Friday, March 26, 2010

KOTA BHARU 24 Mac – Di tengah persaingan dalam dunia pendidikan yang menitikberatkan soal mutu dan pencapaian, Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di sini berusaha mengukuhkan kedudukannya sebagai sebuah institusi yang berwibawa.

Ia terus mendepani cabaran dan diberi nafas baru melalui perubahan pengurusan pada 2004, dengan diterajui oleh seorang tokoh akademik, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abd. Rahman selaku Ketua Eksekutif KTD.

KTD mula mengatur langkah dalam merencanakan perkembangan masa depannya, sekali gus bagi menjenamakannya sebagai salah satu institusi pilihan dengan pengiktirafan meluas.

Ia mula mendapat keyakinan beberapa institusi pengajian tinggi luar negara untuk mengadakan kolaborasi, satu lagi langkah ke arah mengangkat kualiti pendidikannya.

‘‘Pada masa sama ia memberi peluang pendedahan berkesan kepada penuntut dalam menangani tuntutan akademik dan kerjaya peringkat global,” kata Dr. Abdullah Sudin ketika ditemui baru-baru ini.

Kolej milik penuh bumiputera yang menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif itu bekerjasama dengan lima universiti di United Kingdom (UK) yang menerima penuntutnya di peringkat ijazah, sarjana dan kedoktoran.

KTD kini mempunyai hubungan kolaborasi dengan Teeside University, Dublin Business School, Universiti Of Winchester, Griffith College Dublin dan Southampton Solent University di samping beberapa institusi pengajian tinggi tempatan.

Program kolaborasi peringkat diploma diadakan dengan universiti tempatan antaranya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan menawarkan pengajian Kejuruteraan Elektronik, Sains Komputer (multimedia), Sains Komputer (teknologi maklumat), Pengurusan Teknologi dan Pengurusan Teknologi (akaun).

Bersama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) pula melibatkan pengajian dalam Perbankan Islam, E-Commerce, Komunikasi dan Pengajian Islam (syariah, al-Quran dan dakwah).

Menurut Dr. Abdullah Sudin, setiap penuntut yang menyambung pengajian ke KTD diwajibkan mengikuti modul Program Pembangunan Sahsiah Terpuji (PESAT) selama tiga tahun merangkumi pembelajaran asas al-Quran dan sembahyang serta kepimpinan.

Ia sesuai dengan falsafah yang menjadi amalan KTD iaitu ‘Ngaji biar pandai, perangai biar jurus, hidup biar boleh tumpang’.

‘‘Pengurusan KTD yakin bahawa pendidikan bersepadu adalah proses berterusan yang berteraskan tauhid bagi menghasilkan insan kamil yang dilengkapi dengan kepakaran dan kemahiran terkini, mampu menangani cabaran, memberi sumbangan serta membina ummah yang cemerlang.

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my

KTD: Kolej Pilihan Terbaik

Wednesday, March 24, 2010

Monday, March 22, 2010

Lama penulis tidak berkesempatan menulis dan mencoretkan sesuatu dalam blog kerana kurang sihat..hampir 2 minggu penulis cuti sakit, alhamdulillah semakin beransur baik..dan sejak semalam ada kekuatan dan keupayaan menulis kembali. Blog halaqahmuntijah telahpun di update semalam, hari ini untuk tatapan pembaca usrahkeluarga.

Penulis ingin memulakan coretan hari ini dengan memuhasabah diri penulis untuk memperbaiki lagi peribadi dan akhlak penulis dalam meneladani akhlak dan peribadi Rasulullah saw dalam melebar luaskan misi dakwah dan tarbiah.

Suatu Hari Rasulullah saw. didatangi oleh seorang wanita non Muslim. Ketika itu Rasulullah saw. bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Rasululla
h. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Rasulullah menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah saw sebiji demi sebiji dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah saw akan berkongsi makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak sebiji pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah saw terus makan. Setiap kali mengunyah dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pula
ng, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan:

”Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita ters
ebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya”.

Begitulah akhlak Rasullullah saw dalam berdepan dengan objek dakwahnya (mad’u).

Rasulullah saw tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun hal yang tidak baik, Dan dari orang yang berbeza agama pula.

Imam Syafi'i berkata : "Barangsiapa menghargai ora
ng lain, maka manusiapun akan menghargainya, dan barangsiapa meremehkan orang, maka dia tidak akan dihargai"

Allah saw berfirman dalam Al Quran:

”Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu mam
pu berlembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, mereka pasti menjauh dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)

Inilah akhlak dan peribadi murabbi mithali, berlembut di hadapan objek dakwah (mad’u). Tanpa akhlak seperti ini, dia akan gagal mewarnai dakwahnya dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain, samada sesama muslim mahupun non muslim. Jika sang da’ie tidak menyempurnakan akhlaknya di hadapan objek dakwah (mad’u), mustahil dia berupaya mendakwahi m
anusia dan berinteraksi dengan kejiwaan mereka yang beragam.

Sayyid Qutb ada menulis dalam kitabnya Fi Dzilali Al Quran:

” Manusia memerlukan perlindungan orang penyayang, perhatian lebih, keceriaan dan bertoleransi, kasih sayang yang luas, kesabaran atas kelemahan, kecetekan ilmu dan kekurangan mereka, hati yang besar dalam memotivasikan mereka, tidak mengharapkan pemberian dari mereka, merasakan kesedihan dari mereka, dan tidak menyibukkan mereka dengan kesedihan. Ketika manusia berhadapan dengan Rasulullah saw, manusia sentiasa menemui kepedulian, perhatian, kelembutan, kelapangan dada, kasih sayang dan keredhaan pada peribadi Rasulullah saw. Begitulah hati baginda.”

Semoga peribadi kita sebagai da’i dan murabbi semakin ampuh dan mantap dengan mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah saw. Lantas dengan akhlak dan peribadi unggul ini kita melebarkan sayap dakwah dan tarbiah kerana ramai lagi yang menunggu kasih sayang dakwah dan sentuhan tarbiyah yang sebenar. Amin.

Jom berdakwah, tunggu apa lagi!.

Dakwah Menuntut Keutuhan Peribadi dan Akhlak

Thursday, March 18, 2010

Saturday, March 13, 2010

A : Accept
Terimalah diri Anda sebagaimana adanya.

B : Believe
Percayalah terhadap kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan dalam hidup.

C : Care
Pedulilah pada masa depan anda dan jangan mengharap kepedulian orang lain.

D : Direct
Arahkan fikiran Anda pada perkara-perkara yang positif yang dapat meningkatkan kepercayaan diri.

E : Earn
Terimalah penghargaan yang diberi orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.

F : Face
Hadapi masalah dengan benar dan yakin.

G : Go
Berangkatlah dari kebenaran.

H : Happy
Berilah kegembiraan kepada orang lain kerana erti kebahagiaan adalah apabila kita dapat menggembirakan orang lain.

I : Ignore
Abaikan celaan orang yang menghalangi jalan Anda mencapai tujuan.

J : Jealously
Rasa iri dapat membuat Anda tidak menghargai kelebihan Anda sendiri, jadi hindarilah

K : Keep
Terus berusaha walaupun beberapa kali gagal.

L : Learn
Belajar dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.

M : Mind
Perhatikan urusan sendiri dan tidak menyebar gossip tentang orang lain.

N : Never
Jangan pernah putus asa

O : Observe
Amatilah segala hal di sekeliling Anda. Perhatikan, dengarkan dan belajar dari orang lain.

P : Patience
Sabar adalah kekuatan tidak ternilai yang membuat Anda terus berusaha.

Q : Question
Pertanyaan perlu untuk mencari jawaban yang benar dan menambah ilmu.

R : Respect
Hargai diri sendiri dan juga orang lain.

S : Self Confidence, Self Esteem, Self Respect
Percaya diri, harga diri, citra diri, penghormatan diri membebaskan kita dari saat-saat ketegangan.

T : Take
Bertanggung jawab pada setiap tindakan Anda.

U : Understand
Fahami bahawa hidup ini sentiasa berpotensi untuk maju dan berjaya

V : Value
Nilai diri sendiri dan orang lain, muhasabah kunci kejayaan yang berterusan

W : Work
Bekerja dengan giat, jangan lupa berdo'a.

X : X'tra
Usaha lebih keras membawa keberhasilan.

Y : You
Diri Anda sendiri adalah aset kejayaan.

Z : Zero
Selalu ingat, tiada usaha bererti tiada hasil.

A B C Resipi Kejayaan

Friday, March 12, 2010

Pencinta jalan dakwah dan tarbiah harus berkeyakinan bahawa memberikan arahan dan nasihat merupakan kewajiban bukan sekadar dibolehkan, Allah telah menjelaskan bahawa umat Islam tidak berhak mendapatkan kejayaan di muka bumi kecuali dengan menjaga dan menunaikan karakternya, iaitu

تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”. (Ali Imran:110)

وَلَيَنصُرَنَّ اللَّهُ مَنْ يَنصُرُهُ إِنَّ اللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ* الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلاةَ وَآتَوْا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنْ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الأُمُورِ

“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha kuat lagi Maha perkasa, (iaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan”. (Al-Hajj:40-41)

Dan kaetika umat lalai dari perkara ini maka terhalang baginya perlindungan dan kemenangan, sehingga urusan mentarbiyah umat adalah sangatlah dharuri sekali ketika ada sebahagian yang menyembunyikan kebenaran, mengacuh-acuhkan yang ma’ruf dan mengabaikan kemungkaran berleluasa.

Rasulullah saw bersabda:
لا تزال لا إله إلا الله تنفع مَن قالها وترد عنهم العذاب والنقمة ما لم يستخفُّوا بحقها؟! قالوا يا رسول الله، وما الاستخفاف بحقها؟ قال: يظهر العمل بمعاصي الله فلا ينكر ولا يغيِّر

“Kalimat “La Ilaha illa Llah, masih akan memberikan manfaat bagi orang yang mengucapkannya, dan menolaknya dari azab dan kesengsaraan selama tidak mengabaikan haknya?!. Para sahabat berkata, wahai Rasulullah saw, apa yang dimaksud dengan mengabaikan haknya? Beliau bersabda: “Tampak perbuatan maksiat kepada Allah dihadapannya namun tidak mahu mengingkarinya dan merubahnya”.

Justeru itu, para da’i perlu berkeyakinan bahawa kewajiban setiap muslim adalah menjaga keimanan dalam dirinya dan lingkungannya secara khusus, memberikan arahan dengan penuh hikmah, memberikan penjelasan dengan tenang, memberikan nasihat dengan penuh kasih sayang dan bersungguh-sungguh menjalin silaturrahim antara dirinya dengan orang yang hidup bersamanya.

Kita tetap berkeyakinan bahawa menjalankan nasihat merupakan kewajiban kepada sesiapa saja yang memerlukan nasihat akan ajaran Islam, dalam hadith disebutkan:

الدين النصيحة، قلنا لمن؟ قال: لله ولكتابه ولرسوله ولأئمة المسلمين وعامتهم

“Agama adalah nasihat, kami berkata: untuk siapa? Beliau menjawab: Untuk Allah, kitabnya, Rasulnya, para pemimpin Islam dan orang-orang yang awam”.

Nabi saw. membai’at para sahabatnya untuk mendengar, taat dan memberi nasihat pada setiap muslim.. Imam Al-Banna juga berkata: “Adapun mereka yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah akan kemungkaran, harus memulai dari diri mereka sendiri, kemudian kepada keluarganya dan rumah tangganya, kemudian saudara-saudaranya dan teman rapatnya, dan mereka melakukan itu semua dengan penuh kesabaran, perjuangan, bijak dan nasihat yang baik.

Inilah peranan utama kita, inilah makna keberadaan kita dalam masyarakat, mentarbiah umat, menyeru kepada kebaikan, dan mengajak mereka meninggalkan kemungkaran, Inilah agenda kita bersama, pencinta dakwah dan tarbiah.

Inilah Kewajiban Kita

Tuesday, March 09, 2010

Monday, March 08, 2010

Rasulullah saw pernah di tanya tentang ciri mukmin yang kuat. Lantas baginda saw menjawab:

“Yang paling bermanfaat kepada sekitarnya.”

Rasulullah saw juga bersabda:

”Barangsiapa menunjuki orang lain pada kebaikan baginya pahala seperti orang yang melakukannya.”

Sesungguhnya kehidupan manusia tidak boleh lari dari bermasyarakat, samada sebagai pelajar, mahasiswa, pekerja mahupun suri rumah tangga. Ia tidak mungkin mampu hidup bersendirian. Sekiranya ia mengambil keputusan untuk hidup bersendirian, dia tidak termasuk dalam golongan orang-orang mukmin. Rasulullah saw bersabda:

”Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta mencintai, saling mengasihi dan saling membantu, laksana satu tubuh. Bila salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh anggota tubuhnya turut merasakan sakit.” (HR Ahmad dan Muslim)

Kepada juru dakwah Islam, sudah tentulah fungsi mampu memberi manfaat kepada masyarakat menjadi ciri utama yang perlu dimiliki. Sayyid Qutb ada berkata:

”Tatkala nilai hidup hanya untuk diri sendiri, maka kehidupannya kecil dan singkat. Tetapi apabila kita hidup juga untuk orang lain, maka jadilah hidup ini bermakna, panjang dan dalam. Bermula dari adanya kemanusiaan itu sendiri dan berlanjutan sehingga kita meninggalkan dunia ini...”

Ayuh kita menjadi mukmin yang kuat dalam 3 perkara:

1. Memberi manfaat kepada masyarakat.iaitu dengan sentiasa proaktif memberikan sumbangan positif kepada masyarakat, khususnya yang memerlukan, samada dalam bentuk keilmuan, kepakaran, wang ringgit, tenaga dan lain-lain lagi.
2. Penunjuk jalan kebenaran. Seorang da’isdat pasti memiliki visi dan mkisi untuk mengajak manusia untuk mengenal Allah dan Islam, menyeru masyarakat agar menjalani kehidupan berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Terlibat aktif dalam dakwah adalah penting bagi memastikan keberlangsungan dakwah. Misi Al Quran iaitu amar ma’ruf nahi munkar perlu disebarluaskan agar tercipta suasana kondusif bagi tertegaknya risalah Islam.
3. Menjadi da’i tarbawi iaitu karektor da’i yang aktif membina umat. Bukan sekadar mampu menyampaikan atau taklim, tetapi juga membentuk dan melahirkan barisan da’i baru untuk menjadi penyambung nadi dakwah dan menjadi pelanjut penyebaran secara meluas risalah dakwah.

Amanah dakwah yang mulia ini akan berat apabila dipikul sendirian, tetapi menjadi nikmat dan ringan apabila ada penglibatan aktif dalam amal jama’i dan menjadi semakin bertenaga apabila generasi baru turut serta dalam misi yang mulia ini.

Menjadi Mukmin Yang Kuat

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah