Sunday, November 25, 2012

Tulisan ini saya terbitkan khusus sempena Forum Jom Cerita Islam Kepada India Malaysia anjuran HALUAN Malaysia dan JAKIM.. semoga bermanfaat.

Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat mengejutkan kalangan intelektual Hindu. Professor tersebut secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kerana menurutnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah SAW adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual.

Info lanjut layari http://haluanfitrah.haluan.org.my/

Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahawa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada lapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri “KALKY AUTAR” sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR diantaranya, bahawa dia akan dilahirkan di tanah arab, bapanya bernama SYANUYIHKAT dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta kata SYANUYIHKAT adalah paduan dua kata yaitu SYANU artinya ALLAH sedangkan YAHKAT ertinya anak lelaki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN. Dengan demikian kata SYANUYIHKAT ertinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahawa nama bapa Rasulullah SAW adalah ABDULLAH dan nama ibunya AMINAH.

Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahawa Tuhan akan mengirim utusan-Nya ke dalam sebuah gua untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.

Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahawa kitab Wedha juga menceritakan bahawa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq.

Dikutip buletin Kebenaran Dunia Islam no 58/II Bulan III/Februari 1998
Lihat: Pundit verifies Messenger was foretold

MUHAMMAD adalah Nabi yang Ditunggu-tunggu Umat Hindu

This entry was posted in :

Saturday, November 24, 2012

Dari Ibnu Umar RA beliau berkata: Rasulullah SAW pernah memegang kedua pundakku seraya bersabda, “Jadilah engkau di dunia seperti orang asing atau musafir”. Ibnu Umar berkata: “Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada waktu pagi hari jangan menunggu datangnya malam. Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)

Hadits ini adalah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar berisi nasihat Nabi SAW kepada beliau. Hadits ini dapat menghidupkan hati kerana di dalamnya terdapat peringatan untuk menjauhkan diri dari tipuan dunia, masa muda, masa sihat, umur dan sebagainya. Al-Hafidz Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Hadits ini merupakan asas yang menekankan kepada seorang hamba untuk mengosongkan hatinya terhadap dunia, zuhud terhadapnya, menghinakannya, merendahkannya, dan qana`ah (merasa cukup) dari dunia dengan bekal yang sekadarnya dalam menjalani hidupnya.” (Fathul Bari, 11/238)

Jika manusia mahu memahami hadits ini maka di dalamnya terkandung wasiat penting yang sesuai dengan realiti hari ini. Sesungguhnya manusia memulai kehidupannya di syurga kemudian diturunkan ke bumi ini sebagai cubaan, maka manusia adalah seperti orang asing atau musafir dalam kehidupannya.

Kedatangan manusia di dunia adalah seperti datangnya orang asing. Sedangkan sebenarnya tempat tinggal Adam dan orang yang mengikutinya dalam masalah keimanan, ketakwaan, tauhid dan keikhlasan pada Allah adalah syurga. Sesungguhnya Adam diusir dari syurga adalah sebagai cubaan dan balasan atas perbuatan apa yang dilakukannya. Jika kita mahu merenungkan hal ini, maka kita akan berkesimpulan bahawa seorang muslim yang hakiki akan senantiasa mengingatkan nafsunya dan mendidiknya dengan prinsip bahawa sesungguhnya tempat tinggalnya adalah di syurga, bukan di dunia ini. Dia berada pada tempat yang penuh cubaan di dunia ini, dia hanya seorang asing atau musafir sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah SAW.

Betapa indah perkataan Ibnu Qayyim rahimahullah ketika menyebutkan bahawa kerinduan, kecintaan dan harapan seorang muslim kepada syurga adalah kerana syurga merupakan tempat tinggalnya semula. Seorang muslim sekarang adalah tawanan musuh-musuhnya dan diusir dari negeri asalnya kerana iblis telah menawan bapak kita, Adam ‘alaihissalam dan dia melihat, apakah dia akan dikembalikan ke tempat asalnya atau tidak. Oleh kerana itu, alangkah bagusnya perkataan seorang penyair:

Palingkan hatimu pada apa saja yang kau cintai
Tidaklah kecintaan itu kecuali pada cinta pertamamu
Iaitu Allah.

Berapa banyak tempat tinggal di bumi yang ditempati seseorang
Dan selamanya kerinduannya hanya pada tempat tinggalnya yang semula...
Iaitu syurga

Demikianlah, hal ini menjadikan hati senantiasa bertaubat dan tawadhu’ kepada Allah. Iaitu orang yang hati mereka senantiasa bergantung pada Allah, baik dalam kecintaan, harapan, rasa cemas, dan ketaatan. Hati mereka pun selalu terkait dengan negeri yang penuh dengan kemuliaan iaitu syurga.

Mereka mengetahui syurga tersebut seakan-akan berada di depan mata mereka. Mereka berada di dunia seperti orang asing atau musafir. Orang yang berada pada situasi ini seakan-akan mereka adalah orang asing atau musafir tidak akan merasa senang dengan keadaannya sekarang. Kerana orang asing tidak akan merasa senang kecuali setelah berada di tengah-tengah keluarganya. Sedangkan musafir akan senantiasa mempercepat perjalanannya agar urusannya segera selesai.

Demikianlah hakikat dunia. Nabi Adam telah menjalani masa hidupnya. Kemudian disusul oleh Nabi Nuh yang hidup selama 1000 tahun dan berdakwah pada kaumnya selama 950 tahun,

“Maka ia tinggal di antara mereka seribu tahun kurang lima puluh tahun.” (Al Ankabut: 14)

Kemudian zaman baginda selesai dan telah berlalu. Kemudian ada lagi sebuah kaum yang hidup selama beberapa ratus tahun kemudian zaman mereka berlalu. Kemudian setelah mereka, ada lagi kaum yang hidup selama 100 tahun, 80 tahun, 40 tahun 50 tahun dan seterusnya. Hakikat mereka adalah seperti orang asing atau musafir. Mereka datang ke dunia kemudian mereka pergi meninggalkannya. Kematian akan menimpa setiap orang. Oleh kerana itu setiap orang wajib untuk memberikan perhatian pada dirinya. Musibah terbesar yang menimpa seseorang adalah kelalaian tentang hakikat ini, kelalaian tentang hakikat dunia yang sebenarnya. Jika Allah memberi nikmat padamu sehingga engkau dapat memahami hakikat dunia ini, bahawa dunia adalah negeri yang asing, negeri yang penuh ujian, negeri tempat berusaha, negeri yang sementara dan tidak kekal, niscaya hatimu akan menjadi sihat. Adapun jika engkau lalai tentang hakikat ini maka kematian dapat menimpa hatimu. Semoga Allah menyedarkan kita semua dari segala bentuk kelalaian.

Allah SWT dalam banyak ayat dari kitab-Nya yang mulia menyebutkan permisalan dunia yang semuanya menunjukkan bahawa dunia itu nilainya sangat rendah dan hina, sementara kehidupan dan kesenangannya hanya bersifat fana. Allah Yang Maha Suci berfirman:

“Ketahuilah oleh kalian, kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sesuatu yang melalaikan, perhiasan dan tempat kalian bermegah-megah dan berbangga-bangga akan banyaknya harta dan anak. Permisalannya seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani, kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya menguning kemudian hancur. Dan di akhirat kelak ada adzab yang pedih dan ampunan dari Allah serta keredhaan-Nya. Dan kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.” (Al-Hadid: 20)

Dalam ayat lain, Allah berfirman:

“Dan berikanlah kepada mereka permisalan tentang kehidupan dunia, iaitu seperti air yang Kami turunkan dari langit. Maka kerananya menjadi subur tumbuhan-tumbuhan di muka bumi. Kemudian tumbuh-tumbuhan itu menjadi kering diterbangkan oleh angin. Dan adalah Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” (Al Kahfi: 45)

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya janji Allah itu benar. Maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia itu memperdaya kalian dan janganlah sekali-kali orang yang pandai menipu memperdayakan kalian tentang Allah.” (Fathir: 5)

Ibnu Katsir berkata: “Dunia adalah perhiasan yang akan binasa dan merupakan tipuan bagi orang yang cenderung padanya. Dia tertipu dengan dunia dan menjadi terlena kerananya, sehingga meyakini bahawa dunia adalah negeri yang tidak ada negeri selainnya dan kehidupan yang tidak ada lagi kehidupan setelahnya. Padahal dunia ini sangat rendah dan hina, teramat kecil bila dibandingkan dengan kehidupan akhirat.” (Tafsir Ibnu Katsir, 4/335)

Demikianlah hakikat dunia, ia adalah permainan, sesuatu yang melalaikan diri dan hati. Ini terlihat pada orang-orang yang menghamba dunia yang cenderung menghabiskan umurnya dengan segala hal yang melalaikan hati dan melupakan dari berzikir kepada Allah, lalai akan janji dan ancaman-Nya. Malah, mereka menjadikan agama sebagai barang olok-olokan dan gurauan. Berbeza keadaannya dengan orang-orang yang hidup hatinya dengan zikir kepada Allah, mengenal dan mencintai-Nya, sehingga mereka pun memburu akhirat sebagai negeri yang kekal nan abadi.

Sahabat yang mulia, Jabir RA mengkhabarkan bahawa Rasulullah SAW pernah melewati di sebuah pasar sedangkan manusia mengelilingi baginda. Lalu baginda melewati bangkai anak kambing yang cacat telinganya. Beliau mengambilnya dan memegang telinga bangkai kambing itu, seraya bersabda: “Siapa di antara kalian yang mahu memiliki anak kambing ini dengan harga satu dirham?” Para sahabat menjawab: “Kami tidak mahu anak kambing itu menjadi milik kami walau dengan harga sedikit, bahkan apa yang dapat kami perbuat dengan bangkai ini?” Kemudian baginda berkata lagi: “Apakah kalian suka anak kambing ini menjadi milik kalian?”. Mereka menjawab: “Demi Allah, seandainya pun anak kambing ini hidup malahan cacat telinganya, apatah lagi dia dalam keadaan mati?” Mendengar pernyataan mereka, Rasulullah SAW bersabda:
“Demi Allah, sungguh dunia ini lebih rendah dan hina bagi Allah daripada bangkai anak kambing ini bagi kalian (dalam penilaian kalian).” (HR. Muslim)

Kembali kita kepada hadith di atas, kemudian Ibnu Umar RA melanjutkan dengan berwasiat,

“Jika engkau berada di petang hari jangan menunggu datangnya pagi dan jika engkau berada pada pagi hari jangan menunggu datangnya petang”.

Pelajarannya, hendaklah Anda senantiasa waspada dengan kematian yang datang secara tiba-tiba. Hendaklah Anda senantiasa siap dengan datangnya kematian. Disebutkan dari para ulama salaf dan ulama hadits bahawa jika seseorang diberitahu bahawa kematian akan datang kepadanya malam ini, maka belum tentu dia dapat menambah amal kebaikannya. Hal ini dapat terjadi dengan senantiasa mengingat hak Allah. Jika dia beribadah, maka dia telah menunaikan hak Allah dan ikhlas dalam beribadah hanya untuk Rabbnya. Jika dia memberi nafkah pada keluarganya, maka dia melakukannya dengan ikhlas dan sesuai dengan syariat. Jika dia berjual beli, maka dia akan melakukan dengan ikhlas dan senantiasa berharap untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Demikianlah, setiap kegiatan yang dia lakukan, senantiasa dilandasi oleh ilmu. Ini adalah keutamaan orang yang memiliki ilmu, jika mereka bertindak dan berbuat sesuatu maka dia akan senantiasa melandasinya dengan hukum syariat. Jika mereka berbuat dosa dan kesalahan, maka dengan segera mereka akan memohon ampunan. Maka dia akan seperti orang yang tidak berdosa setelah beristigfar. Ini adalah kedudukan mereka. Oleh kerana itu Ibnu Umar RA mengatakan:

“Pergunakanlah masa sihatmu sebelum sakit dan masa hidupmu sebelum mati.” (HR. Bukhari)

Kesihatan ini merupakan nikmat dari Allah SWT yang banyak dilupakan oleh manusia sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:

“Ada dua kenikmatan yang manusia banyak tertipu padanya iaitu kesihatan dan waktu lapang.” (HR Al-Bukhari)

Bersegeralah pula beramal ketika masih hidup, mengumpulkan bekal sebanyak-banyaknya sebelum kematian menjemput.

“Hendaklah setiap jiwa memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat).” (Al-Hasyr: 18)

Rumusan
Teladan kita yang mulia, Rasulullah SAW sangat mengutamakan kehidupan akhirat sehingga bersahaja kehidupannya di dunia, sementara baginda adalah kekasih Allah, makhluk-Nya yang paling mulia dan pemimpin anak Adam. Satu saat sahabat yang mulia Umar RA pernah mengatakan:

“Aku pernah masuk ke rumah Nabi SAW, aku dapati baginda sedang berbaring di atas tikar tipis yang dianyam tanpa beralaskan sesuatu, hingga tampak berbekas pada punggung baginda yang mulia. Baginda bertelekan pada bantal kulit yang diisi dengan sabut. Melihat hal itu, aku pun menangis. Nabi SAW bertanya: ‘Apa yangmembuatmu menangis, wahai ‘Umar?’. ‘Umar menjawab: “Demi Allah, wahai Rasulullah, tidak ada yang membuatku menangis, melainkan kerana aku mengetahui bahawa engkau lebih mulia di sisi Allah daripada raja Kisra (penguasa Parsi) dan Qaisar (penguasa Romawi). Keduanya hidup bergelimang dengan kemewahan dan gemerlapnya dunia, sementara engkau wahai Rasulullah berada pada tempat yang seperti aku lihat saat ini!’

Rasulullah SAW menjawab:

‘Tidakkah engkau redha wahai Umar, mereka mendapatkan dunia sementara kita mendapatkan negeri akhirat?’. Aku menjawab: ‘Tentu, wahai Rasulullah.’ Baginda mengatakan: ‘Demikianlah keadaannya wahai ‘Umar’.” (HR. Al-Bukhari).

Ibnu Rajab RA berkata: “Apabila demikian halnya, maka menjadi jelaslah bagi seorang mukmin untuk menggunakan sisa umurnya bagi mengumpulkan amalan kebajikan. Benarlah orang yang berkata: ‘Sisa umur seorang mukmin tidaklah ternilai harganya’.” (Jami’ul Ulum, 2/391)

Beringatlah kita bahawa dunia sejatinya adalah sebuah terminal persinggahan untuk menuju terminal terakhir, kehidupan akhirat yang kekal. Saat ini kita berkelana di atasnya sebagai seorang pengembara atau musafir menempuh perjalanan yang sangat jauh menuju terminal terakhir. Di sanalah kelak orang akan menuai kebahagiaan yang sejati, sebagaimana juga akan menuai penderitaan yang abadi. Allah berfirman:

Tetapi kamu orang-orang kafir memilih kehidupan dunia. Sedangkan kehidupan akhirat adalah lebih baik dan lebih kekal. (QS al-A’la: 16-17)

Bagaimana Cara Pandang Kita Terhadap Dunia

Termeterai sudah perjanjian gencatan senjata buat sekian kalinya. Setelah lapan hari Yahudi Israel membedil dan membuktikan tradisi mereka sebagai pembunuh kemanusiaan, mereka akhirnya mengibar bendera putih. Memalukan buat ketenteraan Yahudi Israel apabila sebelum ini mereka dengan angkuh menyebutkan ribuan tentera darat, laut dan udara mereka sedia melenyapkan bumi Gaza. Akhirnya mereka sendiri yang ketakutan lari. Gencatan senjata adalah helah mereka setiap kali mereka ditimpa kehampaan dan kekalahan. Ternyata kecanggihan persenjataan berteknologi moden tidak mampu menewaskan senjata doa mukmin dan pertolongan dari yang Maha Berkuasa, Allah SWT.

Gencatan senjata kali ini bagi Palestin adalah hari kemenangan. Tahniah kepada kerajaan Mesir, Turki dan Qatar, khususnya Presiden Mesir, Dr. Muhammad Mursi yang menjadi penggerak utama kepada sesi gencatan senjata kali ini.

Menurut Perdana Menteri Palestin di Gaza, Ismail Haniyah menegaskan dirinya merasa puas dengan kesepakatan gencatan senjata yang dicapai dan beliau menyebut ianya sebagai kemenangan bagi rakyat Palestin.

Gencatan senjata telah dicapai antara fraksi-fraksi Palestin dan penjajah Yahudi Israel di Kaherah pada petang Rabu (21/11) yang lalu. Kesepakatan ini menetapkan Israel agar menghentikan segala bentuk serangannya ke Gaza samada dari darat, laut dan udara yang telah berlanjutan selama lapan hari berturut-turut. Penjajah Yahudi Israel harus menghentikan operasi pembunuhan terhadap para aktivis pejuang Palestin. Selepas 24 jam tempoh genjatan senjata berjalan, pihak Israel harus membuka semua pintu sempadan dan membenarkan pergerakan penduduk Gaza dan barang keperluan keluar dan masuk Gaza. Manakala pihak Hamas pula perlu menghentikan serangan roket ke atas Israel dan juga serangan di sempadan.

Sementara itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengesahkan bahawa Israel telah menerima perjanjian gencatan senjata setelah berbincang dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama sebelum memberikan persetujuan untuk memberi peluang kepada cadangan Mesir bagi gencatan senjata dan dengan itu memberi peluang untuk penstabilan keadaan dan menenangkan situasi tegang. Alasan Benjamin ini sebenarnya tidak mampu menutup kekalahan besar Yahudi Israel terhadap serangan mereka ke atas Gaza. Jutaan masyarakat dunia tahu dan celik mata bahawa sebenarnya yang menjadi pengganas adalah Yahudi Israel, bukannya HAMAS. Kenyataan Benjamin ini juga jelas menunjukkan Amerika dan Yahudi Israel ada sekutu rapat yang menjadi pengganas sebenar di bumi Palestin. Namun pemimpin dunia yang lain hanya mampu menonton gelagat sumbang mereka.

Di Gaza, masyarakat menyambut dengan penuh kegembiraan dan mengistiharkan sebagai hari kemenangan. Haniyah mengatakan, “Kami ucapkan selamat dan tahniah kepada rakyat atas kemenangan ini. Yang membuktikan rakyat Palestin dan pejuangnya memiliki kemampuan tinggi untuk berjuang, kreatif, kesabaran dan umat Islam sedunia menunjukkan keberpihakannya pada rakyat Palestin dan bahawa mereka tidak sendirian. Kami tegaskan bahawa kami puas dengan kesepakatan gencatan terhormat ini.”

Kementerian Kesihatan di Gaza melaporkan bahawa serangan Yahudi Israel menewaskan sekitar 160 orang, lebih dari setengahnya adalah warga awam dan wartawan, termasuk 37 orang kanak-kanak. Ratusan orang lainnya di Gaza mengalami kecederaan.

Sementara itu, sebanyak lima orang terbunuh di Israel dalam serangan roket Gaza, dan mencederai sekitar 240 orang.

Kementerian Wakaf dan Urusan Agama di Gaza pula melaporkan bahawa Zionis Israel telah menembak peluru berpandu mereka ke arah dua buah masjid sehingga rata dengan tanah. Dengan itu sudah 34 buah masjid yang dihancurkan Israel dan 6 tapak perkuburan. Enam tapak perkuburan yang diserang oleh Zionis itu berada ditempat yang terpisah-pisah di Gaza, diserang secara langsung sehingga menyebabkan jasad dari mayat syuhada itu tercerai berai.

Buat umat Islam, tugas kita belum selesai dalam membantu rakyat Palestin, khususnya di Gaza. Ribuan saudara kita telah kehilangan tempat tinggal dan kekurangan bekalan makanan yang kritikal. Hospital di Gaza mengalami kekurangan bekalan ubatan yang mendesak. Puluhan masjid rosak, puluhan bangunan kerajaan seperti sekolah dan pejabat musnah. Justeru sumbangan dari umat Islam untuk membina kembali Gaza amat dinantikan. Teruskan menyumbang kepada tabung Palestin yang ada sebagai tanda kecintaan kita kepada saudara-saudara kita di Palestin. Teruskan memboikot produk dari syarikat-syarikat yang memberi keuntungan mereka kepada Yahudi Israel. Dan ketengahkan juga produk-produk Islam yang boleh menjadi alternatif buat para pengguna Islam.

Jihad belum terhenti. Allah SWT berfirman:

Dan tidak akan sekali-kali redha ke atas kamu yahudi dan nasara, sehinggalah kamu mengikuti ajaran mereka” Al-Baqarah ayat 120.

Maka bangkitlah ummah dengan membumikan firman Allah SWT dalam surah Ali Imran ayat 132 dan 133 yang ertinya;

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa. (Iaitu) Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.” (QS: Ali Imron: 133-134).

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai  seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. dan Allah Maha luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Baqarah: 160)

Rasulullah SAW ada bersabda:

“Ubatilah orang yang sakit di antara kalian dengan sedekah.” (Shohihul Jami’)

Rasulullah SAW bersabda lagi :

“Barangsiapa bersedekah meskipun seharga kurma, namun dari hasil yang baik dan Allah tidak akan menerima sesuatu kecuali yang baik, sesungguhnya Allah akan menerima sedekah kurma dengan tangan kanan-Nya. Kemudian Dia akan menggandakannya untuk orang yang bersedekah, sebagaimana salah seorang di antara kalian memelihara anak kuda, sehingga sedekah kurma tersebut menjadi sebesar gunung.” (Hadits Riwayat : Al-Bukhori) 

Teruskan berjuang wahai ummat!

Link:  http://langitilahi.com/11011

Gencatan Senjata, Yahudi Israel Kibar Bendera Putih, Ayuh Tingkatkan Sumbangan Untuk Gaza

Wednesday, November 21, 2012

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud AS sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu. Lalu Nabi Daud A.S. berkata pada dirinya,

"Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?"

Seketika setelah Nabi Daud selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata. Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud AS.
"Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca 'Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar' setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca 'Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim' setiap malam sebanyak 1000 kali.

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S. "Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?"

Akhirnya Nabi Daud menyedari kekhilafannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT maka Nabi Daud AS pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Begitulah sikap para Nabi AS apabila mereka menyedari kekhilafan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT. Kisah-kisah yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak memandang rendah kepada apa saja makhluk Allah yang berada di bumi yang sama-sama kita tumpangi ini.

Tarbiyah dari Seekor Ulat

Tuesday, November 20, 2012

Saya tertarik dengan satu tulisan yang membakar semangat dan jiwa saya untuk terus bekerja dan istiqamah di medan dakwah dan tarbiyah. Saya bersetuju dengan pandangannya bahawa ancaman utama yang menyekat kemaraan dakwah ini adalah apabila ada kalangan umat ini yang telah memenjara dirinya sendiri dalam penjara buatan sendiri. Penjara keseronokan, penjara cintakan dunia dan takut mati. Penjara inilah yang telah menyebabkan generasi muda islam menjadi tikus yang penakut. Penjara inilah yang telah menjerumuskan pemuda Islam terperosok dengan seribu satu maksiat dan masalah sosial. Penjara inilah yang telah menenggelamkan keberanian pemuda Islam dari digeruni oleh musuhnya. Dan masalah besarnya ialah kita tidak takut berada dalam penjara ini, kerana di dalamnya cukup indah dan seronok.

Apakah kita tidak mahu belajar dari sahabat-sahabat kita di Gaza yang sekian lama di penjara dalam penjara terbesar dunia. Tidak cukup dipenjara dengan sekatan-sekatan kemanusiaan, mereka ditubi dengan bedilan peluru canggih Yahudi Israel buatan Amerika. Amerika dan Yahudi Israel cukup gentar dengan saudara kita di Gaza yang sedang terpenjara!!? Berbanding kita yang bebas ke sana kemari dalam kemelut dosa dan kemaksiatan. Hatta yang mengajak kepada dakwahpun lesu dengan penangan kelazatan dunia dan kemegahan kebendaan. Lebih rela memilih dakwah berhawa dingin daripada dakwah yang bersusah payah!!? Mejadi sebahagian rakyat Gaza sekitar 1.6 juta orang bukan mudah. Namun mereka bahagia berada di penjara terbesar dunia ini kerana bagi mereka Gaza adalah bumi Universiti Tarbiyah.

Suatu saat di Mesir, penjara-penjaranya dipenuhi dengan aktivis Ikhwan Muslimin yang ditangkap oleh regim pemerintahan sekular. Mereka ditahan dengan pelbagai alasan bahkan sebahagian alasan yang sengaja dicipta oleh regim zalim ini dan sebahagian lainnya dengan alasan yang tidak jelas.

Tidak cukup di situ, sebahagian aktivis Ikhwan juga dikurung, diseksa bahkan ada yang dibunuh. Hingga berubahlah penjara menjadi sarang penyiksaan. Kalau tidak dibunuh, mereka akan disiksa dengan penyiksaan di luar batas kemanusiaan.

Dua diantara ribuan aktivis Ikhwan yang dipenjara itu adalah seorang pengikut ikhwan yang dipenjara bersama naqibnya.  Ketika keduanya dipindahkan dari sel penjara, ikhwah itu bertanya disertai perasaan khuatirnya. “Ya naqib, bagaimana nasib kita bila mereka lemparkan kita ke sarang serigala lapar atau lubang busuk tanpa kehidupan?”
“Mereka dapat membuang kita ke tempat manapun yang kita takuti,” naqib itu menjawab dengan tenang dan yakin, “namun ketahuilah… mereka tidakkan mampu membuang kita ke tempat yang tidak ada Allah.”

Waktu berlalu. Mereka berdua terselamat dan dibebaskan dari penjara.  Saat pimpinan Ikhwan ketika itu meninggal dunia, maka diperlukan penggantinya, naqib yang pernah dipenjara itulah yang ditunjukkan untuk menggantikannya. Beliau tidak lain adalah Syeikh Mustafa Masyhur. Mursyid am Ikhwanul Muslimin kelima.

Bertahan hidup menghadapi penjara dan siksaan berat adalah sebuah prestasi hidup yang luarbiasa, namun prestasi lebih besar yang telah Syeikh Mustafa Masyhur dan Ikhwanul Muslimin di sana tunjukkan kepada kita ialah bagaimanakah kita harus memiliki keiltizaman dan intizam dengan dakwah, tarbiyah dan jamaah ketika melalui saat getir di penjara dan menempuh ujian berat. Mustafa Masyhur dan Ikhwanul Muslimin bukan saja mampu mempertahankan dakwah hingga tetap bergelora dan anggotanya terus bertambah, namun juga mampu menukarkan penjara menjadi universiti tarbiyah. Dalam penjara mereka berinteraksi semakin akrab dengan Al-Quran. Maka lahirlah sekian banyak hafidz dari balik jeruji besi. Dalam penjara mereka berjumpa langsung dengan qiyadah-qiyadah tertinggi dakwah, mendengar langsung taujih mereka, serta mengecap auran dan nafas tarbawi setiap hari. Maka tatkala keluar dari selnya, jadilah mereka lebih matang serta kaya ilmu dan pengalaman.

Kita perlu belajar dari Syeikh Mustafa Masyhur dan sahabat-sahabatnya. Kita perlu mewarisi semangat mereka. Kita harus mentadaburi kitab dan tulisan mereka. Saat saya mengenali tarbiyah, kitab-kitab mereka inilah yang dihidangkan dan dijamu kepada kami oleh murabbi-murabbi kami. Berulang-ulang saya baca dan cuba fahami. Hari ini, generasi Y dakwah dan tarbiyah, apakah kita sudah bedah kitab-kitab mereka dan peribadi mereka? Apakah sudah terbit dalam bicara dan gerakerja kita dengan panduan dan kefahaman yang telah mereka ajarkan?  Atau kitab mereka kini sekadar menghiasai almari koleksi buku-buku tarbiyah yang kita sukai?

Kita harus menjadikan penjara dunia yang sedang kita nikmati ini sebagai universiti tarbiyah buat diri kita. Kita harus bergerak menuju redha Allah dan mencari kemuliaan di sisi Allah berbanding mencari kepuasan peribadi dan kehendak nafsu.Setiap saat kita menikmati kebaikan dan segala macam kemudahan yang Allah berikan di penjara dunia ini ditukar kembali kepada perkara yang memberikan kebaikan besar kepada masa depan akhirat kita. Jika kita ada wang ringgit, kekayaan, harta benda dan kesenangan kebendaan, tukarkanya kepada pahala besar dengan menginfak, wakaf dan bersedekah, memberi kepada yang amat memerlukan. Jika kita ada daya keintelektual yang tinggi maka angkatkah maruah umat ini dengan kebijakan idealisma kita. Jika kita punya kedudukan dan jawatan, maka merendah diri dan takutlah anda kepada Tuhan-Mu yang akan mempertanyakan apa yang telah kita usahakan untuk meninggikan kalimah Allah SWT. Jika kita punya anak-anak, maka didiklah anak-anak kita agar mereka mewarisi dan melaksanakan risalah Rasulullah SAW. Jika kita tidak punya apa-apa, maka hamburkan doa kita buat saudara-saudara kita yang lebih lagi tidak punya apa-apa. Ubahlah dan ciptakanlah agar pada setiap penjuru kehidupan kita adalah penjara dunia yang mentarbiyah diri kita menjadi hamba Allah yang Allah sediakan syurga untuknya.

Asasnya, penjara dunia boleh menjadikan kita calon ke neraka, sebaliknya penjara dunia boleh menjadikan kita mulia di sisi-Nya.

Penjara Menjadi Universiti Tarbiyah?

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah