Tuesday, January 25, 2011

Kelahiran Cahaya Mata Ketiga: Syukur Kepada Allah SWT




Alhamdulillah, syukur tidak terhingga penulis zahirkan kepada Allah SWT atas kurniaan cahayamata ketiga, yang selamat dilahirkan pada Isnin, 24 Jan 2011, 6.20perang di HRPZ II, Kota Bharu Kelantan Darulnaim. 15 hari isteri penulis 'menginap' di wad 25 HRPZ II, hampir 3 minggu penulis tidak "outstation" dan terpaksa menolak jemputan program di luar Kelantan. Akhirnya Allah anugerahkan berita gembira buat kami sekeluarga. Alhamdulillah isteri dan putera ketiga berada dalam keadaan sihat dan ceria.

Ya Allah! Satu lagi amanah besar engkau berikan kepada kami, semoga kami mampu melaksanakan amanah ini dengan mendidik anak-anak kami dengan iman dan ketaqwaan.

Jazakallah kepada rakan-rakan, sahabat dan akhwat atas doa, ambil berat dan ziarah kalian, sesungguhnya semua itu memberi kekuatan dan inspirasi buat kami.Terima kasih juga buat para jururawat,pelatih dan para doktor yang bekerja dengan jujur dan amanah, semoga kalian juga beroleh kebaikan dan pahala disisi Allah SWT.

Selamat datang Ahmad Rushdan Hakimi Mohd Razali ke dunia yang fana. Semoga dikau membesar menjadi putera yang mencintai Allah, Rasulullah, ummat dan akhirat.





3 comments:

  1. Assalamualaikum wbt, Tahniah buat Abu Ridhwan dan Ummu Rasyid atas kelahiran cahaya mata yang ketiga.

    Semoga kelahirannya mengikatkan lagi kasih sayang antara akhi & Kak Ha dan abang-abang Rushdan Hakimi yang lasak-lasak.

    BroHamzah

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Moga lahirnya anak ini sbg pemuda yg hebat utk membawa islam di masa hadapan. Amin.

    Tahniah Abu Ridhwan dan Ummu Rasyid. (",)

    ReplyDelete
  3. assalaamu'alaikum. tahniah buat Abu Ridhwan n keluarga. semoga kehadhiran Ahmad rushdan Hakimi menambah bilangan PEWARIS yg menjalankan kerja2 ULAMA'WARISATUL ANBIA. mudahan2 Rahmat Allah keatas akhi n keluarga.

    ReplyDelete