Tuesday, May 07, 2013

Usrah Mingguan: Kajian Surah al-Ma'un (1)



1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim                   
3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan       agama), maka  Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
 5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
 6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
 7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak                mendapatnya).

(Surah al-Ma'un:1-7)

Huraian:

Dalam sesetengah riwayat surah al-Ma’un diturunkan di Mekah. Dan dalam      setengah riwayat yang lain surah ini diturunkan di Mekah dan di Madinah. Iaitu tiga ayat yang pertama diturunkan di Mekah dan empat ayat terakhir diturunkan di Madinah. Riwayat yang terakhir adalah riwayat yang terkuat.

Surah ini berbeza dengan surah-surah yang lain kerana ia dimulakan dengan satu pertanyaan (أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ َ ) “Tahukah Engkau orang yang mendustakan agama?”. Dengan demikian, surah ini terasa lebih menarik kerana menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hati orang yang pembaca. Pertanyaan yang dikemukakan di dalam ayat ini membuatkan pembaca tertarik untuk membaca lebih lanjut lagi siapakah mereka yang mendustakan agama.

 Isi kandungan surah ini menjelaskan mengenai orang-orang yang mendapat kecelakaan kerana mendustakan agama dan hari pembalasan. Sifat-sifat mereka dijelaskan dengan terperinci.  Antara lain tentang membentak anak yatim, tidak mahu mendorong manusia untuk memberikan makanan kepada orang miskin, orang yang bersembahyang dengan hati dan jiwa yang lalai, tidak merasakan kebesaran Allah, tidak menunaikan sembahyang dengan khusyuk dan memahami maksudnya, serta tentang orang yang tidak mahu memberikan pertolongan kepada sesama mereka.

Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaily (2007), surah ini dinamakan al-Ma’un kerana di penghujungnya  (ayat Madaniyyah) Allah mencela orang-orang yang enggan memberi pertolongan. Firman Allah S.W.T.: (  وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ )“Dan (mereka) enggan memberi pertolongan”. (al-Ma’un, 107 : 7). Mereka sama seperti orang-orang lalai terhadap sembahyang dan orang-orang munafik. Perkataan al-Ma’un bermaksud benda-benda yang boleh dipinjam oleh seseorang jiran daripada jirannya seperti alat-alat untuk memasak; contohnya periuk, garam atau air. Alat-alat bercucuk tanam seperti baldi dan kapak. Alat-alat menjahit seperti jarum, benang dan benda-benda lain yang boleh dipinjam dan digunakan dengan segera. Surah ini juga dinamakan al-Din kerana pada permulaannya (berupa ayat Makkiyyah), Allah menyelar golongan yang mendustakan “al-Din” atau pembalasan di akhirat.

Sebab-sebab Turun Ayat
                                                       
Firman Allah {  أرءيت الذي  يكذب  بالدين} yang bermaksud :“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?” (al-Ma’un, 107 : 1). Terdapat pelbagai pendapat yang menyatakan tentang sebab turunnya ayat tersebut. Menurut Ibnu ‘Abbas , ayat ini diturunkan kepada al-‘As bin Wa’il  al-Sahmi. Al-Sauddi berkata, diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah. Ada yang berpendapat ia diturunkan kepada Abu Jahal. Ini kerana beliau adalah seorang penyelia anak yatim. Pada suatu hari dalam keadaan tidak berbaju anak yatim itu datang meminta sedikit daripada hartanya kepada Abu Jahal. Mendengar permintaan tersebut, Abu Jahal menolak anak yatim tersebut.

Manakala Ibnu Juraij berkata, ayat ini diturunkan kepada Abu Sufian. Menurut riwayat, Abu Sufian menyembelih unta setiap minggu. Maka datanglah anak yatim meminta sebahagian daripadanya. Abu Sufian bertindak mengetuk anak yatim tersebut dengan tongkatnya, lalu Allah pun menurunkan ayat ini أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ  . Allah S.W.T. menurunkan ayat dalam bentuk tanda tanya (istifham), menunjukkan kehairanan dan keanehan terhadap sikap manusia. Manusia seolah tidak percaya kepada hari pembalasan. Golongan ini adalah golongan manusia yang rugi.

Bagi firman Allah {  فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ} yang bermaksud :“Maka celakalah orang-orang yang sembahyang” (al-Ma’un, 107:4). Diriwayatkan oleh Ibnu al-Munzir daripada Ibnu Abbas mengenai ayat tersebut, beliau berkata: “Diturunkan kepada orang-orang munafik. Mereka mempamerkan ibadat sembahyang mereka kepada orang-orang Islam bila bersama mereka. Tetapi meninggalkan ibadat tersebut apabila orang-orang Islam tidak ada bersama mereka. Mereka juga tidak suka memberi pertolongan atau meminjamkan sesuatu kepada orang lain.

Allah S.W.T.  menurunkan ayat ini untuk menyatakan tentang kerugian terhadap orang-orang munafik yang riak dalam sembahyang mereka. Jika mereka sembahyang , mereka tidak mengharapkan ganjaran pahala sebaliknya menunjuk semata-mata tentang keimanan mereka kepada orang-orang Islam. Sebaliknya, sekiranya mereka tidak bersama orang-orang Islam mereka lalai daripada melakukan sembahyang sehingga luput waktu. Sebab itulah Allah S.W.T. menyatakan celaka bagi orang-orang yang sembahyang iaitu bagi mereka yang sembahyang kerana riak.


Bersambung...




1 comment:


  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete