Saya tertarik dengan satu tulisan yang membakar semangat dan
jiwa saya untuk terus bekerja dan istiqamah di medan dakwah dan tarbiyah. Saya bersetuju
dengan pandangannya bahawa ancaman utama yang menyekat kemaraan dakwah ini
adalah apabila ada kalangan umat ini yang telah memenjara dirinya sendiri dalam
penjara buatan sendiri. Penjara keseronokan, penjara cintakan dunia dan takut
mati. Penjara inilah yang telah menyebabkan generasi muda islam menjadi tikus
yang penakut. Penjara inilah yang telah menjerumuskan pemuda Islam terperosok
dengan seribu satu maksiat dan masalah sosial. Penjara inilah yang telah
menenggelamkan keberanian pemuda Islam dari digeruni oleh musuhnya. Dan masalah
besarnya ialah kita tidak takut berada dalam penjara ini, kerana di dalamnya
cukup indah dan seronok.
Apakah kita tidak mahu belajar dari sahabat-sahabat kita di
Gaza yang sekian lama di penjara dalam penjara terbesar dunia. Tidak cukup
dipenjara dengan sekatan-sekatan kemanusiaan, mereka ditubi dengan bedilan
peluru canggih Yahudi Israel buatan Amerika. Amerika dan Yahudi Israel cukup
gentar dengan saudara kita di Gaza yang sedang terpenjara!!? Berbanding kita
yang bebas ke sana kemari dalam kemelut dosa dan kemaksiatan. Hatta yang
mengajak kepada dakwahpun lesu dengan penangan kelazatan dunia dan kemegahan
kebendaan. Lebih rela memilih dakwah berhawa dingin daripada dakwah yang
bersusah payah!!? Mejadi sebahagian rakyat Gaza sekitar 1.6 juta orang bukan mudah. Namun mereka bahagia berada di penjara terbesar dunia ini kerana bagi mereka Gaza adalah bumi Universiti Tarbiyah.
Suatu saat di Mesir, penjara-penjaranya dipenuhi dengan aktivis
Ikhwan Muslimin yang ditangkap oleh regim pemerintahan sekular. Mereka ditahan
dengan pelbagai alasan bahkan sebahagian alasan yang sengaja dicipta oleh regim
zalim ini dan sebahagian lainnya dengan alasan yang tidak jelas.
Tidak cukup di situ, sebahagian aktivis Ikhwan juga dikurung, diseksa bahkan ada yang dibunuh. Hingga berubahlah penjara menjadi sarang penyiksaan. Kalau tidak dibunuh, mereka akan disiksa dengan penyiksaan di luar batas kemanusiaan.
Dua diantara ribuan aktivis Ikhwan yang dipenjara itu adalah seorang pengikut ikhwan yang dipenjara bersama naqibnya. Ketika keduanya dipindahkan dari sel penjara, ikhwah itu bertanya disertai perasaan khuatirnya. “Ya naqib, bagaimana nasib kita bila mereka lemparkan kita ke sarang serigala lapar atau lubang busuk tanpa kehidupan?”

“Mereka dapat membuang kita ke tempat manapun yang kita
takuti,” naqib itu menjawab dengan tenang dan yakin, “namun ketahuilah… mereka
tidakkan mampu membuang kita ke tempat yang tidak ada Allah.”
Waktu berlalu. Mereka berdua terselamat dan dibebaskan dari penjara. Saat pimpinan Ikhwan ketika itu meninggal dunia, maka diperlukan penggantinya, naqib yang pernah dipenjara itulah yang ditunjukkan untuk menggantikannya. Beliau tidak lain adalah Syeikh Mustafa Masyhur. Mursyid am Ikhwanul Muslimin kelima.
Bertahan hidup menghadapi penjara dan siksaan berat adalah sebuah prestasi hidup yang luarbiasa, namun prestasi lebih besar yang telah Syeikh Mustafa Masyhur dan Ikhwanul Muslimin di sana tunjukkan kepada kita ialah bagaimanakah kita harus memiliki keiltizaman dan intizam dengan dakwah, tarbiyah dan jamaah ketika melalui saat getir di penjara dan menempuh ujian berat. Mustafa Masyhur dan Ikhwanul Muslimin bukan saja mampu mempertahankan dakwah hingga tetap bergelora dan anggotanya terus bertambah, namun juga mampu menukarkan penjara menjadi universiti tarbiyah. Dalam penjara mereka berinteraksi semakin akrab dengan Al-Quran. Maka lahirlah sekian banyak hafidz dari balik jeruji besi. Dalam penjara mereka berjumpa langsung dengan qiyadah-qiyadah tertinggi dakwah, mendengar langsung taujih mereka, serta mengecap auran dan nafas tarbawi setiap hari. Maka tatkala keluar dari selnya, jadilah mereka lebih matang serta kaya ilmu dan pengalaman.
Kita perlu belajar dari Syeikh Mustafa Masyhur dan sahabat-sahabatnya. Kita perlu mewarisi semangat mereka. Kita harus mentadaburi kitab dan tulisan mereka. Saat saya mengenali tarbiyah, kitab-kitab mereka inilah yang dihidangkan dan dijamu kepada kami oleh murabbi-murabbi kami. Berulang-ulang saya baca dan cuba fahami. Hari ini, generasi Y dakwah dan tarbiyah, apakah kita sudah bedah kitab-kitab mereka dan peribadi mereka? Apakah sudah terbit dalam bicara dan gerakerja kita dengan panduan dan kefahaman yang telah mereka ajarkan? Atau kitab mereka kini sekadar menghiasai almari koleksi buku-buku tarbiyah yang kita sukai?

Kita harus menjadikan penjara dunia yang sedang kita nikmati ini sebagai universiti tarbiyah buat diri kita. Kita harus bergerak menuju redha Allah dan mencari kemuliaan di sisi Allah berbanding mencari kepuasan peribadi dan kehendak nafsu.Setiap saat kita menikmati kebaikan dan segala macam kemudahan yang Allah berikan di penjara dunia ini ditukar kembali kepada perkara yang memberikan kebaikan besar kepada masa depan akhirat kita. Jika kita ada wang ringgit, kekayaan, harta benda dan kesenangan kebendaan, tukarkanya kepada pahala besar dengan menginfak, wakaf dan bersedekah, memberi kepada yang amat memerlukan. Jika kita ada daya keintelektual yang tinggi maka angkatkah maruah umat ini dengan kebijakan idealisma kita. Jika kita punya kedudukan dan jawatan, maka merendah diri dan takutlah anda kepada Tuhan-Mu yang akan mempertanyakan apa yang telah kita usahakan untuk meninggikan kalimah Allah SWT. Jika kita punya anak-anak, maka didiklah anak-anak kita agar mereka mewarisi dan melaksanakan risalah Rasulullah SAW. Jika kita tidak punya apa-apa, maka hamburkan doa kita buat saudara-saudara kita yang lebih lagi tidak punya apa-apa. Ubahlah dan ciptakanlah agar pada setiap penjuru kehidupan kita adalah penjara dunia yang mentarbiyah diri kita menjadi hamba Allah yang Allah sediakan syurga untuknya.
Asasnya, penjara dunia boleh menjadikan kita calon ke neraka, sebaliknya penjara dunia boleh menjadikan kita mulia di sisi-Nya.

No comments:
Post a Comment