Monday, April 16, 2007

Buktikan Kecintaan Antara Suami & Isteri


Buktikan Kecintaan Antara Suami & Isteri


Suami kepada isteri di awal perkahwinan biasanya amat mesra bergaul. Kata-katanya pun diatur sedemikian rupa agar tidak menyinggung perasaan sang isteri si jantung hati. Setiap benda atau simbol maknawi dikomunikasikan dengan bahasa lubuk hati. Rasa kasih namanya. Begitu pula sang isteri menyusun tutur dan sikap kasih suami dengan penuh sentimental. Oh, betapa indahnya hidup ini. Inilah gambaran hidup sang pengantin baru. Mungkinkah kasih sayang tertambat abadi dalam lubuk hati yang dalam ?

Bagi pasangan muslim, gambaran cinta mesra adalah suatu yang perlu dititikberatkan. Ia perlu dipertahankan, malahan menjadi kewajiban nilai menutupi ketidaksukaan suami kepada kelemahan isteri. Bukan sekadar ungkapan di bibir.

Sabda Rasulullah saw.

“Dia tidak pernah mencela suatu makanan, jika dia suka ia makan, dan jika dia benci dia meninggalkannya” (HR Bukhari Muslim).

Perjalanan si pengantin baru lama kelamaan akan berubah ke fasa pengantin "lama". Nah kini sudah berapa lama usia perkahwinan anda? Masihkan segar kemesraan dan keintiman perjalanan rumahtangga anda?

Kisah Aisyah dengan Rasulullah menjadi buah pelajaran dan teladan untuk kita bersama. Betapa Rasulullah saw. memelihara cinta kasih dengan Aisyah selama mata belum berkatup. Ketika kaum Habsyi bermain tombak di masjid, Rasulullah bersikap mesra dan romantik sekali. Baginda membuka ruang antara kainnya sebagai hijab berlubang, agar Aisyah dapat menonton pertunjukan tombak tersebut. Aisyah melihat pertunjukan dari balik leher/tengkuk, agar sesekali boleh bersentuhan dengan dada Rasulullah. Kisah lain, betapa Rasulullah beriadhah mesra bersama Aisyah dengan berlumba lari. Sesekali Rasulullah berlari dengan lambat tapi pasti mengalahkan Aisyah. Sesekali beliaupun mengalah demi mengambil hati Aisyah, demi membahagiakan isteri. Inilah gambaran hidup ideal dan nyata. Rasulullah melaksanakannya dengan isteri-isterinya.

Terkadang Aisyah pun iri pada sikap Rasul yang membanggakan Khadijah. Isteri pertama baginda ini memberi kehangatan hidup, membela lahir dan batin, dikala rumah tangga jihad bergelombang. Khadijah lebih banyak mendapat duka dalam liku-liku pembentukan awal perkembangan Islam di Mekah.


Formula Suami Qana’ah (sederhana)

Sabda Nabi saw.

“Tidak ada pada kami kecuali cuka, lalu Rasul minta cuka itu sebagai lauk. Lalu makanlah beliau berlaukkan cuka”, demikian tutur salah seorang istri Rasul. (HR Muslim).

Rasul selalu qana’ah (bersederhana). Barangkali inilah salah satu kebanggaan para isteri Rasul akan keperibadian baginda. Selain baginda seorang yang tampan, penyayang, juga menyejukkan. Tidak ada hati para isteri yang gundah gulana disebabkan tindakan Rasul. Paling-paling sikap cemburu para isteri terutama Aisyah bila ada wanita yang datang kepada baginda. “Jangan-jangan wanita ini menyerahkan diri untuk diperisteri,” inilah ungkapan kekhuatiran Aisyah. Inilah bisikan fitran seorang wanita yang bernama isteri yang amat cinta dan kasih pada suaminya namun bisikan ini tidak pula mencetuskan suasana hura hara dalam rumahtangga baginda. Mengapa agaknya?

Formula Cemburu Yang Ikhlas, Kejujuran Yang Abadi

Baginda menikahi ramai wanita bukan demi nafsu duniawi, akan tetapi demi dakwah, jihad dan perkembangan Islam. Memang Aisyah pencemburu berat. Sukar diukur dengan neraca berapa berat tingkat cemburunya. Tetapi lebih cemburu lagi Rasulullah. Inilah ciri cinta yang masih melekat dalam dua peribadi sejarah. Cemburu bukan hal negatif. Tapi sebagai suatu yang keperluan dalam cinta yang furqani. Suami yang mempunyai rasa cinta kepada isterinya, tidak akan rela melihat isterinya diusung atau ditemani oleh lelaki lain. Jika sang isteri ternyata dengan “suka rela” mahu diperlakukan seperti itu oleh laki-laki lain, maka sang suami akan berkata, “Saya harus menceraikannya”. Inilah cemburu yang hak (yang benar)

Terkadang suami harus keluar rumah kerana "outstation", lama tidak kembali, baik untuk mencari nafkah, menuntut ilmu atau menyeru kepada Islam. Dalam kisah kasih suami isteri islami, isteri akan mentsiqahi (percaya) pada amal suaminya. “Suamiku tidak akan menyeleweng dari Islam”, hati kecil isteri bicara. Isteri pun di rumah menjaga kesucian dirinya. Ia tak akan menerima tamu di luar muhrim selama kepergian suami. Ia senantiasa menjaga anak-anak dan mendidiknya dengan pendidikan Islam serta menjaga segala harta dan wasiat suami. “Suamiku pasti kembali”, suara hati sang isteri penuh yakin. “kalau pun ia tidak kembali ke pangkuan, pasti dia kembali kepada-Nya”. Sang isteri yakin betul akan takdir Allah. Ia selalu berprasangka baik kepada Allah dalam setiap keputusan-Nya yang hadir.


No comments:

Post a Comment