Saturday, May 29, 2010
Kenapa Tarbiyah...?
Penulis mula mengenali kalimah dakwah saat berada di Universiti pada tahun 1995. Saat itu juga penulis bersegera memulakan langkah belajar memahami Islam dan amali dakwah. Mengajak rakan-rakan satu kelas, satu pengajian, satu hostel dan satu persatuan. Juga mendekati adik-adik ”junior” dan saling mencari peluang untuk bertaaruf. Mencetak risalah-risalah dakwah dan tarbiyah, menganjurkan pelbagai program kesedaran Islam di kampus. Apabila diimbas zaman tersebut, penulis senyum sendirian kerana ada juga pendekatan penulis yang terlalu beremosi dan bersemangat untuk melaksanakan dakwah sehingga terkadang pendekatan atau metodologi yang penulis gunakan tidak sesuai dengan zuruf atau latarbelakang mad’u. Pengalaman adalah guru yang paling dekat dalam kehidupan kita.
Alhamdulillah, penulis bersyukur kerana semangat penulis untuk menjayakan misi dakwah diimbangi dengan siri program tarbiyah yang penulis lalui di sepanjang berada di Universiti. Dalam halaqah dan program-program menziarahi para duah yang lebih berpengalaman dan berilmu, banyak mendidik dan merawat jiwa penulis. Kerana tanpa jiwa yang hidup mana mungkin dakwah mampu disampaikan dengan jujur. Ya, institusi dakwah perlu berjalan dan dalam masa yang sama, jiwa sang dai’e perlu terus diproses dalam institusi tarbiyah islamiah yang sistematik. Peringatan Allah swt:
”Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedang kamu melupakan diri (kewajiban) mu sendiri, padahal kamu telah membaca Kitab? Maka tidaklah kamu berpikir? (Al-Baqarah:44)
Ayuh bersegera kita awali langkah diri kita dengan ibda’ binassika. Mulai dari sekarang. Kita hayati pesanan luarbiasa dari Imam Hasan Al Banna, ”Ashlih nafsaka wad’u ghairaka..” perbaikilah dirimu sendiri kemudian serulah orang lain kepada kebaikan.
Institusi tarbiyah amat penting dan mendesak dalam realiti umat hari ini. Institusi ini mampu mengeluarkan graduan-graduan seperti graduan-graduan yang lahir dari madrasah tarbiyah Rasulullah s.a.w. Iaitu graduan-graduan yang memikul panji-panji Tauhid, menjadi mahaguru dan qudwah kepada alam sejagat. Seterusnya kita perlu mewarisi kerja-kerja mereka, membebaskan manusia daripada perhambaan kepada sesama manusia, kepada perhambaan kepada Allah s.w.t semata-mata, meruntuhkan sistem jahiliyyah dan membangunkan sistem Islam dalam semua aspek kehidupan manusia. Sistem jahiliyyah (sistem yang menolak Islam yang lengkap), yang sangat pekat dan berkuasa adalah punca bagi segala penyakit yang menimpa manusia hari ini.
Tarbiyah bukan sekadar hadir program mingguan, duduk berlikar dan mendengar bahan penyampaian. Sebaliknya tarbiyah adalah satu proses mendidik diri kita untuk istiqamah dengan jalan yang telah di bawa oleh Rasulullah. Hatta seorang alumni pondok atau alumni ijazah pengajian Islam dari Timur Tengah sekalipun tidak ada jaminan untuk istiqamah di jalan Allah. Tatkala berhadapan dengan realiti kehidupan yang keras dan melekakan, lama kelamaan orang tersebut meninggalkan dakwah, meninggalkan solat dan meninggalkan jihad. Kuncinya kata para ulama muktabar yang telah dan sedang melalui jalan dakwah dan tarbiyah ialah istiqamah.
Malahan di zaman Rasulullah saw sendiri ada sahabat nabi yang futur dan cicir dalam jalan dakwah kerana tidak upaya istiqamah dan terpedaya dengan pengaruh dunia yang melekakan.
Apabila direnungkan, kehidupan kita amat berisiko kerana kita sama sekali tidak ada jaminan apakah akhir hidup kita itu husnul khatimah. Maka yang terpenting adalah bagaimana kita mampu istiqamah. Firman Allah swt: 102.
”Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.” (Ali Imran:102)
Justeru, kita berhajat dan perlukan kepada proses tarbiyah. Tarbiyah islamiyah bererti proses menyiapkan muslim dengan persiapan yang menyentuh seluruh aspek kehidupan, meliputi ruhiyah, jasmaniah dan akal fikiran. Ianya bersikap integrasi dan komprehensif mencakupi seluruh aspek kehidupan. Ringkasnya tarbiyah islamiyah adalah proses penyiapan manusia yang soleh dan membentuk peribadi yang ideal, agar terbina keseimbangan dalam potensi, tujuan, ucapan, dan tindakannya secara keseluruhan.
Menurut Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, tujuan tarbiah ada 5 iaitu:
1. Ibadah kepada Allah semata sesuai dengan syariat-Nya.
”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.” (Adz-Dzariyat:56)
2. Menegakkan khilafah di muka bumi dengan pemakmuran bumi dan pemanfaatan segala sesuatu yang Allah berikan untuk umat manusia.
”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." (Al-Baqarah:30)
”Dan kepada Tsamud (Kami utus) saudara mereka shaleh. Shaleh berkata: "Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu Tuhan selain Dia. dia Telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, Kemudian bertaubatlah kepada-Nya, Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (doa hamba-Nya)." (Hud:61)
3. Saling mengenal sesama manusia. Firman Allah swt:
”Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Al-Hujurat: 13)
4. Tertegaknya kepimpinan dunia di tangan Islam. Firman Allah swt.:
”Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah dirrdhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentiasa. mereka tetap menyembahku-Ku dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, Maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (An-Nur:55)
5. Melaksanakan hukuman dengan syariat-Nya.
Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu. jika mereka berpaling (dari hukum yang telah diturunkan Allah), Maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan menimpakan musibah kepada mereka disebabkan sebahagian dosa-dosa mereka. dan Sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik. (Al-Maidah:49)
Tarbiyah Islamiyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.
Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhajat kepada kerja dakwah, maka tampillah para da’i yang jujur, berani dan sabar menyampaikan risalah Islam melalui lisan dan contoh yang baik. Apabila Islam memerlukan pengorbanan harta benda, maka tampillah sahabat yang mempunyai harta kekayaan menyerahkan harta benda mereka kepada Rasulullah SAW dengan penuh keredhaan tanpa bakhil, seperti Abu Bakar al-Siddiq, Umar al-Khattab, Osman Ibn Affan dan Abdul Rahman al-’Auf.
