Monday, June 20, 2011

Ketika sesi pendaftaran kemasukan pelajar baru di KTD, penulis menemui seorang pelajar baru yang duduk seorang diri dalam serba keresahan. Penulis menegurnya lantas memulakan bicara dengan bertanya khabar. Anak muda ini merasa bimbang adakah dia mampu belajar. Keputusan SPM beliau sekadar cukup makan melayakkan beliau menyambung diploma di KTD. Penulis bertanya apakah yang meresahkan diri beliau. Katanya, “Cikgu, saya telah mengecewakan ibu bapa saya. Sebelum ini mereka mengharap saya berjaya dengan baik semasa di tingkatan 5. Tapi keputusan SPM saya tidak seberapa. Mereka kini tidak yakin dengan saya lagi. Hari inipun saya datang seorang diri tanpa kehadiran mereka. Saya takut, apakah saya boleh berjaya. Saya takut saya akan gagal lagi dan akan mengecewakan ibu bapa saya lagi.”

Penulis merenung wajahnya. seraya berkata dengan lembut,

“Keputusan SPM bukanlah penentu kegagalan kita selamanya. Sekiranya kita memiliki hati yang sedar dan berjiwa besar, kita mampu melakar sejarah baru dalam kehidupan kita. Tidak ada ibu bapa yang mahu melihat anaknya gagal. Belajarlah dari pengalaman kehidupan anda sendiri. Kehidupan ini adalah ibarat sebuah perjalanan panjang. Dalam perjalanan itu adakalanya kita ditimpa duka, musibah dan kegagalan. Adakalanya kita berjaya, bahagia dan cemerlang. Terpulanglah kepada hati dan semangat kita, bagaimana kita mahu melakar sejarah kehidupan kita. Jangan risaukan kegagalan yang lalu, tapi risaukan apakah kita sudah bersedia bangkit dari kegagalan tersebut. Allah masih sayangkan anda, lalu Allah memilih anda menjadi keluarga baru KTD, pasti ada hikmahnya.”

Pelajar itu memandang penuh minat. Penulis kemudian berkongsi lagi dengan beliau satu kisah simulasi kehidupan. Suatu ketika, ada dua orang sahabat telah mengembara dengan melintasi padang pasir yang luas. Sepanjang mata memandang, hanya tampak garis pasir yang terbentang. Sesekali debu pasir menerpa tubuh, dan membuat mereka berjalan merunduk agar terhindar dari angin yang membawa debu itu.

Tiba-tiba ada badai besar yang datang, hembusannya sangat kuat. Membuat tubuh mereka bergoyang, merekapun saling berpegangan, agar dapat bertahan dari badai itu. Namun ada musibah lainnya yang menimpa mereka, bekal minuman mereka telah di terbangkan badai, dan di dalam fikiran kedua sahabat tadi, mereka akan mati kehausan di tengah padang pasir yang luas.

Akhirnya, keduanyapun duduk termenung, menyesali atas kelalaian mereka sehingga menyebabkan kantung bekalan minuman mereka hilang di tiup badai. Mereka kini tidak yakin samada mampu atau tidak lagi mengharung padang pasir yang masih luas terbentang tanpa bekalan minuman. Lalu seorang dari mereka, menulis sesuatu di atas pasir dengan hujung jarinya. Goresan yang ditulisnya adalah,

“Kami sedih, kami telah kehilangan bekal minuman kami di tempat ini”.

Melihat tulisan itu, sahabat seorang lagi kelihatan kebingungan sambil melihat wajah sahabatnya. Tidak lama kemudian, setelah badai berlalu pergi, keduanya membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan mereka walaupun tanpa bekalan minuman. Mereka membuat keputusan tersebut kerana bagi mereka perjalanan ini perlu diteruskan. Mungkin dihadapan sana ada sesuatu yang boleh membantu perjalanan mereka.

Setelah lama menyusuri padang pasir, mereka melihat sebuah oasis dari kejauhan.”Wah kita selamat kawan! Lihat, ada air disana! Mudah-mudahan ini bukan fatamorgana”, seru seorang sahabat. Setelah berlari menuju ke arah oasis itu, ternyata memang ada sebuah kolam kecil dengan air yang cukup banyak. Keduanyapun segera minum sepuas-puasnya dan mengambil sisanya untuk bekal meneruskan perjalanan.

Sambil beristirehat, seorang dari sahabat itu mulai menulis sesuatu. Pisau yang digenggamnya digunakan untuk memahat di atas sebuah batu,

“Kami sangat bahagia saat ini, kami dapat meneruskan perjalanan, kerana menemukan tempat ini”.

Merasa bingung dengan tingkah sahabatnya itu, sahabat yang seorang lagi bertanya kepada temannya, “Sahabat, mengapa kini engkau menulis di atas batu, sementara tadi engkau hanya menulis di atas pasir saat kita kehilangan bekal minuman?!”.

Mendengar pertanyaan sahabatnya, beliau menjawab,

“Teman, saat kita mendapatkan kesusahan, tulislah semuanya itu di atas pasir. Biarkan angin keikhlasan akan membawanya jauh dari ingatan. Biarkan catatan itu akan hilang bersama menyebarnya pasir ketulusan. Biarkan semuanya hilang, lenyap, dan pupus. Namun ingatlah, saat kita mendapatkan kebahagiaan, pahatlah kemuliaan itu di atas batu. Agar tetap terkenang, dan membuat kita bahagia. Torehlah kenangan kesenangan itu dalam kerasnya batu, agar tidak ada sesuatu yang dapat menghapusnya. Biarkan catatan kebahagiaan itu tetap ada, biarkan semuanya tersimpan”.

Akhirnya, kedua sahabat itupun tersenyum. Bekal minuman mereka telah cukup, dan merekapun kembali meneruskan perjalanan mereka.

Penulis bertanyakan, apakah dia dapat belajar sesuatu dari kisah kedua sahabat tadi. Beliau tersenyum puas. Sebelum meninggalkan pelajar tadi, penulis melakarkan senyuman kepada beliau sambil berpesan,

“InsyaAllah, di KTD anda tidak akan berseorangan. Kita ada tempat mengadu yakni Allah SWT. Bergantung, berharap dan sentiasalah memohon kekuatan dari Allah. DI KTD anda akan ada ramai sahabat yang soleh yang akan bersama anda melakar kejayaan dan kebahagiaan. InsyaAllah, di KTD lakukanlah perubahan baru dalam hidup anda. Kita akan bersama membongkar potensi anda untuk berjaya, bersiap sedialah menjadi mahasiswa luarbiasa, bangkitkanlah diri anda dengan mutiara besar di KTD:

“Mengaji biar pandai (sehingga menjadi seorang profesional Islam), perangai biar jjuruh (berakhlak mulia sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah SAW kepada kita) dan hidup biar boleh tumpang (kejayaan kita adalah untuk kedua ibu bapa kita, untuk umat, dan untuk Islam).”

Jom kita pahat kejayaan dan kecemerlangan di KTD. Selamat berjaya mahasiswa baru KTD!

Langkah Baru di KTD

Wednesday, June 08, 2011

Sepanjang bulan April – Julai, jadual kerja penulis amat sibuk dengan urusan KTD. Justeru penulis tidak berkesempatan untuk mengemaskinikan blog penulis usrahkeluarga, penulisan di langitilahi.com. hatta FB pun jarang-jarang update. Namun apabila penulis muhasabah kembali, ternyata penulis masih belum bijak mengurus masa penulis dengan baik sekali. Sebenarnya masih ada ruang dan masa lagi yang boleh dimanfaatkan, yang kurang adalah kesungguhan dan pengurusan masa yang efektif. Justeru, penulis bertanya kepada diri penulis, benarkah penulis sibuk?

Semua orang pernah sibuk dan sentiasa sibuk. Ada juga yang tidak sibuk, tapi nampak seperti sibuk. Kepada yang sentiasa sibuk, sibuk bagaimana yang kita bina selama ini.

Sibuk Berkerjaya
Mungkin anda pernah melihat (atau termasuk Anda?) orang yang begitu sibuk bekerja. Keluar awal pagi sekali, pulang sampai lewat malam, hari Sabtu dan Minggu juga sibuk bekerja. Saat ditanya, kenapa sibuk, jawapannya ialah tugasannya sangat banyak di pejabat dan selalu outstation. Dan pelbagai alasan lain yang diberikan. Tetapi ibadahnya tidak stabil, apa lagi kerja dakwahnya.

Sibuk Berdakwah
Di pihak lain pula, ada orang yang begitu semangat berdakwah. Hampir setiap hari keluar rumah untuk berdakwah. Mulai dari ceramah, mengisi pengajian, mengurus organisasi dakwah, mengisi khutbah Juma’at, menulis artikel, menulis buku, dan pelbagai kegiatan dakwah lainnya. Namun, kehidupan ekonominya lemah sekali, untuk menampung kos dakwahnya masih bergantung kepada orang lain dan mengharap ihsan orang lain.

Sibuk Beribadah
Ada juga orang yang siang malam selalu di Masjid. Solat berjamaah sentiasa hadir, membaca al Quran hampir setiap waktu, mengkaji kitab berjam-jam setiap harinya. Jika tidak maka mulutnya tidak lepas dari zikir. Tetapi kehidupan anak isterinya bergantung kepada saudaranya sendiri. Terkadang peribadi anak-anak dan isterinya jauh dari unsur masjid dan al Quran.

Manakah yang Anda pilih?
Saya mengenali seseorang yang ternyata amat sibuk dalam setiap hal di atas. Dia seorang profesional sekaligus seorang usahawan. Dia juga begitu aktif berdakwah, mengajar di masjid, memberi ceramah dan berforum, membentang kertas kerja di pelbagai seminar peringkat nasional dan antarabangsa, mengurus organisasi dakwahnya yang semakin dikenali masyarakat, dakwahnya melebar di peringkat tempatan sehinggalah antarabangsa, mengurus sebuah kolej sehingga kini menjadi pilihan ibu bapa dan pelajar lepasan SPM. Beliau juga masih sempat menghadiri halaqah tarbiyah mingguannya. Kesemua anak-anaknya juga berjaya dalam pendidikan dan memiliki peribadi mulia. Itulah pekerjaan sehariannya. Tentu saja ibadah-ibadah hariannya juga tidak ketinggalan. Beliau sentiasa solat berjamaah di masjid dan surau, kuat hafalan Qurannya, sentiasa memelihara solat sunat. Kehidupan keluarganya pula tetap harmoni dan bahagia.

Beliau yang penulis maksudkan ialah Ketua Eksekutif Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) dan Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Hj. Abdullah Sudin Ab Rahman. Beliau menjadi isnpirasi kepada penulis untuk berusaha semaksima mungkin mengefektifkan masa yang diberikan Allah SWT agar menjadi lebih bermakna.

Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman benar-benar memahami kata-kata Al Imam Hassan Al Banna bahawa “Kewajiban dakwah kita lebih banyak dari waktu yang kita ada”.

Masakan tidak, setiap saat masa beliau penuh dengan kegiatan yang bermanfaat. Hatta saat kami bersembang-sembang dengan beliau di warung makan, beliau jadikan pertemuan tersebut sebagai medan menasihati dan membimbing kami. Malahan beliau masih ada masa menjemput kami makan malam di rumahnya dan mendengar taujih-taujih pembakar iman buat kami agar sentiasa memelihara keikhlasan dalam bekerja. Kami juga teruja dengan cita-cita besar beliau, mengangkat KTD menjadi seperti Universiti Al Azhar. Menjadikan KTD sebagai pusat pendidikan, kebajikan dan melahirkan kepimpinan masa depan Islam.

Ada kata-kata hikmahnya yang sering beliau ingatkan kepada kami. Katanya, dalam kehidupan, semua orang mahukan duit. Namun apa makna duit itu samada sedikit atau banyak sekiranya ianya tidak boleh ditranformasikan menjadi pahala. Duit itu akan menjadi beban kelak di akhirat sekiranya kita menjadi hamba duit. Sedangkan duit yang dikawal dengan nilai Akhirat, akan membawa kebaikan di dunia dan di akhirat.

Beginilah insan luar biasa mengurus dan memandang kehidupan. Kacamatanya adalah kacamata akhirat. Mindsetnya juga mindset akhirat. Beruntungnya kami menjadi anak didik beliau. Semoga beliau terus thabat dan istiqamah memimpin kami. Kami amat mencintai dan menyayangi beliau sebagai seorang bapa, ketua dan murabbi. Semoga langkah beliau kami mampu turuti dan contohi.

Inspirasi Kesibukan Dari Insan Luar Biasa: Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman

Dalam satu sesi ceramah penulis, ada seorang peserta bertanyakan persoalan luarbiasa, bagaimana melawan syaitan dari menggoda kami supaya suka kepada kemaksiatan? Penulis memuji peserta ini. Kenapa? Kerana dia kenal musuhnya, syaitan. Masalah kita hari ini tidak kenal musuh kita, malahan kita berkawan pula dengan musuh kita. Kita jadikan musuh kita sebagai kawan dan teman akrab. Pelikkan, tapi itulah yang terjadi saat ini.

Syaitan selalu mengajakku berbuat yang membahayakan diriku
Memperbanyakkan penyakit dan menambahkan deritaku
Bagaimana aku mampu mensiat-siatkan musuhku ini
Sedangkan ia berada di dalam hatiku

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu?, dan hendaklah kamu menyembah-Ku. inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar di antaramu. Maka apakah kamu tidak memikirkan? (Yaasiin :60-61)

Memang tugas syaitan adalah untuk menyesatkan manusia. Itu janji mereka kepada Allah SWT, dan Allah SWT mengizinkan syaitan melakukan kerja terkutuk mereka. Maka kita kena faham bahawa syaitan itu benar-benar ada dan menyertai kehidupan kita sejak lahir. Rasulullah SAW bersabda:

“Tidak ada seorangpun di antara kamu melainkan telah dijadikan untuknya pendamping dari syaitan. “ Para sahabat bertanya, “Apakah Engkau juga wahai Rasulullah.” Baginda menjawab, “ Ya, hanya sanya Allah telah menolongku dan tidak memerintahkanku kecuali kepada kebaikan.”

Dari hadith ini kita akan faham bahawa kita perlu berwaspada terhadap bisikan-bisikan syaitan. Kerana syaitan sentiasa dekat dengan kita dan berusaha menyesatkan kita. Keduanya, tidak ada cara lain untuk berhadapan dengan syaitan melainkan mengharapkan pertolongan dari Allah SWT. Justeru kita harus melakukan amal yang dapat mengundang pertolongan Allah SWT yang akan dapat menyelamatkan kita dari bisikan-bisikan syaitan.

Zikir adalah antara amal perbuatan yang dapat mengundang pertolongan Allah SWT dan mengusir bisikan-bisikan syaitan. Rasulullah SAW ada bersabda:

“Sesungguhnya syaitan meletakkan penutupnya pada hati anak Adam. Jika ia melakukan zikrullah maka ia akan lari. Jika ia melupakan Allah, maka syaitan akan menguasai hatinya.” (HR Abu Ya’la)

Rasulullah SAW juga mengajar kepada kita agar jangan memuji syaitan atau sesekali mengangkat imej syaitan. Terkadang, secara berseleroh, kita melawak dengan mengatakan, apa nak buat..ini semua kerja syaitan,,kami ni mangsa pengaruh syaitan, atau kita menyebut “Celaka syaitan.”

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi SAW terjatuh dari atas keldai baginda, seorang sahabat yang menunggang di belakang berkata, “Celaka syaitan.” Lalu Nabi SAW bersabda:

“Kamu jangan berkata “Celakalah syaitan.” Kerana apabila kamu berkata sedemikian, maka syaitan akan merasa sombong dan berseloroh “Dengan kekuatanku aku telah menjatuhkannya.” Sebaliknya apabila kamu mengucapkan “Bismillah” maka ia akan menjadi kerdil hingga seperti seekor lalat, dah mudah dikalahkan.” (HR Ahmad)

Solusi terbaik untuk kita menghindar bisikan syaitan adalah kita perlu mewajibkan diri kita melaksanakan seluruh perintah Allah SWT. Sesungguhnya ketaatan kepada Allah dan hukum-hukum Allah akan mendekatkan kita kepada Allah dan pertolongan-Nya. Sedangkan melanggari perintah Allah akan menguatkan pengaruh syaitan ke atas kita dan meleraikan hubungan kita dengan Allah SWT. Kefahaman ini akan membezakan kita di antara bisikan dan cara hidup syaitan atau pengaruh iman dan cara hidup keimanan yang memandu kita. Tatkala ada bisikan yang mengajak kita kepada kemaksiatan, pasti ianya datang dari syaitan. Maka bersegeralah istighfar dan zikrullah. Bersegeralah memohon kekuatan dan pertolongan dari Allah SWT.

Yang terakhir, penulis berpesan kepada diri penulis dan anda semua, jagalah hati dan jiwa kita. Binalah jiwa yang dihiasi nilai iman dan ketaqwaan yang tinggi. Berilah makan jiwa dan hati kita dengan makanan iman. Iman sahaja yang mampu membentuk kekuatan melawan bisikan-bisikan syaitan. Lemah iman bererti kuatnya empayar syaitan.

Bagaimana mahu memiliki jiwa dan iman yang kuat. Rasulullah SAW menganjurkan kepada kita agar berdoa dan memohon kekuatan kepada Allah SWT.

“Ya Allah! Berikan kepada jiwaku ketaqwaan, sucikanlah ia kerana sesungguhnya Engkau adalah sebaik-baik Dzat yang menyucikannya, Engkau adalah penolong dan pembelanya.” (HR Muslim)

Dalam hadith ini, ada 3 kompenen penting yang perlu kita laksanakan untuk membina jiwa yang kuat dengan keimanan. Pertama doa kepada Allah agar dianugerahkan jiwa yang bertaqwa. Kita perlu bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Kita perlu menyerahkan diri kita kepada Allah semata. Justeru kehidupan dan matlamat kehidupan kita mestilah hanya sanya kerana Allah. Tidak yang lain. Taqwa hanya akan lahir setelah kita miliki kejelasan matlamat kehidupan, ubudiyyah (penghambaan) hanya kepada Allah SWT dalam seluruh kehidupan. Jangan hanya beriman saat kita susah, saat kita sakit, saat kita telah dirasuk syaitan dan iblis, baru kita mahu mencari Allah! Maka taqwa tidak akan lahir.

“Dan barangsiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertaqwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” (An-Nuur:52)

Keduanya jiwa dan hati perlu dibersihkan. Bersihkan mestilah dari sumber yang bersih, Al Quran dan pesanan-pesanan dari Rasulullah SAW. Kita nak bersihkan apa? Bersihkan dari kekotoran maksiat dan penyakit hati yang menyelaputi hati. Banyak kaedah dan cara yang diajarkan oleh rasulullah SAW kepadfa kita untuk membersihkan hati. Bacalah buku-buku tulisan ulama muktabar seperti Iman al Ghazali, Imam Jauzi, Ibnu Taimiyah, Syeikh Said Hawwa dan ramai lagi, bagaimana kita boleh melaksanakan proses tazkiyatun Nafs. Firman Allah SWT:

“Beruntunglah orang-orang yang membersihkan jiwanya. Dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorkan jiwanya.” (ASy-Syams: 9-10)

Ketiganya, jangan berhenti dan berputus asa untuk sentiasa memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT. Seorang ulama ada berkata:

Sebab hakiki terjerumusnya seorang muslim ke dalam maksiat bukanlah kerana rosaknya niat, menangnya syahwat atau kuatnya syaitan. Tetapi kerana penjagaan Allah telah dicabut ke atas dirinya, sehingga jiwanya menjadi lemah dan akhirnya kalah oleh dorongan syahwat dan godaan syaitan.”

Dalam kalimah akhir penulis kepada para peserta ini, penulis mengajak mereka agar berusaha menghadirkan diri dalam halaqah-halaqah tarbawiyah. Alhamdulillah pengalaman penulis sendiri semenjak mengikuti halaqah tarbiyah dari zaman kampus sehinggalah saat ini, sudah berkerjaya dan berkeluarga, halaqah tarbiyah dapat membantu meningkatkan momentum ghirah membina iman dan taqwa.

Semoga kita semakin kenal musuh kita, dan semoga kita faham formula dan jalan keluar untuk kita tetap istiqamah mengekalkan keimanan kita dan melaksanakan kehidupan kita dengan kekuatan iman dan taqwa. Bangkitkan kembali ghirah iman demi mempertahankan hati kita dari bisikan syaitan.!

Lemah Iman Bererti Kuatnya Empayar Syaitan!

Monday, May 30, 2011

Apabila membaca serah Rasulullah SAW ternyata dalam perjalanan dakwah Baginda, Baginda ditemani oleh teman dan sahabat yang baik dan setia. Antara teman baik Baginda SAW adalah isteri Baginda sendiri, Saidina Khadijah, anak angkat Baginda Ali Abi Talib dan rakan seperjuangan Baginda, Abu Bakar RA. Apabila kita bertaaruf dengan teman dan sahabat Baginda, mereka adalah insan-insan yang hebat dan luarbiasa. Teman yang akan menemani Baginda di dunia dan di akhirat.

Teman yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. Teman yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan kita untuk berusaha bersungguh-sungguh mencari bekal ke negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan teman, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, teman berkasih sayang kerana Allah, berpimpin tangan memimpin beban dakwah yang amat berat ini, demi bersama meraih syurgaNya. Justeru, kita memerlukan teman dan sahabat. Berdoalah agar kita memiliki teman dan sahabat yang baik, bukan sekadar baik budi, tetapi baik sehingga ke syurgawi. Kita memerlukan sahabat dan teman dalam perjalanan ini. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.

"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (Thaha:29-35)
Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian, membangun keperibadian mukmin dan umat. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?

Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya"

Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.

Namun, ada sesuatu yang memelikkan. DI saat kita mahukan teman dan sahahat yang baik, apakah kita berusaha untuk menjadi teman ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? Sudahkah diri kita sendiri memiliki karakteristik sahabat yang baik? Kita lebih suka kritik dan mencari kelemahan teman dan sahabat kita berbanding kita melihat kepada diri sendiri sejauh mana kita telah mempersiapkan diri kita untuk menjadi teman yang baik. Nabi Musa AS telah menemui teman dan sahabat yang baik, Nabi Harun AS. Keduanya memiliki keperibadian mulia dan komited menyeru kepada aqidah yang satu. Justeru apakah ciri yang sepatutnya kita miliki agar kita juga akan menjadi sahabat dan teman ke syurga?

Penulis memetik satu tulisan dalam Majalah Solusi Bilangan 31, Abu Ya’la telah mengeluarkan riwayat ini daripada Ibnu ‘Abbas RA, beliau mencerita; telah ditanyakan, “Ya Rasulullah! Teman duduk-duduk kami yang manakah paling baik?”
Sabda Baginda, “Dia ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya,; dan bertambah pada ilmu mu (apabila mendengar) perbicaraannya; dan mengingatkan kamu kepada Allah (apabila melihat) amalannya.”
Di dalam kitab Hasyiah at-Targhib dijelaskan maksud teman majlis yang baik itu ialah “orang yang mengingatkan kamu kepada Allah (apabila kamu) melihatnya” bahawa seseorang yang apabila kamu melihatnya menyebabkan lidah kamu mula menuturkan zikrullah, bertasbih, bertahmid dan ber’tamjid’ kepada Allah. Ini berlaku disebabkan keelokan sifatnya, kewarakannya serta ketakwaannya.

Beginilah tarbiah Rasulullah SAW kepada para sahabat Baginda. Begitu halus dan tinggi hikmahnya. Baginda tidak menjawab, “Sayalah teman majlis yang terbaik!”.

Sebaliknya, memadai Baginda SAW hanya menyenaraikan ciri-ciri teman majlis yang hebat:

1) Memandangnya, sudah cukup menyebabkan kita teringat kepada Allah;
2) Mendengar perbicaraannya, menyebabkan ilmu dan kefahaman kita kepada agama bertambah; dan
3) Melihat amalannya, menyebabkan kita teringat kepada akhirat.

Apabila para sahabat RA mendengar ciri-ciri dan sifat-sifat yang hebat ini, mereka faham itulah sebenarnya sifat yang ada pada diri Baginda SAW. Namun, apabila Rasulullah SAW memperincikannya, ini lebih memudahkan lagi para sahabat untuk memahaminya dan mencontohi. Malah, jawapan Rasulullah ini sebenarnya adalah satu targhib (galakan dan dorongan) agar mereka berusaha untuk mewujudkan sifat-sifat insan yang terbaik ini dalam diri mereka.

Inilah karektor teman dan sahabat yang perlu kita miliki dan kita cari. Jangan kita disibukan mencari-cari kelemahan sahabat dan teman kita, sebaliknya muhasabahlah sentiasa, sejauh mana kita memiliki keperibadian sebagaimana yang telah Rasulullah SAW anjurkan. Dengan keperibadian di atas, insyaAllah kita akan ditemani dengan teman dan sahabat yang baik.

Bagaimana untuk memiliki ciri-ciri di atas. Kita perlukan kepada tarbiyah iman yang berterusan. Bermula dengan tarbiyah ruhiyah, membersihkan hati dari sebarang perasaan mazmumah, mengisi jiwa dengan keimanan yang ikhlas, insyaAllah akan lahir buah iman iaitu akhlak yang ampuh, kefahaman aqidah yang benar dan pelaksanaan ibadah yang sahih dan kecintaan kerana Allah semata. Yang menjadi permasalahan hari ini mengapa kita tidak menemui teman dan sahabat yang baik atau mengapa keperibadian kita tidak terbangun roh keimanan adalah kerana dalam hati dan jiwa kita masih ada kecintaan kepada dunia. Kita berkawan kerana kepentingan dunia dan peribadi. Kita menjalinkan ukhwah bukan atas dasar kecintaan kepada Allah tetapi hanya sekadar mengisi kekosongan jiwa kita, mencari habuan dunia dan pelbagai asbab yang lemah. Sedangkan Rasulullah SAW dan para sahabat RA membina ukhwah atas dasar kecintaan kepada Allah SWT, atas dasar kecintaan kepada akhirat dan syurga Allah. Dalam sebuah hadith Qudsi, Allah berfirman;

"CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi)
Semoga jiwa kita tersentak dan bersegera memperbaiki diri agar kita memiliki karaktor teman dan sahabat yang baik di sisi Allah SWT. InsyaAllah kita akan dihimpunkan bersama-sama dengan sahabat dan teman yang baik di sisiNya. Proses hati kita dengan sentiasa mentadabbur Al Quran dan serah Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Perhatikan bagaimana mereka membina keperibadian mereka untuk berukhwah dan membina hubungan hati yang ikhlas antara satu sama lain. Hadirkan hati kita dalam majlis-majlis tarbiyah kerana di sana adalah perhimpunan orang-orang yang soleh.

Sekiranya kita telah dipertemukan dengan teman dan sahabat yang baik, maka hargailah kehadiran mereka, hormati mereka dan saling memperbaiki hubungan dengan mereka. Janganlah kita hilang mengasihi dan menghargai mereka hanya kerana kelemahan yang ada pada mereka. Hakikatnya kita sendiri punyai banyak kelemahan. Semoga Allah memberkati kita.

Sahabat Akhirat

Tuesday, May 24, 2011

Musafir selama 5 hari ke Kemboja bersama rombongan Ziarah Dakwah dan Khidmat Masyarakat anjuran HALUAN Kelantan dan Kolej Terknologi Darulnaim dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dan Pejabat Mufti Kemboja meninggalkan kesan yang besar kepada penulis dan semua yang terlibat. Besar manfaatnya bagi jiwa kami yang dapat menyertai ziarah dakwah ini, benarlah firman Allah melalui surah al-Hajj, ayat 46, yang bermaksud;

"Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada."

Sejak disesi taklimat lagi di LCCT, kami diperingatkan akan matlamat misi kami. Yang dikasihi Hj Mohd Nasir Saat (YDP HALUAN Kelantan) mengingatkan kami agar memperbetulkan matlamat yang sahih iaitu hanya sanya untuk mencari redha Allah SWT semata, menjadikan titik tolak perjalanan ziarah tarbawi ini unik dan Islami. Apalah maknanya sesebuah rombongan pelancongan jika ianya tidak disertai dengan matlamat yang betul dan benar. Satu ‘sen’ pahala pun tidak diperolehi! Apatah lagi keredhaan Allah SWT.

Buat pertama kali, penulis menjejak kami ke bumi Kemboja. Bumi Kemboja merupakan sebuah negara di Asia Tenggara dan bersempadankan Thailand di barat, Laos di timur, Vietnam di timur dan Teluk Siam di selatan. Negara yang mempunyai jumlah penduduk 13 juta ini beribu negara di Phnom Penh. Kemboja merupakan negara pengganti Kerajaan Khmer yang mengalami zaman kegemilangannya pada adab- ke-11 hingga abad ke-14. Pada zaman keemasannya, Khmer berjaya menguasai seluruh Semenanjung Indochina. Agama utama yang diamalkan di Kemboja ialah agama Buddha Thevarada. Agama lain termasuklah Islam (penduduk Cham) serta animisme di kalangan kaum peribumi. Antara sumber air yang terkenal di Kemboja ialah Sungai Mekong dan Tasik Tonlé Sap yang merupakan sumber makanan serta pendapatan yang penting bagi penduduknya.

Kemboja pernah derita di bawah pemerintahan Pol Pot. Sepanjang penguasaan "Regime of Democratic Kampuchea (DK) (1975-1979) yang dipimpin oleh Pol Pot dan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Kampuchea telah meninggalkan kesan sejarah kezaliman manusia yang besar. Dimana dalam tempoh 3 tahun 8 bulan 20 hari pemerintahannya seramai lebih 1 juta orang terkorban. Bahkan terdapat catatan yang mengatakan hampir 3 juta orang yang terkorban diseluruh Negara Kemboja. Manakala 6 juta lagi penduduk Kemboja yang terselamat dihantui oleh trauma yang berpanjangan, di samping mewariskan kemiskinan, menjadikan Negara Kemboja ketinggalan 30 tahun dibelakang pembangunan kebanyakan negara-negara lain di rantau ini.

Mangsa pembunuhan kejam Pol Pot yang paling menonjol ialah kumpulan etnik Cham. Sebelum Khmer Rouge menguasai Kemboja, dianggarkan orang-orang Islam Cham meliputi 10peratus (700,000) dari 7 juta jumlah penduduk Kemboja ketika itu (1975). Tetapi selepas kejatuhan Khmer Rouge pada tahun 1979 terdapat hanya 200,000 etnik Cham yang masih hidup. Dengan itu dari sejumlah 2 juta rakyat kemboja yang terbunuh, 400,000 hingga 500,000 daripadanya ialah dari etnik Cham.

Diantara sasaran utama kekejaman Khmer Rouge ialah umat Islam dari etnik Cham. Untuk menyegerakan polisi "menghapuskan kepercayaan beragama", mereka telah memaksa orang-orang Islam Cham meninggalkan amalan beragama. Mana-mana pemimpin Islam yang kelihatan mempunyai pengaruh dikalangan masyarakatnya akan dibunuh. Sembahyang, berpuasa, zakat dan perayaan Islam dilarang sama sekali. Bahkan Al-Quraan, kitab-kitab agama, dan peralatan ibadah, seperti kain sarung, kain telekong solah bagi perempuan dirampas dan dibakar. Mereka juga dipaksa memakan daging babi dan wanita Islam dilarang bertudung.

ParTi Komunis Khmer Rouge sebenarnya bukan hanya memusuhi Islam, bahkan sebarang kepercayaan beragama. Namun oleh kerana masyarakat Islam yang paling menonjol dan komited dengan ajaran dan amalan beragama, maka sasaran utama Khmer rouge dihalakan kearah orang-orang Islam lebih daripada penganut agama-agama lain.

Begitulah dashyatnya kekejaman Pol Pot. Saat penulis di bawa menziarahi kawasan tragedi yang disebut sebagai “killing field”, berpuluh puluh peninggalan lubang besar masih kelihatan. Lubang-lubang ini menjadi pusat pembunuhan beramai-ramai rakyat Kemboja. Ramai tokoh politik, ahli cerdik pandai, ahli agama, tokoh masyarakat dan mahasiswa/pelajar di bunuh di sini termasuk bayi yang tidak berdosa dan kaum wanita.

Penulis bertanya pada diri sendiri, apakah yang Pol Pot cuba tunjukan kepada manusia? Apa yang beliau cari dalam kehidupan? Kekuasaan? Kekayaan? Populariti? Dari mana sikap kebinatangan dan kebuasan telah beliau warisi?

Kisah kekejaman sang manusia adalah kisah yang berulang-ulang di setiap zaman. Pol Pot adalah antara firaun kecil yang mewarisi kekejaman sang manusia yang tidak pernah mahu kenal akan hakikat penciptaannya. Dalam Al Quran sendiri telah dikisahkan pemerintahan Firaun yang kejam dan sombong. Mengaku dirinya Tuhan dan berkuasa. Semua manusia kena ikut telunjuknya. Tatkala mendengar akan kehadiran seorang bayi lelaki yang bakal menggugat kedudukan, maka dikerahkan agar di bunuh setiap bayi lelaki yang lahir. Beliau tidak sedar bahawa beliau berdepan dengan manusia pilihan Allah, Nabi Musa AS. Nabi Musa dan pengikutnya di buru Firaun. Allah menyelamatkan Nabi Musa AS dan pengikutnya dari kekejaman Firaun dan tentera-tenteranya serta menenggelamkan Firaun ke dalam laut akibat keingkaran dan keangkuhannya.

Apa kesudahan Pol Pot? Beliau sudah mati. Beliau meninggalkan kisah sejarah hitam buat dirinya sendiri. Pol Pot tidak mati dalam kesenangan tetapi mati dalam keadaan kemiskinan dan derita kesakitan. Kuasa Pol Pot tidak ke mana. Kuasa siapa yang sebenarnya tetap utuh dan tidak pernah tergugat, samada saat Firaun berkuasa, mahupun Pol Pot di Kemboja? Firman Allah SWT:

“Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk)Nya, tidak mengantuk dan tidak pula tidur. MilikNya segala apa yang ada di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi Allah tanpa seizinNya. Allah Mengetahui apa-apa yang ada di hadapan dan di belakang mereka. Sedangkan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah luasnya meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya dan adalah Allah Maha Tinggi lagi Maha Agung”. (Al-Baqarah: 255)
Inilah hakikatnya yang sebenar. Kita hanya menumpang di bumi Allah SWT sahaja. Tapi berapa ramai penumpang-penumpang ini menjadi sombong dan lupa daratan. Mereka tidak menemui dan mengenal empunya kerajaan besar ini yakni Allah SWT. Mereka tertipu dengan nafsu dan kejahilan diri sendiri.

Kekejaman Pol Pot sebenarnya membuatkan penulis menghargai nikmat Islam dan nikmat Iman. Islam tidak pernah mengajar kita berlaku zalim dan khianat. Islam mengajar kita erti berkasih sayang. Islam mengajar kita erti kedamaian dan kebahagiaan. Iman mendorong kita menjadi muslim yang baik dan jujur. Iman mendorong kita untuk tidak khianat pada mas’uliyyah (tanggungjawab) yang telah Allah berikan kepada kita, sebagai hamba Allah dan sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Bangkitlah wahai umat Islam Kemboja. Islam yang masih ada rasai mampu membangkitkan anda menjadi umat terhebat kembali. Tunasnya sudah ada. Pewarisnya sudah tumbuh mekar. Bersabar dan istiqamahlah dengan Islam. Ayuh bangkit atas darah-darah umat Islam yang pernah mengalir di atas bumi Kemboja, yang pernah mengalir di dasar sungai Mekong. Saatnya sudah tiba… Belajarlah dari sejarah kehidupan, kerana ianya adalah sebahagian dari tarbiyah Allah SWT kepada kita semua, firman Allah SWT:

“Dan katakanlah, "Segala puji bagi Allah, dia akan memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kebesaran-Nya, maka kamu akan mengetahuinya. Dan Tuhanmu tiada lalai dari apa yang kamu kerjakan." (An-Naml: 93)
Bersambung….

Kemboja: Muhasabah Dari Sungai Mekong (1)

Tuesday, May 17, 2011

Siapa yang tidak pernah gagal dalam kehidupan? Justeru kegagalan adalah sebahagian dari kehidupan. Mereka yang pernah berjaya, sebenarnya pernah gagal, tetapi mereka boleh berjaya kerana mereka bangkit dari kegagalan. Mereka miliki ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk berusaha maju.

Anda tentu pernah mendengar nama Thomas Alva Edison, ‘Tukang Sihir dari Menlo Park’ (The Wizard of Menlo Park). Seorang pencipta hebat yang dibuang sekolah, tetapi diakhir hidupnya berjaya membuat paten lebih 1000 penemuannya. Seorang yang genius menemui formula menghidupkan mentol. Beliau mendefinasikan kecerdikan sebagai satu peratus inspirasi dan sembilan puluh sembilan peratus lagi adalah usaha. Kita semua mengenali Edison dan apakah sumbangannya dan ada banyak lagi kisah menarik sepanjang hidup Edison, seperti sikapnya dalam menghadapi kerugian perniagaan.

Saat beliau mahu membiayai beberapa projek barunya, Edison memutuskan untuk menjual sahamnya di General Electric iaitu perusahaan yang didirikan sebelumnya. Namun, projek barunya kurang berjaya dan tidak mampu bersaing dengan perusahaan lain yang lebih kukuh keadaan kewangan mereka. Projek-projek itu akhirnya gagal dan tidak boleh diteruskan lagi. Setahun kemudian seseorang memberitahunya bahawa nilai saham perusahaan yang dijual iaitu General Electric, naik mendadak di pasaran. Edison tidak menyesalinya malah dia tidak berkata, “Kalau saya tidak menjualnya” atau “Kalaulah saya masih memiliki saham-saham itu.” Dia hanya memberi reaksi dari maklumat itu dengan kata-kata santai “Well, it’s all gone, but we had a hell of a good time spending it.”

Dia berkata “We had a hell of a good time spending it..”, sedangkan wang hasil penjualan saham itu habis dikeluarkan untuk membiayai projek yang akhirnya gagal. Dia sama sekali tidak bersedih atau berputus asa.

Edison bukanlah seorang Muslim, tetapi dia mampu menjaga dirinya agar tidak jatuh dalam kelemahan bila terkena sesuatu yang tidak menguntungkan. Dia boleh mengambil manfaat dari sisa yang tinggal, walaupun dugaan itu mengenai sesuatu yang sangat dicintai dalam hidupnya, iaitu usaha dan penemuannya. Dia masih mampu mengambil manfaat dari apa yang ada dan masih boleh melihat persoalannya secara positif.

Jadi mengapa harus terlalu bersedih dan berputus asa dengan kejadian itu. Bukankah itu semua sudah berlalu dan tidak boleh kembali lagi. Mengapa harus membiarkan diri jatuh dalam kelemahan, itu semua tidak akan membantu seseorang untuk bangkit kembali.

Kalau Edison yang bukan Muslim boleh bersikap positif terhadap sesuatu dugaan, mengapa kita yang Muslim tidak mampu melakukannya? Sedangkan semuanya sudah dijelaskan di dalam al-Quran dan dicontohkan oleh Nabi SAW. Ingatlah pesanan Nabi SAW,

“Raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada Allah dan jangan bersikap lemah.”

Selain itu, jangan kita berandaian setelah gagal maka ianya akan menjadikan diri kita lemah. Ini sikap orang yang berputus asa. Terima saja apa yang terjadi dan bekerjalah untuk masa depan. Itulah perkara terbaik yang dapat kita lakukan.

Apabila kita menyedari inilah hakikat kehidupan, maka kita tidak seharusnya berputus asa atau kecewa apabila kita menerima kegagalan atau tidak dapat mencapai apa yang kita inginkan walaupan kita telah berusaha.
Pegangan aqidah menetapkan bahawa Allah SWT sahaja yang berkuasa untuk menentukan sesuatu perkara sedangkan manusia hanya berusaha. Penetapan kejayaan bukan ditangan manusia, kerana sekiranya kejayaan itu ditangan manusia sudah pasti akan semakin ramai ”orang gila” di atas dunia ini.

Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang manusia dengan manusia yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya.
Allah SWT melarang kita dari berputus asa. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Allah SWT telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:

“Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”. (Yusuf: 87)

Bahkan sehingga orang yang berdosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah s.w.t itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikannya dan berhadapan dengan kegagalan tersebut, kemudian bangkit dan belajar dari kegagalan tersebut.

17 Mei 2011
Bandar Phnom Penh

Bangkit Dari Kegagalan

Saturday, May 14, 2011

Monday, May 09, 2011

Apabila Allah izin penulis berpeluang melangkah kaki ke menara gading ke UiTM Cawangan Perlis (ketika itu ITM) sekitar tahun 1995, penulis ada dua misi besar. Pertama mencapai kecemerlangan sebaik mungkin sebagai mahasiswa melayu muslim yang berjaya. Alhamdulillah penulis berjaya tamat dengan keputusan kelas pertama. Keduanya adalah mencari kebenaran akan hakikat kehidupan ini. Penulis mencari suatu makna dalam kehidupan ini.

Kita biasa mendengar firman Allah SWT:

“Dan tidaklah Aku menciptakan Jin dan Manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku” (Adz Dzariyat : 56)
Namun sejauh mana penghayatan kita akan keterangan jelas dari Allah SWT kepada makna kehidupan kita yang sebenarnya? Penulis sudah mendengar dalil ini sejak dari sekolah menengah, namun masih merasai kekosongan dalam jiwa.

Ramai manusia menjadi sesat dan serabut kerana mereka tidak menemui makna kehidupan. Sebenarnya bukan kita sahaja yang mencari makna kehidupan, bahkan ada seorang tokoh ilmuwan hebat, Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April 1955) seorang ahli fizik teori berbangsa Jerman yang dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20 juga mencari-cari makna kehidupan. Ketika seseorang bertanya kepada Einstein, pertanyaan apa yang akan diajukan kepada Tuhan bila dia dapat mengajukan pertanyaan itu, dia menjawab, "Bagaimana awal mula alam raya ini? Tetapi setelah berfikir beberapa saat, dia mengubah fikirannya lalu berkata,"Bukan itu. Saya akan bertanya,"Kenapa dunia ini diciptakan?" Kerana, dengan demikian saya akan mengetahui makna hidup saya sendiri." Albert mati dalam keadaan tidak menemui makna kehidupannya yang sebenar.

Adalah satu kerugian yang amat besar kepada diri kita sebagai muslim, masih tidak menemui makna kehidupan kita. Masih tidak menemui jawapan dari mana kita didatangkan, untuk apa kita didatangkan dan ke mana kita selepas mati nanti. Persoalan “dari mana”, “ke mana”, dan “kenapa” yang berkaitan dengan kewujudan dan kehidupan merupakan antara persoalan-persoalan asasi (ultimate problems) dalam setiap fikiran manusia yang inginkan sebuah “makna” (meaning). Tanpa mengetahui jawapan daripada persoalan-persoalan tersebut, maka kehidupan ini sejak dari permulaannya sehinggalah kesudahannya hanyalah suatu “kekosongan”.

Tanpa makna kehidupan yang hakiki dan benar, maka seseorang itu akan menjalani sebuah kehidupan dengan penuh pendustaan terhadap dirinya sendiri lalu akan menghadapi setiap hari yang meletihkan, kerana setiap hari yang dilaluinya adalah pendustaan terhadap dirinya sendiri. Oleh kerana itulah, Sheikh Yusuf Al-Hasani pernah berkata: “Jika anda terasa hidup ini meletihkan bererti anda tidak jujur terhadap diri sendiri”.

Sudah sekuat mana dan segigih mana kita mencari kebenaran, mencari makna kehidupan ini. Dan jika sudah menemuinya, sejauh mana pula kita menghargainya dan memelihara kebenaran itu.

Seorang warga tua yang masih sangat wibawa gerak gerinya sedang duduk di bawah pohon rendang di halaman rumahnya di kota Mada’in. Beliau dikelilingi oleh beberapa orang sahabatnya yang sedang asyik mendengar perbicaraannya yang luarbiasa bersemangat, cerita perjalanan hidupnya amat indah dan luarbiasa dalam mencari kebenaran.

Beliau bercerita bagaimana dia meninggalkan kaumnya sendiri untuk memeluk agama Nasrani, lalu kemudian berakhir bersama dengan Islam. Beliau bercerita bagaimana demi mencari kebenaran, beliau rela mengorbankan kekayaan ayahnya yang melimpah ruah, dan beliau bercerita bagaimana demi menyelamatkan akal dan rohaninya, dia rela menanggung kemiskinan dan kesengsaraan saat bersama dengan Islam.

Beliau juga bercerita bahawa beliau pernah dilelong di sebuah pasar hamba abdi di saat beliau menjelajah mencari kebenaran yang sejati, sehinggalah akhirnya beliau bertemu dengan manusia agung, Rasulullah SAW. lalu beriman!.

Beliau ialah Salman al-Farisi ak-Khair, salah seorang sahabat Rasulullah SAW yang menjadi contoh teladan bagi setiap manusia yang mencari kebenaran dengan jujur dan ikhlas. Kisah kehidupan beliau amat luarbiasa. Penulis lampirkan kisah dari kitab Sirah Nabawiyyah Ibnu Hisyam, perjuangan beliau mencari kebenaran sehingga akhirnya menemui makna kehidupan yang sebenar.

Dari Abdullah bin Abbas RA berkata, “Salman al-Farisi RA menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Dia berkata, “Aku seorang Ielaki Parsi dari Isfahan, suatu desa bernama Jai. Ayahku adalah seorang tokoh masyarakat yang pakar dalam pertanian. Aku sendiri yang paling disayangi ayahku dari semua makhluk Allah. Kerana sangat sayangnya dia pada aku, aku tidak diperbolehkan keluar rumah, aku diminta senantiasa berada di samping di rumah, aku rasa seperti seorang hamba saja.

Aku dilahirkan dan membaktikan diri dalam lingkungan Majusi, sehingga aku ditugaskan sebagai penjaga api yang bertanggungjawab menyalanya api dan tidak membiarkannya padam. Ayahku memiliki tanah yang luas. Pada suatu hari beliau sibuk mengurus bangunan. Beliau berkata kepadaku, ‘Wahai anakku, hari ini aku sibuk di bangunan, aku tidak sempat mengurus tanah, cubalah engkau pergi kesana!’ Beliau menyuruhku melakukan beberapa pekerjaan yang harus diselesaikan.

Aku keluar menuju tanah ayahku. Dalam perjalanan aku melewati salah satu gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka yang sedang sembahyang. Aku sendiri tidak mengerti mengapa ayahku mengharuskan aku tinggal di dalam rumah saja (melarang aku keluar rumah).

Tatkala aku melewati gereja mereka, dan aku mendengar suara mereka sedang sembahyang maka aku masuk ke dalam gereja itu untuk mengetahui apa yang sedang mereka lakukan?

Tatkala aku melihat mereka, aku kagum dengan ibadah mereka, dan aku ingin mengetahui peribadatan mereka. Aku berkata dalam hari, ‘Demi Allah, ini lebih baik dari agama yang akua anuti selama ini (majusi).’ Demi Allah, aku tidak beranjak dari mereka sampai matahari terbenam. Aku tidak jadi pergi ke tanah milik ayahku. Aku bertanya kepada mereka, ‘Dari mana asal usul agama ini?‘ Mereka menjawab, ‘Dari Syam (Syiria).’

Kemudian aku pulang ke rumah ayahku. Padahal ayahku telah mengutus seseorang untuk mencariku. Sementara aku tidak mengerjakan tugas dari ayahku sama sekali. Maka ketika aku telah bertemu ayahku, beliau bertanya, ‘Anakku, ke mana saja kamu pergi? Bukankah aku telah berpesan kepadamu untuk mengerjakan apa yang aku perintahkan itu?’ Aku menjawab, ‘Ayah, aku melalui pada suatu kaum yang sedang sembahyang di dalam gereja, ketika aku melihat ajaran agama mereka aku kagum. Demi Allah, aku tidak beranjak dari tempat itu sampai matahari terbenam,’
Ayahku menjawab, ‘Wahai anakku, tidak ada kebaikan sedikitpun dalam agama itu. Agamamu dan agama ayahmu lebih bagus dari agama itu.’ Aku membantah, ‘Demi Allah, sekali-kali tidak! Agama itu lebih bagus dari agama kita.’ Kemudian ayahku khuatir dengan diriku, sehingga beliau merantai kakiku, dan aku dipenjara di dalam rumahnya.

Suatu hari ada serombongan orang dari agama Nasrani diutus menemuiku, maka aku sampaikan kepada mereka, ‘Jika ada rombongan dari Syiria terdiri dari para pedagang Nasrani, maka segera diberitahu padaku.’

Ketika para pedagang itu hendak kembali ke negerinya, mereka memberitahu kepadaku. Kemudian rantai besi yang mengikat kakiku aku lepas, lantas aku pergi bersama mereka sehingga aku tiba di Syiria.

Sesampainya aku di Syiria, aku bertanya, ‘Siapakah orang yang ahli agama di sini?’ Mereka menjawab, ‘Uskup (pendeta) yang tinggal di gereja.’ Kemudian aku menemuinya. Kemudian aku berkata kepada pendeta itu, ‘Aku sangat mencintai agama ini, dan aku ingin tinggal bersamamu, aku akan membantumu di gerejamu, agar aku dapat belajar denganmu dan sembahyang bersama-sama kamu.’ Pendeta itu menjawab, ‘Silakan.’ Maka aku pun tinggal bersamanya.

Ternyata pendeta itu seorang yang jahat, dia menyuruh dan menganjurkan umat untuk bersedekah, namun setelah sedekah itu terkumpul dan diserahkan kepadanya, ia menyimpan sedekah tersebut untuk dirinya sendiri, tidak diberikan kepada orang-orang miskin, sehingga terkumpullah 7 peti emas dan perak.
Aku sangat benci perbuatan pendeta itu. Kemudian dia meninggal dunia. Orang-orang Nasrani pun berkumpul untuk mengebumikannya. Ketika itu aku memaklumkan kepada orang ramai, ‘Sebenarnya, pendeta ini adalah seorang yang berperangai buruk, menyuruh dan menganjurkan kalian untuk bersedekah. Tetapi jika sedekah itu telah terkumpul, dia menyimpannya untuk diri¬nya sendiri, tidak memberikannya kepada orang-orang miskin barang sedikitpun.’

Mereka pun bertanya kepadaku, ‘Apa buktinya bahawa kamu mengetahui akan hal itu?’ Aku menjawab, ‘Marilah aku tunjukkan kepada kalian simpanannya itu.’ Mereka berkata, Baik, tunjukkan simpanan tersebut kepada kami.’

Lalu Aku memperlihatkan tempat penyimpanan sedekah itu. Kemudian mereka mengeluarkan sebanyak 7 peti yang penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka menyaksikan betapa banyaknya simpanan pendeta itu, mereka berkata, ‘Demi Allah, selamanya kami tidak akan menguburnya.’ Kemudian mereka menyalib pendeta itu pada tiang dan melempari jasadnya dengan batu.

Kemudian mereka mengangkat orang lain sebagai penggantinya. Aku tidak pernah melihat seseorang yang tidak mengerjakan sembahyang lima waktu (bukan seorang muslim) yang lebih bagus dari dia, dia sangat zuhud, sangat mencintai akhirat, dan selalu beribadah siang malam. Maka aku pun sangat mencintainya dengan cinta yang tidak pernah aku berikan kepada selainnya. Aku tinggal bersamanya beberapa waktu.

Kemudian ketika kematiannya menjelang, aku berkata kepadanya, ‘Wahai Fulan, selama ini aku hidup bersamamu, dan aku sangat mencintaimu, belum pernah ada seorangpun yang aku cintai seperti cintaku kepadamu, padahal sebagaimana kamu Iihat, telah menghampirimu saat berlakunya takdir Allah, kepada siapakah aku ini engkau wasiatkan, apa yang engkau perintahkan kepadaku?’

Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, demi Allah, sekarang ini aku sudah tidak tahu lagi siapa yang mempunyai keyakinan seperti aku. Orang-orang yang aku kenal telah mati, dan masyarakatpun mengganti ajaran yang benar dan meninggalkannya sebagiannya, kecuali seorang yang tinggal di Mosul (kota di Iraq), yakni Fulan, dia memegang keyakinan seperti aku ini, temuilah ia di sana!’

Lalu tatkala ia telah meninggal dunia, aku berangkat untuk menemui seseorang di Mosul. Aku berkata, ‘Wahai Fulan, sesungguhnya si Fulan telah mewasiatkan kepadaku menjelang kematiannya agar aku menemuimu, dia memberitahuku bahawa engkau memiliki keyakinan sebagaimana dia.’

Kemudian orang yang kutemui itu berkata, ‘Silakan tinggal bersamaku. Aku pun hidup bersamanya.’ Aku dapati ia sangat baik sebagaimana yang diterangkan Si Fulan kepadaku. Namun ia pun dihampiri kematian. Dan ketika kematian menjelang, aku bertanya kepadanya, ‘Wahai Fulan, ketika itu si Fulan mewa¬siatkan aku kepadamu dan agar aku menemuimu, kini takdir Allah akan berlaku atasmu sebagaimana engkau maklumi, oleh kerana itu kepada siapakah aku ini hendak engkau wasiatkan? Dan apa yang engkau perintahkan kepadaku?’

Orang itu berkata, ‘Wahai. anakku, Demi Allah, tidak ada seorangpun sepengetahuanku yang seperti aku kecuali seorang di Nashibin (kota di Aljazair), yakni Fulan. Temuilah ia!‘

Maka setelah beliau meninggal dunia, aku menemui seseorang di Nashibin itu. Setelah aku bertemu dengannya, aku menceritakan keadaanku dan apa yang di perintahkan si Fulan kepadaku. Orang itu berkata, ‘Silakan tinggal bersamaku.’ Sekarang aku mulai hidup bersamanya. Aku dapati ia benar-benar seperti si Fulan yang aku pernah hidup bersamanya. Aku tinggal bersama seseorang yang sangat baik.

Namun, kematian hampir datang menjemputnya. Dan di ambang kematiannya aku berkata, ‘Wahai Fulan, Ketika itu si Fulan mewasiatkan aku kepada Fulan, dan kelmarin Fulan mewasiatkan aku kepadamu. Sepeninggalmu nanti, kepada siapakah aku akan engkau wasiatkan? Dan apa yang akan engkau perintahkan kepadaku?’
Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, Demi Allah, tidak ada seorangpun yang aku kenal sehingga aku perintahkan kamu untuk mendatanginya kecuali seseorang yang tinggal di Amuria (kota di Romawi). Orang itu menganut keyakinan sebagaimana yang kita anuti, jika kamu sanggup, silakan mendatanginya. Dia pun menganut sebagaimana yang selama ini kami pegang.’

Setelah seseorang yang baik itu meninggal dunia, aku pergi menuju Amuria. Aku menceritakan perihal keadaanku kepadanya. Dia berkata, ‘Silakan tinggal bersamaku.’ Akupun hidup bersama seseorang yang ditunjuk oleh kawannya yang sekeyakinan.

Di tempat orang itu, aku bekerja, sehingga aku memiliki beberapa ekor sapi dan kambing. Kemudian takdir Allah pun berlaku untuknya. Ketika itu aku berkata, ‘Wahai Fulan, selama ini aku hidup bersama si Fulan, kemudian dia mewasiatkan aku untuk menemui Si Fulan, kemudian Si Fulan juga mewasiatkan aku agar menemui Fulan, kemudian Fulan mewasiatkan aku un¬tuk menemuimu, sekarang kepada siapakah aku ini akan engkau wasiatkan? Dan apa yang akan engkau perintahkan kepadaku?’

Orang itu berkata, ‘Wahai anakku, demi Allah, aku tidak mengetahui seorangpun yang akan aku perintahkan kamu untuk mendatanginya. Akan tetapi telah hampir tiba waktu munculnya seorang nabi, dia diutus dengan membawa ajaran nabi Ibrahim. Nabi itu akan keluar diusir dari suatu tempat di Arab kemudian berhijrah menuju daerah antara dua perbukitan. Di antara dua bukit itu tumbuh pohon-pohon kurma. Pada diri nabi itu terdapat tanda-tanda yang tidak dapat disembunyikan, dia sedia makan dari hadiah seseorang tetapi tidak mahu menerima sedekah, di antara kedua bahunya terdapat tanda cincin kenabian. Jika engkau dapat menuju daerah itu, berangkatlah ke sana!’ Kemudian orang ini pun meninggal dunia. Dan sepeninggalnya, aku masih tinggal di Amuria sesuai dengan yang dikehendaki Allah.

Pada suatu hari, lalu di hadapanku serombongan orang dari Kalb, mereka adalah pedagang. Aku berkata kepada para pedagang itu, ‘Bolehkah kalian membawaku menuju tanah Arab dengan imbalan sapi dan kambing-kambingku?’ Mereka menjawab, ‘Ya.’ Lalu aku memberikan ternakku kepada mereka. Mereka membawaku, namun ketika tiba di Wadil Qura, mereka menzalimiku, dengan menjualku sebagai hamba ke tangan seorang Yahudi. Kini aku tinggal di tempat seorang Yahudi, Aku melihat pohon-pohon kurma, aku berharap, mudah-mudahan ini daerah sebagaimana yang disebutkan si Fulan kepadaku. Aku tidak biasa hidup bebas.

Ketika aku berada di samping orang Yahudi itu, saudaranya datang dari Madinah dari Bani Quraidzah. la membeliku darinya. Kemudian membawaku ke Madinah. Saat aku tiba di Madinah aku segera tahu berdasarkan apa yang disebutkan si Fulan kepadaku. Sekarang aku tinggal di Madinah.

Allah mengutus seorang RasulNya, dia telah tinggal di Mekah beberapa lama, yang aku sendiri tidak pernah mendengar ceritanya kerana kesibukanku sebagai seorang hamba. Kemudian Rasul itu berhijrah ke Madinah. Demi Allah, ketika aku berada di puncak pohon kurma majikanku kerana aku bekerja di perkebunan, sementara majikanku duduk, tiba-tiba salah seorang anak saudaranya datang menghampiri, kemudian berkata, ‘Fulan, Celakalah Bani Qailah (suku Aus dan Khazraj). Mereka kini sedang berkumpul di Quba’ menyambut seseorang yang datang dari Mekah pada hari ini. Mereka percaya bahawa orang itu Nabi.’

Tatkala aku mendengar pembicaraannya, aku gementar sehingga aku khuatir jatuh menimpa majikanku. Kemudian aku turun dari pohon, dan bertanya kepada anak saudara majikanku, ‘Apa tadi yang engkau katakan? Apa tadi yang engkau katakan?‘

Majikanku sangat marah, dia memukulku dengan pukulan keras. Kemudian berkata, ‘Apa urusanmu menanyakan hal ini, Teruskan pekerjaanmu.’

Aku menjawab, ‘Tidak ada maksud apa-apa, aku hanya ingin mencari kejelasan terhadap apa yang dikatakan. Padahal sebenarnya saya telah memiliki beberapa informasi mengenai akan diutusnya seorang nabi itu.’

Pada pagi hari, aku mengambil sejumlah bekal kemudian aku menuju kepada Rasulullah SAW, ketika itu baginda sedang berada di Quba, lalu aku menemui beliau. Aku berkata,

”Telah sampai kepadaku khabar bahawasanya engkau adalah seorang yang soleh, engkau memiliki beberapa orang sahabat yang dianggap asing dan miskin. ‘Aku membawa sedikit sedekah, dan menurutku kalian lebih berhak menerima sedekahku ini daripada orang lain.’

Aku pun menyerahkan sedekah tersebut kepada beliau, kemudian Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat, ‘Silakan kalian makan, sementara baginda tidak menyentuh sedekah itu dan tidak memakannya. Aku berkata, ‘Ini satu tanda kenabiannya.’

Aku pulang meninggalkan beliau untuk mengumpulkan sesuatu. Rasulullah SAW pun berpindah ke Madinah. Kemudian pada suatu hari, aku mendatangi baginda sambil berkata, ‘Aku memperhatikanmu tidak memakan pemberian berupa sedekah, sedangkan ini merupakan hadiah sebagai penghormatanku kepada engkau.’
Kemudian Rasulullah makan sebahagian dari hadiah pemberianku dan memerintahkan para sahabat untuk memakannya, mereka pun makan hadiahku itu. Aku berkata dalam hati, ‘lnilah tanda kenabian yang kedua.’

Selanjutnya aku menemui baginda SAW saat beliau berada di kuburan Baqi’ al-Gharqad, beliau sedang menghantarkan jenazah salah seorang sahabat, beliau mengenakan dua lembar kain, ketika itu beliau sedang duduk di antara para sahabat, aku mengucapkan salam kepada baginda. Kemudian aku berputar memperhatikan belakang baginda, adakah aku akan melihat cincin yang disebutkan Si Fulan kepadaku.

Pada saat Rasulullah SAW melihatku sedang memperhatikan beliau, baginda mengetahui bahawa aku sedang mencari kejelasan tentang sesuatu ciri kenabian yang disebutkan salah seorang kawanku. Kemudian baginda melepas kain selendang baginda dari belakang, aku berhasil melihat tanda cincin kenabian dan aku yakin bahawa beliau adalah seorang Nabi. Maka aku telungkup di hadapan baginda dan memeluknya seraya menangis.

Rasulullah bersabda kepadaku, ‘Rapatlah kemari,’ maka akupun rapat dan menceritakan perihal keadaanku sebagaimana yang aku ceritakan kepadamu ini wahai Ibnu Abbas. Kemudian para sahabat takjub kepada Rasulullah SAW ketika mendengar cerita perjalanan hidupku itu.”

Demikianlah kisah juang dan ketidakputus asaan Salman al-Farisi RA mencari makna kehidupan. Kisah pemuda yang berkorban demi mencari kebenaran. Semoga kita beroleh pelajaran dari kisah juang beliau. Semoga perkongsian kita ini membangkitkan keseriusan kita untuk keluar mencari makna kehidupan kita ini sehinggalah kita diizinkan Allah SWT mati dalam keadaan beriman sepenuhnya kepada Allah SWT.

Dari Jabir (bin Abdullah ) RA katanya dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:
”Setiap orang akan dibangkitkan kelak (hari kiamat) menurut keadaan (aqidah atau imannya) ketika mati.”

“Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah sepenuh hati kepada-Mu).” (A'raf: 89)

Kehidupan Yang Kosong?

Sunday, May 08, 2011

Islam adalah agama yang sangat memperhatikan dan memuliakan para pemuda, al-Quran menceritakan tentang potret pemuda ashaabul kahfi sebagai kelompok pemuda yang beriman kepada Allah SWT. Mereka meninggalkan majoriti kaumnya yang menyimpang dari agama Allah SWT, sehingga Allah SWT menyelamatkan para pemuda tersebut dengan menidurkan mereka selama 309 tahun. Firman Allah SWT.

Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman dengan Tuhan mereka; dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka.(Kahfi:13)

Justeru itu wahai para pemuda dan pemudi Islam, sedarilah bahawa kita akan menghadapi kewajipan yang bertambah banyak, tugas yang semakin besar, tuntutan-tuntutan umat yang kian berlipatganda, malah dari sinilah maka amanah yang dipikulkan ke atas bahu kita akan menjadi bertambahberat.

Mampukan kita memikulnya? Kata Hasan al Banna,:

“Sesungguhnya sesuatu fikrah itu hanya boleh berjaya bila mana terdapat pengikut-pengikut yang yakin penuh dengan ajarannya, yang benar-benar ikhlas dalam usaha menegakkannya, yang mempunyai semangat yang berkobar untuk mempertahankan kewujudannya, dan disamping itu ada kesediaan yang mendorong mereka kearah berkorban serta terus bertindak menjayakannya. Keempat-empat rukun tersebut; keyakinan, kejujuran, semangat dan tindakan adalah merupakan ciri-ciri utama pemuda.”

Siapa kita wahai pemuda pemudi Islam? Sudahkah kamu menemui jawapannya? Apakah status kita sebagai pemuda pemudi Islam saat ini? Kata Syeikh Muhammad Mahdi Akif,:

“Kalian adalah cita-cita dan harapan bangsa, dan kami mengetahui bahawa dalam diri kalian ada kebaikan yang besar, kerana itu rasakanlah selalu wahai para pemuda apa yang sedang dialami oleh umat dan bangsa ini akan kehinaan, penindasan, realiti yang menyedihkan, keadaan yang memilukan tidak menjanjikan akan kebebasan dan kemerdekaan yang diidamkan. Dan sedarilah, bahawa kerana kalian lambat dalam bertaubat dan kembali kepada Allah, menjadi sebab lambatnya kebenaran memimpin dunia. Dan kerana kalian bermalas-malasan dalam mengerahkan tenaga dan fikiran dalam berdakwah pada kebenaran dan reformasi; maka menjadi penyebab lambatnya kemenangan umat kalian; kerana Allah telah menjanjikan kepada kita kekuatan, kemuliaan dan kemenangan jika kita melaksanakan perintah-Nya dan komitmen dengan syariat-Nya.”

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِنْ تَنْصُرُوا اللَّهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ أَقْدَامَكُمْ

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad:7)

Kita tiada pilihan. Pilihan kita adalah melayakkan diri kita menyertai angkatan pemuda Islam sepertimana yang pernah dibangunkan oleh Rasulullah SAW dalam madrasah tarbiyah baginda. Ketahuilah wahai para pemuda Islam, bahawa kebahagiaan di dunia dan akhirat adalah apabila beradanya kita di Jalan tarbiyah dan melaksanakan dakwah menuju Allah. Amat mendesak saat ini kita menuntun jiwa kita kepada keimanan yang hidup kepada Allah SWT.

Tugas kita samada sebagai mahasiswa mahupun yang sedang berkerjaya adalah menjadi contoh terbaik yang dapat memberikan pengaruh dalam kehidupan umat dan dunia ini. Kita harus memiliki peranan positif dalam melakukan perubahan terhadap keadaan umat yang memilukan ini. Menyeru dan bekerja secara tetap dalam menjayakan misi dakwah dan tarbiyah kepada umat menuju kepada realiti yang lebih diredhai Allah SWT dan benarlah ungkapan di bawah ini:

يا معشر الشباب، اعملوا.. فإنما العمل في الشباب

“Wahai para pemuda, bekerjalah… kerana sesungguhnya kerja itu ada dalam diri pemuda”.

Ada yang bertanya..kami tidak mampu, kami amat lemah sekali, kami serba kekurangan. Penulis lontarkan kembali satu persoalan buat kalian semua,

“Jika saat ini kalian tidak mampu menguasai diri kalian, tidak mahu bersungguh-sungguh mengendalikan syahwat dan kecenderungan kalian, malah untuk mengerahkan tenaga dan umur muda kalian demi tertegaknya aqidah, negeri dan masa depan umat kalian, maka apa nak jadi pada kalian?!”

“Justeru itu kemarilah bersama kami, kemarilah bersama kami wahai para pemuda pemudi Islam, agar kita dapat berbuat sesuatu dan bekerja bersama-sama membuat fajar baru, membina ukhwah bersama-sama untuk mengembalikan kemuliaan yang dinanti-nantikan yang sesungguhnya sedang dinanti-nantikan."

Wahai para pemuda generasi Islam kembalilah! Kalian adalah ruhnya dan dengan kalian akan kita memimpin dunia ini kembali dengan iman dan ketaqwaan!

Kalian adalah rahsia kebangkitan yang telah lama hilang. Dan kalian adalah fajarnya yang membawa cahaya baru itu!

Kami tunggu kalian di KTD….Kolej Terbaik Dunia, Kolej Tarbiyah Dakwah!..."

KTD: Seruan Kebangkitan!

Friday, April 29, 2011

Ketika melihat gambar kenangan penulis bersama-sama rakan sekelas tahun 1994, senyuman penulis berubah menjadi duka. Salah seorang daripada kami sudahpun tiada lagi di dunia ini. Rakan penulis itu telahpun meninggal dunia saat umurnya masih muda akibat kemalangan. Semoga Allah mencucuri rohnya. Penulis merenung jauh. Usia muda tidak bererti jauh dari kematian. Buktinya, ada insan yang mati saat usia masih muda belia. Bahkan lebih dari itu, ada yang dicabut nyawanya ketika baru lahir ke dunia.

Subhanallah! Allah SWT membiarkan manusia hidup hingga tua renta, padahal mereka sudah tidak produktif lagi. Di waktu yang lain, Allah mematikan orang-orang yang muda usia, padahal masa mereka adalah masa yang produktif untuk bekerja dan beramal. Ada orang yang sudah ratusan kali menaiki kapalterbang, namun tidak sekalipun kecelakaan pernah ia alami. Bahkan tergores sedikit pun tidak pernah. Namun, ada orang yang baru kali pertama menaiki bas, saat itu juga ia mengalami kecelakaan!

Entah apa yang akan terjadi di hari esok, sedikitpun kita tidak ketahui. Kita hanya diperintahkan beramal pada hari ini dengan sebaik mungkin. Impian kita di masa depan mungkin terkandas di tengah jalan. Apakah kita boleh bagi jaminan yang kita akan hidup lagi esok hari? Hanya Allah yang mengetahuinya.

Beberapa minggu yang lalu, penulis seperti biasa bertugas di luar, memandu dan singgah ke beberapa destinasi bagi mengisi pelbagai program, dari K. Bharu ke Chini mengisi slot bersama PIBG SMK Chini 2, kemudian ke UKM Bangi, selesai di sana bergegas ke Pekan, Pahang. Selesai menziarahi sebuah rumah anak yatim, meneruskan perjalanan ke Seremban. Lewat tengah malam bergerak ke K. Bharu. Sekitar jam 3 pagi, penulis hampir terlibat dalam sebuah kemalangan berhampiran Bukit Besi. Kereta di hadapan penulis telah terbalik ke sebuah longkang di sebelah kiri. Kereta penulis pula hampir-hampir memasuki longkang juga. Rupanya ada seekor lembu sedang “berehat” di tengah jalan. Kerana seekor lembu, sebuah kereta telah terbalik. Pemandunya cedera parah. Penulis sendiri terketar seketika kerana terkejut. Allahuakbar! Hanya beberapa inci sahaja kereta penulis boleh terhumban ke longkang juga. Alhamdulillah, Allah pelihara diri ini.

Setelah kejadian itu, penulis merenung sejenak. Semua yang terjadi ini tidak luput dari kuasa Allah SWT. Walaupun kereta yang penulis bawa tidak termasuk ke dalam longkang, penulis bersyukur kepada Allah, bahawa Allah masih memberikan umur kepada penulis untuk beramal di dunia ini. Kejadian ini memberikan ibrah (pengajaran) dan ikhtibar besar kepada penulis. Penulis merasakan begitu hampir dengan kematian. Airmata penulis mengalir tanpa henti tatkala memikirkan prestasi amal penulis yang terlalu sedikit.

Kematian itu sungguh sangat cepat hadirnya. Ramai orang yang merayakan hari ulang tahunnya, padahal hari itu petanda kematian semakin dekat kepadanya. Bahkan ada yang sanggup meraikan sambutan hari lahir dengan majlis yang lara dan melalaikan. Seharusnya hari ulang tahun itu kita isi dengan muhasabah, menghisab diri kita; sudah berapa banyak kita beramal dan sudah berapa banyak dosa yang telah kita lakukan. Apakah amal soleh kita lebih banyak berbanding kejahatan yang pernah kita perbuat?
Tidak rugi kalau kita sering mengingati saat-saat kematian tiba, kejadian di alam barzah, dan hari kiamat, kerana hal di atas adalah petanda orang yang cerdas. Ibnu Umar RA berkata, “Suatu hari aku duduk bersama Rasulullah SAW, tiba-tiba datang seorang lelaki dari kalangan Ansar, kemudian ia mengucapkan salam kepada Nabi SAW dan bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang mukmin yang paling utama?’ Rasulullah menjawab, ‘Yang paling baik akhlaknya’. Kemudian ia bertanya lagi, ‘Siapakah orang mukmin yang paling cerdas?’. Beliau menjawab, ‘Yang paling banyak mengingat mati, kemudian yang paling baik dalam mempersiapkan kematian tersebut, itulah orang yang paling cerdas.’ (HR. Ibnu Majah, Thabrani, dan Al Haitsamiy. Syaekh Al Albaniy dalam Sahih Ibnu Majah 2/419 berkata : hadits hasan)

Saat umur seseorang bertambah, saat itu hendaklah seluruh waktunya digunakan untuk mengumpulkan seluruh bekal dan mempersiapkan segalanya untuk menghadapi perjalanan nan panjang. Saat itulah ia harus yakin sepenuhnya bahawa satu hari dalam hidupnya adalah harta yang tidak ternilai, khususnya jika ia terus mengalami kemunduran dalam beramal kepada Allah SWT.

Dikisahkan, Imam Abdullah bin al-Mubarak pernah bertandang ke rumah temannya di malam hari. Tiba-tiba lilin di rumah temannya itu padam. Sang teman berusaha menyalakan kembali lilin itu. Setelah menyala, ia melihat Imam Abdullah menangis keasyikan. Ketika ditanya apa yang terjadi, Imam Abdullah berkata bahawa saat lilin padam, suasana menjadi gelap gelita, pada saat itulah ia merasakan suasana seperti di alam kubur.

Ulama-ulama soleh jika hati mereka mengeras, segera pergi mengunjungi tanah perkuburan. Bahkan ada di antara mereka yang membuat lubang kuburan di dalam rumahnya dan setiap malam tidur di lubang tersebut. Fungsinya untuk mengingatkannya pada kematian.

Suatu hari Abu Darda RA duduk di sebuah kuburan. Lalu ada yang menanyakan tindakannya itu. Maka dia menjawab, “Aku sedang duduk dekat dengan orang-orang yang mengingatkan tempat kembaliku, dan aku benar-benar sudah tidak ada agar mereka tidak menggunjingku.”

Maimun bin Mahran berkata, “Aku pergi ke sebuah kuburan bersama Umar bin Abdul Aziz. Tatkala dia melihat kuburan, maka dia menangis. Kemudian dia menghadap ke arahku dan berkata, ‘Hai Maimun, ini adalah kuburan nenek moyangku dari Bani Umayah, seakan-akan mereka tidak bergabung dengan kenikmatan dan kehidupan penghuni dunia. Tidakkah engkau melihat mereka kini terbaring tak berdaya, hancur dan dimakan ulat?’ Kemudian dia menangis, dan berkata lagi, ‘Demi Allah, aku tidak melihat seseorang yang lebih nikmat daripada orang-orang yang sudah berada di dalam kuburan ini dan dia terlindung dari siksa Allah’.”

Jika Ibnu Umar RA ingat kepada mati, maka dia menggigil seperti burung yang sedang menggigil. Setiap malam dia mengumpulkan para fuqaha, lalu mereka saling mengingatkan kematian dan hari kiamat, lalu mereka semua menangis, seakan-akan di hadapan mereka ada mayat.

Dari Abu Hurairah RA beliau berkata, “Rasulullah SAW bersabda:

“Perbanyaklah mengingat pemutus segala kelazatan’, iaitu kematian. (HR. At Tirmidzi, Syeikh Al Albaniy dalam Sahih An Nasa’iy 2/393 berkata : “hadits hasan shahih”)

Syeikh Salim bin ‘Ied Al Hilaly hafizhahullah menjelaskan perihal hadits di atas,

“Dianjurkan bagi setiap muslim, baik yang sihat mahupun yang sedang sakit, untuk mengingati kematian dengan hati dan lisannya. Kemudian memperbanyak hal tersebut, kerana zikrul maut (mengingat mati) dapat menghalangi dari berbuat maksiat, dan mendorong untuk berbuat ketaatan. Ini kerana kematian merupakan pemutus kelazatan. Mengingat kematian juga akan melapangkan hati di kala sempit, dan mempersempit hati di kala lapang. Oleh kerana itu, dianjurkan untuk senantiasa dan terus menerus mengingati kematian.”

Allah SWT berfirman:

“Dan setiap yang bernyawa tidak akan mati kecuali dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya.” (Ali Imran:134)

Jangan sampai kematian meragut jiwa kita, sedangkan kita belum siap menghadapinya, sebab ketidaksiapan di saat maut menyapa akan mendatangkan penyesalan berpanjangan.

“Dan pada hari itu diperlihatkan neraka Jahannam; dan pada hari itu ingatlah manusia, akan tetapi tidak berguna lagi mengingat itu baginya. Dia mengatakan: ‘Alangkah baiknya kiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini.” (Al-Fajr: 23-24)

Ayuh kita segera muhasabah, saatnya kita gunakan sisa umur kita untuk mewujudkan obsesi tertinggi kita, “fiddunya hasanah wafilakhirati hasanah. Yaa Allah kami memohon redha dan syurga-Mu. Ya Allah kami berlindung diri dari murka dan neraka-Mu.” Amin…

Bila Kematian Akan Menyapa?

International Seminar on Peace & Humanitarian Aid For Gaza telahpun melabuh tirainya pada 23 April yang lalu di UIAM. Tahniah kepada urusetia seminar yang bertungkus lumus berusaha mengadakan seminar ini. Sekurang-kurangnya dengan adanya penganjuran seminar ini yang menjemput pelbagai tokoh dan pejuang kemanusiaan dari dalam dan luar Negara, sedikit sebanyak menghangatkan kembali tumpuan peserta yang hadir akan permasalahan sebenar di Palestin, Gaza dan Masjid Al Aqsa.

Permasalahan di Palestin bukanlah isu semasa dan isu warga Arab semata. Sekiranya masih ada umat Islam yang berfikir sedemikian ternyata mereka masih tidak faham akan sejarah Palestin dan Masjid Al Aqsa. Suatu saat dulu, Sultan Abdul Hamid II, Khilafah terakhir yang menerajui daulah Islam yang berpaksi di Turki pernah mengungkapkan:

“Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Utsmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.”

Palestin Adalah Urusan Umat Kini
Pendirian tegas Sultan Abdul Hamid II untuk tidak mengizinkan Yahudi bermukim di Palestin, telah menyebabkan Yahudi sedunia mengamuk. Harganya terlalu mahal. Sultan Abdul Hamid kehilangan takhta, dan Khilafah disembelih agar tamat riwayatnya.

Sultan Abdul Hamid II menulis dalam salah satu suratnya kepada salah seorang gurunya Syeikh Mahmud Abu Shamad yang berbunyi:

“…Saya meninggalkan kekhalifahan bukan kerana suatu sebab tertentu, melainkan kerana tipu daya dengan pelbagai tekanan dan ancaman dari para tokoh Organisasi Persatuan yang dikenal dengan sebutan Cun Turk (Jeune Turk), sehingga dengan berat hati dan terpaksa saya meninggalkan kekhalifahan itu. Sebelumnya, organisasi ini telah mendesak saya berulang-ulang agar menyetujui dibentuknya sebuah negara nasional bagi bangsa Yahudi di Palestin. Saya tetap tidak menyetujui permohonan tersebut yang datang bertubi-tubi tanpa ada rasa malu. Akhirnya mereka menjanjikan wang sebesar 150 juta pounsterling emas.

Saya tetap dengan tegas menolak tawaran itu. Saya menjawab dengan mengatakan, “Seandainya kalian membayar dengan seluruh isi bumi ini, aku tidak akan menerima tawaran itu. Tiga puluh tahun lebih aku hidup mengabdi kepada kaum Muslimin dan kepada Islam itu sendiri. Aku tidak akan mencoreng lembaran sejarah Islam yang telah dirintis oleh nenek moyangku, para Sultan dan Khalifah Uthmaniah. Sekali lagi aku tidak akan menerima tawaran kalian.”

Setelah mendengar dan mengetahui sikap dari jawaban saya itu, mereka dengan kekuatan gerakan rahsianya memaksa saya meninggalkan kekhalifahan, dan mengancam akan mengasingkan saya di Salonika. Maka terpaksa saya menerima keputusan itu daripada menyetujui permintaan mereka.

Saya banyak bersyukur kepada Allah, kerana saya menolak untuk mencoreng Daulah Uthmaniah, dan dunia Islam pada umumnya dengan noda abadi yang diakibatkan oleh berdirinya negeri Yahudi di tanah Palestin. Biarlah semua berlalu. Saya tidak bosan-bosan mengulang rasa syukur kepada Allah Ta’ala, yang telah menyelamatkan kita dari aib besar itu.

Saya rasa cukup di sini apa yang perlu saya sampaikan dan sudilah Anda dan segenap ikhwan menerima salam hormat saya. Guruku yang mulia. mungkin sudah terlalu banyak yang saya sampaikan. Harapan saya, semoga Anda beserta jama’ah yang anda dapat memaklumi semua itu.

Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

22 September 1909

Pelayan Kaum Muslimin
(Abdul Hamid bin Abdul Majid)

Begitulah ketegasan pemimpin Khilafah Islam terakhir mempertahankan Palestin dari dijajah Yahudi, sehingga mengakibatkan daulah Islam terkorban.

Apa Sumbangan Anda Untuk Palestin?
Ketika sahabat penulis, Dzikrullah Wisnu Pramudya salah seorang pembentang dalam International Seminar on Peace & Humanitarian Aid For Gaza, membicarakan apakah peranan umat Islam untuk membantu Palestin, beliau terlebih dahulu membentangkan fakta-fakta bagaimana komuniti yahudi samada di Israel mahupun di luar Negara, memberikan sumbangan mereka kepada perjuangan Yahudi Israel dengan begitu tersusun dan terancang. Para peserta seminar terkejut dan menggeleng-gelengkan kepala. Persoalannya, bagaimana sumbangan kita dan NGO Islam, sudah semaksima mana pelaksanaan strategi kita membantu Palestin, sudah setinggi mana kesatuan hati kita membantu Palestin atau masih berlumba-lumba menunjukkan “keheroan” masing-masing untuk menunjukkan NGO masing-masinglah pejuang sebenar isu Palestin di Malaysia!

Tugas kita amat berat. Situasi di Palestin semakin getir! Syeikh Yusuf Jum’ah Salamah, salah seorang ulama Masjid Al-Aqsa menegaskan bahawa bangsa Arab dan Umat Islam perlu segera menyelesaikan pertikaian dan perpecahan yang terjadi di kalangan masyarakat Islam dan ianya merupakan satu-satunya jalan untuk mengembalikan kota-kota suci, memerdekakannya dan membersihkannya dari najis Yahudi pencinta kezaliman, terutama masjid Al-Aqsa yang suci. Beliau menyeru kepada para ulama umat Islam agar berperanan dalam menjelaskan hakikat pertikaian dan perseteruan yang sebenarnya antara Arab dan Zionis, bahawa hal tersebut merupakan perang agama bukan perang politik belaka, dan memberikan peringatan bahawa perancangan dan konspirasi busuk Zionis hampir mencapai kesempurnaan untuk menyahudikan Al-Quds, yang mana pada akhirnya akan memberi kesan yang amat buruk kepada masa depan Masjid Al Aqsa. Beliau juga menjelaskan bahawa hubungan umat Islam dengan masjid Al-Aqsa adalah hubungan keyakinan dan aqidah. Ini kerana perjalanan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad saw. dalam peristiwa Isra dan Mi’raj merupakan mukjizat yang juga merupakan sebahagian dari aqidah dan keyakinan, selain itu Masjid al-Aqsa menjadi saksi akan perjuangan besar penegakkan agama Tauhid di kalangan para nabi dan rasul. Masjid Al Aqsa juga menjadi petunjuk kepada kita semua bahawa Islam memimpin semua umat tatkala Nabi saw. menjadi imam kepada semua para Nabi dan Rasul.

Tetap Istiqamah Membantu Palestin
Sumbangan kita masih jauh. Kehangatan boikot, kepanasan demonstrasi, semuanya sudah surut. Itu semua bermusim. Tetapi Israel menyerang tanah Palestin tanpa musim-musim tertentu. Tinggal mendapat perhatian atau tidak sahaja. Pejuang-pejuang mujahidin mempertahankan tanah suci itu juga tanpa musim, hari-harian ada sahaja yang syahid. Malulah kita dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu bahawa mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel. Malanglah, jika mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keenakan tidur, kesedapan makanan, kemewahan wang ringgit, kemeriahan perabot antik, miliki ilmu sampai PhD, namun hanya mampu membisu seribu bahasa. Sabda Rasulullah SAW.

“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)

Marilah kita bersatu untuk Palestin. Firman ALLAH SWT:

“Maha suci ALLAH yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. [Al-Israk: 1].
Tidak rugi kita bersatu hati membantu Palestin. Marilah kita tekad bersama membanting tulang membantu Palestin dengan apa sahaja kekuatan dan keupayaan yang kita miliki. Perjuangan ini adalah perjuangan mulia. Dalam satu hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sekelompok dari umatKu akan tetap berada dalam kebenaran yang nyata dan akan mengalahkan musuh-musuh mereka dan mereka tidak akan disakiti oleh musuh-musuh mereka kecuali apabila ditimpa kesusahan dan sehingga datang pertolongan dari ALLAH dan keadaan mereka akan kembali seperti sedia kala.” Para sahabat bertanya, “Di manakah tempat mereka itu ya RasululLAH?” Baginda menjawab “Di Baitul Maqdis dan di aknaf (bawah lindungan) Baitul Maqdis.” [HR At Tabrani].
Mari kita menyokong sepenuhnya usaha pelayaran Freedom Flotilla II, kali ini akan melibatkan lebih banyak Negara dan aktivis bersatu untuk memasuki Palestin melalui perairan antarabangsa. Projek bahtera kemanusiaan ini adalah simbolik protes masyarakat dunia terhadap sekatan kejam Israel terhadap Palestin, khususnya di Gaza. Apakah Israel sekali lagi akan bertindak kejam menyerang operasi kemanusiaan ini? Apakah masyarakat dunia akan terus tunduk dengan kekejaman nyata Israel, bukan sahaja kepada warga Palestin tetapi kepada aktivis kemanusiaan dan pencinta kedamaian? Bagi kita di Malaysia, mari kita bersatu hati menyokong usaha Freedom Flotilla II ini. (http://www.lifeline4gaza.org)

Ya Allah! Satukan Hati Kami
Semoga Allah SWT mengilhami kaum Muslimin agar cenderung kepada kesatuan hati dan sangat merindukan agar hal ini terjadi. Semoga Allah mengarahkan umat Islam untuk teguh menghindari perpecahan. Semoga Allah menjadikan umat ini berjuang siang dan malam dengan kecintaan dan semangat besar demi kesatuan umat. Semoga Allah memberi balasan kepada saudara-saudara Palestin kita dengan gelaran syahid. Semoga Allah menjadikan mereka memasuki Akhirat sebagai syuhada. Semoga Allah menyembuhkan yang sakit. Semoga Allah memberi mereka kesabaran, keteguhan dan keberanian. Semoga Allah menjadikan kezaliman orang-orang zalim berbalik menimpa diri-diri mereka sendiri dan menggagalkan mereka dengan mengaburkan penglihatan mereka, mengaburkan perkiraan mereka, mengaburkan pemikiran mereka, mengaburkan hati mereka, membelenggu hati mereka dan membelenggu lidah mereka. Semoga Allah menghapuskan kezaliman Zionis. Semoga Allah menganugerahkan kesatuan buat umat ini, kesatuan dan ukhuwah kepada seluruh dunia Muslimin dan menjadikan mereka hidup bersama dalam kedamaian. Semoga Allah tidak pernah menjadikan kita menyimpang dari jalan Rasulullah SAW. Semoga Allah tidak pernah menjadikan kita menyimpang dari nilai-nilai ajaran Al Quran. Semoga Allah menganugerahkan keberlimpahan, kedamaian, keberanian, sikap tidak berlebihan, keteguhan dan pantang menyerah di hadapan penderitaan serta akhlak mulia sejati kepada seluruh kaum Muslim, insya Allah. Bersatu Untuk Palestin!

*Petikan tulisan penulis di web langitilahi.com

Jom Sokong Freedom Flotilla 2

Wednesday, April 20, 2011

Sejauh mana kasih sayang dan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.? Sejauh mana kita benar-benar membumikan dan membuktikan kecintaan kita kepada baginda SAW.? Saat ini, di tahap mana perjuangan kita meneruskan misi risalah dakwah Rasulullah SAW. Apakah kasih kita sekadar sebutan di bibir sedangkan kehidupan kita jauh dari meneladani peribadi dan akhlak baginda SAW. Umat kekeringan cinta sejati terhadap Rasulullah SAW. Justeru saat ini kita kehilangan kekuatan sebenar untuk membangunkan kembali resipi “original” Islam dalam kehidupan manusia.

Menelusuri sirah para sahabat RA. kita akan menemui keteladalan luar biasa mereka dalam membumikan kasih sayang mereka kepada Rasulullah SAW. Kita tadabbur salah satu sirah mereka. Di dalam sirah Ibnu Hisham diceritakan satu kisah sahabat bernama Saad bin Rabe' yang terlalu kasihkan Rasulullah SAW dan Rasulullah pun kasih kepadanya. Kisah yang menarik ini dirakamkan selepas berlakunya perang Uhud ketika tentera Islam tewas disebabkan sebahagian mereka tidak mentaati perintah Rasulullah.

Cinta Saad Bin Rabe’ Pada Rasul
Sebaik saja peperangan berakhir, ramai di kalangan sahabat yang gugur syahid. Tetapi Nabi SAW yang dahinya masih luka berdarah serta patah gigi, baginda tetap terkenangkan seorang sahabat yang baginda kasihi dan sayangi iaitu Saad bin Rabe'.

Di kalangan pasukan perang yang masih hidup itu, Nabi SAW tidak melihat kelibat Saad bin Rabe'. Tergerak di hati Nabi untuk mengetahui keadaan Saad bin Rabe', sama ada Saad masih hidup ataupun turut terkorban bersama syuhada yang lain.

Nabi SAW mengarahkan di kalangan sahabat untuk berusaha mencari Saad bin Rabe' bagi mengesahkan kedudukannya yang sebenar, sama ada hidup atau gugur syahid. Lalu bangun seorang sahabat dari kalangan Anshar, Zaid bin Tsabit menawarkan diri untuk melaksanakan kehendak Nabi SAW bagi mencari Saad.

Zaid bin Tsabit RA menceritakan bahawa setelah mencari di segenap penjuru medan Uhud akhirnya Saad bin Rabe' ditemui dalam keadaan luka parah. Beliau dikekelilingi oleh jenazah para sahabat yang lain. Tetapi keadaan Saad di antara hidup dan mati, malah boleh dikatakan kematian sudah begitu hampir dengannya.
Tubuhnya kelihatan terkena 70 luka tusukan tombak, sabitan pedang, dan lemparan anak panah. Kemudian Sa`ad berkata, "Katakan kepada Rasulullah bahawa aku benar-benar telah mencium wangian syurga. Katakan juga kepada kaumku Anshar agar mereka jangan khuaatir jika telah mengikhlaskan diri kepada Rasulullah SAW dan sesungguhnya mereka telah berada di hujung perjalanan."

Zaid bin Tsabit RA bertanya kepada Saad: "Sesungguhnya Rasulullah SAW memerintahkan aku supaya mencari engkau, untuk mengetahui tentang dirimu. Bagaimana keadaan kamu wahai Saad?" Jawab Saad dalam nada lemah:

"Sesungguhnya aku berada dalam kalangan jiwa yang mati. Oleh itu kembalilah yang semakin menghampiri kematian. Jika engkau bertemu Nabi katakan kepada baginda bahawa aku berkirim salam."

Berkata Saad seterusnya dengan nada yang tersekat-sekat: "Bahawa aku berserah diri kepada Allah SWT untuk membalas jasa Nabi SAW, kerana aku tidak dapat membalas jasa baginda yang telah mempimpin dan mengasuhku, hingga aku menjadi seorang mukmin dan menjadi pengikut Nabi SAW yang setia."

Kata Saad lagi: "Jika engkau kembali ke Madinah, aku juga berkirim salam dengan sahabat-sahabat kita di Madinah. Katakan kepada mereka, bahawa Saad bin Rabe' menyampaikan pesanan kepada anda sekalian. Bahawa jika anda masih hidup sedangkan kamu tidak mempertahankan Nabi sehingga Rasulullah SAW dibunuh oleh musuh, maka kamu tidak akan ada alasan atau jawapan ketika ditanya oleh Allah Taala di akhirat kelak."

Akhirnya Sa'ad bin Rabi' menghembuskan nafas terakhirnya. (HR Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Zaid bin Tsabit RA terharu mendengar kata-kata terakhir Saad bin Rabe', dia terpaku seketika sehingga Saad menghembuskan nafasnya yang akhir. Setelah itu beliau beredar dan kembali semula menemui Nabi SAW, beliau menyampaikan salam dan pesanan Saad bin Rabe' kepada Nabi sejurus sebelum ajalnya tiba.

Luarbiasa kecintaaan dan kasih Saad kepada Rasulullah SAW. Beliau mengakhirkan kehidupan dalam keadaan mempertahankan habis-habisan kesucian Islam demi menjayakan misi dakwah Rasulullah SAW.

Cinta Adalah Prinsip
Mencintai dan mengasihi Rasulullah adalah sebuah prinsip dan kewajiban bagi setiap muslim, bukan sebuah pilihan yang samada mahu atau tidak. Terhadap Muhammad SAW, seorang Muslim harus menyimpan rasa cinta betapapun kecil. Ini kerana cinta dan kasih sayang merupakan dasar dan landasan ke arah melahirkan pengikut sejati umat Muhammad SAW seperti yang telah diteladani oleh para sahabat RA.

“Ya Rasulullah, sungguh engkau lebih kucintai daripada diriku, dan anakku,” kata seorang sahabat suatu hari kepada Rasulullah Muhammad saw. “Apabila aku berada di rumah, lalu kemudian teringat kepadamu, maka aku tidak akan tahan meredam rasa rinduku sampai aku datang dan memandang wajahmu. Tapi apabila aku teringat pada mati, aku merasa sangat sedih, kerana aku tahu bahawa engkau pasti akan masuk ke dalam syurga dan berkumpul bersama nabi-nabi yang lain. Sementara aku apabila ditakdirkan masuk ke dalam syurga, aku khuatir tak akan dapat lagi melihat wajahmu, kerana darjatku jauh lebih rendah dari darjatmu.”
Mendengar kata-kata sahabat yang demikian mengharukan hati itu, Nabi tidak memberi sembarang jawaban sehinggalah malaikat Jibril turun dan membawa firman Allah SWT berikut:

“Dan barang siapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah; iaitu nabi-nabi, para shiddiqin, syuhada dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya.” (An Nisa’: 69)

Apabila kita jujur dalam mencintai Muhammad SAW, maka jiwa kita akan terbentuk dan tercermin pada jiwa Muhammad SAW.

“Bukti cinta adalah mendahulukan sang kekasih di atas selainnya,” begitu kata Imam Ja’far al-Shadiq AS.

Abu Musa al Asy’ari RA dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah berkongsi keriangan dan kegembiraan. Mereka mempercepatkan langkah dan begitu bahagia untuk menemui Rasulullah SAW sambil mendendangkan syair kegembiraan:

“Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!”

Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)

Berkata Ishaq al-Tujibi RA, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengan baginda SAW.

Muhasabah Cinta
Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Apabila kita jujur mencintai Muhammad SAW, maka kita akan berusaha semaksima mungkin menggali segala sesuatu tentang dirinya; kehidupan peribadinya, kehidupannya dalam keluarga, dengan sesama saudara, dengan lingkungannya, dan yang lain. Apabila kita ingin mengetahui sejarah Muhammad SAW dan segala sesuatu yang berkaitan dengan peribadi manusia yang agung ini, hendaklah diawali dengan rasa cinta terlebih dahulu. Apabila sudah tertanam rasa cinta, maka akan terbina sikap sungguh-sungguh untuk mengenalinya secara tepat dan mendalam. Mengenali baginda tanpa dilandasi atas dasar cinta akan menyebabkan hubungannya longlai dan rapuh terhadap Rasulullah SAW.

Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata? Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW!

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Al-Ahzab: 56)

Muhasabah Cinta Terhadap Rasulullah SAW

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah