Thursday, January 21, 2010

Muqaddimah

Ada dua perkara utama yang perlu diyakini sebelum kita melaksanakan jihad untuk kemenangan Islam. Perkara pertama ialah meyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Perkara kedua ialah menyakini bahawa kita ada keupayaan untuk berjihad memenangkan Islam dengan izin dan bantuan Allah. Tanpa kedua-dua keyakinan ini, jihad untuk menegakkan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan.

Wawasan

Kita mesti mempunyai dan meyakini wawasan bahawa masa depan adalah untuk Islam. Tanpa keyakinan ini tidak ada sebab untuk kita berjihad. Jika kita yakin Islam pasti tewas, tidak perlulah kita bersusah payah kerana ia sama seperti membina rumah yang kita pasti akan roboh. Untuk apakah kita membina tiang, rasuk, dinding dan bumbung sekiranya kita melihat dengan nyata bahawa asas rumah tersebut telah retak dan pasti tumbang. Sebaliknya, jika asas rumah tersebut memang kukuh, tidak ada sebab bagi kita tidak membina keseluruhan rumah tersebut supaya kita dapat berlindung di dalamnya.

Allah telah menjanjikan dalam beberapa ayat al-Quran (as-Saff: 9) bahawa Islam akan dimenangkan di atas sistem-sistem kehidupan yang lain. Malah salah satu surah dalam al-Quran (al-Fath) dinamai dengan kemenangan. Ini adalah janji Allah yang telah menciptakan manusia. Ini bermakna, Islam pasti tegak kerana Islam adalah keperluan manusia dan manusia tidak akan dapat hidup ke peringkat yang tertinggi sebagai manusia tanpa Islam. Biasanya Islam akan lebih nyata diperlukan apabila sesuatu sistem ciptaan manusia telah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan permasalahan yang timbul. Oleh demikian, kita perlu mempunyai satu keyakinan yang mendalam bahawa masa depan adalah untuk Islam. Inilah wawasan Islam selagi kita masih bernafas di muka bumi Allah ini.

Marilah kita bayangkan kita hidup dalam satu sistem yang berdasarkan al-Qur’an. Cubalah kita bayangkan Perdana Menteri Britain atau Obama membuka kitab al-Qur’an di Mestminster atau di White House dalam penggubalan undang-undang. Adakah ini mustahil? Bukankah ini wawasan kita di dunia ini? Semasa menggali parit dalam Peperangan Khandak, bukankah Rasullullah SAW telah berseru, jatuhlah Rom dan Parsi, dua kuasa besar ketika itu! Kini Rusia telahpun jatuh.....

Selain itu, Allah telah menjanjikan kemenangan yang lebih besar di akhirat nanti bagi mereka yang berjihad di jalan Allah. Dalam banyak ayat al-Qur’an Allah menjanjikan kemenangan kepada mereka yang beriman, berusaha, berjuang, berkorban, berhijrah dan berkasih sayang kerana Allah tanpa menyebutkan sama ada mereka menang ataupun kalah (al-Kahft: 31 dan al-Hasyr: 8-9). Malah dalam Surah al-Buruj, Allah menyatakan bahawa pihak kufur yang kelihatan berjaya di muka bumi akan di azab di akhirat nanti. Sebaliknya, mereka yang beriman dan beramal saleh akan mendapat balasan nikmat syurga yang berkekalan. Marilah kita bayangkan diri kita bersama isteri dan ahli keluarga serta golongan mukmin dan mukminah berada di dalam kamar-kamar istana serba indah dan dikelilingi pelayan-pelayan yang setia di sebuah taman syurga yang damai - tempat terakhir seorang mujahid. Bukankah ini wawasan akhirat yang Allah gambarkan dalam al-Qur’an?

Keyakinan kita terhadap wawasan dunia dan wawasan akhirat, bergantung pada keyakinan kita kepada Allah. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah setiap hari dengan penuh kesedaran. Sembahyang, zikir dan doa kita hendaklah dijadikan alat untuk meningkatkan hubungan kita kepada Allah. Begitu juga dengan jalan-jalan lain seperti program perbincangan, ziarah, riadah, lawatan dan jamuan yang diwujudkan dalam suasana Islam. Ia hendaklah dirancang secara rapi supaya semuanya menjadi alat untuk meningkatkan keyakinan kita kepada Allah. Dengan keyakinan yang mendalam sahaja, kita dapat membina wawasan dunia dan akhirat.

Keyakinan diri

Perkara kedua yang kita perlu yakini ialah kita berupaya untuk berjihad. Kita perlu tanya diri kita sendiri: Siapakah kita sebenarnya? Persoalan siapakah diri kita sebenarnya memberi kesan yang cukup besar dalam membentuk sikap dan peranan yang kita mainkan. Sekiranya kita merasai bahawa kita bukanlah orang penting dan tidak ada sumbangan penting yang dapat kita berikan, maka itulah kita. Kalau kita merasai kita tidak layak untuk mengajak orang lain kepada Islam, maka itulah kita. Sedangkan pada hakikatnya, disisi Allah, setiap diri mempunyai tanggungjawab yang sama sebagai khalifah Allah di muka bumi. Inilah yang menjadikan setiap diri sebagai orang penting. Kita penting sebab Allah telah memberikan amanah kepada setiap diri sebagai khalifah. Di akhirat nanti kita akan disoal, sejauh manakah kita telah laksanakan tugas penting ini. Apakah yang akan kita jawab di hadapan Allah nanti?

Oleh demikian, kita perlu membina keyakinan diri yang lebih besar terhadap diri kita sendiri. Setiap kita ialah murabbi, pemimpin, pendakwah, ahli sukan, ahli politik, ahli masyarakat, ahli perniagaan dan lain-lain. Kita adalah murabbi - sekurang-kurangnya kepada diri kita sendiri, isteri, anak-anak, kawan-kawan dan mereka yang dekat dengan kita. Begitu juga dengan sifat-sifat lain. Persoalannya ialah kita memang merasai tidak mampu sekarang ini. Kita tidak mampu untuk mendidik dan mendakwah. Apa lagi utnuk menjadi ahli politik dan ahli perniagaan kerana kita melihat apa yang kita ada pada masa ini, sedangkan Allah telah memberikan kita potensi yang dapat dibina untuk melahirkan apa sahaja sifat yang kita ingini. Allah tidak akan memberikan tanggungjawab sekiranya kita tidak mampu untuk melaksanakannya. Tanggungjawab kita ialah membina kemampuan dengan potensi dan persediaan jiwa yang besar yang telah Allah anugerahkan. Ini memerlukan masa yang panjang dan usaha yang berterusan. Inilah yang selalu kita lupa. Kita tidak menentukan sasaran dalam tempoh lima atau 10 tahun akan datang.

Ambil sahaja contoh yang mudah iaitu untuk menjadi ahli sukan. Bagi kita, menjadi seorang ahli sukan bukanlah menjadi pelari 100 meter yang mampu bersaing dengan Linford Cristie. Apa yang kita ingin ialah kesihatan dan kekuatan tubuh badan yang menjadikan kita cergas, mempunyai stamina yang banyak dan tahan lasak. Malangnya, kita mahu natijah ini berlaku dalam masa seminggu atau dua minggu sahaja. Kita lupa bahawa sedikit latihan tetapi yang berterusan, akan menghasilkan natijah yang besar. Biasanya, kita akan berlatih dengan semangat yang berkobar-kobar, berlari begitu jauh, tetapi hanya untuk seminggu dua. Selepas itu kita berhenti kerana tidak nampak hasilnya. Sepatutnya apa yang perlu kita lakukan ialah menanamkan kesedaran yang mendalam bahawa kita memerlukan kekuatan tubuh badan. Dengan kesedaran ini, kita mulakan latihan yang paling mudah seperti berlari 100 meter dengan cara yang paling perlahan. Tetapi setiap hari kita tambah jarak ini sehinggalah setahun, dua tahun dan seterusnya sehingga Allah memberikan kekuatan tubuh badan yang kita hajatkan.

Begitu juga dalam aspek lain seperti hafalan al-Quran, ibadat sunat, menambahkan ilmu umum, ilmu syara’ dan lain-lain lagi. Kita sering tertipu dengan semangat yang berkobar-kobar tetapi padam dalam tempoh yang singkat. Oleh itu marilah kita bayangkan bahawa kita menjadi manusia yang baru yang mempunyai kemampuan yang jauh lebih besar. Bukankah Rasulullah SAW merupakan seorang ahli ibadat, murrabbi, pendakwah, ilmuan, ahli perniagaan, panglima perang, ahli politik, ahli ekonomi, ahli kemasyarakatan yang prihatin terhadap orang tua dan miskin, juga suami yang penyayang, bapa yang dihormati dan dikasihi ahli keluarga. Apa yang perlu kita fahami ialah perubahan tahap yang lebih baik lahir daripada kesedaran yang mendalam dan usaha yang berterusan setiap hari walaupun kelihatan kecil. Marilah kita tanamkan tekad untuk membina diri kita untuk jangka masa lima, 10 atau 15 tahun akan datang. Insya Allah kita akan dianugerahi kehidupan yang lebih baik di sisi Allah. Dengan itu mudah-mudahan kita akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi sebagai persiapan jihad.

Usaha yang berterusan

Bagaimanakah kita dapat mengekalkan tahap kesungguhan yang tinggi dalam usaha jihad yang kita laksanakan? Mengikut ahli psikologi, kecemerlangan kita bekerja dengan penuh kesungguhan bergantung pada fokus dalam fikiran kita dan cara kita menggunakan tubuh badan. Fokus dalam pemikiran ini perlu kepada usaha yang berterusan. Umpamanya kita memberikan fokus terhadap pembinaan peribadi muslim yang beriman, berakhlak dan berjihad. Inilah yang kita fikirkan, bayangkan dan inginkan setiap hari. Kita perlu mencari jalan supaya perkara ini sentiasa diperingatkan kepada kita, bukan seminggu sekali atau sebulan sekali, tetapi setiap hari. Mungkin kita catatkan perkara ini dalam diari, poster atau dalam bentuk-bentuk lain. Apa yang lebih penting ialah kita diperingatkan setiap hari terhadap fokus tersebut. Jadi, fokus kita yang pertama ialah untuk menjadi muslim, mukmin yang berkualiti, sehingga berguna kepada maysarakat. Kemudian, fokus kita ialah membentuk sebuah masyarakat Islam yang berkualiti sehingga berguna kepada ummah Islam seluruhnya.

Selain fokus dalam pemikirannya, kita perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, segar dan bertenaga. Cara kita menggunakan tubuh badan akan mempengaruhi jiwa kita. Umpamanya, jika kita duduk di atas kerusi dengan keadaan yang lemah, tidak bermaya, badan membongkok, bernafas dengan perlahan dan pendek, jiwa kita turut menjadi lemah dan kita tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu. Sebaliknya, jika kita duduk dengan penuh bertenaga, dalam keadaan bersedia, badan tegak, menarik nafas dengan panjang sehingga penuh paru-paru kita, jiwa kita akan lebih bersemangat untuk menyiapkan tugas yang ada di hadapan kita. Ini bermakna kita perlu kepada tubuh badan yang benar-benar sihat, cergas dan bertenaga. Sekali lagi, kita mempunyai satu sasaran yang perlu kepada usaha yang berterusan dan mengambil masa yang panjang.

Dengan wawasan yang jelas dan keyakinan diri yang tinggi, mudah-mudahan kita dapat melaksanakan sunnah Rasulullah SAW yang terbesar iaitu jihad untuk merealisasikan Islam dalam kehidupan individu, keluarga dan masyarakat manusia hari ini.

Strategi

Satu perkara penting yang perlu kita sedari ialah meletakkan Islam dalam suasana yang berubah. Pada hakikatnya, sistem Islam memang tidak berubah pada zaman mana sekalipun. Namun, proses untuk menegakkan sistem Islam memerlukan strategi dan operasi yang sesuai dengan tempat dan suasana yang ada. Sebagai contoh, Rasulullah SAW memulakan seruan umum dengan memanggil kaumnya dari puncak Bukit Safa. Puncak Bukit Safa merupakan tempat yang strategik di Makkah pada masa itu kerana puncak tersebut memang digunakan sebagai tempat untuk mengumumkan sebarang berita penting dan segera seperti kedatangan musuh. Ini adalah contoh bagaimana Rasulullah SAW menggunakan strategi yang ada dan sesuai pada masa itu untuk mengumpul dan menyampaikan ajarannya. Oleh demikian, kita juga perlu banyak mengkaji, mengumpul maklumat, berfikir dan bertindak dengan cara yang lebih baik dari semasa ke semasa. Hal ini penting kerana persoalan strategi adalah persoalan yang sentiasa berubah. Sekiranya kita tidak mahu berfikir dan hanya berpuas hati dengan apa yang ada sudah pasti jihad kita tidak akan berkesan dan tidak membantu kemenangan Islam.

Sebenarnya, langkah dalam jihad Rasulullah SAW dan sahabatnya adalah penuh dengan strategi dan teknik yang berkesan. Semua strategi, taktik dan teknik tersebut memerlukan tenaga serta pemikiran yang banyak dan berterusan. Dalam banyak peperangan, sahabat akan bertanya sama ada sesuatu keputusan Rasulullah SAW itu merupakan wahyu daripada Allah ataupun pendapatnya sendiri. Sekiranya bukan wahyu, maka sahabat akan berbincang untuk mencari jalan atau keputusan yang lebih baik. Sebagai contoh, Peperangan Khandak membuktikan Rasulullah SAW menerima pendapat yang kreatif daripada sahabatnya. Menggali parit yang dicadangkan oleh Salman daripada Parsi adalah suatu strategi peperangan yang baru dan asing bagi bangsa Arab. Namun demikian, pendapat yang baru ini diterima dan ternyata dapat membantu kemenangan Islam di samping bantuan dan izin Allah.

Untuk menghasilkan strategi yang berkesan pun perlu kepada ilmu. Kita perlu tingkatkan taraf ilmu, strategi dan taraf pemikiran kita. Tidak mungkin kita dapat memikirkan strategi yang baik hanya dengan taraf ilmu dan pemikiran yang lama sahaja. Kita perlu menukar kaedah kita berfikir supaya lebih positif, kreatif dan mempunyai fokus yang jelas. Hasil pemikiran yang berkualiti hanya lahir daripada corak dan daya pemikiran yang berkualiti juga. Selain itu, usaha ini juga memerlukan banyak latihan. Ini bermakna lebih banyak kita berfikir dan membuat keputusan strategi, maka kita akan lebih matang dalam soal ini.

Kesimpulan

Di atas keyakinan kita terhadap sebuah wawasan yang jelas dan keyakinan kita terhadap keupayaan diri kita sendiri (dengan izin dan bantuan Allah) mudah-mudahan kita menjadi seorang mujahid yang Allah kehendaki. Seorang Mujahid Islam adalah seorang yang sentiasa memikirkan tentang cara untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Kita perlu mencari jalan-jalan yang lebih baik dalam usaha jihad kita. Kita juga perlu kepada tubuh badan yang sihat, cergas dan bertenaga. Kita tidak boleh lupa kepada faktor strategi, taktik dan teknik untuk kemenangan Islam. Bukankah ini yang diwariskan oleh Rasulullah SAW kepada kita?

Yakin Masa Depan Milik Islam

Kenangan bersama HALUANSiswa di Seminar Kesejahteraan Mahasiswa kali ke 5, sekitar 250 mahasiswa hadir sekitar Selangor dan K.Lumpur.

http://www.flickr.com/photos/46669497@N04/sets/72157623238058036/show/

SKEMA V

Tuesday, January 19, 2010

Ustaz Dr. Muhammad Mahdi Akif Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ketujuh telah mengumumkan terpilihnya Dr. Muhammad Badi’ Sami sebagai Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ke lapan
Ustaz Dr. Muhammad Mahdi Akif menegaskan dalam sambutannya pada saat konferensi bersama media dan wartawan yang diadakan pada 16-01-2010 dalam pengumuman nama dari Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ke lapan, bahawa Ikhwanul Muslimin memiliki platform yang jelas dalam melakukan reformasi dan perbaikan yang berterusan terhadap manhaj dan platformnya serta sikap dalam mengembangkan pelbagai pandangan yang sesuai dengan situasi yang dihadapi dari pelbagai sikap dan pandangan-pandangan, memiliki sikap fleksibiliti yang tidak bertentangan dengan tsawabit dan tidak bertolak belakang dengan prinsip-prinsip yang diyakini oleh jamaah.

Beliau juga menyeru kepada jamaah Ikhwanul Muslimin untuk tetap berpegang teguh pada prinsip dan dakwah mereka, dan menggenggamnya dengan erat-erat (seperti orang yang sedang menggigit dengan gigi gerahamnya), tidak ragu-ragu atau mundur saat berhadapan dengan penindasan dan kezaliman yang mengekang kebebasan mereka, terhadap perang yang tidak adil ke atas mereka, pembatasan atas ruang kerja dan mata pencarian mereka, serta kenyataan-kenyataan yang tidak benar terhadap dakwah dan simbol-simbol mereka.

Seketika kemudian, Dr Mohammad Badi’ Mursyid Am Ikhwanul Muslimin yang dipilih sebagai pemimpin tertinggi IM ke lapan mengatakan: “Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru dan pembimbing kami serta akhina al-Karim Muhammad Mahdi Akif, sebagai Mursyid Am Ikhwanul Muslimin ketujuh, yang telah memimpin bahtera ini di tengah badai dan ombak yang begitu keras, menghadapi banyak hambatan, dan telah menghadirkan teladan yang baik bagi semua pemimpin dan pejabat dalam sebuah pemerintahan, lembaga dan parti dengan penuh bertanggungjawab dan amanah, dan menyerahkan kepemimpinan setelah melewati satu dekad, seakan tidak ada kata dan bahasa yang cocok untuk diungkapkan kecuali luapan kecintaan dan penghargaan yang mendalam kepada Mursyid kita sebelumnya, tidak ada kata dapat kami aturkan kecuali: (Semoga Allah memberikan balasan terbaik dan memberikan ganjaran melalui kurnia-Nya dengan pahala orang-orang yang shiddiqin).

Beliau juga mengisyaratkan bahawa Ikhwanul Muslimin meyakini adanya tahapan dalam melakukan reformasi, dan hal tersebut tidak dapat dicapai kecuali dengan cara damai dan konstitusional yang didasarkan pada dialog, perundingan dan tidak ada paksaan; justeru itu mereka menolak akan kekerasan dan mengutuk semua bentuk kekerasan baik yang dilakukan oleh pemerintah atau perseorangan, kelompok atau pertubuhan.

Beliau juga menegaskan bahawa Ikhwanul Muslimin selamanya tidak akan menjadi penentang regim yang berkuasa, meskipun sebahagian pemerintah sering melakukan diskriminasi terhadap mereka, menyita harta dan mata pencarian mereka dan terus melakukan penangkapan terhadap jiwa mereka, namun Ikhwanul Muslimin juga tidak akan pernah ragu untuk mengungkap korupsi dan kerosakan yang terjadi di segala bidang, tidak akan pernah terlambat dalam memberikan sumbang saran dan nasihat, memberikan kritikan dan saranan untuk keluar dari krisis yang terjadi bertubi-tubi terhadap bangsa dan negara kita, dan berusaha membina putera dan puteri bangsa untuk memiliki moraliti dan kebajikan serta bermanfaat bagi orang lain, dan semua ini adalah untuk kepentingan tanah air, warga dan institusi negara.

Mekah, 16-01-2010

Layari tarbiyahpewaris.blogspot.com untuk mengenali Dr. Muhammad Badi’ Abdul Majid Saamy

“Jazakallah Khairan wa atsaba bifadhlihi tsawaba shiddiqin” buat Mursyid Am IM 7, Selamat Menjalankan Tugas Buat Mursyid Am 8 IM

Berikut adalah keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengenai tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah ‘Allah”.
Bil. Muzakarah : Kali Ke-82

Tarikh : 5 Hingga 7 Mei 2008
Tempat : Holiday Villa Hotel & Suites, Alor Star, Kedah

1) Ulasan/Hujah

Perkataan Allah yang digunakan oleh umat Islam adalah merujuk kepada Allah Yang Maha Esa dan lafaz Allah yang telah digunakan oleh orang-orang Kristian adalah merujuk kepada ‘Tuhan Bapa’ iaitu salah satu oknum daripada akidah triniti. Ia berbeza sama sekali dengan apa yang dimaksudkan oleh Reverend Datuk Murphy Pakiam, Archbishop of Kuala Lumpur bahawa perkataan Allah telah lama digunakan oleh orang-orang Kristian sejak sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. Selain daripada itu, lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan bahasa asal penulisan Bible. Ini adalah kerana perkataan Tuhan di dalam bahasa Greek adalah ‘Theos’ bukannya Allah.

Perkataan Allah juga tidak pernah terdapat di dalam bahasa asal Perjanjian Lama yang dikenali sebagai Taurat dan Perjanjian Baru yang dikenali sebagai Bible. Ini adalah kerana Perjanjian Lama ditulis dalam bahasa Hebrew manakala Perjanjian Baru ditulis dalam bahasa Greek. Perkataan Hebrew yang membawa maksud Tuhan ialah El, Eloh, Elohim dan juga Yhwh.

Kalimah Allah Lafz al-Jalalah adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan mafhumnya berbeza dengan mafhum Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian.

Perintah mahkamah yang dipohon oleh Catholic Herald Weekly untuk mengisytiharkan bahawa larangan penggunaan kalimah Allah yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Dalam Negeri adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bukan eksklusif kepada agama Islam boleh memberi kesan yang besar kepada kedudukan agama Islam sekiranya orang Islam sendiri tidak peka dan perhatian yang sewajarnya tidak diberikan oleh pihak berkuasa agama di negara ini.
Walaupun dari segi sejarah kalimah Allah telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi, namun penggunaannya adalah berbeza dan perlu dilihat dari segi substancenya. Kalimah Allah yang digunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis dan syirik, sedangkan bagi Islam ia bersifat tauhid.

Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.
Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God diterjemahkan sebagai Allah.
Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri supaya kesucian agama dan akidah umat Islam dapat dipertahankan.
Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi faktor utama adalah berasaskan kepada akidah dan kesucian agama Islam.
Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
Larangan terhadap penggunaan kalimah Allah ini telah diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 16 Mei 1986 yang memutuskan empat (4) perkataan khusus iaitu Allah, Solat, Kaabah dan Baitullah tidak dibenarkan penggunaannya oleh bukan Islam. Pada masa ini terdapat 10 buah negeri telah memperuntukan larangan penggunaan kalimah Allah dalam Jadual kepada Enakmen Kawalan Dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam kecuali Sabah, Sarawak, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan yang masih dalam proses menggubal Enakmen ini.

2) Keputusan

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam yang lain.
Oleh itu, wajib bagi umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

** Tamat Keputusan Muzakarah **

Isu Kalimah Allah: Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia

Saya hanya paparkan kesimpulan daripada perbincangan yang panjang dari sebuah kertas kerja (25 m/s)di sini untuk tatapan pembaca budiman:-

6.1 Berasaskan perbincangan-perbincangan tersebut, ternyata bahawa pihak Kristian menggunakan metode penghujahan bahasa. Namun, oleh kerana kita menghujahkan hakikat bahawa bahasa dan fikiran adalah saling mencerminkan satu sama lain, sebarang istilah dari satu tradisi pemikiran, apabila diterjemahkan perlulah membayangkan tradisi pemikiran yang asal, jika tidak makna sebenar peristilahan yang diterjemahkan akan menjadi kacau bilau. Dalam hal ini, mereka menghujahkan bahawa menurut tradisi pemikiran Katholik, istilah “God” diterjemahkan dalam bahasa Melayu sebagai “Allah”, satu kalimah yang mencerminkan tradisi pemikiran Islam. Justeru itu, makna sebenar istilah asal “God”, seperti tergambar dalam tradisi pemikiran Katholik dengan sengaja sedang dikelirukan.

6.2 Tuntasnya, pihak Kristian tidak memiliki hak atau keizinan untuk menterjemahkan peristilahan yang terdapat dalam satu tradisi pemikiran akidah agama dengan menggunakan ungkapan-ungkapan tradisi pemikiran akidah agama yang lain, khususnya ungkapan-ungkapan yang merujuk kepada siapa itu Tuhan yang tidak ada faham tasdiqnya dalam tradisi agama Kristian. Rasa hormat perlu diperlihatkan kepada istilah-istilah penting dan erti-erti maknawi yang mencerminkan agama Islam dalam bahasa Melayu, persisi sikap orang Islam yang menghormati istilah dan faham dasar agama Kristian. Masyarakat Muslim Malaysia tidak merujuk tempat pemujaan non-muslim sebagai masjid, tetapi sebagai gereja, kuil, candi dan sebagainya. Masyarakat turut tidak menganggap pemimpin sembahyang berkumpulan non-Muslim sebagai imam, melainkan selaku paderi, sami dan seterusnya. Namun, atas dasar toleransi beragama, masyarakat Muslim Malaysia tidak menafikan hak mana-mana golongan penganut agama lain menterjemahkan buku suci masing-masing dalam bahasa Melayu. Cuma, seandainya ada yang hendak berbuat demikian, maka golongan tersebut mestilah memiliki ilmu dan keahlian mengenai bahasa Melayu, cukup berdaya cipta dan kreatif untuk menggunakan peristilahan yang benar-benar mencerminkan tradisi pemikiran akidah agama masing-masing.

6.3 Sehubungan dengan itu, adalah wajar bagi pihak gereja Roman Katholik dan seumpamanya untuk bersikap lebih teliti, waspada, berhati-hati dan memahami sensitiviti warga Muslim Malaysia dan dunia.

6.4 Secara umumnya dan ilmiahnya, adalah harus kepada non-Muslim menggunakan kalimah Allah kerana kalimah tersebut adalah milik umat manusia sejagat. Namun persoalan di sini bukannya boleh atau tidak boleh non-Muslim menggunakan kalimah Allah. Namun, persoalan di sini ialah sejauh mana telusnya penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja dan Kristian yang secara halusnya cuba memplagiat kalimah Allah dengan maksud tidak lagi menjaga kualiti kalimah tersebut sebagaimana yang ditegaskan Islam dan al-Qur’an tetapi dengan maksud cenderung kepada memperlihatkan falsafah ajaran Kristian. Ini dilihat telah mencabuli hak worldview Islam di Malaysia dan sekaligus boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian. Perkara ini wajar dipertahankan agar kalimah Allah tidak digunakan dengan maksud yang berbeza daripada worldview Islam.

6.5 Umat Muslim Malaysia wajar memahami perpaduan dan keharmonian nasional adalah penting. Namun, jati diri tidak boleh digadai dan dijual beli. Akidah Tauhid adalah dasar dan tunjang umat Muslim yang wajib dipertahankan. Umat Muslim wajar mengetahui perbezaan adalah penting dan memahami bahawa perbezaan wajar wujud dalam penggunaan kalimah Allah. Umat Muslim wajar memahami mengapa kalimah Allah dipertahankan adalah kerana kemampuan kalimah Allah dan konsep ketuhanan Islam memelihara kesucian ketauhidan Allah dan bukannya atas sebab keangkuhan dan etnosentrik mereka.

6.6 Tuntasnya, perpaduan dan keharmonian di Malaysia masih mampu dijayakan dalam keadaan wujudnya perbezaan agama yang ada dengan syarat wujudnya sikap saling ‘hormati perbezaan dan halusi persamaan’. Ini bererti, slogan yang menyatakan bahawa One God, Many Paths bukanlah satu-satunya metode yang baik untuk menyelesaikan masalah perpecahan agama dan sekaligus mampu memupuk perpaduan etnik demi kesejahteraan Malaysia. Tetapi sikap saling menghormati dan memahami mengapa umat Muslim itu memilih untuk berbeza dalam penggunaan kalimah Allah yang sewajarnya hanya digunakan oleh Muslim dan bukannnya pihak gereja dan Kristian itu yang perlu diperhalusi. Sekaligus juga, adalah wajar memperjelaskan mengapa umat Muslim Malaysia begitu beriya-iya mempertahankan kalimah Allah hanya eksklusif kepada mereka walhal realitinya kalimah Allah adalah untuk umat manusia sejagat. Wajar juga dijelaskan mengapa baru sekarang pula pihak gereja dan Kristian begitu beriya-iya untuk menggunakan kalimah Allah dalam maksud yang berbeza dengan realiti maksud kalimah dan kualiti kalimah Allah sebagaimana yang dijelaskan dalam perbincangan ini. “Perbezaan adalah suatu rahmat dan bukannya suatu yang keramat”.

RUJUKAN
-Al-Qur’an al-Karim
-The Holy Bible Containing Old Testament and New Testament, Grand Rapids.
- The Book of Mormon: Another Testament of Jesus Christ, Utah, U.S.A.
- Abdullah Yusuf Ali, The Meaning of the Holy Qur‘an, Brentwood, Maryland: Amana Corporation.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-Ahmad Deedat (1981), Atnatu; a Novel Concept of God, Durban: Islamic Propagation Centre.
-Aliran (1980), One God, Many Paths, Penang.
-Amriah Buang (Prof) (2009), Mengapa Kalimah Allah?”, Interactive Muslimah Association.
-Ang, B.C (1980), One God, Many Paths, Aliran:Penang.
- Bulgakov S.N (1988). The Orthodox Church (Translation by Pravoslavie), St. Vladimir's Seminary Press.
- Chandra Muzaffar (1980), One God, Many Paths, Aliran: Penang.
-Chandra Muzaffar (1987), Islamic Resurgence in Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti.
- Enakmen Ugama Bukan Islam (1988), (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam).
-Fahlbusch E. & Bromiley G.W. The Encyclopedia of Christianity, Wm. B. Eerdmans Publishing.
-Ibn Kathir (t.t.), Tafsir al-Qur’an al-‘Azim, Beirut: Dar al-Kitab.
-Ibn Manzur (t.t.), Lisan al-‘Arab, Beirut.
-Jakim (2009), Kalimah Allah, bukan bermakna "God Semata-mata, Cawangan Aqidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM.Perlembagaan Persekutuan
-James Hastings (1913), Encyclopedia of Religion and Ethics, Edinburgh: T&T
Clark.
-James Ng (1987) “Knowing what the Trinity is”, The Sunday Mail, March1, 1987.
- Khadijah Mohd Khambali @ Hambali (1993), “Konsep Trinity Menurut Kristian: Analisis Ilmiah: dalam Jurnal Usuluddin, Bil. 2, Kuala Lumpur: Akademi Islam, Universiti Malaya.
-Mangalam (1980) “A Hindu Views”, One God, Many Paths, Aliran: Penang.
- Meyendorff J (1995). Christ in Eastern Christian Thought, St. Vladimir's Seminary Press.
-Otto Friedrich August Meinardus (2007), Two Thousand Years of Coptic Christianity, American Univ in Cairo Press.
-S.P Subramaniam (1980), ‘A Hindu View”, One God, Many Paths, Aliran: Penang.
-T.C The (1980), “A Buddhist View’, One God, Many paths, Aliran: Penang.
-The Star, 28 December 2007.
-The Sun, 24 December 2007.
- Utusan Malaysia, 6 Januari 2008.

kertas kerja oleh:
PROF MADYA DR KHADIJAH MOHD HAMBALI
JABATAN AKIDAH DAN PEMIKIRAN ISLAM,
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM,
UNIVERSITI MALAYA

Isu Kalimah Allah

Sunday, January 17, 2010

Dakwah adalah ajakan seorang Muslim kepada orang lain, baik sesama Muslim mahupun non-Muslim, untuk mengikuti perintah-perintah Allah SWT dan menjauhi larangan-larangan-Nya sebagaimana firman-Nya:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (Q.S. An-Nahl: 125).

Dakwah adalah sesuatu yang melekat pada diri Muslim sehingga tidak ada alasan sedikit pun bagi seseorang, bahkan hanya memiliki sedikit pengetahuan yang benar dan bermanfaat, untuk menghindari dari tugas-tugas dakwah sebagaimana sabda Rasulullah SAW,

“ Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat.” (H.R Bukhari).

Dakwah dapat dilakukan dengan lisan, tulisan, perbuatan, atau sikap keteladanan. Dakwah juga dapat dilakukan secara berseorangan atau berkelompok, melalui organisasi sosial, pertubuhan Islam, kelab, persatuan, parti politik dan organisasi negara. Dakwah dapat dilakukan kepada keluarga sendiri, orang-orang di dalam negeri, di luar negeri, dan yang terpenting terhadap diri sendiri. Demikianlah luasnya erti komitmen kepada dakwah, sehinggakan Rasulullah SAW merumuskan kehadiran Islam dari aspek ini. Sabda baginda:

“ Agama adalah nasihat.” Ibnu Aus dan para sahabat bertanya, “ Bagi siapa ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah SAW, “ Bagi Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, bagi para pemimpin muslimin serta rakyat mereka.” (H.R Muslim).

Jabir bin Abdullah RA berkata, “ Aku berbaiat kepada Rasulullah SAW untuk tetap solat, membayar zakat dan memberi nasihat kepada setiap orang Islam.” (H.R Bukhari dan Muslim).

Pahala orang berdakwah amat besar dan tidak dapat ditimbang dengan ukuran-ukuran
kebendaan sehingga yang menjadi ukuran keberhasilan dakwah adalah usahanya itu sendiri serta hidayah orang-orang yang mahu menerimanya. Berjihad adalah dakwah, tetapi berjihad bukanlah untuk mengharapkan ghanimah, meskipun pengorbanan harta telah demikian besar dikeluarkan.

Ali bin Abi Thalib ra yang diamanahi memimpin Perang Khaibar ketika menerima panji-panji bertanya kepada Rasulullah SAW, “ Ya, apakah mereka langsung diperangi sampai mahu (masuk Islam) seperti kami?” Rasulullah SAW bersabda, “ Berlaku tenanglah sampai di kawasan mereka, lalu dakwahilah mereka kepada Islam dan khabarkanlah kepada mereka hal-hal yang wajib mereka lakukan atas hak-hak Allah. Demi Allah, jika Allah menunjuki seseorang melalui usaha dakwahmu, maka yang demikian itu lebih baik bagimu, melebihi hasil ghanimah besar yang terdiri dari haiwan ternak terbaik.” (H.R Bukhari dan Muslim).

Tuntutan Berdakwah Ke Atas Diri Kita

This entry was posted in :

Tuesday, January 12, 2010

Dec. 27, 2009 is the one year anniversary of the illegal Israeli invasion of Gaza. This video documents some of the illegal Israeli violations, atrocities and crimes against humanity, it is only a small part of the ongoing Israeli military aggression.

WARNING; this video contains graphic images that may not be suitable to sensitive viewers.

Gaza 2009: We Will Never Forget

Saturday, January 09, 2010

Seorang mahasiswa berkongsi permasalahannya kepada penulis berkenaan prestrasi akademiknya yang mula menurun setelah terlibat aktif dengan kegiatan persatuan di kampus. Beliau bercita-cita untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Syabas kepada yang bertanya , anda adalah seorang yang berani dalam memperbaiki diri dan membangun kembali potensi yang ada pada diri anda.

Sebelum kita menjawab apa yang perlu dilakukan untuk memperbaiki prestasi diri, pertamanya kita perlu menjawab persoalan mengapa sering mahasiswa yang aktif di kampus di uji dengan kemerosotan kecemerlangan akademik? Hal ini sering berlaku kalangan mahasiwa yang aktif di kampus. Malahan penulis sendiri ketika zaman mahasiswa turut pernah melalui pengalaman yang sama.

Punca utama permasalahan ini berlaku adalah kerana kelemahan kita dalam mengurus diri kita. Ya, mengurus diri meliputi mengurus disiplin diri (DD), disiplin masa (DM), disiplin belajar (DB), disiplin ibadah (DI), disiplin sikap (DS) dan disiplin berpersatuan (DP). Apabila seseorang mahasiswa sudah mula hilang kawalan keseimbangannya dalam pengurusan dirinya, maka akan mula bercelaru dalam kesemua disiplin di atas. Akibatnya, akademik kita bermasalah, natijahnya, kita akan hilang motivasi untuk belajar. Yang penulis bimbang, sahsiah kita sebagai pelajar mukmin turut akan merosot kerana kita akan mula menyerah kalah kepada keadaan. Kita akan mula menyalahkan orang lain, tidak nampak dan tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Sebagai seorang da’i pula, kita akan di lihat seperti cakap tidak serupa bikin, tidak profesional dan tidak mampu menjadi qudwah hasanah. Akibatnya kerja dakwah akan tempang.

Bagaimana untuk membangunkan kembali motivasi belajar kita setelah berhadapan dengan permasalahan di atas? Ayuh, mari kita mengambil langkah positif, langkah orang-orang yang hebat dan luarbiasa. Sejarah orang yang hebat dan luar biasa bermula dengan bangkit dari kelemahan dan kekalahan. Jangan persoal dan bimbang sebesar mana masalah dan kegagalan yang sedang anda hadapi, sebaliknya yang perlu kita bimbangkan, sudahkah kita bangkit dari ujian tersebut. Kata-kata hikmah ada berbunyi:

” Kita tidak upaya mengubah keadaan, tetapi kita mampu mengubah sikap kita menghadapinya. Kita tidak upaya mengubah arah angin, tetapi kita mampu mengubah arah sayap kita”

Aktif dalam berpersatuan tidak salah. Yang silapnya adalah bagaimana kita mengurus diri kita. Kepada yang aktif dengan organisasi / persatuan kampus, anda telah meningkatkan potensi diri ada dari seorang mahasiswa biasa kepada mahasiswa berjiwa pemimpin. Di atas pundak bahu anda sudah terpikul ”kerja tambahan”, memastikan anda cemerlang akademik dan dalam masa yang sama memikul mas’uliyyah (tanggungjawab) kepimpinan mahasiswa. Bertambah besar lagi tugas anda, sekiranya keaktifan anda dengan organisasi kampus adalah dalam rangka melaksanakan tanggungjawab dakwah ilallah.

Persoalannya, bagaimana kita perlu mengurusi diri kita, study terbela, dakwah kampus terlaksana!

Langkah Perubahan

Langkah pertama, memperbaharui kembali tekad dan momentum Spiritual. Kekuatan Spiritual membuatkan kita memiliki harga diri, perasaan bermaruah sehingga kita tidak rela mengaku kalah di hadapan nafsu yang suka melihat kita berputus asa, berselingkuh dengan jalan-jalan kegagalan dan kefuturan. Spiritual yang terbina pasti tidak mahu tunduk kepada bisikan syaitan yang terkadang muncul sebagai juru nasihat.

Kekuatan Spiritual akan mampu memberikan kesabaran lebih panjang, memberikan stamina perjuangan lebih lama, menggugah semangat jihad menjadi lebih membara, melahirkan thabat dan keteguhan hati menjadi lebih sempurna sehingga akhirnya membangkitkan rasa percaya diri yang tinggi. Mendorong kita untuk bangkit kembali kerana Islam memerlukan cerdik pandai dan kebijakan kepimpinan, justeru wahai mahasiswa, kuncinya adalah kepada kebangkitan kekuatan dalam, kekuatan spiritual, kekuatan keimanan kita dan keyakinan kita kepada janji Allah swt.

Dengan kekuatan spiritual insyaAllah akan mampu mendisiplinkan diri kita dengan penuh hati-hati. Disiplin dalan ketaatan. Disiplin menjauhi dari sikap negatif, bermalasan dan suka menangguh. Berdisiplin dalam melawan hawa nafsu yang mengajak kepada kerehatan. Disiplin dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah. Disiplin untuk istiqamah menjaga 10 muwasafat atau ciri-ciri peribadi mukmin, yang diantaranya adalah keupayaan mengurus waktu (Haarithun ala Waqtihi), tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi), fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri), mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi), mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi) dan bermanfaat untuk orang lain (Nafi’un li ghairihi).

Patuhi formula membina kekuatan spiritual, rujukan Al Quran:

”Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna...” (QS. Al-Mukminun: 1-3)

Iman adalah kekuatan yang menggerakkan setiap mukmin. Iman yang menghadirkan kemenangan adalah keimanan yang akan melonjakan kita untuk sentiasa berfikir dan berfikir untuk bekerja dan bekerja. Berfikir dan bekerja(study)untuk cemerlang. Berfikir dan bekerja untuk dakwah kampus. Iman yang akan mendorong kita untuk memperbaiki pengurusan diri kita dan seterusnya mengemaskini pengurusan disiplin diri (DD), disiplin masa (DM), disiplin belajar (DB), disiplin ibadah (DI), disiplin sikap (DS) dan disiplin berpersatuan (DP) berpaksi kembali atas dasar IMAN.

“ Sesungguhnya kami Telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; Maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya.” (QS. At-Tiin: 4-6)

InsyaAllah bersambung....

Mengurus Diri Membangun Kecemerlangan Mahasiswa

Friday, January 01, 2010

Ulama Al-Azhar mengecam keras keputusan pemerintah Mesir membina tembok besi di persempadanannya dengan Jalur Gaza. Menurut mereka, tindakan itu haram menurut syariat, perundangan dan kemanusiaan kerana ia bertujuan menyekat saudara sendiri di Jalur Gaza, menutup pintu masuk, menghina maruah warga Gaza dan memaksa mereka tunduk kepada agenda Israel – Amerika dan melindungi Israel.

Dalam salinan keterangan yang telah ditandatangai oleh sebarisan para ulama Al-Azhar yang diterima oleh Infopalestin pada Khamis (31/12), mereka menyeru negara-negara Arab dan Islam untuk segera menganjurkan konferensi Islam Arab untuk mengambil sikap tegas terhadap pembangunan tembok besi dan menentukan perancangan konkrit dengan melihat dari seluruh dimensi, samada politik, ekonomi, media dan ketenteraan untuk membebaskan Jalur Gaza dari sekatan.

Ulama Al-Azhar meminta kepada pemerintah Mesir agar menghentikan pembangunan tembok besi itu dan meminta maaf secara rasmi kepada rakyat Gaza, menghentikan dan melarang eksport minyak ke Israel, menghentikan kesepakatan perdamaian yang tidak adil dan berat sebelah, dan menghentikan segala bentuk persekongkolan dengan Israel.

Dalam kenyataannya, ulama Al-Azhar menyerukan pentingnya mendukung jihad dan pembebasan Palestin dalam menghadapi Israel baik secara kebendaan, semangat, dan media serta menguatkan hubungan dengan mereka.

Para ulama juga menegaskan bahawa tindakan Mesir dan rakyatnya menjaga rakyat Palestin di Jalur Gaza sama halnya dengan menjaga keamanan nasional Mesir dan kedaulatannya, bukti keterikatan kuat antara umat dalam menghadapi musuh Israel. Mereka juga meminta kepada Mesir untuk mengingati firman Allah (yang maknanya)

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara”

juga sabda Rasulullah,

“Orang muslim itu saudara muslim lainnya yang tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dizalimi, tidak menghinakannya,” “Tolonglah saudaramu yang zalim dan yang terzalimi”

Antara Ulama Al-Azhar yang menandatangani kenyataan tersebut antaranya; Syeikh Muhammad Abullah Al-Khatib, (ulama Al-Azhar), Syeikh Dr. Abdur Rahman Al-Barr, anggota Biro Penasihat Ikhwanul Muslimin dan pakar Hadith di Universiti Al-Azhar, dan puluhan ulama lainnya yang merupakan pensyarah di Universiti Al-Azhar. (bn-bsyrip)

Sumber

Ulama Al-Azhar Kecam Pembinaan Tembok Besi & Seru Negara Islam Adakan Konferensi Membela Palestin

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah