Sebagai manusia, kadang-kadang iseri hanyut dalam arus kemarahan dan membuat sesuatu yang ganjil. Dengan sebab tertentu ia merubah sikap terhadap suaminya. Suami merasakan kemarahan tersebut dan menerima dengan lapang dada. Dia bersabar dan bersikap mulia. Kefahaman yang dalam akan hakikat kejadian wanita membuat suami bertoleransi terhadap isteri.
Rasulullah s.a.w pernah menunjukkan sikap lembutnya terhadap Hafsah ketika Hafsah berpaling semalaman dari beliau. Umar r.a memarahi Hafsah dengan keras, kerana menganggap anaknya itu berani berpaling daripada Rasulullah s.a.w. Keluhan Umar r.a disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Tetapi Rasulullah s.a.w menanggapinya dengan senyum simpul. Seorang suami tidak sepatutnya untuk tidak mahu kalah dalam semua hal, kecuali hal-hal yang prinsip. Untuk hal-hal yang tertentu suami perlu menerima keluhan rasa kesal iseri dengan rasa dan sifat keterbukaan.
Suatu ketika beberapa isteri sahabat mengelilingi Rasulullah s.a.w, mengadukan persoalan peribadi. Mereka menyatakan suami-suami mereka terlalu bersifat kasar. (HR Abu Daud, Nasa’i dan Ibnu Majah ). Pada hal dalam firman allah s.w.t menyatakan: (
Dalil ayat ini menyuruh para suami untuk mampu berlapang dada, menerima fitrah basyariyah wanita. Rasulullah pernah bersabda (bermaksud) :-
استو صوا با لنساء خيرا , فا ن المرأة خلقت من ضلع, وان أعوج ما فى الضلع أ علا ه, فا ن ذهبت تقيمه كسرته , وان تر كته لم يزل أعوج, فا ستو صوا با لنساء
“ Berwasiatlah kamu dengan cara yang baik kepada wanita sebab mereka dijadikan dari tulang rusuk yang bengkok. Dan sesungguhnya bahagian yang paling bengkok di dalam tulang rusuk itu adalah bahagian yang paling atas. Jika kamu hendak meluruskannya secara keras dan paksa nescaya kamu akan mematahkan dia dan jika kamu membiarkan dia demikian, ia akan sentiasa bengkok. Maka berwasiatlah kamu dengan baik terhadap wanita “
(HR Bukhari dan Muslim )
Suami yang berlapang dada, sabar atau menerima beberapa kelemahan sifat manusiawi wanita akan menjadi simbol kejayaan rumahtangga.
Dia dapat menyesuaikan diri dengan permasalahan kehidupan berkeluarga. Dia tahu bagaimana mengatasi dan mengelolakan konflik dalaman dan pergeseran hubungan suami isteri. Dia tahu pula bagaimana cara menyelamatkan lubuk jiwa isterinya dengan bijak, lembut dan cerdik. Dia menghormati isteri di hadapan anak-anaknya.
Pemimpin Yang Baik
Kecerdikan dan sikap menerima kekurangan isteri akan meningkatkan maruah suami di hadapan isteri. Dalam memperbaiki kekurangan isteri, suami akan membaiki secara lemah lembut. Kepimpinan yang baik (suami) dalam keluarga adalah kecontohan dan perlaksanaan tanggungjawab yang diberikan kepadanya.
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته الامام راع ومسئول عن رعيته والرجل راع فى أهله وهو مسئول عن رعيته والمرأة راعيته فى بيت زوجها ومسئولة عن رعيتها والخا دم راع فى ما سيده ومسئول عن رعيته قال وحسبت أن قد قال والرجل راع فى مال أبيه ومسئول عن وعيته وكلكم راع ومسئول عن رعيته
Hadis Ibnu Umar r.a: Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w katanya: Baginda telah bersabda: Kamu semua adalah pemimpin dan kamu semua akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin. Seorang pemerintah adalah pemimpin manusia dan dia akan bertanggungjawab terhadap rakyatnya. Seorang suami adalah pemimpin bagi ahli keluarganya dan dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Manakala seorang isteri adalah pemimpin rumah tangga, suami dan anak-anaknya, dia akan bertanggungjawab terhadap mereka. Seorang hamba adalah penjaga harta tuannya dan dia juga akan bertanggungjawab terhadap jagaannya. Ingatlah, kamu semua adalah pemimpin dan akan bertanggungjawab terhadap apa yang kamu pimpin
(HR Bukhari dan Muslim )
Islam menuntut kaum lelaki agar bergaul secara ihsan dengan isteri. Islam juga menyuruh Isteri agar patuh dan taat setia kepada suaminya dalam batas-batas yang halal. Dengan demikian kisah-kisah cinta suami isteri sentiasa berada dalam batas rahmat Allah s.w.t. Insya’ Allah.
No comments:
Post a Comment