Menurut Al Syeikh Mustafa Masyur bahawa Tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. Tatkala hati para da'ie layu dan kering, maka dakwah tidak melebar, apabila jiwa muslim layu dan kering, maka umat dijurang bahaya.
Persoalannya, bagaimana perjalanan tarbiyah anda?
Thursday, May 27, 2010
Monolog Buat Mereka Yang Sedang Mencari CINTA
Menunggu memang melelahkan jiwa. Orang yang dinanti pun entah di mana gerangannya. Namun...begitulah hebatnya bila bercinta. Yang menunggu akan menanti penuh setia, hatta waktu solat dah masukpun tidak dipedulinya. Ada yang mencari cinta di alam maya, faceboook, friendster, YM dan macam-macam lagi adanya. Ada rezeki bolehlah mencari cinta katanya. Begitulah mudahnya hari ini anak-anak muda mencari cinta.
Tidaklah sebanding ertinya kalau kau gadaikan aqidah hanya kerana gundah gulana menanti dan memikir yang dicintai . Bukankah kekanda/adinda yang diidamkan kelak juga ada di syurga?
Kesepian memang kadang menyakitkan, menoreh setiap senyum dan tawa, serta menciptakan riak anak sungai di sudut mata. Sedih dan pedih silih berganti kunjung mengunjungi. Pupus segala harap, melukai semua impian yang kadang memabukkan. Hingga, jiwa yang rapuh menciptakan serpihan kegelisahan yang memilukan.
Cinta...
Entah berapa banyak pahlawan yang tercipta kerananya, namun cinta juga terkadang melahirkan para pecundang. Ia laksana kobaran api yang berasal dari setitik bara, menyuluh, namun dapat pula membakar. Impian kerana cinta membuat hati dan raga terselimuti bahagia, membina harapan yang keluar masuk melalui butiran darah. Mengharapkan belahan jiwa yang siap mendampingi saat tawa dan air mata, hingga kebahagiaan terpancar tatkala berjaya mendirikan rumahtangga dan berkeluarga dengan selimut kasih sayang, penuh luapan cinta.
Namun, impian berbeza dengan kenyataan. “Sepi terus menyapa diri, aku masih sendiri dan masih saja sendiri. Duhai belahan hati, entah di mana kekanda/adinda bersembunyi.” Begitulah mungkin persoalan yang bermain-main kepada mereka yang menanti cinta.
"Read the rest of the entry>>"
Cinta dan impian untuk membentuk sebuah keluarga memang begitu indah. Namun tatkala ia belum menyapa janganlah membuat gundah dan resah, bahkan merubah pandangan terhadap Sang Pemilik Cinta. Kegelisahan jangan pula membuatmu menggadaikan aqidah, kerana sungguh itu adalah harta yang tak ternilai harganya.
Jangan gadai harta yang tak ternilai ini, walaupun suasana yang ada menyeru-nyeru agar dikau menjual sahaja harta itu. Perhatikan cinta anak muda hari ini, ragam cinta mereka memudahkan cinta diselubungi noda dan dosa.
Cinta yang membara tidak akan dapat menghapus ketentuan Allah swt., "Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mu'min) sebelum mereka beriman..." (Al Baqarah: 221).
Cinta akan membentuk sebuah keluarga sakinah, mawaddah wa rahmah kerana kesamaan iman dan aqidah, dalam naungan redha Allah swt. Jangan biarkan sedikitpun celah hatimu terbuka dengan cinta berselubung nafsu dan emosi, kerana cinta seperti itu akan mengorbankan aqidah. Pernikahan atas keyakinan nafsu dan emosi, tidak akan melahirkan ketenteraman jiwa, kerana ia adalah zina.
Pernikahan yang di bina atas dasar nafsu dan cinta emosi membentuk tiang seri yang rapuh. Serinya hanya sementara, tidak lama nanti berdepan dengan tsunami rumahtangga.
Duhai jiwa yang lelah...
Saat persoalan cinta mengetuk jiwa, di manakah gerangan kekanda/adinda berada, kembalilah kepada Sang Pemilik Rahsia. Lantunkan munajat dan doa, mohon tetapkan iman untuk selalu menyerah kepadaNya. Jadikan hati ini selalu ikhlas serta rela atas setiap keputusan.
As'alukallahummar ridha ba'dal qadha, wa burdal 'iisyi ba'dal maut, wa ladzdzatan nazhori ila wajhika, wa syauqon ila liqaa'ika. Ya Allah, aku mohon kerelaan atas setiap keputusanMu, kesejukan setelah kematian, dan kelezatan memandang wajahMu serta kerinduan berjumpa denganMu.
Mohonkan juga kepadaNya, agar Ia menguatkan niat dan azam kepada lelaki yang belum menemui jodoh atau wanita yang sedang menanti kekanda pilihan untuk segera menyempurnakan setengah agamanya, sehingga dirimu serta pasangan jiwa tercinta dapat bersama membangun sebuah istana kecil nan indah dalam naungan redha-Nya.
Sabar dan besarkan jiwa. Kuatkan hati, teguh dan selalu istiqamah mengharap pada-Nya. Jangan mengharap pada manusia, kerana dirimu memiliki harta yang tidak ternilai harganya, ialah aqidahmu kepada Rabb yang Agung.
Sunday, May 23, 2010
Kehilangan Ghairah Penghambaan Kepada Allah swt
Apakan perasaan kita tatkala kita telah kehilangan sesuatu, hilang wang ringgit, hilang barang-barang berharga seperti kamera, handphone dan lain-lain. Bagaimana kalau kita kehilangan orang yang dikasihi seperti ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak atau teman rapat. Pasti kita merasa sedih dan mungkin akan menitiskan air mata. Kita akan rasa gelisah, lemah, duka dan tidak senang duduk bukan? Inilah fitrah kepada kejadian manusia, kita akan merasa sedih tatkala hilang sesuatu yang kita kasihi dan punyai. Justeru, jika kita melalui pengalaman ini, uruslah kesedihan kita dengan doa yang dianjurkan Rasulullah saw:
"Wahai Allah, aku mohon lindung kepada-Mu dari rasa sedih dan susah, dari rasa lemah dan malas, dan dari sifat pengecut dan kikir"
Namun bukan hal kehilangan seperti yang di atas yang penulis mahu bicarakan. Penulis berusaha memuhasabah pada di penulis, apakah yang akan berlaku pada diri penulis, andai Allah swt menghilangkan rasa ghairah dan semangat penghambaan kepada Allah swt. Firman Allah swt. dalam surah Adz-Dzariyat ayat 56 yang bermaksud:
"Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk berubudiah kepada-Ku"
Pernahkah kita berfikir seperti yang penulis bimbangi pada diri penulis. Tatkala penulis memerhatikan realiti kehidupan dan pengaruh yang ada disekeliling kita, ternyata suasana yang ada amat kacau dan menggusarkan, kerana unsur mengikis keimanan dan keislaman kita amat pekat dan keliru. Anda sedari atau tidak? Cabaran kalangan anak remaja misalnya, semakin cemas, asal-asal just chating, kemudian dating, terlajak lalu bunting, akhirnya trowing.
Saat penulis bersembang-sembang dengan isteri penulis, beliau bercerita dengan sedih akan situasi rakan-rakan lamanya di zaman sekolah dahulu yang terlibat dalam kes cerai berai keluarga mereka pada saat usia masih muda, anak sudah 3-5 orang. Hari ini, bercerai suami isteri pada usia muda adalah perkara biasa.
Keliru, segilintir umat Islam keliru sehingga kehidupan mereka semakin jauh dan
hambar dari peranan hakiki mereka iaitu memperhambakan diri kepada Allah dan hanya mengambil Islam sebagai The Way Of Life. Realiti semakin ramai yang mengambil cara hidup lain dan menyembah illah-illah (sembahan) lain seperti kebendaan, wang ringgit, kerjaya, syarikat, wanita, hiburan, politik dan sebagainya.
"Yang baik itu adalah apa yang dikatakan baik oleh syariat, dan yang buruk itu adalah apa yang dikatakan buruk oleh syariat."
Apakah ini mindsetting dalam kehidupan kita? Atau sebaliknya kita mengambil nafsu sebagai perujuk keputusan dan cara hidup?
Kita Kehilangan rasa ghairah dan semangat penghambaan kepada Allah swt. Mari sejenak kita berbicara tentang iman. Ini kerana iman adalah umpama kenderaan yang dengannya kita berharap mampu membawa kita sampai ke tujuan hidup yang sesungguhnya. Tujuan akhir dari penciptaan diri kita, menghambakan diri kepada Allah. Lalu mengharap redha-Nya, memohon syurga-Nya, dan meminta dijauhkan dari neraka-Nya.
"Read More"
Ghairah penghambaan. Itu istilah yang dapat kita gunakan untuk menggambarkan keadaan keimanan kita. Kuat atau lemahnya, tinggi atau rendahnya. Iman, memang naik dan turun. Maka semangat kita untuk menghayati seluruh warna-warni kehidupan ini, sebagai apapun kita, perlulah dalam frame dan bingkai iman, kadang ia naik, terkadang ia turun. Itu boleh terjadi pada diri kita, juga pada diri sesiapapun.
Dunia yang penuh gemerlap, berusaha menyeret kita menjadi orang-orang yang lupa akan tujuan akhir hidup ini. Naudzubillah. Maka Abu Darda’ pernah berkata,
"Sesungguhnya di antara tanda kefahaman seorang hamba, adalah menjaga imannya dari hal-hal yang boleh menguranginya. Serta memahami, apakah ia sedang bertambah atau berkurang imannya.”
Awas! Kehilangan keghairahan dan semangat penghambaan kepada Allah sejujurnya harus difahami sebagai kehilangan yang paling besar. Apalah ertinya hidup bila tidak ada lagi tujuan mengharap redha Allah SWT. Dalam bentuk beribadah kepada Allah, mungkin semangat kita melakukan ibadah-ibadah tidak lagi sekuat dahulu, seperti solat berjamaah, puasa sunat, membaca Al-Qur’an, apatah lagi melaksanakan tuntutan dakwah dan tarbiyah Islamiyyah. Permasalahan keyakinan kepada Allah turut kehilangan auranya, siang dia berupa Islam, malamnya dia berupa seperti athies.
Apabila denyut nadi penghambaan kepada Allah semakin melusuh, umat mula hilang puncanya. Maka terjadilah segala macam penyakit hati dan kebobrokan akhlak seperti yang sedang kita tempuhi hari ini. Benar. Tidak semua orang mampu memiliki iman yang tinggi, namun ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk kita melewati batas. Suatu hari, Ibnu Taimiyah ditanya, “Dengan apakah seseorang menguatkan imannya hingga menjadi sempurna, Apakah dengan meninggalkan larangan Allah, atau dengan ilmu, atau dengan beribadah?"
Ibnu Taimiyah menjawab, “Ia harus mengambil batas wajibnya dari keimanan, batas wajibnya dari ibadah, dan batas wajibnya dari meninggalkan larangan Allah. Sesudah itu, usaha mempertingkatkan keimanan bertahap-tahap, sesuai cabang-cabang yang ada dalam keimanan dan sesuai dengan jerih payahnya yang berbeza-beza.”
Saat sebelum tidur malam ini, cubalah bertanya, adakah yang hilang dari ghairah penghambaan kita kepada Allah swt?
Abu Ridhwan Husaini
23 Mei, 2010
9 Jamadil Akhir 1431H
Dewan Anuwar Mahmud,
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Bangi, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA
Saturday, May 22, 2010
Selamat Berjuang Sahabat-Sahabatku, Semoga Selamat Tiba Di Bumi Gaza
Saat ini seramai 5 orang sahabat-sahabat yang penulis kasihi telah selamat tiba di Turki (berita lanjut di sini). Mereka adalah merupakan relawan misi LL4G mewakili rombongan dari Malaysia. 5 orang sahabat penulis yang menyediakan diri mereka ke medan jihad yang lebih besar ialah:
1. Haji Noorazman Mohd Samsuddin, Biro HALUAN Palestin selaku Ketua Misi LL4G Malaysia
2. Dr Arbaai Shawal, Biro HALUAN Palestin
3. Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Biro HALUAN Palestin
4. Ustaz Alhami Husain Suhaimi, Biro HALUAN Palestin
5. Mohd Nizam Awang, Biro HALUAN Palestin
Turut menyertai misi tersebut 3 orang lagi ikhwah yang dipilih Allah untuk menyertai misi ini, iaitu:
1. Haji Jamuliddin Bin Elias, Yayasan Amal
2. Selamat Ali, Jamaah Islah Malaysia (JIM)
3. Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
Penulis tidak berkesempatan mengiringi mereka di lapangan terbang, namun penulis iringi dengan doa dan titisan air mata kerana penulis amat mengasihi mereka kerana Allah swt. Wajah-wajah mereka jelas terbayang dalam benak fikiran penulis, kelima-lima mereka adalah para da'i dan murabbi yang amat penulis kagumi ketekunan dan kesungguhan mereka dalam melalui jalan dakwah dan tarbiah. Setiap kali penulis bertemu dengan mereka, iman penulis melonjak dan membara, subhanallah, mereka adalah sahabat penulis yang luarbiasa.
Bukan mudah untuk membuat keputusan berani menyertai misi setangguh ini kerana mereka akan berdepan dengan tentera Yahudi Israel. Sahabat-sahabatku sekalian, semoga dikau tergolong dalam firman Allah swt:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang-orang yang percaya (beriman) kepada Allah dan Rasul-Nya, Kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjuang (berjihad) dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah. mereka Itulah orang-orang yang benar.” (QS al-Hujurat: 15)
Kukirimkan lirik nasyid ini buat antum di sana:
"Read more"
Tapakkanlah kaki di jalan Ilahi
Jangan ragu lagia janji surganya pasti
Kobarkanlah api peperangan suci
Yakin kemenangan janjikan bidadari
Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do’a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Hahahahahahahahahahaa
Hahahahahahahahahahaa
Aha hahaha Ahahahahaha
Aha hahaha hahahahaha
Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Bangkitlah segera wahai pemuda
Jangan terlalaikan oleh buai dunia
Di sana ada negeri Islam terluka
Sadarkan jiwamu untuk membela
Siapkan diri, rangkul senjata
Panjatkan do’a untuk citakan surga
Pekikkan takbir sampai nafas terakhir
Kejayaan di tangan kita
Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Satu? hati? bebaskan Palestina
Hancurkan yahudi penjajah
Tegap? maju? dan songsonglah surga
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Tak kan pernah gentar
Sampai Al-Quds merdeka
Selamat berjuang sahabat-sahabatku..
Sunday, May 16, 2010
Bahagia Kerana Dapat Memberi
Rasulullah saw pernah di tanya tentang ciri mukmin yang kuat. Lantas baginda saw menjawab:
“Yang paling bermanfaat kepada sekitarnya.”
Rasulullah saw juga bersabda:
”Barangsiapa menunjuki orang lain pada kebaikan baginya pahala seperti orang yang melakukannya.”
Itulah nikmat kebahagiaan bagi seorang dai'e, bahagia dapat memberi kepada masyarakat sekitarnya.
Sesungguhnya kehidupan manusia tidak boleh lari dari bermasyarakat, samada sebagai pelajar, mahasiswa, pekerja mahupun suri rumah tangga. Ia tidak mungkin mampu hidup bersendirian. Sekiranya ia mengambil keputusan untuk hidup bersendirian, dia tidak termasuk dalam golongan orang-orang mukmin. Rasulullah saw bersabda:
”Perumpamaan orang-orang mukmin dalam saling cinta mencintai, saling mengasihi dan saling membantu, laksana satu tubuh. Bila salah satu anggotanya merasa sakit, maka seluruh anggota tubuhnya turut merasakan sakit.” (HR Ahmad dan Muslim)
Kepada juru dakwah Islam, sudah tentulah fungsi mampu memberi manfaat kepada masyarakat menjadi ciri utama yang perlu dimiliki. Sayyid Qutb ada berkata:
”Tatkala nilai hidup hanya untuk diri sendiri, maka kehidupannya kecil dan singkat. Tetapi apabila kita hidup juga untuk orang lain, maka jadilah hidup ini bermakna, panjang dan dalam. Bermula dari adanya kemanusiaan itu sendiri dan berlanjutan sehingga kita meninggalkan dunia ini...”
Ayuh kita menjadi mukmin yang kuat dalam 3 perkara:
"Read the rest of the entry>>"
1. Memberi manfaat kepada masyarakat.iaitu dengan sentiasa proaktif memberikan sumbangan positif kepada masyarakat, khususnya yang memerlukan, samada dalam bentuk keilmuan, kepakaran, wang ringgit, tenaga dan lain-lain lagi.
2. Penunjuk jalan kebenaran. Seorang da’isdat pasti memiliki visi dan mkisi untuk mengajak manusia untuk mengenal Allah dan Islam, menyeru masyarakat agar menjalani kehidupan berpandukan Al Quran dan As Sunnah. Terlibat aktif dalam dakwah adalah penting bagi memastikan keberlangsungan dakwah. Misi Al Quran iaitu amar ma’ruf nahi munkar perlu disebarluaskan agar tercipta suasana kondusif bagi tertegaknya risalah Islam.
3. Menjadi da’i tarbawi iaitu karektor da’i yang aktif membina umat. Bukan sekadar mampu menyampaikan atau taklim, tetapi juga membentuk dan melahirkan barisan da’i baru untuk menjadi penyambung nadi dakwah dan menjadi pelanjut penyebaran secara meluas risalah dakwah.
Amanah dakwah yang mulia ini akan berat apabila dipikul sendirian, tetapi menjadi nikmat dan ringan apabila ada penglibatan aktif dalam amal jama’i dan menjadi semakin bertenaga apabila generasi baru turut serta dalam misi yang mulia ini.
Yang Lebih Berharga Dari Segulung Ijazah: Sekalung Tahniah Untuk KTD
Pendidikan hari ini benar-benar telah bertukar wajah kepada pusat-pusat perniagaan yang menggunakan segala upaya untuk menarik sebanyak mungkin pelajar-pelajar untuk menjadi pelanggan yang akan menguntungkan mereka. "Education is a bussiness" itulah ungkapan yang entah berapa ratus kali saya ulang-ulangkan kepada pelajar dan remaja yang saya temui samada dalam kelas atau dalam ceramah-ceramah saya.
Matlamat perniagaan bagi unit perniagaan yang dibangunkan diatas dasar kapitalis adalah memaksimumkan keuntungan. Semakin banyak pelajar, semakin banyak keuntungan yang akan mereka jana. Matlamat mereka adalah mencari sebanyak mungkin pelajar dan memastikan segelintir mereka cemerlang akademiknya supaya menjadi daya tarik kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi 'pelanggan' seterusnya. Bagaimana dengan syakhsiyah, bagaimana dengan iman dan ibadah? Itu bukan lagi persoalan penting dan utama, yang penting pelajarnya ramai dan pencapaian akademiknya meransangkan pasaran pendidikan.
Lihatlah masyarakat IPT dengan hati dan Iman kita, apa yang dapat kita lihat hari ini? Krisis identiti untuk lepasan sekolah-sekolah agama, taman percintaan luar batasan syarak, pergaulan tanpa mengenal batasan hukum, medan perlumbaan kebebasan hidup bahkan ada yang menjadi 'rumah-rumah' bersalin yang menyambut kelahiran bayi-bayi luar nikah malahan ada juga yang dijadikan sebagai tempat pembuangan bayi. Dimanakah nilai sijil yang mereka terima? Adakah nilai 'sekeping kertas' itu lebih berharga dari maruah dan keimanan. Ya, memang pahit untuk diterima tetapi lihatlah di media massa dan media cetak adakah fakta ini salah? Walaupun saya bukan staff atau tenaga pengajar di IPT tetapi hampir setiap minggu saya keluar masuk ke IPT untuk mengendalikan program-program pelajar. Saya cukup masak dengan permasalahan yang sedang berlaku ini. Benarlah kata Abu Hassan Ali An Nadwi "Sistem pendidikan hari ini gagal untuk melahirkan 2 golongan: pertamanya golongan yang khusyuk bila beribadah, keduanya ialah golongan yang menangis bila melakukan dosa". Zaman sekarang adalah zaman manusia berbangga dengan dosa bukan menangisinya, sebahagian besar remaja hari ini bukan sekadar tidak khusyuk bahkan ada yang tahu bagaimana cara mengerjakan solat.
"Read the rest of the entry>>"
Al Maududi pernah satu ketika dijemput untuk memberi ucaptama dalam satu majlis konvokesyen di sebuah universiti. Di awal ucapanya dia menyebut; "Ini mungkin kali terakhir dia diberi peluang untuk memberi ucaptama dalam majlis begini memandangkan apa yang bakal diucapkan. Beliau seterusnya menjelaskan bahawa pusat pendidikan tinggi hari ini umpama sebuah pusat pemyembelihan yang besar yang menyembelih aqidah pemuda-pemuda Islam. Ijazah yang diterima hari ini adalah sijil pengesahan bahawa aqidah umat benar-benar telah mati." Mungkin ada yang sukar untuk menerima hakikat ini namun saya yang selalu terlibat dengan program-program IPT terpaksa akur dengan kenyataan ini. Memang tidak semua pelajar IPT itu rosak aqidahnya kerana masih ada program-program tarbiyyah yang dijalankan oleh individu-individu atau gerakan-gerakan dakwah serta NGO-NGO namun peluang untuk remaja-remaja kita memelihara aqidah dan akhlaqnya terlalu tipis dan mencabar. Saya sendiri yang mengajar di sekolah agama swasta yang menekankan tarbiyyah pelajar masih dapat melihat keguguran pelajar-pelajar ini bila memasuki IPT-IPT.
Melihat keadaan remaja hari ini menjadikan saya begitu risau dan hilang kepercayaan. Kerisaun itu menyebabkan sering saya menggesa pelajar supaya menyambung pelajarannya di institusi-institusi yang masih menjadikan pembangunan syakhsiyah sebagai agenda utama seperti Kolej Teknologi Darul naim (KTD). bahkan kepada pelajar yang baru tingkatan 2 dan 3 yang masih jauh perjalanannya pun saya sering ulanginya kerana kerisauan yang menguasai diri saya.
Saya menyebut KTD bukan kerana tidak ada institusi lain yang menekankan aspek ini tetapi setakat ini itulah yang Allah pamerkan untuk saya tatapi dan kagumi. Mungkin ada IPT-IPT lain yang melakukan perkara sama cuma ianya tidak sampai kepengetahuan saya. Saya sendiri sering ke KTD untuk mengendalikan program-program pembinaan syaksiyah dan kepimpinan. Saya juga mengagumi kesungguhan dan keikhlasan tenaga-tenaga kerjanya untuk menjadikan pelajar-pelajarnya sebagai insan soleh yang mengenali Allah sebagai Robb dan Ilah. Saya sendiri melihat bagaimana pelajar-pelajar yang 'berisiko' dengan berbagai masalah akhlaq bahkan ada yang tidak solat kini berubah pada keadaan yang jauh lebih baik.
Saya yakin, yang menjadikan KTD terbaik dari sudut ini bukan kerana fasilitinya, bukan juga kerana faktor kewangan tetapi kesungguhan, doa-doa dan munjat yang lahir dari jiwa-jiwa yang bersih dan ikhlas. Bahkan gaji-gaji yang diterima oleh tenaga-tenaga kerjanya jauh lebih rendah dari gaji yang ditawarkan dipasaran kerja namun mereka masih setia dengan istitusi tarbiyyah yang sedang cuba untuk membangun dan berperanan yang hanya boleh menjanjikan pahala dari Allah SWT. Dan saya yakin inilah faktor utama kenapa KTD mula melonjakkkan kecemerlangan akademiknya walaupun kebanyakan pelajar-pelajar yang belajar disana bukanlah pelajar-pelajar cemerlang. Semoga satu hari nanti KTD akan jadi pilihan utama generasi wawasan.
Saya merasa begitu tersentuh apabila menbaca email yang ditulis oleh salah seorang pegawai kanan KTD dan kerana itulah jari saya menari laju menulis artikel ini.
Sebagai salah seorang yang berada di RIBATH (kubu/perbatasan) ana hanya mengadu kepada Allah SWT dan telah lebih sebulan ana bermunajat kepada Allah SWT agar Allah pilihkan kepada ana dan pasukan tarbiyah KTD, 400/500 orang pemuda/pemudi untuk kami bawa melalui proses menikmati Islam dan mencintai Islam. Dari pengalaman hampir 2 tahun di KTD ana sudah memahami satu hakikat bahawa mereka yang akan memikul mas'uliyah DnT adalah mereka yang merasakan kenikmatan tarbiyyah walaupun sebelumnya tidak solat dan tak tahu membaca al Qur'an. Ana sudah menyediakan hati ana dan shbt/sohibah muda KTD untuk menerima pelajar2 walau bagaimanapun gelap latarbelakang mereka. Sirah telah mengajar kami bahawa Rasulullah terus menerus mentarbiyyah sehingga Allah SWT membuat pilihan-Nya. Lihat sajalah Ikrimah bin Abu Jahal dan Hindun bint Utbah, antara contoh.
Tarbiyah akan berkesan jika adanya: Murobbi, manhaj dan biah. Ketiga2 faktor ini ada di KTD dan kami dgn penuh keyakinan bahawa Allah SWT akan membantu kami. Kami sudah melihat tanda2 bahawa latarbelakang pelajar bukan faktor utama tetapi ada banyak faktor lain. Anak2 yang besar dalam lumpur maksiat dan kejahilan sudah mula menunjukkan cinta mereka kepada tarbiyah dan jhd. Mereka akan menjadi tenaga dakwah di masa depan sebagaimana diri ana dulu, seorang yg sangat jahil dan dihidupkan semula hati ini dengan tarbiyyah. Ana bersyukur kerana diberikan peluang berada di KTD yang merupakan 'medan jhd yang penuh keberkatan ini'. Ana sudah belajar mencintai anak2 yang dahagakan tarbiyah ini dan memberikan apa yang ana miliki untuk membawa mereka melalui proses tarbiyyah yang menjadikan mereka tenaga dakwah akan datang.
Bagi saya inilah kelebihan KTD berbanding IPT-IPT lain yang ada diseluruh dunia; ia adalah mimbar untuk insan-insan yang mengharapkan janji-janji Allah, medan jidad dan pengorbanan untuk jiwa-jiwa yang takutkan "hari dimana kejahatan nmerata-rata(surah al Insan)" serta medan munajat dan zikir untuk jiwa-jiwa yang mengharapkan pengampunan Allah SWT ketika "tidak akan memberi manfaat harta dan anak-anak melainkan sesiapa yang pulang dengan hati yang sejahtera"
Moga Allah menerima amal kalian, moga Allah perteguhkan hati kalian untuk menghadapi berbagai karenah jiwa yang dimatikan dan dihitamkan oleh sistem hidup yang tidak bertuhan, moga Allah menjadikan jiwa-jiwa kalian sabar dengan kerasnya penolakan dan fitnah.
Untuk jiwa-jiwa yang merasakan dirinya serba kekurangan mohonlah pada Allah yang maha sempurna, untuk jiwa-jiwa yang merasa lemah dan tertekan rebutlah kemanisan bermunajat padaNya dan untuk jiwa-jiwa yang merasa putus asa dan harap yakinlah dengan rahmat Allah.
Sekalung penghargaan dan tahniah untuk kalian seluruh warga KTD.
Sumber
Monday, May 03, 2010
Bersatu Menjayakan Misi Menerobos Tembok Kematian
Sudah sampai saatnya bagi umat Islam untuk menghentikan sekatan jahat dan keji yang dilakukan oleh Yahudi Israel terdapap umat Islam di Palestin. Kita harus berdiri dengan sikap tegas tanpa melupakan matlamat asasi kita dalam memperoleh redha Allah swt. Dan hendaklah seluruh pertubuhan masyarakat untuk bergerak dan bekerja dengan memanfaatkan kecerdasan akal mereka untuk melakukan pelbagai inovasi, mekanisme dan cara-cara baru untuk mengatasi sekatan di Jalur Gaza. Setiap individu atau organisasi hendaklah melimpahkan kekuatan untuk menghentikan sekatan yang hina tersebut dan belum pernah terjadi sebelumnya.
Kepada kalangan pemimpin umat dan para pemikir serta cendekiawan diseru memainkan peranan mereka dalam memimpin dan menjadi penguasa umat, maju dan masuklah ke dalam barisan untuk menghentikan sekatan, dan untuk memimpin umat seluruhnya dengan memberikan kemudahan kepada para pembawa bantuan sehingga para utusan dan kafilah-kafilah bantuan tersebut dapat masuk dengan mudah, mulai dari samudera menuju teluk, sehingga dapat mewujudkan keinginan dan cita-cita umat, menyampaikan ucapan dan perkataan mereka, tanpa rasa takut atau malu, sehingga tidak masuk dalam kehinaan dan aib di dunia dan akhirat.
Sudah saatnya kita memperlihatkan diri yang terbaik dihadapan Allah; tanpa ragu-ragu atau enggan atau merasa hina, dan bahawa para pemimpin Arab dan Islam hendaklah bertaqwa kepada Allah di tengah umat mereka dan menaikakn citra diri mereka dihadapan umat dan untuk mengangkat aspirasi dan harapan mereka di hadapan dunia.
Wahai para pemimpin terhormat di mana saja kalian berada..
Sesungguhnya situasi di Gaza saat ini tidak menentu, dan menuntut kita tidak hanya mengeluarkan kata; kerana mereka di Gaza tidak hanya makan kata-kata kita, atau tidak memerlukan lembaran surat perjanjian dan surat berharga lainnya, sebagaimana mereka tidak memerlukan atau meminum air mata kesedihan kita ketika melihat situasi yang menghimpit ke atas mereka. Namun yang diperlukan oleh penduduk Gaza saat ini sesuatu yang konkrit dan nyata, usaha yang lebih membumi yang mampu untuk dirasai; memerlukan tindakan konkrit untuk menghentikan sekatan kejam yang tidak adil terhadap satu setengah juta jiwa warga di sana , dan ini semua adalah tanggung jawab semua tanpa terkecuali.
"Read More"
Hendaknya kita semua melihat kembali daftar hitam nama-nama orang yang hina dan perihal mereka untuk ditimpakan pada mereka kehinaan, aib dan kekerdilan pada hari kiamat..
Allah berfirman:
وَلا تَحْسَبَنَّ اللَّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ. مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لا يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاءٌ
“Dan janganlah sekali-kali kamu (Muhammad) mengira, bahawa Allah lalai dari apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim. Sesungguhnya Allah memberi tangguh kepada mereka sampai hari yang pada waktu itu mata (mereka) terbelalak, mereka datang bergegas-gegas memenuhi panggilan dengan mangangkat kepalanya, sedang mata mereka tidak berkedip-kedip dan hati mereka kosong”. (Ibrahim:42-43)
Wahai umat manusia seluruhnya…
Marilah kita kembali kepada Allah..!!
Marilah kita melakukan usaha yang terbaik untuk menyatukan kekuatan dalam rangka menghentikan sekatan terhadap warga Palestin di Jalur Gaza, mobilisasikan kafilah-kafilah dan bala bantuan kepada mereka dan lakukan pelbagai tekanan kepada pertubuhan antarabangsa dan tempatan, dan pertubuhan / agensi kalangan institusi kerajaan untuk turut serta mendesak Israel membenarkan bantuan memasuki Gaza.
Tidak ada alasan bagi kita pada saat ini, kecuali bergerak, bergerak dan bergerak; masing-masing sesuai dengan kemampuannya, sebagaimana yang diungkapkan oleh ulama salaf: “Sebaik-baik kemampuan yang dimiliki manusia adalah yang kuat imannya.”
Maka dari itu marilah semuanya bergerak; individu, institusi, pertubuhan sosial, pertubuhan bukan kerajaan atau organisasi kemasyarakatan. Bangun dan bersatu untuk mengangkat dan menghilangkan ketidakadilan dan kezaliman yang terjadi di Jalur Gaza dan di seluruh dunia, dan tidak ada alasan sedikitpun untuk merendahkan para pejuang yang mulia
وَإِنَّ اللهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ
“Dan Sesungguhnya Allah, benar-benar Maha Kuasa menolong mereka itu”. (Al-Hajj:39)
Marilah kita berlumba-lumba untuk menuju dan menggapai redha Allah, berkorban dan berjuang untuk membela saudara kita, tidak berusaha untuk menghambat kegagalan orang-orang yang gagal, atau menghinakan orang-orang lemah, dan ketahuilah bahawa Allah pasti akan menyempurnakan cahaya-Nya walaupun bukan pada saat ini..
Allah berfirman:
وَاللَّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لا يَعْلَمُونَ
“Dan Allah berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahuinya”. (Yusuf:21)
Saturday, May 01, 2010
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan ke 10 Sayangku...
Dengan nama Allah, kumulakan butir bicara ini. Agar ia keluar dari hatiku yang tulus ikhlas dan seterusnya akan meresap ke dalam jiwamu wahai isteriku tercinta dengan penuh ketenangan hendaknya. Selawat dan salam untuk baginda junjungan, pembawa hidayah ketuhanan buat sekian hamba Allah.
Kesyukuran yang memenuhi bumi dan melangkaui alam ini kupersembahkan pada Allah di atas kurnia yang tiada nilainya buatku. Kurniaan nikmat teragung selepas iman dan Islam yang mendiami hatiku dan dengannyalah aku hidup dan mati.
Inilah dinamakan takdir ketentuan Allah. Kasih dan cinta yang tersemai rupanya telah tercatat akan tibanya kesuatu titik perjanjian suci di atas nama dan kalam Ilahi. Ikatan yang menghalalkan hubungan cinta diantara aku dan dirimu. Ijab dan qabul bersaksi sejak 10 tahun yang lalu, dengan izin Allah, kita masih bersama memadu kasih mencari redha Ilahi.
Duhai isteriku tersayang,
Terlalu banyak dugaan yang telah kita lalui untuk menikmati saat indah di hari ini. Bukan sedikit pengorbanan yang dilakukan dalam mengejar impian sebuah kebahagiaan yang kita idamkan. Malah, saat pertama kali dahimu kukucup adalah detik terindah yang tidak akan kulupakan terakam dalam hidupku. Tika itu terasa mengalir benih-benih cinta dari dalam hatimu memasuki lubuk jiwaku.
Duhai isteriku tercinta,
Terima kasih diri ini ungkapkan atas kesabaran dan keteguhan hatimu melayari bahtera kehidupan kita bersama. Terima kasih yang mendalam dari hati ini atas ketabahanmu mendidik anak-anak kita yang semakin membesar dengan kasih sayang dan kecerdasan iman yang kita curahkan. Dikau sering berseorangan mendidik anak-anak kita tatkala aku bermusafir menjalankan kewajipan dakwah dan tarbiyah di luar sana. Engkau tetap setia menanti kepulanganku dengan wajah gembira dan kebahagiaan. Tanpa rasa jemu engkau sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraanku dalam titipan doamu.
Duhai kasih, duhai sayang,
Saat ini, aku merupakan keutamaan bagimu selepas Allah dan Rasulmu. Wajib engkau mematuhiku selama mana aku tidak menyuruhmu untuk melakukan sesuatu yang menjadi larangan Tuhan. Hiasilah wajahmu dengan senyuman kerana senyumanmu itu penambat hatiku. Jagalah tutur katamu, karana lidahmu itu tajamnya boleh melukakan hatiku. Fahamilah aku, kerana aku hanyalah seorang lelaki biasa yang tiada keistimewaan dihadapan Tuhanmu dan Tuhanku. Bersabarlah dengan aku, kerana aku manusia yang tidak pernah tidak berbuat salah. Tatkala itu maafkanlah aku. Redhalah hatimu kerana aku ditakdirkan Allah hidup sebagai pejuang dakwah dan tarbiah.
Wahai sayang,
Doaku; Ya Allah, jadikanlah kami ini pasangan yang bahagia lagi dirahmatiMu selama-lamanya. Kurniakanlah kami keberkahan hidup, kedamaian hati dan kerukunan rumah tangga.
Ya Allah, hiasilah hidup kami dengan perasaan kasih, sayang, cinta dan rindu dendam yang berpanjangan dan tiada penghujungnya. Janganlah Engkau keringkan hati dan jiwa kami dari perasaan cinta dan kasih sayang kerana ia akan membawa padah yang tidak tertanggung oleh jiwa kami ini.
Ya Allah, kurniakanlah lagi dari kami zuriat keturunan yang soleh dan solehah yang teguh berpendirian yang akan membawa panji-panji menyambung perjuangan di atas jalanMu.
Ya Allah, izinkanlah kami menikmati hidup bahagia ini sehingga satu saat yang Engkau tetapkan bagi kami tanpa sedikit pun duka yang terpalit diantara kami di hati kami.
Ya Allah, berkatilah kami.
Buat Isteriku Tercinta,
Halimah Jaafar
Sempena Ulangtahun Perkahwinan Kita ke 10
Wahai Du'ah, Jangan Kau Kotori Dakwah Mulia Ini
"Saya memerintahkan kepadamu dan para tenteramu agar bertakwa kepada Allah dalam segala keadaan. Ini kerana takwa kepada Allah adalah sebaik-baik persiapan melawan musuh dan sekuat-kuat bekalan dalam memeranginya. Saya memerintahkan kepadamu dan orang-orang bersamamu agar benar-benar lebih menjaga diri dari perbuatan maksiat daripada musuh kalian. Sesungguhnya dosa tentera itu lebih mereka takuti daripada para musuhnya. Sesungguhnya kemenangan kaum muslimin diperoleh dari perbuatan maksiat musuh kalian. Kalau tidak kerana itu, niscaya kita tidak memiliki kekuatan. Ketahuilah kalian, jumlah kita tidaklah seramai jumlah mereka dan persiapan kita tidaklah sebaik persiapan mereka. Maka, apabila jumlah maksiat kita sama dengan jumlah maksiat yang diperbuat musuh, kekuatan mereka lebih dominan daripada kekuatan kita. Ketahuilah, kita tidak mengalahkan mereka dengan kelebihan dan kekuatan yang
kita miliki. Maka, mintalah pertolongan kepada Allah terhadap diri kalian sebagaimana engkau meminta pertolongan atas musuh kalian.”
Demikianlah pesanan Umar Al-Faruq kepada Sa'ad ibn Abi Waqqash sebelum berangkat ke medan berperang.
Umar Al Khattab begitu mengambil berat kebersihan hati dan jiwa kalangan barisan para du’ah ilallah. Bagi beliau, kebersihan hati dari segala bentuk dan jenis maksiat menjadi penentu kepada kemenangan Islam. Umar menyahut seruan Alllah dalam Al Quran:
Dan tinggalkanlah dosa yang nyata dan yang tersembunyi, kerana sesungguhnya orang-orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka telah lakukan. (al-An'aam: 120)
Persoalan yang perlu kita khuatiri, terbayangkah kita, jika kita yang melakukan maksiat dan dosa tersebut?
Sesungguhnya maksiat bagi seorang du'at merupakan satu pengkhianatannya terhadap perkembangan da'wah.
Disaat para sahabat dan akhwat yang lain sekuat tenaga mencari bantuan dan keredhaan dari Rabb 'Azza wa Jalla untuk keberhasilan langkah da'wahnya, kita pula tergamak melakukan perbuatan yang boleh menjauhkan kita dari pertolongan Allah....
"Read More"
Disaat para du’ah yang lain berpuasa sunat, solat hajat, bertahajud mengharap
pertolonganNya datang menolong langkah da'wahnya, kita malahan makan sekenyang-kenyangnya, tidur sepenuh kelopak mata, dan tertawa sepenuh mulut....
Disaat barisan du’ah yang lainnya berikhtiar, berkorban apa saja yang dapat dikorbankan; harta, tenaga, waktu bahkan jiwa,.. berharap hidayahNya akan lewat melalui tangan-tangannya, kita malahan bersikap dan berkelakuan seakan-akan ingin menjauh dari hidayah Allah....
Ketahuilah.... barang dagangan Allah itu mahal.... itulah syurga, ...
Ayuh tundukan wajah kita ke bumi, renungilah sedalamnya rawasib (karat-karat) yang ada pada hati kita, sebagaimana para sahabat yang pada suatu hari menundukan kepala masing-masing sambil menitiskan air mata kerana takut dengan dosa dan ancaman neraka Allah swt.
Dari Anas Ibnu Malik berkata, “Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam, menyampaikan sesuatu di hadapan para sahabatnya, baginda bersabda: “Telah diperlihatkan kepadaku syurga dan neraka, maka aku belum pernah melihat kebaikan dan keburukan seperti pada hari ini, jika kalian mengetahui apa yang aku ketahui niscaya kalian akan sedikit tertawa dan banyak menangis”, Anas berkata, “Tidak pernah datang kepada sahabat Rasulullah suatu hari yang lebih berat kecuali hari itu”. Berkata lagi Anas, “Para sahabat Rasulullah menundukkan kepala-kepala mereka dan terdengar suara tangisan mereka.”(Bukhari-Muslim).
Wahai diri dan para sahabat dan akhwat sekalian, jangan kita kotori dakwah ini dengan maksiat kita. Syukurilah nikmat keberadaan kita bersama kafilah dakwah dan tarbiah yang telah Allah anugerahkan kepada kita sehingga kita mencintai Islam dan bersaudara atas kerana Islam yang bersih ini. Umar Ibnul Khattab berkata, “Sesungguhnya kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah ta’ala dengan Islam, walau bagaimanapun kita pasti menginginkan kemuliaan tersebut, tapi jika tanpa Islam, maka Allah akan menghinakan kita. “ (disahihkan oleh Al-Hakim dan disepakati oleh Imam Adz-Dzahabi)
Wahai amilin dakwah dan tarbiah, jangan sesekali kau biasakan diri melakukan dosa walaupun dosa sehalus pepasir di pantai. Biasanya seseorang itu akan terus melakukan perbuatan dosa dan maksiat, sehingga ia akan menganggap remeh akan dosa tersebut. Kalau sudah demikian maka akan datang kehancuran, sebab dosa yang dianggap remeh adalah besar di sisi Allah ta’ala. Ibnu Mas’ud radliyallahu anhu berkata, “Sesungguhnya seorang mukmin tatkala melihat dosanya seakan-akan ia berada di pinggir gunung yang ia takut gunung itu akan menimpa dirinya. Dan sesungguhnya seorang yang fajir tatkala melihat dosanya, seperti seekor lalat yang hinggap di hidungnya lalu membiarkannya terbang.” (HR. Bukhari)
Ya Rabbi... jangan Engkau jadikan perbuatan-perbuatan kami sebagai penghalang pertolonganMu...
Ya Rabbi... jangan Engkau butakan hati-hati kami dari melihat peringatan Engkau...
Ya Rabbi... satukanlah hati-hati kami, sinarilah dengan cahayaMu yang tak pernah pudar...
Kami berlindung kepada Engkau dari 'ilmu yang tak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyuk, dari jiwa yang tak pernah puas, dari do'a yang tidak terkabul...
"Ya Allah! Ampunilah aku akan (dosaku) yang aku lewatkan dan yang aku akhirkan, apa yang aku rahasiakan dan yang kutampakkan, yang aku lakukan secara berlebihan, serta apa yang Engkau lebih mengetahui dari pada diriku, Engkau yang mendahulukan dan mengakhirkan, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau".
Semoga Allah melindungi dari mengatakan apa yang tidak diperbuat...