“Berdosa tak ustaz kalau saya tidak mahu ada perasaan cinta dengan sesiapapun?”. Itulah salah satu persoalan yang saya terima ketika sesi soal jawab dalam forum bicara cinta di sebuah sekolah anjuran Majalah HALUAN. Soalan tersebut tidak sempat saya dan ahli panel lain menjawab kerana terlalu banyak soalan ketika forum tersebut. Ternyata bicara cinta bersama remaja memang menarik dan “enjoy”.
Saya faham kenapa pelajar ini bertanya? Dia rasa takut dengan cinta kerana dia melihat kawan-kawannya yang terjebak dengan cinta terlarang sering bermasalah dan prestasi akademik mereka merosot. Dia terperangkap dengan istilah cinta yang hari ini dipotretkan sebagai hubungan intim antara lelaki dan perempuan semata.
Cinta Luar Tabiat?
Cinta itu luas, seluas langit dan bumi. Bahkan cinta itu juga mampu menjangkau dunia ini. Cinta ada impaknya. Kerana cinta begitu ramai yang menjadi hebat dan luarbiasa. Dan kerana cinta juga begitu ramai yang kecewa, derita dan mati.
Satu kisah di Jepun, sepasang remaja yang bercinta telah sama-sama membuat keputusan untuk membunuh diri. Mereka berpakat untuk berbaring di atas landasan keretapi dan mati serta merta akibat hentaman keretapi. Di tempat kejadian ditemui sekeping surat peninggalan pasangan berani mati ini. Alkisah mereka membunuh diri sebagai bukti kesucian cinta mereka dan tanda kecewa mereka terhadap sikap ibu bapa mereka yang menghalang cinta mereka.
Pada bulan September 2011 yang lalu, mayat seorang lelaki berusia 24 tahun ditemui mati di tempat letak kereta di sebuah kondiminium. Lelaki berkenaan, Mohd Ferdausz bin Pahruddin berasal dari Tawau dipercayai membunuh diri dengan melompat dari Tingkat 9 kondiminium tersebut. Mohd Ferdausz dikatakan mempunyai masalah dengan teman wanitanya yang berusia 25 tahun.
Di Ipoh, seorang wanita melayu mengaku telah 6 kali menggugurkan anaknya sendiri dalam tempoh 4 tahun. Menurutnya, seorang lelaki telah berjaya memikat hatinya dengan pelbagai janji manis untuk mengahwininya dalam tempoh terdekat. “Malangnya rasa cinta keterlaluan itu menyebabkan saya terlanjur melakukan hubungan seks berulang kali sehingga mengandung sebanyak enam kali.Saya membuat proses pengguguran haram di klinik swasta dengan bayaran RM300 bagi sekali ‘cuci’. Pada mulanya doktor di klinik itu tidak begitu kisah dengan permintaan saya, namun dia mula bimbang apabila saya mahu membuat pengguguran kali kelima." Menurutnya, walaupun pernah terlintas rasa berdosa namun dia tetap melakukan perkara terkutuk itu kerana termakan dengan janji kekasihnya untuk berkahwin.
Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang baru selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) telah dicekup bersama kekasihnya ketika asyik memadu asmara dalam sebuah kereta di Gunung Keriang, Kedah oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah.
Dalam satu laporan, menurut Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Terengganu, YB Ahmad Razif Abd Rahman, seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi di Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan pada tahun 2009 yang lalu.
Laporan rasmi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!
Apakah kisah dan data di atas adalah lambang kepada makna fitrah cinta yang Allah SWT firmankan dalam Al Quran:
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (ar-Ruum:21)
Ternyata cinta mereka bukan cinta tabi’ie, tetapi cinta luar tabiat. Maka cinta itu menjadi kotor, dikotori oleh tangan-tangan manusia itu sendiri. Firman Allah SWT:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).” (ar-Ruum:41)
Mencari Cinta Hakikat
Sekiranya inilah yang dibimbangkan oleh yang bertanya dalam forum tersebut, kebimbangannya ada asasnya. Alhamdulillah kerana dia cuba untuk selamatkan dirinya dari jerangkap cinta yang tidak berpaksikan wahyu. Namun saya perbetulkan kefahamannya tentang cinta kerana cinta itu adalah fitrah dan anugerah. Suatu saat, seorang ulama bernama Abu Naufal ditanya, “Apakah seseorang dapat menghindari cinta?” Abu Naufal menjawab “Boleh.” Kemudian sambungnya, “Iaitu orang yang keras dan jahil, yang tidak memiliki keutamaan dan kefahaman.”
Ali Bin Abdah berkata, “Tidak mungkin seseorang dapat menghindar dari cinta kecuali kasar peribadinya, kurang warasnya, atau tidak mempunyai perasaan.”
Adanya perasaan cinta dan menyayangi sesama manusia bukan sahaja sebahagian daripada fitrah manusia, tetapi juga ianya adalah bukti masih adanya kasih sayang dan rahmat dari Allah SWT.
Pada saat Allah SWT menciptakan manusia, maka Allah sudah membekalkan manusia dengan pelbagai kelengkapan kehidupan, organ tubuh yang sihat, kompenen akal dengan system kecanggihannya yang tidak ada mana-mana komputer dapat menyainginya, keperluan jasmani dan keperluan naluri. Dengan penciptaan yang sempurna maka manusia dapat hidup dengan bahagia, memanfaatkan pelbagai nikmat dan seribu satu penciptaan Allah SWT dan juga mampu berhubungan sesama manusia.
“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya.” (at-Tiin: 4)
Justeru, pasti perasaan cinta yang hadir dalam diri kita seharusnya memberi manfaat dan kebaikan kepada kita. Cinta yang jujur ini akan memberi kesan luarbiasa kepada sang pemilik cinta yang suci dan benar.
Kecintaan Kepada Ibu Bapa
Ketika kita berada jauh dari ibu bapa kita, kemudian kita jatuh sakit, lantas kita merasa rindu dan kasih kepada belaian mereka. Maka ternyata rasa cinta itu masih ada pada diri kita. Itulah perasaan cinta, cinta kepada kedua orang tua. Namun, berapa ramai yang menganggap ibu bapa yang telah tua sebagai satu liabiliti dalam kehidupan kita. Pada hal mereka sebenarnya adalah satu aset yang sangat berharga dalam kehidupan kita. Ingatkah lagi kita tentang satu hadis panjang yang menceritakan kepada kita bagaimana tiga orang lelaki terperangkap dalam sebuah gua? Masing-masing memohon pertolongan daripada Allah melalui perantaraan (tawassul) amalan mereka. Salah seorang lelaki tersebut telah memohon kepada Allah melalui perantaraan amalannya yang berbakti kepada orang tua… dan pintu gua itu tergeser, petanda bantuan Allah tiba kerana amalannya terhadap orang tua. Seminggu yang lalu saya telah menziarahi Datuk Hassan Harun, seorang bekas ahli politik, usahawan dan seorang pencinta kepada keilmuan. Kerana cintanya kepada ibu bapanya, beliau telah mengasaskan sebuah institusi pendidikan, dan mengabadikan nama ibunya Sofia sebagai tunjang kewujudan Wadi Sofia International College di Kelantan dan mengabadikan nama bapanya sebagai nama surau di kolej tersebut.
Firman Allah SWT;
"Dan Rabbmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah (beribadah) selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya telah sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan "Ah!" dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. Dan rendahkanlah dirimu kepada keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah "Wahai Rabbku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidikku pada waktu kecil" (al-Isra': 23-24)
Apabila Ilmu Dicintai
Sebagai seorang pelajar atau mahasiswa, sudah tentu misi dan visi perjuangannya adalah untuk cemerlang dan untuk cemerlang perlulah kita merasa cinta dengan dunia keilmuan. Ibnu Sina, seusia 9 tahun sudah menghafal Al Quran, seusia 18 tahun bergelar Doktor Di Raja. Ketika beliau berjaya merawat penyakit Raja Nuh bin Mansur, baginda memanggil beliau dan bertanyakan apakah ganjaran yang beliau mahu, baginda akan tunaikan.” Orang yang sudah jatuh cinta dengan ilmu seperti Ibnu Sina tidak memohon ganjaran-ganjaran dunia seperti harta, pangkat mahupun puteri baginda. Sebaliknya beliau mahukan kebenaran raja untuk menggunakan perpustakaan Negara. Luarbiasa penangan cinta bukan? Permintaannya menghairankan para pembesar bahkan kita juga. Buku karangannya al-Qanun Fit- Tibb (Peraturan Perubatan) telah ditulis sehingga 14 jilid dan digunapakai oleh Barat dan Eropah. Inilah impak cinta kepada ilmu yang luarbiasa.
Sabda Nabi SAW “Barangsiapa yang Allah kehendaki baginya kebaikan maka Dia akan memahamkan baginya agama (Islam).” (HR. Bukhari & Muslim)
Menurut Imam an-Nawawi berkata: “Hadith ini menunjukkan keutamaan ilmu (agama) dan keutamaan mempelajarinya, serta anjuran untuk menuntut ilmu.”
Firman Allah SWT yang bermaksud:
Allah mengangkat orang-orang yang beriman diantara kalian dan orang-orang yang berilmu beberapa darjat, dan Allah terhadap apa yang kalian kerjakan adalah Maha Mengetahui.”( Al Mujadilah : 11 )
Sudahkan kita bercinta dengan ilmu?
Kecintaan kepada Umat
“Bersatu Untuk Palestin!” Saya ingin bertanyakan kepada anda, ketika anda membaca kisah tentera regim Zionis Israel menembak dan membunuh bayi dan anak-anak Palestin yang tidak berdosa, apakah perasaan anda pada saat itu? Anda akan rasa marah dan kecewa dengan sikap kebinatangan Zionis Israel dan anda akan simpati, sedih bahkan ada yang akan menangis. Syukurlah kerana pada diri anda masih ada perasaan kasih dan sayang pada saudara-saudaramu. Itulah buah dari kecintaan kita kepada ummat ini.
Dari Abu Hamzah Anas bin Malik, dari Nabi SAW, Baginda bersabda, “Tidaklah seseorang dari kalian sempurna imannya, sampai ia mencintai untuk saudaranya sesuatu yang ia cintai untuk dirinya”. (HR Bukhari & Muslim)
Sempurnakan Cintamu
Sabda Nabi SAW:
“Tidak sempurna iman seorang di antara kamu sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu-bapanya, anaknya, dan semua manusia” (HR Bukhari).
Ketika Rasulullah SAW bersama Abu Bakar ash-Shiddiq beristirehat di Gua Tsur dalam perjalanan hijrah dari Mekah ke Madinah secara sembunyi-sembunyi. Saat itu Rasulullah SAW tertidur berbantalkan peha Abu Bakar. Tiba-tiba Abu Bakar merasa kesakitan kerana kakinya digigit kala jengking. Namun dia berusaha sekuat tenaga menahan sakit, hingga mencucurkan airmata, agar jangan sampai pahanya bergerak, khuatir Rasulullah SAW terbangun. Subhanallah, luarbiasanya kuasa cinta.
Imam al-Qadhi ‘Iyadh ada berkata dalam kitab “Asy-Syifa Bita’riifi Huquuqil Mushthafa”, ketahuilah, bahawa barangsiapa yang mencintai sesuatu, maka dia akan mengutamakannya dan berusaha meneladaninya. Kalau tidak demikian, maka bererti dia tidak dianggap benar dalam kecintaanya dan hanya mengaku-aku (tanpa bukti nyata). Maka orang yang benar dalam (pengakuan) mencintai Rasulullah SAW akan terlihat tanda (bukti) kecintaan tersebut pada dirinya. Tanda (bukti) cinta kepada Rasulullah SAW yang utama adalah dengan meneladani Baginda, mengamalkan sunnahnya, mengikuti semua ucapan dan perbuatannya, melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangannya, serta menghiasi diri dengan adab-adab (etika) yang Baginda contohkan, dalam keadaan susah mahupun senang dan dalam keadaan lapang mahupun sempit.”
Cinta Teragung
Inilah yang kita cari, cinta teragung. Apa itu cinta teragung? Saat Rasulullah SAW memasuki Madinah, selepas berhijrah dari Mekah, kalimat pertama yang Baginda SAW ucapkan adalah; “Wahai manusia, cintailah Allah dengan segenap hati kalian!” Maknanya jangan biarkan ada sebiji sawipun cinta untuk selain Allah di dalam hati, sehingga kita di suruh memilih, maka kita pun memilih cinta Allah sebagai prioriti yang utama dan tiada tandingan. Dan inilah bukti cinta. Sabda Nabi SAW dalam hadith yang lain:
“Wahai manusia, cintailah Allah atas apa yang telah Dia sediakan untuk kalian dari segala jenis nikmat.” (HR Thabrani)
Jangan hanya pula mengaku-ngaku mencintai Allah dengan sekadar ucapan kerana cinta menuntut pembuktian. Contohnya, seorang suami sering mengungkapkan “Aku cinta padamu” pada isterinya. Namun saban hari dia memukul dan menyakiti isterinya. Apakah isterinya akan mempercayai kata-kata suaminya? Tentu saja tidak!
Seseorang yang mula mencintai Allah, hatinya akan bersegera dan cenderung untuk melakukan segala kebaikan yang diperintahkan oleh Allah dan Rasul-Nya. Dia akan mencintai kedua ibu bapanya kerana itulah yang dikehendaki oleh Allah. Dia akan mencintai ilmu dan belajar bersungguh-sungguh kerana itulah jua tuntutan dari Allah. Ia akan mencintai saudara-saudaranya kerana Allah. Ia akan menjauhi zina dan maksiat kerana dia takut akan azab dan api neraka Allah. Dia akan membaca Al Quran dan menunaikan solat sebagai bukti cintanya kepada Allah. Bahkan dia akan mencintai suami atau isterinya kerana Allah mengharap cinta Allah. Apa pun yang dilakukan di dunia ia dedikasikan sepenuhnya demi meraih redha dan cinta Allah. Ia menjalani kehidupan dengan melaksanakan seluruh perintah-perintah Allah dan amalan-amalan yang disukai Allah. Ia sudah tidak merasakan kenikmatan kegembiraan, kesedihan mahupun perbuatan kecuali demi meraih redhanya Allah. Ia bekerja, berkahwin, beranak pinak dan beraktiviti apa pun dengan niatan demi meraih keredhaan Allah.
Disebutkan dalam sebuah hadith; bahawasanya ada seorang lelaki yang tetap menyembah Allah di negerinya sedangkan semua penghuni yang lainnya adalah pemaksiat. Allah SWT bertitah pada Jibrail, “ Tenggelamkan negeri itu ke bumi!” Jibrail menjawab, “ Tuhan, di negeri itu ada hamba-Mu si fulan yang terus menerus rukuk dan sujud .” Allah berfirman; “Hai Jibrail, mulailah dengannya. Sesungguhnya wajahnya tidak akan berubah memandang-Ku sedetikpun.” (HR Al Baihaqi)
Cinta mana yang kita pilih? Cinta luar tabiat atau cinta hakikat?