Wednesday, October 27, 2010

Yahudi Israel, Palestin, Mavi Marmara, Apa Lagi Selepas Ini?


Perdana Menteri Binyamin Netanyahu pada hari Selasa (26/10) memuji pasukan komando Tentera Laut yang menghentikan usaha aktivis IHH dari memasuki perairan Gaza pada 31 Mei lalu. Beliau berkata bahawa pasukan tenteranya adalah pahlawan yang sebenar. Beliau memuji mereka kerana usaha mereka untuk menggunakan cara yang "tidak berunsur kekerasan" untuk menghentikan kapal Mavi Marmara dan lima kapal yang lain dari melaksanakan misi mereka untuk memasuki Gaza yang dikuasai Hamas. Netanyahu berkeras mempertahankan tindakan komandonya walaupun seramai 9 aktivis kemanusiaan yang berada di atas kapal Mavi Marmara terbunuh akibat bedikan peluru komando Israel. Beliau berkata demikian dalam sebuah kunjungan khas ke Pengkalan Angkatan Laut Israel di Atlit pada Selasa (26 Oktober) lalu, di utara Haifa. Perdana Menteri Israel itu berkata lagi kepada tentera bahawa "tidak ada kekuatan angkatan laut di dunia" yang akan bertindak lebih beretika dan lebih baik daripada yang telah komando mereka lakukan.

Begitulah kenyataan angkuh PM Israel yang berterusan menghalalkan pembunuhan yang telah mereka lakukan di perairan antarabangsa. Mereka tidak akan pernah rasa bersalah membunuh nyawa manusia yang tidak berdosa samada aktivis kemanusiaan apatah lagi umat Islam di Palestin. Sikap kekejaman mereka ini bukanlahsuatu yang baru dalam sejarah kewujudan bangsa yahudi yang kejam ini. Apabila kita menelusuri sejarah orang-orang Yahudi ketika zaman Rasulullah saw. mereka memang suka membantah ajakan Nabi Muhammad Saw menuju jalan yang benar, justeru kita boleh melihat betapa angkuh dan keras hati mereka. Kebencian mereka terhadap Islam tidak akan pernah surut sampai bila pun.

Mereka tidak akan pernah rela mengalah kepada umat Islam, sehinggalah umat Islam mahu mengikuti hawa nafsu mereka. Rasa permusuhan yang ada dalam hati para Yahudi lebih keras dan kejam jika dibanding dengan musuh-musuh Islam yang lain.
Dalam Al Quran Allah swt. berfirman:
“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. (QS, 5:82)

Dalam Tafsir oleh Imam Al Alusi dijelaskan bahawa orang-orang Yahudi disifati oleh Allah sebagai asyaddannâs, kerana kufur mereka yang sudah sangat berlebihan, serta kebiasaan mereka berbohong dan mengikuti hawa nafsu. Bahkan dikatakan juga bahawa dalam pandangan mereka wajib memerangi orang-orang yang kontroversi dengan keinginan mereka. Selain orang Yahudi juga orang-orang musyrik yang menjadi musuh yang sangat keras bagi umat Islam. Namun, dalam ayat ini orang-orang Yahudi lebih didahulukan (disebut terlebih dahulu) dari pada orang-orang musyrik, Mengapa?

Menurut Al Imam Al Alusi dalam tafsirnya, orang-orang Yahudi disebut terlebih dahulu kerana kebiasaan mereka yang lebih suka memusuhi dulu/mencari masalah, dalam pendapat lain dikatakan kerana sifat kejelekannya lebih tinggi daripada yang lain.
Kita semua sekarang dapat melihat fakta kebencian mereka terhadap orang-orang Islam yang ada di Gaza. Bertahun-tahun Yahudi Israel menjajah, mengusir dan menyiksa rakyat Palestin. Pelbagai macam kecaman telah mereka dapat dari majotiri manusia di seluruh penjuru dunia, ratusan ribu orang berdemonstrasi di negara-negara Eropah, puluhan ribu orang berdemonstrasi di negara-negara Arab dan Asia Tenggara untuk mengecam kekejaman tentera Israel yang sangat didukung oleh Amerika dan sekutunya, tetapi mereka semakin menggila meluncurkan serangan-serangan ke pemukiman warga Gaza. Hatta aktivis kemanusiaan pun mereka bunuh dengan penuh rasa kebanggaan. Yahudi Israel benar-benar telah melanggar hak asasi antarabangsa, mereka juga telah melakukan kejahatan perang dengan menghancurkan tempat-tempat ibadah, sekolah, university, pejabat milik PBB dan agensi kemanusiaan, pejabat para media massa, membunuh anak-anak serta membantai warga awam. Israel dan Amerika menuduh Hamas adalah kelompok teroris yang harus dihancurkan, sedangkan Israel dan AS yang sebenarnya lebih pantas disebut pengganas. Banyak fakta-fakta yang kuat yang boleh dijadikan penguat atas perkara ini, seperti pembunuhan ratusan ribu orang di Palestin. Sungguh sikap mereka sangat keji dan tidak manusiawi.

Kita masih belum mengetahui sampai bilakah mereka akan menghentikan kebiadaban mereka, apakah menunggu siksaan Allah yang akan segera datang untuk balasan bagi orang-orang yang zalim seperti mereka? Semog mereka segera mendapatkan siksaan dari Allah. Doa dan dukungan kami akan selalu menemani saudara-saudara kita yang berada di Palestin, semoga mereka mendapatkan pertolongan yang mulia dan kemenangan yang agung dari Allah swt.

1 comment: