Sunday, March 25, 2012

Respon dari sebuah pertanyaan…:

Abi(rasa mesra) macamana pula andai kita sering kali mendengar sumber-sumber kekuatan seperti halaqah tarbawi dan juga liqo' tarbiyah, namun kita sering kali juga mengulangi dosa yang sama setiap hari..seperti gagal bangun subuh berjemaah di masjid atau tidur selepas subuh...mohon penjelasan dan taujihat dari Abi...:) .. (Akram Solihin)

Alhamdulillah, persoalan yang baik, ternyata anda amat peduli dengan sikap dan hubungan anda terhadap Allah SWT. Maka syukuri kerana dalam diri anda masih ada cahaya iman yang sensitif dengan dosa dan maksiat. Justeru tugas anda dan kita semua adalah mengaktifkan dinamika iman dan proses memperkukuhkan iman sehingga ia benar-benar menunjam ke dalam akar hati. Iman yang hidup akan membina satu perasaan positifnya kepada Allah, ingat sentiasa kepada Allah, lalu ia tunduk dengan penuh kekerdilan memohon keampunan kepada Allah. Firman Allah SWT:

“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Dalam ayat di atas, hati yang tertarbiyah dengan keimanan akan memberi reaksi negatif terhadap perbuatan dosa-dosanya yang lalu. Kenapa? Kerana dia telah sedar akan akibat dari dosanya iaitu azab yang pedih di akhirat kelak, hatta di dunia lagi kita akan merasa azabnya seperti kehilangan ketenangan dalam jiwa.

Jangan pernah rasa lelah untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah dan jangan pernah rasa selesa saat beramal kerana merasakan diri kita sudah soleh. Berterusanlah kita memohon keampunan sebagaimana Rasulullah SAW telah contohkan kepada kita. Baginda sendiri tidak pernah berhenti beristigfar memohon keampunan dari Allah. Keampunan Allah SWT memang menanti buat kita seluas langit dan bumi, sabda Nabi SAW;

“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Maka, mind set utama buat kita ialah, jangan pernah berhenti merayu keampunan dari Allah SWT, samada saat “mood” untuk beramal kita tinggi apatah lagi ketika iman kita lemah dan longlai untuk beramal.

Kita harus faham bahawa, lamanya berada dalam proses tarbiyah belum menjamin keberhasilan amal yang qawwi jika prosesnya hanya terhenti setakat di halaqah dan program-program semata. Ada satu perumpamaan menarik yang boleh kita gambarkan akan kesuburan tarbiyah seseorang dalam medan halaqah tarbawiyah samada akan melahirkan amal dan tindakan yang qawwi atau tidak.

“Bayangkan kita menanam sebuah tunas pohon di dua tempat. Jenis pohonnya sama, pemberian bajanya sama, kedalaman cangkulnya sama dan kualiti tunasnya juga sama. Namun ternyata kedua tunas itu tumbuh secara berbeza. Pohon yang satu begitu cepat tumbuh dan segera berdaun rimbun serta berbuah lebat, sedangkan pohon yang lainnya tumbuh juga tetapi begitu lambat, daunnya tidak begitu rimbun dan buahnya pun hanya muncul satu dua. Mengapa boleh terjadi sedemikian? Ianya kerana kualiti tanahnya memang berbeza. Tanah yang satu subur hingga mudah menumbuhkan dan menyuburkan tanaman, sedangkan yang lain gersang hingga tidak menumbuhkannya dengan baik.”

Justeru, kita harus muhasabah hati kita, apakah telah kita sediakan tapak semaian yang baik agar ketika melalui proses tarbiyah, benih iman itu akan subur di atas tapak semaian kita atau sebaliknya. Kerana itulah proses tarbiyah memberi fokus kepada perbinaan hati.

Persoalan seterusnya ialah bagaimana untuk mendorong jiwa kita agar bersemangat untuk melakukan amal-amal ibadah setelah jiwa kita tertarbiyah dengan IMAN? Saya cuba mengupas secara ringkas, selebihnya anda bertanyakan juga kepada para alim ulama dan para murabbi yang ikhlas.

Pertamanya saat melakukan amal, maka berdikit-dikitlah kita dalam beramal. Teruslah istiqamah dalam memproses jiwa. Lemah amal kerana jiwa kita yang lemah. Iman itu belum meresap sepenuh pada jiwa kita. InsyaAllah kebiasaan beramal yang sedikit tapi istiqamah akan melahirkan kebiasaan untuk meningkatkan lagi amal kita. Ya, kuncinya adalah istiqamah, walaupun sedikit. Kata ulama, sifat utama yang menghiasi jiwa mukmin adalah berusaha untuk istiqamah, :

-Istiqamah dalam hidayah.
-Istiqamah dalam keikhlasan.
-Istiqamah dalam kesabaran.

Inilah perkara yang terberat bagi setiap mukmin dan bahkan juga para Nabi.
Ayat Al Quran yang membuatkan Nabi Muhammad saw beruban rambutnya adalah perintah untuk istiqamah.

“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (QS Hud : 112)

Manakala inti dari istiqamah adalah kesabaran.

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru RabbNya di pagi dan senja hari, dengan mengharap keredhaanNya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (QS Al Kahfi : 28)

Kedua, binalah keikhlasan dalam beramal. Amal yang ikhlas walaupun sedikit akan memberi kesan yang besar kepada jiwa dan amalan. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang mahu meningkatkan kualiti amalnya hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Sebagai contoh, ketika hadir halaqah tarbiyah atau siri program tarbiyah, jagalah keikhlasan bahawa kita hadir untuk meraih redha allah dan mencari hidayah, inayah dan petunjuk Allah. Pada ketika kita melalukan taubat kita kepada Allah, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Justeru dia juga akan menanam tekad untuk mengukuhkan amalan ibadah yang wajib dan memperkayakan amalam-amalan yang sunat demi untuk meraih redha Allah yang berpanjangan, bukan mengharap pujian dari manusia.

Ketiganya, sentiasalah berdoa dan memohon kekuatan kepada Allah tanpa jemu agar Allah terus memberikan kekuatan kepada kita untuk meningkatkan amal kita sehingga aksi amal fardhu dan sunat itu akan menjadi kebiasaan dalam kehidupan kita seperti solat berjamaah pada setiap waktu, membaca al Quran dan sebagainya.

“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).

Selamat beramal dan semoga Allah berkahi kita semua dengan cahaya iman-Nya.

Soal Jawab: Tarbiyah Tidak Melahirkan Amal?

Saturday, March 24, 2012

Maksud ‘Bercinta’ Sebelum Nikah.

Sebelum menjelaskan soalan-soalan ini, eloklah kita bincangkan sedikit maksud ‘bercinta’ dalam perbincangan ini. Boleh jadi, maksudnya pelbagai dalam fikiran kita semua. Perbezaan maksud ini lumrah berdasarkan maksud yang difahami oleh masyarakat setempat, pengalaman, realiti, pendapat, fikiran dan latar belakang yang berbeza-beza.

Biasanya, tulisan ilmiah lebih menekankan penggunaan bahasa Melayu tinggi. Segala makna akan dirujuk di dalam kamus.

Manakala tulisan dakwah, lebih selesa menggunakan bahasa yang dekat dengan masyarakat sebagai sasaran dakwah. Di sini, kadang kala timbul dilema. Para ulama mempunyai manhaj yang istimewa dalam menangani dilema ini.

Kamus Dewan, edisi keempat (2007) memberi definisi ‘bercinta’ itu ialah:

1. menaruh rasa cinta atau berahi

2. berasa rindu.

Begitu juga Kamus Lisaanul Arab.

Masyarakat kita pula rata-rata memahaminya sebagai komitmen sepasang kekasih. Lebih terperinci, masyarakat akan menamakan seseorang ini sedang ‘bercinta’ apabila:

· Terlalu kerap sms pasangannya walaupun tiada keperluan.

· Selalu bergayut di telefon meskipun tiada urusan.

· Selalu mengatur ‘dating’ walaupun tiada mahram.

· Berpegangan tangan.

· Membonceng motor bersama.

· Menaiki kereta berdua-duaan kecuali teksi.

· Keluar tengok wayang bersama-sama.

· Keluar menyanyi dan menari.

Kamus Dewan mengistilahkan perbuatan berkasih-kasihan, bercengkerama dan bercumbu-cumbuan sebagai ‘bercinta-cintaan’. Istilah ini jarang disebut oleh masyarakat kita. Mereka lebih senang menyebutnya sebagai ‘bercinta’. Setuju tak?

Manakala perbuatan menjalin hubungan cinta kasih dengan teman lelaki dan wanita diistilahkan oleh Kamus Dewan sebagai ‘berpacaran’. Istilah ini juga kurang popular disebut dalam perbualan harian masyarakat umum di Malaysia. Dalam lagu adalah. Istilah ‘berpacaran’ lebih popular di kalangan masyarakat Indonesia. Orang Malaysia lebih suka menyebutnya sebagai ‘bercinta.’

Jadi apa sebenarnya makna ‘bercinta’?

Mengikut ‘manhaj’ para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasarkan hakikat atau intipati benda yang dinamakan itu. Kaedah menyebut, “Al-Ibrah bilmusammayaat laisat bil asma’.”Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.

Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkannya secara berlainan.

Contohnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti ‘hotdog’. Tapi hakikatnya baik iaitu daging yang enak. Maka ‘hotdog’ dikira baik sebab hakikatnya baik.

Contoh yang lain, andai sesuatu perkara itu lafaznya baik seperti ‘bunga’ atau ‘faedah’. Tapi hakikatnya buruk iaitu riba. Maka ‘bunga’ atau ‘faedah’ dikira buruk sebab hakikatnya buruk.

Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti ‘bercinta’. Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pengamatan kasar penulis, rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz ‘bercinta’ itu dengan memahami hakikatnya sebagai ‘berpacaran’.

Maka, ‘bercinta’ yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah. Jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah.

‘Bercinta’ yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah intipati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya, lebih menghampiri fitnah?

Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’, beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau,

“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.”

Sudah tentu, bercinta secara syubhah itu syubhah. Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram.

Fikrah Pertengahan

Islam agama yang memahami fitrah. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah cinta seperti merahibkan diri.

Islam juga mengutuk fitrah cinta yang disalur dengan menghampiri zina. Inilah yang sering diajar oleh kebanyakan media (tidak semua). Islam lebih-lebih lagi mengutuk fitrah cinta yang diumbar dengan nafsu syahwat seperti mana yang berlaku di Barat. Akibatnya, kecelaruan nasab begitu parah di sana.

Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah. Bercinta selepas nikah memang seronok. Usung ke hulu ke hilirpun, tiada siapa nak marah.

Pernahkah kita merujuk apa kata ulama muktabar tentang ‘bercinta’ sebelum nikah?

Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya,

“Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa’ rashidun serta para sahabat baginda yang memperolehi hidayah, yang telah diarahkan oleh baginda SAW agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat.”

Tidak Bercampur Kecuali Atas Dasar Urusan

Mari kita teliti poin-poin penting yang boleh kita amalkan dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

1. Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.

2. Wanita tidak dihalang dari menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang).

4. Merasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan.

5. Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.

6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.

7. Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang.

8. Mengelakkan diri daripada khalwat.

Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Tentang ‘Bercinta’

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata,

1. Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan 'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud 'bercinta'.)

2. Ramai orang yang memulai cara bercinta ini dengan cara yang tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.

3. Pacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.

4. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.

5. Banyak situasi seperti ini berdampak kepada hal-hal yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.

6. Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab keduanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.

7. Lebih dari itu, kadang-kadang pacaran dilakukan oleh dua pihak yang tidak serasi dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga keduanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tanpa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-keping dan jiwa tertekan.

8. Saya melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara yang dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.

9. Perkara yang sesuai dirisik ialah: adakah sesuai antara keduanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika dilihat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya dari salah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain sebagainya.

10. Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen) datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya, jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat di hatinya.

11. Apabila kapak telah menancap di kepala, pada saat itu keluarga hendaklah melihatnya dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat mereka dan menolak orang yang melamarnya tanpa sebab.

12. Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, “Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau nikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.

13. Yang paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adalah agama dan akhlak, dan keduanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang muslimah. (Fatawa Mua’sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349).

Kesimpulan

Subhanallah! Luasnya skop kupasan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkenaan isu ‘bercinta’. Tidak terkurung dari kaca mata hukum fekah semata-mata. (Hukum fekah adalah soal batas minimum yang tetap ada kepentingannya). Bahkan memberi panduan terhadap aspek perlaksanaan hukum secara ideal. Ini yang seringkali kabur di mata masyarakat.

Kupasan sebegini lebih membumikan kita kepada amal dan perlaksanaan dalam realiti hari ini. Tidak lagi tersepit dalam kekeliruan antara hukum dan perlaksanaan hukum. Perlaksanaan hukum mestilah mengambil kira hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia unLinktuk mendapat impak yang lebih hebat, di dunia dan di akhirat.

Lebih istimewa, Pengerusi Majlis Ulama Sedunia ini memberikan pandangan yang pertengahan antara golongan yang memberat-beratkan dengan golongan yang bermudah-mudah.

Batasan pergaulan yang Islam gariskan banyak kebaikannya. Ia bukan sahaja memelihara kehormatan bahkan juga melindungi daripada punca-punca keruntuhan, keretakan dan kebimbangan. Lebih jauh daripada itu, batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan.

Petikan tulisan dari blog Ukhti Fatimah Syarha Noordin (http://sebarkanbahagia.blogspot.com)

Remaja: Pelajari Tentang CINTA

Saya rasa terkedu seketika saat saya mengkaji kehidupan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin sempena memperingati kesyahidan beliau pada 23 Mac 2004 yang lalu. Nafas saya tersentak seketika terutama ketika anak beliau, Mariyam Ahmad Yasin menceritakan tentang corak kehidupan ayahnya.

“Rumah ayah terdiri dari 3 bilik dengan jendela yang sudah rapuh. Rumah ini sangat sederhana sekali. Ini fakta bahawa ayahku tidak mencintai dunia, namun cintakan akhirat .Ramai yang menawari beliau untuk memiliki sebuah rumah besar seperti para kepimpinan negara yang lain, namun ditolaknya. Bahkan pernah suatu ketika, kerajaan Berkuasa Palestin memberikan sebuah rumah besar di suatu kampung mewah di Gaza, Namun tawaran itupun di tolaknya, dan ayah tidak peduli dengan perbagai bentuk tawaran kesenangan duniawi.

Rumah kami sangat sempit. Tidak ada lantai, dapurpun ala kadarnya. Jika musim dingin, kami kedinginan. Namun jika musim panas tiba, kami pun kepanasan. Ayah sama sekali tidak memikirkan untuk menambah besar rumahnya. Ayah justeru sibuk mempersiapkan rumah di akhiratnya. Walau apapun keadaan kami, Alhamdulillah, kami cukup sabar, kerana kami percaya, InsyaAllah, kami akan melihatnya lagi di syurga-Nya nanti. Untuk itulah kami juga sangat berharap beroleh mati syahid seperti beliau.”

Simple, sederhana, zuhud tapi tetap bahagia. Begitulah seorang mukmin melihat kehidupan dari kacamata akhirat. Hari ini, manusia tidak pernah puas dengan kehidupan materialnya, sehingga siang malam hidupnya semata untuk membina mahligai indah yang besar. Pernah satu masa lalu dihebohkan di dalam akhbar, seorang pemimpin negeri di sebuah negeri memiliki sebuah rumah besar dengan lebih 25 buah bilik di dalamnya. Sedangkan anaknya tidak sampai 7 orang. Tidak salah berumah besar ibarat mahligai, tetapi apakah berbaloi nanti saat di"audit" oleh Allah SWT kelak di akhirat sana.

Saya juga kagum dengan sikap anak as-syahid. Tidak merasa lemah dan rendah diri dengan apa yang telah ayahandanya sediakan untuk diri dan keluarganya. Malahan merasa izzah (mulia) dan bercita-cita untuk mencontohi ayahnya berjihad di jalan Allah. Bagaimana pemikiran dan sikap anak-anak kita saat ini? Apa yang telah mereka pelajari dari kita sebagai ibu dan ayah mereka? Apakah dengan limpahan kebendaan dan kesenangan yang kita curahkan akan melahirkan anak yang thabat dan bercita-cita tinggi untuk mewarisi risalah tauhid yang mulia ini? Sudahkah anak kita tertarbiyah dengan kepayahan perjuangan, zuhud terhadap dunia, cinta pada akhirat dan sekadar melihat dunia sebagai jambatan ke syurga Allah? Persoalan-persoalan ini terlebih dahulu saya tujukan buat diri saya sendiri....

Buat para remaja dan belia, janganlah membesar sebagai generasi yang manja, generasi yang menjadikan kebendaan sebagai ideologi kehidupan. Generasi yang tidak dibiasakan dengan kepayahan sering melupakan nikmat dan tuntutan jihad, kerana jihad bererti meredah kepayahan. Saat di sekolah dan di universiti, mereka yang manja dengan kehidupan akan belajar ala kadar dan takat lulus. Tetapi mereka yang dimuliakan dengan Iman dan Islam akan berjihad menuntut ilmu untuk ummat, agama dan akhirat. Dia akan tabah, bahagia dan sentiasa syukur pada Allah.

Penyakit cintakan dunia telah membarah ke semua peringkat, dari tingkat kepimpinan sehinggalah kepada masyarakat bawahan. Dari kalangan tua, begitu juga pada yang seusia dini. Baik kalangan cendikiawan, sang ulama dan sang da'i juga tidak terlepas dari percikan cinta dunia. Tidak hairanlah apabila Rasulullah SAW bersabda;

“Kalau begitu, bergembiralah dan berharaplah memperoleh sesuatu yang melapangkan diri kalian. Demi Allah, bukan kemiskinan yang aku khuatirkan akan menimpa diri kalian. Akan tetapi, aku khuatir jika dunia ini dibentangkan untuk kalian sebagaimana ia dibentangkan untuk orang-orang sebelum kalian sehingga kalian berlumba sebagaimana mereka berlumba, dan akhirnya kalian hancur sebagaimana mereka hancur.” (HR Muslim dan al-Bukhari ),

Perhatikan hadis berikut ini:
“Andai saja kamu mengetahui, apa yang engkau akan lihat saat kematianmu, tentulah engkau tidak akan memakan segigit pun hidangan idamanmu, dan pula engkau tidak akan meminum lagi minuman lazat untuk memuaskan rasa dahaga mu yang tak terpuaskan” (HR Ahmad dari Abu Dharda)

Saya melihat keresahan manusia saat ini kerana mereka berpaling dari Allah dan selalu terjerumus dalam cinta dunia yang melewati batas. Setiap kali ia kehilangan dunia, ia merasa gelisah luar biasa. Adapun mukmin yang cintakan Allah akan selalu tenang menghadapi hidup, kerana hidupnya penuh dengan keredhaan menerima ketentuan Allah. Apa pun yang telah ditakdirkan baginya akan selalu diterima dengan penuh kerelaan. Jika berdoa namun tidak diterima, tak terlintas dalam kalbunya kecaman kepada Sang Khaliq, kerana ia sedar bahawa dirinya hanyalah hamba yang diatur oleh "Tuan"nya. Yang penting baginya adalah mengabdi sebaik-baiknya kepada Sang Khaliq.

Dari situ akan muncul sifat tidak tamak dalam mengumpulkan dunia dan tidak berpura-pura untuk mendapat simpati manusia serta tidak larut dalam gelombang hawa nafsu. Dalam dirinya telah tertanam satu keinginan untuk mencapai yang kekal dengan mengorbankan yang fana.

Artikel penuh saya "Menelusuri Pahlawan Atas Kerusi Roda (1938 – 22 Mac 2004" boleh diikuti di web http://langitilahi.com/7881

Motivasi Kehidupan: Belajar Bersederhana Dengan As-Syahid Syeikh Ahmad Yasin

Friday, March 23, 2012

Salam sejahtera, diiringi limpah kasih Ilahi
Istimewa untuk seluruh puteri-puteri Islam sejati!

Di mana jua kalian berada, di seluruh pelusuk bumi tercinta... ibu ziarahi hati kalian,
dengan membawa bingkisan ubudiyah sepanjang hayat.

Moga tautan hati-hati kita ini akan mempersaksikan sepenuhnya tanggungjawab menyebarkan kebenaran deen Allah.

Ingatlah selalu sebuah hakikat keistimewaan;
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah daripada mungkar dan beriman kepada Allah” (QS Ali-Imran:110)

Allah juga berfirman yang bermaksud;
“Dan demikianlah pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi (atas perbuatan) manusia dan agar Rasulullah SAW menjadi saksi (atas perbuatan kamu)”. (QS Al-Baqarah:143)

Puteri-puteri serikandi!
Fahamilah sesungguhnya Allah telah menjadikan umat Islam sebagai umat istimewa dengan diberi peranan kepimpinan. Selaku guru (murabbi) dan hakim kepada seluruh manusia di dunia. Ini juga merupakan kesinambungan dari tugas dakwah Rasulullah SAW. Semua ini merupakan tugas agong, mulia, tinggi darjat serta disediakan ganjaran yang besar di sisi Allah. Dengan melaksanakan tugas sedemikian kita akan sarat dengan bekalan taqwa serta beroleh jaminan dari Allah SWT;

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri”. (QS Fussilat: 33).

Puteri-puteri Islam sejati!

Usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW dimulakan dengan menerapkan nilai Islam ke dalam diri sendiri. Serentak dengan itu mengajak dan mengumpul keluarga dan sahabat terdekat. Mengajak dan mengumpul diiringi pula dengan usaha membentuk. Dengan kata lain, mengumpul dan membentuk mesti berlaku serentak. Nilai yang diterapkan mestilah nilai Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW.

Dalam usaha besar ini kita perlu mengambil satu kaedah yang tepat:

‘PERBAIKI DIRI KAMU DAN SERULAH ORANG LAIN’.

dan

‘TEGAKKANLAH DAULAH ISLAM DI HATIMU, NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DI ATAS MUKA BUMI’.

Para penyeru kebenaran (da’i) dan pendidik kebenaran (murabbi) adalah ibarat bintang-bintang yang menerangi kegelapan malam. Mereka juga merupakan pemimpin yang membawa petunjuk kepada umat manusia yang teraba-raba mencari jalan kebenaran.

Tanpa da’i dan murabbi, manusia seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan kejahilan dan menjadi mangsa syaitan dan hawa nafsu. Oleh itu barisan duat (pendakwah) dengan berbekalkan iman dan taqwa, menyeru manusia kepada kebenaran Islam melalui;

Lisan yang jujur.
Hati yang tabah.
Akhlak yang mulia.

Manusia seluruhnya terlebih dahulu menilai kualiti syakhsiyah pada diri penyeru dan penyampai sebelum mendengari ucapan dan ajakan. Dakwah (seruan) dan syakhsiyah sentiasa bertaut rapat, umpama ruh dan jasad. Tingkah laku dan amalan penyeru dan pendidik adalah cermin kepada seruan mereka. Oleh itu mestilah didahului membina;
QUDWAH HASANAH (CONTOH YANG BAIK)

Yakinlah puteri-puteriku,
Seruan kebenaran yang disertai contoh tingkah laku yang baik, akan menyebabkan manusia tertarik untuk mempercayai dan mengikutinya. Sentiasalah meletakkan diri kalian di dalam situasi;

Beramal soleh, supaya tidak menjadi ‘alim yang berbuat maksiat.
Berilmu, supaya tidak menjadi ahli ibadah yang jahil.

Dari itu praktikkanlah langkah-langkah untuk melahirkan qudwah hasanah;

Sentiasa berhubung dengan Allah dan memohon pertolonganNya. Dengan pertolongan Allah jua da’i diberi hidayah untuk beramal sesuai dengan seruannya. Juga melalui usaha-usaha da’i, Allah izin terbuka hati manusia lain menerima kebenaran Islam.
Khuatirkan kemurkaan Allah SWT. Da’i tidak wajar memperkatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Tidak sepatutnya memberi nasihat, tetapi tidak menerima nasihat orang lain. Jika demikian da’i akan dimurkai Allah.
Benar dan jujur terhadap diri sendiri. Da’i mestilah bersikap siddiq dan istiqamah. Amalannya selari dengan percakapannya.
Sentiasa bermuhasabah dalam segala urusan dan gerak-gerinya. Bahkan di dalam diamnya dia menilai segala kekurangan amal dan kesalahannya kerana takutkan kemurkaan Allah.

Sentiasa menghisab dan menilai diri sendiri;

Apakah yang telah dilihat oleh matanya, didengar oleh telinga dan diperbuat oleh tangan.
Ke mana kakinya telah melangkah dan apa yang telah masuk ke dalam perutnya?
Adakah dia menjaga perasaannya agar tidak larut dalam angan-angan yang panjang?

Puteri-puterku yang gigih menyeru kepada kebenaran; semuanya ini mestilah ikhlas untuk semata-mata beroleh keredhaan Allah.

Di samping itu, seperkara lagi yang juga penting dalam setiap usaha dakwah seorang da’i ialah; cara bertutur-kata dan penampilan diri.

Pada dasarnya jiwa manusia mudah cenderung dan tertarik dengan penampilan yang menarik. Dalam pengurusan perniagaan,biasanya pesoliti pemasaran yang dipilih dari orang yang punya penampilan menarik seiring dengan produk bekualiti. Seruan dakwah juga merupakan satu tawaran ke arah memilih sebuah sistem hidup berkualiti. Justru itu perlu dipamerkan akhlak, kepribadian dan penampilan terpuji dan menarik. Dengannya setiap diri cuba didekati akan terpaut hati oleh kelembutan jiwa dan pantulan wajah ikhlas serta penampilan simpatik.

Perkara ini bukanlah hanya teori, malahan memang telah Rasulullah SAW perlihatkan dan praktikkan di kalangan sahabat-sahabat baginda.

Sewaktu baginda SAW mengutus perwakilan menemui Heraklius, penguasa Romawi; sahabat baginda Dahyah al-Kahbi dilantik menjadi ketua rombongan. Dia mempunyai tubuh yang segak dan wajah yang tampan. Selain beliau, turut sering terpilih sebagai perwakilan dakwah ialah Mus’ab bin Umair r.a dan Ja’far bin Abu Thalib r.a. Telah terbukti dalam sejarah kegemilangan Islam, sahabat-sahabat tersebut mampu melaksanakan peranan yang diberi berbekalkan penampilan yang menyejukkan pandangan.

Puteri-puteri Islam Harapan!
Ketahuilah, penampilan peribadi terpuji akan mendorong orang yang memandang dan memerhati jadi ‘jatuh hati’. Dalam medan kehidupan ini, terdapat juga sebahagian orang yang mempercayai tafsiran pandangan matanya. Sehubungan dengan itu fahami maksud sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih –sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya”.

Pandangan yang dimaksudkan di sini ialah pandangan dari hati yang mengajak berbicara dengan lemah-lembut. Pandanagn sedemikian hanya wujud dari perasaan tulus yang penuh kasih-sayang kerana Allah. Kemudiannya akan terpantul pada wajah dan airmuka. Bilamana mata terpandang kemesraan pada wajah, hati dengan pantas rela menerima ajakan dan cadangan.

Senyuman juga adalah gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan memancar pada wajah seperti kilatan cahaya. Seakan-akan memanggil sehingga hati yang mendengar akan terpikat. Senyuman yang dibuat-buat tidaklah sama dengan senyuman yang tulus ikhlas. Ianya ibarat bunga yang mekar ditangkainya , indah dipandang mata. Harum pula baunya hingga jiwa terpesona dan hati lantas terpaut. Ini dapat dijelaskan melalui maksud hadis RasulullahSAW;
“Kamu tidak dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia”.

Wassalam.
Ummu Anas.
Ibu yang sentiasa mendoakan ketaqwaan kalian
.

Remaja: Jom Baiki Diri dan Ajak Kawan-Kawan Yang Lain

Thursday, March 15, 2012

Risalah daripada Prof. Dr. Mohammed Badi’ Mursyid Am Ikhwan Muslimin 1/3/2012

Segala puji bagi Allah Raja yang paling berkuasa dan gagah perkasa, yang telah menundukkan tengkuk Firaun. Dialah yang memberikan kerajaan kepada orang-orang yang dikehendaki dan melucutkan kerajaan kepada orang yang dikehendaki-Nya. Selawat dan salam ke atas sebaik-baik makhluk Allah, pemimpin kita, ketua kita dan contoh teladan kita, Muhammad SAW..

Dan seterusnya.

Walaupun telah berlalu hampir setahun kebangkitan rakyat Syria yang dikasihi untuk menuntut hak-hak mereka yang sah kepada kebebasan, kemuliaan, keadilan dan persamaan, yang selari dengan tuntutan rakyat Arab yang lain dalam revolusi “Arab Spring”. Rejim Syria yang kejam telah menolak - dengan penuh kemarahan, penipuan dan kesombongan – untuk memenuhi tuntutan-tuntutan ini, malah telah bertambah teruk hingga sampai ke tahap membunuh beribu korban dan menyeksa puluhan ribu, menghalau, melakukan pembunuhan beramai-ramai dan mengalirkan dengan deras sungai darah yang suci, mensabotaj dan memusnahkan infrastruktur banyak bandar-bandar.. Walaupun wujud seruan yang berterusan dari kebanyakan negara di dunia yang meminta rejim Syria supaya memenuhi permintaan rakyatnya.

Zaman telah berubah. Rakyat adalah tuan kepada ketetapannya sendiri. Selepas hari ini mereka tidak akan menerima rejim yang menentukan masa depan mereka dan berjalan mengikut kehendaknya. Sungguhpun demikian, rejim Syria yang kejam masih melakukan kekerasan dalam tindakannya, telah mengikut jejak langkah syaitan dan tenteranya sehingga kejahatan rejim sampai kepada darjat yang paling rendah. Tiada lagi keamanan dan keselamatan kepada warganya dan tiada lagi pelindung kepada penduduknya, malah telah menjadi satu contoh kezaliman, kekejaman, kekerasan dan keganasan dalam bentuk yang paling dahsyat.

Telah buta matanya dari melihatkan kekejamannya, telah pekak telinganya dari mendengar kekacauannya. Benarlah kata-kata Allah SWT di dalam firman-Nya bermaksud:

“Kemudian apabila ia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah ia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia); sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. Dan apabila dikatakan kepadanya: “Bertaqwalah engkau kepada Allah” timbulah kesombongannya dengan (meneruskan) dosa (yang dilakukannya itu). Oleh itu padanlah ia (menerima balasan azab) neraka jahannam dan demi sesungguhnya, (neraka jahannam itu) adalah seburuk-buruk tempat tinggal.” (Surah Al-Baqarah: 205-206) ,

Akibat dari kemurkaan Tuhan rejim Syria tidak lagi dapat mendengar seruan orang-orang yang ikhlas dan tidak lagi dapat mengambil teguran dari orang-orang yang memberi nasihat. Malah berterusan dalam dasar-dasar politik terkutuk yang telah melemahkan dasar-dasarnya dan memusnahkan tunjangnya di mana rejim percaya bahawa ia masih kukuh kerana meniru politik ala Firaun terdahulu yang diperbaharui pada setiap zaman dengan melakukan kekerasan dan kekejaman:

“Kita akan membunuh anak-anak lelaki mereka dan kita biarkan hidup anak-anak perempuan mereka, dan kita tetap menguasai (menundukkan) mereka”. (Surah Al-A’raf: 127).

Sesungguhnya darah para syuhada, deritanya orang-orang yang tercedera, mengerang kesakitan orang-orang yang diseksa, menghidu bau api, ubat bedil dan meriam, pelbagai cara penindasan dan penyeksaan adalah kecelakaan dan laknat yang Allah balikkan ke atas semua kerajaan yang kejam dan ingkar. Ini menandakan tentang kehilangan takhta mereka dan kuasa mereka untuk selama-lamanya dan menjadi paku terakhir kepada keranda rejim yang selama ini dipercayai ramai orang bahawa ia adalah tuan kepada rakyatnya dan bukan pekerja, dan seterusnya mengangkat dirinya bahawa rakyat perlu untuk berlutut kepadanya kerana menuruti jejak Firaun apabila dia berkata:

“Dengan berkata: “Akulah tuhan kamu, yang tertinggi”. (Surah An-Naaziat: 24).

Kami telah menolak dari awal lagi dasar politik rejim di Syria dan cara menangani revolusi dari rakyatnya, mengasari kehendak dan permintaan rakyat Syria yang dikasihi. Kami serta orang lain meminta rejim supaya memenuhi tuntutan rakyat dan menjalankan peranannya dalam memberikan perlindungan dan perkhidmatan, rakyat tidak diganyang dan dibunuh, memelihara sumber negaranya, tidak dimusnahkan dan tidak dirampas. Namun, rejim Basyar tidak mahu menerima nasihat seorangpun, beliau menyangka bahawa melepasi sempadan dalam pembunuhan, kekejaman dan kerosakan di muka bumi akan memadamkan Revolusi Syria diberkati dalam sehari dan akan membuat rakyat Syria melutut dan berundur.

Namun, pedulilah!! Beliau terlupa bahawa darah pasti memarakkan revolusi dan setiap kali rejim melepasi sempadan dalam darah, maka semakin dekat kepada penghujung kerajaannya yang akan menjadi pengajaran seumpama rejim-rejim yang mendahuluinya, seperti rejim zalim di Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman, mahupun sebelum mereka seperti Firaun dan Haman serta Haile Selassie dan lain-lainnya yang telah melakukan kezaliman dan kekejaman lama dahulu!!

Mesej kepada rakyat Syria yang dikasihi ..

Wahai warga mulia yang memiliki sejarah, keunggulan dan kemuliaan Arab dan Islam .. Allah mendengar anda dan melihat anda berdoa; "Ya Allah! Tiada lagi tempat kami meminta pertolongan selain Engkau, Wahai Allah!" dan anda menyerahkan para syuhada setiap hari dan tidak sedikit darah anda yang terkorban demi kebebasan anda. Demi Allah, bersumpahlah dengan ketinggian dan keagungan-Nya supaya Allah menolong anda walaupun selepas beberapa ketika .. Sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat dengan izin-Nya. Oleh itu, janganlah merasa lemah dan janganlah berdukacita. Bersatulah. Anda hendaklah menjadi hamba Allah yang bersaudara, kerana perpaduan anda adalah rahsia kekuatan anda. Mintalah pertolongan dan bantuan dari Allah. Dialah yang Maha Berkehendak dan Maha Berkuasa mengatasi hamba-hambaNya. Laksanakanlah punca kemenangan dalam diri anda sendiri sebelum terlaksana kemenangan di negeri anda. Satukanlah barisan anda dan usaha anda;

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugama-Nya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” (Surah As-Soff: 4),

Jadikanlah pimpinan anda sebagai matlamat anda,. Dahulukanlah kepentingan tertinggi untuk tanahair tercinta mengatasi kepentingan peribadi. Peliharalah revolusi aman anda. Janganlah anda menerima campur tangan asing dalam urusan anda. Pergunakanlah saluran media dan tawarkanlah hak-hak anda dalam semua forum antarabangsa dan serantau dan kepada semua kuasa-kuasa dan pertubuhan di semua negara.

Ketahuilah bahawa pertolongan itu datang dari Allah. Allah penolong kepada orang yang menolong-Nya;

“Dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong ugamaNya (ugama Islam); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa; (Surah Al-Hajj: 40)

Justeru, tolonglah Allah dalam diri anda dan dalam realiti sebenar supaya anda memperolehi keredhaan Allah, mendapat pertolongan dan bantuanNya dari arah yang tidak disangka-sangka. Allah menurunkan bala tentera yang tidak akan dapat anda lihat. Janganlah sekali-kali rejim yang zalim menipu anda dengan kekuasaan, kekerasan dan kekejaman mereka, kerana;

“Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Baqarah: 245),

Oleh itu, ikhlaskanlah kepada Allah dan bersabarlah kerana pertolongan dan kemenangan bersama dengan kesabaran seketika.

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (Surah Ali-Imran: 200).

Untuk rejim Syria yang kejam ..

Jika masih ada pada diri anda perasaan malu, maka malulah kepada Tuhan mu dan takutlah kepadaNya dalam kehambaan. Janganlah lupa bahawa anda adalah pekerja kepada rakyat anda. Peliharalah sumber negara yang masih tinggal dan tunaikanlah tuntutan-tuntutan mereka yang sah. Penuhilah kemahuan rakyat supaya menyerahkan kuasa anda kepada orang yang disukainya dan dipilih atas kehendaknya sendiri secara bebas. Hentikanlah pertumpahan darah dan pemusnahan bandar dengan senjata berat yang tidak digunakan terhadap perampas Bukit Golan, musuh Allah dan musuh kita. Bagaimana anda menghabiskan peluru-pelurunya terhadap warga negara anda yang tidak bersalah dan tidak bersenjata. Semoga Allah berikan kebaikan kepada orang yang berkata:

Untuk mendapatkan kebebasan warna merah berada di muka pintu
Setiap tangan yang berlumuran darah cuba mengetuk

Ketahuilah bahawa malam-malam itu ada tempoh dan orbit terus berputar. Dunia bukanlah sebuah negeri yang kekal..

“Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) (Surah Ali-Imran: 140),

Oleh itu, jenayah yang dilakukan tidak akan diampunkan dengan sebab masa yang lama dan rakyat tidak akan lupa untuk membalas balik bagi pihak para syuhada yang suci ..

“Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku).” (Surah Ibrahim: 42)

Sesungguhnya jenayah anda telah mengatasi jenayah yang pernah berlaku di mahkamah darurat di Eropah pada Zaman Pertengahan, jenayah para diktator dan zalim semasa sejarah hitam. Anda telah melakukan pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan dan penangkapan yang ganas, tiada lagi belas kasihan dan kasih sayang walaupun ke atas wanita, kanak-kanak dan warga tua, kesombongan dan membuli yang lemah, tidak bersenjata daripada kanak-kanak, warga tua mahupun wanita, membalas dendam dengan menghinakan mereka, memalukan dan memijak-mijak maruah dengan yang hati keras membatu.

Ketahuilah bahawa sunnah Allah pasti akan berlaku iaitu dengan memberikan kehinaan kepada rejim yang kejam dan para penindas di dunia ini sebelum di akhirat ..

“Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.” (Surah Al-Baqarah: 114)

Kesombongan akan dituruti dengan kehinaan. Begitulah sunnah Allah dan anda tidak akan mendapati sebarang perubahan tentang sunnah Allah.

“Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat (terhadap Rasul itu), sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ” Sunnatullah ” (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ” Sunnatullah ” itu. (Dan sebagai buktinya): tidakkah orang-orang (yang tidak mahu beriman) itu telah mengembara di muka bumi, lalu mereka menyaksikan bagaimana kesudahan orang-orang kafir yang terdahulu dari mereka, sedang orang-orang itu lebih kekuatannya dari mereka? Dan (sudah tetap) bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; sesungguhnya Ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa. Dan kalaulah Allah mengirakan kesalahan manusia serta terus menyeksa mereka disebabkan amal-amal jahat yang mereka telah kerjakan, tentulah la tidak membiarkan tinggal di muka bumi sesuatu makhluk yang bergerak; akan tetapi (dia tidak bertindak dengan serta merta, bahkan) Ia memberi tempoh kepada mereka hingga ke suatu masa yang tertentu; kemudian apabila sampai tempoh mereka (maka Allah akan membalas masing-masing dengan adilnya), kerana sesungguhnya Allah sentiasa Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (Pencipta).

Kepada rakan sejenayah dengan rejim Syria ..

Sesiapa yang menghulurkan tangan membantu rejim yang tercemar, maka tangannya turut terpalit dengan darah saudara-saudara kita orang Syria yang akan membayar harga untuk itu secara politik, populariti dan undang-undang. Rakyat tidak lagi menerima campur tangan duta asing dalam hal ehwal dalaman dan sokongan duta kepada rejim pembunuh, berdiri di sebelahnya dan menyokongnya sama ada dalam forum antarabangsa atau menghantar bantuan seperti tentera pada masa-masa tertentu.

Jelasnya kehendak rakyat terus kuat dan kekal. Kepentingan yang sebenar adalah untuk rakyat, bukannya kepada rejim-rejim yang zalim dan pembunuh kepada rakyatnya. Kesedaran rakyat lebih utama daripada diperdaya dengan alasan-alasan bodoh atau hujah-hujah yang menjijikkan. Kepada negara-negara yang menyokong rejim ini akan menanggung akibat dari penolakan rakyat kepadanya, memulau dan mengklasifikasikannya sebagai negara yang menyokong pembunuh, penindas, perosak dan pemalsu.

Kepada rejim-rejim Arab ..

Terimalah tanggungjawab anda di hadapan Allah, kemudian di hadapan rakyat-rakyat anda tentang rakyat Syria. Marilah menyebelahi kehendak rakyat anda dalam menghentikan jenayah-jenayah rejim Syria dengan cara yang efisien dan berkesan untuk memelihara dan melindungi nyawa dan memulaukan rejim apartheid yang jahat ini, menjauhkan dari jawatankuasa yang tiada pendirian dan membenarkan rejim melakukan jenayah yang lebih teruk terhadap kemanusiaan.

Peranan anda diperlukan waktu ini lebih daripada sebelumnya, iaitu dengan menjalankan kewajipan dalam menghadapi isu Syria, memimpin gerak kerja dengan bersungguh-sungguh dalam menyokong revolusi di Syria, memberi tekanan kepada rejim untuk memaksanya mematuhi tuntutan-tuntutan rakyat Syria, dan kewajipan untuk menyediakan bantuan makanan dan sokongan moral kepada rakyat Syria dan pihak pembangkang di negara itu; demi mencapai kemenangan kepada matlamat yang ditetapkan.

Apa yang berlaku di Syria tidak membolehkan kita lupa apa yang sedang berlaku di atas bumi Palestin yang diberkati seperti usaha pro aktif rejim Zionis untuk mengyahudikan al-Quds, merobohkan Masjid Al-Aqsa dan menukar struktur demografi Palestin. Kita masih berhadapan - dan akan terus berhadapan - dengan semua kekuatan kita dan semua orang-orang Arab dan orang Islam mahupun semua kerajaan ada di dunia.

Mungkin perutusan penting yang disampaikan dalam masjid Al-Azhar semasa kunjungan Ismail Haniyeh, Perdana Menteri Palestin dalam forum Al-Azhar menjadi simbolik kerjasama erat al-Aqsa dan Al-Azhar dan semua orang-orang Arab dan Islam kepada isu-isu setempat dan serantau yang besar sehingga isu seluruh dunia. Ini kerana Palestin adalah jantung umat. Janganlah berfikir bahawa keprihatinan terhadap mana-mana Negara dengan masalah-masalah dalaman akan melupakan isu-isu yang menjadi pemusatan ..iaitu Palestin tercinta, Palestin yang mulia dan bermaruah.. Oleh itu, kebebasan, kemajuan dan kebangkitan kita seluruhnya adalah bertujuan untuk menyokong Palestin dan rakyatnya dan menyokong mereka sehingga mereka mendapat hak-hak mereka yang dirampas.

Semoga Allah melindungi tanahair kita dan rakyat kita, dan menolong saudara kita di Syria dan Palestin dan di mana-mana negara dalam mencari kebenaran, kebebasan dan kemerdekaan. Semoga Allah membantu kita sehingga tercapai kebaikan untuk agama, negara dan rakyat kita. Kebenaran tidak akan di sebalik permintaan ..

“Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.” (Surah As-Syu’ara’: 224).

Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Segala puji hanya bagi Allah Tuhan seluruh alam. Allah yang Maha Besar dan kepada Allah segala pujian.

Syiria: Bersabarlah! Kemenangan Datang Melalui Kesabaran

This entry was posted in :

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah