Sumber:dakwatuna.com
Harmoni adalah perpaduan dari berbagai warna karakter yang membentuk kekuatan kewujudan sesebuah objek. Perpaduan inilah yang membuat warna apa pun mampu membentuk gabungan yang indah dan serasi.
Warna hitam, misalnya, kalau berdiri sendiri akan menimbulkan kesansuram dan dingin. Jarang orang menyukai warna hitam secara berdirisendiri. Tapi, jika berpadu dengan warna putih, akan memberikan coraktersendiri yang mampu menghilangkan kesan suram dan dingin tadi.Perpaduan hitam-putih jika digarap secara bijaksana dan jalinan kesenian,akan menimbulkan kesan dinamik, bersemangat, dan hangat.
Seperti itulah seharusnya rumah tangga dikelola. Rumah tangga merupakan perpaduan antara berbagai warna karakter. Ada karakter lelaki, wanita, anak-anak, bahkan mertua. Dan tidak ada satu pun manusia di dunia ini yang boleh menjamin bahawa semua karakter itu serba sempurna. Pasti ada kelebihan dan kekurangan.
Nah, di situlah letak keharmonian. Tidak akan terbentuk irama yang indah tanpa adanya keharmonian antara nada rendah dan tinggi. Tinggi rendah nada ternyata mampu melahirkan berjuta-juta lagu yang indah.
Dalam rumah tangga, segala kekurangan dan kelebihan saling berpadu.Terkadang pihak suami yang bernada rendah, terkadang sang isteri bernada tinggi.Di sinilah suami isteri dituntut untuk menciptakan keharmonian dengan mengisi kekosongan-kekosongan yang ada di antara mereka.
Ada empat hal yang mesti diperhatikan untuk menciptakan keharmonian dalam rumah tangga:
1. Jangan melihat ke belakang
Jangan asyik mengungkit-ungkit alasan saat awal kita melangsungkan perkahwinan."Kenapa saya saat itu mahu menerima kehadiran anda, ya? Kenapa tidak saya tolak aje?" Buang jauh-jauh lintasan fikiran ini.
Langkah ke belakang tersebut sama sekali tidak akan menghasilkan perubahan positif, bahkan akan menyeret ketidakharmonian yang bermula dari masalah sekecil-kecilnya menjadi serabut dan kusut. Jika rasa penyesalan berlarut, tidak tertutup kemungkinan ketidakharmonian berakhir kepada perceraian.
Kerana itu, hadapilah kenyataan yang saat ini kita hadapi. Inilah masalah kita. Jangan lari dari masalah dengan menyalahkan kisah yang silam.Atau, na'udzubillah, membayangkan sosok lain di luar pasangan kita. Hal ini akan membuka pintu syaitan sehingga kian meracuni fikiran kita.
2. Berfikir objektif
Terkadang, konflik boleh menyeret hal lain yang sebetulnya tidak terlibat.Ini terjadi kerana konflik disikapi dengan emosional. Apalagi sesudah melibatkan pihak ketiga yang mengetahui masalah dalaman rumah tangga secara tidak menyeluruh.
Jadi, cubalah kenalpasti masalah pada akarnya. Lebih baik lagi jika dalam memetakan masalah ini dapat dilaksanakan dengan kerjasama kedua belah pihakyang bersengketa. Tentu akan ada inti masalah yang perlu disepakati.
Misalnya, masalah kekurangan sumber pendapatan dari pihak suami terhadap pendapatan keluarga. Jangan dipengaruhi emosional sehingga menyeret masalah lain. Contohnya, mengandaikan suaminya yang tidak pandai mencari duit atau suami dituduh sebagai pemalas. Kalau ini terjadi, reaksi sebaliknya pun akan berlaku. Si Suami akan berteriak bahawa si isteri boros, materialistik, dan kurang memahami kerjaya suami.
Padahal kalau bersikap lebih objektif, masalah kurang sumber pendapatan keluarga mampu diselidiki dengan kerjasama semua pihak dalam rumah tangga. Kebarangkalian akan menemui jalan keluar secara konkrit seperti kemungkinan isteri turut serta bekerja untuk menambahkan pendapatan keluarga, bahkan boleh juga sekaligus melatih kemandirian anak-anak atau mengurangkan budget perbelanjaan harian yang tidak penting.
3. Lihat kelebihan pasangan, jangan sebaliknya
Untuk menumbuhkan rasa optimistis, lihatlah kelebihan pasangan kita. Jangan sebaliknya, mengungkit-ungkit kekurangan yang dimiliki. Imaginasi dari sebuah benda, bergantung pada bagaimana kita meletakkan sudut pandangnya.
Mungkin secara kebendaan dan fizik, pasangan kita mempunyai banyak kekurangan. Rasanya sulit sekali mencari kelebihannya. Tetapi, disinilah uniknya berumah tangga. Dasar cinta yang suci masih terbenam di lubuk sanubari antara kedua pasangan. Bererti, ada satu atau dua kelebihan yang kita sembunyikan dari pasangan kita. Paling tidak, niat ikhlas si dia dalam mendampingi kita kerana Allah sudah merupakan kelebihan yang tiada tolok bandingnya. Luar biasa nilainya di sisi Allah. Nah, dari situlah kita menilai. Secara seiringan, segala kekurangan pasangan kita itu dilengkapi dengan kelebihan yang kita miliki. Bukan sebaliknya menjatuhkan atau melemahkan semangat dalam mencari titik kesamaan.
4. Memahami syariat dalam berumah tangga
Salah satu matlamat asas yang paling utama seorang itu rela berumah tangga adalah kerana adanya ketaatan pada syariat Allah. Pada hakikatnya, jika menurut kepentingan kebendaan dalam berumah tangga, ianya amat melelahkan. Justeru di situlah nilai pahala yang Allah janjikan, matlamat perkahwinan yang jelas.
Ketika masalah hampir tidak menemui hujung pangkalnya, kembalikanlah hal tersebut kepada sang pemilik masalah, Allah swt. Suburkan perasaan baik sangka kepada Allah swt. Tataplah hikmah di sebalik masalah. Insya Allah, ada kebaikan dari semua masalah yang kita hadapi.
Lakukanlah pendekatan ubudiyah kepada Allah swt dengan lebih konsisten dan komited. Jangan bosan dengan doa. Besar kemungkinan dengan taqarrub (mendekatkan diri) pada Allah, masalah yang berat mampu terurai dan menjadi ringan. Dan dengan izin-Nya, jalan keluar akan terlihat di depan mata. Insya Allah!
No comments:
Post a Comment