Friday, July 29, 2011

Ramadhan, Selagi Hayat Di Kandung Badan




Semoga saat ini iman kita bergelora dan berdebar-debar menanti kehadiran Ramadhan. Ahlan Ramadhan. Senang dan gembira dengan kedatanganmu Mari kita sambut Ramadhan sebagai tamu agung dan terhormat. Antara lain dengan menggembirakan segenap keluarga dengan pemberitahuan akan datangnya Ramadhan yang mulia.. Saling mengucapkan salam dan selamat menyambut Ramadhan kepada teman-teman dan rakan-rakan kita. Bulan agung dan luarbiasa kini semakin hampir. Selamat Meraikan Ramadhan..

Mengisi Ramadhan dengan amal adalah tanggungjawab peribadi yang mesti dipikul oleh kita. Ramadhan adalah pembangkit jiwa dan pembakar iman, proses dan natijahnya adalah untuk membentuk manusia menjadi peribadi utuh dan positif. Yang berjiwa “pendekar”, sebagaimana Ramadhan di zaman Rasulullah SAW, Ramadhannya melahirkan para sahabat yang berjiwa “pendekar”, dipersiapkan jiwanya dengan jihad, bukan kemalasan.

Semoga kita sudah merancang dengan persiapan yang lebih kemas dan teratur untuk mengisi Ramadhan pada kali ini. Kalau kita tidak merancang menyambut Ramadhan dengan kesungguhan, bermakna kita sudah merancang untuk menggagalkan Ramadhan kita dengan kemalasan dan kebiasaan.

Bayangkan saat anda sedang berada dalam sebuah bilik sedang menunggu seorang doktor pakar. Doktor itu masuk dan memandang wajah anda dengan penuh tajam. Perasaan anda sudah mula cemas dan risau. Dengan nada agak perlahan, doktor itu berkata; “ I wish there were another way to break this to you, but you only have a month to live. Unfortunately, there is nothing I can do for you. I’m so sorry.”

Bagaimana? Apa perasaan anda? Anda ada sebulan lagi untuk hidup? Situasi seperti ini akan mengubah cara pandang anda terhadap kehidupan anda.

Bagi yang berjiwa kerdil, dia akan memilih respon negatif atas peluang nipis dan keterbatasan waktu yang ia ada, lantas dia akan kecewa dan murung. Membiarkan dirinya merentasi kehidupan dengan perasaan kalah dan kecundang sambil menanti hari-hari akhirnya. Belumpun sampai hari ke 30, dia sudahpun menggagalkan dan “mematikan” kehidupannya sendiri sebelum mati yang dijangkaan itu menjemputnya.

Bagi yang berjiwa besar, hati yang sentiasa dihubungkan dengan Allah dan ketentuan Qada’ & Qadar Allah SWT, dia akan memilih untuk memanfaatkan semaksima mungkin 30 hari yang ia ada. Mengutip segala mutiara dan beramal sesungguh mungkin di saat keterbatasan waktu yang ia miliki. Dia tidak akan menoleh ke belakang lagi. Malahan kehidupannya seperti biasa dan semakin luarbiasa, penuh dengan pengharapan, kesungguhan dan keseriusan memanfaatkan hari-hari yang ada.

Andai Ramadhan ini yang terakhir buat kita, bagaimana cara pandang kita pada Ramadhan kali ini? Dengan pandangan biasa, pandangan di bawah paras biasa atau dengan pandangan yang luarbiasa? Cara pandang kita terhadap sesuatu itu akan menentukan tindakan dan respon kita padanya. Andai kita merasai dan memahami bahawa kita tidak ada keupayaan menentukan samada kita akan bertemu dengan Ramadhan tahun 2012, bererti Ramadhan pada tahun ini bakal menjadi Ramadhan kita yang terakhir!

Apa makna terakhir? Andaikan 5 minit lagi adalah waktu terakhir untuk mendaftar menjadi ahli syurga, bagaimana respon anda? Lenggang kangkung atau bertempiaran berlari ke kaunter pendaftaran?

Ketika saya berprogram di Mersing baru-baru ini, para peserta memaklumkan kepada saya bahawa mereka baru kehilangan seorang kawan baik, meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Ternyata Allah tidak izin pemuda itu bertemu dengan Ramadhan kali ini walaupun hanya berbaki beberapa hari sahaja. Maknanya Ramadhan tahun lepas adalah Ramadhannya yang terakhir.

Inilah masalahnya. Kita tidak ada keupayaan menentukan bilakah Ramadhan kita yang terakhir. Namun kita ada pilihan untuk menetapkan cara pandang kita pada kehidupan ini. Cuba berfikir sejenak, andai hari ini adalah hari terakhir kehidupan kita. Andai inilah Ramadhan terakhir buat kita. Andai ini adalah solat terakhir kita. Andai ini adalah sedekah terakhir kita. Andai ini adalah doa yang terakhir buat kita. Bagaimana? Apa yang anda rasa? Masih bermalasan, menangguh amal, mencipta alasan atau bagaimana?

Saya yakin, pemikiran, tindakan, jiwa dan perasaan kita akan berubah melihat kehidupan ini. Setiap hari kita akan memilih jalan kemenangan di sisi Allah SWT. Setiap hari kita akan memberi tumpuan seserius mungkin pada kehidupan kita, pada jalan yang kita hendak lalui, pada profesion yang kita hajatkan, pada setiap aktiviti dan kegiatan harian kita. Kita akan menghargai dan bersungguh pada setiap amal kita. Kita tidak akan menunda-nunda amal kita. Nilai diri kita tergantung pada hari yang kita ada, bukan hari yang belum ada kepastian buat kita. Jika esok, bulan depan atau tahun depan kita beruntung, maka keuntungan itu hanya akan diperoleh apabila hari ini kita beramal. Dan jika esok, bulan depan dan tahun depan kita rugi kerana kesempatan amal tidak menjadi milik kita, janganlah rasa menyesal, kerana hari ini, saat ini, kita telah beramal dengan amal yang terbaik. Kita akan mula hargai setiap saat kehidupan kita. Kita akan menghargai solat, zikir, doa, sedekah, study dan segala aktiviti yang memberikan kebaikan kepada kita di sisi Allah SWT. Nah, Ramadhan juga pada tahun ini pasti kita akan lalui dengan luarbiasa, lebih baik dan terbaik!

“Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah, Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya. (Ali Imran: 159)
Mari kita bersiap. Bersiap untuk mengisi Ramadhan kita pada kali ini dengan usaha dan amal yang luarbiasa. Andai ini adalah Ramadhan terakhir, kita akan laluinya dengan persiapan mental, fizikal, material, jiwa, perasaan dan tindakan yang terbaik sekali. Kunci meraih kejayaan mengisi Ramadhan dengan harapan beroleh pahala dan maghfirah, dibebaskan dari azab api neraka dan tamat ujian dengan graduan bertaqwa, maka bersiaplah.

Madrasah Tarbiyah Ramadhan

Melahirkan angkatan pemuda taqwa

Akan lahir dan terbina hanya

Dimulai dengan langkah bismillah

Dirasai oleh yang bervisi puasanya

Dimiliki oleh yang berkeyakinan mendalam

Dilaksanakan oleh yang ikhlas

Dimulai oleh yang cerdas dan tetap bersemangat

Dimenangkan oleh yang berani dan berjiwa besar

Diraih oleh yang thabat dengan tarawih, solat dan Al Quran

Digerakkan oleh yang bermotivasi tanpa batas

Dilaksanakan dengan tuntas

Diasak dengan kerja yang keras

Dipandu oleh Al Quran dan Sunnah

Disiram dengan airmata keinsafan

Gempita dengan zikir dan fikir

Kaya dengan sedekah berterusan

Setia dengan iktikaf sendirian

Semoga meraih magfirah dan keampunan

Terbebas dari azab kepanasan

*Petikan tulisan penulis di langitilahi.com

Miliki Iltizam Yang Tinggi! (2)




Akhlak yang terpuji harus dimiliki oleh seorang muslim yang beriltizam. Dan akhlak maknawiyah yang dimaksud tentu saja akhlak yang Islami dan Qurani.

Sesungguhnya Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia dan dipuji Allah sebagai orang yang berbudi pekerti agung.

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (Al Qalam:4)

Aisyah RA mengatakan bahawa akhlak baginda SAW adalah Al-Quran. Ertinya jika ingin melihat bagaimana Al-Quran dibumikan secara konkrit dalam sikap, perilaku, dan tindak tanduk di segala aspek kehidupan, lihatlah diri Rasulullah. Rasulullah boleh dikatakan “the living quran” atau Al-Quran yang hidup. Bila seorang da’i memiliki akhlak yang Islami ia akan mendapat manfaat besar. InsyaAllah dengan akhlah kita berdakwah dan dengan akhlak kita menjadi teladan.

Akhlak terpuji itu akan menjadi daya tarikan dakwah dan dirinya juga akan selalu terhindar dari fitnah. Rasulullah SAW misalnya pernah dikatakan seorang tukang sihir, gila dan sebagainya, tetapi akhirnya fitnah-fitnah itu terlepas dengan sendirinya melihat keutamaan peribadi Rasulullah.

Kekuatan akhlak lahir melalui proses panjang yang memerlukan kesediaan untuk sentiasa memberi komitmen dengan nilai-nilai Islam. Seorang ulama menjelaskan thariqah (jalan) untuk membina akhlak islami adalah dengan kemahuan untuk melaksanakan latihan (tadribat) dan pendidikan (tarbiyah). Setiap muslim memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi baik atau buruk, masalahnya adalah sejauh mana usaha kita untuk mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai dan amalan Islam bagi melahirkan muslim yang berakhlak ampuh. Malangnya keampuhan akhlak inilah yang sering dilupakan. Malah kian rapuh sehingga hilangnya jatidiri muslim hakiki. Justeru menjadi punca lunturnya sinar Islam pada penghujung zaman. Gejala keruntuhan akhlak yang berlegar di sekeliling kita seperti zina hati, mata, lisan dan seumpamanya meruntun jiwa kita selaku pendokong agama. Keruntuhan yang tidak dikawal pada satu tahap yang minima membawa insan kepada bertuhankan nafsu, lantas melupakan terus Pencipta Yang Maha Esa.

Rasulullah SAW pernah ditanya: "Apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khulq). Bila ditanya tentang kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su’ul khalq).

Akhlak yang buruk dan iman tidak boleh hidup bersama. Ini kerana iman akan menyuburkan akhlak yang baik. Orang yang benar-benar beriman tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan tatasusila kerana sistem akhlak dalam Islam tertegakkan melalui balasan sama ada hukuman atau ganjaran. Hukuman atau ganjaran boleh dikenakan di dunia atau di akhirat. Keyakinan terhadap sistem balasan ini banyak bergantung kepada iman seseorang.

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, pada asasnya akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah. Allah SWT telah memerintahkan manusia agar menjauhi akhlak yang buruk dan berusaha memiliki akhlak yang baik. Perintah Allah ini membuktikan bahawa manusia mampu memilih sama ada untuk berakhlak baik atau buruk. Hal ini bertepatan pula dengan kaedah fiqh iaitu taklif hanya menurut kemampuan dan tidak ditaklifkan suatu yang mustahil.

Akhlak mulia merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat. Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah SAW bersabda (antara lain, bermaksud):

“Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi )

Dalam Islam, akhlak adalah merupakan intipati bagi segala ibadah. Tanpa akhlak ibadah hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah. Contohnya dalam urusan solat, sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah” (Hadith Riwayat Thabrani)

Dalam urusan puasa, Rasulullah SAW ada bersabda:

“Apabila seseorang berpuasa, janganlah ia melakukan rafas (mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh) dan bertengkar. Jika ia dicerca atau diperangi maka katakana lah; saya ini sedang berpuasa.” (Muttafqun ‘alaih)


Sunday, July 24, 2011

Ramadhan: Kebangkitan Iman, Ketinggian Taqwa



Debaran semakin kuat menanti kehadiran Ramadhan. Mungkinkah debarannya lebih kuat dari menyaksikan keputusan perlawanan Liverpool dengan Malaysia atau menanti keputusan juara Mari Menari? Sebagai Muslim, kita seharusnya menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh rasa gembira dan lapang jiwa. Gembira dengan kurniaan Allah dan RahmatNya kerana melalui kurniaan dan rahmat Allah di dalam Ramadhan nanti akan mengembalikan kerehatan dan kekuatan serta kecergasan untuk meneruskan perjalanan hidup yang penuh ranjau.

Syeikh Darwis Mustafa Hasan dalam kitabnya “حقيقة الصوم” memperingatkan bahawa umat Islam perlu sedar daripada lena mereka dan awas agar puasa tidak menjadi semata-mata penahan lapar dan dahaga sahaja. Juga agar puasa itu tidak hanya menjadi tradisi semata-mata tanpa ‘ubudiyah sebenarnya kepada Allah SWT. Sedangkan puasa itu adalah ibadah dan ‘ubudiyah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Seharusnya kita perlu faham bahawa madrasah Ramadhan pasti memiliki hikmah dan rahsia besar buat umat Islam. Mari kita berfikir sebentar dan memerhatikan beberapa perkara berikut:
• Ketika Allah SWT menjadikan Islam sebagai rahmat buat alam semesta
• Saat Allah SWT menghendaki dari umat Islam menjadi umat terbaik
• Ketika Allah SWT menghendaki agar umat Islam mampu memikul amanah untuk memimpin dunia ini (khalifah)
• Ketika Allah menghendaki agar umat Islam menjadi saksi bagi seluruh umat manusia
• Maka ketika itulah Allah SWT mempersiapkan umat Islam sedemikian rupa, agar umat Islam ini layak menjadi umat yang terbaik, bagaimana untuk mencapai matlamat-matlamat tersebut?

Jawapannya adalah dengan pembentukan manusia yang bertaqwa. Pembentukan manusia yang bertaqwa inilah yang banyak dilupakan manusia, sehingga ukuran kemajuan atau ukuran kesejahteraan hidup diukur dengan paradigma kebendaan. Lupa bahawa manusia itu bukan hanya dari unsur kebendaan saja, tetapi manusia miliki nurani yang harus diperhatikan, yang harus dibina sehingga mampu untuk menjadi manusia yang terbaik. Oleh kerana itu Ramadhan hadir di tengah-tengah kita dalam rangka untuk menjadikan umat Islam sebagai umat terbaik yang layak memimpin dunia ini.

Di dalam bulan Ramadhan banyak sekali kebajikan ilahi yang harus kita dapatkan, sehingga kita keluar dari bulan Ramadhan ini benar-benar menjadi manusia terbaik, manusia yang berkualiti, manusia yang berprestasi. Oleh kerana itu marilah kita berupaya benar-benar memahami puasa itu sebagaimana yang diharapkan Allah SWT.

Ternyata Ramadhan memiliki keberkahan-keberkahan yang luarbiasa buat kita mengutip mutiara di dalamnya. Antara keberkahan yang paling besar untuk kita mengecapnya adalah peningkatan keimanan dan ketinggian taqwa. Insyaallah kita akan dapat saksikan betapa pada bulan ini seorang mukmin itu terlihat sangat kuat keimanannya, hatinya hidup, selalu bermuhasabah, karib dengan Al Quran, sentiasa ke masjid dan sentiasa menjaga pancainderanya. Sudah tentu ini merupakan sebahagian dari pemberian Allah SWT yang dilimpahkan kepada para hamba-Nya. Jika kita merasakan adanya keberkahan ini tentulah kita akan termotivasi dan tergugah semangat kita untuk beribadah, beramal soleh dan merasa nikmat ditarbiyah oleh Ramadhan.

Sesungguhnya hakikat puasa itu adalah untuk mencapai martabat taqwa. Bukan sekadar menahan diri daripada makan minum dan menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dan wasilah (jalan) bagi mencapai ketaqwaan itu bukan sekadar menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja, bahkan meliputi proses pengislahan pembersihan dan pembinaan diri dengan melaksanakan apa yang diperintah Allah dan sekaligus meninggalkan segala laranganNya.

Syeikh Darwis Mustafa Hasan dalam “حقيقة الصوم” sekali lagi menjelaskan bahawa ibadah puasa menyediakan jiwa / diri orang-orang yang berpuasa itu untuk bertaqwa kepada Allah dengan meninggalkan keinginan-keinginan yang harus semata-mata kerana patuh kepada perintah Allah dan mengharapkan ganjaran baik daripada Allah SWT. Dengan itu maka terus terdidik jiwa orang yang berpuasa itu meninggalkan keinginan-keinginan yang diharamkan oleh Allah SWT dengan penuh kesabaran.

Orang Mukmin seharusnya menyedari bahawa ibadah puasa difardukan bukan untuk menyiksa jiwa dan diri sesiapa, tetapi adalah untuk mentarbiyah (mendidik) dan menyucikan jiwa dan diri orang-orang Mukmin. Disamping itu ia juga memurnikan jiwa dan diri orang-orang Mukmin sehingga melahirkan orang Mukmin yang benar-benar bertaqwa. Kerana itu didapati hikmah “حِكْمَة مَشْرُوعتة الصيام” (hikmah disyariatkan ibadah puasa) disebut oleh Allah s.w.t di dalam al Quran dengan lafaz “ لعلكم تتقون”– semoga anda semua bertaqwa dan tidak disebut “ لعلكم تتألمون “ – semoga kamu menderita atau “ لعلكم تجوعون “ – semoga kamu lapar atau “لعلكم تصحون” - semoga kamu sihat dan sebagainya

Inilah matlamat tertinggi tarbiyah Ramadhan, melahirkan mukmin yang bertaqwa. Kenapa perlu kita berusaha berpuasa sehingga terbangun peribadi yang bertaqwa? Firman Allah SWT dalam ayat 36 Surah at Taubah :

Maksudnya : “ Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah s.w.t sentiasa bersama orang-orang yang bertaqwa. “

Dan firman Allah s.w.t lagi dalam ayat 17 Surah at Thuur :

Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa itu beada di dalam syurga dan nikmat (Allah SWT) “

Dan firman Allah lagi dalam ayat 7 Surah at Taubah:

Maksudnya : “ Sesungguhnya Allah SWT amat cinta kepada orang-orang yang bertaqwa. “

Subhanallah, ternyata tarbiyah Ramadhan adalah kunci melahirkan umat mukmin yang kuat, kuat keimanannya dan tinggi ketaqwaannya. Dr. Muhammad al Bahi ada menjelaskan bahawa kekuatan manusia bukan semata-mata terletak pada kekuatan anggota-anggota zahir tubuh badannya, tetapi kekuatan sebenarnya terletak pada kekuatan azamnya, kekuatan ruhnya dan kekuatan Imannya yang insyaAllah mampu menghadapi dan mengatasi berbagai kejadian dan masalah hidup tanpa lemah semangat dan tidak berputus asa.

Seharusnya disedari bahawa kekuatan Iman dan Taqwa itu bukan sekadar untuk kepuasan dan kelazatan diri sendiri, bahkah orang Mukmin yang memiliki kekuatan Iman dan Taqwa itu sedia mewakafkan hidupnya untuk berkhidmat, mendidik dan berbakti kepada Islam, mengajak masyarakat kembali kepada دين الله (Agama Allah) dengan penuh keimanan dan kesabaran.

Semoga Ramadhan kali ini akan mengobarkan semangat kita beramal bersungguh-sungguh demi meraih Iman dan Taqwa!

Saturday, July 23, 2011

Ramadhan: Bersiapkah Kita?

Syukur alhamdulillah, Allah SWT masih memberikan kesempatan kepada kita untuk bakal bertemu dengan bulan Ramadhan pada tahun ini yang hanya tinggal beberapa hari sahaja. Semoga kita semua dapat menemuinya dan berpuasa sesuai dengan perintah Allah SWT, dan menjadikannya sebagai saat-saat dan kesempatan yang berharga untuk memperbanyak ibadah, amal soleh dan aktiviti lainnya demi meraih redha Allah SWT.

Kita semua sedia maklum, bulan Ramadhan adalah bulan yang banyak memiliki keistimewaan, nama yang tidak asing bagi umat Islam. Sayyidus suhur (penghulu bulan-bulan) adalah merupakan julukan yang sangat indah, syahru nuzulil Quran, (bulan diturunkannya Al-Qur’an), syahrut tarbiyah (bulan pendidikan), Syahrul Muwasah (bulan kebajikan dan cakna umat), dan julukan-julukan indah lainnya, adalah nama-nama yang indah yang begitu melekat pada bulan Ramadhan.
Namun dari sekian banyak keistimewaan dan keutamaannya serta keindahannya, sangat sedikit dari kalangan para pemuda pemudi Islam yang menyedari atau mungkin mereka sedar tetapi belum menyentuh lubuk hati mereka, sehingga saat Ramadhan tiba, tidak ada raut wajah keghirahan atau kegembiraan menyambutnya. Tidak ada antusiasme pemuda untuk mengikuti amaliyah dan ibadah Ramadhan kecuali sekadar menjalankan kegiatan ritual sahaja; sekadar melepas atau menggugurkan kewajiban atau hanya kerana adat dan tradisi serta kebiasaan yang sudah biasa dilakukan pada setiap bulan Ramadhan hadir. Sehingga setiap kali selesai bulan Ramadhan keperibadian seseorang tidak meningkat dan berubah, tetap seperti yang lama, yang berubah hanyalah umurnya saja yang semakin hari memang terus bertambah dan tua.

Cabaran besar kita adalah untuk menjadikan Ramadan tahun ini yang paling istimewa dalam kehidupan kita dari segi hubungan kita dengan Allah; puasa, doa, membaca al-Quran dan merenung ayat-ayat Allah SWT, iktikaf dan zikrullah, sedekah dan infa’, memahami dan melaksanakan Islam sebagaimana para sahabat RA mencontohkan kepada kita. Semua amalan ini menjadi saksi bahawa kita serius dan bersungguh-sungguh menjadikan Ramadan kita pada kali ini adalah usaha yang terbaik, yang mampu mengeluarkan kita sebagai graduan yang bertaqwa.
Persoalannya, adakah kita sudah bersiap untuk bertemu bulan nan indah ini? Allah SWT berfirman:

“Dan jika mereka mahu berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu.” (At-Taubah:46)

Apa yang perlu kita persiapkan?!

1.Persiapan Ma’nawi (spiritual); dengan cara membersihkan hati dari penyakit yang dapat menggugurkan aqidah dan nilai ibadah, juga agar dapat melahirkan niat yang ikhlas dalam menjalankan segala aktiviti dan ibadah Ramadhan, terutama puasa.
Persiapan ma’nawi adalah persiapan yang terpenting sebelum kita menjejaki kaki di bulan Ramadhan nanti. Mari kita mulakan dengan persiapan taubat kepada Allah SWT yang senantiasa menyerukan kepada kita dengan seruan yang sangat dekat pada hati kita untuk menuju kepada kehidupan yang baru. Firman Allah SWT:

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”. (An-Nuur:31)
Hubungan dengan Allah bermula dengan taubat yang bersungguh-sungguh kepada-Nya. Agar dengan persiapan jiwa kita dengan bertaubat, akan memudahkan kita beroleh taubat yang sempurna di bulan Ramadhan. Agar disepanjang Ramadhan kita pada tahun ini, memberikan impak yang lebih besar kepada hati kita yang sering berbolak balik. Agar dengan taubat kita, akan meninggalkan kehidupan yang hina menuju kehidupan yang penuh dengan izzah (kemuliaan), dan dari kehidupan yang kacau jiwanya menuju kehidupan yang bahagia dan mulia, dari kehidupan yang malas dan lemah menuju kehidupan yang penuh dengan kerja dan jihad

Ramadhan adalah saat terbaik buat para pemuda dan pemudi membangkitkan iman mereka agar bergelora dan membentuk arus perdana merubah masyarakat. Persiapan keimanan adalah persiapan spiritual yang mampu merubah keadaan umat ini. Umat amat memerlukan kesungguhan pemuda muslim yang berperibadi mulia, yang digerakkan oleh iman, didorong oleh akidah, didisiplinkan oleh hukum-hukum syariah, dan peribadi yang dihiasi oleh akhlak Islam.

Ramadhan pada kali ini adalah menjadi harapan besar kepada umat untuk melihat kebangkitan pemuda yang memiliki keimanan yang mendalam, ubudiyyah dan kecerdasan spiritual yang tinggi kepada Allah SWT. Ianya diharapkan dapat membuka pintu harapan untuk bangkit, memerangi keputus-asaan, merendah diri dan memperkukuh mana’ah (imuniti) untuk menghadapi kelemahan, arus kerosakan dan keruntuhan moral. Menolak kezaliman, tekanan dan penindasan.

Ayuh kita mulaikan dengan taubat, langkat pertama menghadapi Ramadhan. Ayuh kita mulakan dengan koreksi statistik keimanan dan spiritual kita kepada Allah SWT. Agar kelak saat kaki melangkah di bulan Ramadhan, diakhirnya kita beroleh ketaqwaan yang sebenar. 30 hari yang bakal kita lalui akan mencetuskan fenomena Iman yang mendasyatkan peribadi dan jiwa kita. Sedarilah bahawa umat saat ini tidak akan mengalami kelemahan, kemuduran dan tertinggal dari umat lainnya, menyerah pada sebab-sebab kelemahan dan kehinaan, kecuali kerana jauh dari hidayah Allah, kurang pemahamannya terhadap ajaran-ajaran agama dan prinsip-prinsip syariah, tidak memiliki ghirah (cemburu) terhadap maharimullah (hukum-hukum Allah) dan hak-hak-Nya, dan agar umat dapat bangkit dengan menjadikan iman sebagai pemimpinnya dan tauhid sebagai penuntunnya, al-Quran sebagai dusturnya, jihad sebagai jalannya, rasul sebagai pemimpinnya dan mati di jalan
Allah sebagai cita-cita tertingginya.

2. Persiapan fikri (kefahaman); justeru para pemuda pemudi Islam, jangan ambil mudah untuk berhadapan dengan Ramadhan. Dalami fiqh Ramadhan dengan ilmu-ilmu dan pengetahuan tentangnya, terutama yang terkait langsung dengan amaliyah dan ibadah di bulan suci Ramadhan.

3. Persiapan Jasadi (Fizikal); dengan menjaga kesihatan badan dan anggota tubuh lainnya, sentiasa mendisiplinkan diri dengan memlihara kebersihan serta mengubah pola hidup menjadi lebih sihat dan teratur.

4. Persiapan Materi (kebendaan); dengan menyiapkan diri untuk menabung dan memperuntukkan sejumlah wang sehingga dapat memperbanyakan infak, sedekah, memberi ifthar kepada orang lain dan membantu orang yang memerlukan.
Semoga dengan beberapa persiapan tersebut diharapkan kita mampu melaksanakan pelbagai aktiviti atau amaliyah di bulan Ramadhan secara maksimum dan berhasil menjadi hamba rabbani baik pada saat pra, atsna’a (pada saat Ramadhan) dan ba’da (pasca) Ramadhan. Rasulullah saw bersabda:

“Andaikan umatku mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu tahun itu puasa terus.”(Ibnu Khuzaimah)

Semoga bulan ramadhan pada kali ini mem”baru’kan kita sebagai pemuda pemudi Islam yang berbekal dengan api keimanan

“Dan berbekallah, kerana sebaik-baik bekal adalah taqwa” (Al-Baqarah:197).

Justeru, persiapkan hati dan jiwa kita dengan langkah yang betul dan benar untuk bertemu bulan luarbiasa ini. Semoga kita dapat memanfaatkan dari kebaikan, keberkahan dan anugerah besar yang disediakan untuk kita di sepanjang Ramadhan. Agar ibadahnya mantap, menghidupkan hari-hari dan malam-malamnya dengan Al-Quran, zikir, doa, istighfar, tahajjud dan infak. Melaksanakan dakwah kepada Allah di mana-mana sahaja, ikut berperanan dalam kegiatan amal dan kebaikan, seperti mengagihkankan sedekah, mengadakan majlis berbuka puasa untuk golongan miskin, menghadiahkan pakaian-pakaian baru untuk remaja sekolah yang memerlukan, mengunjungi orang sakit dihospital dan meringankan beban orang yang memerlukan bantuan.

Selamat bersiap!!

Thursday, July 14, 2011

Miliki Iltizam Yang Tinggi!




Apabila kita bekerja, kita memerlukan komitmen yang seratus peratus untuk melaksanakan kerja kita sehinggalah ianya berjaya dilaksanakan dengan efisien dan cemerlang. Apabila kita belajar, kita memerlukan komitmen yang tinggi sebagai pelajar dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga melayakkan kita memperoleh keputusan yang cemerlang, “best among the best”. Sebagai muslim, kita juga perlu member komitmen kita kepada tuntutan Deen Islam, dari sekcel-kecilnya sehinggalah sebesar-besarnya. Dari urusan peribadi sehinggalah urusan bernegara. Samada urusan dunia apatah lagi urusan akhirat, komitmen kita terhadap tuntutan Deen Islam akan menentukan siapa kita di sisi Allah SWT.

Tatkala kita melihat kisah Mushab bin ‘Umair RA, kita akan dapat melihat bagaimana tingkat komitmen beliau dengan Deen Islam dan amanah dakwah telah menjadikan misi beliau ke Madinah sebagai kejayaan besar kepada perkembangan dakwah Islam. Beliau adalah duta dakwah pertama yang dilantik oleh Rasulullah SAW di hantar ke Madinah hanya berbekalkan Al Qur’an, namun tidak kita dengari bahawa beliau bermain-main dengan misinya malahan komitmennya pada tugas amat luarbiasa. Seorang sahabat Rasulullah SAW, ‘Uqbah bin ‘Amir al Juhaniy, memiliki komitmen yang tinggi terhadapi masa depan dirinya dan masa depan Islam, sehinggakan telah membawa beliau daripada seorang gembala kambing di pendalaman Madinah kepada seorang Gabenor kepada Mesir.

Inilah nilai kualiti yang perlu kita bina, memiliki komitmen yang tinggi terhadap sesuatu pekerjaan. Dalam Islam, ianya disebut sebagai Iltizam. Iltizam adalah suatu komitmen yang lahir dari dalam diri dan bukan sesuatu yang bersifat kepura-puraan ataupun paksaan. Menurut Fathi Yakan, iltizam adalah sebuah komitmen terhadap Islam dari hukum-hukumnya secara utuh dengan menjadikan Islam sebagai “lifestyle” kehidupan, dari segi pemikiran, pertuturan, sikap dan tingkah laku dan dalam setiap tindakan. Sebagaimana perintah Allah Taala dalam surah Al Baqarah ayat 208 menuntut seorang muslim masuk ke dalam Islam secara kaffah, secara seluruhnya.

Kesedaran memiliki Iltizam dengan Islam perlu terus kita pertahankan, bahkan kita tingkatkan. Ketika kesedaran iltizam terhadap Deen Islam ini tidak mendasari pekerjaan seharian kita, makan dibimbangi kesibukkan kita bukan difaktorkan oleh Iltizam terhadap Islam, tetapi kerana memenuhi kehendak diri sendiri semata. Sebagai muslim yang mencintai dakwah dan tarbiyah, sudah tentu kita perlu sentiasa memiliki ciri Iltizam yang tinggi terhadap Deen Allah SWT. Apatah lagi amanah, tugas dan kewajiban-kewajiban yang harus kita tunaikan sangatlah banyak dan berat. Jika iltizam menurun, untuk bergerak harus selalu diingatkan dan dibimbing. Akibatnya,intaj (produktivitinya) sangat minimum. Sebaliknya, jika
iltizamnya dilandasi dengan kefahaman yang benar, walaupun arahannya sedikit dan sifatnya global, hal itu sudah cukup baginya untuk dijadikan sebagai bekal operasional kerjanya.

Jika seorang muslim telah menjadikan Islam sebagai titik tolak berfikir dalam segala hal maka sikap dan perilakunya bukan sekadar dibuat-buat melainkan dilakukan dengan kesedaran. Dari ilmu dan kefahaman diharapkan menumbuhkan keyakinan dan iman yang tinggi yang kemudiannya mensibghah pada dirinya dan pada akhirnya membentuk sikap serta perilaku yang Islami.

Iltizam yang tertinggi adalah Iltizam terhadap Syariat Allah SWT. Iltizam terhadap syariat meliputi aqidah salimah, ibadah shahihah, akhlaq hamidah, dakwah wal jihad, syumul wa tawazun.

Beriltizam atau memiliki komitmen terhadap aqidah salimah menjadi penentu amal kita samada diterima oleh Allah SWT atau tidak. Yang dimaksud dengan aqidah salimah ialah akidah yang sihat, bersih dan murni terbebas dari segala unsur nifaq dan kemusyrikan. Dalam surah Al BAqarah, ayat 165 disebutkan bahawa ada orang–orang yang menjadikan tuhan-tuhan selain Allah sebagai tandingan bagi Allah. Dan mereka mencintai ilah-ilah tandingan tersebut sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang beriman amat sangat dicintainya kepada Allah,

Dari ayat tersebut menjelaskan bahawa kita tidak boleh mengambil sesuatu selain Allah sebagai Tuhan yakni sesuatu yang dicenderungi, dicintai, disembah dan mendominasi hidup kita. Demikian pula dalam segala hal yang lain seperti cinta, kita harus meletakkan cinta kepada Allah dan kemudian jihad di jalan-Nya sebagai prioriti pertama dibanding dengan ibubapa, anak, suami/isteri, kerabat, harta perniagaan atau rumah kediaman.

“Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (At Taubah:24)

Dorongan komitment ini telah telah dicontohkan kepada kita oleh sahabat-sahabat muhajirin saat meninggalkan segala-galanya yang ada di Mekah dan keredhaan para sahabat Ansar untuk menolong mereka. Bagi mereka redha Allah dan Rasul-Nya di atas segala-galanya.

Beriltizam atau berkomitmen terhadap ibadah yang sahih dan kemudian istimrar istiqamah). Seorang muslim memiliki kewajiban untuk melakukan ibadah yang benar, terbebas dari segala bid’ah dan khurafat. Dan ia terikat kepada kewajiban tersebut. Sayid Qutb pernah mengatakan bahawa kualiti iltizam seseorang pertama-tama diukur dari komitmennya terhadap solat, baik dari segi ketepatan waktu mahupun kekhusyuannya. Solahuddin Al-Ayyubi, pahlawan pembebasan Al-Quds selalu memantau di malam hari sebelum perang siapa-siapa saja yang khemahnya terang kerana menegakkan solat malam dan tilawah Al-Quran dan mereka itulah yang kemudian dipilih ke medan jihad keesokan harinya.

Saat Sultan Al Fateh dan tenteranya berjaya menawan kota Constantinople, pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh.

Bersambung..

Tuesday, July 12, 2011

So You Believe in God?



An atheist Professor of philosophy speaks to his class on the problem science has with God, the Almighty. He asks one of his new Muslim students to stand and…..

Professor: You are a Muslim, aren’t you, son?
Student: Yes, sir.
Professor: So you believe in God?
Student: Absolutely, Sir.
Professor: Is God good?
Student: Sure.
Professor: Is God all-powerful?
Student: Yes.
Professor: My brother died of cancer even though he prayed to God to heal him. Most of us would attempt to help others who are ill. But God didn’t. How is this God good then? Hmm?
(Student is silent)

Professor: You can’t answer, can you? Let’s start again, young fellow. Is God good?
Student: Yes.
Professor: Is Satan good?
Student: No.
Professor: Where does Satan come from?
Student: From…God…
Professor: That’s right. Tell me son, is there evil in this world?
Student: Yes.
Professor: Evil is everywhere, isn’t it? And God did make
everything. Correct?
Student: Yes.
Professor: So who created evil?
(Student does not answer)

Professor: Is there sickness? Immorality? Hatred? Ugliness? All these terrible things exist in the world, don’t they?
Student: Yes, sir.
Professor: So, who created them?
(Student has no answer)

Professor: Science says you have 5 senses you use to identify and observe the world around you. Tell me, son…Have you ever seen God?
Student: No, sir.
Professor: Tell us if you have ever heard your God?
Student: No, Sir.
Professor: Have you ever felt your God, tasted your God, smelt your God? Have you ever had any sensory perception of God for that matter?
Student: No, sir. I’m afraid I haven’t.
Professor: Yet you still believe in Him?
Student: Yes.

Professor: According to empirical, testable, demonstrable protocol, science says your GOD doesn’t exist. What do you say to that, son?
Student: Nothing. I only have my faith.
Professor: Yes. Faith. And that is the problem science has.

Student: Professor, is there such a thing as heat?
Professor: Yes.
Student: And is there such a thing as cold?
Professor: Yes.
Student: No sir. There isn’t.
(The lecture theatre becomes very quiet with this turn of events)

Student: Sir, you can have lots of heat, even more heat, superheat, mega heat, white heat, a little heat or no heat. But we don’t have anything called cold. We can hit 458 degrees below zero which is no heat, but we can’t go any further after that. There is no such thing as cold. Cold is only a word we use to describe the absence of heat. We cannot measure cold. Heat is energy. Cold is not the opposite of heat, Sir, just the absence of it.

(There us a pin-drop silence in the lecture theatre)

Student: What about darkness, Professor? Is there such a thing as darkness?
Professor: Yes. What is night if there isn’t darkness?
Student: You’re wrong again, sir. Darkness is the absence of something. You can have low light, normal light, bright light, flashing light….But if you have no light constantly, you have nothing and it’s called darkness, isn’t it? In reality, darkness isn’t. If it were you would be able to make darkness, darker, wouldn’t you?

Professor: So what is the point you are making, young man?
Student: Sir, my point is your philosophical premise is flawed.
Professor: Flawed? Can you explain how?
Student: Sir, you are working on the premise of duality. You argue there is life and then there is death, a good God and a bad God. You are viewing the concept of God as something finite, something we can measure. Sir, science can’t even explain a thought. It uses electricity and magnetism, but has never seen, much less fully understood either one. To view death as the opposite of life is to be ignorant of the fact that death cannot exist as a substantive thing. Death is not the opposite of life: just the absence of it.

Now tell me, Professor. Do you teach your students that they evolved from a monkey?
Professor: If you are referring to the natural evolutionary process, yes, of course, I do.
Student: Have you ever observed evolution with your own eyes, sir?
The Professor shakes his head with a smile, beginning to realize where the argument is going)
Student: Since no one has ever observed the process of evolution at work and cannot even prove that this process is an on-going Endeavour, are you not teaching your opinion, sir? Are you not a scientist but a preacher?

The class is uproar)

Student: Is there anyone in the class who has ever seen the Professor’s brain?
(The class breaks out into laughter)
Student: Is there anyone here, who has ever heard the Professor’s brain, felt it, touched or smelt it…No one appears to have done so. So, according to the established rules of empirical, stable, demonstrable protocol, science says that you have no brain, Sir.

With all due respect, sir, how do we then trust your lectures, sir?
(The room is silent. The Professor stares at the student, his face unfathomable)
Professor: I guess you’ll have to take them on faith, son.
Student: That is it Sir… The link between man & God is FAITH.

That is all that keeps things moving & alive

Monday, July 11, 2011

Awas "Belitan Ular Sawa"


Awas belitan “Ular Sawa”! Begitulah kata-kata menggugah jiwa yang sehingga hari ini masih terngiang-ngiang di telinga penulis. Kalimat ini telah diungkap oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman ketika muktamar HALUAN 2011 yang lalu di Universiti Sains Malaysia, P Pinang.

Beliau memperingatkan kami semua bahawa perangkap yang paling merbahaya bagi barisan da’i adalah kecintaan kepada dunia sehingga menghalang para da’i dari melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendakwah dengan penuh komitmen dan tetap bersemangat. Dunia yang dihiasi keindahan dan kesenangan diibaratkan oleh beliau umpama ular sawa yang perlahan-lahan menbelit mangsanya sehingga mangsanya tidak mampu bernafas lagi. Sukar untuk melepaskan diri, kemudian perlahan-perlahan mangsanya mati dalam belitan sang ular sawa. Terkadang berlaku pertembungan di antara melaksanakan tugas dakwah dan tarbiyah dengan memenuhi keperluan dunia seadanya. Kita harus mengakui dan menyedari bahawa keimanan kita akan diuji. Justeru setiap langkah dan keputusan kita dalam melayani amanah dakwah dan mengurusi keperluan dunia akan memberi kesan kepada kemenangan dakwah. Firman Allah SWT:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.”(Al Kahfi 28)



Firman Allah SWT lagi dalam surah at-Taubah ayat 42,

“Kalaulah ia (perjuangan Islam) merupakan habuan dunia yang dekat dan perjalanan yang senang (ditujui) dan pendek nescaya mereka akan mengikut engkau tetapi perjalanan itu jauh dan penuh kesusahan”.


Penghalang Kemenangan

Sebagai penyeru kebenaran, menjadi kewajipan kepada kita untuk sentiasa memelihara keikhlasan dan kebersihan niat dalam melaksanakan kerja dakwah dan tarbiyah. Penulis semakin faham, mengapa dalam setiap perjumpaan tarbawiyah, kami diperingatkan untuk sentiasa memelihara niat dan hubungan dengan Allah SWT. Ini kerana dengan kekuatan hubungan dengan Allah dan kebersihan niat akan menyelamatkan kita dari menjadi mangsa belitan “ular sawa”(keduniaan) yang sedia menanti mangsanya. Cinta dunia merupakan salah satu dari penyakit wahan yang pernah disebutkan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadith. Apabila penyakit ini menguasai jiwa sang da’i maka hilangkan kekuatan, keberkatan dan pertolongan dari Allah SWT. Dalam sebuah ekspedisi ketenteraan pimpinan Amru bil al-Ash, mereka menghadapi kesukaran menakluki Mesir. Peristiwa ini memang di luar kebiasaan bagi pasukan Islam. Saat itu, Khalifah Islam, Umar al Khattab RA telah menulis sepucuk surat kepada komandan Amru bin al-Ash:

“Amma ba’dhu, aku sangat terkejut akan kelambatan kalian menakluki Mesir, padahal kalian telah berperang cukup lama. Perkara ini tidak akan terjadi kecuali perbuatan kalian sendiri dan kecintaan kalian kepada dunia, sebagaimana kecintaan musuhmu terhadapnya. Sesungguhnya Allah SWT tidak akan menganugerahkan kemenangan atas suatu kaum kecuali kerana kebersihan niat mereka…”

Ternyata setelah menerima peringatan ini, Amru bin al-‘Ash meminta pasukannya untuk bersuci dan mendirikan solat dua rakkat. Ia mengingatkan mereka kepada Allah SWT seraya memohon pertolongan-Nya. Setelah itu mereka bertolak ke medan tempur dan ternyata Allah berkenan memberikan kemenangan kepada mereka.

Sebagai manusia yang lemah, kita tidak akan pernah terluput dari di uji dengan kecintaan dunia. Wang, harta dan takhta memiliki daya penarik yang mampu mengikat manusia, apatah lagi sang pendakwah ilallah. Disebalik daya penarik wang, harta dan tahkta itu, terdapat candu yang akan menyebabkan pencarinya menjadi ketagih dan sentiasa menginginkannya tanpa batas. Maka dalam perjalanan dakwah yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW kepada kita, ternyata baginda juga pernah diuji dengan tawaran wang, harta dan tahkta saat dakwah baginda sudah mulai menghimpun manusia untuk beriman kepada Allah SWT. Atas rasa kebimbangan kehilangan pengaruh, kalangan pembesar Quraish telah menawarkan kedudukan yang tinggi kepada Nabi SAW dengan harapan Rasulullah SAW menghentikan seruan risalah baginda. Nah kemudiannya baginda SAW mengajar kita erti keikhlasan dan kecintaan perjuangan hanya sanya kepada Allah SWT dengan kata-kata luarbiasa baginda:

”Demi Allah, andai saja mereka boleh meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, (lalu mereka minta) agar aku meninggalkan urusan (agama) ini, maka demi Allah, sampai urusan (agama) itu dimenangkan oleh Allah, atau aku binasa di jalannya, aku tetap tidak akan meninggalkannya.” (HR Ibn Hisyam)



Bebaskan Diri Dari Belitan “Ular Sawa”
Mari kita menelusuri pula kehidupan Khalifah Islam yang luar biasa, Umar bin Abdul Aziz. Suatu saat, seorang alim dan qadhi yang terkenal di Madinah, Salmah bin Dinar berusaha untuk bertemu dengan khalifah Umar bin Abdul Aziz setelah sekian lama tidak menziarahinya. Salmah menemui Umar bin Abdul Aziz di rumah sang khalifah. Umar bin Abdul Aziz baru sahaja selesai memerah susu. Salmah bin Dinar hampir tidak dapat mengecam Umar bin Abdul Aziz kerana terdapat perubahan besar pada diri sang khalifah itu.

Khalifah menyambutnya dengan berkata, “Mari menghampiriku wahai Abu Hazim.” Salmah menghampirinya lalu bertanya, “Apakah anda Amirul Mukminin Umar bin Abdul Aziz? Khalifah menjawab, “Ya, aku Umar bin Abdul Aziz.”

Salmah bin Dinar masih tidak faham apa yang sudah terjadi kepada Umar bin Abdul Aziz lantas bertanya: “Apa yang menimpamu? Bukankah dulu wajahmu bagus, kulitmu halus dan hidupmu penuh dengan kenikmatan dan kemudahan?” Khalifah menjawab, “Ya.”

Lalu Salmah bertanya lagi, “Lalu apa yang menjadikan keadaanmu seperti ini, setelah kau menjadi amirul mukminin dan memiliki emas dan perak?” Namun khalifah bertanya kembali, “Sememangnya apa yang berubah pada diriku wahai Abu Hazim?” Salmah menjelaskan, “Tubuhmu kini menjadi kurus, kulitmu kasar, mukamu kelihatan pucat…dan dua kelopak matamu menjadi cenkung.”

Tiba-tiba khalifah Umar bin Abdul Aziz menangis sambil berkata, “…Lalu bagaimana jika anda melihat diriku berada dalam kubur, ketika air mataku mengalir di atas tulang pipi dan perutku terkoyak-koyak…lalu cacing-cacing mengerumuni tubuhku? Jika engkau melihat aku pada saat itu ya Abu Hazim, nescaya engkau lebih tidak percaya lagi kepadaku daripada apa yang engkau lihat pada hari ini.”

Kemudian khalifah Umar bin Abdul Aziz memohon kepada Salmah bin Dinar untuk membacakan sebuah hadis yang pernah dibacakan oleh Salmah kepada Umar pada suatu saat di Madinah.

Salmah berkata, “Bukankah aku telah membacakan banyak kali hadis itu kepadamu wahai amirul mukmin. Hadis yang mana yang engkau maksudkan?” “Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA. Tolong diulang kembali hadis itu dihadapanku ya Abu Hazim …”

Salmah bin Dinar lalu membacakan hadis tersebut:

“Aku mendengar dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya di hadapan kalian ada jalanan yang sangat sulit dilewati dan sangat merbahaya, tidak akan ada yang dapat melaluinya kecuali setiap tubuh yang kurus kerana ibadah dan jihad.”

Sebaik mendengar hadis tersebut, khalifah Umar Bin Abdul Aziz menangis tersedu sedan, sehingga Salmah bin Dinar khuatir keadaan itu akan menghilangkan kewibawaan seorang khalifah.

Khalifah kemudian berulang kali mengusap air matanya, ia menoleh kepada Salmah bin Dinar seraya berkata:

“Apakah engkau menyindirku wahai Abu Hazim jika aku menguruskan badan kerana jalan yang sulit itu sambil berharap agar dapat selamat darinya..? Aku tidak mengira bahawa aku dapat selamat.”

Subhanallah, demikianlah dialog generasi beriman yang mengajar kita erti mujahadah dan bersederhana dalam melawan pelukan “ular sawa”; sikap berjati-hati dalam menerima kemewahan, jawatan, harta, pangkat dan kemasyhuran kerana ianya boleh menggelapkan masa depan kita di akhirat kelak. Umar Abdul Aziz melihat dunia yang menawarkan seribu satu kesenangan dan kemewahan merupakan ancaman masa depan beliau di akhirat kelak. Inilah cara pandang generasi beriman. Melihat dari kacamata akhirat, mengutamakan keselamatan akhirat dan kesenangan hakiki di syurga Allah SWT.


Menjawat Jawatan Mantan Murabbi
Semoga saat ini kita termotivasi agar tetap bertahan dalam dakwah ini , tidak goyah walaupun tarikan dunia dan ujian kebendaan senantiasa menghampiri kita yang sering kali berhasil memalingkan sebahagian besar saudara- saudari seperjuangan, termasuk juga ujian dakwah yang datang dari keluarga para da’i itu sendiri. Janganlah kita biarkan diri kita terlalu cepat menyandang jawatan MM (mantan Murobbi,Mantan Muharrik, Mantan Mujahid). Sebaliknya kejutkanlah hati kita dengan peringatan dari Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah: “jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNYA dan dari berjihad di jalan NYA, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA”. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.”(At Taubah 24)

Wednesday, July 06, 2011

Belajar Dari Remaja Palestin




“Ayah, tolong Aku! Jangan biarkan mereka membawa Aku!” teriak Ahmed Siyam, remaja berusia 12 tahun, ketika sekitar 50 orang tentera dan polis Israel bersenjata lengkap mengheretnya.

Hari baru pukul 4 pagi ketika segerombolan askar dan polis Zionis yang dipimpin oleh para perisik Shin Bet merempuh masuk ke rumah Ahmed Siyam, mengejutnya dari tempat tidurnya, mengikat kedua tangan dan menutup matanya, lalu mengheretnya keluar. Di sepanjang perjalanan, Ahmed dibelasah di dalam kenderaan tersebut, dan akibat kekejaman Zionis itu telah mematahkan tangan kanan Ahmed.


Bercermin Dari Remaja Palestin

Mel Frykberg menulis dalam Inter Press Service bahawa Ahmed kemudian dibawa ke balai polis di Kawasan Russia di Al-Quds (Yerusalem) Barat dengan tuduhan melemparkan batu ke arah para askar Zionis dalam satu pertembungan di Silwan, Al-Quds Timur.

Silwan kini menjadi kawasan yang paling sering menyaksikan kekerasan para askar Zionis saat berusaha menindas demonstrasi-demonstrasi aman dari kalangan para pemuda Palestin.

Sudah ratusan warga Palestin yang diusir dari rumah-rumah mereka di Al-Quds Timur kerana pemerintahan Zionis mahu membangunkan pemukiman haram bagi orang-orang Yahudi. Banyak di antara rumah-rumah warga Palestin yang dihancurkan sama sekali, tanpa ganti rugi apa pun, dan bahkan mereka harus membayar ‘biaya penghancuran.’

Ketika para askar itu tiba di rumah keluarga Siyam, awalnya Daud, ayah Ahmed, enggan membukakan pintu dan menuntut agar polis-polis Zionis itu menunjukkan bukti perintah penangkapan anaknya.

“Tapi mereka mengancam akan merobohkan pintu kalau saya tidak bukakan. Mereka tanya, di mana Ahmed, lalu saya tanya, mahu apa kamu mencari dia. Mereka menyuruh saya tutup mulut malahan menyerang saya,” tutur Daud.

“Kemudian mereka masuk ke kamar Ahmed dan mengheret dia keluar dan membawanya masuk ke kenderaan polis. Mereka tidak mahu memberitahu, ke mana mereka membawa Ahmed dan melarangku menemani anakku.”

“Keesokan paginya, baru saya tahu bahawa Ahmed ditahan di Kawasan Russia. Sewaktu saya sampai di sana, mereka melarang saya menemui anak saya bahkan memaklumkan bahawa anak saya tiada di sana. Akhirnya, sesudah minta bantuan seorang peguam, saya berhasil menemui Ahmed beberapa jam kemudian. Anak saya tampak sangat trauma dan menangis tanpa henti,” ujar Daud.

Ahmed kemudian menceritakan, “Aku takut sekali. Aku tidak tahu dibawa kemana dan kedua tanganku diikat kuat sekali ke belakang. Di pejabat polis, mereka enggan memberiku minum ketika aku meminta air. Waktu Aku minta ke bilik air, mereka menendang Aku. Mereka menyoal Aku berjam-jam dan menuduh Aku melemparkan batu.”

Dua minggu yang lalu, sepupu Ahmed, Ali Siyam yang baru berusia tujuh tahun, juga ditahan dan diperlakukan dengan keadaan yang sama buruknya dan dengan tuduhan yang sama. Ketika ayah Ali, Muhammad, cuba melindungi anaknya, para tentera itu memukul kepala Muhamaad dengan senjata sehingga menyebabkan dia harus dirawat di hospital.

Ibu saudara Ali juga ditembak di bahagian kakinya dengan peluru logam bersalut karet pada saat cuba melindungi Ali. Ayah dan ibu Ali dilarang menghantar Ali ke balai polis.

Sementara itu, Ahmed dikenakan tahanan rumah selama sebulan dan dilarang bersekolah selama pemeriksaan polis masih berjalan. Manakala sepupu Ahmed, Ali Ali akan dibawa ke mahkamah pada bulan hadapan dengan tuduhan melemparkan batu.

Derita Remaja Palestin, Siapa Yang Ambil Berat?
Menurut sebuah Pertubuhan perlindungan hak kanak-kanak, Defense International for Children (DCI) – Palestine Chapter, polis Zionis telah mengheret 1267 remaja Palestin ke tahanan dan ke mahkamah kerana melempar batu di Al-Quds Timur antara November 2009 sehingga Oktober 2010. Seramai 31 remaja berasal dari Silwan, demikian laporan B’tselem, sebuah organisasi hak asasi manusia.

“Sejumlah 50 peratus dari semua remaja kecil itu disoalsiasat tanpa kehadiran orangtua mereka atau peguam mereka, dan ramai di antara mereka yang diancam dan disakiti,” demikian Gerard Horton, seorang peguam dari DCI menceritakan.

“Ramai di antara anak-anak itu yang dimaki-maki, ditempeleng, dipaksa mengaku, ditendang dan dipukul dengan kuat selama soal siasat dijalankan dan dipaksa membuat pernyataan-pernyataan yang tidak patut dipertanggungjawabkan kepada mereka.” ujar Horton.

“Anak-anak ini diculik dari rumah-rumah mereka pada tengah malam, diikat, ditutup matanya, lalu disoalsiasat dalam keadaan trauma dan tekanan…”

Begitulah getir dan hebatnya ujian dan cabaran yang dilalui oleh anak-anak remaja Palestin seusia dini. Saat berumur 6 – 12 tahun sudah diuji keimanan mereka dengan siksaan dan kekejaman polis dan tentera Israel. Saat seusia muda begitu mereka dihadapkan ke mahkamah Israel atas dakwaan melemparkan batu kepada penjajah durjana Israel. Luarbiasa mereka! Luarbiasa keimanan dan kekentalan jiwa mereka dibandingkan anak-anak kita seusia begitu masih menangis merengek kerana tidak dapat menonton cerita kartun kegemaran mereka. Anak-anak kita dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan-kesalahan jenayah yang menakutkan!

Apakah Yang Membentuk Jatidiri Anak-Anak
Penulis terfikir bagaimanakah bentuk pendidikan yang telah kita asuh dan tanam pada anak-anak kita. Anak sulung penulis kini berumur 7 tahun dan bersekolah di sebuah sekolah rendah agama yang dikendalikan oleh HALUAN Kelantan. Namun tidak cukup sekadar menghantar anak ke sekolah agama sekiranya penulis dan isteri tidak menjadikan rumah kami sebagai madrasah utama tarbiyah imaniyah untuk anak-anak kami. Murabbi penulis, Hj Rosdi Baharom sering memperingatkan kami akan kepentingan tarbiyatul aulad, bermula dari kesolehan ibu bapa dan keimarahan rumahtangga sebagai mihrab ubudiyyah kepada Allah SWT. Inilah kunci melahirkan generasi pewaris dakwah Ilallah.

Kisah anak-anak Palestin ini juga menyedarkan penulis akan satu perkara, walaupun mereka tertekan, sakit, derita, susah, hak asasi mereka sebagai jiwa merdeka dinafikan oleh Israel, tetapi mereka kental, tegar dan tidak pernah mengalah. Mereka masih di sana, di bumi Palestin, tempat beradanya Masjid Al Aqsa, kiblat yang pertama, bumi barakah. Mereka dan anak-anak mereka seusia kecil sudah kenal siapa musuh mereka dan mereka bersungguh melawan musuh mereka.

Berkawan Dengan Musuh?
Apakah kita dan anak-anak kita kenal siapa musuh mereka di sini? Bahkan sudah berapa ramai anak-anak kita berkawan dan termakan dengan umpan musuh-musuh Islam. Manakan tidak saat ini kita mengajak musuh-musuh Islam ini masuk ke rumah kita. Dengan ketagihan rokok, rancangan hiburan realiti yang berlambak, lawak tanpa batas, promosi pergaulan bebas memuncak, filem dan drama cinta yang mengasyikkan dan seribu satu macam serangan musuh berada dalam rumah kita melalui media massa dan media baru. Hari ini kita menangis melihat kelesuan dan kerosakan anak- anak kecil dan anak-anak muda kita. Seusia 6-10 tahun mereka sudah merokok, menonton video porno, melakukan seks dan sebagainya. Bagaimana pulak aksi abang dan kakak mereka. Anda nilailah sendiri…

“Telah nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan-perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar).” (ar-Rum (30):41).

Roh Perjuangan
Pengajaran seterusnya yang penulis belajar dari kisah di atas, saudara-saudara kita berada dalam keadaan derita dan dianiaya. Sedangkan kita menerima seribu satu nikmat yang melimpah ruah. Apakah sudah habis ikhtiar kita untuk membantu saudara-saudara kita di sana. Walau apa pun alasan dan pandangan kita, kita tidak boleh menafikan akan kisah perjuangan awal dakwah besar yang dibawa oleh Rasulullah SAW saat melakukan hijrah bersama para sahabat RA. Allah SWT berfirman:



“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang muhajirin), mereka itu satu sama lain lindung-melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman, tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajipan sedikitpun atasmu melindungi mereka, sebelum mereka berhijrah. (Akan tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah ada perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Anfaal : 72)

Ternyata dakwah ini bangkit dari ikatan ukhwah yang tulus antara mukmin. Saling mengambil berat dan mencintai kerana Allah SWT. Inilah roh perjuangan yang sepatutnya membentuk cara kita berfikir terhadap permasalahan Palestin.

Palestin Adalah Perjuangan Aqidah
Dengan roh aqidah inilah kita membantu saudara kita. Ini bukan sekadar isu kemanusiaan di Palestin sana. Tetapi ini adalah isu aqidah dan ukhwah dan watan ummat. Bumi wakafan ini adalah milik umat. Hari ini bumi yang pernah dibebaskan oleh Umar al Khattab dan Salehuddin Al Ayubi telah dirampas oleh Zionis dan sekutunya. Penulis memetik kata-kata semangat oleh Dr. Muhammad Badie’, Mursyid Am Ikhwan Muslimin:

“Sesungguhnya Masjid Al-Aqsa adalah kiblat pertama Umat Islam, masjid suci ketiga dan tempat Isra’ Rasulullah saw. Dari sini tempat baginda Mi’raj (naik) ke langit tertinggi. Palestin adalah peninggalan Nabi Muhammad kepada kita, amanah Umar di dalam tanggungan kita, perjanjian Islam di bahu kita. Justeru Palestin dan Al-Quds adalah sebahagian dari akidah umat Islam. Pengabaian dalam hal ini bererti pengabaian dalam mendokong kitab Allah, warisan Rasulullah dan para nabi lainnya, tamadun umat dan akidahnya. Melepaskan sebahagian tanahnya kepada Yahudi atau kepada lainnya, atau setidak-tidaknya mengakui hak selain orang Islam ke atasnya, maka hal itu adalah haram sama sekali kerana tanahnya bukan milik individu, kelompok atau negara tertentu setelah Palestin ditakluki oleh kaum muslimin dan Allah menetapkannya untuk kita. Untuk itu, kewajiban setiap Muslim – sama ada Arab atau selainnya – adalah berjihad dengan kemampuannya untuk membebaskan api penjajahan di sana, merampasnya dari tangan pengganas Yahudi dan mengembalikan kepada rakyatnya yang terusir, dan membebaskan para pejuangnya yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang ditahan di penjara Israel. Jika kita tidak melakukannya, maka kaum Muslimin semuanya beroleh dosa dan menanggung kerugian. Bahkan mereka akan mengalami nasib yang sama seperti yang dialami saudara mereka di Palestin.

Dari Mana Kita Bermula?
Siapakah yang mahu menyahut seruan Dr. Muhammad Badie’? Berjihad dengan kemampuannya, mampu menyumbang wang ringgit, teruskan. Mampu menganjurkan program kesedaran masyarakat akan permasalahan Palestin, teruskan. Mampu mengikuti rombongan kemanusiaan ke Palestin, teruskan. Mampu berceramah, teruskan, mampu berdoa, teruskan. Mampu menulis cerpen untuk Palestin, mampu meletakkan banner Palestin di web dan blog masing-masing, teruskan.. teruskan…teruskan…teruskan.. Kita bersatu dan berukhwah untuk membela bumi wakafan ini. Sedarkah kita bahawa musuh Allah ini tidak bekerja bersendirian tetapi mereka saling bersekutu untuk menidakkan ketuanan Islam. Firman Allah SWT:

“Adapun orang-orang yang kafir, sebahagian meraka menjadi pelindung bagi sebahagian yang lain. Jika kamu (hai para muslimin) tidak melaksanakan apa yang telah diperintahkan oleh Allah itu, nescaya akan terjadi kekacauan di muka bumi dan kerosakan yang besar.” (Al-Anfaal : 73)

Dan mungkinkah juga kerana banyak kewajipan yang telah Allah perintahkan ke atas kita yang belum lagi ummat ini laksanakan menjadikan kita saat ini tidak mampu membela saudara kita dan bumi wakafan ummat ini? Sehingga ummat kelihatan longlai dan berpecah belah? Mari kita muhasabah bersama.

Sebagai catatan terakhir, penulis pernah bertanya kepada seorang tokoh pejuang Palestin dari Rabitah Ulama Palestin, bagaimana kita mahu bermula untuk membantu Palestin, katanya:

Menangkanlah Allah SWT di dalam jiwa-jiwa kita dengan beriltizam dengan manhaj Allah SWT serta mendirikan kewajipan dan syiar-syiar Islam di dalam diri, rumah, dan biah yang diduduki (suasana sekeliling). Demikian juga kita perlu berusaha untuk sentiasa berzikir mengingati Allah SWT, menajdikan Al-Quran sebagai karib yang setia dan menghadirkan Allah SWT dalam setiap urusan. Firman Allah SWT :

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu memerangi pasukan (musuh), maka berteguh hatilah dan sebutlah (nama) Allah sebanyak-banyaknya agar kamu beruntung.” (Al-Anfaal : 45).

Juga di dalam firmanNya :

“Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” (Al-Anfaal : 46)

Mari kita mulai sekarang, bermula dari dalam diri kita…jangan berlengah lagi..!

*Petikan tulisan penulis di langitilahi.com. ruangan PEMUDA