Sunday, July 20, 2008

Firman Allah Subhanahuwata’ala:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya kemudian mereka tidak ragu-ragu, dan mereka berjihad dengan harta benda dan jiwa raga mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang orang yang benar.”

- Al-Hujurat : ayat 15

Iman adalah membenarkan dengan hati, mengaku dengan aqal fikiran dan membuktikan dengan amalan-amalan.

Hati hendaklah benar-benar yakin dan percaya kepada Allah dan rasul-Nya. Tasdiq atau keyakinan yang tidak bercampur syak dan tidak ragu-ragu. Juga tidak ada rasa tidak puas hati, rasa tidak layak, rasa lapuk dan rasa was-was terhadap din sistem Allah Subhanahuwata’ala atau terhadap hukum-hukum Allah Subhanahuwata’ala. Keimanan yang penuh yakin dan tidak goncang lagi.

Keimanan seperti inilah yang akan melahirkan jihad dengan harta benda dan jiwa di jalan Allah Subhanahuwata’ala.

Hati yang telah memiliki iman akan berasa puas, tetap dan mantap. Hati ini akan mendesak tuannya untuk melaksanakan perintah-perintah Allah Subhanahuwata’ala. Hati ini mendesak supaya dia melak­sanakan Islam di dalam diri, masyarakat dan realiti hidup. Inilah tanda iman yang sudah bertakhta di hati. Iman itu tidak jumud. Apa yang dirasakan di dalam hati mesti disepadukan dengan amalan-amalan hidup. Jika bertentangan antara hati dan amalan maka itulah yang dinamakan nifaq.

Inilah iman yang hakiki. Iaitu iman yang tidak sabar-sabar lagi untuk beramal dan berjuang. Iman yang tidak rela atau tidak sanggup untuk memisahkan tuannya daripada apa yang ada di dalam jiwa dengan amalan hidup harian.

Jika seseorang itu cuma mendakwa bahawa dia beriman kepada Allah Subhanahuwata’ala, tetapi masih ada peraturan-peraturan Allah Subhanahuwata’ala yang dirasakan tidak puas hati, tidak mahu dilaksanakan, rasa tidak sesuai, rasa sudah ketinggalan zaman atau rasa tidak perlu maka itu bukan iman yang hakiki kerana dia tidak menyatukan apa yang ada di dalam hati dengan tindakan di luar.

Sekarang, sebahagian besar praktik hidup masyarakat berjalan tanpa di pandu oleh iman. Mengapa terjadi sedemikian? Mungkin mereka bersyahadah, tetapi syahadah itu tidak masuk dan tidak meresap ke dalam hati.

Sekiranya terdapat amalan-amalan yang berlawanan dengan ajaran Allah Subhanahuwata’ala, maka itu bermakna apa yang ada di dalam hati dengan amalan dan tindakan luaran tidak dapat disatukan. Tindakan-tindakan yang salah itu menandakan iman yang lemah atau iman palsu. Ini kerana orang yang beriman pasti tidak sanggup memisahkan apa yang ada di dalam hati dengan apa ada di luar kerana pemisahan ini amat menyeksakan dirinya.

Itulah sifat orang yang beriman. Jika dia tidak dapat melaksanakan Islam dia akan berasa sakit dan tersiksa. Apabila wujud perasaan sebegini, barulah akan lahir jihad. Dia akan mara ke hadapan bila-bila masa sahaja untuk berjihad dengan harta benda, jiwa dan amalan.

Itulah perasaan semulajadi atau dorongan semulajadi yang terdapat dalam jiwa orang yang beriman. Dia berasa perlu untuk melaksanakan Islam yang terang benderang itu ke dalam kehidupannya. Dia tidak sabar lagi untuk melihat Islam berjalan dalam kehidupannya.

Permusuhan antara orang mukmin dengan jahiliyah adalah permusuhan semulajadi yang terpancar daripada perasaan tidak sanggup bersekutu dengan jahiliyah. Beliau tidak sanggup lagi bercampur baur, bertolak ansur atau berkompromi dengan jahiliyah.

Jika seseorang itu dikatakan beriman tetapi dia tidak menolak jahiliyah, maka ini menunjukkan imannya sudah tidak berfungsi . Jika dia berseronok dengan jahiliyyah dan dia diam membatu apabila melihat keluarga sendiri terlibat dalam jahiliyah, maka ini adalah alamat yang jiwanya sudah berpenyakit.

Kita mestilah melawan jahiliyah. Jahiliyah cuma boleh di runtuhkan dengan iman. Iman tidak pernah bersatu dengan jahiliyah sehinggalah jahiliyah itu tunduk di bawah telunjuk iman.

Sesungguhnya iman pasti menang. Apabila kemenangan sudah berpihak kepada iman maka barulah Allah mengakui kita sebagai orang-orang yang benar iaitu As-Sadiqun. Iaitu orang-orang yang benar di dalam aqidah dan amalan.

Orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman dengan Allah Subhanahuwata’ala dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu. Mereka tidak ragu-ragu dalam semua hal yang di tanzilkan oleh Allah Subhanahuwata’ala. Mereka tidak ragu-rahu dalam semua hukum dan amalan yang telah di tentukan oleh Allah. Inilah iman yang benar, iman yang sahih dan iman yang mesti di praktikkan dalam kehidupan. Iman seperti ini bukan hanya cukup sekadar bermain di bibir mulut, tetapi mesti lahir dalam waqi’ harian.

Seseorang yang rasa ragu terhadap Allah, maka keraguannya itu dicerminkan dalam amalan hidup dalam berbagai-bagai bidang. Dia ragu terhadap hukum-hakam yang ditanzilkan Allah Subhanahuwata’ala dan ragu terhadap sunnah Rasullullah Sallallahu’alaihiwasallam.

Apabila seseorang mengambil peraturan hidup yang lain daripada peraturan hidup Allah, maka bermakna dia ragu-ragu terhadap peraturan Allah. Jika seseorang mendakwa beriman kepada Allah tetapi masih berminat, suka dan gerun kepada yang lain daripada apa yang Allah tanzilkan maka ini bukan sahaja dikira ragu-ragu bahkan dikira sudah meninggalkan iman.

Allah Subhanahuwata’ala memperingatkan kita semua dengan ayat-ayat-Nya supaya kita sedar dengan perkara-perkara yang bolah memesongkan kita daripada hakikat iman yang sebenar. Dalam realiti sekarang banyak perkara yang boleh meragukan dan memutarbelitkan kita. Oleh itu kita perlu memelihara perjalanan tarbiyyah agar betul-betul berlandaskan apa yang telah ditetapkan Allah sehingga kita sampai kepada keyakinan yang bulat kepada sistem Allah tanpa syak lagi.

APA KHABAR IMAN KITA?

Wednesday, July 09, 2008

Bagaimana agar perkahwinan kita mendatangkan redha Allah? Semakin lama usia pernikahan akan semakin terasa sakinah mawaddah wa rahmah? Ada tiga rumus dalam Quran Surah Al-Ashr. Setiap bertambah hari, bertambah umur, kita itu merugi kecuali tiga golongan kelompok yang beruntung. Nah buat sahabat-sahabat yang merencanakan untuk berumahtangga silakan semak panduan berikut:

Pertama adalah rumahtangga yang selalu berfikir keras bagaimana keyakinan kepada Allah terus meningkat. Tidak ada orang ikhlas kecuali yakin kepada Allah. Tidak ada sabar kecuali kenal kepada Allah. Tidak ada orang zuhud kecuali orang yang tahu kekayaan Allah. Tidak ada orang tawadhu' kecuali orang yang tahu kehebatan Allah. Makin akrab dan kenal dengan Allah pasti akan memberi kesan positif dalam diri kita. Setiap hari dalam hidup kita seharusnya difikirkan bagaimana kita dekat dengan Allah. Kalau Allah sudah mencintai mahluk segala urusan akan beres.

Oleh itu, apa pun yang ada dirumah harus menjadi asbab kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Beli barang apa pun harus yang disukai Allah. Supaya rumah kita menjadi rumah yang disukai Allah. Boleh memiliki barang yang bagus tanpa diwarnai dengan takabur. Bukan perkara mahal atau murah, bagus atau tidak tetapi apakah nanti mampu dipertanggungjawabkan disisi Allah atau tidak. Bahkan dalam mendengar lagu yang disukai Allah siapa tahu kita dipanggil Allah ketika mendengar lagu. Rumah kita harus Allah oriented. Kaligrafi dengan tulisan Allah. Kita senang melihat rumah mewah dan islami. Jadikan semua harta jadi dakwah mulai kenderaan sampai rumah.

Apa yang kita fikirkan, Allah sudah mengetahui apa yang kita fikirkan. Yang harus kita fikirkan adalah bagaimana dekat dengan Allah, selanjutnya Allah yang akan mengurus. Kalau hubungan kita dengan Allah bagus semua akan beres. Barangsiapa yang dekat dengan Allah, akan diberi jalan keluar setiap urusannya. Dan dijamin dengan rezeki dari tempat yang tidak diduga-duga. Dan barang siapa hatinya yakin Allah yang punya segalanya, akan dicukupkan segala keperluannya. Jadi bukan dunia ini yang menjadi masalah tetapi hubungan kita dengan Allah-lah masalahnya.

Kedua adalah rumahtangga yang paling produktif dalam kebaikan. Wang paling berkah adalah wang yang paling tinggi produktivitinya. Kaya boleh asal produktif. Boleh mempunyai rumah banyak asal diniatkan agar berkah demi Allah itu akan beruntung. Kerana itu, teruslah mencari wang. Bukan untuk memperkaya diri semata-mata tetapi bersedia pula untuk mengagihkannya untuk ummah yang memerlukan. Sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita kecuali bertambah. Jadi fikiran kita bukan akan apa kita dapat? Tapi apa yang boleh kita perbuat? Orang beruntung setiap waktu fikirannya produktif mengenai kebaikan. Selagi hidup, lakukan yang terbaik, sesudah mati kita tidak aad upaya lagi. Kalau sudah melaksanakannya, nanti Allah yang akan memberi, itulah namanya rezeki. Orang yang beruntung adalah orang yang paling produktif kebaikannya.

Ketiga adalah rumahtangga yang dihiasi saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kata-kata terbaik yang kita katakan adalah meminta pandangan dan nasihat. Ayah meminta nasihat anak atau isteri, niscaya tidak akan kehilangan wibawa. Dan kita tidak mampu menjadi penasihat yang baik sebelum ia menjadi orang yang boleh dinasihati. Tidak akan mampu kita memberi nasihat jika kita tidak boleh menerima nasihat. Nikmatilah nasihat sebagai rezeki dan bukti kesuksesan hidup. Sayang, hidup hanya sekali dan sebentar, namun malang kita tertipu dengan diri sendiri kerana melayan nafsu dan dunia. Fikirkan sekarang, jangan bertangguh dalam merubah diri dan keluarga untuk hampir kepada Allah.

Muhasabah Bersama Keluarga Kita

Monday, July 07, 2008

Membangun Ukhwah Dengan Cinta

Cinta kepada sesama Islam adalah perasaan yang memancar kerana adanya ketaqwaan dan bermuara kepada pengendalian yang kukuh dengan taliNya (i'tisham bi hablillah).

Maka cinta seperti itu hanya akan tumbuh dengan subur dalam ikatan mulia yang bernama ukhuwwah (persaudaraan) yang didasarkan sendi-sendi tersebut. Ikatan tersebut merupakan tujuan suci, cahaya rabbaniyyah sekaligus merupakan nikmat Ilahiyyah. Oleh sebab itu Allah hanya akan menuangkan cahaya dan nikmatnya pada hati dari setiap hambaNya yang mukhlis (ikhlas), mensucikan dan melindungi diri-mereka dengan akhlaq yang terpuji.

Perasaan bersaudara secara tulus inilah yang akan melahirkan peribadi mukmin yang mempunyai rasa kasih sayang dengan sejujur-jujurnya dan sebenar-benarnya serta perasaan ikhlas sejati. Yang akan selalu mengambil sikap positif dalam hal bercinta dan saling mengutamakan, kasih sayang dan saling memaafkan, serta dengan membantu dan saling melengkapi. Juga menghindari hal-hal negatif seperti menjauhkan diri dari segala yang menyebabkan mudharat(bahaya) dalam diri mereka, dalam harta mereka, dan dalam harga diri mereka.

Oleh kerana itu ukhuwwah fillah merupakan sifat yang lazim dari ruang lingkup keimanan, dan merupakan perangai yang sedaging sebagai teman bagi ketaqwaan. Rumusannya tidak ada persaudaraan sejati tanpa adanya iman, dan tidak ada iman tanpa adanya persaudaraan.

Allah SWT berfirman,"Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat. " QS Al Hujuraat 10)

Jika kita mendapati suatu persaudaraan yang dibelakangnya tidak didukung oleh keimanan maka kita akan dapati bahawa persaudaraan semacam itu tidak akan membawa kemaslahatan dan manfaat yang saling timbal balik. Begitu juga bila kita dapati keimanan yang tidak didukung oleh persaudaraan maka dapat kita simpulkan betapa rendah kadar keimanan itu.

Dr Yusuf Qordawi dalam bukunya Al Mujtama' Al Islami mengatakan bahawa ukhuwwah Islamiyyah yang bercita-cita luhur itu mampu melahirkan al-ikhaa'ul Islami. Dan tujuan terpenting daripadanya adalah persamaan hak( al musaawah), saling membantu (at-ta'aawun), dan cinta kasih kerana Allah( al hubb fillah)

Berikut ini ada beberapa cara praktis sebagai panduan untuk tercapainya kekukuhan ruh ukhuwwah, iaitu:

1. Memberi tahu kepada saudara yang dicintai . Rasulullah bersabda: "Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberi tahu kepadanya " ( HR Abu Daud dan Tirmudzi)

2. Memanjatkan do'a untuknya dari kejauhan ketika mereka saling berpisah. Diriwayatkan dari Umar Bin Khattab ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Aku minta izin kepada Rasulullah utk melaksanakan umrah". Kemudian Rasulullah mengizinkan dan berkata " Jangan lupa do'akan kami " Lalu beliau mengatakan suatu kalimat yang menggembirakanku bahawa aku mempunyai kebahagiaan dengan kalimat tersebut di dunia. Dalam suatu riwayat beliau berkata: "Kami mengiringi do'a wahai saudaraku"

3. Bila berjumpa dengan saudara lain maka tunjukkanlah senyum kegembiraan dan muka manis. Rasulullah bersabda "Janganlah engkau meremahkan kebaikan apa saja (yang datangnya dari saudaramu). Dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikanlah dia senyum kegembiraan" (HR Muslim)

4. Berjabat tangan bila bertemu. Rasulullah SAW menganjurkan ummatnya bila bertemu dengan saudara-saudaranya agar cepat-cepatlah berjabat tangan. Hal di atas berdasarkan hadits yang diriwayatkan Abu Daud dari Barra, Bersabda Rasulullah SAW: "Tidak ada dua orang mukmin yang berjumpa lalu berjabatan tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah".

5. Menyempatkan diri untuk mengunjungi saudaranya. Dalam kitabnya Al Muwathta, Imam Malik meriwayatkan: Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa, "Allah berfirman : Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang mencintai kerana Aku, dimana keduanya saling berkunjung kerana Aku dan saling memberi kerana Aku".

6. Menyampaikan ucapan selamat yang berkenaan dengan kejayaan yang dicapai saudaranya. Diriwayatkan oleh Anas bin Malik Ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudanya mendapat kebahagiaan niscaya Allah mengembirakannya pada hari kiamat". (HR Thabrani dalam Ma'jamush Shaghir)

Contoh yang pernah diajarkan oleh Rasul adalah:
a.
Berkenaan dengan kelahiran anak
b.
Apabila kembali dari menunaikan haji / umrah
c.
Bila ada yang melangsungkan perkahwinan
d.
Saat Idul fitri

7. Memberikan hadiah. Iman Dailami meriwayatkan dari Anas dan Marfu' bahawa Rasulullah SAW bersabda "Hendaklah kalian saling memberikan hadiah kerana hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati".

8. Menaruh perhatian terhadap keperluan saudaranya. Diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda: " Siapa yang meringankan beban penderitaan seorang mukmin di dunia pasti Allah akan meringankan beban penderitaannya di akhirat kelak. Siapa yang memudahkan orang yang dalam keadaan susah pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Siapa yang menutupi aib seorang muslim pasti Allah akan menutupi (aibnya)di dunia dan akhirat. Dan Allah akan selalu menolong hambaNya jika hamba tersebut menolong saudaranya." (HR Muslim)

9. Menegakkan hak-hak ukhuwwah saudaranya. Dalam rangka mempererat ukhuwwah maka adalah wajib bagi saudaranya untuk menunaikan hak-hak yang dimiliki saudaranya yang lain, seperti menjenguk saudaranya yang lain bila sakit, mendo'akan bila bersin dan menolong bila kesusahan.

Demikianlah prinsip dasar dan uraian hal-hal yang berkaitan dengan ukhuwwah Islamiyah. Maka sudah barang tentu orang-orang yang mengadakan ukhuwwah fillah dalam rangka melaksanakan ukhuwwah Islamiyyah akan menjadi teladan yang sangat baik bagi orang lain. Dengan bimbingan mereka itu masyarakat menjadi terpimpin sehingga akhirnya masyarakat tersebut mahu untuk mengikutinya.

Membangun Ukhwah Sejati

Sebagai renungan dan panduan untuk kita bersama...setiap pertemuan pasti ada perpisahan....setiap kehidupan pasti ada kematian.......wallahhua'lam..

Wahai insan di bumi yang serba canggih,
Janganlah kau angan-angan begitu panjang,
Ingatlah kelalaian itu,
Tidak ada kesudahannya...

Bintang-bintang yang menemani hari depanmu,
Satu kehormatan yang ada matlamat,
Dan sekatan ini mesti ada sempadan,
Kini jangan percaya segala perdaya hidup,
Matimu sentiasa menggamit,
Pastikan dirimu tidak diperdaya lagi,
Dalam zaman yang jahiliyah menebus budi.

Renunglah dan ingatlah mati itu,
Tidak dapat lari,
Kecantikan jadi rahsia,
Apa yang lebih berkuasa Maha Kuasa,
Itu semua jambatan yang tiada penghujungnya.

Pada hidup yang serba canggih,
Sudahkah kau bersedia?
Dari liku-liku hidup,
Dari hamba yang daif,
Perjalanan pasti kematian sudahnya.

Kematian satu jadual,
Kamu pasti cinta dan kota,
Dimata tempatnya,
Kiranya ingatanmu,
Sudah menjelang untuk bersedia,
Kesudahanlah segalanya.

INGATLAH MATI ITU MENGEJARMU.

This entry was posted in :

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah