Kesolehan jiwa dan perilaku kedua ibu bapa memiliki pengaruh yang besar dalam membentuk kesolehan anak-anak. Bahkan akan memberi manfaat bagi anak, baik du dunia mahupun di akhirat.
Pengaruh-pengaruh ini muncul kerana beberapa faktor, antaranya:-
a. Berkat dan balasan Allah swt atas amal-amal soleh seperti pemeliharaan, perlindungan, keluasan rezeki dan kesihatan yang dikurniakan kepada anak-anak.
b. Kecaman dan balasan Allah swt ke atas amal-amal buruk seperti kesesatan, musibah, penderitaan, penyakit, kebiadaban dan persoalan-persoalan pelik yang menimpa anak.
Justeru, kedua ibu bapa harus memperbanyakkan amal soleh, berakhlak mulis dan sentiasa memelihara hubungan dengan Allah swt dan menjadikan Rasulullah saw sebagai qudwah / suri teladan dalam kehidupan. Allah swt. berfirman yang bermaksud:
"Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedangkan ayahnya adalah seorang yang saleh, maka Tuhanmu menghendaki agar mereka sampai kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanan itu sebagai rahmat dari Tuhanmu. Dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya. " (QS: Al Kahfi:82)
Kisah disebalik ayat di atas adalah ketika Nabi Musa as bersama Nabi Khidir as. melewati sebuah perkampungan, keduanya meminta penduduknya agar menyambut dan menjamu mereka. Namun mereka menolak. Kemudian, Nabi Musa as. dan Khidir as. melihat bangunan yang hampir roboh, lalu Khidir as. memperbaiki dinding rumah tersebut hingga tegak kembali. Lalu Musa as. berkata, "Jika engkau berkehendak, tentu engkau boleh mengambil upah atasnya." (Al Kahfi:77). Jawapan Khidir as. atas pernyataan Musa as. tersebut adalah:
"Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedangkan ayahnya adalah seorang yang saleh." (QS: Al Kahfi:82)
Perhatikanlah, bagaimana Allah swt. menjaga harta simpanan anak yatim tersebut, berkat kesolehan kedua orang tuanya. Apakah anda yakin bahawa harta simpanan yang dipelihara Allah swt tersebut berasal dari usaha yang haram? Tentu tidak! Kerana kedua orang tuanya itu adalah orang soleh, sudah tentu harta tersebut didapati dari jalan halal juga. Allah swt. berfirman yang bermaksud:
"Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan di belakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertaqwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar (qaul sadid)." (QS: An Nisa':9)
Untuk itu, kita sebagai ibu bapa seharusnya bertaqwa kepada Allah swt. dengan selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan benar.
Wajarkan wahai para ibu bapa, jika tangan tang selalu kita gunakan untuk menganiaya orang digunakan juga untuk memohon kepada Allah agar diberi keturunan yang soleh. Wajarkan kita berdoa kepada Tuhan dengan mulut yang dikotori makanan bersumberkan yang haram, mulut yang berdusta, ghibah, mengadu domba, menghina, caki maki dan memfitnah. Apakah doa anda akan dimakbulkan sedangkan cara hidup kita bercanggah dengan cara hidup Islam.
Maka, sebagai ibu bapa, kita haruslah bertaqwa kepada Allah dengan melaksanakan amal soleh, agar doa dan usaha kita mendidik anak-anak diberkati dan diterima Allah swt.
Anak-anak yang selalu melihat ibu bapanya berzikir, solat dan berdoa, bertahmid, bertadarus quran, bertasbih dan bertakbir akan turut mengikut jejak dan meniru ucapan lailaha illahllah, subhanallah, alhamdulillah dan Allahu akbar dari orang tuanya.
Anak-anak yang di didik oleh orang tuanya pada malam hari untuk memberikan sedekah kepada fakir miskin secara sembunyi-sembunyi, akan berbeza jauh dengan anak-anak yang di suruh oleh orang tuanya, malam-malam untuk membeli rokok secara sembunyi-sembunyi.
Anak- yang selalu diperingatkan oleh ibu bapanya agar selepas solat maghrib membaca dan mentadabbur Al Quran adalah berbeza sahsiahnya dengan anak-anak yang di ajar oleh orang tuanya, selepas maghrib menatap tekun rancangan kartun "hero anak-anak" yang dianggapnya dapat mendidik jiwa anak-anaknya agar jadi soleh.
Anda akan melihat, anak yang selalu mendengar azan akan mengulang-ulang azan tersebut dengan gayanya tersendiri, dan anak yang selalu mendengar orang tuanya menyanyi lagu melalaikan, akan selalu juga mengulang-ulang lagu tersebut dengan gayanya tersendiri dan anda berbangga melihat telatah mereka...
Anak yang selalu diajari solat oleh orang tuanya, berbeza dengan anak yang diajari menonton filem dan mendengar muzik untuk hiburan semata.
Demikian juga anak-anak puteri kita, yang melihat ibunya sentiasa menutup aurat, memelihara malu dan kesucian tubuh dan jiwanya, tentu sang anak juga akan turut terpalit untuk mengikuti jejak ibu yang dikasihi. Sebaliknya anak puteri yang selalu melihat ibunya mendedahkan aurat di hadapan lelaki lain, selalu bersalaman dengan orang yang bukan muhrim, ibu yang sibuk dengan fesyen, gincu dan make up masa kini, maka puteri itu juga akan mempelajari semua perilaku sang ibu.
Justeru, anda sebagai ibu dan ayah, harus bertaqwa kepada Allah. Jadilah teladan yang baik bagi putera puteri mu dalam hal agama, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, akhlak yang ampuh, sahsiah dan peribadi tinggi serta tutur kata yang baik. Andalah sebenarnya "Jurulatih Modal Insan" yang amat penting untuk agama dan negara dalam membina generasi muslim rabbani.

Panduan Pendidikan Anak dari Sheikh Musthafa Al Adawy
No comments:
Post a Comment