Friday, November 19, 2010

Khabar dari Gunung Merapi


Assalamua’laikum wbth.

Alhamdulillah, hari ni cukup cepat masa berlalu. Setakat ini kami semuanya sihat walaupun agak'capek' hari ni.

Bersyukur kita kpd Allah SWT kerana dberi peluang utk kita berkomunikasi pad ahari ini. Bersyukur juga kerana dilindungi dari bencana letusan Gunung Merapi yang masih dalam keadaan 'AWAS'.

Seperti yang diberitahu pihak kerajaan Indonesia, status di sekitar g.Merapi masih dalam status 'AWAS' sehingga 20hb (Sabtu). Walaupun radius kawasan bencana telah dikurangkan dari 20km ke 10 km, penduduk sekitar G.Merapi masih dalam keadaan berjaga-jaga termasuk mereka yang berada di posko-posko keselamatan. Hanya para tentera dan tim penyelamat yg dibenarkan berada di radius 5km untuk menjaga kawasan jika berlaku kecemasan.

Setelah sesi reiki yang diadakan di beberapa kawasan semalam, didapati kawasan sekitar radius 10km telah mengalami kerosakamn yang amat teruk terhadap penduduk, haiwan ternakan dan tanaman. Kelihatan abu tebal telah membanjiri kawasan-kawasan tersebut. Abu panas tersebut telah membunuh banyak haiwan ternakan dan tanaman-tanaman yang merupakan sumber pendapatan utama kepada penduduk di sini. Sumber pendapatan utama disini ialah buah 'Salak Pondok' yang terkenal dengan kelazatanya yang sangat manis. Hampir semua pokok salak, kelapa, buluh menjadi longlai, patah dan mati akibat abu panas yang turun dari letusan G.Merapi. Mereka yang terbabit dgn kemusnahan ini dijangka akan hilang sumber ekonomi kurang2 2-3 bulan.

Setakat ini, sekitar 100,000 lebih pelarian yang masih mendiami di pusat-pusat penempatan sementara. Mereka amat memerlukan bantuan-bantuan dari segi 'sembako' (beras,minyak,tepung,gula,gandum,etc), lampin bayi, pakaian dalam, kewangan, 'Medical Aid' dan paling penting sekali adalah motivasi dan 'Trauma healing' untuk recovery. Didapati seramai 109 orang dewasa telah dihantar ke rumah sakit jiwa akibat bencana ini dan seorang mangsa telah membunuh diri. Di sini kita dapat perhatikan bahawa bantuan "Trauma Healing' adalah amat penting bagi membantu mereka untuk bersabar dan bersemangat untuk terus hidup. Teknik baru yang kami pelajari dari tim BSMI adalah teknik 'Hypnosis' yang mana dapat mengurangkan tekanan dan membantu mereka dari segi mental.



Hari ini kami berada di Desa Stabelan, Salo, kawasan bencana yang paling hampir dengan gunung Merapi sebelah timur. Hanya 3-4 km sahaja diliputi debu pasir tebal dan masih turun lagi walaupun sudah mula berkurangan. Kawasan ni 'darurat'. Kawasan ni belum pernah dilayani oleh mana-mana NGO.

Bersama team medik ikhwah kita dari Jawa Timur (JATIM) membuat rawatan lebih kurang 60 pesakit. Berada di Stabelan sehingga jam 2.00 ptg,terpaksa turun ke bawah kerana hujan mulai turun, bimbang jalan debu bertukar lumpur. Di sepanjang perjalanan naik dan turun juga mengagihkan SEBAKO (barangan keperluan asas). Perjalanan pulang terpaksa melalui jalan lain dan lebih jauh.

Tiba di posko (pusat kordinasi) Boyolali semula jam 7.00 ptg, sempat makan malam, bebek goreng, 'kakap goreng dan ayam penyet!

Bertemu Pak NurAriffin, ikhwah di sini dan wakil NGO tempatan utk berbincang dan merancang perjalanan esok.

OH MERAPI, ENGKAU ADALAH MILIK ALLAH,
BEGITU JUGA KAMI DAN MBAH MARIJAN,
KEPADAMU YA ALLAH KAMI BERSERAH,
AGAR KAMI DIJAUHKAN DARI PELBAGAI DUGAAN.

SOLO, BOYALALI, LATEN INDAH NAMANYA,
PENDUDUK JAWA HALUS BUDIBAHASA,
SUDAH BERLALU TIGA HARI KAMI BERSAMANYA,
MASA KAN SAMA APA YG MEREKA RASA.

Dr. Baharudin Suri
Ketua Misi Kemanusiaan Merapi 1, HALUAN Malaysia)

*Semoga selamat pulang sahabat-sahabat ku..

1 comment: