Thursday, February 05, 2009

Tips dan Panduan Kecemerlangan

2 hari lepas, beberapa mahasiswa/wi bertemu dengan penulis untuk mendapatkan nasihat dan tips bagaimana mereka boleh membina kecemerlangan dalam akademik. InsyaAllah, di sini penulis kongsikan tips-tips dan panduan buat para mahasiswa yang serius cintakan ilmu. Semoga bermanfaat.




“Kita TIDAK GAGAL setelah kita jatuh, tetapi kita dikira GAGAL jika kita jatuh dan tidak bangun semula. BERAPA KALI kita jatuh tidak penting, yang pentingnya ialah BAGAIMANA KITA BANGUN SEMULA setelah kita jatuh…”.



Saya berpegang kepada tiga prinsip iaitu usaha, doa dan tawakal. Saya juga selalu jumpa pensyarah dan cara belajar biarlah sistematik dan ideal iaitu selain belajar, kita juga perlu melibatkan diri dalam aktiviti kolej.

Saya telah menetapkan satu matlamat apabila berjaya menjejak kaki ke universiti. Matlamat itu ialah saya mahu memberi kegembiraan kepada ibu bapa saya dengan cara menghadiahkan mereka kejayaan paling cemerlang dan saya mahu menjadi sebahagiaan dari cerdik pandai Islam yang dapat memberi manfaat kepada Islam.



Sebagai pelajar, kita kena bijak mengurus masa kerana di kampus, tugas pelajar bukan setakat mengejar kecemerlangan ilmu tetapi kita juga perlu aktif dalam kegiatan persatuan. Yang penting, saya belajar secara konsisten dan tidak pernah belajar pada saat akhir menjelang peperiksaan. Justeru setiap hari saya akan mengulang kaji topik yang diajar pensyarah di kelas. Jika tidak faham, saya akan cepat-cepat berjumpa pensyarah berkenaan untuk bertanya,''



Ada 10 pengaruh yang menyebabkan kita terkandas, tidak cemerlang dan lari dari perjuangan sebenar mahasiswa:

1. Malas

2. Hiburan

3. Cinta

4. VCD

5. SMS

6. Internet

7. Main “Game”

8. TV / Astro

9. Lepak

10. Pengaruh Kawan-kawan



Dalam satu kajian yang dibuat di sebuah IPTA, ada 4 sebab mengapa mahasiwa terkandas / tidak cemerlang.

1. Tidak mempunyai jadual belajar yang tetap dan hanya bergantung kepada "mood" untuk belajar. (Tiada Perancangan)

2. Tidak suka mengulangkaji pelajaran dan selalu mengulangkaji pelajaran di saat-saat akhir peperiksaan. (Tiada Perancangan)

3. Mengganggap TV dan lagu dapat membantu memudahkan mengulangkaji pelajaran.

4. Belajar semata-mata untuk peperiksaan.

Namun, apa yang penting ialah niat kita dalam belajar itu mestilah ikhlas semata-mata kerana ALLAH… kerana dgn niat ikhlas seperti inilah kita akan mendapat keredhaan dan bantuanNYA…

Juga dalam satu kajian yang di buat di sebuah IPTA, ada 14 penyebab mahasiswa tidak cemerlang di kampus:



No.

Faktor Kegagalan

1

Tidak memahami sepenuhnya subjek

2

Kurang buat latihan

3

Tidak berjumpa pensyarah bila ada masalah

4

Malas dan kurang usaha, hanya bergantung kepada input pensyarah semata-mata

5

Tidak hadir kuliah dan makmal

6

Tidak cuba buat soalan-soalan lepas

7

Tidak mempunyai asas dalam kursus yang diambil

8

Mudah putus asa

9

Silap memilih bidang

10

Perlu masa yang lebih panjang untuk memahami subjek

11

Kurang penjelasan daripada pensyarah

12

Meniru hasil kerja kawan

13

Tidak menyiapkan tugasan

14

Masalah kesihatan



Tips kaedah belajar yang wajar diamalkan:

1. Menyediakan jadual pembelajaran secara sistematik.

2. Rutin belajar yang sama pada tiap-tiap hari bagi melatih otak menerima tabiat belajar.

3. Pilihlah masa untuk mengulangkaji sewaktu semangat belajar di tahap maksimum.

4. Elakkan perkara-perkara yang mengganggu proses pembelajaran. Rakan sebilik / serumah harus bertolak ansur dalam memberi ruang untuk anda belajar.

5. Nota yang telah dibuat hendaklah diulangkaji pada hari yang sama.

6. Anda akan mendapat lebih manfaat sekiranya anda mempunyai matlamat belajar yang jelas.

7. Elakkan belajar di tempat yang boleh menyebabkan rasa mengantuk.

8. Belajarlah dengan tujuan menimba ilmu kerana Allah swt, bukanlah sekadar untuk lulus peperiksaan


*Penulis adalah bekas graduan UiTM dalam bidang Diploma Pengajian Perniagaan (3.56) dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (3.75) dan sedang menyiapkan Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan secara separuh masa.

Slide 2

No comments:

Post a Comment