Thursday, October 23, 2008

Dunia dan Bahaya-Bahaya Mencintai Dunia


Marilah sama-sama kita teliti dan kita renung tentang apa yang pernah diperkatakan oleh ulama’-ulama’ yang muktabar. Penulis mengambil hasil kupasan 3 orang ulama’ Islam iaitu Ibnu Rejab bin Hanbal, Ibnu Al-Qayyum dan juga Imam Al-Ghazali. Hasil penulisan mereka ini insyaAllah kita cuba fahami dan ambil pengajaran mudah-mudahan dengan itu akan menambahkan lagi kefahaman kita dan bertambah lagilah rasa mas’uliah, rasa tanggungjawab terhadap Allah SWT untuk kita membawa Islam ini dalam kehidupan kita, kehidupan keluarga kita dan kehidupan jamaah umat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Tajuk kita pada kali ini ialah “AD-DUNYA WA ABRAR WA HUBBIDDUNYA” yang maksudnya ialah dunia dan bahaya-bahaya mencintai dunia.

Dunia dan bahaya-bahaya mencintai dunia mengikut penjelasannya di sini, bahawa celaan terhadap dunia bukanlah dirujukkan kepada tempat dunia ini seperti bumi dan apa yang ada di atas muka bumi ini yang terdiri daripada bukit-bukau, lautan, sungai dan logam-logam yang ada di bumi ini serta lain-lain lagi. Semua benda-benda ini adalah dikira sebagai nikmat Allah SWT terhadap hambaNya yang ma semua itu adalah “manasiq” ataupun manafaat, berfaedah dan boleh diambil iktibar serta menjadi bukti terhadap keesaan. kekuasaan dan keagungan Allah SWT.

Yang dimaksudkan dunia yang dicela itu bukanlah dunia ini, bukan tempat itu, bukan juga benda-benda tetapi yang tercela sebenarnya adalah dirujukkan pada perbuatan-perbuatan manusia
-1-
kerana kebiasaannya perbuatan-perbuatan yang dilakukan itu dilakukan dalam bentuk tidak mendapat pujian dari Allah SWT. Biasanya perbuatan-perbuatan manusia itu adalah perbuatan yang dicela, perbuatan yang tidak diridahi oleh Allah SWT. Inilah apa yang dirujuk sebgai dunia yang dicela sepertimana yang disebut oleh Allah SWT di dalam firmanNya ayat 20 surah Al-Hadid yang bermaksud;

Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu hanyalah permainan
dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah
antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya
harta dan keturunan..............

Kehidupan dunia ini sesungguhnya hanyalah permaianan, suatu yang boleh melalaikan, penuh perhiasan, penuh bermegah-megah dikalangan manusia, berbangga tentang banyaknya harta dan keturunan. Semuanya berlaku dalam tindakan-tindakan manusia , berlaku ekoran daripada perbuatan manusia. Jadi kalau hal ini tidak dijaga, perbuatan manusia itu boleh membawa kepada perbuatan-perbuatan yang tercela. Itulah yang dimaksudkan dengan dunia yang tercela tadi, yakni dirujukkan kepada apa yang dilakukan oleh manusia, perbuatan dan tindakan dan bukannya dirujukkan kepada tempat, bukan dirujukkan kepada bukit-bukau dan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT itu.

Dijelaskan lagi dalam ayat 7 dan 8 Surah Yunus yang bermaksud ;

Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan (tidak percaya
akan) pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan kehidupan
serta merasa tenteram dengan kehidupan itu dan orang-orang yang
melalaikan ayat-ayat Kami, mereka itu tempatnya ialah di neraka
disebabkan apa yang telah mereka lakukan.

Jadi inilah jemis pertama dikalangan manusia yang dijelaskan oleh Allah SWT iaitu orang-orang yang engkar. Maknanya mereka itu mengengkari hari kiamat, mengengkari pertemuan dengan Allah SWT dan mereka tidak percaya bahawa pada suatu hari kelak mereka akan bertemu dengan Allah SWT. Jadi orang seperti ini tidak ada kepercayaan terhadap hari kiamat dan mereka merupakan golongan orang yang tidak beriman dengan Allah SWT. Golongan ini wujud dikalangan manusia, dikalangan zuriat-zuriat Nabi Adam Alaihissalam. Hal ini disebut oleh Allah SWT di dalam ayat 12 Surah Muhammad yang bermaksud;

Dan orang-orang kafir itu bersenang-senang (didunia)
dan mereka makan seperti makannya binatang-binatang.
Dan neraka adalah tempat tinggal mereka.

Inilah kedudukan yang perlu kita ambil perhatian yakni jenis orang-orang yang kufur, jenis orang-orang yang tidak beriman dengan Allah SWT.Itu jenis ataupun golongan manusia yang pertama.


-2-
Jenis ataupun golongan yang kedua ialah golongan manusia yang beriman kepada Allah SWT, mereka percaya bahawa suatu hari kelak manusia semua akan dibangkitkan kembali dan mereka percaya akan adanya kehidupan akhirat. Dikalangan manusia yang beriman ini pula ada tiga golongan lagi.

1 - Adzalimullinafsih - mereka yang menzalimi diri sendiri.
2 - Al-Muhtasim.
3 - As-Sabiqum bil khairat biiznillah.

Golongan yang pertama, ADDZALIMULLINAFSIH yakni mereka yang menzalimi diri sendiri merupakan golongan yang terbanyak dikalangan mereka-mereka yang mengaku beriman dengan Allah SWT. Kebanyakan mereka ini seiring (cenderong) dengan hiasan-hiasan dunia atau bunga-bunga hidup. Mereka mudah terpesona dengan bunga-bunga hidup dan mereka mengambil hiasan dan anugerah Allah SWT kepada mereka dengan cara yang tidak betul. Mereka ambil dan mereka gunakan pula dengan cara yang tidak betul. Mereka jadikan dunia ini apa yang sebesar0besarnya dikejar. Walaupun mereka itu mengaku beriman tetapi di dalam kehidupan mereka, tindakan, perbuatan dan amalan mereka menampakkan apa yang mereka kejar adalah dunia semata-mata. Dengan dunia itu mereka redha, mereka memberi wala’, ketaatan kepada dunia berdasarkan nilai-nilai duniawi bahkan mereka bermusuh pun kerana dunia. Maknanya semua nya ditumpukan pada dunia.Nak redha pun kerana harta-benda dunia dan nak marah pu kerana harta benda dunia, nak beri wala’/kepatuhan pun kerana matabenda dunia, nak bermusuhpun kerana rebut dunia. Orang yang seperti inilah yang dikatakan “ahlul laib” ahli mainan, ahlizinnah, pencinta mainan dan perhiasa. Walaupun mereka itu beriman dengan hari kiamat, dengan keimanan secara umum(mujmalan), tahu hari kiamat ada tetapi tak mengetahui matlamat hidup.

Golongan kedua dikalangan orang mukmin disebut MUHTASIM yakni mereka yang mengambil dunia dengan cara yang betul, dengan cara yang diharuskan oleh syara’ dan dengan cara yang dibenarkan oleh Allah SWT. Golongan ini menggunakan dunia dengan cara yang betul, yang halal mereka ambil dan yang haram mereka tinggalkan. Mereka melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT dan meninggalkan apa yang dotegah dan diharamkan oleh Allah SWT. Nikmat dunia yang mereka perolehi mereka gunakan mengikut apa yang diharuskan oleh Allah SWT. Mereka ambil dan mereka menunaikan kewajipan dan yang lebih daripada itu maknanya nikmat yang lebih misalannya ada kelebihan lagi mereka kumpulkan untuk diri sendiri. Nikmat dan rezeki yang lebih dan halal itu mereka pergunakan untuk diri mereka sendiri. Mereka ini tidaklah dikenakan azab tetapi bolehjadi darjat mereka adalah kurang disisi Allah SWT.

Inilah apa yang pernah disebut oleh Saidina Omar Al-Khatab sebagai maksud,”Kalau aku tidak takut darjat ku kurang di dalam syurga kelak niscaya aku akan ikut kamu hidup di dalam kemewahan”.

-3-
Manakala golongan yang ketiga ialah apa yang disebut sebagai ASSABIQUN BILKHAIRAT BIIZNILLAH yakni golongan yang berlumba-lumba untuk membuat kebajikan. Golongan ini adalah merupakan golongan yang tertas sekali dikalangan orang-orang yang beriman. Mereka ini faham akan matlamat hidup mereka didunia dan mereka bekerja mengikut matlamat tersebut dan mereka inilah yang sedar bahawa Allah SWT tempatkan hamba-hambaNya didunia ini adalah untuk menguji siapakah yang lebih baik amalannya. Mereka juga cukup sedara bahawa hidup ini adalah penuh dengan ujian-ujian Allah SWT. Hal ini disebut oleh Allah SWT di dalam surah Al-Kahfi ayat yang ke 7, yang bermaksud;

Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada dibumi
sebagai perhiasan baginya agar Kami menguji mereka
siapakah di antara mereka yang terbaik amalannya.

Inilah golongan yang berlumba-lumba kepada yang makruf. Dari sini dapatlah difahami bahawa dikalangan manusia ini terdapat dua golongan besar yakni golongan yang beriman dan golongan yang tidak beriman, manakala dikalangan mereka yang beriman itu pula terdapat tiga golongan iaitulah sebgaimana yang kita sebutkan sebelum ini.

Jadi yang paling tinggi kedudukan dikalangan mereka yang beriman itu ialah Sabiqun bil khairat, mereka ini yang tinggi darjatnya dan yang paling baik amalannya. Terbaik amalannya adalah kerana mereka itu melaksanakan amalan yang diredhai oleh Allah SWT. Golongan ini faham bahawa apa sahaja yang ada didunia ini adalah sebagai bahan ujian, Allah adakan semua itu adalah untuk nak menguji manusia, siapakah diantara mereka yang terbaik amalannya.

Mereka ini selain daripada melaksanakan apa yang diwajibkan oleh Allah SWT serta meninggalkan yang haram mereka juga melaksanakan perkara-perkara yang sunat serta meninggalkan yang dimakruhkan oleh Allah SWT. Mereka melakukan sesuatu yang digalakkan oleh Allah SWT walaupun tidak termasuk dalam kumpulan yang wajib dan mereka sentiasa berlumba-lumba melakukan perkara-perkara kebajikan. Golongan ini benar-benar memahami matlamat hidup dan tujuan mereka ditempatkan di bumi dan mereka sedar bahawa apa sahaja yang Allah jadikan dimukabumi ini adalah dalam rangka nak menguji manusia siapakah yang terbaik amalannya disisi Allah SWT. Kita semua sebenarnya akan balik kepada Allah SWT.

Hadis sahih riwayat Tarmizi daripada Hakim ibn Abdillah Abu Mas’ud, dijelaskan bahawa orang-orang yang disebut sebagai sabiqun bil khairat yang berlumba-lumba kepada kebaikan tadi, mereka ini mencukupi berada didunia ini sepertimana orang musafir yang mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan yang jauh. Ini disebut juga dalam sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud;

Apalah yang ada pada saya dan pada dunia ini, saya didunia tidak
lebih dari seorang penunggang atau seorang musafir yang berjalan

-4-
kemudian berhenti sekejap berteduh di bawah sepohon pokok lantas
berangkat kembali pergi meninggalkan pokok itu.

Inilah satu bandingan mengenai hidup orang-orang yang disebut sebagai sabiqun bil khairat tadi. Jadi orang-orang yang faham tadi mereka merasai hakikat yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW ini dan mereka mencari bekalan disepanjang perjalanan mereka. Bekalan itu adalah untuk mereka bawa di dalam musafir mereka. Demikianlah juga baginda Rasulullah SAW pernah berwasiat kepada Abdullah ibnu Umar, yang bermaksud;

Hendaklah engkau menganggap diri engkau hidup didunia
ini seperti orang dagang atau seorang musafir.

Dari sini fahamlah kita kalau orang dagang ini maknanya dia tidak akan kekal lama berada disatu-satu tempat, dia tentu akan balik ketempat asalnya. Jadi orang yang bermusafir dia hanya berhenti sekejap dan kemudian akan pergi. Itulah ibaratnya hidup kita didunia ini.

Dijelaskan lagi, apabila sesaorang itu dia mengqasadkan dalam dia memenuhi kehendak ataupun keinginan-keinginannya yang diharuskan oleh Allah SWT didunia ini. (Kita memang ada naluri-naluri/keinginan yang Allah hiaskan dalam diri kita, ada keinginan kepada harta, anak pinak dll.). Jadi syahwat ini ada keinginan-keinginan yang diharuskan, keinginan ini bila kita ikut jalan yang harus maka ia akan menjadi harus, ia dibolehkan mengikut jalan yang dibolehkan, kita boleh memenuhi nafsu syahwat tetapi hendaklah mengikut jalan yang dibolehkan oleh Allah SWT.

Orang-orang yang mengikuti keinginan syahwat yang diharuskan tadi apabila dia niat untuk bertaqwa kepada Allah SWT dan untuk mentaati Allah SWT dan dia memenuhi keinginan hawanafsu itu dalam rangka beribadat kepada Allah, untuk taat pada Allah SWT maka dia akan diberi pahala oleh allah SWT. Maknanya bila kita turuti keinginan hawanafsu kita dalam rangka ibadah dan untuk taat kepada Allah SWT maka kita akan beroleh pahala. Misalnya kita kahwin adalah kerana ikut sunnah dan untuk nak melaksanakan ketaatan kepada Allah, kita ambil perempuan itu dalam rangka untuk nak bertaqwa kepada Allah SWT maka hal itu memberikan pahala kepada kita dan ada ganjarannya disisi Allah SWT.

Kata Said bin Jubai, bukan hadis tetapi boleh kita ambil iktibar yang bermaksud; “Yang dikatakan keseronokan yang menipu ialah apa yang melalaikan engkau daripada menuntut hari kiamat/akhirat tetapi apa yang tidak melalaikan engkau daripada menuntut hari kiamat itu tidaklah dikatakan matabenda yang ghurur/menipu dan kita tidak tertipu dengannya”. Mata benda itu dapat membawa kita pada hari kiamat , ianya atau dunia ini hanyalah sebagai jambatan hari akhirat yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Inilah yang dikatakan bila kita mengambil sesuatu itu dengan cara yang betul dan pergunakannya dengan cara yang betul maka hal itu tidaklah dinamakan yang dicela.

-5-
Dikalangan orang yang mengaku beriman bukan sekata, bukan setaraf, dia ada peringkat-peringkat keimanan. Sebab itu kita dari masa kesemasa dikehendaki mengasuh dan mendidik hati dan jiwa kita , menyemaikan dengan fikrah yang betul, fikrah yang jelas tasawwur Islamnya dan seterusnya mengasuh jiwa kita untuk rasa bertanggungjawab untuk melaksanakan tuntutan-tuntutan Allah SWT sehinggalah kita sentiasa merasa gemar sesuatu yang diperkenankan oleh Allah SWT dan merasa benci pada sesuatu yang dubenci oleh Allah SWT. Kita merasa suka dengan apa yang Allah suka dan kita benci apa yang Allah benci. Untuk nak sampai keperingkat begini bukanlah mudah, bukan boleh sampai serta-merta tetapi mesti terlebih dahulu melalui proses imaniah, yakni beriman kepada Allah SWT.

Dijelaskan lagi bahayan cinta dunia yakni, terlalu cinta dunialah yang boleh memakmurkan neraka dengan ahli-ahlinya. Ahli-ahli yang cinta dunia manakala sifat zahid (tak letak dunia dalam hati walaupun dunia itu berada dalam tangannya), ialah yang memakmurkan syurga dengan ahli-ahlinya. Inilah ganjaran-ganjaran dari Allah SWT.

Diperingatkan lagi bahawa orang-orang yang mabuk (cinta dunia) bahayanya adalah lebih besar daripada mereka yang mabuk minum khamar/arak. Mabuk cinta dunia ini berlaku dalam keadaan tidak sedar sedangkan hakikatnya tengah mabuk. Kita dapati orang yang mabuk khamar itu memang mabuk tetapi orang yang mabuk dunia, dalam hati dia kita tak nampak. Yang mabuk khamar ini nampak dia terhoyong-hayang tetapi yang mabuk cinta dunia, bila dia masuk keliang lahat barulah dia sedar yang dia dah mabuk cinta dunia. Inilah yang diperingatkan kepada kita tentang bahaya-bahaya cintakan dunia.

Sekurang-kurangnya, minima yang dikatakan cinta dunia itu ialah dia melekakan kita, dia melalikan dari mencintai Allah SWT. Inilah yang paling minima. Bila cinta dunia dia melalikan kita dari mengingati Allah SWT. Dan sesiapa yang dilalaikan oleh harta bendanya maka dia itu termasuk orang-orang yang rugi. Bila hati dah lalai maka syaitanlah yang akan mengambil tempat yang mana dia akan mengarah hati kita yang dah lalai itu mengikut kesukaannya. .

Ibnu Mas’ud r.a pernah berkata,”Sesaorang itu hidupnya didunia bagai seorang tetamu, harta bendanya adalah merupakan pinjaman, tetamu itu akan pergi dan brang pinjamannaya akan dipulangkan balik”. Jadi nikmat yang ada pada kita sebenarnya hanyalah pinjaman. Kita nak kena pulangkan balik kepada Allah SWT
dan cara kita memulangkan balik itu hendaklah dengan cara yang betul. Maknanya barang pinjaman yang hendak kita pulangkan balik itu mestilah dikembalikan dengan cara yang betul mengikut sebagaimana keadaan asalnya. Kita menunaikan yang wajib, yang sunat-sunat dan membelanjakan harta-benda kita mengikut jalan yang dikehendaki oleh Allah SWT itulah maknanya kita memulangkan balik apa yang kita telah pinjam daripada Allah SWT.

-6-
Cinta dunia dikatakan kepala kepada segala kesalahan, perosak deen, yang boleh merosakkan hidup kita sebagai orang yang beriman kepada Allah SWT dari beberapa segi.

1 - Cinta pada dunia itu membawa kepada mengangungkan dan membesarkannya sedangkan pada nilai Allah SWT ia adalah rendah. Adalah menjadi satu dosa yang besar manakala kita mengangungkan sesuatu yang dipandang rendah oleh Allah SWT.

2 - Allah SWT melaknati dunia kecuali digunakan dengan cara yang diredhai oleh Allah SWT. Sesiapa yang cinta pada sesuatu yang dilaknat oleh Allah SWT maka dia akan mendedahkan dirinya kepada fitnah. Dia juga mendedahkan dirinya pada celaan Allah SWT dan dia mendedahkan dirinya kepada kemurkaan Allah SWT. Dunia ini akan dilaknati dan kena laknat apa yang ada di dalamnya kecuali zikrullah dan apa yang membawa kepada mengingati Allah SWT. Sesiapa yang cinta kepada sesuatu yang dilaknat oleh Allah SWT, bermakna dia mendeddahkan dirinya untuk dilaknati oleh Allah SWT.

3 - Menjadikan dunia sebagai matlamatnya dan dia bertawassul dalam kerja-kerjanya pada dunia itu. Dia menggunakan amalannya itu untuk dia mencapai dunia sedangkan Allah jadikan amalan itu adalah sebagai wasilah/alat untuk mendapat keredhaan Allah SWT dan mencapai kebahagian di akhirat nanti. Jadi dua perkara, pertama dia jadikan wasilah sebagai ghoyah sementara yang kedua dia gunakan amalan-amalan menuju akhirat untuk mencapai dunia. Inilah satu kejahatan. Di dalam Surah Hud ayat 15 dan 16 Allah SWT berfirman , maksudnya ;

Barangsiapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya
niscaya Kami berikan kepada mereka balasan pekerjaan mereka
di dunia dengan sempurna dan mereka didunia itu tidak akan
dirugikan. Itulah orang-orang yang tidak memperolehi di akhirat
kecuali neraka dan lenyaplah di akhirat itunapa yang mereka
di dunia dan sia-sialah apa yang telah mereka kerjakan.

4 - Kecintaan kepada dunia akan menghalang di antara hamba dengan kerja-kerja yang boleh membawa faedah pada hari kiamat, sebab terlalu sibuk dengan dunia ini telah merosakkan deennya.

5 - Cinta dunia akan menjadi perkara yang akan menjadi tumpuan . Hadis riwayat Tarmizi dari Anas bin Malik r.a. yang bermaksud ;

Barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai matlamatnya , Allah akan
jadikan hatinya kaya, dan Allah akan satukan urusannya. Ketika itu
dunia akan atang kepadanya dan dunia akan tunduk kepadanya. Tetapi sesiapa yang menjadikan dunia itu sebagai tumpuannya (yakni
sebagai matlamatnya) Allah akan jadikan dia fakir ( tak puas, tak
tenang, tak lega dan bimbang) dan Allah akan pecah-pecahkan urusan hidupnya dan pada ketika itu dunia tidak datang kepadanya melainkan
apa yang diperuntukkan kepadanya.

Maksudnya di sini ialah apa yang dicarinya itulah yang dia dapat.

-7-
6 - Orang-orang yang cinta dunia akan menerima azab yang lebih, dia akan tersiksa didunia, bimbang dan sentiasa takut orang curi hak dia dan jiwanya sentiasa tersiksa. Dia akan rasa tersiksa sewaktu didunia lagi dan di alam barzah. Dia juga tersiksa ketika bertemu Allah SWT. Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 55
yang bermaksud ;

Maka janganlah harta-benda dan anak-anak mereka menarik
hatimu, Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi)
harta-benda dan anak-anak itu untuk menyiksa mereka
dalam kehidupan dunia dan kelak akan melayanglah nyawa
mereka sedang mereka di dalam keadaan kafir.

7 - Orang yang asyik pada dunia dan mementingkan dunia serta menolak akhirat, inilah makhluk yang pasif (bodoh) dan kurang akal. Kurang akal sebab dia beri keutamaan pada sesuatu yang kan hilang dengan menolak nikmat yang berkekalan. Dia menjual kehidupan yang abadi dan kekal dengan mengambil/membayar untuk dapat mimpi. Inilah orang-orang yang cintakan dunia. Dia sanggup menukar akhiratnya dengan dunia. Sebaliknya orang yang pintar dia tidak akan tertipu dengan dunia ini.

Inilah peringatan-peringatan yang dikemukakan kepada kita agar kita dapat mendidik dan mengasuh diri kita. Dia bukanlah sebagai bahan untuk difikirkan begitu sahaja tetapi hendaklah menjadi sifat-sifat yang boleh dilahirkan dalam kehidupan di duniaWabillahi taufik wal hidayah, wasssalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Penyampai: Ustaz Omar Hj Salleh.

No comments:

Post a Comment