Friday, October 02, 2009

Pesanan Rasulullah saw. buat para pemuda Islam


Pembinaan dakwah Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk
mengharungi kehidupan.


Kepada kamu wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan.

Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

”Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya..... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”

Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang maksudnya:

”Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”

Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah yang bermaksud:

”Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.”

Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:

“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”

Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda:

“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.”

Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat. Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga dia dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai seorang syuhada’.

Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam.

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!

Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua.

Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah Islamiah melalui tangan mereka.

Kamu semua mengetahui –wahai pemuda-, bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah. Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya:

“Turunlah di mana sahaja kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada
kami”.

Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

8 comments:


  1. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah