Sunday, December 12, 2010

Jemput Kongsi Pandangan: Ramai Keluarga Cuma “Ternak” Anak


Membaca artikel Ramai Keluarga Cuma “Ternak” Anak di akhbar Metro Ahad, 12 Disember 2010 menyebabkan penulis tersenyum sendirian. Menurut penulisnya, Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz, ibu bapa seharusnya sedar peranan mereka untuk mendidik anak mereka, bukan hanya “menternak” sebagaimana yang sering berlaku. Mendidik anak adalah memberi tunjuk ajar dengan kasih sayang selain perhatian sewajarnya, sedangkan “menternak” pula hanya memberi anak makan dan menguruskan keperluan material semata-mata tanpa ada unsur kasih sayang dan perhatian.

Apa pandangan anda? Sila respon di bahagian comment, sama-sama kita bertukar fikiran dan mencari formula bagaimana mendidik anak dengan cara yang terbaik.

Yang ada pengalaman mendidik anak, jemput berkongsi pengalaman.

Yang belum berkahwin, anda boleh berkongsi pandangan juga sebagai seorang anak, bagaimana pengalaman ibu bapa anda mendidik anda.

4 comments:

  1. As Salam

    Mama tak pandai nak berkongsi di sini. Tapi dari pengalaman yg seciput ni sikit2 kebiasaan itu dah nampak menafaatnyer. Dari mula mengandung banyakkan amalan membaca Alquran , berzikir dan berdoa yg tak putus. Hingga kini amalan harian membaca surah2 tmasuk surah yaasin dll surah dgn nada suara kuat sampai ke telinga anak2 membuatkan anak2 turut pandai mengaji alquran dan membca surah2 i.e yaasin dll sejak dari sekolah rendah lagi. Alhamdulillah anak2 mendengar kata, cuma kini mrk dah terdedah dgn dunia siber yg makin canggih & pergaulan dgn rakan2 yg serba modern. Sejak mrk kecil setiap kali keluar shopping sekitar KL mama pastikan akan singgah di surau2, mesjid2 sekitar bila masuk waktu. Hingga kini kalu mrk ke PV (basement & tkt 5 ada surau), SOGO (surau bawah kat parking), KLCC (surau kat depan pej. pos), aquaria KLCC ada surau, Bkt Bintang jln2 n shoppping mama dah tunjukkan dimana surau2 tu dan jgn lupa mrk kena singgah utk solat. Bukan senang utk senang dan bukan susah utk susah. Subuh kalu liat bangun mama simbah /percik muka dgn air utk solat subuh. Pasal solat, mama memang garang. GGGrrrr.... takut org nak wat ibu mertua kut....ihikks

    ReplyDelete
  2. didik anak sebelum pernikahan...
    jelaskan matlamat perkahwinan dahulu...

    ReplyDelete
  3. salam...

    jika dah terlewat mddik, mulakan dgn pdekatan:
    a) agama terutama rukun islam yg lima bg agama
    islam, bgitu juga agama2 lain (semua agama
    bkehendakan pengikutnya berkelakuan baik).
    b) penerapan akhlak yg mulia
    c) terangkan kpd anak2 2juan dihidupkan didunia
    yg sementara ini...

    ReplyDelete