Tuesday, August 26, 2008

MADRASAH RAMADHAN


MADRASAH RAMADHAN

Muqaddimah

Marilah sama-sama kita pertingkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t dengan terus التزام kepada titah perintah Allah, Suruhan dan TegahanNya. Dan marilah kita terus bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana kita dipanjangkan umur, bertemu dan berada dalam Bulan Ramadhan المبارك. Bulan yang agung dan penuh keberkatan serti diliputi suasana didikan dan latihan bagi melahirkan insan yang bertaqwa dalam ertikata yang sebenarnya (المتقين ). Marilah kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan itu dengan sebaik-baik sambutan ( حُسْنُ اَلاِسْتِقْبَالِ ). Setiap sesuatu sering ada musimnya, maka Ranmdhan adalah musim beribadah, mengukuhkan taqwa, bermujahadah dan membina ruh jihad di jalan Allah SWT.


Berikut adalah beberapa noktah mengenai Madrasah Ramadhan:


1) Al Marhum Ustaz Saed Hawwa dalam kitabnya “ الاسلام pernah mengeluarkan kenyataan ‘ ورمضان فى الحقيقة مدرسة ‘ – Ramadan pada hakikatnya adalah umpama sekolah. Ertinya tempat, masa, suasana dan persekitaran didikan yang khusus lagi istimewa dan tiada bandingannya. Kelebihan dan fadhilatnya adalah ditentukan / ditetapkan oleh Allah s.w.t.


2) Hadith Rasulullah SAW (Hadis ini diriwayatkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Sahihnya dan menyatakan hadis itu sahih. Juga diriwayatkan melalui jalannya oleh al Baihaqi):


Maksudnya: Daripada Salman al Farisi رضى الله عنه katanya: Rasulullah s.a.w telah memberi khutbahnya kepada kami di hari akhir daripada bulan Sya’aban dengan Sabdanya, Wahai orang ramai (orang-orang Mukmin), telah menaungi kamu (menjulang atas kamu) suatu bulan yang agung, lagi penuh keberkatan, bulan yang terdapat di dalamnya satu malam yang fadhilatnya melebihi seribu bulan, bulan yang Allah s.w.t jadikan (tentukan) ibadah Puasa di dalamnya adalah wajib (fardhu) dan qiam ( إحياء) di malam hari Ramadhan adalah تَطَوُّع “ (sunnat). Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah dengan melaksanakan satu kebaikan (amalan) sunnat di dalam Ramadhan, maka (fadhilatnya) sama dengan orang yang melakukan satu amalan wajib pada bulan-bulan yang lain. Dan sesiapa yang melaksanakan satu amalan wajib (fardhu) di dalam Ramadhan maka (fadhilatnya) sama dengan orang yang melakukan tujuh puluh amalan wajib pada bulan-bulan yang lain. Bulan Ramadhan juga adalah bulan kesabaran dan kesabaran itu pahalanya (balasan kepada orang yang sabar) adalah Syurga ( الجنة ). Ramadhan juga adalah bulan simpati dan tolong menolong (bantu membantu) juga bulan yang ditambah rezeki kepada orang Mukmin (rezeki kurniaan Allah s.w.t). Dan sesiapa yang ikhlas memberi makanan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa ( إفطار ) maka (dengan amalan itu) ia mendapat keampunan Allah (menghapuskan) dosa-dosanya dan ia mendapat kebebasan daripada azab Api Neraka serta ia mendapat ganjaran pahala yang sama dengan orang yang berpuasa tanpa kurang sedikitpun. Para sahabat berkata kepada Rasulullah s.a.w : Ya Rasulullah !, bukan semua dikalangan kami ini mempunyai makanan untuk diberi kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa. Maka Rasulullah s.a.w menjawab (dengan memberi penjelasan) bahawa Allah sw.t akan memberi pahala yang sama kepada sesiapa yang memberi kepada orang-orang yang berpuasa untuk berbuka puasa walaupun sebiji buah tamar atau seteguk air atau seteguk susu ( لبن مخلوط ). Bulan Ramadhan di awalnya adalah Rahmat, di tengahnya adalah keampunan Allah dan di akhirnya kebebasan daripada azab Api Neraka. Sesiapa yang memberi keringanan kepada “ مملوك nya “ (sekarang ini : khadam atau pembantu rumahnya) di dalam bulan Ramadhan, maka Allah s.w.t mengampunkan dosanya dan membebaskannya daripada azab Api Neraka. Maka hendaklah kamu perbanyakkan (ulang-ulangkan) empat perkara (amalan) di dalam bulan Ramadhan. Iaitu dua perkara (amalan) yang membawa kamu mendapat keredhaan Allah dan dua perkara (amalan) lagi kamu pasti (tidak dapat tidak) berhajat kepadanya. Adapun dua perkara (amalan) yang membawa kamu mendapat keredhaan Allah ialah Syahadat ( لااله الا الله ) dan kamu pohon keampunan Allah s.a.w (banyak استغفار ) manakala dua perkara (amalan) yang kamu pasti (tidak dapat tidak) berhajat kepadanya iaitu kamu berdoa’ kepada Allah memohon SyurgaNya dan meminta perlindungan kepada Allah daripada azab Api Neraka. Seterusnya sesiapa yang memberi minum kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, nescaya Allah akan memberinya seteguk minuman di Akhirat nanti daripada air kolamku (حوضى) dan ia tidak akan rasa dahaga sehingga ia (diizinkan) masuk ke Syurga ( الجنة ). “


3) Didikan pertama dan utama daripada Madrasah Ramadan ( مدرسة رمضان ) adalah didikan Iman. Sehubungan dengan ini Dr Muhammad al Bahi dalam kitabnya الاسلام فى حياة المسلم “ menyebut bahawa ‘رمضان شهر الايمان ‘ – bulan Ramadan adalah bulan Iman, kerana semua amalan yang dilaksanakan oleh orang-orang yang benar-benar berpuasa di dalam Bulan Ramadan itu melambangkan amalan yang lahir daripada keImanan kepada Allah s.w.t dan memperlihatkan keteguhan Iman serta kekuatan hubungan dengan تعاليم إسلامية (ajaran Islam). Dr Muhammad al Bahi menjelaskan bahawa: kekuatan manusia bukan semata-mata terletak pada kekuatan anggota-anggota zahir tubuhbadannya, tetapi kekuatan sebenarnya terletak pada kekuatan azamnya, kekuatan ruhnya dan kekuatan Imannya yang – ان شآءالله – mampu menghadapi dan mengatasi berbagai kejadian dan masalah hidup tanpa lemah semangat dan tidak berputus asa.


Seharusnya disedari bahawa kekuatan Iman dan Taqwa itu bukan sekadar untuk kepuasan dan kelazatan diri sendiri, bahkah orang Mukmin yang memiliki kekuatan Iman dan Taqwa itu bersedia mewakafkan hidupnya untuk Islam, berdakwah kepadak masyarakat supaya kembali kepada دين الله


4) Ramadan – mendidik hati dan minda agar sentiasa ‘مُرَا قَبَة الله ‘ [yakni sentiasa sedar bahawa segala amalan, gerakkerja bahkan qasad ( قصد ) azam dan niat kita diketahui, dilihat dan dinilai oleh Allah s.w.t, sekaligus merasai kebesaran dan keagungan Allah s.w.t, setiap masa dan dalam semua hal.]. Sebaik-baik muraqabah ialah muraqabah yang sampai ke peringkat ihsan:


Bermaksud: “ Hendaklah kamu memperhambakan diri (beribadah) kepada Allah, seolah-olah kamu melihatNya (Allah) dan sekiranya kamu tidak dapat melihatNya (dengan mata kasar), maka sedarlah bahawa Allah s.w.t melihat kamu. “


Jika ada rasa مُرَا قَبَة الله itu maka tidak timbullah penyakit-penyakit masyarakat di kalangan orang-orang yang berIman. Tidak timbul pengkhianatan, tidak timbul pecah amanah, tidak timbul rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya yang dilaknat Allah. Tetapi sebaliknya akan lahir sifat-sifat yang terpuji, sifat-sifat yang mulia seperti jujur, amanah, bercakap benar, menepati janji, adil, tawadhu’ dan sebagainya yang sememangnya dikehendaki dalam ajaran Allah dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


5) Puasa di bulan Ramadhan

· Puasa - melahirkan jiwa-jiwa agar bertaqwa seperti yang dikehendaki Allah di dalam ayat al Quran 183 Surah al Baqarah:


“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertaqwa.” (Q.S. al-Baqarah:183)


Menurut ahli-ahli tafsir muktabar, difahami daripada ayat tersebut bahawa matlamat daripada difardhukan ibadah puasa bagi menyediakan hati yang bertaqwa, suci, حَسَّاسِيَّة ‘ (kepekaan (sensitif) terhadap ajaran Islam) dan takut kepada Allah s.w.t.


Menurut As Syeikh Taha ‘Abdullah al ‘Afifi dalam kitabnya ‘ من وصا يا الرسول ‘ telah menghuraikan taqwa - bersifat takut dan rasa hebat (gerun) terhadap Allah. Taat dan beribadah kepada Allah dan membersihkan diri serta mengawalnya daripada dosa.


As-Syahid Syed Qutb dalam Fi Zilal menjelaskan:


“Ayat puasa ini datang bersama-sama dengan ayat jihad. Oleh itu secara tabienya puasa ini diwajibkan ke atas ummah sepertimana wajib berjihad untuk menentukan berlakunya sistem Allah s.w.t. di atas muka bumi ini, untuk menentukan kemampuan sistem Allah s.w.t. berjalan di atas muka bumi, untuk menyaksikan kepada manusia bahawa manusia itu mampu untuk melaksanakan sistem Allah s.w.t. (setelah melalui proses persediaan dan persiapan teratur dan sistematik)”


Pentingnya taqwa - apabila dihubungkan al Quran maka jelaslah bahawa hati yang bertaqwa sahaja yang akan menerima ajaran al Quran. Hal ini didasarkan kepada ayat al Quran ayat 2 Surah al Baqarah:


Dalam tafsir ‘ fi zilal al Quran ‘ dijelaskan :


Maksudnya: Sesiapa yang ingin untuk mendapat pertunjuk (Hidayah) daripada al Quran maka mestilah ia datang kepada al Quran dengan hati yang takut dan bertaqwa serta sentiasa waspada agar tidak terjebak dalam kesesatan atau digoda oleh kesesatan. Ketika itu barulah al Quran membuka segala rahsianya (Rahsia al Quran) dan memancarkan cahayanya memenuhi semua sudut hati orang yang datang menemui al Quran dalam situasi bertaqwa, takut kepada Allah dan sensitif dengan Islam serta bersedia pula untuk menerima dan menghayatinya.


  • Puasa adalah satu latihan membiasakan kehidupan dengan kesulitan dan kepayahan khususnya bagi para da’i, dengan cara mengasuh diri menahan daripada menikmati apa yang diingini dan disukai. Dengan itu diri dapat dikuasai (dikawal) dan dilentur, dan menjadikan daie seorang hamba Allah Subha Nahu Wa Ta'ala yang benar-benar patuh serta tunduk kepada Allah Rabbul 'Alamin.

.

Sabda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam (Rujukan: Bahtera Penyelamat dalam Kehidupan Pendakwah, Fathi Yakan);


"Biasakan diri dengan kesusahan sebab nikmat kesenangan hidup tidak kekal selama-lamanya."


Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam berpesan kepada Sayyidatina Aisyah dengan sabdanya:

"Wahai Aisyah, hendaklah engkau sentiasa mengetuk pintu syurga dengan lapar."


  • Puasa – satu proses ‘self development’ dan pembanguan jatidiri. Tersebut di dalam sebuah hadis qudsi:

"Setiap amal anak Adam diberikan ganjaran sepuluh kali ganda hingga tujuh ratus kali ganda kecualilah puasa. Sesungguhnya ia adalah untukKu, Akulah yang akan memberikan ganjarannya. Ia meninggalkan syahwat dan makan semata-mata keranaKu."


· Dengan puasa, doa akan dimakbulkan Allah SWT. Sabda Rasulullah s.a.w.:


“Ada tiga orang yang doanya tidak ditolak: Orang yang berpuasa hingga berbuka, pemimpin yang adil dan doanya orang yang teraniaya…..” (H.R.Tirmizi)


  • Puasa – melatih kesabaran. Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda:.

“Tiap sesuatu ada zakatnya, dan zakatnya badan adalah puasa, dan puasa itu separuh daripada kesabaran.” (H.R.Ibnu Hibban)

  • Puasa – melatih diri untuk menghargai dan mensyukuri nukmat Allah SWT. Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda:.


“Pernah Tuhanku menawarkan kepadaku untuk menjadikan lembah Mekkah penuh dengan emas. Aku menjawab: ‘Tidak, ya Tuhanku! Akan tetapi aku ingin kenyang sehari dan lapar sehari….Jika aku lapar, aku semakin dekat dan ingat kepadaMu, dan apabila aku kenyang, aku akan bersyukur dan memujimu.” (H.R Tirmidzi)


  • Puasa – melahirkan rasa kasih terhadap manusia lain yang susah dan menderita. Yusuf a.s. banyak melakukan puasa pada hal ia berada di tengah-tengah perbendaharaan dunia, ditangannya kekayaan dan dana yang melimpah ruah. Apabila ditanya, ia menjawab:

Aku takut, bila aku kenyang, aku akan lupa kelaparan yang diderita oleh orang-orang miskin.


Sabda Rasulullah s.a.w.

“Orang-orang yang bersifat kasih sayang akan dikasihi Allah Maha Pemurah lagi Penyayang. Sayangilah makhluk di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh (Maha Penyayang) yang ada di langit” (H.R.Abu Daud dan Tirmidzi)


· Puasa– adalah jalan pengampunan dosa-dosa daripada Allah SWT . Sabda Rasulullah saw (HR Ahmad dan Ashabul Sunan):

من صام رمضان ايمانا واحتسا با غفرله ماتقدم من ذنبه

"Siapa puasa pada siang hari Ramadhan kerana iman dan dengan perkiraan (perancangan), maka diampunkan dosa-dosa lalu”


  • Puasa – jalan ke syurga. Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam bersabda:.

"Sesungguhnya di syurga, terdapat sebuah pintu yang bernama ar-Rayyan di mana orang-orang yang berpuasa masuk melaluinya pada hari Kiamat. Tiada [orang lain] yang dapat melalui pintu itu. Apabila mereka semua masuk, pintu tersebut tertutup dan tidak akan ada lagi orang yang akan masuk melaluinya."


  • Puasa memberi syafaat kepada tuannya pada hari yang penuh dengan kecemasan dan ketakutan itu. Sabda baginda Rasulullah SallaLlahu 'alaihi Wasallam;

"Puasa dan Al-Quran memberi syafaat kepada seorang hamba pada Hari Kiamat. Puasa berkata: "Wahai Tuhan, aku telah menghalangnya daripada makan dan nafsu syahwat, maka berikan syafaat kepadanya disebabkan oleh aku ini…."


Maka hendaklah setiap daie bermujahadah terhadap dirinya dan melatih dirinya dengan berpuasa. Sesungguhnya ia merupakan satu amalan yang begitu kuat dan penting untuk pembersihan diri (tazkiah an-nafs) dan meningkatkan himmah seorang da’ie.


6) Ramadhan adalah bulan mujahadah, As-Syahid Syed Qutb (Tafsir Feezilal):

Puasa merupakan medan memerangi dan memenangi tarikan hawa nafsu

Ustaz Abdullah Nasih ‘Ulwan (Menuju Taqwa): Asas mujahadah terdapat dalam firman Allah s.w.t.:


“Dan orang-orang bermujahadah (berusaha bersungguh-sungguh) di jalan Kami nescaya Kami akan pimpin mereka kepada jalan Kami dan Allah sentiasa bersama-sama dengan orang-orang berusaha memperbaiki amalannya (musinin)” (Q.S. Al-Ankabut, 29:69)


Mujahadah bermakna orang yang memaksa dan mewajibkan ke atas dirinya dengan penuh kesungguhan untuk meningkat dan berterusan di atas jalan Allah sehingga semua amalan ketaatan itu menjadi malakah dan dirasai sebagai satu kenikmatan dalam hidupnya bukan lagi satu taklif (beban).


Prof Muhamad Qutb (Falsafah Ibadah Dalam Islam): Puasa difardhukan pada tahun diwajibkan jihad. Oleh itu puasa ialah Latihan ketenteraan - ketabahan, menanggung kesusahan dan latihan menghadapi kesulitan – persediaan hadapi ‘perang’ sebenar.


7) Rasulullah s.a.w memperbanyakkan bacaan al-Quran di dalam bulan Ramadhan, seperti yang pernah diceritakan oleh Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah didatangi oleh Malaikat Jibril setiap malam di dalam bulan Ramadhan dan Jibril dengan Nabi Muhammad s.a.w bertadarus al Quran. hadis riwayat Imam Muslim daripada Abi Umamah al Bahili r.a:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : اِقْرَؤُوا القُرءاَنَ فَإِنَّهُ يَأتِى يَوْمَ القِيَامَة شَفِيْعًا ِلأَصْحَابِه

:Maksudnya: “ Hendaklah anda semua membaca al Quran. Maka sesungguhnya al Quran datang pada hari Qiamat nanti memberi Syafaat (dengan izin Allah) kepada tuan-tuannya (pembacanya). “

8)

Melakukan solah sunat tarawih. Ia

sunat mu’akadah dan syiar Islam. Orang seharusnya bersemangat dalam menunaikannya. Sunnahnya - diperpanjangkan, bukan hanya memperbanyakan rakaat. Abu Bakar – solah tarawih sampai hampir sahur, baca seluruh surah al-Baqarah satu rakaat

9)

Menghidupkan malam dengan berqiyamulail, bermunajat kepada Allah dan menanti-nanti Lailatul-Qadr - yakni pada sepuluh malam terakhir . Gembelingkan tenaga dan bersihkan dari urusan dunia. Hadapkan diri kpd Allah dengan bermunajat, solah dan doa yang terus menerus.

10)

Banyak bertaubat.

Sabda Rasulullah saw:

من جاءه رمضان ولم يغفر له فيه فلا غفر الله له

“Barangsiapa didatangi Ramadhan, tetapi Allah tidak mengampuninya, maka Allah tidak akan mengampuninya”.


Manusia celaka ialah yang dihalangi daripada rahmat Allah pada bulan Ramadhan. Bulan ini ialah bulan kemenangan ruh ke atas tuntutan jasad. Ruh berada di puncak kejernihan.


11) Bersadaqah di bulan Ramadhan – Zakat fitrah, zakat harta, infaq, derma dan zuhud terhadap kebendaan.

Hadith (Riwayat Bukhari dari Ibn Abbas, mengenai sikap Rasulullah di bulan Ramadhan):

“Maka Rasulullah SAW lebih pemurah melakukan kebaikan daripada angin bertiup”

Maka orang mukmin bersadaqah dengan bersemangat, riang dan bukan dengan

rasa berat hati.


Penutup

Kata-kata Ulama’:

كونو ربانين ولاتكونو رمضانين


“Jadilah kamu manusia Rabbani dan jangan kamu menjadi manusia Ramadhani”

Susunan: AH

2 comments:

  1. Tuan pengendali blog,
    Minta izin untuk saya linkkan blog ini diblog saya agar lebih mudah untuk saya membacanya.

    ReplyDelete