Saya
melihat keresahan manusia disebabkan mereka berpaling dari Allah dan selalu
terjerumus dalam cinta dunia yang melampau batas. Setiap kali ia kehilangan
dunia, ia merasa gelisah luar biasa.
Adapun orang yang dikurniakan makrifat (mengenal) kepada Allah akan selalu tenang menghadapi hidup, kerana hidupnya penuh dengan keredhaan menerima ketentuan Allah. Apa pun yang telah ditakdirkan baginya akan selalu diterima dengan penuh kerelaan. Jika berdoa namun tidak diterima, tak terlintas dalam kalbunya kecaman kepada Sang Khaliq, kerana ia sedar bahawa dirinya hanyalah hamba yang diatur oleh "Tuan"nya. Yang penting baginya adalah mengabdi sebaik-baiknya kepada Sang Khaliq.
Dari situ akan muncul sifat tidak tamak dalam mengumpulkan dunia dan tidak berpura-pura untuk mendapat simpati manusia serta tidak larut dalam gelombang hawa nafsu. Dalam dirinya telah tertanam satu keinginan untuk mencapai yang kekal dengan mengorbankan yang fana.
Orang yang memiliki mencintai Allah akan tidak disibukkan dengan segala kepentingan-kepentingan yang ada; kesibukannya terpadu untuk melayani tuntutan Sang Pemilik hal-hal itu. Anda dapat melihat ia sangat santun tatkala berduaan dengan-Nya saat bersendirian dan munajat namun sangat asing ketika bergaul dengan manusia-manusia makhluk-Nya, redha dengan takdir yang digariskan padanya.
Adapun orang yang tidak dikurniai itu semua akan berada di dalam kubangan lumpur kotor kehidupan. Bayangannya untuk mendapatkan dunia yang ia inginkan tak mungkin akan terwujud semua. Jadilah ia dikepung oleh keinginannya sendiri dan merana melihat nasibnya. Oleh kerana keburukan tingkah lakunya di dunia, ia pun merana di akhirat kerana tidak mempersiapkan untuk akhiratnya.
Semoga Allah memperbaiki ehwal urusan kehidupan kita sehingga kita dapat menempuh jalan-Nya.
Dikutip dari Kitab "Shaidul Khathir" karya Imam Ibnu Jauzi

No comments:
Post a Comment