Wednesday, June 30, 2010

Pemuda merupakan aset terpenting dalam persiapan untuk menghadapi segala cabaran umat Islam. Golongan muda dianggap sebagai nadi atau ayam tambatan bagi merealisasikan ke arah suatu perubahan yang lebih baik.

Persoalannya di sini, mengapa mesti Pemuda? Kenapa pergantungan sentiasa kepada Pemuda?

Kebergantungan kita kepada pemuda tidaklah bermaksud kita memperlekehkan golongan dewasa dan orang-orang tua. Kita tidak seperti fahaman komunisme yang menghapuskan golongan tua yang dianggap sebagai beban negara. Sebaliknya agama kita menuntut agar kita menghormati yang lebih tua dan mengasihi yang lebih muda.

Perlu difahami di sini bahawa tugas-tugas perubahan bukanlah sesuatu yang mudah. Apabila skop tugas-tugas ini difokuskan kepada Pemuda-Pemuda maka ia adalah sesuai dan selaras dengan kemampuan dan tugas meraka. Golongan ini bercita-cita tinggi, berdarah gemuruh serta mempunyai idealisme yang luas. Dalam usia begini mereka perlu memberi pengorbanan dan menabur jasa.

Dalam perkiraan Islam mempunyai tanggungjawab dan nilai yang khussus dan kerana itu Rasulullah s.a.w menekankan supaya Pemuda merasai demikian melalui sabdanya, bermaksud :

“Ambillah peluang lima perkara sebelum datang lima perkara :- usia muda kamu sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, harta kekayaan kamu sebelum papa, masa hidup kamu sebelum mati dan masa kosong kamu sebelum sibuk.”

Masalah Pemuda pada masa ini.

Sesungguhnya masyarakat manusia hari ini penuh sesak dengan pemuda-pemuda tetapi pemuda-pemuda ini hanyalah kosong, hanyut dan terbiar. Ramai dalam kalangan pemuda yang tidak memiliki peribadi dan akhlak yang baik. Tanpa disedari, mereka dijadikan tentera oleh kuasa-kuasa jahat dan zalim untuk memusnahkan sesuatu bangsa dan agama.
Akan tetapi, keberkatan akan datang bersama Pemuda yang bercita-cita tinggi dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Islam iaitu yang berkehendakan kepada generasi Islam yang tulin.

Kenapa perlunya persiapan Pemuda Islam? Apakah matlamat utama dari persediaan Pemuda Islam ini?

· Adakah matlamat sekadar memelihara dirinya dari kecundang oleh hawa nafsu dan dorongan firnah, atau setakat supaya dia menunaikan fardhu-fardhu wajib yang ditaklifkan oleh Allah dan meninggalkan segala larangan Allah? Adakah itu sudah mencukupi?

· Atau adakah matlamatnya untuk membekalkan mereka dengan pengetahuan Islam yang cukup sehingga membolehkan mereka menulis dan bercakap sahaja?

· Dan adakah matlamatnya hanya untuk menjalankan amal-amal kebajikan seperti memberimakan kepada yang miskin dan bersimpati dengan mereka yang menderita sahaja?

· Atau mempersiapkan Pemuda Islam agar boleh menjalankan dakwah Islamiyah sekadar melepaskan batuk di tangga?

· Atau hanya memastikan mereka berada dalam suatu organisasi Pemuda Islam tanpa mengambil kira sama ada mereka akan menjadi da’i atau penonton semata-mata.

Realitinya, Islam berada jauh dari memegang teraju pimpinan. Sebenarnya, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini adalah untuk melaksanakan matlamat ‘Qawwamah’ (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Para pemuda perlu bertindak bagi mengubah pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Menukarkan pemikiran, perundangan, dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Ini bermakna bahawa peranan Pemuda Islam ialah melakukan “perubahan” dan bukannya menempel atau memperbaiki, dan inilah yang sewajibnya berlaku.

Islam manhaj (method) perubahan

Satu daripada ciri-ciri Islam ialah bersifat “merubah”. Ia menolak cara menempel atau memperbaiki. Ia tidak rela dengan penyelesaian separuh-separuh atau sesuku-sesuku. Firman Allah s.w.t, bermaksud :

“dan perangilah mereka itu sehingga tidak ada fitnah lagi dan jadilah agama itu bagi Allah kesemuanya.” (al-Baqarah : 193)

Manhaj Rasul adalah perubahan
Manhaj Rasulullah s.a.w dalam menghadapi jahiliah adalah bersifat ‘taghyir’ (merubah). Tatkala orang-orang Quraisy menemuinya untuk berkompromi supaya Rasulullah menyembah tuhan mereka selama sebulan dan sebagi balasan mereka akan menyembah Tuhan Muhammad pula selama sebulan yang lain.
Al-Quran secara tegas menurunkan ayat, bermaksud :
“katakanlah : wahai orang-orang kafir! Aku tidak akan sembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah dan aku tidak pernah (pula) menjadi penyembah apa yang aku sembah. Kamu dengan agamamu, dan aku dengan agamaku.” (al-Kafirun : 1-6)

Persediaan Pemuda Islam
Pertama, hendaklah persediaan yang sempurna dan menyempurnakan agar merangkumi kesemua sudut seperti pemikiran, kejiwaan, pergerakan dan sebagainya. Syakhsiyah Islamiyah yang sempurna mampu bertahan menghadapi cabaran berterusan untuk mencapai matlamat.

Kedua, adalah persediaan yang seimbang. Menitikberatkan setiap sudut dengan kadar yang sepatutnya, bukan berlebih-lebihan atau berkurangan.

Ketiga, persediaan hendaklah praktikal dan bukan sekadar teori sahaja. Tetapi bergantung kepada uslub dan Boldmethode ‘tatbiqi’ (amali) dalam usaha pembentukan (takwin) dan persediaan. Juga untuk mewujudkan contoh baik yang bergerak.

Ini bererti persediaan ini ialah melalui halaqah dan amal, bukan melalui ‘maui’zah’ (nasihat) dan pelajaran. Ia dapat membantu mewujudkan syakhsiyah yang mantap, yang tidak kabur atau pincang, tidak pula ekstrim dan tidak juga tarakhus (memudah-mudahkan) atau terlalu bertolak ansur.

Bentuk manhaj bagi persediaan Pemuda Islam
Ia mengandungi tiga perkara pokok iaitu persediaan dari segi pemikiran, kejiwaan dan haraki (pergerakan).

i) Persediaan dari segi pemikiran.
Membentuk Pemuda yang mempunyai aqliyah Islamiyah (berfikir secara Islam).
Terdapat dua jenis ‘thaqfah’ (pengetahuan) iaitu pengetahuan Islam dan pengetahuan umum.
Pengetahuan Islam perlu dipelajari dari al-Quran dan tafsirnya, as-Sunnah dan ulumnya, as-Sirah an-Nabawiyah, kehidupan para sahabat, fiqh dan usul fiqh, ilmu Aqidah, ilmu Tazkiyah dan sistem-sistem Islam. “barangsiapa yang dikehendaki Allah kebaikan padanya dia fahamkan agama kepadanya.”

Pengetahuan umum pula amat perlu bagi membolehkannya mengkritik dan menghadapi mana-mana penyelewengan. Pengetahuan umum perlu dipelajari dari pengetahuan tentang kemanusiaan, sains, realiti dan sejarah. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w dalam hadis bermaksud : ‘ sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum itu ia aman dari tipuan mereka.’

ii) Persediaan dari segi kejiwaan.
Pembentukan kejiwaan secara Islam bagi Pemuda Islam ialah kejiwaan yang menggunakan naluri dan kecenderungan mengikut hokum syara’. Kejiwaan yang mendapatkan fatwa Islam dan berpegang teguh dengan fatwa itu. Maka ia tidak akan dikuasai oleh nafsu atau dipimpin oleh syahwat dan kepentingan semata-mata.

Rasulullah s.a.w telah menunjukkan bagaimana cara menjaga atau mengambil berat tentang hati iaitu zikrullah, bergantung dengan kitab Allah, dan muraqabah (kawalan) Allah yang boleh memelihara pemuda Islam dari tergelincir dan fitnah serta hati mereka mendapat petunjuk Allah s.w.t dan bukannya dipandu oleh hawa nafsu.

iii) Persediaan dari segi haraki (pergerakan).
Melatih mereka agar mentaati dan beribadat kepada Allah s. w.t iaitu solat berjemaah, puasa bersama, haji bersama, hadiri majlis-majlis ilmu, zikir, ikuti sunah dan perkukuhkan hubungan dengan kitab Allah dari segi bacaan, hafalan dan tafsiran.

Melatih mereka dalam soal tanzim (organisasi) termasuk perencanaan, pentadbiran, kepimpinan dan segala tanggungjawab (masuliah).

Melatih mereka menanggung kesusahan, menemui kepayahan dan menghadapi bahaya untuk memperkuatkan kecekalan mereka, kesabaran dan mengkentalkan kemahuan mereka.

Pemuda perlu terlibat dengan pertubuhan Islam dan NGO-NGO Islam yang aktif. Berilah segenap pemikiran dan tumpuan agar kebangkitan Islam berlaku di mana sahaja mereka berada. Pemuda perlu terlibat sejak usia remaja lagi.

Rujukan: Tulisan Syeikh Dr. Fathi Yakan

Merubah Pemuda Menjadi Agen Perubahan

Wednesday, June 16, 2010

“Sesungguhnya mereka adalah para pemuda yang beriman kepada Rabb-Nya dan kami tambahkan petunjuk kepada mereka….” (QS. Al-Kahfi:13).

Pemuda memegang peranan penting dalam hampir setiap perjuangan meraih cita-cita. Dalam sejarah dakwah Islam, pemuda memegang peranan yang sangat penting. Para Nabi dan Rasul diutus Allah untuk menyampaikan ajaran agama terpilih dari kalangan pemuda yang rata-rata berusia sekitar empat puluh tahun. Dalam al-Quran terdapat banyak kisah keberanian pemuda. Rasulullah saw ketika diangkat menjadi Rasul berumur empat puluh tahun. Pengikut beliau yang merupakan generasi pertama, kebanyakan juga dari kalangan pemuda bahkan ada yang masih anak-anak. Mereka dibina oleh Rasulullah setiap hari di Daarul Arqam. Diantaranya adalah Ali bin Abi Thalib dan Zubair bin Awwam, yang paling muda ketika itu keduanya berumur 8 tahun, Thalhah bin Ubaidillah (11), al Arqam bin Abi al Arqam (12), Abdullah bin Mas’ud (14) yang kelak menjadi salah seorang ahli tafsir terkemuka, Saad bin Abi Waqqash (17) yang kelak menjadi panglima perang yang menundukkan Parsi, Jaafar bin Abi Thalib (18), Zaid bin Haritsah (20), Utsman bin Affan (20), Mush’ab bin Umair (24), Umar bin Khatab (26), Abu Ubaidah Ibnul Jarah (27), Bilal bin Rabbah (30), Abu Salamah (30), Abu Bakar Ash Shidiq (37), Hamzah bin Abdul Muthalib (42), Ubaidah bin al Harits, yang paling tua diantara semua sahabat yang berusia 50 tahun.

Adakah para pemuda mengetahui bahawa Islam tidak akan dapat memartabatkan panji-panji pada seseorang kemanusiaan, tidak dapat memanjangkan tempoh kekuasaan di bumi dan tidak dapat menyebarluaskan dakwah di seluruh alam kecuali di bawah peranan yang dimainkan oleh kekuatan generasi beriman ini yang terdiri daripada para pemuda yang diasuh dalam madrasah Nabi saw. dan lulusan dari universitinya yang amat lengkap.

Pemuda gagah berani yang hidupnya didedikasikan hanya untuk kejayaan Islam seperti inilah yang sanggup memikul beban dakwah dan bersedia berkorban serta menghadapi pelbagai siksaan dengan penuh kesabaran. Mereka mendapatkan kebaikan, rahmat dan ampunan dari Allah. Mereka inilah yang disebut oleh Syed Qutb dengan gelaran Al Quran yang berjalan.

Malangnya generasi muda Islam hari ini dipalit dengan pelbagai masalah jiwa yang kronik sehingga melemparkan mereka dengan seribu satu penyakit sosial. Sebutlah apa jenis penyakit sosial yang sedang melanda di negara kita, dadah, zina, anak luar nikah, arak, ponteng kelas, rempit, hiburan, pil khayal, couple, disko, malas, kes pukul, buli dan macam-macam lagi, pasti hero dan heroinnya adalah pemuda pemudi Islam. Kehidupan mereka jauh dari Al Quran dan madrasah didikan Rasulullah saw. Apakah kita boleh merasa tenteram tatkala melihat generasi “bangkai bernyawa” bertebaran memenuhi alam ini? Sedangkan Rasulullah saw. ada bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:

“Allah SWT amat takjub melihat pemuda yang tidak melakukan perbuatan ganjil dan menyeleweng.”

Apakah masih ada hero Islam kalangan pemuda yang mahu tampil membarisi barisan para penyeru kebenaran seperti yang pernah di bina oleh Rasulullah saw?

Sesungguhnya kejayaan Islam masa lalu muncul kerana dakwah Islam ditunjangi oleh para pemuda Islam yang memiliki sikap perjuangan yang gigih, sanggup menyisihkan waktunya siang dan malamnya demi perjuangan Islam, maka demikian juga dengan masa depan Islam. Sunnatullah tidak berubah. Siapa yang unggul maka dialah yang memimpin. Umat Islam di masa lalu terutama para pemudanya unggul kerana mereka memeluk Islam secara kaffah, lurus aqidahnya dan taat pada syariat. Allah swt. berfirman yang bermaksud:

”Dan adalah janji dari Allah swt. bahawa bumi ini akan diwariskan kepada hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” (QS, 24:55).

Sesungguhnya fokus reformasi yang dilaksanakan oleh Rasulullah saw. ialah menyediakan para pemuda, membina peribadi kemanusiaannya untuk membentuk peribadi mereka berjiwa masyarakat. Pastinya, matlamat yang ada di sebalik ini ialah pembinaan dan penyediaan sehingga terjelma para pemuda dalam pembentukan yang sempurna dari sudut kerohanian, akhlak, akal pemikiran, jasmaniah, kejiwaan dan semua sudut penyempuraan peribadi. Pembentukan yang sempurna ini menjadikan para pemuda lebih mampu memikul amanah, lebih kuat menunaikan tanggungjawab, lebih teguh meneruskan segala dasar Islam, tidak merasa terhina, tidak lemah, tidak mundur ke belakang, tidak goyah bersama tiupan angin fitnah, tidak menyerah diri kepada tipudaya kerosakan, tidak terdedah kepada perasaan putus asa, tidak putus harapan, kakinya tidak tergelincir ke lembah perbuatan menyeleweng dan bersifat lemah.

Untuk membangkitkan umat, diperlukan pemuda-pemuda yang mahu bergerak secara ikhlas dan bersungguh-sungguh untuk meraih kembali kejayaan Islam. Pemuda yang diperlukan adalah para pemuda Islam sekualiti para sahabat yang memiliki tauhid yang lurus, keberanian menegakkan kebenaran serta memiliki ketaatan pada Islam. Dengan dorongan gelombang pemuda seperti inilah maka perjuangan penegakan kembali aturan Allah di muka bumi ini akan berjalan dengan giat sehingga Islam kembali tertegak. Imam Hassan Al Banna pernah mengatakan:

”Sesungguhnya setiap umat yang ingin membina dan membangun dirinya, serta berjuang untuk mewujudkan cita-cita dan membela agamanya, haruslah memiliki kekuatan jiwa yang dahsyat yang terekspresikan dalam beberapa hal sebagai berikut; tekad membaja yang tidak pernah melemah, kesetiaan yang teguh dan tidak dicemari oleh pengkhianatan, pengorbanan yang tidak terhalangi oleh keserakahan dan kekikiran, pengetahuan dan keyakinan, serta penghormatan yang tinggi terhadap ideologi yang diperjuangkan. Semua itu akan menghindarkannya dari kesalahan, penyimpangan, tawar-menawar, atau tertipu oleh ideologi lain.”

Yakinlah pada diri kita bahawa kita mampu menjadi peribadi-peribadi muslim yang ampuh dan berpengaruh seperti Ali bin Abi Thalib, Imam Syafi’i dan seumpamanya. InsyaAllah dengan izin Allah, kita akan mampu menjadi seperti mereka asal kita mahu dan sedia melaksanakannya dengan usaha yang sungguh-sungguh. Allah swt. berfirman yang bermaksud:

”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar keadaan mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentosa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka merekai Itulah orang-orang yang fasik.”(QS,24:55)

Sedarilah bahawa pemuda memiliki potensi yang sangat besar dalam melakukan proses perubahan. Pemuda memiliki potensi yang dinamik, proaktif, bersemangat, idealis dan memiliki keberanian serta menjadi inspirasi dengan gagasan dan idealismanya. Segala potensi ini perlu digarap dan dipersiapkan untuk Islam. Mujahid Fathi Yakan berkata, matlamat utama persiapan pemuda-pemuda Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya 'Qawamah' (penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan tugas para pemuda Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahiliah ke tangan Islam. Dan juga pemikiran, perundangan dan akhlak jahiliah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Umat Islam saat ini sedang menantikan siapa yang akan mengembalikan bangunannya kembali, mengeluarkan mereka dari kejahiliahan, dan menyelesaikan permasalahan umat. Bukan hanya ulama, umara, politikus atau usahawan yang mampu mengatasi permasalahan umat, tetapi pemuda juga memiliki peranan yang lebih penting. Dengan segala potensi yang dimilikinya, pemudalah yang diharapkan mampu menyelesaikan permasalahan umat.

Generasi muda adalah penentu perjalanan bangsa di masa hadapannya. generasi muda, mempunyai kelebihan dalam pemikiran yang ilmiah, selain semangat mudanya, sifat kritisnya, kematangan logikanya. Pemuda adalah motor penggerak utama perubahan. Pemuda diakui peranannya sebagai kekuatan pemusnah kebekuan dan kejumudan masyarakat. Pemuda adalah muara peradaban dalam setiap fasa sejarah.

Akhirnya, ketahuilah bahawa pemuda muslim harus selalu berjuang dengan bersungguh-sungguh mewujudkan cita-cita peradabannya. Kenyataan-kenyataan di atas adalah mimpi besar dan cita-cita agung yang sangat menuntut keseriusan dan kerja keras untuk mewujudkannya. Untuk mewujudkan cita-cita harapan umat, pemuda muslim harus berjuang dan beramal nyata, keluar dari medan kata-kata menuju medan amal, dari medan penentuan strategi dan konsep menuju medan penerapan dan realisasi. Telah sekian lama kita menghabiskan waktu dengan hanya sebagai tukang pidato dan ahli bicara, sementara zaman telah menuntut kita untuk segera mempersembahkan bahkan membumikan amal-amal nyata yang profesional dan produktif. Dunia kini tengah berlumba untuk membangun unsur-unsur kekuatan dan mematangkan persiapan, sementara kita masih berada di dunia kata-kata dari mimpi-mimpi,

"Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan." (QS,61:2-3)

Semoga Allah SWT senantiasa melimpahkan rahmat dan hidayah-Nya kepada para pemuda pembaharu. Ia adalah moral dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, pasukan dan pemikiran. Sebagaimana ia adalah aqidah yang murni dan akhlaq yang terpuji, tidak kurang tidak lebih. Beginilah seharusnya pemuda! Membawa obor kemenangan yang dinantikan umat. Firman Allah swt. Yang bermaksud:

"Sehingga tidak ada lagi fitnah dan agama itu hanya untuk Allah belaka." (Al- Baqarah: 193)

"Dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya-Nya.” (QS,61:8)

Abu Ridhwan Husaini
6.45am, Kota Bharu

Bangkitlah Pemudaku, Harapan Masih Ada

Monday, June 14, 2010

Bekerja adalah jalan untuk mencari rezeki. Tidak ada yang boleh dilakukan manusia selain serius dan bersungguh-sungguh dalam mencari rezekinya dengan mengerahkan seluruh tenaga dan potensinya. Baik rezeki itu bersifat kebendaan atau tidak, atau kedua-duanya.

Petani membajak tanah dan menabur benih, kemudian dia menunggu rezeki dari Rabbnya. Seandainya seseorang itu berdiam diri di rumahnya tanpa mengerahkan tenaga sedikit pun untuk bercucuk tanam, lalu dia mengira bahawa rezekinya akan datang dari pertanian, padahal dia tidak membajak, tidak menabur benih dan tidak memupuk tanah, maka dia akan kecewa dan tertinggal dari bahtera kehidupan insani. Bahkan dia dianggap berdosa kerana menolak melakukan usaha dan asbab untuk berjaya.

Demikian pula para da‘i yang bercita-cita untuk melaksanakan perubahan. Dia harus mengerahkan segenap tenaga dan mencurahkan segenap potensi, idea, harta benda, jiwa dan hal-hal yang berharga untuk mencapai tujuan-tujuan yang mereka canangkan. Misalnya suasana hari ini ramai yang marah dan benci kepada Yahudi Israel atas sikap kejam dan buasnya. Kemarahan tadi hanya akan menjadi sejarah sekiranya umat Islam tidak melakukan perubahan dalam diri, perubahan yang dituntut oleh Islam iaitu membina keimanan, keperibadian dan kesolehan diri. Mana mungkin Israel akan gentar sekiranya umat masih dibuai dengan cara hidup barat, cara hidup yang tidak mengambil Islam seluruhnya dalam kehidupan, cara hidup yang tidak berpaksikan kepada ubudiyyah hanya sanya kepada Allah, cara hidup yang tidak lagi mengambil para sahabat dan Rasulullah saw sebagai qudwah hasanah.

Apa perubahan yang hendak kita laksanakan pada diri kita? Dalam realiti umat Islam tidak lagi mengambil Islam sebagai manhaj hayah, maka kita tiada pilihan lain melainkan menyediakan diri kita dengan profail da’i yang pernah di bina oleh Rasulullah saw dan para sahabat.

Dalam konteks pembentukan profail peribadi mukmin, Imam Hasan Al Banna menggambarkan kritiria profil da’i yang harus kita persiapkan pada diri kita, katanya:

“Aku mampu membayangkan akh al-Mujahid itu sebagai seorang laki-laki yang senantiasa melakukan persiapan dan menyiapkan perlengkapannya, mampu menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwanya dan seluruh bahagian hatinya. Dia senantiasa berfikir memusatkan perhatian sepenuhnya terhadap persiapan yang terus menerus. Apabila dipanggil ia menyahut, apabila diajak ia menanggapi, datang dan perginya, perkataan dan bicaranya, kebenaran dan kelakarnya, tidak melampaui batas.

Dia tidak melaksanakan tugas selain dari yang telah diletakkan oleh keadaan dan tuntunan atasnya, dan dia berjihad di jalannya. Anda dapat membaca pada raut muka dan kilauan matanya, dan mendengar dari gerakan lidahnya semua apa yang bergelora di dalam hatinya, kesengsaraan yang tersimpan di dalam hati, semua tujuannya benar dan bersungguh-sungguh pelaksanaannya, cita-citanya tinggi dan sasarannya jauh untuk memenuhi jiwanya.”

Ini tuntutan perubahan peribadi unggul yang seharusnya menjadi agenda pemuda Islam hari ini.

Bicara perubahan memang mudah, apatah lagi saat darah muda bersemangat bicara perjuangan Palestin dan jihad melawan Israel. Macam-macam idea dan kerja dakwah yang hendak kita buat, terkadang seperti nak mengubah dunia ini serta merta, nak hancurkan Israel hari ini juga! Namun apakah ini yang dikatakan perubahan. Acapkali kita perhatikan semangat meluap tadi perlahan menjadi pudar apabila kisah permasalahan Palestin menjadi ”sejuk” kembali, tenggelam apabila ada arus bawa datang misalnya penangan bolasepak piala dunia. Inilah kesannya apabila semangat tadi tidak diiringi dengan perubahan diri yang total.

Namun hakikatnya kita tidak ada pilihan, kita perlu melakukan perubahan, kerana perubahan tidak akan berlaku tanpa kita mulakan, firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d: 11)

Justeru persiapan berubah itu perlu, kerana ia termasuk dalam agenda dakwah yang merupakan projek besar umat Islam. Dakwah bukan hanya proses singkat yang boleh kita ketahui hasilnya. Tetapi ia merupakan proses perjalanan panjang. Bahkan sesungguhnya, hanya ALLAH saja yang tahu hasil dari dakwah ini. Tarbiyah juga adalah kerja besar. Projek raksasa. Sistem yang terbaik membaiki umat. Dahsyat. Mengubah yang sederhana menjadi luar biasa. Pekerjaan-pekerjaan besar dalam sejarah hanya dapat diselesaikan oleh orang-orang yang memiliki naluri kepahlawanan.

Persoalannya sejauh mana komitmen perubahan diri kita dalam menempatkan peranan kita menjayakan misi dakwah dan tarbiyah? Tuntutan dakwah dan tarbiyah amat besar. Menuntut kita untuk berubah. Perubahan adalah peralihan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain, dari satu fasa ke fasa yang lain, dari satu sifat ke sifat yang lain, dari negatif kepada positif, dari sekadar pemerhati kepada amilin Islam, dari pengikut kepada pemimpin umat, dari satu halaqah kepada pembentukan 2-3 halaqah, dari dakwah statik kepada dakwah merubah masyarakat.

Kita sedari bahawa umat Islam pernah mengubah diri dari jelek menjadi baik di masa lalu, lalu Allah mengubah keadaan mereka menjadi terbaik. Sesudah itu, mereka mengubah diri dari yang terbaik menjadi yang terjelek, lalu Allah pun mengubah keadaan mereka menjadi jelek. Perubahan pada dua keadaan itu telah terjadi di masa lalu dan masa sekarang, positif dan negatifnya, sehingga kesannya hari ini kita kehilangan sebuah daulah Islam yang pernah mentadbir alam ini Islam. Inilah dunia zaman sekarang. Berabad jauhnya kita dari Rasululullah. Ajaran baginda pun telah banyak kita lupakan. Jahiliyah moden bermaharajalela. Yang haram boleh dihalalkan. Islam menjadi dagang bagi kali keduanya. Umat Islam pun mengalami kemunduran. Bahkan hampir hilang ditelan masa, maruahnya diperkotak katek oleh musuhnya.

Sukarnya nak berubah? Benar, apatah lagi untuk berubah dari muslim biasa menjadi perajurit dakwah. Mengapa? Allah swt berfirman:

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. ” (Surah Al-Ankabut : 2,3)

“Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?.” (Surah Ali-Imran : 142)

Perjuangan dakwah tidak ditaburi bunga, harta, apalagi kesenangan. Justeru jalannya penuh onak duri dan kerikil-kerikil tajam.

Agenda halaqah tidak dihidangkan dengan keseronokan dan gelak ketawa. Malahan menuntut pula pengorbanan, masa, idea, wang ringgit, harta, tenaga malahan jiwa.

Rasulullah saw. telah mengisyaratkan:
“Syurga itu diiringi dengan makarih (sesuatu yang tidak disukai) dan neraka itu diiringi dengan syahwat.”

Kita terperangkap dengan syahwat dan nafsu kita sendiri. Bibirnya bicara perjuangan Islam, namun hatinya bersarang dengan hawa nafsu.

Firman Allah s.w.t :

“ Katakanlah (wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).” (Surah At-Taubah : 24)

Pesanan akhir buat coretan hari ini, kita pelajari pesanan Imam Hasan Al-Banna:

“Mati itu mempunyai tiga kedudukan, yakni Mautu al-Hayat, Mautu al-Fana, dan Mautu al-Baqa’. Mautu al-Hayat ialah orang yang hidupnya seperti bangkai yang adanya seperti tiada. Ia hidup tanpa pemikiran mahupun aqidah. Adapun Mautu al-Fana ialah orang yang matinya seperti binatang dan tumbuh-tumbuhan. Ia mati tanpa meninggalkan sesuatu yang bererti. Ia musnah dengan kemusnahannya dan hilang dalam ketiadaannya. Sedang yang terakhir adalah Mautu al-Baqa’. Ini kematiannya Pejuang Aqidah. Kematiannya merupakan pembangkit semangat generasi dan jasanya tetap dikenang dalam sejarah. Sesungguhnya ia manusia al-Haq, kerana selama al-Haq masih hidup, maka ia tidak akan mati dan tidak akan musnah. Sebab ia adalah da’i ilallah. Dan adalah Allah Maha Kekal.”

Bersedia untuk berubah? Tahu apa yang perlu kita ubah? Jom kita memasuki halaqah perubahan!

Berani Berubah

Sunday, June 13, 2010

Apakah ikhlas itu? Orang yang ikhlas adalah orang yang tidak menyertakan kepentingan peribadi atau imbuhan duniawi dari apa yang dapat dia lakukan. Konsentrasi orang yang ikhlas cuma satu, iaitu bagaimana agar apa yang dilakukannya diterima oleh Allah swt. Misalnya ketika kita sedang memasukan wang ke dalam kotak infaq, maka fokus fikiran kita tidak ke kiri dan ke kanan, tapi fikiran kita terfokus bagaimana agar wang yang dinafkahkan itu diterima di sisi Allah. Tatkala kita berusaha untuk mendakwahi seseorang di tempat kita berada, kita fokuskan bahawa kita mengajak mereka kepada Allah, bukan untuk mencari pengaruh, mencari “ahli baru” atau mencari populariti.

Apapun yang dilakukan kalau konsentrasi kita hanya kepada Allah, itulah ikhlas. Seperti yang dikatakan oleh Saidina Ali, bahawa orang yang ikhlas adalah orang yang memusatkan fikirannya agar setiap amalnya diterima oleh Allah. Contohnya, jika berada di masjid untuk menunaikan solat tetapi pusat pemikirannya ”songsang”, agar orang mengatakan dia orang yang baik dan ”kaki masjid, maka hadirnya ke masjid tidak bernilai di hadapan Allah, tidak bernilai! Ingat lagi kisah muhasabah bersama 3 orang ”besar”, kisah yang akan menyebabkan kita memikir panjang mengkoreksi diri setiap amal yang telah kita lakukan.

Seorang pembicara yang ikhlas tidak perlu merekacipta kata-kata agar penuh pesona, tapi dia akan mengupayakan setiap kata yang diucapkan benar-benar menjadi kata yang disukai oleh Allah. Boleh dipertanggungjawabkan kebenarannya. Boleh dipertanggungjawabkan setiap katanya. Selebihnya terserah Allah. Kalau ikhlas walaupun sederhana kata-kata kita, Allah-lah yang kuasa menghujamkannya kepada setiap qalbu.

Buah apa yang didapat dari seorang hamba yang ikhlas itu? Seorang hamba yang ikhlas akan merasakan ketenteraman jiwa, ketenangan batin. Betapa tidak? Justeru dia tidak menjadi hamba penantian untuk mendapatkan pujian, penghargaan, dan imbuhan. Kita tahu bahawa penantian adalah suatu hal yang tidak menyenangkan. Begitu juga menunggu diberi pujian. Lebih lagi kalau yang kita lakukan ternyata tidak dipuji, pasti kita akan kecewa.

Namun bagi seorang hamba yang ikhlas, dia tidak akan pernah mengharapkan apapun dari siapapun, kerana kenikmatan baginya bukan dari mendapatkan, tapi dari apa yang boleh dipersembahkan atau diberikan kepada orang lain. Orang yang tidak ikhlas akan banyak tersinggung dan dikecewakan kerana dia memang terlalu banyak berharap.

Lalu, dimanakah letak kekuatan hamba-hamba Allah yang ikhlas? Seorang hamba yang ikhlas akan memiliki kekuatan ruhiyah yang besar. Ia seakan-akan menjadi pancaran energi yang melimpah. Keikhlasan seorang hamba Allah dapat dilihat pula dari raut muka, tutur kata, serta gerak-gerik perilakunya. Kita akan merasa aman bergaul dengan orang yang ikhlas. Kita tidak curiga akan ditipu, kita tidak curiga akan diadu domba olehnya. Setiap tumpahan kata-kata dan perilakunya tidak ada yang tersembunyi. Semua itu dia lakukan tanpa mengharap apapun dari orang yang dihadapinya, yang ia harapkan hanyalah memberikan yang terbaik untuk siapapun.

Sungguh akan nikmat bila bergaul dengan seorang hamba yang ikhlas. Setiap kata-katanya tidak akan bagai pisau yang akan menghiris hati. Perilakunya pun tidak akan menyempitkan diri. Tidak usah hairan jikalau orang ikhlas itu punya daya gugah dan daya ubah yang begitu dahsyat. Hidupnya penuh dengan agenda memberi kepada umat, ”khadimul ummah”. Hatta setiap amal yang dilakukannya tangan kirinya tidak langsung mengetahuinya. Luarbiasa!

Semoga kita dapat memelihara keikhlasan dalam setiap amal dan tindakan kerana dunia mendambakan hamba Allah yang ikhlas yang dapat mendasyatkan kembali muka bumi ini dengan barisan duah mukhlisin.

Luarbiasa Hamba Yang Ikhlas

Friday, June 11, 2010

Apabila penulis berada di rumah, penulis acapkali akan membuka kitab hadith 40 Imam Nawawi, dan sudah tentu hadith yang pertama akan penulis ulang-ulang membacanya, terutama apabila penulis baru selesai memberikan ceramah motivasi atau baru selesai menjayakan program dakwah dan tarbiyah. Mengapa? Kerana penulis teringat akan kisah 3 orang “besar” yang menjadi penghuni neraka Allah.

Alkisah, tiga orang “besar” yang akhirnya diseret ke neraka kerana niat dalam hatinya tidak benar dan tidak ikhlas. Padahal mereka adalah tokoh – tokoh terkemuka yang sarat dengan prestasi gemilang di tengah kaumnya. Tetapi malang ada nilai fujur yang tertanam di lubuk hati mereka yang terpaling dalam. Mereka dicampakkan ke dalam neraka akibat terbongkarnya niat buruk tersebut di mahkamah keadilan Allah 'Azza Wa Jalla. Siapakah mereka? Sekali lagi, mereka adalah para pembaharu, pembangun dan pejuang bagi kaumnya. Mereka adalah seorang 'alim (berilmu), seorang dermawan (banyak berinfaq) dan yang lainnya adalah seorang mujahid (pejuang di medan perang).

Untuk yang pertama, Allah mendatangi dan menanyainya : “Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia?. Dia menjawab : “Aku menuntut ilmu di jalanMu, lalu kusebarkan ilmu itu kerana mencari keredhaanMu”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Sebenarnya engkau mencari ilmu supaya manusia menyebutmu sebagai seorang 'alim”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

Untuk yang kedua, Allah mendatangkannya dan menanyainya : Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia? Dia menjawab : “Aku mencari harta yang halal, kemudian aku infaqkan harta itu di jalanMu”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Engkau infaqkan hartamu supaya manusia menyebutmu sebagai seorang dermawan”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

Dan yang ketiga, dengan nasib yang sama, Allah mendatangkannya dan menanyainya : Apa yang dahulu engkau perbuat di dunia? Dia menjawab : “Aku berperang di jalan Allah, hingga aku mati terbunuh”. Maka dikatakan kepadanya : “Engkau dusta! Engkau berperang supaya manusia menyebutmu sebagai seorang pemberani”. Kemudian diperintahkanlah malaikat penjaga neraka untuk menyeretnya lalu melemparkannya ke dalam neraka.

Demikianlah, kisah di atas yang disebutkan oleh Nabi kita Muhammad saw. dalam sebuah hadithnya kepada kita sebagai sebuah pelajaran sekaligus peringatan bagaimana membangun amal dari sebuah akar yang kukuh sehingga terbangun jiwa yang IKHLAS. Agar setiap amal kita memiliki nilai, makna dan artinya, kini dan selamanya, tentunya kelak di akhirat. Allah swt. berfirman, yang bermaksud :

"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya; dalam (menjalankan) agama dengan lurus." (QS. Al-Bayyinah: 5).

Ayuh kita sama-sama muhasabah niat dan amal kita agar kita tidak juga terperosok ke dalam neraka seperti 3 tokoh besar di atas. Na’uzubillah, Wallahua’lam.

Muhasabah Bersama 3 Orang "Besar"

Wahai pemuda-pemuda Islam! Kamu sangat-sangat dituntut supaya bekerja dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh. Rasa malu, silu, malas, segan dan sifat tunggu dahulu, jangan dibiarkan wujud sama sekali di dalam jiwa kamu. Terus maralah kamu untuk berda'wah ke jalan Allah..

Wahai pemuda-pemuda Islam!

Kamu sangat-sangat dituntut supaya bekerja dengan lebih keras dan bersungguh-sungguh. Rasa malu, silu, malas, segan dan sifat tunggu dahulu, jangan dibiarkan wujud sama sekali di dalam jiwa kamu. Terus maralah kamu untuk berda'wah ke jalan Allah. Sampaikanlah risalah Islam yang kamu bawa ini kepada manusia. Semoga dengan usaha ini terukirlah pula zaman kegemilangan Islam, sebagaimana yang telah dicatat oleh sejarah.

Kamulah semua satria pembawa Risalah. Tulang belakang ummah mulai dan sekarang hingga ke hari muka. Usaha dan jihad pemuda-pemuda merupa suatu tenaga yang paling berpotensi bagi mengatasi dan memecah sebarang masalah. Usaha ke arah Keagungan dan Kegemilangan akan terkabul di tangan-tangan belia-belia Islam, bukan di kalangan orang yang tidak bermaya lagi tidak berpotensi.

Sebagaimana kita semua ketahui, bahawa angkatan belia adalah merupakan suatu tenaga yang utuh, teguh andainya mereka ini diasuh dan ditarbiyah dengan tarbiyah Islamiah, hingga jiwa-jiwa mereka ini penuh padu keimanan dengan Allah s.w.t. Berteraskan dengan keimanan yang tulin sahajalah kedudukan ummah ini dapat ditingkatkan sampai menjadi suatu ummah yang aman makmur.

Di sebalik keagungan dan ilmu ketamaddunan Islam, maka kita dapati generasi belialah yang dianggap telah memainkan peranan yang begitu hebat, hinggakan Keagungan Islam tercapai di tangan mereka. Niat mereka sungguh suci. Ketabahan hati mereka amat kagum sekali. Mereka tidak tertipu dengan kemewahan yang mereka perolehi di dunia ini. Mereka terus berusaha, bekerja dan berjihad untuk berda'wah ke jalan Allah, hatta tercapai segala hasrat dan cita-cita mereka yang suci murni itu...

Duhai pemuda-pemuda Islam!

Semuga kamu semua akan menjadi perwira Islam. Perwira yang kenal agamanya yang unggul, yang beribadat dan berjihad, memperbaiki kekurangan diri sendiri di samping berda'wah ke jalan Allah.

Inilah golongan pemuda yang bersifat mulia lagi terpuji. Golongan inilah yang tidak sanggup dicemar dan dikeji. Kesudahannya zaman Keagungan Islam akan kembali. Negara Islam yang diimpi-impikan oleh setiap penganutnya akan tegak semula di atas daya usaha satria pemuda. Allah Maha Mulia lagi Pengasih. Dia akan memberi kemenangan kepada sesiapa yang Dia sukai.

Saya doakan, semuga Allah jadikan kita seperti golongan yang mendengar ucapan dan disusuli dengan amalan. Semuga Allah jadikan kita seperti para-para dai' yang bekerja dengan tulus ikhlas, demi untuk menyampaikan risalah Islam. Kita tidak gentar dengan sesiapa pun. Hanya kepada Allah saja sebaik tempat kita bergantung dan meminta. Saya sudahi dengan memuji Allah, Pentadbir semesta alam.

Wahai Pemuda, Harapan Padamu

Sunday, June 06, 2010

Alhamdulillah, syukur pada Allah, hari ini, 6 Jun, penulis diizinkan Allah swt bertemu kembali dengan aktivis LL4G yang telah selamat tiba di tanah air pada jam 5.45pagi tadi. Penulis semakin teruja tatkala dapat menatap wajah-wajah dai'e ilallah yang diberi peluang oleh Allah swt berhadapan dengan serangan ganas komando Israel ketika mereka sedang melaksanakan misi kemanusiaan terbesar ke Gaza.

LL4G: Selamat Pulang Sahabat-sahabatku, Semoga Terus Istiqamah Berakhlak, Mendidik dan Berbakti

Alhamdulillah, syukur pada Allah, hari ini, 6 Jun, penulis diizinkan Allah swt bertemu kembali dengan aktivis LL4G yang telah selamat tiba di tanah air pada jam 5.45pagi tadi. Penulis semakin teruja tatkala dapat menatap wajah-wajah dai'e ilallah yang diberi peluang oleh Allah swt berhadapan dengan serangan ganas komando Israel ketika mereka sedang melaksanakan misi kemanusiaan terbesar ke Gaza.

Saturday, June 05, 2010

Seusai penulis menyampaikaan ceramah motivasi kepada pelajar di sebuah sekolah, ramai pelajar lelaki yang menghampiri penulis, bersalaman dan mengucapkan terima kasih. Ada 3 orang pelajar putera mengejutkan penulis kerana mereka bukan sekadar bersalaman tetapi memeluk penulis dengan erat sambil menangis. Pelajar yang terakhir berbisik kepada penulis, "Ustaz, saya sudah lama tidak menangis kerana memikirkan dosa yang terlalu banyak saya lakukan".

Penulis tidak berniat untuk membuat mereka menangis. Penulis sekadar membacakan ayat-ayat Allah swt. Penulis hanya menyampaikan apa yang diperingatkan oleh para ulama yang ikhlas menyedarkan umat.

"Ustaz, salahkah saya menangis, saya takut saya hanya sekadar menangis pada saat ini." tanya pelajar itu lagi. Penulis memandang bola matanya.

"Semoga Allah berkati anda, semoga Allah berikan kekuatan kepada anda untuk istiqamah berubah kepada kebaikan. Teruskan menangis, kiranya menangis itu dapat melembutkan hatimu dan menyedarkan hakikat kejadianmu." pesanan saya kepada pelajar tersebut.

Ya, apa salahnya menangis, jika memang dengan menangis itu manusia menjadi sedar. Sedar akan kelemahan-kelemahan dirinya, saat tiada lagi yang sanggup menolongnya dari terperosok dengan anasir jahiliah moden selain Allah Swt. Bukankah situasi hati manusia tiada pernah stabil? Selalu berbolak balik menuruti keadaan yang dihadapinya.

Sebahagian manusia menganggap menangis itu adalah emosi yang hina dan merupakan tanda lemahnya seseorang. Ada yang menganggap menangis itu sikap hipokrit dan hanya aksesori semata. Bangsa Yahudi selalu mengecam ketika anaknya menangis dan dikatakan tidak akan mampu melawan musuh-musuhnya. Para orang tua di Jepun akan memarahi anaknya jika mereka menangis kerana dianggap tidak kuat menghadapi kehidupan. Menangis digambarkan sebagai sesuatu yang dilakukan oleh mereka yang tidak mempunyai prinsip hidup.

Bagi seorang muslim yang mukmin, menangis merupakan buah kelembutan hati dan petanda kepekaan jiwanya terhadap pelbagai peristiwa yang menimpa dirinya mahupun umatnya. Rasulullah Saw menitiskan air matanya ketika lematian anaknya tercinta Ibrahim. Abu Bakar ra. digelari oleh anaknya Aisyah ra sebagai Rojulun Bakiy (Orang yang selalu menangis). Beliau senantiasa menangis, dadanya bergolak saat solat dibelakang Rasulullah saw. kerana mendengar ayat-ayat Allah.
Abdullah bin Umar suatu ketika melewati sebuah rumah yang di dalamnya ada seseorang sedang membaca Al Qur'an, ketika sampai pada ayat: "Hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam" (QS. Al Muthaffifin: 6). Pada saat itu juga beliau diam berdiri tegak dan merasakan betapa dirinya seakan-akan sedang menghadap Rabbnya, kemudian beliau menangis. Lihatlah betapa Rasulullah aaw. dan para sahabatnya benar-benar memahami dan merasakan getaran-getaran keimanan dalam jiwa mereka.

Bukankah diantara tujuh golongan manusia yang akan mendapatkan naungan pada hari dimana tiada naungan kecuali naungan Allah adalah orang yang berdoa kepada Rabbnya dalam kesendirian kemudian dia menitiskan air mata? Tentunya begitu sulit menitiskan air mata saat berdo'a sendirian jika hati seseorang tidak lembut.

Orang yang keras hatinya, akan sulit menangis saat dibacakan ayat-ayat Allah. Barangkali di antara kita yang belum pernah menangis, maka menangislah disaat membaca Al Qur'an, menangislah ketika berdo'a di sepertiga malam terakhir, menangislah kerana melihat realiti umat yang lesu dan longlai, atau tangisilah dirimu kerana tidak upaya menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah. Semoga hal sedemikian dapat melembutkan hati dan menjadi penyejuk serta penyubur iman dalam dada. (emc)

5Jun, Kemaman

"Salahkah Saya Menangis?"

Tuesday, June 01, 2010

Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas - Dunia Menjadi Saksi Atas Kekejaman Dan Sikap Keganasan Israel Di Perairan Antarabangsa Laut Mediterranean

KUALA LUMPUR, Mei 31: PERBUATAN jijik dan amat memalukan yang dilakukan oleh rejim Israel pada hari ini dengan mengarahkan komando tentera lautnya menyerang kapal misi kemanusiaan Lifeline for Gaza (LL4G) “MV Mavi Marmara” sehingga mengakibatkan 20 orang terbunuh dan puluhan lagi penumpang yang tidak bersenjata cedera terkena tembakan telah menzahirkan betapa kejam dan ganasnya rejim Israel yang terkutuk itu.

HALUAN Malaysia selaku ketua NGO delegasi Malaysia ke LL4G dengan ini mengajak seluruh lapisan masyarakat, tidak kira kaum ataupun agama, agar segera mengutuk dan mencela Israel atas sikap kurang ajar mereka ke atas pelayaran damai (Freedom Flotilla) yang membawa barangan keperluan hidup harian kepada penduduk Gaza yang semakin terhimpit dek tekanan ketenteraan, ekonomi dan kemanusiaan oleh rejim Israel di bawah pemimpin-pemimpin mereka yang mendapat dokongan kuat Amerika Syarikat dan Britain.

“Kami ingin menegaskan bahawa penindasan Israel ke atas rakyat Palestin dan kini pembunuhan terbuka di atas kapal penumpang “MV Mavi Marmara” dengan penggunaan peluru hidup ke atas penumpang yang sedang tidur telah menzahirkan sikap ganas Israel yang jelas menyalahi undang-undang antarabangsa dari segi hak asasi kemanusiaan mahupun undang-undang maritim antarabangsa yang menegaskan bahawa tiada suatu negara pun berhak bertindak sewenang-wenangnya di perairan antarabangsa. Jelaslah Israel telah bertindak ala samseng dunia. Kini satu dunia mengutuk Israel dan konco-konconya,” tegas Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin Abdul Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

“Kami ingin menegaskan bahawa seluruh penduduk dunia yang diwakili oleh para sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama dari lebih 50 buah negara yang berada di atas kapal tersebut itu, mengutuk sikap Apartheid yang ditunjukkan Israel itu sebagai satu tindakan yang amat kejam. Israel telah sedar bahawa modus operandinya selama ini untuk decimate ataupun meluluhkan bilangan rakyat sah warga Palestin daripada tanah tumpah darah mereka sendiri sebagai suatu tindakan bangsa yang bangkrap adab, akhlak, idea dan tamadun. Israel sudah tahu bahawa sudah ada gerakan antarabangsa yang kini sedang menjadi arus penentangan ke atas polisi luarnya yang amat menindas dan amat tidak berperikemanusiaan. Dakwaan mereka sebagai negara “underdog” yang dikepungi negara-negara Islam sudahpun lapuk dan kini Israel mahu mempamerkan yang ia mampu berlagak samseng di mata dunia untuk melangsungkan agenda kejinya itu. Ketahuilah, bahawa warga dunia tidak akan berpeluk tubuh terhadap sikap Apartheid Israel itu. Dunia TIDAK akan memaafkan Israel,” ujarnya lagi.

Pada bulan April yang lepas, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman menegaskan di dalam suatu sidang akhbar bahawa penglibatan HALUAN di dalam misi LL4G ini adalah untuk “expose to the public the crimes which is being inflicted by the Zionist Israel regime and its allies upon the citizens of Gaza and the Palestinian Nation as a whole”. Kini, buktinya telahpun jelas lagi nyata.

Rejim Israel mengisytiharkan bahawa permusuhan mereka bukan hanya kepada orang Islam tetapi semua bangsa dan agama yang menentang agenda zionisnya. Sebab itulah tanpa rasa malu mereka telah memusnahkan masjid, gereja, hospital, sekolah, universiti, kompleks pentadbiran, stesen janakuasa elektrik, tadahan air minuman dan semua yang diperlukan untuk kelangsungan hidup.

Rejim ganas ini PERLU disekat oleh kita semua, rakyat Malaysia.

HALUAN dengan ini menegaskan bahawa kami melalui gabungan semua NGO dan badan-badan lain yang menentang sikap degil dan kejam Zionis Israel akan “Bersatu Untuk Palestin”. Kami menyeru semua lapisan rakyat Malaysia agar menulis surat atau emel kepada Duta Besar Amerika, Britain dan Mesir di Malaysia untuk menyatakan solidariti kita menentang sikap mereka yang menyokong bangsa dan negara Israel yang terang-terangan amat keji itu.

Akhirnya kami memohon dan merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menyelamatkan semua sukarelawan yang menyertai LL4G dan menghancurkan Israel laknatullah.

Siaran Media
Hubungi: Encik Amran Baharum
Telefon: (+6) 019-225 4105 /251 4105
Web : www.lifeline4gaza.org
Emel : media@lifeline4gaza.org This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Mei 31, 2010

Sumber: www.haluan.org.my

Kenyataan HALUAN - Pembunuhan Terbuka Di Laut Lepas

KENYATAAN MEDIA
Isnin 31hb Mei 2010

GESAAN KEPADA KERAJAAN DAN RAKYAT MALAYSIA MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS FLOTILA MISI BANTUAN KEMANUSIAAN LL4G KE GAZA

Perkembangan terkini flotilla Lifeline4Gaza;

1. Sebagaimana yang dimaklumi 7 buah kapal yang menyertai konvoi bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza sedang belayar menuju ke perairan Gaza melalui Laut Mediterranean. Konvoi ini diketuai oleh sebuah NGO daripada Turki iaitu Insani Yardim Vakfi (IHH). Maklumat terkini ialah kapal induk Mavi Marmara telah diserang oleh angkatan laut Israel. Akibat dari tindakan biadap ini 3 orang sukarelawan telah terkorban dan 30 lagi mengalami cedera parah.

2. Seramai 12 orang sukarelawan bersama-sama petugas media daripada Malaysia turut menyertai konvoi bantuan kemanusiaan ini. Mereka berada di atas kapal “Mavi Marmara”. Penyertaan mereka bersama konvoi ini adalah semata-mata atas dasar kemanusiaan.

3. Semua objektif dan pergerakan konvoi ini adalah berpandukan kepada Resolusi 1860 (2009) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang maritim lain yang berkaitan. Antara lain, Resolusi 1860 menyebut antara lain
a) menyeru kepada penghantaran bantuan kemanusiaan kepada Gaza termasuk makanan, minyak dan kemudahan perubatan,
b) menggalakkan usaha-usaha membuka laluan dan mekanisma lain bagi tujuan menyampaikan bantuan kemanusiaan yang berterusan,
c) menyeru semua negara untuk menyokong usaha-usaha di peringkat antarabangsa bagi memperbaiki keadaan kemanusiaan dan ekonomi di Gaza, dan
d) mengecam semua bentuk keganasan dan serangan terhadap masyarakat awam dan semua bentuk terorisma.
Semua rakyat Malaysia yang terlibat di dalam konvoi ini berpegang teguh kepada peraturan dan undang-undang antarabangsa dan pekerti mulia sesuai dengan aspirasi negara Malaysia.

4. Konvoi ini membawa kira-kira 10,000 tan barangan bantuan. Seramai lebih 540 orang menaiki kapal Mavi Marmara, termasuk ahli parlimen, ahli akademik, petugas media, ulamak, seorang kanak-kanak berumur kurang daripada satu tahun dan juga seorang warga emas berumur lebih daripada 80 tahun. Tidak ada sebarang bentuk senjata dibawa bersama konvoi ini walaupun untuk tujuan mempertahankan diri. Fakta ini jelas menunjukkan bahawa konvoi ini adalah benar-benar sebuah konvoi bantuan kemanusiaan yang akan disampaikan oleh sukarelawan-sukarelawan dari kalangan masyarakat awam.

5. Berdasarkan kepada fakta-fakta ini jelas Israel secara biadap telah melanggar undang-undang antarabangsa. Apatah lagi serangan ini berlaku di perairan antarabangsa dan dilakukan ke atas sebuah kapal bantuan kemanusiaan yang tidak bersenjata yang bertujuan aman. Tindakan Israel menginjak-injak prinsip kemanusiaan ini wajar mendapat kutukan dari seluruh masyarakat antarabangsa yang cintakan keamanan dan keadilan.

6. Kami dengan ini menyeru supaya kerajaan Malaysia di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Najid Tun Abd Razak dan juga Datin Seri Paduka Rosmah Mansor sebagai Penaung kepada Tabung Bantuan Kemanusiaan Palestin mengeluarkan kenyataan rasmi mengutuk tindakan biadap dan kejam regim Zionis Israel yang telah bertindak di luar batas kemanusiaan dengan menyerang sebuah flotila kemananan yang bertujuan semata-mata untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Gaza yang teraniaya dan dizalimi sekian lama.

7. Kami juga menyeru PBB supaya mengadakan persidangan tergempar untuk meluluskan resolusi bagi mengambil tindakan paling tegas ke atas Israel, termasuk mengheret pemimpin mereka ke muka pengadilan.

8. Kami juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk menyatakan bantahan dan kutukan paling keras ke atas Israel serta bersedia untuk menyokong apa-apa tindakan yang akan disusun seterusnya bagi menangani isu ini.

9. Kami juga menyeru kepada semua pemimpin-pemimpin politik, pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat seluruhnya supaya bergabung tenaga menyatakan sokongan kepada misi penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dan mengenakan tekanan ke atas Israel yang telah menyerang flotila Gaza sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan di kalangan sukarelawan.

10. Kami seterusnya menyeru agar semua peringkat masyarakat dapat meneruskan doa dan solat hajat di masjid, surau, jabatan kerajaan, atau mana-mana tempat lain yang sesuai bagi memohon agar Allah SWT menjayakan misi bantuan ini dan memberikan kekuatan dan kesabaran kepada para sukarelawan.

Zulkifli Mohd Nani
Pengerusi
Pasukan Pengurusan Krisis dan sokongan keluarga misi LL4G Malaysia

Konvoi Gaza Di Serang - Kenyataan Media CMT-LL4G 1

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah