Tuesday, February 14, 2012

Siapalah kita untuk menyombong kepada Allah SWT. Apakah kita sedar tatkala kita enggan melaksanakan perintah Allah SWT seperti solat, menutup aurat dan yang lain merupakan petanda bahawa kita sombong dengan Allah? Apakah kita sedar tatkala kita rasa selesa dengan zon dosa yang menjadi kehidupan rasmi kita adalah petanda hati kita sombong kepada Allah SWT?

Kehebatan apa yang kita miliki sehingga memungkinkan kita untuk berasa kita kuat, bagus, dan berkuasa sehingga kita mengetepikan aturan hidup berpaksikan wahyu Allah SWT.

Cabaran Anak Muda

Saya masih ingat lagi pengalaman berprogram dengan sekumpulan pelajar yang dikategorikan sebagai paling bermasalah di sekolah. Sedih dan sayu melihat mereka kerana mereka tidak solat dan kehidupan mereka jauh dari cahaya keimanan. Saya faham sesungguhnya mereka tidak mahu jadi begitu, tetapi malang tiada siapa yang mahu membimbing mereka walaupun ahli keluarga mereka sendiri. Saya bertanyakan kepada mereka, mengapa tidak solat, jawapan mereka mudah, “Kami tidak pernah tengokpun mak ayah kami solat.”

Latarbelakang kes mereka memang hebat, sebut sahaja apa masalah disiplin yang melanda pelajar sekolah hari ini; rokok, ponteng, zina, gaduh, arak, buli, semua koleksi kes itu ada pada diri mereka. Bukan mudah untuk berprogram dengan pelajar sebegini. Inikan pula untuk memberikan ceramah kesedaran. Awal-awal lagi mereka menulikan telinga untuk mendengar nasihat, apatah lagi ceramah.

Dalam salah satu aktiviti, sekitar 11 malam, saya membawa mereka ke dalam hutan, berjalan tanpa membawa lampu suluh. Sekitar 1KM perjalanan, mereka tidak pernah berhenti bercakap, seperti tiada ada apa yang menakutkan mereka. Maklumlah, “hero” sekolah. Bahkan mereka beranggapan kami cuba menakut-nakutkan mereka dengan kegelapan malam. Ada yang dengan sengaja membuat bunyian seperti suara hantu untuk saling menakutkan, kemudian mereka terbahak-bahak ketawa.

Saya sekadar mendiamkan diri mendengar aksi dari suara mereka. Kemudian sesuatu berlaku. Fasilitator saya yang berada di hadapan sekali berhenti dan memanggil saya. “Cikgu, saya rasa kita tersesat. Saya dah tak jumpa penanda jalan yang saya buat petang tadi.”

Tersesat Tanpa Cahaya?

Semua kami terdiam. Suara-suara kebisingan tadi senyap seketika. Mereka mula berbisik, kita tersesat? Tengah hutan ni? Kemudian saya memberitahu pada semua peserta, kita tersesat dan tidak menemui jalan yang sepatutnya kita ikut. Kemudian meminta mereka agar sentiasa bersama dalam pasukan dan tidak memandai-mandai berjalan sendirian. Semua terdiam. Tidak semena-mena satu bau busuk menusuk ke rongga hidung. Seseorang berbisik dengan kuat, “Bau apa busuk ni?” Kemudian ada yang menyuruh diam dan jangan ditegur. “Mulut jangan celupar.” Kata salah seorang peserta. Masing-masing sudah terbayang igauan Jangan Pandang Belakang...

Tiada yang berani bersenda lagi, tiada yang mahu berbicara, yang kedengaran suara cengkerik dan serangga malam menemani kesenyapan kami. Sesuatu yang tidak disangka berlaku. Saya mendengar bisikan peserta yang menyebut nama Allahuakbar, bisikan yang membacakan Fatihah dan bisikan menyebut kalimah tayyibah berulang kali. Saya berkata di dalam hati saya, “Subhanallah, masih ada Allah dalam hati mereka. Tahu pula mereka ingat Allah pada saat ini.” Senyum saya sendirian.

Kemudian saya mengajak peserta mengikut arah saya. Kami harus berpatah balik. Tapi melalui jalan yang mana? Suasana di saat itu gelap gelita, wajah sesama kami pun tidak dapat dilihat. Saya memilih mengikut arah sungai mengalir untuk kembali ke base camp. Dalam perjalanan itu, semua peserta senyap. Tiada lagi suara-suara riak sombong dan rasa hebat ketika di awal perjalanan kedengaran. Saya mengajak mereka berzikir dengan suara yang perlahan sambil berjalan. Malam itu, di tengah hutan, segerombolan pemuda berjalan sambil berzikir mencari jalan pulang.

Setelah penat berjalan, kami berhenti seketika. Saya mengajak semua peserta duduk berehat. Masing-masing duduk begitu rapat, mungkin nak kurangkan rasa ketakutan atau takut ditinggalkan, atau takut dipegang oleh lembaga jembalang. Ketika itu, saya bertanyakan kepada mereka, “Apa perasaan kamu ketika ini?” Dengan lemah mereka menjawab, “Takut, bimbang, risau.” “Siapa yang kamu ingat pada saat ini,” tanya saya lagi.

Mereka Yang Tertunduk

“Allah.” Itulah jawapan serentak yang saya dengar dari remaja-remaja ini. Lalu saya pun mengajak peserta bermuhasabah, begitulah lumrahnya kehidupan manusia, di saat dia merasakan dirinya hebat, kuat, dia merasakan dirinya tidak memerlukan Allah. Lalu dia sombong, bongkak dan takabbur kepada Allah. Dia lupa Allah. Dia merasa mulia dengan dosa, maksiat dan mungkarat yang dihimpunkan bahkan dipublisitikan agar orang tahu, dialah pelaku dosa itu. Dahinya mendongak ke atas, tidak mampu dan tidak mahu rapat ke bumi dan sujud kepada Sang Pemilik Alam Raya ini; Allah SWT. Dia lupa bahawa, satu saat nanti, dahi dan kepalanya yang sombong itu akan menunduk jua tatkala berada di Padang Mashyar. Akan menunduk jua hatinya kelak, dengan perasaan malu, takut, dan mengharap kepada Allah, lalu dia akan mengemis kepada Allah SWT agar diberikan peluang kembali pada dirinya untuk sujud dan beribadah kepada Allah dan dia berjanji tidak akan melakukan dosa demi dosa lagi. Dia akan merintih, merayu, mengemis, meraung…. Firman Allah SWT dalam surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud:

“Dan (alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.

Allah SWT Sang Maha Pengasih dan Maha Rahman,menggambarkan kepada kita bagaimana penyesalan yang tidak ada gunanya? Kesedaran yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk tempat kembali seperti yang dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia dulu? Apakah yang menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang Allah berikan untuk hidup di dunia dahulu?

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan.”

Kita Masih Berbaki Masa Di Dunia Ini...

Bersyukurlah kita yang masih hidup ini, bayangkan orang yang meninggal dunia dalam keadaan lalai lalu meminta untuk kembali ke dunia. Apa yang diminta oleh orang yang menyesal itu? Mereka menjerit minta dikembalikan ke dunia agar mereka dapat beriman sepenuhnya kepada Allah. Maka kita yang ada di dunia ini segeralah beriman,segeralah bertaubat, berbuat kebajikan, mencipta kebaikan, menyambut seruan azan, menutup aurat, dan apa sahaja yang Allah kehendaki. Bersegeralah meninggalkan apapun larangan Allah. Segera kita hentikan.

Saya merumuskan perbincangan bersama dengan adik-adik ini, “Syukur, adik-adik semua masih ingat kepada Allah saat ini. Ternyata dalam diri kita masih ada iman. Mari kita hidupkan sisa-sisa iman yang ada pada diri kita sebelum ia padam dan hilang. Allah tidak akan pernah mensia-siakan hamba-Nya yang mahu kembali kepada-Nya. Seperti saat ini, tadi dalam perjalanan kita telah kehilangan arah, lantas kita teringat segera kepada-Nya, dalam diam, takut dan harap kita berdoa mohon bantuan, harapkan agar Allah SWT selamatkan kita dari terus tersesat, walaupun pada awal perjalanan tadi kita lupa pada-Nya. Dan kini Allah telah menemukan jalan pulang buat kita. Mari kita ikut jalan pulang ini agar kita tidak tersesat kembali. Kita tersesat tadi kerana kita kehilangan petunjuk. Saat ini Allah telah berikan kita sedikit petunjuk, petunjuk untuk keluar dari kegelapan dan kesesatan, kembali kepada cahaya dan jalan yang lurus. Mari kita lalui jalan ini. ”

Perbicaraan saya terhenti di situ. Kedengaran suara esakan kecil. Kemudian kami meneruskan perjalanan. Semua kami senyap disepanjang baki perjalanan. Saya sendiri gusar dan bimbang, mengambil peluang untuk bermuhasabah, moga saya tidak termasuk dalam kelompok yang menyesal di Mashyar nanti. Sebaik tiba di base camp, seorang peserta bersuara, “Cikgu, macamana kami nak kembali kepada Allah?” Semua peserta memandang kepada saya. “InsyaAllah kita akan bersama-sama memperbaiki diri kita. Kita minum, rehat dan tidur dulu. Esok kita akan sambung.” Respon saya bersahaja.

Program keesokan harinya ada kelainan. Semua peserta sudah berada di surau lebih awal menantikan subuh. Saya menghela nafas. Sekeras-keras hati manusia, akan lembut jua dengan kurniaan hidayah dari Allah SWT. Semoga diri ini, adik-adik ini dan kita semua mengecap husnul khatimah kelak.

Bicara akhir, marilah kita yang masih di dunia ini segera memperbaharui keimanan kita kepada Allah SWT, segeralah bertaubat, berbuat kebajikan, segera menyambut seruan azan, menutup aurat, dan seluruh perkara yang diperintah Allah ke atas kita.

“Dan hendaklah kamu meminta ampun kepada Tuhanmu dan bertaubat kepada-Nya. (Jika kamu mengerjakan yang demikian), niscaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik (terus menerus) kepadamu sampai kepada waktu yang telah ditentukan dan Dia akan memberikan kepada tiap-tiap orang yang mempunyai keutamaan (balasan) keutamaannya. Jika kamu berpaling, maka sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa siksa hari kiamat” (Huud : 3)

Petikan tulisan penulis di http://langitilahi.com/7233

LangitIlahi.Com: Mereka Yang Tertunduk...

Wednesday, February 08, 2012

Tugas melawan hawa nafsu bukanlah suatu yang mudah. Suatu saat ketika para sahabat dan Rasulullah SAW kembali dari perang Badar, Nabi SAW bersabda:

“Kita kembali dari perjuangan kecil, menuju kepada perjuangan yang lebih besar iaitu perjuangan terhadap hawa nafsu.” (HR al-Baihaqy)

Menyelaraskan hawa nafsu dengan apa yang Rasulullah SAW dan Allah SWT kehendaki amat berat kerana 4 perkara:

1.Hawa nafsu tidak terlihat

2.Hawa nafsu adalah sebahagian dari diri manusia itu sendiri

3.Dorongan dan pengaruh hawa nafsu tidak pernah berhenti sepanjang hayat manusia

4.Kita tidak diizinkan Allah untuk menghentikannya tetapi sekadar menaklukinya.

Justeru Nabi SAW menyimpulkan bahawa:

“Musuhmu yang paling ganas ialah nafsumu sendiri yang berada antara dua sisimu.” (HR al-Baihaqy)

Mereka yang sanggup melawan nafsu ialah mereka yang percaya kepada akhirat serta hari pembalasan. Inilah kekuatan dan keyakinan yang harus ada pada umat Islam. Keyakinan ini menjadikan mereka golongan yang sanggup mengetepikan keseronokan sementara demi untuk mencapai matlamat jangka panjang yang kekal abadi. Denis Waitley dalam Empires of the Mind berkata, “Saya berpendapat, salah satu punca utama yang menyebabkan Amerika bermasalah besar pada hari ini ialah, rakyatnya begitu asyik dan ghairah dengan keseronokan jangka pendek dan melupakan kepentingan jangka panjang.”

Ternyata kegagalan manusia dalam mengurus hawa nafsu mereka akan melahirkan masyarakat yang rosak. Allah SWT telah berfirman dalam surah Yusuf ayat 53 yang bermaksud:

“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan”.

Ini menunjukkan penekanan yang tegas bahawa nafsu membawa kepada kejahatan.

Mujahadah Hawa Nafsu
Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amru bin Al-‘Ash RA, katanya: “Telah bersabda Rasulullah SAW: ‘Tidak benar-benar beriman seseorang daripada kamu sehingga hawa nafsunya menuruti apa yang aku bawa.”
(Hadis ini hadis hasan sahih yang kami riwayatkannya dari kitab al-Hujjah dengan sanad sahih.

Ada beberapa pengajaran yang boleh kita pelajari:
1.Hadis ini menerangkan bahawa salah satu daripada tuntutan iman bagi seseorang ialah hawa nafsunya mestilah tunduk dan menurut ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

2.Sekiranya dia mengutamakan hawa nafsunya daripada mengamalkan ajaran Islam atau menyintai maksiat daripada amal kebajikan, maka imannya masih tidak sempurna.

3. Ungkapan ‘tidak benar-benar beriman’ dalam maksud hadis di atas bererti iman tidak sempurna, masih cacat atau tempang, bukan bererti telah jatuh kufur. Seseorang itu hanya jatuh kufur apabila dia menafi atau menolak mana-mana ajaran Islam.

4. Mujahadah hawa nafsu (berjihad melawan hawa nafsu) adalah mujahadah yang berat, yang tidak tertanggung dan tidak mampu dilaksanakan kecuali oleh orang yang benar-benar ikhlas beriman dan mencintai Allah serta Rasul-Nya.

Mujahadah bermaksud “berusaha untuk melawan dan menundukkan kehendak hawa nafsu.” Dalam sebuah hadis bertaraf hasan, nabi bersabda, “Seorang mujahid (iaitu seorang yang berjihad) ialah dia yang melawan hawa nafsunya kerana Allah.” Mengikut Said Hawa dalam Al-Asas fit Tafsir, “Secara dasarnya melawan hawa nafsu bermaksud menundukkan nafsu agar ia mengikut kehendak Allah dalam setiap perkara.” Apabila nafsu dapat dikalahkan seseorang akan mengutamakan perkara yang dicintai Allah dan mengetepikan kehendak peribadi.

Dalam Ihya Ulumuddin Imam Al-Ghazali berkata, “Antara tanda kecintaan hamba kepada Allah ialah dia mengutamakan perkara yang disukai Allah daripada kehendak nafsu serta peribadi, sama ada dalam aspek zahir atau batin. Oleh itu seseorang yang mencintai Allah sanggup memikul kerja-kerja yang sukar serta sanggup melawan hawa nafsunya kerana Allah

Tips Melawan Hawa Nafsu.
Dalam Al-Asas fit Tafsir, Said Hawa berkata, “Takwa adalah hasil daripada hidayah dan hidayah adalah hasil daripada mujahadah. Justeru mujahadah melawan hawa nafsu adalah titik permulaan kepada takwa. Antara amalan yang membantu usaha untuk melawan hawa nafsu ialah bacaan Al-Quran, solat dan zikir. Nabi ketika disoal tentang jalan untuk mencapai syurga telah menjawab, ‘Bantulah dirimu dengan banyak bersujud’. Banyak bersujud bermaksud banyak bersolat dan banyak bersolat bermaksud banyak berzikir dan membaca Al-Quran.”

Selain itu, ada beberapa tips yang para ulama bimbingkan kepada kita, antaranya:

1.Hendaklah dia memperkuatkan rasa takutnya kepada Allah dan selalu mengingat berbagai kengerian siksa Allah diakhirat kelak.

2.Hendaklah dia meninggalkan segala sebab yang membuatnya terjatuh kembali kepada hasutan hawa nafsu.

3.Hendaklah dia meninggalkan rakan/kawan yang tidak baik, supaya dia tidak mudah termakan oleh ajakan hawa nafsu. Sebagai gantinya, hendaknya dia bergaul dengan orang-orang soleh yang mengamalkan agama Allah

4.Hendaklah dia menjauhi tempat-tempat yang dapat menjerumuskannya kepada hasutan hawa nafsu dan memperbanyak bersimpuh di dalam rumah Allah (Masjid).

5.Hendaklah dia selalu menyibukkan diri dengan zikrullah dan membaca Al-Quran, kerana hati yang lalai dari Allah sangat mudah bagi syaitan untuk mendorongnya kepada hawa nafsu.

6. Hendaklah dia komited dengan program-program tarbiyah ruhiyah dan sering menghadiri halaqah-halaqah ilmu yang dapat meningkatkan kefahaman dirinya untuk membina kekuatan iman dan melawan hawa nafsu.

7.Hendaklah dia sibukkan dirinya dengan program dan aktiviti yang bermanfaat seperti program dakwah dan sebagainya agar masanya tidak dibiarkan kosong dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Masa yang terbiar kosong akan menggalakan hawa nafsu menyibukkan dirinya dengan perkara yang melalaikan dan merosakan. Kata pepatah Arab;

"Nafsumu jika engkau tidak menyibukkannya dengan kebenaran, nescaya dia akan menyibukkan dirimu dengan kebatilan."

8.Sentiasa berdoa dan berserah diri kepada Allah SWT

Imam Ibnu Jauzi juga ada memberikan beberapa tips dan motivasi kepada kita untuk membina kekuatan melawan asakkan hawa nafsu, antaranya:

-Seteguk kesabaran untuk memotivasi dirinya agar bersabar atas kepahitan yang dirasakan saat mengekang hawa nafsu. Kekuatan jiwa untuk menumbuhkan keberaniannya meminum seteguk kesabaran tersebut. Kerana hakikat keberanian tersebut adalah sabar barang sesaat! Sebaik-baik bekal dalam hidup seseorang hamba adalah sabar!.

-Selalu memeperhatikan hasil yang baik dan kesembuhan yang diperolehi dari seteguk kesabaran.

-Selalu mengingat pahitnya kepedihan yang dirasakan daripada kelazatan menuruti kehendak hawa nafsu. Kedudukan dan martabatnya di sisi Allah dan di hati para hamba-Nya lebih baik dan berguna daripada kelazatan mengikuti tuntutan hawa nafsu.

-Hendaklah lebih mengutamakan manis dan lazatnya menjaga kesucian diri dan kemuliaanya daripada kelazatan kemaksiatan.

-Hendaklah bergembira dapat mengalahkan musuhnya, membuat musuhnya merana dengan membawa kemarahan, kedukaan dan kesedihan! Kerana gagal meraih apa yang diinginkannya. Allah azza wa jalla suka kepada hamba yang dapat memperdaya musuhnya dan membuatnya marah (kesal). Allah berfirman : Dan tidak (pula) menginjak suatu tempat yang membangkitkan amarah orang-orang kafir dan tidak menimpakan suatu bencana kepada musuh, melainkan dituliskanlah bagi mereka dengan demikian itu suatu amal soleh. (At-Taubah:120). Dan salah satu tanda cinta yang benar adalah membuat kemarahan musuh kekasih yang dicintainya dan menaklukannya (musuh kekasih tersebut).

-Senantiasa berfikir bahwa ia diciptakan bukan untuk memperturutkan hawa nafsu namun ia diciptakan untuk sebuah perkara yang besar, iaitu beribadah kepada Allah pencipta dirinya. Perkara tersebut tidak dapat diraihnya kecuali dengan menyelisihi hawa nafsu.

Penutup:Berbahagialah
Berbahagialah seorang hamba yang sentiasa mengenal dirinya dan musuhnya dan selalu berusaha untuk memperbaiki dirinya. Dialah hamba beruntung kerana semakin dia bersungguh-sungguh mengurus jiwa dan hatinya dengan keimanan kepada Allah, dan membersihkan hatinya dari gejolak hawa nafsu maka insyaallah dia akan semakin dekat dengan kepada ampunan Allah SWT dan kasih sayang Allah SWT.
"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta dengan orang-orang yang berbuat baik." (al-Ankabut: 69)

Tarbiyah: Melawan Hawa Nafsu

Monday, February 06, 2012

Bagaimana kita memaknai cinta? Cinta punya pelbagai telahan dan tafsiran. Walaupun sudah pelbagai buku terbit bicara akan cinta, maknanya masih tetap luas seluas pemilik cinta itu; Allah SWT. Malahan Imam Ibnul Qayyim sendiri pernah berkata sukar untuk mendefinasikan cinta itu. Ibnul Qayyim berkata, terkadang cinta membawa maksud al luft (kelembutan). Terkadang cinta satu makna dengan rahmah atau kasih sayang. Kadang cinta bermakna thadiyah atau pengorbanan. Kadang cinta dekat dengan itsar iaitu mendahului orang lain walaupun dirinya amat memerlukan.

Pengaruh Cinta

Begitu dalamnya makna cinta ( Al Mahabah) sampai-sampai ada yang mengeluarkan pendapat tentang makna cinta seperti “Hati yang buta untuk melihat selain orang yang dicinta, tuli untuk mendengar selain yang dicinta”. Seperti yang dinyatakan dalam sebuah hadith:

“Kecintaanmu terhadap sesuatu mampu membuat buta dan tuli” (HR. Ahmad).

Menurut Imam Ibnu Jauzi pula, cinta adalah kecondongan jiwa yang sangat kuat kepada satu bentuk yang sesuai dengan tabiatnya, maka jika pemikiran jiwa itu kuat mengarah kesana, ia akan selalu mengharapkannya. Oleh kerana itu pula, biasanya penyakit baru akan selalu muncul bagi orang yang sedang jatuh cinta, demikian huraian beliau dalam kitab Dzammul Hawa. Demikianlah impak cinta, pengaruhnya boleh menjadi positif bahkan mampu mengheret kita kepada negatif.

Abu Umar az-Zajaji pula berkata, aku pernah bertanya kepada al-Junaid, tentang definasi cinta, lalu ia berkata, “Cinta adalah anda mencintai semua yang dicintai Allah pada hamba-hamba-Nya dan membenci semua yang dibenci Allah pada hamba-hamba-Nya.” Inilah benchmark kalau mahu bercinta. Kayu pengukur samada cinta kita itu benar atau tidak, ianya merujuk kepada matlamat cinta itu. Apakah ia selari dengan kehendak Allah SAT atau sebaliknya.

Cinta berbeza dengan syahwat. Cinta itu mesti baik, suci, bersih dan mendapat redha Allah. Sedangkan syahwat adalah cinta yang ternoda. Cinta yang ternoda akan membawa kita kepada kehancuran, kelalaian dan terhalang dari menerima petunjuk Allah SWT. Namun cinta syahwatlah yang menjadi arus cinta anak muda hari ini. Apabila bicara cinta sahaja, kita akan melihat anak-anak muda terpesona dengan keindahannya sehingga melupakan kebesaran Allah SWT. Apabila cinta kita mengenepikan kebesaran Allah SWT kita akan kehilangan keindahan yang paling besar, iaitu keindahan syurga. Justeru kalau kita terlepas keindahan syurga, ke mana kita akan pergi nanti di akhirat?

Kemuliaan Kita Bermula Dengan Keimanan

Kemuliaan cinta yang bersih kerana Allah akan membawa kemuliaan buat diri kita di akhirat dengan meraih syurga. Dalam sahih al-Bukhari, Rasulullah SAW menjelaskan kemuliaan cinta yang melayakkan seseorang meraih syurga Allah SWT. Ada seorang arab badwi bertanya kepada Rasulullah SAW. “Ya Rasulullah, bilakah hari kiamat?” Kemudian Rasulullah bertanya, “Apakah yang telah kamu persiapkan untuk menghadapinya.” Lalu arab badwi itu menjawab. “Aku tidak menyiapkan sesuatu untuk menghadapi kiamat, kecuali hanya cinta Allah dan Rasul-Nya.” Lalu Rasulullah SAW menjawab, “Fainnaka ma’a man ahbabta, sesungguhnya engkau kelak di hari kiamat berada bersama dengan apa yang engkau cintai.”

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; “Demi Zat yang jiwaku ada dalam genggamanNya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai”. HR Muslim.

Dalam hadith di atas, persiapan keimanan menjadi asas kepada pembinaan cinta sesama manusia. Bermakna, proses pembinaan iman adalah yang paling asasi sebelum membina cinta yang Allah redha. Tanpa keimanan yang benar, maka manusia akan terjebak dengan cinta syahwat. Inilah permasalahan kita, kita mahu merasai keindahan dan kebahagiaan cinta, tetapi kita tidak bersedia menyiapkan diri kita untuk beriman dengan Allah SWT dengan sebenar-benar iman sehingga melahirkan perasaan cinta berpaksikan wahyu. Hari ini ada yang rela melanggar syariat demi cinta, mengapa? Kerana hatinya tidak disiapkan dengan iman.

Kalau begitu, dalam Islam susahlah nak bercinta? Ada pula yang merasakan cinta sesama manusia (antara lelaki dan wanita) itu haram atau tidak digalakan dalam Islam. Ini pandangan yang salah. Allah menuntut kita sebagai muslim saling mencintai kerana Allah. Namun, Allah membimbing kita agar membina cinta berasaskan iman bukan nafsu. Lihatlah di Barat hari ini, mereka memperjuangkan kebebasan dalam berhubungan baik antara sesama jantina mahupun berlainan jantina, Akhirnya hari ini mereka menghadapi masalah kelahiran anak luar nikah dan berkesedudukan antara lelaki perempuan sehingga merosakan insitusi kekeluargaan mereka. Makin parah mereka menghalalkan perkahwinan sesama jantina atas dasar kebebasan individu. Situasi ini akan melahirkan generasi masa depan yang celaru dan hilang makna kemanusiaan sebenar. Di negara kita juga saat ini kelahiran anak luar nikah semakin berkembang, penceraian rumahtangga kalangan yang baru berkahwin semakin meningkat. Bahkan ribuah perkahwinan dibina atas asas syahwat justeru berlaku porak peranda dalam institusi kekeluargaan. Apakah hal ini kita sedari?

Jalan Meraih Cinta Allah

Islam tidak pernah menghalang cinta. Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW;
“Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT.

Luarbiasa, Islam telah mendepani garis panduan dalam persoalan cinta kerana Allah amat memahami akan naluri manusia. Islam tidak pernah memisahkan persoalan cinta dengan persoalan iman. Masalahnya kita yang memisahkannya kerana kelemahan jiwa kita yang tidak diisi dengan keimanan. Atau kita tidak membesar dengan biah (suasana) keimanan.

Mencintai seseorang kerana Allah merupakan sebahagian dari proses meraih kenikmatan iman. Justeru siapa kata Islam melarang cinta, bercintalah kerana Allah kerana ianya akan menyuburkan iman.

Dalam hadith Qudsi Allah berfirman; “CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu, dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan keranaKu”.

Indahnya bila cinta kita berpaksikan iman. Hanya kerana mencintai seseorang kerana Allah, maka Allah akan mencintainya pula. Subhanallah. Inilah rahsia kenapa para sahabat Muhajirin dan Ansar diiktiraf sebagai sebaik umat. Mereka membina cinta sesama mereka kerana Allah. Mereka meletakkan iman mereka kepada Allah dan Rasulullah SAW di hadapan dalam membina kecintaan. Mereka bahagia dalam cinta yang hakiki. Kehidupan mereka penuh dengan kasih sayang dan kecintaan pada yang satu, Allah SWT.

Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagunganNya, nescaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naunganNya.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu”. (HR Muslim)

Mari kita membina cinta yang membangkitkan prestasi terbaik kita di akhirat kelak. Kita meletakkan aspirasi cinta agung kita kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW kemudian untuk orang-orang soleh, untuk keluarga kita, untuk sahabat-sahabat kita yang ikhlas bersahabat dengan kita, dan kita cinta akan diri kita. Jangan sampai cinta yang bersih yang seharusnya dapat menghantarkan kita ke syurga, dikotori dengan tindakan kenistaan kita akibat gejolak hawa nafsu. Dalam sebuah hadith qudsi, Allah berfirman pada hari kiamat, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagungan-Ku, pada hari ini aku akan lindungi mereka pada hari tidak ada perlindungan kecuali perlindungan-Ku.”

Energi Cinta Yang Mendasyatkan Peribadi

Mari kita arahkan energi cinta kita untuk berprestasi sebagai hamba Allah. Mari menjadi hamba Allah kerana kita cinta kepada Allah, insyaAllah kita akan mudah berprestasi sebagai hamba-Nya yang baik di dunia. Mengapa para sahabat RA memiliki prestasi yang luarbiasa sehingga memberi implikasi besar kepada sejarah ketamadunan manusia? Kerana cinta mereka yang begitu besar kepada Allah SWT. Lantas mereka dicintai oleh Allah, Rasul, para malaikat dan seluruh penduduk bumi.

Dalam sahih Bukhari dan Muslim diriwayatkan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang menyatakan bahwa Rasulullah SAW bersabda;

“Kalau Allah sudah mencintai seorang hamba, Dia memanggil Jibrail dan berkata, ‘Aku mencintai fulan, cintailah dia.’ Jibrail pun mencintainya, kemudian Jibrail pun berseru di tengah penduduk langit, ‘Diumumkan bahawa Allah mencintai si fulan, kerana itu cintailah dia.’ Maka seluruh penduduk langit mencintainya. Lalu disampaikan kepada penduduk bumi, dan seluruh penduduk bumi mencintainya.”

Inilah penangan cinta hakiki, mendasyatkan peribadinya di sisi Allah dan makhluk-Nya. Tidak teringinkah kita membina cinta kita atas paksi ini, samada kita membina cinta sesama manusia apatah lagi cinta kepada suami, isteri dan anak-anak. Jom meraih cinta yang mendasyatkan di sisi sang pemilik cinta…Allah SWT.!

Petikan tulisan penulis di langitilahi.com http://langitilahi.com/7107

LangitIlahi.Com: Kemuliaan CINTA

This entry was posted in :

Monday, January 30, 2012

Hari ini saya kongsikan penyampaian pengisian saya ketika berusrah di Pasir Mas malam semalam, semoga memberi manfaat buat pembaca, khususnya buat saya sendiri. Tulisan ini adalah susunan Al Marhum Syeikh Ustaz Dahlan Mohd Zain.

Yang dimaksudkan dengan peribadi ialah manusia itu sendiri dengan fizikalnya, mentalnya, spiritualnya dan juga akhlaqnya yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Peribadi Muslim tidak pernah terkenal dan tidak pernah bersinar di kalangan masyarakat manusia kecuali ianya dibina di atas Tauhid keImanan kepada Allah s.w.t. Peribadi yang tinggi dan mulia ini telah pernah lahir pada suatu kumpulan yang terkenal dengan panggilan Generasi Al Quran.

Generasi Yang Di Didik

Suatu generasi yang dididik, diasuh dan dipimpin sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda. Generasi yang menjalani latihan Tauhid dan Keimanan kepada Allah s.w.t dan kepada prinsip-prinsip keImanan yang lain selama lebih kurang 13 tahun secara praktiknya. Generasi yang menjalani proses keImanan yang mentauhidkan Allah s.w.t dalam ertikata yang sebenar-benarnya, memenuhi sifat-sifat Uluhiyyah dan Rububiyyah dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. Generasi yang ada suatu ketika dahulu, ketika menjalani latihan Tauhid telah diazab dengan berbagai azab dan siksaan serta gangguan malah secara bersatgu semua tenaga Jahiliyyah bagi menghalang dan menghapuskan Nur Iman sebagai asas pembentukan peribadi yang kian hari semakin bersinar dan meningkat dalam usaha pembentukannya. Itu tidak dapat menyekat kemaraannya. Firman Allah s.w.t :

Terjemahannya :

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai ( Surah at Taubah : 32 )

Dari latihan, didikan serta pimpinan junjungan kita Muhammad s.a.w yang berpandukan wahyu Allah s.w.t, al Quran al Karim sebagai sumber pembentukan, maka terbentuklah keperibadian Muslim pada kumpulan pertama para pemuda Quraisy. Kumpulan yang telah dilatih dan dididik sebagai jiwa tauhid tersebut telah tidak lagi terpengaruh atau dipengaruhi oleh nilai tamakkan dunia. Malah cita-cita memenangi keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Kumpulan ketika mana mendengar panggilan Iman kepada Allah s.w.t dan kepada Rasul Nya, mereka merasakan kehidupan Jahiliyyah sudah tiada nilai lagi dan tidak lagi memberi kesan terhadap mereka. Jiwa mereka memberontak ketika berada di dalam cengkaman Jahiliyyah. Jiwa mereka tidak sabar-sabar lagi untuk pergi menyahut panggilan Iman kepada Allah s.w.t dan Rasul Nya.

Impak Tauhid

Setelah keyakinan tauhid benar-benar menguasai jiwa mereka, mereka terus menghulurkan tangan untuk mengikat janji setia dan penyerahan sepenuhnya dengan lafaz:- Aku bersaksi bahawa Tiada Illah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah

Mereka menyerah jiwa raga mereka di bawah perintah Rasulullah s.a.w pada hal mereka mengetahui benar bahawa jiwa mereka diancam, hidup mereka tergugat dan mereka akan menghadapi berbagai kesulitan dan kesusahan untuk sampai kepada matlamat tersebut. Tetapi kumpulan yang dididik dan diasuh oleh Rasulullah s.a.w dengan al Quran al Karim ini memahami dan menyakini akan realiti tersebut. Firman Allah s.w.t :

Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi ?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta . ( Surah al’Ankabut : 1-3 )

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan ( dengan bermacam-macam cubaan ) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman : Bilakah datangnya pertolongan Allah ?. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Surah al Baqarah : 214 )

Segala kesulitan, kesusahan dan pahit getir perjuangan dan jihad di Jalan Allah s.w.t yang mereka tempuhi itu tidak sesekali melemahkan Iman mereka. Malah Iman mereka kian bertambah yakin dan bertambah tabah menghadapi apa yang mereka sifatkan sebagai ujian dari Allah s.w.t. Ini dapat dilihat di dalam al Quran al Karim di dalam firman Allah s.w.t:

Dan tatkala orang-orang mu’min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan Rasul Nya . Dan yang demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. ( Surah al Ahzab : 22 )

Tarbiyah di Madrasah Rasulullah SAW

Begitulah Rasulullah s.a.w mengasuh jiwa mereka dengan al Quran al Karim, mendidik hati nurani mereka dengan Iman, mengajak mereka patuhj kepada Allah dalam melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Dengan didikan demikian maka kian bertambah tinggilah jiwa dan hati mereka, kita bertambah luhurlah akhlaq mereka dan kian bertambah bebaslah mereka dari kekuasaan kebendaan dan rintihan hawa nafsu yang menyesatkan dan terpancarlah rasa cintakan Allah s.w.t, Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang berada di dalamnya.

Rasulullah s.a.w juga mengajar mereka bersabar menghadapi kesusahan, mengajar mereka mengawal jiwa mereka yang pernah benar terlatih dengan peperangan semasa Jahiliyyah seolah-olah mereka dilahirkan bersama-sama peralatan senjata. Mereka dhidup di zaman yang tidak pernah sunyi daripada peperangan dan pertumpahan darah, seperti peperangan Basus, Dahit dan peperangan Ghabra. Begitu juga dengan peperangan al Fijar belum lagi sejuk dan masih terasa bahangnya. Tetapi Rasulullah s.a.w melalui asuhan dan didikan al Quran al Karim mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.w.t membendung jiwa peperangan dan semangat kebangsaan dengan arahan baginda yang bermaksud : “Hentikanlah kekerasan dan dirikan solah

Maka secara patuh mereka menghentikan peperangan dan kekerasan serta bersabar dalam menghadapi siksaan Kuffar Quraisy. Ini bukanlah kerana lemah dan takut. Sejarah tidak pernah mencatatkan bahawa seseorang Muslim di tahap Makkah pernah mempertahankan diri dari kezaliman Quraisy dengan senjata meskipun ia berkemampuan untuk berbuat demikian. Inilah suatu sifat kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan hasil daripada pembentukan Rasulullah s.a.w mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.w.t yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah kemanusiaan.

Dengan roh tauhid dan keImanan, dengan pengajaran Nabi yang sempurna, dengan pendidikan yang teliti dan bijaksana, dengan peribadi Rasulullah s.a.w yang luarbiasa dan dengan Kitab suci al Quran al Karim yang dipenuhi dengan mukjizat, maka Rasulullah s.a.w dapat membangunkan kehidupan yang baru kepada Generasi Pertama dahulu dan mengangkat kembali nilai kemanusiaan yang hampir musnah. Kemudian Rasulullah s.a.w meletakkan di tempat yang sewajarnya untuk mengisi hidup baru kepada kemanusiaan.

Tarbiyah Melahirkan Peribadi Luarbiasa

Hasil dari usaha-usaha Rasulullah s.a.w yang gigih lahirlah peribadi Muslim seperti Abu Bakr as Siddiq yang terkumpul padanya sifat-sifat terpuji. Orang dahulunya tidak pernah menyangka dan tidak pernah disangka akan menjadi orang yang pertama meneruskan amanah Allah s.w.t yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk memimpin manusia ini ke matlamat yang suci murni.

Lahir juga peribadi Muslim seperti ‘Umar al Khattab yang dahulunya mengembala unta bapanya, al Khattab, meskipun padanya terdapat sifat-sifat tegas dan berani tetapi tidak pernah menyediakan tapak untuk meletakkan ke tempat yang tinggi dan tiada siapa yang menyangka dengan pimpinan dan didikan baginda Rasulullah s.a.w tiba-tiba ‘Umar muncul menggemparkan alam ketika itu dengan kepintaran dan ketegasannya serta keberaniannya dapat merobohkan singgahsana Kaisar Romawi.

Kemudian dapat menegakkan di atas keruntuhan untuk pemerintahan Islam yang dapat mengatasi Romawi dan Farsi di segi pentadbiran dan peraturan dan ditambah pula dengan sifat-sifat wara’, taqwa, tegas dan adil yang menjadi contoh teladan zaman berzaman.

Juga lahir peribadi-peribadi seperti ‘Ali bin Abi Talib, ‘Aisyah, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, Zaid bin Thabit, sebagai tokoh-tokoh ulama yang tiada bandingannya dari dahulu hingga sekarang dan mungkin juga di masa akan datang. Mereka ini adalah hasil daripada latihan dan didikan Madrasah Rasulullah s.a.w, maka terpancarlah ilmu pengetahuan daripada tokoh-tokoh tersebut dan kata-kata hikmat lahir daripada mulut-mulut mereka. Mereka bercakap maka seluruh zaman akan terdiam danmereka berkhutbah maka seluruh zaman menunggu-nunggu untuk merakamnya.

Dengan itu lahirlah kumpulan Islam hasil dari didikan Rasulullah s.a.w yang berasaskan Tauhid dan kemampuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan hasi dari pengajian mereka dari sumber al Quran al Karim dan as Sunnah an Nabawiyyah untuk mengepalai dan memimpin manusia ke arah kebaikan yang abadi.

Inilah satu revolusi pembentukan peribadi yang luarbiasa dan satu-satunya yang pernah berlaku di dalam sejarah kemanusiaan dan hingga kini revolusi seumpama itu berulang kembali. Revolusi yang menghasilkan kumpulan Mu’min sejati tampil mengepalai kepimpinan alam ke arah kesejahteraan dengan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia bagi menjamin kesejahteraan dan kejayaan manusia di bawah kepimpinan tersebut.

Keimanan: Apabila Jiwa Di Tarbiyah

Saturday, January 28, 2012

Pada 24 Jan yang lepas, saya menghadiri jemputan program pembinaan remaja anjuran KeARAH Kelantan di Kota Bharu. Ketika hadir ke program ini saya merasa kagum dengan penganjur program kalangan mahasiswa kerana pada saat orang lain sibuk bercuti Raya Cina atau masih sedang berehat-rehat di rumah, mereka meninggalkan semua itu dan istiqamah berusaha menganjurkan program pembinaan remaja dan mahasiswa. Alhamdulillah, umat ini masih tetap miliki generasi muda yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, yang cintakan dakwah dan tarbiyah.

Apa Yang Umat Hilang?

Menghimpunkan remaja dan belia, dan bercerita dengan mereka tentang tuntutan Islam dan harapan umat pada mereka bukan satu perkara yang mudah. Saya mengajak mereka untuk menilai realiti remaja masa kini. Ternyata pandangan mereka hampir sama. Mereka melihat remaja hari ini berada di jurang kehancuran, terjebak dengan keruntuhan akhlak dan diserang dengan virus permasalahan sosial. Persoalan seterusnya saya lontarkan, mengapa terjadi sedemikian? Mengapa remaja dan belia kita mudah terpengaruh dengan permasalahan ini? Apa yang hilang pada diri mereka?

Saya memberikan perumpamaan kepada mereka. Setiap kita ada sesuatu yang kita sayang. Ada yang sayangkan jam tangan, telefon bimbit, laptop, kekasih hati apatah lagi duit. Apabila perkara di atas hilang atau dicuri orang, apakah perasaan kita pada saat itu? Marah, sedih, menangis, kecewa, menyalah orang lain, berusaha mencari sampai dapat dan sebagainyakan. Begitulah manusia, begitu tinggi kecintaannya pada kebendaan dan sanggup menangis akibat kehilangannya. Lalu saya bertanyakan kepada mereka, bagaimana jika IMAN kita kepada Allah SWT hilang dalam diri kita? Akhlak Al Quran hilang pada diri kita, siapakah yang akan menangis, resah, bersedih dan pilu? Pernahkah kita menangis kerana memikirkan kehilangan yang besar itu? Lebih besar dari hilang jam tangan, telefon bimbit, laptop, kekasih hati mahupun duit.

Kesemua mereka bersetuju, permasalahan sosial dan keruntuhan akhlak hari ini berpunca dari kehakisan iman pada diri mereka. Begitu juga pada diri kita, tatkala iman semakin lusuh, maka akan berlaku kemerosotan pada akhlak dan hubungan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya iman itu benar-benar mengalami kelesuan di dalam rongga (dada) salah seorang dari kamu seperti lusuhnya baju. Mintalah kepada Allah SWT agar Allah memperbaharui iman yang ada di dalam hatimu”. (HR Thabrani)

Perbaharui Iman?

lman yang berada dalam jiwa kita sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, terpedaya dengan cinta yang rapuh, selesa dengan kesenangan dan kebendaan dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita.

Memperbaharui iman, itulah kewajiban kita khasnya kepada anak muda hari ini. Projek memperharui iman ini kita sebut sebagai proses Tarbiyah lmaniyah. Proses ini mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur, tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

Kuasa Iman

Menurut Syed Qutb, orang yang memiliki iman yang kuat hanyalah orang-orang yang tidak menjadi hamba-sahaya dari siapapun selain Allah, dan tidak mengikuti siapapun kecuali RasulNya. Generasi beriman ini hanyalah orang yang dengan setulus hati percaya bahawa ajaran Allah dan RasulNya adalah kebenaran yang mutlak, dan apa pun yang bertentangan dengannya adalah sesat, dan apa pun yang baik bagi manusia dalam hidup di dunia ini mahupun di akhirat nanti seluruhnya telah terkandung dalam ajaran-ajaran Allah dan UtusanNya. Seseorang yang beriman sepenuhnya kepada kebenaran-kebenaran ini adalah orang yang selalu mencari petunjuk dari ajaran Allah dan RasulNya dalam setiap langkah-hidupnya dan yang menyangkut masalah yang dihadapinya, dan setelah mengetahui ajaran tersebut, lalu mengikutinya. Inilah yang dikatakan jiwa yang kuat imannya.

Iman adalah sumber kekuatan. Ia merupakan penjaga sekaligus pemelihara seseorang dari sikap meremehkan dosa yang akan mengheret kepada kemalasan untuk beramal. Orang yang lalai dan suka dengan maksiat sebenarnya pada dirinya tidak punya kekuatan. Krisis iman merupakan akar dari segala krisis. Ini kerana jiwa yang kosong dan terhijab dari keimanan tidak akan dapat menuntun pemiliknya ke jalan yang benar. Impak negatifnya juga akan dominan tatkala lemahnya interaksi, keterlibatan dan tanggungjawabnya terhadap pelbagai kewajiban Islam dan tuntutan dakwah. Hal ini adalah cerminan dari krisis iman yang bersemayam dalam hati.

Langkah Bina Iman

Setiap kita dituntut untuk memelihara dan meningkatkan iman dengan melakukan pendekatan diri kepada Allah SWT. Hanya diri kita sendiri yang paling berperanan agar dapat memelihara stabiliti dan kualiti iman kita. Caranya adalah dengan disiplin melakukan tilawatul-Qur’an, zikrullah, rutin membaca doa pagi serta petang, serta ibadah sunnah. Istiqamah dengan amal harian, meskipun sedikit, akan membuat stamina iman kita tetap kuat menghadapi pelbagai gangguan. Konsistensi diri dengan program-program tarbiyah insyaAllah akan dapat menyemarakkan lagi jiwa kita untuk beramal.

InsyaAllah, setelah melewati fasa mentarbiyah hati dengan ikhlas dan berjalan dengan baik, akan lahirlah para rijal da’wah yang ketangguhan jiwanya melebihi kemampuan serta ketahanan fizikalnya. Keberanian yang muncul dari semangat iman menjemput syahadah. Faktor inilah yang menjadikan mereka layak memperoleh pertolongan Allah, melalui kemenangan yang hampir tidak pernah putus. Pada saat inilah musuh-musuh Allah akan merasa gentar dengan kehadiran rijal da’wah yang menjadikan iman sebagai senjata utama kelajuan langkah perjuangannya.

Apakah yang akan memungkinkan kita dapat melahirkan rijal dakwah yang memiliki kekuatan iman yang mendalam? Rahsianya adalah sentiasa istiqamah. Istiqamah adalah akhlak terbesar Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Istiqamah dalam 4 perkara:

- istiqamah dalam hidayah,

- istiqamah dalam keikhlasan,

- istiqamah dalam ketaatan dan

- istiqamah dalam kesabaran.

Inilah perkara terberat bagi setiap kita, para da’i dan bahkan para nabi untuk memilikinya dalam diri mereka. Ayat yang membuat Rasulullah SAW berubah rambutnya, adalah perintah untuk istiqamah.

“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Hud: 112).

Dan inti dari istiqamah adalah kesabaran.

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Rabb-Nya di pagi dan senja hari, dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (Al-Kahfi: 28).

Dalam perjalanan panjang dakwah dan tarbiyah ini, istiqamah dibangun melalui tarbiyah imaniyah yang terus-menerus, baik secara jama’i mahupun dzati (mandiri). Usrah dan halaqah tarbawi sangat dipenuhi dengan suasana ruhiyah dan peribadahan (munakh ruhi wa ta’abbudi), dan pelbagai aktiviti jama’i untuk tarqiyah ma’nawiyah dan tazkiyatun-nafs dilakukan secara berkala dan konsisten. Kemudian, diperkuatkan lagi dengan suasana saling menasihati dalam kebenaran (bil-haq), dalam kesabaran (bis-shabr) dan dalam kasih-sayang (bil-marhamah). Inilah yang saya serukan kepada para peserta yang hadir, semoga adik-adik ini menyahut seruan ini, insyaAllah.

Kehidupan: Keperluan Kepada Tarbiyah Imaniyah

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah