Monday, September 24, 2007

Mendidik Anak Menghayati Rukun Iman & Islam


Rukun Islam mengandungi 5 perkara dan rukun Iman pula ada 6 perkara. Kedua-dua rukun ini ditegaskan oleh Rasulullah SAW ketika menjawab pertanyaan Malaikat Jibrail AS : Maksudnya : “Wahai Muhammad! Apakah dia Rukun Islam? Rasulullah SAW menjawab: Rukun Islam itu ialah hendaklah engkau mengucap dua kalimah syahadah, mendirikan sembahyang, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan Haji sekiranya mampu". Jibrail AS berkata: "Benar jawapanmu". Jibrail AS berkata lagi: "Maka terangkan pula kepadaku tentang apakah dia Rukun Iman?" Rasulullah SAW menjawab: "Rukun Iman ialah hendaklah engkau beriman kepada Allah, MalaikatNya, Kitab-kitabNya, Rasul-rasulnya, hari akhirat dan beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah Taala”. [Riwayat Bukhari]

Berdasarkan kepada Hadis di atas, maka fahamlah kita bahawa asas kehidupan kita adalah dengan menghayati Rukun-rukun yang telah diberitahu di atas. Perkara yang baik mestilah dibiasakan dari anak-anak kita kecil lagi. Kenapa pula perlu ajar sejak dari dini? Sebab tu lah yang muncul peribahasa ke simpulan bahasa ‘MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA’. Semua amalan terpuji mestilah kita mulakan dari awal kelahiran anak-anak. Apabila mereka dah terbiasa, besar nanti kita tidak akan susah hati lagi. Testimoni ada depan mata saya sendiri. Seorang ibu yang terlalu manjakan anak dia sendiri sampai selalu tak kejutkan subuh, tak mendekatkan dia dengan ajaran Islam, maka sekarang dia menderita bilamana anak dia takmaulagi solat walau umur dah besau panjang. Alangkah kecewanya… Kemungkinannya kita perlu meminta mereka menghafalkan semua rukun ni. Selain ada dalam silibus sekolah dia, perkara ni yang lebih penting adalah silibus kehidupan. Mereka perlu difahami bahawa rukun-rukun ini akan menjadikan mereka sebagai seorang muslim dan mukmin sejati. Anak-anak juga perlu diajar tentang asas-asas ilmu tauhid seperti sifat wajib mustahil dan harus bagi Allah dan bagi RasulNya, Nama-nama Allah, Syurga dan Neraka serta perkara-perkara yang boleh menjejaskan keimanan seseorang muslim dan juga hukum-hukum syarak. Ini supaya mereka terlatih untuk melakukan kebajikan dan menjauhi kejahatan rohani dan jasmani. Salah satu teknik paling mega yang saya mahu cadangkan adalah perlunya kita dengan kerap sekali menyebut nama ALLAH dalam setiap nasihat yang kita mau tuturkan pada anak. Sebagai contoh, anak kita ketakutan mendengar bunyi guruh ketika hujan. Pertamanya tenangkan dia dan katakanlah bahawa satu2nya yang boleh kita takut adalah ALLAH SWT. “Abg, abang dah la laki. Abang musti kuat. Bunyi guruh ni tandanya hujan nak turun dengan lebat. Bukan apa pun. Hujan ni ALLAH turunkan sebab nak bagi rezeki pada kita.” Contoh lain, untuk mereka biasakan berpuasa. Terangkanlah secara lembut bahawa puasa adalah baik untuk mereka. Tunjukkan gambar-gambar mereka yang menderita kelaparan. Bandingkan betapa senangnya kehidupan kita berbanding mereka yang ditimpa nasib malang. Terangkan betapa murni nya agama kita yang mengajar utk mengingati mereka yang kesusahan. Semoga kita sama-sama di anugerahi ilham untuk mendidik anak-anak kita ke arah mencintai ALLAH dan RasulNya.

Susunan: Pn. Siti..

No comments:

Post a Comment