Monday, May 25, 2009

Pendahuluan

Setelah kejatuhan Daulah Islamiyyah dan kehilangan Khilafah Islamiyyah, musuh-musuh Islam menakluki negeri-negeri umat Islam dengan pelbagai cara penaklukan. Penaklu­kan meliputi aspek kebudayaan, kepercayaan mulhid, ibahi (permis­sive) dan ekonomi. Realiti ini telah meletakkan ‘Amal Islami dalam keadaan yang buruk sekali. Umat Islam dikerumuni oleh musuh-musuhnya seperti semut mengerumuni hidangan maka­nan. Keadaan umat Islam telah hampir menyamai keadaan masyarakat sebelum kedatangan da’wah pertama dahulu. Islam telah kembali dagang (terasing) sebagaimana ia bermula dalam keadaan dagang. Tepatlah sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam (yang bemaksud):

“Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka yang bersama Islam di waktu ia dagang.”

- Hadith Riwayat Muslim.

Kewajipan Membentuk Ummah

Beramal untuk Islam dalam rangka mewujudkan individu, keluarga, jama’ah dan ummah Islamiyyah merupakan suatu kewajipan yang syar’i. Kewajipan ini tidak akan gugur selagimana tidak tertegak suatu kuasa yang memikul tanggungjawab menjaga semua urusan umat Islam. Begitu juga, selagimana kekuasaan itu tidak wujud, maka segala kecuaian samada oleh mereka yang beramal atau oleh mereka yang berdiam diri adalah merupakan dosa. Dosa ini tidak akan terhapus sehinggalah orang-orang yang cuai itu mengambil inisia­tif secepat mungkin untuk memikul tanggungjawab dan taklif amal Islami.

Ditinjau dari sudut hukum, bekerja dan beramal untuk Islam adalah wajib. Realiti pembekuan hukum-hukum Allah di muka bumi dan penguasaan sistem serta undang-undang jahiliyyah ke atas manusia telah mewajibkan umat Islam bekerja dan beramal untuk menegakkan Ummah Islamiyyah dan mengembalikan kehidupan secara Islam. Umat Islam juga berkewajipan mengembalikan manusia kepada pengabdian diri hanya kepada Allah Subhanahuwata’ala dalam semua hal.

Oleh kerana mewujudkan Ummah Islamiyyah dan berhukum dengan hukum-hukum Allah Subhanahuwata’ala itu wajib, maka segala amal atau kerja yang menuju kepada perlaksanaan kewajipan-kewajipan itu juga wajib, berdasarkan qaedah syara’:

“Tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengan jalannya, maka jalan itu juga menjadi wajib.”

Model Pembentukan Ummah

Orang mukmin mempunyai model yang tidak boleh dipertikaikan lagi dalam kerja-kerja pembentukan masyarakat atau pembinaan ummah. Model ini telah dizahirkan oleh Allah Subhanahuwata’ala pada generasi awal pimpinan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam atau lebih dikenali Generasi al-Quran.

Kita perlu melalui jalan yang telah dilalui oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memulakan dakwah dengan menyemai ‘aqidah tauhid dalam jiwa pengikut-pengikutnya. Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mendidik mereka di Dar al-Arqam dengan santapan dan hidangan al-Quran. Dari Madrasah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam ini, lahirlah rijal ‘aqidah yang sanggup berjihad dan berkorban demi membina ummah Islamiyyah.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah membangunkan ummah Islamiyyah pertama di atas asas-asas ‘aqidah yang sahih, ‘ibadah salih dan akhlak yang teguh.

‘Aqidah Melahirkan Wihdah Dan Kekuatan

Setelah terbina kekuatan ‘aqidah tauhid maka terbentuklah kekua­tan ukhuwwah dan wihdah (kesatuan). Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memper­saudarakan Muhajirin dan Ansar dengan ikatan ukhuwwah Islamiyyah. Setelah itu Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mencari punca-punca kekuatan yang lazim dan perlu bagi melancarkan jihad selanjutnya. Dengan itu terbentuklah asas yang kukuh atau tapak yang kuat untuk berdiri­nya daulah Islamiyyah di Madinah al-Munawwarah.

Inilah model yang sepatutnya menjadi contoh utama orang-orang mukmin dalam usaha membentuk Ummah Islamiyyah. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Adalah bagi diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik bagi mereka yang mengharapkan Allah serta hari Akhirat dan banyak mengingati Allah.

-Surah Al Ahzab: ayat 21

Kita Perlu Mengikuti Jalan Yang Sama

Tiada jalan lain lagi melainkan jalan ‘aqidah atau iman untuk membina kembali ummah Islamiyyah. Jika di permulaan Islam dahulu iman telah menjadi tenaga pembangunannya, iman juga mesti menjadi tenaga pembangun di zaman kebelakangan ini.

Kita kini sedang menghadapi suasana-suasana yang sama seperti yang dihadapi oleh angkatan pertama umat Islam di permulaan lahirnya Islam.

Jika ditinjau suasana alam ketika Nabi Muhammad Sallallahu’alaihiwasallam diutuskan, didapati masyarakat manusia dalam keadaan tidak tenteram dan menghadapi krisis nilai ke paras maksimum. Manusia sesat dalam pemujaan dan pengabdian. Sesat dalam aqidah dan pemikiran. Mereka juga ragu-ragu terhadap kebenaran dan yakin pula terhadap kebati­lan. Nilai mereka sesat. Mereka senang kepada kejahatan dan kuncu-kuncunya serta benci kepada kebaikan dan pendokong-pendo­kongnya. Praktik hidup sesat. Penzalim menjadi pemerintah. Penjahat hidup senang dan mewah. Orang-orang yang soleh tersisih dari masyarakat. Perkara yang ma’ruf dipandang munkar dan yang munkar dipandang ma’ruf. Ketagihan arak telah menjadi kebiasaan. Kejahatan bermaharajalela. Amalan riba telah sampai ke peringkat merampas harta orang lain. Keinginan kepada harta benda telah sampai ke peringkat tamak haloba. Kezaliman dan keras hati telah menjangkau kepada perbuatan menanam anak hidup-hidup.

Asas-asas moral anugerah Allah Subhanahuwata’ala kepada manusia ketika itu tidak dibimbing dengan betul. Akibatnya kecelakaan menimpa mere­ka. Orang berani bertukar menjadi pembinasa dan pengganas. Orang pemurah bertukar menjadi pemboros dan pengikis harta. Orang cer­dik bertukar menjadi penipu. ‘Aqal fikiran digunakan untuk meran­cang jenayah dan program-program untuk memuaskan hawa nafsu. Kekuasaan yang ada pada seseorang umpama sebilah pedang di tangan pemabuk. Dia akan melukakan diri, anak, isteri dan saudara-mara­nya tanpa disedari.

Ciri-ciri seumpama di atas bukan sahaja wujud di zaman jahiliyyah kuno, bahkan wujud juga di zaman moden ini. Oleh kerana ciri-ciri itu wujud di zaman ini, maka zaman ini juga disifatkan sebagai jahiliyyah atau Jahiliyyah Moden.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah merawat segala penyakit kemasyarakatan tadi dengan iman. Justeru itu ubat atau penawar iman juga perlu digu­nakan untuk merawat segala penyakit kemasyarakatan di zaman ini. Sekaligus, iman menjadi titik tolak ke arah pembentukan Ummah Islamiyyah.

Proses Keimanan

Ummah Islamiyyah tidak akan lahir selagimana satu golongan manu­sia tidak dibentuk terlebih dahulu melalui proses keimanan yang mengikrarkan ‘ubudiyyah hanya kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. ‘Ubudiyyah yang meliputi i’tiqad dan berperanan dalam susunan atau amalan hidup mereka. Proses keimanan itu akan member­sihkan hati serta jiwa daripada pengabdian kepada selain daripada Allah Subhanahuwata’ala. Proses itu juga mengawal setiap amalan daripada bermatlamatkan sesuatu yang lain daripada Allah Subhanahuwata’ala. Melalui proses ini sahajalah ummah Islamiyyah terbentuk atau dibentuk. Ummah Islamiyyah dianggotai oleh mereka yang menjalani sistem pembentukan yang bertolak daripada kalimah tauhid yang diikrarkan oleh setiap anggota, iaitu kalimah لا اله الا الله.

Syahadah لا اله الا الله hendaklah ditegakkan terlebih dahulu dan menjadi asas bagi sistem hidup Islam yang lengkap dan praktikal. Kehidupan ummah Islamiyyah dalam semua bidang dibina di atasnya dan dikawal olehnya. Kehidu­pan Islam tidak akan wujud tanpa asas ini, atau ditegakkan di atas asas yang lain, atau ditegakkan bersama-sama asas lain.

Kumpulan yang sudah bersih hati dan jiwa dalam ‘ubudiyyah inilah sahaja yang dapat membentuk dan membangunkan ummah Islamiyyah yang diredhai oleh Allah Subhanahuwata’ala.

Begitulah caranya kumpulan Islam pertama dibina dan berjaya membentuk ummah Islamiyyah. Mereka adalah ummah contoh yang dikenali sebagai Generasi Al-Quran Yang Unik. Begitulah juga caranya proses pembentukan masyarakat atau ummah Islamiyyah yang kemudian.

Pentingnya Pengukuhan Asas

Sesungguhnya asas yang kukuh amat perlu untuk melahirkan ummah Islamiyyah. Ia laksana asas bagi binaan yang besar. Binaan yang terbesar ialah binaan Islam.

Memanglah sesuatu asas bagi binaan tidak akan kelihatan dengan jelas dan nyata di atas tanah yang rata serta-merta, meskipun telah banyak usaha dan titik peluh dicurahkan untuk menanam dan membenamkannya. Orang-orang yang tidak arif atau orang-orang yang mengharapkan natijah segera akan menganggap bahawa segala usaha dan waktu yang dihabiskan untuk menanam asas adalah sia-sia lantaran mereka tidak nampak kewujudan binaan yang tersergam di atas tanah yang rata itu. Sesungguhnya, tahap atau peringkat meletakkan asas adalah paling sukar dan penting dalam proses pembinaan bangunan.

Setiap waktu dan usaha yang dicurahkan untuk membina asas seseb­uah bangunan tidak boleh dianggap sia-sia. Proses pembinaannya tidak boleh dihentikan dengan alasan belum nampak apa-apa hasil di permukaan tanah. Sudah tentulah bangunan Islam yang besar memerlukan waktu yang banyak dan usaha yang gigih untuk menyiap­kan asasnya.

Tahap-Tahap

Pembentukan masyarakat dan ummah Islamiyyah memerlukan masa yang panjang, usaha yang berterusan, pencurahan tenaga yang besar dan kesediaan melalui tahap-tahap tertentu seperti yang diperlihatkan dalam Sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan para sahabat baginda.

Tahap-tahap yang berdasarkan Sirah Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam adalah seperti berikut:

1. Tahap pembangunan ‘Aqidah yang melahirkan kefahaman yang betul tentang hakikat alam, manusia dan kehidupan. Inilah tahap asasi, pertama dan utama dalam pembentukan syaksiyyah Islamiyyah. Ia kaedah asas yang akan memperbetulkan tindakan-tindakan beri­kutnya.

2. Tahap perlaksanaan Iman dalam realiti hidup Muslim.

“Iman bukanlah dengan angan-angan dan hiasan-hiasan, tetapi ia adalah apa yang bertakhta di dalam hati dan dibukti pula dengan amalan.”

Inilah tahap penghayatan Iman dalam tingkah laku dan aktiviti hidup supaya benar-benar lahir kehidupan Islam.

3. Mereka yang kukuh ‘aqidah, betul fahaman dan baik amalan menyedari bahawa di sana terdapat tanggungjawab yang wajib dilak­sanakan iaitu ‘Amal Haraki untuk membentuk, menerus dan memperta­hankan ummah Islamiyyah. Kerja-kerja besar ini tidak mampu dipikul dengan tenaga seorang, bahkan memerlukan pengliba­tan dalam tanzim haraki secara bersungguh-sungguh. Setiap mukmin perlu bangun memperbaiki ahli-ahli, kawan-kawan dan mereka yang dapat dihubunginya. Seorang mukmin tidak akan gugur tugasnya untuk mengislahkan orang lain. Dia wajib bangun memikul tanggungjawab amar ma’ruf dan nahi mungkar meskipun keseorangan.

Oleh: Ustaz Omar Haji Saleh

ASAS PENTING PEMBENTUKAN UMMAH ISLAMIYYAH

Sunday, May 17, 2009

Ramai orang yang berjuang. Tapi tidak seramai itu pula yang berjuang dengan ikhlas. Melalui interaksi dengan Kitabullah dan Nabi Muhammad saw., para sahabat amat memahami bahawa memurnikan (mengikhlaskan) orientasi dan amal hanya untuk Allah adalah suatu keniscayaan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi. Mereka meyakini sepenuhnya bahawa hal itu merupakan kunci untuk memperoleh pertolongan dan dukungan Allah dalam setiap pertempuran yang mereka terjuni, menghadapi musuh-musuh mereka, baik musuh dari dalam diri mahupun dari luar diri mereka. Mereka menghayati firman Allah swt.:

“Tidaklah sepatutnya bagi penduduk Madinah dan orang-orang Badwi yang berdiam di sekitar mereka, tidak turut menyertai Rasulullah (pergi berperang) dan tidak patut (pula) bagi mereka lebih mencintai diri mereka daripada mencintai diri Rasul. Yang demikian itu ialah kerana mereka tidak ditimpa kehausan, kepayahan, dan kelaparan pada jalan Allah. Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir, dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan yang demikian itu suatu amal soleh. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat baik.” [At-Taubah (9):120]

Para sahabat memahami hal itu dan mengaplikasikannya dalam diri mereka. Maka terlihat dalam perilaku mereka. Syadad bin Al-Hadi mengatakan, seorang Arab gunung datang kepada Rasulullah saw. lalu beriman dan mengikutinya. Orang itu mengatakan, “Aku akan berhijrah bersamamu.” Maka Rasulullah saw. menitipkan orang itu kepada para sahabatnya. Saat terjadi Perang Khaibar, Rasulullah saw. memperoleh ghanimah (rampasan perang). Lalu beliau membahagi-bahagikannya dan menyisihkan bahagian untuk orang itu seraya menyerahkannya kepada para sahabat. Orang itu biasa menggembalakan binatang ternak mereka. Ketika ia datang, para sahabat menyerahkan bahagiannya itu. Orang itu mengatakan, “Apa ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah bahagianmu yang dibahagikan oleh Rasulullah saw.” Orang itu mengatakan lagi, “Aku mengikutimu bukan kerana ingin mendapatkan bahagian seperti ini. Aku mengikutimu semata-mata kerana aku ingin tertusuk dengan anak panah di sini (sambil menunjuk tenggorokannya), lalu aku mati lalu masuk syurga.” Rasulullah saw. mengatakan, “Jika kamu jujur kepada Allah, maka Dia akan mengizinkan keinginanmu.” Lalu mereka berangkat untuk memerangi musuh. Para sahabat datang dengan memapah orang itu dalam keadaan tertusuk panah di bahagian tubuh yang ditunjuknya. Rasulullah saw. mengatakan, “Inikah orang itu?” Mereka menjawab, “Ya.” Rasulullah saw. berkata, “Ia telah jujur kepada Allah, maka Allah memakbulkan keinginannya.” Lalu Rasulullah saw. mengkafaninya dengan jubah beliau kemudian mensolatinya. Dan di antara doa yang terdengar dalam solatnya itu adalah: “Allaahumma haadza ‘abduka kharaja muhaajiran fii sabiilika faqutila syahiidan wa ana syahidun ‘alaihi” (Ya Allah, ini adalah hamba-Mu. Dia keluar dalam rangka berhijrah di jalan-Mu, lalu ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksi atasnya).” (Diriwayatkan oleh An-Nasai)

Anas Bin Malik ra. menceritakan bahawa seorang laki-laki datang kepada Rasulullah saw. seraya mengatakan, “Ya Rasulullah, sesungguhnya aku orang hitam, buruk rupa, dan tidak punya harta. Jika aku memerangi mereka (orang-orang kafir) hingga terbunuh, apakah aku masuk syurga?” Rasulullah saw. menjawab, “Ya.” Lalu ia maju dan bertempur hingga terbunuh. Ia lalu dibawa kepada Rasulullah saw. dalam keadaan sudah meninggal. Rasulullah saw. mengatakan, “Sungguh Allah telah membuat indah wajahmu, membuat harum baumu, dan membuat banyak hartamu.” Beliau kemudian melanjutkan, “Aku telah melihat kedua isterinya dari kalangan bidadari mereka berebut jubah yang dikenakannya. Mereka masuk antara kulit dan jubahnya.” (Diriwayatkan oleh Al-Hakim)

Begitulah para sahabat mempraktikkan ikhlas dalam perjuangan. Dan begitu pulalah seharusnya kita mempraktikkannya. Dan jika ada niat yang tidak jelas dalam jiwa selain keikhlasan, maka hendaknya kita ingat hal-hal berikut ini:

Pertama, bahawa Allah mengawasi, mengetahui, mendengar, melihat kita. Firman-Nya: “Dan Dialah Allah (Yang Disembah), baik di langit mahupun di bumi; Dia mengetahui apa yang kamu rahasiakan dan apa yang kamu lahirkan; dan mengetahui (pula) apa yang kamu usahakan.” [Al-An'am (6): 3]

Katakanlah: “Jika kamu menyembunyikan apa yang ada dalam hatimu atau kamu melahirkannya, pasti Allah mengetahui.” Allah mengetahui apa-apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. [Ali Imran (3): 29]

Kedua, bahawa orang yang riya (ingin dilihat orang) atau sum’ah (ingin didengar orang) dalam beramal akan dibongkar oleh Allah semenjak di dunia sebelum di akhirat. Dan mereka tidak mendapatkan bahagian dari amal mereka selain dari apa yang dinginkannya.
Rasulullah saw. bersabda, “Siapa yang ingin (amalnya) didengar orang, maka Allah akan membuatnya di dengar; dan siapa yang ingin (amalnya) dilihat orang, maka Allah akan membuatnya dilihat orang.” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim)

Ketiga, bahawa kekalahan yang diderita kaum Muslimin dewasa ini adalah akibat kezaliman kita sendiri. Firman-Nya:
“Sesungguhnya Allah tidak berbuat zalim kepada manusia sedikitpun, akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri mereka sendiri.” [Yunus (10): 44]

Keempat, bahawasanya ketidakikhlasan menghancurkan amal, besar mahupun kecil. Dan dengan demikian bererti kita telah membuat perjuangan kita bertahun-tahun sia-sia belaka.

Allah swt. berfirman:
“Dan sesungguhnya telah merugilah orang yang telah melakukan kezaliman.” [Thaha (20): 111].
“Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan.” [Al-Furqan (25): 23]

Dan Rasulullah saw. bersabda,
“Aku benar-benar mengetahui orang-orang dari umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan-kebaikan seperti gunung Tihamah. Lalu Allah menjadikannya bagaikan debu yang tertiup angin.” Tsauban berkata, “Wahai Rasulullah, terangkanlah sifat mereka kepada kami agar kami tidak seperti mereka, kerana kami tidak mengetahui mereka.” Rasulullah saw. menjelaskan, “Mereka adalah termasuk saudara-saudara kamu dan seperti kulitmu. Mereka menggunakan waktu malam seperti yang kamu lakukan, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang jika berhadapan dengan larangan-larangan Allah mereka melanggarnya.” (Riwayat Ibnu Majah)

Kelima, orang-orang yang beramal bukan kerana Allah adalah orang yang pertama dibakar untuk menyalakan neraka. Dalam hadits panjangnya, Rasulullah saw. menjelaskan nasib tiga kelompok manusia yang celaka di hari akhirat kerana beramal dengan riya.

Keenam, orang-orang yang riya’ akan menjadi teman syaitan pada hari kiamat di dalam neraka jahanam. Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah bagi kita kisah Quzman, seperti yang diterangkan oleh Qatadah –semoga Allah meredhainya. Beliau menjelaskan,

“Di antara kami ada orang asing dan diketahui siapa dia. Ia dipanggil Quzman. Adalah Rasulullah saw. setiap disebut namanya selalu mengatakan bahawa dia termasuk penghuni neraka. Saat terjadi Perang Uhud, Quzman terlibat dalam pertempuran sengit sampai berhasil membunuh delapan atau tujuh orang musyrik. Memang dia orang kuat. Lalu ia terluka lalu dipapah ke rumah Bani Zhufr. Beberapa lelaki dari kaum Muslimin mengatakan kepadanya, ‘Demi Allah, engkau telah diuji hari ini, hai Quzman, maka berbahagialah.’ Quzman menjawab, ‘Dengan apa aku bergembira. Demi Allah sesungguhnya aku berperang tidak lain kerana membela nama kaumku. Jika bukan kerana hal itu aku tidak akan turut berperang. Ketika merasakan lukanya semakin parah, ia mencabut panah dari tempatnya lalu bunuh diri.” (Al-Bidayah Wan-Nihayah, Ibnu Katsir)

Marilah kita bersama ingatkan jiwa kita dengan peringatan-peringatan tersebut agar dalam bergerak, berjuang, dan berkorban (tadhhiyah) senantiasa ikhlas kerana Allah.

Berjuang Tapi Tidak Ikhlas..?

Monday, May 11, 2009

Firman Allah swt yang bermaksud:-

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang benar.”

- Al-Hujurat : ayat 49

Iman adalah tasdiq fil qalbi (membenarkan dengan hati ). Hati benar-benar yakin dan percaya kepada Allah dan rasul-Nya. Tasdiq atau keyakinan yang tidak bercampur syak dan tidak ragu-ragu. Juga tidak ada rasa tidak puas hati, rasa tidak layak, rasa lapuk dan rasa was-was terhadap din sistem Allah SWT atau terhadap hukum-hukum Allah SWT. Keimanan yang penuh yakin dan tidak goncang lagi.

Keimanan seperti inilah yang akan melahirkan jihad dengan harta benda dan jiwa di jalan Allah SWT.

Hati yang telah memiliki iman akan berasa puas hati, tetap dan mantap. Hati ini akan mendesak tuannya untuk melaksanakan perintah-perintah Allah SWT. Hati ini mendesak supaya dia melak­sanakan Islam di dalam diri, masyarakat dan realiti hidup. Inilah tanda iman yang sudah bertakhta di hati. Ia tidak jumud. Apa yang dirasakan di dalam hati mesti disepadukan dengan amalan-amalan hidup. Jika berlaku di dalam hati lain dan di luar lain maka itulah yang dinamakan nifaq.

Inilah iman yang hakiki. Iman yang tidak sabar-sabar lagi untuk berjuang dan beramal. Iman yang tidak rela atau tidak sanggup untuk memisahkan apa yang berada di dalam jiwa dengan amalan hidup harian.

Jika seseorang itu cuma mendakwa bahawa dia beriman kepada Allah SWT, tetapi masih ada peraturan-peraturan Allah SWT yang dirasakan tidak puas hati, tidak mahu dilaksanakan, rasa tidak sesuai, rasa sudah ketinggalan zaman atau rasa tidak perlu maka itu bukan iman yang hakiki kerana dia tidak menyatukan apa yang ada di dalam jiwa dengan tindakan di luar.

Sekarang, sebahagian besar praktik hidup masyarakat berjalan tanpa di pandu oleh iman. Mengapa terjadi sedemikian? Mungkin hati-hati mereka menerima syahadah, tetapi syahadah itu tidak masuk dan tidak meresap ke dalam hati. Jika sekiranya terdapat amalan-amalan yang berlawanan dengan ajaran Allah, maka itu bermakna apa yang ada di dalam hati dengan amalan dan tindakan luaran tidak dapat disatukan. Tindakan-tindakan yang salah itu menandakan iman yang lemah atau iman palsu. Ini kerana orang yang beriman pasti tidak sanggup memisahkan apa yang ada di dalam hati dengan apa ada di luar kerana pemisahan ini amat menyeksakan dirinya.

Itulah sifat orang yang beriman. Jika dia tidak dapat melaksanakan Islam dia akan berasa sakit dan tersiksa. Apabila wujud perasaan sebegini, barulah akan lahir usaha-usaha jihad. Dia akan mara ke hadapan bila-bila masa sahaja untuk berjihad dengan harta benda, jiwa dan amalan.

Itulah perasaan semulajadi atau dorongan semulajadi yang terdapat dalam jiwa orang yang beriman. Dia berasa perlu untuk melaksanakan tasawur Islam (gambaran Islam) yang terang benderang itu ke dalam jiwanya dan diterjemahkan ke dalam kehidupannya. Tasawur Islam cukup jelas dan terang dalam jiwanya. Tidak ada lagi satu ruang pun yang terselindung dan dia tidak sabar lagi untuk melihat Islam berjalan dalam kehidupannya.

Permusuhan antara orang mukmin dengan jahiliyah adalah permusuhan semulajadi yang terpancar daripada perasaan tidak sanggup lagi bersekutu dengan jahiliyah. Ia tidak sanggup lagi bercampur baur, bertolakansur atau berkompromi dengan jahiliyah. Sebab itu berlaku permusuhan antara Islam dengan jahiliyah. Kalau seseorang itu beriman tetapi dia tidak menolak jahiliyah, maka itu menunjukkan imannya sudah tidak berfungsi . Kalau dia seronok dengan jahiliyyah, hatta apabila melihat keluarga sendiri yang terlibat dalam jahiliyah dia masih membatu, maka ini adalah alamat yang jiwanya sudah berpenyakit.

Kita mestilah melawan jahiliyah. Jahiliyah cuma boleh di runtuhkan dengan iman. Iman tidak pernah bersatu dengan jahiliyah sehinggalah jahiliyah itu tunduk di bawah telunjuk iman.

Sesungguhnya iman pasti menang. Apabila kemenangan sudah berpihak kepada iman maka barulah Allah mengakui kita sebagai orang-orang yang benar iaitu As-Sadiqun. Iaitu orang-orang yang benar di dalam aqidah. Dakwaan juga benar sepertimana amalan.

Orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman dengan Allah dan Rasulnya, kemudian mereka ini tidak ragu-ragu. Mereka tidak ragu dalam semua hal yang di tanzilkan oleh Allah. Mereka tidak ragu dalam semua hukum dan amalan yang telah di tentukan oleh Allah. Ini iman yang benar, iman yang sahih dan iman yang mesti di praktikkan dalam kehidupan. Ia bukan hanya perkara yang boleh bermain di bibir, tetapi mesti berlaku dalam waqi’ harian.

Seseorang yang rasa ragu terhadap Allah, maka keraguannya itu dicerminkan dalam amalan hidup dalam berbagai-bagai bidang. Dia ragu terhadap hukum-hakam yang ditanzilkan Allah SWT dan ragu terhadap sunnah Rasullullah SAW.

Apabila seseorang menerima peraturan hidup yang lain daripada peraturan hidup Allah, maka itu bermakna dia ragu-ragu terhadap peraturan Allah. Jika seseorang mendakwa beriman kepada Allah tetapi masih minat, suka dan gerun kepada yang lain daripada apa yang Allah tanzilkan maka ini bukan sahaja dikira ragu-ragu bahkan dikira sudah meninggalkan iman.

Allah SWT peringatkan kita semua dengan ayat-ayat-Nya supaya kita sedar dengan perkara-perkara yang bolah memesongkan kita daripada iman yang sebenarnya. Dalam realiti sekarang, banyak perkara yang boleh meragukan dan memutarbelitkan kita. Oleh itu kita perlu tetapkan perjalanan tarbiyyah agar betul-betul berlandaskan apa yang telah ditetapkan Allah sehingga kita sampai kepada keyakinan yang bulat kepada sistem Allah, tanpa syak lagi.

Beriman Kepada Allah swt. Tanpa Ragu-Ragu

Wednesday, May 06, 2009

Proses Tarbiyah lmaniyah mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat.

Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati)."(HR Al Baibaqi)

lman yang berada dalam iiwa manusia sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita.

Sabda Rasuluilah SAW:

"Sesungguhnya iman itu boleb lusuh seperti lusuhnya pakaian, maka bendaklah kamu memobon doa kepada Allah SWT supaya diperbaharui keimanan itu di dalam jiwa kamu." (HR Al Hakim dan At Tabrani)

Proses Tarbiyah Mesti Berterusan

Tuesday, May 05, 2009

Salam kasih sayang kerana Allah kepada para pembaca usrahkeluarga...

Imam Al-Banna berkata tentang erti Tsabat, ‘Berterusan akh itu bekerja dan berjihad di jalan mencapai matlamatnya, walau sepanjang mana tempoh dan silih berganti tahun demi tahun, hingga dia bertemu Allah dalam keadaan demikian dan dia telah menang dengan mendapat salah satu dari dua Kebaikan, samada Matlamat tersebut atau Mati Syahid di penghujungnya.

Firman Allah swt bermaksud, “Dari kalangan orang-orang beriman terdapat mereka yang benar janji mereka kepada Allah. Dari kalangan mereka ada yang telah Syahid. Dan sebahagian lagi masih menunggu dan mereka tidak menrubah sedikitpun janji mereka itu” (Al-Ahzab:23).

Pada kita, waktu adalah sebahagian dari rawatan (penyakit diri dan umat ini). Jalan ini panjang tempohnya, jauh fasa-fasanya, banyak halangan-halangannya, akan tetapi itulah satu-satunya Jalan yang menyampaikan kepada apa yang dituju, disamping beroleh pulangan yang besar dan pahala yang indah.

Betapa kita saat ini perlu untuk bangkit seperti bangkitnya umat dahulu; membawa tauhid yang murni yang dipersenjatai dengan ilmu yang tinggi, mengikuti warisan para nabi, menyeru dengan cara dialog dan kaedah serta pendekatan yang baik!!

Kejayaan generasi para sahabat yang dibentuk Rasulullah SAW dalam mengejar matlamat hidup bukanlah kerana mereka memiliki pelbagai wasilah dan alat kelengkapan yang cukup. Rahsia kejayaan mereka ialah keimanan sejati, kepatuhan maksimum terhadap titah perintah Allah SWT dan cita-cita mendalam untuk mendapat keredhaan serta pahala daripada-Nya. Inilah rahsia menyebabkan mereka bersedia penuh menyahut setiap hajat dan keperluan Islam dari masa ke semasa. Juga rahsia yang mendorong mereka berkorban dan bangun melaksanakan setiap tuntutan Islam tanpa rasa berat walaupun menghadapi pelbagai kesukaran.

Islam berhajatkan kerja-kerja da’wah. Maka tampillah para du’at yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Allah SWT melalui lisan dan contoh teladan meskipun menghadapi berbagai halangan dan tentangan daripada musuh. Mereka tetap meneruskan kerja-kerja da’wah tanpa takut atau mundur ke belakang.

Islam memerlukan pengorbanan harta benda. Maka tampillah mereka yang memiliki harta benda dan kekayaan, lalu menginfaq kepada Rasulullah SAW dengan penuh rela tanpa rasa bakhil atau sayang kepada harta benda itu. Hinggalah terdapat di kalangan mereka yang berkata kepada Rasulullah SAW, “Apa yang tuan ambil daripada kami adalah lebih baik daripada apa yang tuan tinggalkan.”

Islam berkehendakkan pengorbanan jiwa untuk mempertahankan kesuciannya daripada dicemari musuh. Maka berlumba-lumbalah mujahid-mujahid dan pejuang-pejuang Islam memberi khidmat suci demi menyahut panggilan Allah SWT. Sungguh banyak pengorbanan, sumbangan dan khidmat bakti mereka untuk kepentingan Islam semata-mata.

Semoga Allah berkati.. teruskan mendidik & berbakti dengan akhlak islami..

Pesanan Tarbawi Buat Para Da'ie

MUQADDIMAH

Tugas para Rasul ialah menyeru, menyedar dan membentuk manusia agar beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala. Atau, dengan kata lain, mengajak dan membentuk keperibadian manusia agar tunduk mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah Subhanahuwata’ala semata-mata. Tugas atau peranan ini dilaksanakan oleh para rasul terhadap umat masing-masing. Muhammad Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam pula melaksanakannya terhadap seluruh manusia. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyeru) : Sembahlah Allah (sahaja) , dan jauhilah taghut itu. Manakala di antara umat itu ada orang-orang yang diberikan petunjuk oleh Allah dan ada pula di antaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi ini dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakakan (rasul-rasul)

(Surah An Nahl ayat 36)

Al-Quran telah mengarahkan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam supaya mendidik hati, fikiran, perasaan, tingkahlaku dan akhlak manusia ke paras yang lebih tinggi dan mulia. Seterusnya, membentuk ummah dan membina daulah. Itulah hakikat Rasul diutuskan. Itulah contoh yang terbesar.

Hasilnya, dengan kurniaan Allah Subhanahuwata’ala jua, Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah berjaya mengubah corak hidup manusia yang serba pincang kepada corak hidup yang sempurna, aman, damai, bahagia dan bercahaya di bawah sistem yang ditanzilkan Allah Subhanahuwata’ala. Akhlak dan keperibadian Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam memainkan peranan utama dalam perlaksanaan tanggungjawabnya. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

"Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagi sesiapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah dan Hari Akhirat, dan mengingati Allah sebanyak-banyaknya".

(Surah Al Ahzab ayat : 21)

PERANAN KITA KINI

Dalam rangka mencontohi Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, peranan kita kini ialah melaksanakan da'wah kepada Allah Subhanahuwata’ala kemudian berusaha membentuk ummah.

Setiap individu muslim wajib melaksanakan tugas ini mengikut kemampuan dan keahlian masing-masing. Al Qur'an sangat menuntut kita agar melaksanakan kewajipan tersebut. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

"Orang-orang mukmin lelaki dan orang-orang mukmin perempuan setengahnya mereka menjadi pembantu kepada setengah yang lain, mereka bersama-sama menyuruh ke arah kebaikan dan melarang daripada kemungkaran, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana ."

(Surah At-Taubah ayat : 71)

Kewajipan itu tidak akan gugur ke atas setiap muslim selagi mana sistem ilahi tidak terlaksana di bumi. Selagi mana kemungkaran menodai syari'at Allah Subhanahuwata’ala sewenang-wenangnya dan selagi mana bumi Allah Subhanahuwata’ala tidak dapat dimakmurkan dengan amalan-amalan soleh maka selagi itulah kewajipan itu mesti dilaksanakan.

UMAT ISLAM KEHILANGAN CONTOH YANG AGONG DARI RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM

Umat Islam kini diselubungi jahiliyyah sebagaimana berlaku di zaman permulaan da'wah Islamiyyah dahulu. Jahiliyyah sudah menyerap ke dalam hati nurani, fikiran, perasaan, tindakan dan akhlak orang-orang Islam sendiri. Ini menyebabkan seolah-olah orang-orang Islam telah kembali ke zaman Jahiliyyah.

Mujahid terkenal zaman ini, Sa'id Hawwa, dalam bukunya Jundullah Thaqafatan Wa Akhlaqan, menerangkan tentang fenomena (irtidad) kembali ke zaman jahiliyyah telah berlaku di kalangan orang-orang Islam sendiri.

Asy-Syahid Sayyid Qutb pula menegaskan bahawa di zaman ini terdapat kalangan mereka yang mengakui keagungan Allah Subhanahuwata’ala, sekaligus mengakui pula kekuasaan dan kemampuan manusia seolah-olah Allah Subhanahuwata’ala dan manusia bersaing hebat berlumba-lumba mencapai kebebasan di alam ini.

Inilah antara ciri-ciri jahiliyyah yang telah meresapi jiwa, perasaan, pemikiran dan perilaku orang-orang Islam. Hal ini akan berlanjutan kiranya kita tidak berusaha untuk mengembalikan hakikat yang hilang daripada kita dan orang-orang Islam. Antara kehilangan yang besar pada hari ini ialah kehilangan contoh tauladan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Contoh yang agung, lengkap dan merangkumi semua ruang lingkup kehidupan.

USLUB YANG MENCONTOHI RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM

Di kalangan umat Islam terdapat mereka yang menyedari akan hakikat jahiliyyah yang menguasai dunia. Justeru itu, samada di dunia Islam atau di dunia bukan Islam, telah timbul berbagai-bagai gerakan Islam. Kebangkitan ini lahir daripada kesedaran bahawa umat Islam mesti berperanan dalam kepimpinan untuk menegakkan penyelesaian yang adil bagi menghadapi permasalahan atau krisis hidup manusia yang kian meruncing akibat ketidaksempurnaan sistem ciptaan manusia.

Kebangkitan gerakan-gerakan Islam itu amat membanggakan. Namun apa yang menjadi tanda tanya ialah tentang uslub yang digunakan. Adakah gerakan-gerakan itu berpandukan kepada uslub yang telah dilalui Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda Radhillahu’anhum? Uslub ini telah membawa Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan sahabat-sahabat baginda Radhiallahu’anhum mencapai kejayaan yang paling besar di sisi Allah Subhanahuwata’ala

Mujahid Fathi Yakan menjelaskan bahawa uslub gerakan Islam adalah suatu yang susah ialah wujudnya berbagai-bagai aliran, khususnya, aliran-aliran yang menekankan aspek tertentu (yang juz'i) tanpa menekan sifat-sifat takamul (kesyumulan Islam) yang sebanarnya. Penekanan secara juz'i cepat sekali berkembang. Sebenarnya amal juz'i adalah amal yang senang dan cepat berkembang, tetapi cepat pula gagal apabila menempuh suasana yang menekan. 'Amal Kulli, 'Amal Islam yang Kamil, 'Amal yang Mutawazin dan menyeluruh berlandaskan contoh kepimpinan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam merupakan 'amal yang agak lambat berkembang dan sukar mendapat sambutan yang besar. Ini kerana ia melalui proses yang terperinci berserta matlamat yang besar untuk mengubah secara keseluruhan, bukan untuk menampung mana-mana yang bocor dan berlubang.

NATIJAH KEPIMPINAN DAN CONTOH RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM

Kepimpinan dan contoh yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah memperlihatkan 'Amal Kulli dan Mutawazin. Amal yang merangkumi semua aspek kehidupan baik dari sudut fikri mahu pun dari sudut siasi.Natijahnya, lahirlah satu ummah yang terpimpin dengan roh al-Quran. Al Qur'an sentiasa mengalir di dalam jiwa-jiwa mereka dan memimpin hati-hati mereka hingga tunduk dan patuh kepada Allah Subhanahuwata’ala dan rasulNya sahaja. Natijahnya juga, mereka tidak memilih nilai-nilai yang lain selain daripada nilai yang telah diajar oleh Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam. Mereka telah mempersaksikan keperibadian yang agung dan tinggi hingga keperibadian itu tidak terjejas apabila bertembung dengan berbagai-bagai suasana. Mereka tetap beradab dengan Allah Subhanahuwata’ala dan Rasul-Nya samada sewaktu senang atau susah, aman atau damai, bahkan dalam suasana perang dan genting. Contohnya dalam satu peperangan Allah Subhanahuwata’ala menceritakan keadaan mereka:

"Tiada do'a mereka selain daripada ucapan: Ya Rabb kami ampunilah akan dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan yang berlebih-lebihan, tetaplah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir."

(Surah Ali Imran ayat : 147)

Betapa tinggi adab mereka dengan Allah Subhanahuwata’ala . Mereka tidak meminta sedikit pun nikmat kesenangan pahala dan balasan dunia. Mereka hanya meminta supaya Allah Subhanahuwata’ala mengampunkan dosa-dosa mereka dan menetapkan pendirian mereka serta memberi pertolongan ke atas meraka terhadap orang-orang kafir. Tindakan mereka itu menterjemahkan keyakinan mereka kepada pimpinan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam Mereka mengambil Rasul sebagai contoh untuk membentuk keperibadian mereka sendiri.

TUNTUTAN BERIMAN KEPADA RASULULLAH SALLALLAHU’ALAIHIWASALLAM

Apabila kita beriman kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam , wajiblah kita tunduk dan patuh kepada apa yang dibawanya dan menjauhi apa yang dilarangnya tanpa merasa tertekan, malu, segan, berat atau susah. Juga tanpa mempertimbangkan samada sesuai atau pun tidak sesuai. Jika kita ragu, membantah dan melaksanakan sebahagian sahaja suruhan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, maka keadaan ini sudah tentu berlawanan dengan keimanan, ikrar, janji dan bai'ah kita kepadanya. Sesungguhnya keimanan kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam menuntut kita taat, patuh dan mencontohi contoh teladannya yang mulia. Firman Allah Subhanahuwata’ala:

"Dan taatilah Allah dan Rasul agar kamu diberi rahmat."

(Surah Ali 'Imran ayat : 132)

"Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah maka ikutilah aku nescaya Allah mengasihi kamu dan mengampun dosa-dosa kamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

( Surah Ali 'Imran ayat : 31)

Jalan untuk mencintai Allah Subhanahuwata’ala ialah mengikuti Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dengan penuh rela dan patuh seikhlas hati. Juga mencintai Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam lebih daripada diri sendiri, anak-anak, harta benda dan manusia seluruhnya.

Kecintaan kepada Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam mestilah diterjemahkan dalam setiap gerak geri dan tingkah laku yang mengikuti apa yang disukai Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan menjauhi apa yang tidak disukainya.

GENERASI ISLAM PERTAMA (CONTOH KITA)

Generasi Islam pertama juga merupakan contoh kita. Mereka telah dididik dan dipimpin oleh baginda yang melalui proses tarbiyyah yang tersusun rapi. Pada diri mereka telah lahir contoh yang sempurna dalam segala bidang kehidupan, baik dari segi fikri mahu pun dari segi siasi. Contoh yang syumul jelas nampak dalam hidup mereka.

Mereka yakin kepada pimpinan Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam dan bercontohkan keperibadian baginda sepenuhnya. Mereka hidup dalam suasana aman, damai, berbahagia dan mendapat `nur' yang terpancar dari sinar al-Quran yang menjadi dustur hidup mereka.

Pendekatan mereka kepada al-Qur'an bukanlah semata-mata untuk mempelajari, membaca dan menggali rahsia-rahsianya tanpa menyedari tuntutan sebenar iaitu menghayatinya dalam kehidupan dan memikul amanah Allah Subhanahuwata’ala yang besar di bumi.

Al-Qur'an membimbing dan melengkapkan hidup mereka dengan akhlak yang mulia. Seluruh pemikiran dan tindakan dibimbing supaya tidak melewati batas-batas Allah Subhanahuwata’ala

PENUTUP

Tuntutan kefahaman terhadap kerasulan Muhammad S.A.W. dan keimanan kepadanya ialah mencontohi dan mengikuti kepemimpinannya. Seandainya umat Islam tidak kembali kepada hakikat ini, umat Islam akan terus menjadi seperti buih di permukaan air. Umat Islam tidak akan menjadi arus yang kuat untuk menumpaskan jahiliyyah.

AR-RASUL QUDWATUNA (RASUL IKUTAN KITA)

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah