Wednesday, February 08, 2012
Tarbiyah: Melawan Hawa Nafsu
Tugas melawan hawa nafsu bukanlah suatu yang mudah. Suatu saat ketika para sahabat dan Rasulullah SAW kembali dari perang Badar, Nabi SAW bersabda:
“Kita kembali dari perjuangan kecil, menuju kepada perjuangan yang lebih besar iaitu perjuangan terhadap hawa nafsu.” (HR al-Baihaqy)
Menyelaraskan hawa nafsu dengan apa yang Rasulullah SAW dan Allah SWT kehendaki amat berat kerana 4 perkara:
1.Hawa nafsu tidak terlihat
2.Hawa nafsu adalah sebahagian dari diri manusia itu sendiri
3.Dorongan dan pengaruh hawa nafsu tidak pernah berhenti sepanjang hayat manusia
4.Kita tidak diizinkan Allah untuk menghentikannya tetapi sekadar menaklukinya.
Justeru Nabi SAW menyimpulkan bahawa:
“Musuhmu yang paling ganas ialah nafsumu sendiri yang berada antara dua sisimu.” (HR al-Baihaqy)
Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan dan keyakinan yang harus ada pada umat Islam. Keyakinan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi. Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, “Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang.”
Ternyata kegagalan manusia dalam mengurus hawa nafsu mereka akan melahirkan masyarakat yang rosak. Allah SWT telah berfirman dalam surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud:
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”.
Ini menunjukkan penekanan yang tegas bahawa nafsu membawa kepada kejahatan.
Mujahadah Hawa Nafsu
Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash RA, katanya: “Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menuruti apa yang aku bawa.”
(Hadis ini hadis hasan sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad sahih.
Ada beberapa pengajaran yang boleh kita pelajari:
1.Hadis ini menerangkan bahawa salah satu daripada tuntutan iman bagi seseorang ialah hawa nafsunya mestilah tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
2.Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran Islam atau menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka imannya masih tidak sempurna.
3. Ungkapan ‘tidak benar-benar beriman’ dalam maksud hadis di atas bererti iman tidak sempurna, masih cacat atau tempang, bukan bererti telah jatuh kufur. Seseorang itu hanya jatuh kufur apabila dia menafi atau menolak mana-mana ajaran Islam.
4. Mujahadah hawa nafsu (berjihad melawan hawa nafsu) adalah mujahadah yang berat, yang tidak tertanggung dan tidak mampu dilaksanakan kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman dan mencintai Allah serta Rasul-Nya.
Mujahadah bermaksud “berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.” Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, “Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.” Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, “Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara.” Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.
Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah
Tips Melawan Hawa Nafsu.
Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, “Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, ‘Bantulah dirimu dengan banyak bersujud’. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran.”
Selain itu, ada beberapa tips yang para ulama bimbingkan kepada kita, antaranya:
1.Hendaklah dia memperkuatkan rasa takutnya kepada Allah dan selalu mengingat berbagai kengerian siksa Allah diakhirat kelak.
2.Hendaklah dia meninggalkan segala sebab yang membuatnya terjatuh kembali kepada hasutan hawa nafsu.
3.Hendaklah dia meninggalkan rakan/kawan yang tidak baik, supaya dia tidak mudah termakan oleh ajakan hawa nafsu. Sebagai gantinya, hendaknya dia bergaul dengan orang-orang soleh yang mengamalkan agama Allah
4.Hendaklah dia menjauhi tempat-tempat yang dapat menjerumuskannya kepada hasutan hawa nafsu dan memperbanyak bersimpuh di dalam rumah Allah (Masjid).
5.Hendaklah dia selalu menyibukkan diri dengan zikrullah dan membaca Al-Quran, kerana hati yang lalai dari Allah sangat mudah bagi syaitan untuk mendorongnya kepada hawa nafsu.
6. Hendaklah dia komited dengan program-program tarbiyah ruhiyah dan sering menghadiri halaqah-halaqah ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman dirinya untuk membina kekuatan iman dan melawan hawa nafsu.
7.Hendaklah dia sibukkan dirinya dengan program dan aktiviti yang bermanfaat seperti program dakwah dan sebagainya agar masanya tidak dibiarkan kosong dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Masa yang terbiar kosong akan menggalakan hawa nafsu menyibukkan dirinya dengan perkara yang melalaikan dan merosakan. Kata pepatah Arab;
"Nafsumu jika engkau tidak menyibukkannya dengan kebenaran, nescaya dia akan menyibukkan dirimu dengan kebatilan."
8.Sentiasa berdoa dan berserah diri kepada Allah SWT
Imam Ibnu Jauzi juga ada memberikan beberapa tips dan motivasi kepada kita untuk membina kekuatan melawan asakkan hawa nafsu, antaranya:
-Seteguk kesabaran untuk memotivasi dirinya agar bersabar atas kepahitan yang dirasakan saat mengekang hawa nafsu. Kekuatan jiwa untuk menumbuhkan keberaniannya meminum seteguk kesabaran tersebut. Kerana hakikat keberanian tersebut adalah sabar barang sesaat! Sebaik-baik bekal dalam hidup seseorang hamba adalah sabar!.
-Selalu memeperhatikan hasil yang baik dan kesembuhan yang diperolehi dari seteguk kesabaran.
-Selalu mengingat pahitnya kepedihan yang dirasakan daripada kelazatan menuruti kehendak hawa nafsu. Kedudukan dan martabatnya di sisi Allah dan di hati para hamba-Nya lebih baik dan berguna daripada kelazatan mengikuti tuntutan hawa nafsu.
-Hendaklah lebih mengutamakan manis dan lazatnya menjaga kesucian diri dan kemuliaanya daripada kelazatan kemaksiatan.
-Hendaklah bergembira dapat mengalahkan musuhnya, membuat musuhnya merana dengan membawa kemarahan, kedukaan dan kesedihan! Kerana gagal meraih apa yang diinginkannya. Allah azza wa jalla suka kepada hamba yang dapat memperdaya musuhnya dan membuatnya marah (kesal). Allah berfirman : Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan demikian itu suatu amal soleh. (At-Taubah:120). Dan salah satu tanda cinta yang benar adalah membuat kemarahan musuh kekasih yang dicintainya dan menaklukannya (musuh kekasih tersebut).
-Senantiasa berfikir bahwa ia diciptakan bukan untuk memperturutkan hawa nafsu namun ia diciptakan untuk sebuah perkara yang besar, iaitu beribadah kepada Allah pencipta dirinya. Perkara tersebut tidak dapat diraihnya kecuali dengan menyelisihi hawa nafsu.
Penutup:Berbahagialah
Berbahagialah seorang hamba yang sentiasa mengenal dirinya dan musuhnya dan selalu berusaha untuk memperbaiki dirinya. Dialah hamba beruntung kerana semakin dia bersungguh-sungguh mengurus jiwa dan hatinya dengan keimanan kepada Allah, dan membersihkan hatinya dari gejolak hawa nafsu maka insyaallah dia akan semakin dekat dengan kepada ampunan Allah SWT dan kasih sayang Allah SWT.
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik." (al-Ankabut: 69)
Allahu Akbar! Sungguh, benarlah mujahadah hawa nafsu adalah perkara yang paling penting dalam menggapai redhoNya. Dan ia juga merupakan perkara yang amat sukar tuk dilaksanakan. Semoga Allah permudahkan hambaNya tuk capai JannahNya.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThanks! Saat nya memperbaiki diri.
ReplyDeleteUstadz apabila orang yang telah hilang imannya dapat dikembalikan lagi?
ReplyDeleteSaya sungguh takut... karena tidak dapat mengerjakan apa-apa, berpikir pun sudah tidak mampu... saya pernah baca akal bisa rusak karena maksiat
Smoga allah membantu kita dlm betmujahadah melawan hawa nafsu amiin
ReplyDeleteUstaz saya mohon guna ilmu dan gambar kung fu utk share dalam usrah kami ye
ReplyDeleteTad, bagaimana menaklukan hati yg telah mengeras oleh nafsu? Syukron
ReplyDelete
ReplyDeleteSaya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..
görüntülüshow
ReplyDeleteücretli show
D5MVU