlu modal besar sekarang ini.
Tapi ingat..jangan sampai mengganggu masa kerja di pejabat.


7. Berbanyaklah bersedekah & menabung
Kita tak akan jatuh miskin bila bersedekah..itu janji Allah..Allah akan cukupkan rezeki kita. Tak perlu banyak tapi biarlah istiqamah..tak ada harta, kita sedekah masa & tenaga. Latih anak2 kita utk ringan tulang membantu anak2 yatim & fakir miskin. Percayalah.. kita akan dapat rasakan ketenangan & kepuasan yg tk terucap jika kita dapat bantu orang lain yg susah. Yg paling penting kita akan memperolehi keberkatan-Nya, dan Allah akan membalas sedekah kita dgn rezeki yg berlipat ganda.. bukan sahaja rezeki harta benda. malah rezeki kesihatan, kebahagian etc..


Jadikan menabung amalan sekeluarga klu boleh setiap hari.. 10 sen, 50 sen, RM1..terpulanglah. Ada tabung khas utk keluarga, tabung anak2, tabung hasil penat lelah, tabung utk bersedekah etc..atau cuma satu tabung utk satu keluarga pun cukuplah.
Cuba kita kumpul duit yg sepatutnya kita belanjakan utk makan setiap hari itu kita simpan, gantikan dgn bekal dr rumah, begitu juga duit yg kita jimat hasil bertanam sendiri, beriadah di tempat percuma dan sebagainya...latih anak2 menabung duit belanja mereka..bila hujung bulan kita boleh lihat berapa banyak kita boleh jimat!


Semoga apa yg dibincangkan ini dapat memberi manfaat utk semua..kita cuba sedaya upaya kita. Saya berpesan utk diri saya sendiri sebenarnya.
Sama2 kita kembali kepada pengertian asal pepatah Melayu: Rezeki secupak tidak akan jadi segantang..sebenarnya bermaksud: Seandainya kita berusaha utk secupak, secupaklah kita dapat; jika kita lipat gandakan rezeki kita utk segantang maka segantanglah kita dapat...
Wassalam


Esekutif Suri