Friday, May 23, 2008

"BELAJAR rajin-rajin nak. Abah, tak ada harta. Ilmu adalah harta paling berharga yang abah boleh tinggalkan kepada anak-anak." Pesan ayah itu adalah motivasi paling berkesan kepada saya hingga hari ini, terutama selepas mempunyai anak.

Abah dan arwah emak dalam kepayahan hidup sentiasa berkorban dan berusaha untuk mendidik kami adik beradik. Pilu mengingatkan bagaimana abah yang hanya berpendapatan kecil, berkebun dan memancing selepas pulang dari kerja demi menampung perbelanjaan harian. Arwah ibu bangun seawal 3 pagi untuk membuat kuih jualan. Ibu juga mengambil tempahan menjahit baju.

Rumah kami dulu juga tidak banyak perabot. Apa yang ada, hanya keperluan asas. Abah sering mengingatkan arwah emak supaya tidak membazir duit dan sentiasa mendahulukan pendidikan anak-anak.

Pengorbanan dan semangat tinggi ibu bapa saya mungkin juga dapat dirasakan oleh pembaca. Kita mesti sentiasa menghargai jasa ibu bapa. Siapalah kita tanpa pengorbanan besar mereka.

Sebagai orang Islam, konsep pengorbanan banyak diajar kepada kita, terutama dalam kisah Nabi Ibrahim dan Siti Hajar sebagai ibu bapa serta Nabi Ismail sebagai anak yang patuh dan taat pada Allah.

Setiap ibu bapa mesti gembira apabila mendapat rezeki berupa anak. Allah menceritakan dalam al-Quran bagaimana Nabi Ibrahim apabila diberi khabar oleh malaikat bahawa Allah akan mengurniakan seorang anak lelaki, baginda menyatakan kegembiraannya dengan mengucapkan selamat sejahtera. Hal ini seperti firman Allah bermaksud:

"Dan
sesungguhnya telah datang utusan Kami kepada (Nabi) Ibrahim dengan membawa khabar gembira, sambil mereka berkata: "Selamatlah!" Dia menjawab: "Selamat!"
(Surah Hud, ayat 69)

Kegembiraan ini mestilah disyukuri dengan menyiapkan diri dan berusaha untuk menjadi ibu bapa yang berjaya mendidik anak yang taat dan mendapat keredaan Allah. Tugas ini bukan sesuatu yang mudah dan ia menuntut pengorbanan besar.

Rasulullah saw pernah bersabda bermaksud:
"Setiap anak dilahirkan
secara fitrah, kedua-dua ibu bapanya yang menjadikannya Yahudi,
Nasrani atau Majusi." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara pengorbanan ibu bapa adalah sentiasa menimba ilmu keibubapaan, tidak kira pada peringkat mana umur anak-anak. Ilmu sangat penting demi menjamin tarbiah anak dan kesejahteraan keluarga. Ilmu dapat membantu ibu bapa untuk lebih peka kepada tahap usia mereka. Ia juga kaedah paling berkesan dalam pendidikan dan menangani masalah anak-anak. Mendalami ilmu memerlukan pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit yang bukan sedikit.

Sejak dalam kandungan, ibu bapa banyak berkorban dengan menjaga akhlak. Ibu mendapat makanan berkhasiat serta sentiasa berdoa kepada Allah supaya anak dalam kandungan sihat dan menjadi anak soleh. Ayat suci al-Quran dibaca supaya mereka sentiasa mendengar kalimah Allah sejak dalam kandungan lagi.

Proses kelahiran dan menyusukan adalah pengorbanan yang tidak terhingga oleh seorang ibu.
Ibu bapa berkewajipan memenuhi keperluan anak, baik berupa kebendaan mahupun kerohanian. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab ini. Dalam hal ini Rasulullah bersabda bermaksud:

"Seseorang telah cukup dikatakan berbuat dosa, apabila mensia-siakan orang yang menjadi tanggungan makan minumnya." (Hadis riwayat Abu Daud)

Hari ini selain bapa, ramai ibu yang keluar bekerja demi memenuhi tuntutan ini. Bukan sedikit pengorbanan yang perlu dilakukan demi mendapat rezeki halal. Dalam kesibukan mencari rezeki, ibu bapa tidak boleh memberi alasan membiarkan pendidikan agama dan rohani anak.

Institusi sokongan seperti pusat asuhan kanak-kanak (taska), pusat jagaan harian, taman didikan kanak-kanak (tadika), sekolah, pusat pengajian al-Quran dan fardu ain adalah perkongsian pintar dalam mencapai matlamat pendidikan anak-anak. Ibu bapa perlu bijak dalam memilih institusi untuk menghantar anak mereka. Pilihlah institusi yang menitikberatkan agama, terutama solat kerana cara yang paling tepat mendidik anak-anak mengenal Allah adalah dengan melatih mereka mengerjakan sembahyang.

Pentingnya solat sebagai jalan untuk menjadikan manusia tunduk kepada Allah, maka Nabi Ibrahim memohon kepada Allah agar diri dan keturunannya dijadikan sebagai orang yang tetap menegakkan solat. Hal ini dirakamkan dalam firman Allah bermaksud:

"Wahai tuhanku,
jadikanlah aku orang yang mendirikan solat dan (begitu juga) anak
cucuku, wahai tuhan kami, terimalah doaku."(Surah Ibrahim, ayat 40)

Begitu juga, bijaksana Islam terkenal, Luqman Al-Hakim, salah satu wasiat kepada anak seperti disebut dalam al-Quran bermaksud:

"Hai
anakku, dirikanlah solat..." (Surah Luqman, ayat 17)

Dengan ini sewajarnya ibu bapa menjadikan solat sebagai pilihan utama untuk mendidik anak berakidah tauhid. Mereka mestilah terlebih dulu mendirikan solat dan sentiasa berbincang serta meneruskan kesinambungan pentarbiahan anak di rumah. Mereka tidak seharusnya menyerahkan tugas ini seratus peratus kepada pengasuh atau guru saja.

Anak hendaklah dilayan dengan penuh kasih sayang. Untuk itu, ibu bapa mesti terlebih dulu membaiki akhlak supaya anak sentiasa dilihatkan dengan pekerti mulia. Insya-Allah mereka akan terdorong untuk mencontohi ibu bapa berakhlak mulia.

Rasulullah bersabda bermaksud:

"Allah memberi rahmat kepada ayah
yang membantu anaknya untuk berbakti kepada-Nya." (Hadis riwayat Abu Shaikh)

Dalam hal ini, Allah memberi petunjuk supaya ibu bapa tidak mudah marah dan hendaklah gemar memaafkan kekeliruan anak mereka. Firman Allah bermaksud:

"Dan orang yang menahan marah serta memaafkan orang
lain dan Allah mencintai orang yang berlaku baik." (Surah Ali Imran, ayat 134)

Proses pentarbiahan anak mengambil masa panjang dan tentu menuntut ibu bapa untuk istiqamah dalam apa juga bentuk pengorbanan yang dilakukan, di samping terus berdoa untuk kesejahteraan mereka.

Firman Allah bermaksud:

"Wahai tuhan kami, anugerahkan kepada kami
daripada isteri dan keturunan kami perkara yang menyenangkan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa."
(Surah al-Furqan, ayat 74)

Setiap pengorbanan juga menuntut kita supaya melakukan perubahan bermula dengan diri sendiri setiap hari. Sebagai ibu bapa, kita mestilah sentiasa berusaha untuk menjadi contoh kepada anak. Ia adalah kunci kejayaan dalam melahirkan anak yang soleh wa musleh.

Proses Didikan Anak

JALAN-JALAN MENUJU KEIKHLASAN

Pendahuluan

Orang-orang beriman yang terdahulu dari umat ini sangat mementingkan keikhlasan. Mereka sangat mengharapkan agar diperingatkan kepada diri mereka supaya sentiasa ikhlas. Sebab itu Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda:

( إنما الأعمال بالنيات ) رواه البخاري ومسلم

“Sesungguhnya setiap amalan itu tergantung kepada niatnya.”

Hendaklah kita menanam pohon keikhlasan ke dalam hati kita agar kita mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Kepentingan ikhlas

Pentingnya ikhlas kerana ia adalah perintah Allah Subhanahuwata’ala dan menjadi syarat utama agar kehidupan seseorang itu diterima atau diredhai Allah Subhanahuwata’ala. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan keta’atan kepadaNya” (Al Bayyinah (95):5)

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu Kitab (Al Qur’an) dengan kebenaran. Maka sembahlah Allah dengan mengikhlaskan keta’atan kepadaNya. Ingatlah, hanya kepunyaan Allah din yang bersih” (Az Zumar(39): 2-3)

“Katakanlah: Hanya Allah sahaja Yang aku sembah dengan ikhlas kepadaNya dalam dinku”

(Az Zumar (39) : 14)

Sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam:

( إن الله لا يقبل من العمل إلا ما كان خالصا وابتغي به وجهه ) رواه النسائي والطبراني

“Sesungguhnya Allah tidak menerima amal seseorang kecuali apabila amal itu ikhlas dan mencari redha Allah.”

Fudhail bin Iyadh menyatakan, “Meninggalkan perbuatan kerana manusia adalah riya’ dan melakukan perbuatan untuk menusia adalah syirik, sedangkan ikhlas adalah Allah membebaskan kamu dari keduanya.”

Pengertian ikhlas

Ikhlas bermakna bersih dan murni daripada campuran. Imam Abu Hamid Al Ghazali menyatakan:

“Ketahuilah bahawa segala sesuatu mungkin akan dicampuri dengan sesuatu yang lain. Jika sesuatu itu bersih dan murni daripada campuran maka ia dikatakan suatu yang murni (khalis). Amalan yang bersih dan murni adalah amalan yang ikhlas.”

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Iaitu berupa susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.”

( An Nahl (16) : 66)

Dari ayat di atas, bermaksud susu itu murni dan bersih apabila tidak bercampur dengan tahi dan darah.

Justeru itu niat yang ikhlas ialah melakukan sesuatu amalan semata-mata mencari kerdhaan Allah Subhanahuwata’ala, tanpa dicampuri dengan syirik, samada syirik khafi (tersembunyi) atau syirik jali (jelas). Dan, tanpa dicampuri dengan keinginan nafsu, keuntungan duniawi, pangkat, harta, populariti, inginkan pujian, takutkan cacian atau lain-lian dorongan yang boleh dihimpunkan sebagai “melakukan sesuatu bukan kerana Allah Subhanahuwata’ala.”

Niat yang ikhlas ialah buah dari tauhid yang sempurna, iaitu mengesakan Allah. Ikhlas adalah lawan kepada syirik.

Imam Hasan Al Banna menyatakan :

“Ikhlas ialah setiap akh muslim mestilah mengharapkan keredhaan Allah dan ganjaran pahala daripadaNya. Semua perkataan, amalan dan jihadnya tidak memandang kepada sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran, kemajuan atau kemunduran. Dengan itu dia menjadi tentera fikrah dan aqidah, bukan tentera yang mengejar keinginan atau manfa’at.”

Ikhlas boleh dicapai apabila seseorang itu bersungguh-sungguh membersihkan diri daripada kepentingan peribadi, mencari balasan duniawi dan ucapan terima kasih daripada manusia. Sebaliknya menjuruskan amalnya kerana Allah Subhanahuwata’ala semata-mata.

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Dan mereka yang memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang yang ditawan. Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keredhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan daripada kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.”

(Al Insan (76): 8-9)

Orang yang jauh daripada ikhlas kepada Allah subhanahuwata’ala ialah orang yang mengungkit-ungkitkan pemberiannya dan menyakitkan hati serta mendedahkan aib orang yang telah menerima pemberiannya.

Bukti amali orang yang memberi dengan ikhlas kerana Allah Subhanahuwata’ala ialah apabila dia dapat melupakan jasanya kepada manusia. Kemudian dia bergaul dengan mereka tanpa mengungkit-ungkit dan tanpa meminta penghargaan. Bahkan, apabila mereka melakukan kesalahan kepadanya, maka dia tidak mencela mereka dan tidak mengingatkan mereka akan jasanya yang lalu.

Seterusnya, orang yang ikhlas tidak mempedulikan seandainya kedudukannya tidak dihormati oleh manusia. Dia tidak bergembira apabila manusia mengetahui kebaikan amalnya dan dia tidak membenci manusia apabila mereka mengetahui keburukan amalnya. Baginya, yang penting ialah keredhaan Allah Subhanahuwata’ala.

Amal yang terbaik

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya.”

(Al Mulk (67): 2)

Mengenai amal yang lebih baik, dari ayat di atas, Fudhail bin Iyadh menyatakan, “Ia adalah amal yang paling ikhlas dan paling benar”. Orang bertanya kepadanya, “Wahai Abu Ali, apakah amal yang paling ikhlas dan paling benar ?”. Dia menjawab, “Suatu amal yang ikhlas tetapi tidak benar maka tidak diterima. Jika ia benar tetapi tidak ikhlas, maka tidak juga diterima. Amal yang ikhlas ialah kerana Allah. Amal yang benar ialah yang mengikut sunnah (Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam).” Lalu beliau membaca firman Allah Subhanahuwata’ala:

“ Barangsiapa yang mengharapkan perjumpaan dengan Rabnya maka hendaklah dia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah dia mempersekutukan sesiapa pun dalam beribadah kepada Rabbnya.”

(Al Kahfi (18) : 110)

Friday, May 16, 2008

MEMPERINGATI 60 TAHUN NAKBAH DI PALESTIN

الْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلا عُدْوَانَ إلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ, أشْهَدُ أنْ لاَ إلهَ إلاّ اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ، وَأشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيَّنَا محمدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، بَلَّغَ الرِّسَالَةَ، وَأدَّى الأمَانَةَ، وَنَصَحَ الأُمَّةَ، وَدَعَا إلَى سَبِيْلِ رَبّهِ بِالْحِكْمَةِ وَالْمًوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ، وَجَاهَدَ فِي سَبِيْلِ اللهِ حَقَّ جِهَادِهِ، - فَجَزَاهُ اللهُ عَنَّا وَعَنِ الْمُسْلِمِيْنَ خَيْرَ الْجَزَاءِ -. أللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا محمدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

أمَّا بَعْدُ، فيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

أعُوْذُ باللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم. بسم الله الرحمن الرحيم.

Maksudnya:

Maha suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya ayat-ayat (tanda-tanda) kebesaran Kami, sesungguhnya Dialah Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat. (Surah al-Isra’: 1)

Sidang Jumaat rahimahullah,

Semalam 15 Mei 2008 genaplah sudah 60 tahun, bumi yang menempatkan Qiblat pertama umat Islam dijajah oleh satu bangsa yang paling angkuh dan paling berkuasa di dunia ketika ini. Bumi Palestin yang telah di buka oleh Amirul Mu’minin Sayyidina Umar r.a. pada tahun 636M yang menjanjikan keamanan untuk semua, akhirnya telah dicemari dengan pelbagai kemusnahan dan kesengsaraan, kemusnahan kepada harta benda, tempat ibadah, akhlak, perasaan, malah nyawa insan yang sudah sekian lama menjadi penghuni tetap di bumi Allah yang diberkati itu. Yang menjadi perhitungan kaum ini hanyalah bagaimana mereka mampu menjadikan insan selain mereka sebagai haiwan tunggangan (Guweim) demi mencapai hasrat mereka.

Sidang Jumaat rahimahullah,

60 tahun Nakbah.. Itulah istilah yang sentiasa bermain di bibir setiap insan yang prihatin mengenai isu Palestin, tanpa mengira siapa mereka. Bagi golongan Zionis, mereka merayakan angka 60 tersebut dengan penuh kegembiraan dan keseronokan yang menggambarkan sudah 6 dekat kaum mereka dapat bertapak dan berkuasa di bumi yang didakwa sebagai ‘bumi yang dijanjikan (أرْضُ الْمِيْعَاد)’ untuk kaum mereka. Manakala umat Islam yang prihatin mengenai isu Palestin pula menjadikan angka tersebut sebagai satu peringatan bahawa sudah 6 dekat bumi Islam itu dijajah dan diperkosa. Dari itu mereka menjadikan usaha-usaha lepas yang pernah dilakukan dalam membebaskan al-Aqsa sebagai pengalaman dan pengajaran untuk langkah seterusnya dalam perjuangan membebaskam `bumi perjuangan (أرْضُ الرِّبَاط) ini.

`Nakbah’ mungkin merupakan satu istilah yang agak asing bagi sebahagian rakyat Malaysia melainkan buat mereka yang benar-benar prihatin mengenai isu umat Islam antarabangsa terutamanya di Palestin. `Nakbah’ bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala `Nakbah Palestin’ merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam buat penduduk Palestin, orang-orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya. Negara Palestin yang selama ini telah dinaungi kedamaian dan keadilan untuk ribuan tahun itu semakin merasai keperitan, kepedihan dan derita yang berpanjangan apabila mereka berada di bawah jajahan dan kongkongan Yahudi Zionis sejak enam dekad yang lalu.

Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinan wartawan tersebut telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.

Manakala British pula merupakan sekutu kuat gerakan Zionis sentiasa menyebelahi mereka, telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917, dengan memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Selepas itu berlakulah penghijrahan beramai-ramai secara sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas sama ada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang haram Yahudi.

Rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Ketetapan ini sangat bercanggah dengan prinsip PBB sendiri iaitu untuk melaksanakan ketetapan hak-hak bangsa dari segi kebebasan dan penentuan nasib mereka sendiri.

Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya. Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.

Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Umat Islam Palestin kini merintih dan menangis meminta pembelaan dari saudara seakidah sebagaimana mereka pernah merintih dan menangis apabila tentera Salib menakluki Baitul Maqdis pada 4 Julai 1099 sehingga menyebabkan 70.000 muslimin dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan. Kalau dulu, keadaan seperti ini akhirnya dapat diselamatkan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada 2 Oktober 1187, iaitu setelah selama 88 tahun bumi suci ini dijajah. Tetapi kini, dimanakah Salahuddin, sebagai pembebas Palestin? Di manakah Umar, sebagai pembuka Palestin?. Umat Islam hari ini memerlukan jiwa seperti mereka. Jiwa umat Islam perlu dibangunkan kembali, tanpa mengira sempadan geografi atau keturunan. Jiwa umat Islam seluruh dunia wajib disedarkan sekarang ini, sebagaimana sedarnya jiwa-jiwa umat Islam Palestin untuk membebaskan Baitul Maqdis apabila Intifadhah bermula pada 8 Disember 1987. Jiwa umat Islam perlu dimerdekakan daripada perhambaan kepada hamba, kepada perhambaan hanya kepada Allah Yang Tunggal lagi Maha Perkasa.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Sesungguhnya pengganas Yahudi tidak pernah mengenal mangsa, sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, lelaki, wanita, yang sempurna anggotanya maupun yang cacat. Malah al-Quran dan juga sejarah telah mencatatkan, bagaimana mereka sanggup membunuh para Anbiya’ daripada kalangan Bani Israel sendiri. Inilah apa yang telah berlaku ke atas Nabi Zakaria dan Nabi Yahya. Mereka juga telah menganggap bahawa merekalah yang telah membunuh Sayyidina Isa a.s. Walau bagaimana pun perkara ini telah dinafikan sendiri oleh al-Quran melalui firman Allah s.w.t.

Maksudnya:

Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: Sesungguhnya kami telah membunuh al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasulullah. Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak menyalibnya , tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa)… (Surah al-Nisa’: 157)

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Peranan yang mungkin kita dapat laksanakan bagi menyatakan kebersamaan kita dengan umat Islam Palestin dan juga perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa adalah berlegar sekitar tiga paksi penting, iaitu; pengetahuan, perasaan dan praktikal:

PAKSI PENGETAHUAN

1. Kita perlu mengetahui punca berlakunya isu di atas menurut sejarah (dulu dan sekarang), termasuk juga mengetahui latar belakang bumi Palestin dari sudut agama ataupun kebudayaan.

2. Perlu mengetahui hakikat pertembungan kita terhadap Yahudi, bukannya bertitik tolak daripada perasaan benci, dengki atau dendam, tetapi ia adalah bertitik tolak daripada tindak balas terhadap permusuhan yang mereka lakukan dan juga usaha untuk mengembalikan hak umat Islam yang dirampas.

3. Kita perlu mengetahui bahawa isu ini berkaitan dengan semua orang Islam dan juga arab serta perlunya menolak segala salah faham yang berkaitan dengannya.

4. Kita perlu memperbetulkan penggunaan istilah yang terpesong daripada maksud sebenar, yang cuba dimainkan oleh media musuh. Antaranya; istilah pengganas telah mereka gunakan bagi merujuk kepada umat Islam yang berjuang menentang penjajah di Palestin, begitu juga istilah operasi berani mati atau operasi bunuh diri telah diperkenalkan kepada dunia bagi menggantikan istilah sebenar dalam Islam iaitu operasi syahid.

5. Kita perlu mengetahui dan menyedari bahawa ketidak pedulian orang Islam dan arab daripada persoalan akhlak, nilai dan syariah di kalangan mereka adalah bahaya yang mengatasi kekuatan tentera yang ada pada Zionis.

6. Kita perlu memerangi fahaman yang negatif dan logika menyerah tanpa berusaha (mantiq tawaakuli), yang menyebabkan seseorang merasa berpuas hati, mundur ke belakang, hanya mengucap لا حول ولا قوة إلا بالله (tiada daya dan upaya melainkan milik Allah) dan berdoa, tanpa menunaikan kewajipan-kewajipan yang mereka mampu melaksanakannya.

7. Kita perlu menyatakan bahawa jihad mempunyai pelbagai cara, tanpa wujud sebarang pengurangan pahala atau kesannya dibandingkan dengan jihad bersenjata, seperti jihad dengan harta benda, jihad dengan ucapan, memboikot ekonomi musuh dan juga sokongan moral. Sesungguhnya setiap jiwa daripada kalangan umat ini baginya ada peranan dalam kontaks ini. Tidak ada seorang pun mempunyai alasan untuk berundur atau merasa lemah maupun bertangguh.

PAKSI MAKNAWI (JIWA)

1. Mengekang perasaan kecewa atau putus asa dengan merangsangkan harapan yang kuat dalam jiwa umat dengan meletakkan kebergantungan yang kuat kepada Allah s.w.t. serta percaya bahawa adanya di sana kayu ukur yang lain bagi mencapai kemenangan selain daripada kayu ukur biasa dalam bentuk zahir.

2. Menghidupkan perasaan dan sensitiviti terhadap apa yang sedang berlaku di sana, sama ada pencabulan tempat-tempat suci umat Islam, pembunuhan atau pencabulan ke atas kehormatan anak-anak gadis mereka.

3. Menghidupkan ruh jihad dalam jiwa ummah dan memerangi penyakit al-wahn yang diterjemahkan sebagai cintakan dunia serta takutkan mati. Di sinilah lahirnya kepentingan `tarbiyyah’ sama ada untuk individu maupun masyarakat.

4. Perlunya `nafas panjang’ tanpa gelojoh. Apa yang telah berlaku dan sedang berlaku merupakan hasil kesinambungan kerja yang dilakukan dalam tempoh yang panjang. Oleh itu `jalan pengislahan’ juga memerlukan tempoh.

PAKSI AMALI / PRAKTIKAL

1. Menyokong seruan pemboikotan ekonomi ke atas barangan musuh (zionis) dan juga pendokong mereka. Ini merupakan seruan yang telah dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama’ Islam Sedunia yang dipengerusikan oleh Prof. Dr. Yusof al-Qardhawi sejak beberapa tahun lepas.

2. Menghulurkan derma dalam apa jua bentuk sekalipun untuk umat Islam Palestin melalui pintu-pintu resmi atau badan-badan NGO yang sedia ada dan diyakini.

3. Mengadakan pameran-pemeran mengenai apa yang berlaku di bumi Palestin, di masjid-masjid, surau-surau, dewan-dewan serbaguna atau sebagainya.

4. Tidak mengabaikan golongan bukan Islam dalam membicarakan dan melibatkan diri dalam isu ini, di atas asas persefahaman bersama dan menyerlahkan dimensi kemanusiaan. Persefahaman ini adalah bertitik tolak daripada kefahaman yang benar, adil dan berdasarkan kemanusiaan.

Sidang Jumaat rahimahullah,

Jika sekiranya bangsa Yahudi dimotivasikan oleh kitab Talmud mereka, umat Islam semestinya dimotivasikan dan dibangunkan jiwa mereka dengan kitab suci al-Quran. Itulah cara dan jalan terbaik bagi memastikan umat Islam terbela dan mendapat haknya serta tidak lagi diperkotak katikkan oleh musuh-musuh Islam. Sesungguhnya kemenangan Islam itu memang pasti akan berlaku, maka beruntunglah bagi mereka yang berusaha untuk mengembalikan semula kegemilangan Islam yang pernah dikecapi sebelum ini.

Allaahumma ya Aziz ya Muntaqim!, satukanlah hati-hati umat Islam dengan ikatan yang satu, demi mempertahankan tanah suci Baitul Maqdis. Berikanlah kepada kami kemenangan yang hakiki dan seterusnya memperoleh kejayaan abadi di Akhirat nanti. Lembutkanlah hati- hati kami untuk sentiasa menghulurkan pertolongan dan bantuan kepada saudara kami di Palestin dan jadikanlah kehidupan kami sebagai secebis perjuangan untuk membebaskan bumi yang tercinta Palestin.

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Maksudnya:

Telah dilaknat orang-orang yang telah kafir dari Bani Israil melalui lidah Dawud dan Isa bin Maryam, demikian itu disebabkan perbuatan mereka yang ingkar dan sesungguhnya mereka itu orang-orang yang melampau. (Surah al-Maidah: 78)

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ, وَنَفَعَنِيْ وَإيَّاكُمْ بِالآيَاتِ والذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلْ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.

أَقُوْلُ قَوْلَ هذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِجَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.

Disediakan oleh

Unit Penerbitan

Aman Palestin Bhd

KHUTBAH MEMPERINGATI 60 TAHUN NAKBAH DI PALESTIN

Saturday, May 10, 2008

Tanda-tanda Hati Masih Hidup

Apabila usia Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, Baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhulwah di Gua Hira'. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira' sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.

Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira' sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat mendalam dan memberi implikasi yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan agama Islam khususnya.

Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keIslamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlak yang tinggi serta peribadatan yang tidak putus-putus terhadap Allah tanpa ia cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mecari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkan ia sampai kepada hakikat keagungan ilahi.

Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap Muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai seorang Muslim sejati terutamnya kepada mereka yang mahu menjadi pendakwah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.

Sebagai hikmah Ilahi di sini tergambar sesungguhnya diri manusia itu senantiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tidak akan dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri, memperhitungkan dan menghisab diri sendiri di ketika dan di tempat-tempat yang sunyi, jauh dari suasana dunia yang sombong, bongkak, hasan-dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.

Segalanya ini merupakan penyakit-penyakit yang mencengkam jiwa manusia dan menguasai hati sanubarinya, yang memainkan peranan yang sangat kotor demi merubah jiwa batin manusia, walaupun amalan saleh dan ibadat yang banyak.

Inilah penyakit dan wabak yang mencengkam mausia tadi dan ia tidak mudah dibasmikan kecuali dengan beruzlah dan mengasingkan diri dengan bertaqarrub dengan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dari masa ke semasa untuk mendapat taufiq hidayah dan inayah Allah. Kemudian mengalihkan pandangan ke arah dirinya untuk mencari titik-titik kelemahannya di hadapan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala pencipta alam sejagat seterusnya bertafakkur dan merenung bukti-bukti kekuasaan Ilahi, Hari Akhirat dan akhirnya menginsafi tentang kewujudan hari Akhirat, rahmat dan balasannya. Ketika kita bertafakkur dan merenung berulang-ulang kali maka penyakit-penyakit tadi akan sembuh dan hilang sedikit demi sedikit dan tempatnya akan digantikan dengan cahaya dan ketenangan yang abadi. Dengan itu tidak ada sesuatu apa pun lagi yang akan mempengaruhi kehidupan manusia itu.

Suatu perkara lagi yang perlu disebut yang tidak kurang pentingnya di dalam penghidupan manusia umumnya dan para pendakwah khususnya ialah menanamkan bibit-bibit cintakan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala di dalam hati sanubari di mana ia merupakan sumber dan dorongan kepada pengorbanan, perjuangan dan asas utama kepada dakwah yang memarak. Perasaan cintakan Allah Azzawajalla tidak tercetus melalui kepercayaan kepada yang rasional lantaran perkara yang rasional itu belum lagi dapat memberikan kesan kepada hati dan perasaan. Sebab jika sedemikian, sudah tentulah para orientalis merupakan barisan yang pertama beriman kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan RasulNya. Tidak pernah kita dengar seorang alim bijak pandai telah mengorbankan jiwanya kerana beriman dengan sesuatu teori-teori matematik yang dicipta manusia atau teori-teori algebra.

Bahawasanya tidak ada jalan lain untuk cintakan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala melainkan dengan cara merenung dan bertafakkur dengan segala nikmat pemberiannya, merenung keagunganNya dan kebesaranNya. Kemudian memperbanyakkan bacaan-bacaan zikir dengan perantaraan hati dan lidah. Sesungguhnya kesemuanya ini tidak dapat dilaksanakan melainkan apabila seseorang Muslim itu melaksanakan apa yang disebutkan tadi dengan sempurnanya. Dengan melaksanakan amalan yang disebutkan, Allah akan memutikkan bibit-bibit kecintaan yang berkilau terhadap Allah yang menjadikannya memandang kecil segalanya; tidak menghiraukan sebarang godaan; tidak memperdulikan sebarang azab sengsara yang mungkin dihadapinya malah ia mampu mengatasi segala-galanya ini dengan mudah dan senang. Inilah senjata yang paling tajam untuk mereka yang akan melaksanakan tugas dakwah dan demikianlah senjata yang telah diperlengkapkan di dalam jiwa Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam untuk baginda melaksanakan dakwahnya.

Bahawa sesungguhnya segala perasaan yang berhimpun di dalam hati manusia, iaitu takut, berani, cinta, suka, duka dan sebagainya berupaya menjadi sebagai pendorong bagi seseorang untuk menjalankan tugas yang mungkin dapat dilaksanakan sekiranya hanya disertai dorongan daya fikiran biasa manusia. Memang tepat seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Sathibi Rahmatullah 'alaihi di dalam kitabnyha Al-Mumabikhat yang menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya Muslimin awam di dalam melakukan segala taklif suruhan Tuhannya kerana keIslamannya dan yang satu lagi golongan Muslimin yang tertentu di dalam melakukan takallif suruhan Tuhannya kerana satu dorongan yang lebih dan disertai dengan kefahaman.

Katanya; golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana keIslaman dan keimanannya tanpa lebih daripada itu, tetapi golongan yang kedua, melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan satu dorongan tambahan, iaitu dengan disertai dorongan takut, harap dan cinta. Orang yang ketakutan, ketika melakukan sesuatu yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manakala manusia yang berharap-harap tidak akan mnghiraukan susah payah. Harapannya itu akan membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala keperitan. Seorang yang dilanda cinta pula, melipat gandakan segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang ada demi untuk sampai kepada orang yang dicintainya

Rujukan: Fiqh as-Seerah Jilid 1, Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti

Masih Hidupkah Hati Anda?

Ancaman Sekularisme

1. Inipati fahaman sekularisme

§ Pisah unsur rabbani/agama dari system/manhaj hidup manusia

§ Tolak sumber hokum Allah & RasulNya

§ Tolak iman kpd Allah & apa jua bentuk keagamaan

§ Jauhi ajaran agama dlm budaya, pendidikan & akhlak

§ Tolak akidah sebagai asas kesetiaan (wala’) & penggabungan diri (intima’)

§ Dirikan kerajaan atas konsep hidup moden tanpa terikat unsur agama sedikit pun

§ Beriman dgn apa yg dicapai oleh pancaindera

§ Usaha sungguh2 memaling umat dari amal akhirat kpd keenakan duniawi.

2. Sejarah Sekular

§ Mula di Eropah pd permulaan kurun ke 17 masihi dgn pelbagai tafsiran/pengertian

§ Pada kurun ke17 & 18, ia bererti pemisahan antara agama & pemerintahan

§ Pada kurun ke19, ia bererti menjauhi agama dr pemerintah

§ Pada kurun ke20, pemerintah mula ambil sikap positif terhadap agama

§ Pengaruh secular mula merebak di timur pd permulaan kurun ke19

3. Eropah & Hidup Beragama

§ Pd sebelum kurun ke17, Eropah hidup bawah cengkaman gereja & para paderi

§ Agama diseleweng jauh dr ajaran Nabi Isa seperti:

- aqidah trinity – anggap Isa sebagai tuhan

- aqidah salib – iktikad Isa disalib utk tebus dosa

- pengampunan dosa – Kesatuan Gereja Rom (1215M) beri hak kpd paderi utk ampun dosa manusia setelah bayar harga sekeping kupon gereja.

- hidup umpama paderi –asing diri dr rakyat, tolak kahwin tapi laku sumbang di gereja2.

- paderi dianggap maksum – pada 1869M, ditetapkan bhw paderi2 adalah maksum & rakyat hendaklah beri ketaatan mutlak.

§ Ekonomi, Politik & Sosial

- ekonomi dikuasai oleh golongan bangsawan

- mahkamah & penjara dikuasai oleh gereja

- gereja bersetongkol dgn bangsawan menzalimi rakyat

§ Tindakbalas rakyat melalui pemberontakan atas gereja, revolusi Perancis & teori Darwin

4. Faktor Menular ke Timur (Muhammad Qutb)

§ Hasrat utk lemahkan Islam

- lemahkan ikatan umat

- kikis kesucian Islam dlm hati umat

- musnahkan imej Islam dlm fikiran & hati kecil umat

- jauhi undang2 Islam & jajah Negara umat Islam

§ Niat pembaharuan oleh ahli sains

- akibat kefahaman & kezaliman gereja

- anggap semua agama sama

- perlu buat pembaharuan kpd seluruh dunia.

§ Sikap & neraca umat Islam sendiri

- penyakit suka tiru Barat & rasa megah bila ambil sesuatu dr Barat

- utk maju bererti buang agama sebagaimana Eropah & Barat

5. Wasilah dakyah

§ Guna golongan orientalis

§ Guna golongan missionari

§ Guna agen dari orang Islam yg mrk asuh

§ Serangan pemikiran (al Ghazwul Fikri)

6. Serangan al Ghazwul Fikri

§ Hancurkan akhlak muslim

- hapuskan teras ajaran Islam yakni akhlak umat yg bermula pd individu

- Umat terpesong dr landasan agama & ambil cara hidup barat

- Mulai jebakkan umat dgn arak, judi, seks, riba & pelbagai dosa/pintu2 maksiat

- Kemudian serap perasaan/pemikiran ringankan urusan agama, remeh akidah, cuai ibadah & pelbagai pemikiran sesat/batil

- Rosak generasi umat akan rosak masa depan umat & Islam

§ Hancurkan system pendidikan

- menubuh sekolah2 yg perkenal system & pelajaran yg pisahkan agama

- ajar anak2 dgn system yg digunakan oleh Eropah

- kawalan pengajian al-Quran diketatkan –asingkan dari pelajaran bahasa kebangsaan, singkat/ubahkan waktu, elaun kerajaan tidak lagi diberi pd guru2 al-Quran

- menghakis penggunaan tulisan al-Quran & jawi

- pelajar pintar dihantar ke sekolah elit yg mpy kemudahan lengkap

- akan lahir proses pembaratan masyarakat melalui kalangan hasil pimpinan mrk

7. Sasaran al Ghazwul Fikri (kesan & akibat)

§ Individu - tanam agar peranan agama tak penting atau tiada agama pun tak apa; bebas lakukan sesuatu tanpa terikat dgn prinsip & peraturan agama

§ Institusi keluarga — perkahwinan makin kurang, seks bebas bermaharajalela

§ System masyarakat -terdiri individu rosak & keluarga hancur (zina, gugur anak, cerai, pelacuran, bunuh diri); pisah ikatan agama dr ilmu, seni, akhlak, kemasyarakatan & ekonomi

§ System pendidikan - wajib bebaskan ilmu dari kongkongan agama; bina pendidikan sekular, hapus Islam; ubah system IPT Islam, tumpu industri tertentu, jauhi pelajar berbahasa Arab, tutup peluang pekerjaan lepasan agama,

§ System ekonomi -berobjektifkan material & komersial, tak berpandu prinsip keadilan social, kebajikan umat & halal haram (akibatnya halalkan aktiviti judi, pelacuran & rasuah); riba menjadi kepentingan politik.

§ Media & hiburan -media sebagai alat dakyah & propaganda; hiburan bertuhan nafsu & akal yg kering dari tauhid & petunjuk

§ System politik -tiada agama dlm berpotilik & tiada politi dlm agama; guna teori & dasar kapitalis, prinsip Machievalisme (matlamat menghalalkan cara); pinda undang2 negara ikut fahaman sekularisme, hapuskan sistem khalifah & ganti dgn undang2 penjajah/Barat

8. Natijah sekularisme kdp umat

§ Jahiliyyah mengawal dunia melalui system perundangannya yg ikut nafsu & batil

§ Tersebarnya kurafat, pembohongan & propaganda sesama manusia

§ Umat cenderong kearah kebatilan & syahwat serta bertuhankan nafsu

§ Tunduk & penguasaan dunia oleh bangsa Yahudi & umat menyerah kalah

§ Berpaling drpd keaslian ilmu, manhaj pemikiran & tasawur

§ Ketepikan Islam dari kepimpinan sebenar, hapus umat yg beramal dgn ajarannya, lenyapkan khalifah & tak tertegak syariat Allah

9. Beberapa penyelesaian

§ Berpegang teguh kpd Al-Quran & as-Sunnah

§ Mendalami al-Quran untuk melaksanakannya

§ Hapus & dedahkan setiap unsur sekularisme dlm hidup umat

§ Wujudkan perantara yg sihat yg pelihara umat melalui penegakkan syariat Allah

§ Tingkat usaha & kesungguhan wujudkan sebuah masyarakat berteras ajaran rabbani & daulah Islam yg beri petunjuk dgn khalifah yg laksanakan syariat

Thursday, May 08, 2008

Mencari Ketenangan Jiwa

Apabila usia Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mencapai empat puluh tahun, baginda begitu gemar mengasingkan diri untuk beribadat dan berkhalwah di Gua Hira'. Selalunya amalan ini memakan masa beberapa hari dan malam, dan kadang-kadang melewati satu bulan. Beginilah keadaan Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam yang berulang alik di antara rumah baginda dan Gua Hira' sehinggalah datangnya wahyu yang pertama.

Sesungguhnya kegemaran Nabi Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam mengasingkan diri dan beruzlah di Gua Hira' sebelum pengutusan baginda sebagai seorang Rasul, mengandungi makna yang sangat mendalam dan memberi kesan yang begitu penting kepada seluruh penghidupan umat Islam dan agama Islam khususnya.

Amalan ini membuktikan bahawa setiap Muslim itu, tidak akan sempurna sifat keIslamannya, walaupun ia berkeperibadian atau berakhlak yang tinggi serta beribadat tanpa putus-putus melainkan ia cuba mengasingkan dirinya untuk menilai dan mencari ketenangan jiwa dan segala sesuatu yang membolehkannya sampai kepada hakikat keagungan ilahi.

Semuanya ini merupakan jalan bagi setiap Muslim yang mahu menempatkan dirinya sebagai seorang Muslim sejati terutamanya kepada mereka yang mahu menjadi pendakwah ke jalan Allah dan pembimbing ke jalan yang benar.

Sebagai hikmah Ilahi di sini tergambar sesungguhnya diri manusia itu senantiasa diselaputi oleh pelbagai penyakit yang tidak akan dapat diubati kecuali dengan jalan mengasingkan diri, memperhitungkan dan menghisab diri sendiri pada ketika dan di tempat-tempat yang sunyi, jauh dari suasana dunia yang sombong, bongkak, hasad-dengki, bermegah-megah dan sukakan keduniaan.

Segalanya ini merupakan penyakit-penyakit yang mencengkam jiwa manusia dan menguasai hati sanubarinya, yang memainkan peranan yang sangat kotor demi merubah jiwa batin manusia, walaupun dia melakukan amalan saleh dan ibadat yang banyak.

Inilah penyakit dan wabak yang mencengkam manusia tadi dan ia tidak mudah dibasmikan kecuali dengan beruzlah dan mengasingkan diri dengan bertaqarrub dengan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dari masa ke masa untuk mendapat taufiq hidayah dan inayah Allah. Kemudian mengalihkan pandangan ke arah dirinya untuk mencari titik-titik kelemahannya di hadapan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala pencipta alam sejagat seterusnya bertafakkur dan merenung bukti-bukti kekuasaan Ilahi, Hari Akhirat dan akhirnya menginsafi tentang kewujudan hari Akhirat, rahmat dan balasannya. Ketika kita bertafakkur dan merenung berulang-ulang kali maka penyakit-penyakit tadi akan sembuh dan hilang sedikit demi sedikit dan tempatnya akan digantikan dengan cahaya dan ketenangan yang sebenar. Dengan itu tidak ada sesuatu apa pun lagi yang akan mempengaruhi kehidupan manusia itu.

Suatu perkara lagi yang perlu disebut yang tidak kurang pentingnya di dalam penghidupan manusia umumnya dan para pendakwah khususnya ialah menanamkan bibit-bibit cintakan Allah Subha Nahu Wa Ta'ala di dalam hati sanubari di mana ia merupakan sumber dan dorongan kepada pengorbanan, perjuangan dan asas utama kepada dakwah yang memarak. Perasaan cintakan Allah Azzawajalla tidak tercetus melalui kepercayaan kepada yang rasional lantaran perkara yang rasional itu belum lagi dapat memberikan kesan kepada hati dan perasaan. Sebab jika sedemikian, sudah tentulah para orientalis merupakan barisan yang pertama beriman kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala dan RasulNya. Jarang kedengaran seorang bijak pandai mengorbankan jiwanya kerana beriman dengan sesuatu teori-teori matematik yang dicipta manusia atau teori-teori algebra.

Jalan utama untuk melahirkan kecintaan kepada Allah Subha Nahu Wa Ta'ala ialah dengan cara merenung dan bertafakkur akan segala nikmat pemberiannya, merenung keagunganNya dan kebesaranNya. Kemudian memperbanyakkan bacaan-bacaan zikir dengan perantaraan hati dan lidah. Sesungguhnya kesemuanya ini tidak dapat dilaksanakan melainkan apabila seseorang Muslim itu melaksanakan apa yang disebutkan tadi dengan sempurnanya. Dengan melaksanakan amalan yang disebutkan, Allah akan memutikkan bibit-bibit kecintaan yang memancar terhadap Allah; yang menjadikannya memandang kecil segalanya; tidak menghiraukan sebarang godaan; tidak memperdulikan sebarang azab sengsara yang mungkin dihadapinya malah ia mampu mengatasi segala-galanya ini dengan mudah dan senang. Inilah senjata yang paling tajam untuk mereka yang akan melaksanakan tugas dakwah dan demikianlah senjata yang telah diperlengkapkan di dalam jiwa Muhammad SallaLlahu 'alaihi Wasallam untuk baginda melaksanakan dakwahnya.

Bahawa sesungguhnya segala perasaan yang berhimpun di dalam hati manusia, iaitu takut, berani, cinta, suka, duka dan sebagainya berupaya menjadi sebagai pendorong bagi seseorang untuk menjalankan tugas yang mungkin tidak dapat dilaksanakan sekiranya hanya disertai dorongan fikiran biasa manusia. Memang tepat seperti yang ditegaskan oleh Imam al-Sathibi rahmatullah 'alaihi di dalam kitabnya Al-Mumabikhat yang menerangkan lebih lanjut dan membuat perbandingan di antara dua golongan; satunya Muslimin awam yang melakukan segala taklif suruhan Tuhannya kerana keIslamannya dan golongan Muslimin yang tertentu yang melaksanakan taklif suruhan Tuhannya kerana satu dorongan tambahan dan disertai dengan kefahaman.

Katanya; golongan yang pertama ini melaksanakan tugasnya kerana keIslaman dan keimanannya tanpa lebih daripada itu, tetapi golongan yang kedua, melaksanakan segala tanggungjawabnya dengan satu dorongan tambahan, iaitu dengan disertai dorongan takut, harap dan cinta. Orang yang ketakutan, ketika melakukan sesuatu yang berat dan susah, tidak menghiraukan kesusahan dan kepayahan dan seterusnya membawa ia bersabar terhadap sebarang dugaan dan pancaroba. Manakala manusia yang mempunyai sifat raja' (berharap) tidak akan menghiraukan susah payah. Harapannya itu akan membawa ia meneroka segala kepahitan dan menanggung segala keperitan. Seorang yang dilanda cinta pula, melipat gandakan segala usaha dan tenaganya dan mengorbankan segala apa yang ada demi untuk sampai kepada individu yang dicintainya

Rujukan: Fiqh as-Seerah Jilid 1,

Muhammad Sa'id Ramadan Al-Buti

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah