Monday, March 22, 2010

Dakwah Menuntut Keutuhan Peribadi dan Akhlak


Lama penulis tidak berkesempatan menulis dan mencoretkan sesuatu dalam blog kerana kurang sihat..hampir 2 minggu penulis cuti sakit, alhamdulillah semakin beransur baik..dan sejak semalam ada kekuatan dan keupayaan menulis kembali. Blog halaqahmuntijah telahpun di update semalam, hari ini untuk tatapan pembaca usrahkeluarga.

Penulis ingin memulakan coretan hari ini dengan memuhasabah diri penulis untuk memperbaiki lagi peribadi dan akhlak penulis dalam meneladani akhlak dan peribadi Rasulullah saw dalam melebar luaskan misi dakwah dan tarbiah.

Suatu Hari Rasulullah saw. didatangi oleh seorang wanita non Muslim. Ketika itu Rasulullah saw. bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Rasululla
h. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Rasulullah menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah saw sebiji demi sebiji dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah saw akan berkongsi makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak sebiji pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah saw terus makan. Setiap kali mengunyah dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pula
ng, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan:


”Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita ters
ebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya”.

Begitulah akhlak Rasullullah saw dalam berdepan dengan objek dakwahnya (mad’u).

Rasulullah saw tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun hal yang tidak baik, Dan dari orang yang berbeza agama pula.

Imam Syafi'i berkata : "Barangsiapa menghargai ora
ng lain, maka manusiapun akan menghargainya, dan barangsiapa meremehkan orang, maka dia tidak akan dihargai"


Allah saw berfirman dalam Al Quran:

”Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu mam
pu berlembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, mereka pasti menjauh dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)

Inilah akhlak dan peribadi murabbi mithali, berlembut di hadapan objek dakwah (mad’u). Tanpa akhlak seperti ini, dia akan gagal mewarnai dakwahnya dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain, samada sesama muslim mahupun non muslim. Jika sang da’ie tidak menyempurnakan akhlaknya di hadapan objek dakwah (mad’u), mustahil dia berupaya mendakwahi m
anusia dan berinteraksi dengan kejiwaan mereka yang beragam.

Sayyid Qutb ada menulis dalam kitabnya Fi Dzilali Al Quran:

” Manusia memerlukan perlindungan orang penyayang, perhatian lebih, keceriaan dan bertoleransi, kasih sayang yang luas, kesabaran atas kelemahan, kecetekan ilmu dan kekurangan mereka, hati yang besar dalam memotivasikan mereka, tidak mengharapkan pemberian dari mereka, merasakan kesedihan dari mereka, dan tidak menyibukkan mereka dengan kesedihan. Ketika manusia berhadapan dengan Rasulullah saw, manusia sentiasa menemui kepedulian, perhatian, kelembutan, kelapangan dada, kasih sayang dan keredhaan pada peribadi Rasulullah saw. Begitulah hati baginda.”

Semoga peribadi kita sebagai da’i dan murabbi semakin ampuh dan mantap dengan mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah saw. Lantas dengan akhlak dan peribadi unggul ini kita melebarkan sayap dakwah dan tarbiah kerana ramai lagi yang menunggu kasih sayang dakwah dan sentuhan tarbiyah yang sebenar. Amin.

Jom berdakwah, tunggu apa lagi!.

1 comment:

  1. terimakasih, semoga Allah terus memberi kekuatan pada saudara untuk terus menulis.
    min kuantan-bukit rangin-jas..

    ReplyDelete