Showing posts with label Akhlak Muslim. Show all posts

Friday, March 23, 2012

Salam sejahtera, diiringi limpah kasih Ilahi
Istimewa untuk seluruh puteri-puteri Islam sejati!

Di mana jua kalian berada, di seluruh pelusuk bumi tercinta... ibu ziarahi hati kalian,
dengan membawa bingkisan ubudiyah sepanjang hayat.

Moga tautan hati-hati kita ini akan mempersaksikan sepenuhnya tanggungjawab menyebarkan kebenaran deen Allah.

Ingatlah selalu sebuah hakikat keistimewaan;
“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma’aruf dan mencegah daripada mungkar dan beriman kepada Allah” (QS Ali-Imran:110)

Allah juga berfirman yang bermaksud;
“Dan demikianlah pula Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan, agar kamu menjadi saksi (atas perbuatan) manusia dan agar Rasulullah SAW menjadi saksi (atas perbuatan kamu)”. (QS Al-Baqarah:143)

Puteri-puteri serikandi!
Fahamilah sesungguhnya Allah telah menjadikan umat Islam sebagai umat istimewa dengan diberi peranan kepimpinan. Selaku guru (murabbi) dan hakim kepada seluruh manusia di dunia. Ini juga merupakan kesinambungan dari tugas dakwah Rasulullah SAW. Semua ini merupakan tugas agong, mulia, tinggi darjat serta disediakan ganjaran yang besar di sisi Allah. Dengan melaksanakan tugas sedemikian kita akan sarat dengan bekalan taqwa serta beroleh jaminan dari Allah SWT;

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal saleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang yang menyerah diri”. (QS Fussilat: 33).

Puteri-puteri Islam sejati!

Usaha-usaha dakwah Rasulullah SAW dimulakan dengan menerapkan nilai Islam ke dalam diri sendiri. Serentak dengan itu mengajak dan mengumpul keluarga dan sahabat terdekat. Mengajak dan mengumpul diiringi pula dengan usaha membentuk. Dengan kata lain, mengumpul dan membentuk mesti berlaku serentak. Nilai yang diterapkan mestilah nilai Islam yang diwahyukan kepada Rasulullah SAW.

Dalam usaha besar ini kita perlu mengambil satu kaedah yang tepat:

‘PERBAIKI DIRI KAMU DAN SERULAH ORANG LAIN’.

dan

‘TEGAKKANLAH DAULAH ISLAM DI HATIMU, NESCAYA ISLAM AKAN TERTEGAK DI ATAS MUKA BUMI’.

Para penyeru kebenaran (da’i) dan pendidik kebenaran (murabbi) adalah ibarat bintang-bintang yang menerangi kegelapan malam. Mereka juga merupakan pemimpin yang membawa petunjuk kepada umat manusia yang teraba-raba mencari jalan kebenaran.

Tanpa da’i dan murabbi, manusia seluruhnya akan tenggelam dalam kegelapan kejahilan dan menjadi mangsa syaitan dan hawa nafsu. Oleh itu barisan duat (pendakwah) dengan berbekalkan iman dan taqwa, menyeru manusia kepada kebenaran Islam melalui;

Lisan yang jujur.
Hati yang tabah.
Akhlak yang mulia.

Manusia seluruhnya terlebih dahulu menilai kualiti syakhsiyah pada diri penyeru dan penyampai sebelum mendengari ucapan dan ajakan. Dakwah (seruan) dan syakhsiyah sentiasa bertaut rapat, umpama ruh dan jasad. Tingkah laku dan amalan penyeru dan pendidik adalah cermin kepada seruan mereka. Oleh itu mestilah didahului membina;
QUDWAH HASANAH (CONTOH YANG BAIK)

Yakinlah puteri-puteriku,
Seruan kebenaran yang disertai contoh tingkah laku yang baik, akan menyebabkan manusia tertarik untuk mempercayai dan mengikutinya. Sentiasalah meletakkan diri kalian di dalam situasi;

Beramal soleh, supaya tidak menjadi ‘alim yang berbuat maksiat.
Berilmu, supaya tidak menjadi ahli ibadah yang jahil.

Dari itu praktikkanlah langkah-langkah untuk melahirkan qudwah hasanah;

Sentiasa berhubung dengan Allah dan memohon pertolonganNya. Dengan pertolongan Allah jua da’i diberi hidayah untuk beramal sesuai dengan seruannya. Juga melalui usaha-usaha da’i, Allah izin terbuka hati manusia lain menerima kebenaran Islam.
Khuatirkan kemurkaan Allah SWT. Da’i tidak wajar memperkatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya. Tidak sepatutnya memberi nasihat, tetapi tidak menerima nasihat orang lain. Jika demikian da’i akan dimurkai Allah.
Benar dan jujur terhadap diri sendiri. Da’i mestilah bersikap siddiq dan istiqamah. Amalannya selari dengan percakapannya.
Sentiasa bermuhasabah dalam segala urusan dan gerak-gerinya. Bahkan di dalam diamnya dia menilai segala kekurangan amal dan kesalahannya kerana takutkan kemurkaan Allah.

Sentiasa menghisab dan menilai diri sendiri;

Apakah yang telah dilihat oleh matanya, didengar oleh telinga dan diperbuat oleh tangan.
Ke mana kakinya telah melangkah dan apa yang telah masuk ke dalam perutnya?
Adakah dia menjaga perasaannya agar tidak larut dalam angan-angan yang panjang?

Puteri-puterku yang gigih menyeru kepada kebenaran; semuanya ini mestilah ikhlas untuk semata-mata beroleh keredhaan Allah.

Di samping itu, seperkara lagi yang juga penting dalam setiap usaha dakwah seorang da’i ialah; cara bertutur-kata dan penampilan diri.

Pada dasarnya jiwa manusia mudah cenderung dan tertarik dengan penampilan yang menarik. Dalam pengurusan perniagaan,biasanya pesoliti pemasaran yang dipilih dari orang yang punya penampilan menarik seiring dengan produk bekualiti. Seruan dakwah juga merupakan satu tawaran ke arah memilih sebuah sistem hidup berkualiti. Justru itu perlu dipamerkan akhlak, kepribadian dan penampilan terpuji dan menarik. Dengannya setiap diri cuba didekati akan terpaut hati oleh kelembutan jiwa dan pantulan wajah ikhlas serta penampilan simpatik.

Perkara ini bukanlah hanya teori, malahan memang telah Rasulullah SAW perlihatkan dan praktikkan di kalangan sahabat-sahabat baginda.

Sewaktu baginda SAW mengutus perwakilan menemui Heraklius, penguasa Romawi; sahabat baginda Dahyah al-Kahbi dilantik menjadi ketua rombongan. Dia mempunyai tubuh yang segak dan wajah yang tampan. Selain beliau, turut sering terpilih sebagai perwakilan dakwah ialah Mus’ab bin Umair r.a dan Ja’far bin Abu Thalib r.a. Telah terbukti dalam sejarah kegemilangan Islam, sahabat-sahabat tersebut mampu melaksanakan peranan yang diberi berbekalkan penampilan yang menyejukkan pandangan.

Puteri-puteri Islam Harapan!
Ketahuilah, penampilan peribadi terpuji akan mendorong orang yang memandang dan memerhati jadi ‘jatuh hati’. Dalam medan kehidupan ini, terdapat juga sebahagian orang yang mempercayai tafsiran pandangan matanya. Sehubungan dengan itu fahami maksud sabda Rasulullah SAW;
“Barangsiapa memandang saudaranya dengan kasih –sayang, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya”.

Pandangan yang dimaksudkan di sini ialah pandangan dari hati yang mengajak berbicara dengan lemah-lembut. Pandanagn sedemikian hanya wujud dari perasaan tulus yang penuh kasih-sayang kerana Allah. Kemudiannya akan terpantul pada wajah dan airmuka. Bilamana mata terpandang kemesraan pada wajah, hati dengan pantas rela menerima ajakan dan cadangan.

Senyuman juga adalah gambaran isi hati yang menggerakkan perasaan dan memancar pada wajah seperti kilatan cahaya. Seakan-akan memanggil sehingga hati yang mendengar akan terpikat. Senyuman yang dibuat-buat tidaklah sama dengan senyuman yang tulus ikhlas. Ianya ibarat bunga yang mekar ditangkainya , indah dipandang mata. Harum pula baunya hingga jiwa terpesona dan hati lantas terpaut. Ini dapat dijelaskan melalui maksud hadis RasulullahSAW;
“Kamu tidak dapat membahagiakan orang lain dengan hartamu, tetapi yang dapat membahagiakan mereka adalah wajah yang ceria dan akhlak yang mulia”.

Wassalam.
Ummu Anas.
Ibu yang sentiasa mendoakan ketaqwaan kalian
.

Remaja: Jom Baiki Diri dan Ajak Kawan-Kawan Yang Lain

Friday, July 29, 2011

Akhlak yang terpuji harus dimiliki oleh seorang muslim yang beriltizam. Dan akhlak maknawiyah yang dimaksud tentu saja akhlak yang Islami dan Qurani.

Sesungguhnya Rasulullah diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia dan dipuji Allah sebagai orang yang berbudi pekerti agung.

"Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung." (Al Qalam:4)

Aisyah RA mengatakan bahawa akhlak baginda SAW adalah Al-Quran. Ertinya jika ingin melihat bagaimana Al-Quran dibumikan secara konkrit dalam sikap, perilaku, dan tindak tanduk di segala aspek kehidupan, lihatlah diri Rasulullah. Rasulullah boleh dikatakan “the living quran” atau Al-Quran yang hidup. Bila seorang da’i memiliki akhlak yang Islami ia akan mendapat manfaat besar. InsyaAllah dengan akhlah kita berdakwah dan dengan akhlak kita menjadi teladan.

Akhlak terpuji itu akan menjadi daya tarikan dakwah dan dirinya juga akan selalu terhindar dari fitnah. Rasulullah SAW misalnya pernah dikatakan seorang tukang sihir, gila dan sebagainya, tetapi akhirnya fitnah-fitnah itu terlepas dengan sendirinya melihat keutamaan peribadi Rasulullah.

Kekuatan akhlak lahir melalui proses panjang yang memerlukan kesediaan untuk sentiasa memberi komitmen dengan nilai-nilai Islam. Seorang ulama menjelaskan thariqah (jalan) untuk membina akhlak islami adalah dengan kemahuan untuk melaksanakan latihan (tadribat) dan pendidikan (tarbiyah). Setiap muslim memiliki kesempatan yang sama untuk menjadi baik atau buruk, masalahnya adalah sejauh mana usaha kita untuk mendisiplinkan diri dengan nilai-nilai dan amalan Islam bagi melahirkan muslim yang berakhlak ampuh. Malangnya keampuhan akhlak inilah yang sering dilupakan. Malah kian rapuh sehingga hilangnya jatidiri muslim hakiki. Justeru menjadi punca lunturnya sinar Islam pada penghujung zaman. Gejala keruntuhan akhlak yang berlegar di sekeliling kita seperti zina hati, mata, lisan dan seumpamanya meruntun jiwa kita selaku pendokong agama. Keruntuhan yang tidak dikawal pada satu tahap yang minima membawa insan kepada bertuhankan nafsu, lantas melupakan terus Pencipta Yang Maha Esa.

Rasulullah SAW pernah ditanya: "Apa itu agama? Baginda menjawab: Kemuliaan akhlak (Husnul Khulq). Bila ditanya tentang kejahatan, baginda menjawab: Akhlak yang buruk (Su’ul khalq).

Akhlak yang buruk dan iman tidak boleh hidup bersama. Ini kerana iman akan menyuburkan akhlak yang baik. Orang yang benar-benar beriman tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bertentangan dengan tatasusila kerana sistem akhlak dalam Islam tertegakkan melalui balasan sama ada hukuman atau ganjaran. Hukuman atau ganjaran boleh dikenakan di dunia atau di akhirat. Keyakinan terhadap sistem balasan ini banyak bergantung kepada iman seseorang.

Menurut Dr. Abdul Karim Zaidan, pada asasnya akhlak seseorang boleh dibentuk dan diubah. Allah SWT telah memerintahkan manusia agar menjauhi akhlak yang buruk dan berusaha memiliki akhlak yang baik. Perintah Allah ini membuktikan bahawa manusia mampu memilih sama ada untuk berakhlak baik atau buruk. Hal ini bertepatan pula dengan kaedah fiqh iaitu taklif hanya menurut kemampuan dan tidak ditaklifkan suatu yang mustahil.

Akhlak mulia merupakan amal paling berat yang diletakkan dalam neraca hamba pada hari kiamat. Sesiapa yang rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Rasulullah SAW bersabda (antara lain, bermaksud):

“Tidak ada sesuatu yang lebih berat di atas neraca timbangan seorang hamba di hari kiamat selain dari akhlak yang baik” (Hadith Riwayat Abu Daud dan Tarmizi )

Dalam Islam, akhlak adalah merupakan intipati bagi segala ibadah. Tanpa akhlak ibadah hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang tidak mempunyai nilai dan faedah. Contohnya dalam urusan solat, sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang sembahyang (tetapi) tidak dapat mencegah dirinya dari berbuat keji dan mungkar, ia akan bertambah jauh dari Allah” (Hadith Riwayat Thabrani)

Dalam urusan puasa, Rasulullah SAW ada bersabda:

“Apabila seseorang berpuasa, janganlah ia melakukan rafas (mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan rasa berahi, lucah atau bersetubuh) dan bertengkar. Jika ia dicerca atau diperangi maka katakana lah; saya ini sedang berpuasa.” (Muttafqun ‘alaih)

Miliki Iltizam Yang Tinggi! (2)

Monday, October 25, 2010

Baru-baru ini penulis dan keluarga menziarahi sebuah keluarga. Saat berada di rumah mereka, ahli keluarga mereka berhimpun di hadapan televisyen, menonton sebuah rancangan realiti TV, “Mari Menari”. Begitulah kebiasaan masyarakat menghiburkan hati mereka. Baru kami duduk seketika sambil menikmati juadah yang dihidangkan, anak sulung penulis yang berusia 6 tahun, Ahmad Ridhwan Husaini merasa tidak selesa dengan cerita yang mereka tonton, Ahmad Ridhwan berdiri seraya berkata:

“ Kenapa tengok cerita tak soleh, saya malulah nak tengok cerita macam ni!, Abi selalu kata tak baik tengok cerita tak soleh, nanti hati kotor”

Semua yang ada di hadapan TV tergamam seketika sambil memandang Ahmad Ridhwan. Penulis dan isteri sekadar tersenyum. Anak kecil ternyata berani menyampaikan hakikat kebenaran. Patutlah Rasulullah saw. bersungguh mentarbiah para pemuda seperti Saidina Ali ra. Kerana pada jiwa pemuda ada keberanian, berani menyampaikan risalah islam, dakwah Ilallah.

Semoga anak penulis terdidik dengan iman dan berani menyampaikan dakwah. Bermula sebagai sang da’i kecil!

Ya! Kita adalah pendakwah. Tugas semua muslimin adalah sebagai Da'i. Kita tidak boleh menyerahkan urusan dakwah hanya kepada menteri yang jaga agama Islam semata. Kita tidak boleh menyerahkan urusan dakwah hanya kepada para ulama, imam masjid dan para ustaz semata. Mereka ada pertanggungjawaban, kita juga ada pertanggungjawaban. Menyeru kepada kebaikan, kepada kebenaran, kepada agama Allah adalah tugas kita bersama. Kita mesti berfungsi sebagai da’i kerana tugas menyeru kepada kebaikan dan keimanan adalah tugas mulia, mewarisi tugas para nabi.

Kita semua harus menjadi penolong agama ini. Jangan hanya menjadi soleh peribadi,tetapi jadilah penyoleh (musleh) kepada umat ini. Umat ini sedang derita, kehilangan sahsiah dan jatidiri sebagai muslim, apatah lagi sebagai da’i. Justeru mari kita tingkatkan diri kita menjadi da’i, penolong kepada agama Allah swt.

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang. (As Shaff: 14)

Justeru kalau kita mengaku sebagai orang beriman, maka mari kita semua bergerak untuk menolong agama Allah ini dengan menggerakan seluruh potensi yang kita miliki untuk menyampaikan agama Allah, baik melalui ucapan, perbuatan, jiwa, dan harta benda. Kalau kita ada anak, didiklah mereka dengan kefahaman Islam yang sebenar, kalau kita mempunyai rakan dan kawan, ajak mereka mengikuti program-program keislaman.

Pelajaran penting dari surah ayat di atas adalah, peringatan kepada umat Islam agar belajar dari karektor orang Yahudi yang memiliki komitmen terhadap agama yang sangat rendah. Oleh sebab itu Amru Khalid menyatakan pentingnya bagi umat Islam untuk menyatukan barisan membela agama Allah dari orang-orang yang ingin memadamkan cahayanya. Dan perjuangan ini tidak akan berhasil, jika penghayatan umat Islam terhadap ajarannya serta semangat dakwah dan jihadnya rendah. Dengan sangat menarik, Amru Khalid mengatakan solat dan puasa saja tidak cukup. Membaca Al-Quran saja tidak cukup, sehingga kita benar-benar menghayati agama Allah ini. Kata Amru Khalid, “Engkau harus menjadi penolong Allah. Sebuah ungkapan yang paling indah, ketika di akhir surah shaf ayat 14, Allah berfirman, wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong-penolong Agama Allah (kunu anshara Allah).Dengan kata lain, beragama tidak cukup hanya melaksanakan ibadah mahdah, solat, puasa, zakat, haji, zikir dan ritual-ritual lainnya. Rugilah orang yang hanya memahami agama sebatas ini. Sedangkan, beragama sesungguhnya adalah memperjuangkan sesuatu yang terbaik buat agama Allah dan umatnya. Sebuah perjuangan untuk membuktikan bahawa Islam adalah jalan hidup terbaik di muka bumi ini.”

Berbuatlah apa yang kita mampu, dengan wang dan harta kita, dengan buah fikiran kita, dengan kudrat, tenaga dan amal kita.

Da'i dan Penolong Agama Allah

Thursday, October 21, 2010

Pada petang Rabu (20 Okt) yang lepas, penulis diamanahkan sebagai moderator Forum Perkongsian Pengalaman Kecemerlangan di Dewan Besar Kolej Teknologi Darulnaim. 3 ahli panel yang wibawa digabungkan bagi menggarap tajuk tersebut, Ustaz Muhammad Awang, pensyarah KTD, Sdr. Mohd Naim, Alumni KTD dan Dublin College Ireland yang juga merupakan mantan Presiden Kelab Fasilitator Harapan (KAFAH) 2008 KTD. Manakala panel ketiga, Sdr Wan Mohd Nazwandi, mantan Presiden MPP KTD 2008, alumni KTD dan Teeside University UK.

Penulis kongsikan pandangan dan cetusan hikmah dari panel pertama, Ustaz Muhamad Awang. Beliau adalah Penolong Pengurus HEA KTD, syuyukh yang berusia 59 tahun, 22 tahun berpengalaman sebagai guru, aktif dengan kerja-kerja dakwah dan tarbiah, sentiasa memimpin para mahasiswa KTD dengan kegiatan kemasyarakatan dari Kota Bharu sehingga ke dakwah orang asli di Gua Musang. Beliau tidak pernah berhenti untuk bekerja di jalan Allah. Pernah penulis bersembang dengan beliau, katanya, saya bekerja di KTD bukan untuk mencari duit, tapi untuk memaksimakan baki hidup saya dengan kerja-kerja mendidik pemuda dan kerja-kerja dakwah. KTD memang lubuk untuk tujuan tersebut. Subhanallah, cukup jelas perjuangan beliau, menjadi ikhtibar buat kita semua.

Ustaz Muhammad Awang berkongsi pengalaman beliau, sejak bergelar pelajar, mahasiswa sehinggalah saat ini. Beliau merumuskan permasalahan utama mahasiswa muslim hari ini adalah masalah sikap negatif yang dominan dalam diri. Apabila sikap seseorang itu tidak betul, maka seluruh aktiviti kehidupannya banyak yang tidak betul. Sikap malas, suka menangguh, sikap tak apa, sikap acuh tak acuh, tidak bersidiplin dan sebagainya telah menjadi barah menguasai mahasiswa hari ini. Berdasarkan pengalaman beliau, pelajar yang sentiasa bermasalah bukan kerana mereka tidak bijak, sebaliknya adalah kerana mereka memiliki sikap yang tidak betul.

Pandangan Ustaz Muhammad Awang memang tepat. Persoalan sikap sebenarnya mulai menjadi fokus pembahasan dalam ilmu sosial kemanusiaan semenjak awal abad 20. Secara bahasa, Oxford Advanced Learner Dictionary (Hornby, 1974) mencantumkan bahawa attitude, berasal dari bahasa Itali "attitudine" iaitu "Manner of placing or holding the body, dan Way of feeling, thinking or behaving".

Definisi lain adalah cara menempatkan atau membawa diri, atau cara merasakan, jalan fikiran, dan perilaku. Kata ini boleh juga dimaknai sebagai perasaan seseorang tentang objek, aktiviti, peristiwa dan orang lain. Perasaan ini menjadi konsep yang merepresentasikan suka atau tidak sukanya (positif, negatif, atau nuetral) seseorang pada sesuatu.

Sebenar Islam lebih awal membicarakan permasalahan sikap manusia, khususnya sikap manusia terhadapa tuhannya. Malahan Islam sendiri memberikan penyelesaian total bagaimana manusia sewajarnya membentuk sikap dan jatidiri mereka yang akhirnya akan melahirkan personaliti muslim yang wibawa.
Keseluruhan ajaran Islam adalah untuk membentuk perilaku manusia yang baik. Sabda Rasululullah saw.:

”Aku diutuskan untuk memperbaiki akhlak manusia.”

Sikap melahirkan kelakuan. Kelakuan yang dilazimi secara berterusan akan membentuk personaliti. Personaliti itu pula adalah sebahagian daripada akhlak. Inilah hujung akhir atau tujuan beragama. Sabda Rasulullah saw:

“Mukmin yang terbaik, ialah mukmin yang baik pekertinya.”

Berikut penulis kongsikan tips-tips membentuk sikap positif, sikap yang betul. Semoga bermanfaat untuk mahasiswa sekalian.

Petua 1 : Jangkakan Kejayaan

Hukum minda mengatakan apa yang dijangkakan berkemungkinan besar akan berlaku. Oleh itu, daripada membuang masa menjangkakan kegagalan kenapa tidak jangkakan kejayaan. Sekiranya anda jangkakan kejayaan, fokus anda pastinya hanya kepada cara untuk berjaya. Anda gambarkan hanya nikmat dan erti sebuah kejayaan, maka secara tidak langsung anda akan menggarap sikap positif. Malangnya dalam kehidupan ini kita sering takutkan kegagalan. Cara fikir kita menjurus ke arah itu. Oleh itu yang tergambar dipemikiran kita hanyalah halangan dan rintangan serta kepayahan. Dalam memburu kejayaan anda tidak boleh putus harapan. HARAPAN adalah satu anugerah yang cukup besar Allah berikan kepada manusia.

Manusia biasanya membangun ketahap yang mereka jangkakan atau yang orang lain jangkakan terhadap mereka. Oleh itu jangkakan kejayaan dalam setiap usaha yang anda lakukan. Kalau anda perlu ubah perancangan untuk mencapai sasaran, maka ubahlah. Pastikan juga anda bertindakbalas secara positif terhadap perkara-perkara yang mungkin membantutkan kejayaan tersebut. Lihat diri anda sebagai seseorang yang pasti merealisasikan harapan yang digenggam.

Apabila kita rasakan yang kita tidak punya masa depan, tiada harapan untuk maju, tiada peluang untuk meningkatkan keupayaan maka ia akan menjurus kita kepada satu sikap negatif iaitu sikap malas.

Petua 2 : Lakunkan Watak Orang Cemerlang

Tidak dapat dinafikan setiap manusia mempunyai kelemahan dan kekuatannya tersendiri. Sebab itulah untuk berjaya kita mesti mempunyai model ikutan (role model) yang boleh ditauladani.

Cuba lihat senario berikut, katakanlah anda sebagai seorang pelajar, telah dipilih untuk berlakun dalam sebuah filem tempatan. Kisahnya berkisar kehidupan pelajar-pelajar sekolah dan anda telah dipilih sebagai pelakun utama. Bayarannya cukup lumayan iaitu RM10,000 dan nama anda juga akan dikenali ramai setelah filem ini ditayangkan. Anda dikehendaki melakunkan watak pelajar cemerlang. Syarat untuk anda kekal sebagai pelakun cuma dua iaitu, yang pertama anda mestilah menjaga disiplin dan masa anda. Maknanya, apabila pergambaran bermula jam 5 petang maka anda mesti berada dilokasi sebelum masa tersebut. Yang keduanya pula, anda mesti menghayati watak pelajar cemerlang sepenuhnya. Sekiranya pengarah tidak berpuas hati dengan anda, dia akan gugurkan nama anda dari senarai pelakun pada bila-bila masa. Pengarah tidak risau sebab anda pelakun baru, satu ditolak berpuluh akan memohon untuk berlakun.

Kalau anda berada dalam situasi di atas, apa tindakan anda? Saya yakin anda akan mula meneliti dan memahami plot filem tersebut bersungguh-sungguh. Anda mula menghafal skrip yang diberikan ayat demi ayat biarpun ketebalannya mencecah ratusan muka surat. Anda akan mula menjiwai dan menghayati watak pelajar cemerlang yang diberikan kepada anda. Anda akan tiru gaya, percakapan dan cara hidup mereka. Pendek kata anda mahu penonton lihat betapa realistiknya lakunan anda. Anda mahu dikenali selepas usaha anda ini. Anda mahukan ganjaran wang RM10,000 yang dijanjikan kepada anda.

Tidakkah anda terfikir betapa beruntungnya kalau anda lakunkan perkara yang serupa setiap hari dalam hidup anda. Kenapa mesti anda bersungguh-sungguh dalam lakunan filem? Tidakkah anda sedar bahawa kita semuanya pelakun di pentas dunia atau di pentas kehidupan. Kenapa tidak lakunkan watak orang cemerlang itu hari ini. Anggapkan seolah-olah anda berhadapan dengan kamera. Kalau anda seorang pelajar, maka bertindaklah seperti pelajar cemerlang di sekolah anda sekarang! Sekiranya anda seorang pekerja, bertindaklah seolah-olah anda pekerja cemerlang sekarang! Mula mengurus masa secara berkesan, menglibatkan diri secara aktif, berperibadi mulia seolah-olah anda sememangnya cemerlang. Lakukannya setiap hari dan hasilnya nanti anda akan perolehi apa yang diperolehi oleh pelajar cemerlang lainnya. Lebih malang lagi kalau anda tidak mahu menjadi pelakun itu hari ini maka Allah akan pilih orang lain untuk menggantikan tempat anda. Orang lainlah nanti yang akan berjaya. Mereka akan jadi pemimpin, jurutera, ulamak, peguam dan sebagainya. Orang lain yang akan dikenali dan nama mereka disebut-sebut sebagai orang yang membawa perubahan dalam masyarakat. Orang lain yang akan memperolehi pendapatan bukan sekadar RM10,000 tetapi mungkin lebih tiap-tiap bulan.

Anda tidak punya pilihan lain. Untuk berjaya anda mesti mula berlakun hari ini. Hayati watak orang cemerlang. Berfikirlah, bercakaplah dan bertindaklah seperti mereka yang cemerlang. Lama kelamaan tabiat cemerlang akan sebati dengan kehidupan harian anda. Ia akan menjadi sikap baru anda. Anda akan dapati mereka disekeliling anda menyedari yang anda kini bersikap positif. Setiap kebaikan yang bakal anda perolehi hasil lakunan positif anda ini membuatkan anda tidak mahu lagi kembali kepada sikap negatif anda sebelum ini. Anda mula memikirkan untuk hidup dalam kelompok dan persekitaran baru. Apa anda tunggu lagi? Lakunkanlah watak orang cemerlang itu sekarang dengan memerhatikan model ikutan anda.

Petua 3 : Ubah Penampilan Diri
Sikap positif terserlah melalui penampilan diri yang positif. Kita mudah mengenali mereka yang bersikap positif melalui percakapannya, pakaiannya, rambutnya, kasutnya, gayanya dan sebagainya. tetapi kita lupa, sebenarnya kita mampu melakukan sebaliknya iaitu membina sikap positif melalui penampilan yang positif. Ambil contoh yang paling mudah, anda telah dijemput ke satu majlis pelancaran oleh seorang rakan. Anda mengenakan baju biasa sahaja dengan berbaju kemeja lengan pendek dan berseluar kasual. Sampai sahaja di sana, anda lihat hampir kesemua mereka yang hadir lengkap berbaju batik atau berkot dan bertali leher. Apa perasaan anda? Saya yakin walau bagaimana positif pun sikap anda, anda pasti rasa bersalah dan rendah diri. Berbeza pula bentuk perasaan anda sekiranya anda hadir dengan pakaian yang rapi, segak, kemas dan bergaya. Anda pasti rasa penuh yakin dan positif. Begitulah besarnya pengaruh penampilan diri dalam membentuk sikap positif dan emosi anda. Cuba fikirkan sejenak bagaimana perasaan anda apabila anda mengenakan baju baru ke pejabat. Anda rasa lebih bersemangat dan yakin.
Kemas, bersih dan rapi tidak semestinya berjenama. Tidak salah mempunyai pakaian dan aksesori yang berjenama sekiranya anda mampu tetapi ia bukannya suatu kemestian. Jangan pula seperti kata pepatah 'biar papa asal bergaya'. Anda perlu ingat bahawa pelaburan yang telah anda buat dalam membentuk penampilan diri atau imej yang positif mestilah membawa pulangan yang setimpal atau berbaloi. Kalau anda melaburkan wang ringgit untuk membentuk imej diri semata-mata untuk bergaya dan menunjuk-nunjuk, maka pelaburan itu merugikan anda. Pelaburan yang dibuat mestilah mampu menjadikan anda lebih positif dan produktif. Sebab itu ramai jurujual profesional mempunyai penampilan diri yang positif. Mereka dilatih untuk berkeadaan sedemikian. Mereka meraih keuntungan dan pendapatan dengan mempunyai penampilan positif. Mereka mempengaruhi pelanggan dengan penampilan diri begitu.
Beberapa perkara yang mesti diperhatikan dalam membentuk penampilan diri:
Potongan rambut - Potongan yang sesuai dengan peranan, kemas dan menarik.
Pilihan warna dan corak - Pilihan warna yang kena pada tempat dan masa serta 'matching'.

Jenis pakaian - Sama ada batik, kasual, sukan, kot dan sebagainya.
Kemas dan rapi - Sentiasa digosok rapi.
Kasut - Kasut yang sesuai dengan tujuan kehadiran kita di satu-satu tempat.
Aksesori - Jam tangan, beg, gelang dan rantai (bagi wanita), haruman dan lain-lain.
Jenama - Bukan perkara utama tetapi digalakkan bagi yang mampu.
Kesihatan diri - Keceriaan wajah, kelihatan sihat, kuku, kulit dan sebagainya.
Gaya - Cara berjalan, bercakap, ketawa dan mimik muka.
Senyum - Rahsia utama penampilan diri ialah senyuman yang terukir.

Tuntutan penampilan diri ini berbeza-beza mengikut kedudukan anda dalam masyarakat dan karier yang anda ceburi.

Walau siapa anda, sama ada sedar atau tidak anda tetap dinilai oleh manusia lain melalui penampilan diri. Sebab itu permohonan untuk ke satu-satu pekerjaan perlu melalui proses temuduga. Mereka mahu melihat calon-calon secara terus bukan sekadar untuk menguji kebijaksanaan seseorang pemohon tetapi juga untuk melihat penampilan diri yang melambangkan sikap dan peribadi seseorang. Penampilan diri positif perlu dipatuhi oleh semua golongan masyarakat termasuk pelajar, ibu bapa, pekerja, eksekutif, pemimpin dan sebagainya.

Petua 4 : Berkawan Dengan Orang Berjaya

Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda, "kalau mahu kenal seseorang itu maka kenallah kawan-kawannya". Oleh itu sekiranya anda memilih kawan yang positif, bergaul dengan mereka yang berjaya, banyak berbincang tentang apa yang mahu dicapai dimasa hadapan; pastinya ia akan mempengaruhi pemikiran dan tindakan harian anda. Pastinya anda turut terdorong untuk mencapai kejayaan dalam hidup anda pula. Mereka yang gagal hanya akan mampu menceritakan kisah-kisah kegagalan mereka sedang mereka yang berjaya pula akan menceritakan kisah-kisah kejayaan mereka.
Untuk berjaya anda perlu berkawan dengan mereka yang telah berjaya. Belajar dari pengalaman dan pengetahuan mereka. Belajar tentang cara mereka membentuk personaliti dikalangan masyarakat. Orang yang berjaya selalunya mempunyai personaliti dan karisma yang mengkagumkan. Personaliti dan karisma ini bukannya semula jadi sebaliknya mereka berusaha membinanya. Kalau mereka boleh, anda juga boleh melakukannya.

Petua 5 : Dalami Ilmu Kecemerlangan

Semangat ada ketikanya naik dan ada ketikanya luntur. Ada ketikanya kita terlupa tentang matlamat yang dikejar disebabkan oleh pelbagai urusan dan aktiviti lain. Ada ketikanya juga diri terasa malas dan bosan. Semuanya ini adalah lumrah hidup seorang manusia. Untuk mengekalkan semangat dan membina sikap positif maka anda perlulah sentiasa mendalami ilmu kecemerlangan diri. Anda boleh mendalaminya dengan banyak membaca buku-buku motivasi, berbincang dengan rakan-rakan tentang perancangan anda, menghadiri program dan ceramah motivasi. Anda juga perlu mendengar kaset-kaset motivasi dan mendapatkan bahan-bahan daripada internet. Semakin bertambahnya ilmu kecemerlangan diri didada maka semakin positif dan matang fikiran anda.

Petua 6 : Fokus Kepada Apa Yang Anda Mahukan

Anda sering mendengar bahawa sikap positif lahir dari pemikiran yang positif. Namun begitu fahamkah anda apa yang dikatakan fikir positif itu? Dalam hidup kita, kita hanya akan bertindak dan berusaha mengejar apa yang ada dalam fikiran kita. Iaitu apa yang terlintas, ternampak dan tergambar di fikiran.

Sebagai contoh mari kita lakukan aktiviti yang cukup mudah. Keluarkan sehelai kertas sekarang dan lakarkan suasana di sebuah pantai yang indah permai. Ambillah masa lebih kurang 5 minit untuk anda menyiapkan lukisan ini. Jangan pedulikan sama ada lakaran itu cantik atau tidak, lakarkan sahaja apa yang tergambar di fikiran anda tentang suasana di pantai.

Baik sekarang saya tanya anda, ada atau tidak lakaran kapalterbang di dalam lukisan itu? Ada atau tidak jeti dari tepi pantai sampai ke tengah laut? Ada atau tidak budak menjual air? Kalau tiada maka kenapa begitu? Jawapannya sebab anda tidak terfikir tentangnya. Atau lebih tepat lagi anda tidak langsung tergambar tentangnya. Oleh itu bolehlah dibuat kesimpulan bahawa kalau kita tidak tergambar akan sesuatu maka kita tidak mungkin dapat menghasilkannya.

Begitulah dari aspek kecemerlangan diri, untuk anda menjadi orang berjaya anda mesti gambarkan diri anda seorang yang berjaya. Anda mesti mampu melihat apa yang mahu dilakukan mulai hari ini untuk menjadi orang berjaya.

Fikirkan pula, positifkah anda apabila anda berkata:

- Mulai hari ini aku tidak malas lagi.
- Mulai hari ini aku tidak mahu tinggal solat lagi.
- Aku tidak mahu main-main dalam kelas lagi.
- Aku tidak mahu lawan cakap ibu bapa lagi.

Positifkah anda? Jawapannya ialah tidak! Hasrat anda memang baik tetapi fikiran anda negatif sebab anda fokus kepada apa yang anda tidak mahu. Anda tergambar bagaimana anda main-main dalam pekerjaan. Anda terbayang bagaimana anda melawan cakap ibu bapa, ketua dan sebagainya. Kalaulah ini yang tergambar maka inilah juga yang akan terhasil! Anda menghasilkan sesuatu yang negatif sedangkan hasrat anda baik.

Oleh sebab itu anda perlu ubah gambaran minda anda kepada gambaran yang positif dengan mengubah ucapan anda seperti berikut:

- Mulai hari ini aku seorang yang rajin.
- Mulai hari ini aku solat lima waktu.
- Aku akan tumpu pada guru dalam kelas.
- Aku ikut cakap ibu bapa.

Lihat, kata-kata di atas membawa maksud yang sama tetapi dari sudut yang positif. Maka yang tergambar juga adalah gambaran yang positif. Kalau yang positif anda nampak maka positiflah juga tindakannya nanti. Memanglah anda mungkin tidak berubah dengan hanya sekali, dua kali atau sepuluh kali berkata-kata secara positif. Tetapi kalau setiap hari dan beratus-ratus kali anda amalkan dalam hidup anda maka satu hari nanti tanpa anda sedari anda menjadi orang yang positif. Oleh itu ingatlah… fokus kepada apa yang anda mahukan!

Petua 7 : Kejayaan Silam Membarai Diri

Dalam hidup kita ini pasti ada sekali dua kita mencipta kejayaan sama ada kecil atau besar. Waktu kecil dulu mungkin kita pernah tewaskan rakan-rakan dalam suatu permainan dan kita berbangga dengannya. Mungkin juga kita pernah dulunya dipuji atas pencapaiaan, kualiti kerja atau kerajinan kita. Mungkin kita pernah menerima anugerah sebagai pemenang dalam apa jua pertandingan. Mulai hari ini cuba ingatkan kembali sebanyak mungkin kenangan manis ini dan senaraikan dalam diari anda. Setiap kali anda rasa tertekan, negatif, malas, bosan dan sebagainya maka bacalah diari anda ini dan hayati semula saat-saat tersebut. Gambarkan dengan jelas apa yang berlaku ketika itu. Rasakan apa yang anda rasakan ketika itu. Semangat anda akan membara sekiranya anda lakukannya bersungguh-sungguh. Semangat untuk kekal cemerlang ini akan menjana sikap yang positif.

Tidak kira betapa gagalnya anda rasa hidup ini namun pasti pernah sekurang-kuangnya sekali anda pernah dipuji atas kebaikan dan kejayaan silam.

Lakukan perkara berikut, sediakan satu buku kecil dan senaraikan semua kejayaan anda sejak dari dahulu hingga ke hari ini, sama ada kecil atau besar. Kemudian baca dan hayati apa yang anda tulis itu satu persatu, gambarkan keadaan ketika itu, rasakan perasaan anda ketika itu dan dengar apa yang anda dengar ketika itu. Lakukannya dengan penuh kesungguhan dan rasakan satu getaran perasaan yang positif yang mengalir dalam setiap urat nadi anda. Sentiasa kemas kini buku kecil anda ini dengan kejayaan-kejayaan baru. Ia adalah sumber tenaga dan kekuatan anda.

Anda mungkin tidak mengingati kesemuanya, tidak mengapa, ambil masa anda. Anda boleh tambah senarai kejayaan anda pada bila-bila masa sahaja.

Satu tabiat yang baik, mulai hari ini rakamkan setiap peristiwa penting dalam hidup anda sama ada melalui gambar atau rakaman video.

Setiap kali anda rasa tertekan, anda rasa tidak dihargai, anda rasa putus asa – lihat kembali buku kecil dan rakaman anda ini.

Petua 8 : Saranan Diri Positif

Untuk kekal dalam sikap positif anda perlu saran diri anda dengan katajaya yang merangsang jiwa dan fikiran. Anda juga boleh gunakan petikan mutiara kata daripada ahli ilmu, petikan al-quran serta hadith. Dengan melazimkan hidup anda berpandukan katajaya dan petikan-petikan ini maka ia memberi anda kekuatan untuk menyahut cabaran dan mengatasi segala masalah.

Anda juga boleh cipta sendiri katajaya itu, misalnya:

“Kalau orang lain boleh.. Aku juga BOLEH!”
“Setiap kata-kata pasti akan dikota!”
“I’m the best!”
“I can do it!”

Jadikan kata-kata ini sebagai sebahagian dari hidup anda. Saran diri anda setiap hari dengan kata-kata ini hingga ia lazim dalam minda anda.

Petua 9 : Soal Diri Dengan Soalan Positif

Dalam sehari anda menyoal beribu-ribu soalan kepada diri anda, daripada soalan yang mudah-mudah hinggalah kepada soalan-soalan yang membentuk masa depan anda. Anda mungkin bertanya soalan-soalan mudah seperti hari ini nak pakai baju apa? Nak makan di mana? Nak keluar denagn siapa? Nak balik pukul berapa? Dan sebagainya. Soalan-soalan ini tidak menjejaskan kehidupan dan peribadi anda. Tetapi ada ketikanya anda menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memberikan kesan terhadap hidup anda seperti, Nak ambil kursus apa? Nak belajar lama mana? Nak rebut peluang atau tidak? Dan sebagainya.

Orang berjaya menyoal diri dengan soalan-soalan yang boleh memajukan dirinya seperti:

- Apa hikmah disebalik ujian Allah ini?
- Apa lagi yang boleh aku buat untuk jadi lebih baik?
- Apa yang belum aku selesaikan lagi?
- Apakah setakat ini sahaja kemampuan diri yang dianugerahkan oleh Allah kepada aku?
- Apakah aku mahu menyerah hanya dengan kegagalan sementara ini?

Semua soalan ini menjadikan anda lebih positif terhadap apa yang berlaku. Soalan yang diajukan akan membina kekuatan dalaman anda. Semakin berkualiti soalan yang dibentuk semakin berkualitilah diri anda.

Perbezaan antara seorang insan dengan insan yang lain ialah soalan lazim yang secara konsisten terbit difikiran. Manusia lemah sering mengutuk dan memperkecilkan dirinya sendiri. Mereka mungkin berkata:

- Nak buat macam mana aku ni lemah.
- Engkau lain aku lain.
- Engkau bolehlah aku ni siapa.
- Dah memang nasib aku begini, terima ajer lah..
- Buat berkali-kali pun gagal juga baik tak payah..
- Dah tahu diri tu bodoh buat apa tunjuk pandai.

Soalan yang positif akan:

- Megubah persepsi dan cara fikir kita
- Mengubah fokus kita
- Memberikan sumber kekuatan baru kepada kita

Petua 10 : Dapatkan Model Ikutan

Model ikutan adalah seseorang yang anda kagum dengan pencapaiannya dan mahu mengikuti jejak langkahnya. Dapatkan beberapa model ikutan terutamanya mereka yang telah berjaya dalam bidang yang anda mahu ceburi.

Namun begitu sebagai orang Islam, model ikutan kita yang pertama pastilah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain daripada Nabi s.a.w yang lain semuanya ada kelemahan. Malahan kita tidak boleh nafikan bahawa ulamak juga ada kelemahan sebab itu pendapat ulamak secara ijmak lebih diterima pakai dalam Islam berbanding pendapat hanya seorang ulamak sahaja.

Setelah anda kenal pasti model ikutan anda, cuba dapatkan gambar mereka. Baca juga kisah hidup mereka. Pelajari bagaimana mereka merancang dan bertindak. Cari potongan kata-kata ucapan mereka yang boleh dijadikan panduan hidup. Selami falsafah hidup mereka dan lihat bagaimana mereka mengatasi setiap masalah yang datang dalam hidupnya. Sebab semakin besar kejayaan seseorang itu maka semakin besarlah cabaran serta masalah yang telah mereka hadapi. Kejayaan dan pengorbanan adalah dua perkara yang sering berada ditempat yang sama. Kejayaan bukanlah apa yang kita miliki tetapi apa yang kita pelajari. Siapa kita dipenghujung kehidupan ini jauh lebih penting berbanding apa yang kita perolehi ketika itu.

Formula Membentuk Sikap Yang Cemerlang

Monday, October 18, 2010

Ukhwah ialah, 'Hati dan jiwa ditautkan dengan akidah'. 'Akidah adalah ikatan yang paling kuat dan berharga. Ukhwah adalah saudara bagi iman. Perpecahan adalah saudara bagi kekufuran. Kekuatan yang paling ampuh ialah kekuatan kesatuan. Tiada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan hati (terhadap saudara seIslam) dan yang paling tinggi ialah ithar (mengutamakan orang lain daripada diri sendiri) (Hasan Al Banna)

Keimanan yang selalu bersinar terang akan menyalakan kepekaan ukhwah. Hasasiyah ukhwah ini akan semakin dinamik apabila dilakukan secara dua hala. Sehingga semua pihak menahan diri untuk hanya menikmati ukhwah orang lain. Akan tetapi masing-masing pihak berusaha untuk dapat menyenangkan teman dan sahabat disekitarnya. Menjadi kepuasan bagi dirinya apabila kebaikannya dapat dirasai oleh orang lain.

Lihatlah sejarah manusia-manusia pilihan yang telah mengukir indah peradaban orang-orang yang beriman. Mereka tidak bakhil pada orang lain akan kelebihan dirinya. Mereka tidak pula dengki pada kebaikan orang lain. Mereka merasa bahagia apabila orang lain dapat merasakan kebaikan dirinya. Dan mereka duka apabila orang lain menjadi susah lantaran tindakan dan sikap dirinya .

Rasulullah saw. tersenyum melihat seorang sahabat yang telah membuktikan sikap ukhwahnya pada saudaranya yang lain. Beliau mendapatkan informasi bahawa sahabat tersebut menjamu tamunya dengan hidangan yang diperuntukkan untuk keluarganya. Agar tamunya berselera menyantap hidangannya, dia matikan lampu rumah sehingga makanan yang disajikan tidak dapat dilihat oleh tamunya. Perkara itu dilakukan untuk menghilangkan rasa segan tamunya untuk menjamu selera. Dia tidak mahu tamunya mengetahui bahawa hidangan itu adalah hidangan terakhir untuk keluarganya pada malam tersebut. Ditambah lagi hidangan yang tersedia hanya cukup untuk seorang. Justeru untuk menyenangkan hati tamunya, tuan rumah berpura-pura sedang menjamu makanan tersebut bersama-sam dengan berselera sekali. Sikap inilah yang mendapatkan senyuman malaikat dan membuat senang hati Rasulullah saw.

Juga ketika Rasulullah saw. membangun Madinah sebagai pusat aktiviti muslim, baginda mempersaudarakan sahabat Muhajirin dan Ansar. Diantaranya Abdurrahman bin Auf ra. dipersaudarakan dengan Saad bin Rabi’i ra. Dengan hati yang tulus Saad bin Rabi’ mengatakan:

“Aku memiliki beberapa perniagaan silakan ambil mana yang kau cenderungi. Dan aku mempunyai beberapa isteri silakan lihat mana yang menarik hatimu. Akan aku ceraikan dia dan nikahilah setelah selesai masa iddahnya”. “Semoga Allah senantiasa memberkahi dirimu dan keluargamu, terima kasih atas penawaranmu. Akan tetapi lebih baik bagiku engkau tunjukkanlah padaku dimana pasar?”. Jawab Abdurrahman bin Auf ra.

Imam Muslim telah meriwayatkan satu hadis di dalam sahihnya yang menceritakan soalan malaikat kepada seorang lelaki yang ingin menziarahi saudaranya di sebuah kampung.

Malaikat itu bertanya, “Ke mana kamu hendak pergi?”
Jawab lelaki itu, “Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini”.
Malaikat itu bertanya lagi, “Adakah kamu mempunyai sebarang kepentingan di sana?”
Lelaki itu menjawab, “Tidak melainkan aku menyintainya kerana Allah.”
Kemudian malaikat itupun berkata, “Sesungguhnya aku adalah utusan Alah yang diutuskan oleh Allah kepadamu untuk menyatakan bahawa Allah menyintaimu sebagaimana sahabatmu keranaNya”.

Betapa manisnya kehidupan orang-orang yang beriman. Mereka dapat memposisikan dirinya secara tepat. Mereka dapat merasakan kesusahan dan kebahagiaan saudaranya. Mereka tahu betul apa yang mesti dilakukan untuk orang lain. Mereka menyayangi rakan dan sahabatnya kerana Allah. Mereka akan merasa sedih apabila tidak mampu berbuat sesuatu kebaikan untuk teman dan sahabatnya.

Ukhuwah orang mukmin merupakan ikatan iman yang berdasarkan manhaj Allah dan terpancar dari rasa taqwa, ia merupakan tujuan suci, cahaya rabbaniyah sekaligus nikmat ilahiyah. Dari Nu’man bin Basyir, Rasulullah bersabda:

“Perumpamaan orang-orang mu’min dalam saling cinta, saling belas kasihnya dan saling perhatiannya laksana badan, jika ada salah satu anggota badan yang sakit, maka yang lainnya akan merasakan, tidak boleh tidur dan demam (panas).” (Muttafaqun ‘Alaih)

Diriwayatkan dari Abu Malik Al-Asy’ari sesungguhkan Rasulullah s.a.w bersabda;

“ Sesungguhnya di kalangan manusia ada yang bukan dari golongan Anbiya’ dan juga bukan dari golongan para syuhada’. Mereka dicemburui oleh para anbiya’ dan para syuhada’ kerana ketinggian kedudukan mereka disisi Allah.”. Para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, beritahulah kami siapakah mereka itu?”. Rasulullah menjawab.” Mereka adalah golongan yang berkasih sayang kerana Allah tanpa ada pertalian persaudaraan antara mereka dan bukan kerana harta benda.” Demi Allah muka mereka adalah cahaya dan mereka adalah di atas cahaya. Mereka tidak takut meskipun manusia lain berasa takut dan tidak bersedih ketika orang lain bersedih. Lalu baginda membaca firman Allah yang bermaksud, “ Ketahuilah sesungguhnya penolong-penolong agama Allah itu mereka tidak takut dan tidak juga bersedih hati.”(10:62) ( Hadith Riwayat Ahmad)

Ya Allah! Perbaikilah ukhwah kami!

Ukhwah: Cahaya Atas Cahaya

Friday, August 27, 2010

Antara ciri orang bertaqwa ialah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi dalam menghadapi sebarang cubaan dan ujian daripada Allah sehingga imannya semakin kuat. Oleh itu ibadat puasa merupakan antara proses dalam menanam kukuh sifat sabar dalam diri umat Islam. Rasulullah saw ada bersabda sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:

“Puasa itu sebahagian daripada sabar”

Sabda Nabi saw. lagi:

“Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran adalah masuk syurga.”
Sabar juga adalah sebahagian daripada iman sebagaimana sabda nabi dalam sebuah hadis

“Sabar itu sebahagian daripada iman”

Sabar adalah inti ajaran Islam dan iman. Bersabar ertinya mengendalikan dan memaksa nafsu untuk melaksanakan ketentuan syariat. Sabar adalah saudara dari syukur, kerana syukur tidak akan sempurna tanpa kesabaran. Barangsiapa yang bersabar, maka ia telah bersyukur atas nikmat Allah swt. yang dikurniakan kepadanya.
Kesabaran memiliki pelbagai keutamaan dan manfaat. Allah swt. berfirman dalam surat Az-Zumar:10

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ

“Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang akan dibalas dengan pahala tanpa batas.”
Dalam Surat An-Nahl: 96, Allah swt. berfirman:

وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Dan kami pasti akan memberikan balasan kepada mereka yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.”

Rasulullah SAW bersabda:

الإيمان هوَ الصَّبْرُ وَ السَّمَاحَةُ

“Iman adalah kesabaran dan suka memaafkan.”

Firman Allah swt. lagi:

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan senja hari dengan mengharap keredhaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini; dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas”. (Al-Kahfi: 28)

Ramadhan adalah waktu paling tepat untuk melatih kesabaran kerana di bulan ini kita diwajibkan berpuasa dan ibadah puasa adalah separuh dari pada kesabaran. Sabar menahan makan dan minum, sabar untuk menahan nafsu syahwat (hubungan suami isteri di siang hari), sabar untuk menahan amarah dan angkara murka, sabar untuk menahan jiwa dan raga dari melakukan tindakan yang dapat mengurangi nilai-nilai dan pahala puasa, bersabar untuk bangun malam, untuk qiyamulail, untuk bersahur dan lain-lainnya.

Rasulullah SAW bersabda:

اَلصَّوْمُ نِصْفُ الصَّبْرِ وَ لِكُلِّ شَيْئٍ زَكَاةٌ , وَ زَكَاةٌ اْلجَسَدِ الصَّوْمُ

“Puasa itu setengah dari kesabaran. Bagi tiap-tiap perkara ada zakatnya dan zakatnya badan ialah puasa.”

Dari Abu Hurairah ra beliau berkata: Rasulullah saw pernah bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Semua amal anak Adam adalah baginya kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu bagi-Ku dan Aku sendiri yang akan membalasnya. Puasa adalah perisai, apabila kamu sedang puasa janganlah berkata keji(memaki), janganlah berteriak-teriak dan janganlah berbuat perkara yang bodoh. Apabila ada seseorang yang mencacinya atau memeranginya maka katakanlah ‘Sesungguhnya aku sedang puasa… .” [Bukhari dan Muslim]

Puasa Ramadhan merupakan media yang sangat efektif untuk melatih kesabaran. Betapa manusia beriman selama satu bulan penuh dilatih untuk sabar serta mampu menahan diri, tidak melakukan hal-hal yang menjejaskan pahala puasanya. Justeru kemuncak pasca ramadhan adalah dibebaskan dari api neraka dan terbinanya muslim yang lebih kuat dan bersih, generasi bertaqwa.
Oleh itu disepanjang Ramadhan ini mari kita tumbuh mekarkan sabar dalam jiwa kita, kita pupuk kesabaran agar kita mampu menghadapi cabaran kehidupan hari ini dan hari esok dengan jiwa mukmin yang penuh dengan kesabaran agar kita mampu melaksanakan perintah Allah swt. baik dalam suka mahupun duka, dimana saja kita berada, serta mampu menjauhi maksiat atau larangan-Nya sehingga kita menjadi muslim muttaqin

Mutiara Ramadhan: Membina Generasi Bersabar

Friday, July 30, 2010

Saidina Ali bin Abi Talib ra. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis lantas belia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Baginda menjawab,

“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis kerana menyaksikan mereka melalui siksaan yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Puteri Rasulullah saw. kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

Dalam perjalanan itu, Baginda diperlihatkan dengan 10 situasi wanita di dalam neraka, namun pada tulisan kali ini, kita perhatikan tiga keadaani siksaan yang dihadapi oleh para wanita di neraka Allah swt.

Pertama, wanita yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain (yang bukan muhrimnya).

Keduanya wanita yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah wanita yang berhias untuk dilihat lelaki lain (yang bukan muhrimnya) dan suka menceritakan aib orang lain.

Ketiganya, wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah
wanita yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang lain melihat akan perhiasannya.

MasyaAllah begitu seriusnya siksaan yang bakal menimpa kepada wanita-wanita yang tidak bersungguh-sungguh menjaga kesolehannya. Sekiranya mereka sedar dan faham akan risiko yang bakal dihadapi di padang masyar kelak apakah akan ada wanita yang berani melanggar suruhan Allah swt. Namun realitinya masih ada wanita yang bersedia menempah neraka untuk dirinya.

Seorang kolumnis majalah Al Manar menceritakan satu kisah tragis yang berlaku pada musim panas di Kaherah Mesir. Musim panas di Mesir merupakan ujian yang cukup berat. Terutama bagi muslimah untuk tetap mempertahankan pakaian kesopanannnya. Terik dan panas berupaya menjadikannya menggadaikan akhlak dan akhiratnya.

Dalam sebuah perjalanan yang cukup panjang dari Kaherah – Alexandria dengan sebuah bas amat memenatkan. Terdapat seorang wanita muda berpakaian kurang sesuai sebagai seorang wanita muslim, dengan mendedahkan auratnya. Oleh kerana dia seorang sahaja yang berpakaian kurang sopan di dalam bas tersebit, lantas dia duduk dihujung kerusi berhampiran pintu keluar. Tentu saja dengan cara pakaian seperti itu mengundang 'perhatian' kalau atau dengan bahasa lain dibahasakan sebagai keprihatinan sosial. Seorang lelaki yang separuh tua yang kebetulan duduk berhanpirannya memperkatakan sesuatu kepada wanita itu. Lelaki tersebut menerangkan bahawa pakaian seperti itu boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik pada dirinya. Di samping pakaian seperti itu juga melanggar aturan agama dan norma kesopanan.

Tahukah Anda apa respon wanita muda tersebut? Dengan perasaan tersinggungnya atas nasihat yang diterimanya dari lelaki tersebut maka dia mengekspresikan kemarahannya. Dia merasakan privasinya diganggu. Hak berpakaian menurutnya adalah hak peribadi seseorang. Lalu dia berteriak:

"Jika memang tuan mahu, ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya, tempat di neraka Tuhan Anda!! Satu respon yang sangat mengejutkan, bukan sahaja kepada lelaki itu tetapi juga kepada semua penumpang yang lain. Dan lelaki itupun pun hanya mampu beristighfar. Dia terus menggumamkan kalimat-kalimat Allah.

Detik-detik berikutnya suasanapun hening. Beberapa orang terlihat kelelahan dan terlelap dalam mimpinya. Tidak terkecuali wanita muda itu. Hingga sampailah perjalanan dipenghujung tujuan, di terminal akhir bas Alexandria. Kini semua penumpang bersiap-siap untuk turun. Namun mereka terhalangi oleh wanita muda tersebut yang masih terlihat tertidur kerana dia berada dekat dengan pintu keluar.

"Bangunkan saja dia!" begitu kira-kira permintaan para penumpang.

Tahukah Anda apa yang terjadi? Wanita muda tersebut benar-benar tidak bangun lagi. Dia menemui ajalnya. Dan seisi penumpang bas tersebut terus beristighfar, menggumamkan kalimat Allah sebagaimana yang dilakukan lelaki yang duduk disampingnya.

Sebuah pengakhiran yang menakutkan. Mati dalam keadaan menentang Tuhan.

Seandainya setiap orang mengetahui akhir hidupnya....
Seandainya setiap orang menyedari hidupnya akan berakhir pada bila-bila saat pun...
Seandainya setiap orang takut bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan yang buruk...
Seandainya setiap orang tahu bagaimana kemurkaan Allah...

Sungguh Allah masih menyayangi kita yang masih terus dibimbing-Nya.
Allah akan semakin mendekatkan orang-orang yang dekat denganNYA semakin dekat.

Dan mereka yang terlena seharusnya segera sedar... ambillah kesempatan untuk berubah saat masih ada peluang.

Tempahkan Saya Tempat Di Neraka!

Tuesday, July 27, 2010

Saat ini dunia sedang berkecamuk dan bergolak, baik di negara yang menolak Islam, begitu juga di negara yang majoritinya menganut Islam. Arus kerosakan dan kefasadan terus subur dan berleluasa. Hatta umat Islam sendiri teraba-raba mencari jalan penyelesaian yang sebenar dalam menghadapi pelbagai mehnah dan ujian. Arus kerosakan itu menerjang dunia kehidupan bermula dengan dunia pendidkan dan keilmuan, ekonomi, politik, budaya dan kenegaraan. Benteng terakhir yang diharapkan iaitu institusi rumah tangga dan kekeluargaan turut di serang dan menjadi longlai dalam membangun modal insan yang dihajati oleh Islam.

Sedarilah wahai umat Islam, serangan bertali arus kerosakan dan kefasadan ke atas peribadi dan umat Islam telah diinformasikan oleh Allah swt dalam Al Quran:

“Kemudian pasti aku (syaitan) akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur” (Al –A’raf: 17)

Islam yang hidup berbeza dengan ajaran yang mati, yang hanya dipenuhi dengan rutiniti dan tradisi. Kalau kita jujur dengan kehidupan, kita akan dapati hati kita terlalu banyak berkompromi antara kebenaran dengan kebatilan dan kejahilan. Sering kita mengiringi perbuatan baik dengan kemaksiatan. Bahkan ramai juga yang mengambil mudah dan remeh dengan kemaksiatan yang dilakukan.

Sedangkan Anas r.a pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya:

“ Sesungguhnya kamu kini melakukan beberapa amal yang dalam pandangan kamu itu remwh, sehalus rambut, padahal perbuatan itu dahulunya di masa Nabi saw, kami anggap sebagai perbuatan yang merosak agama.” (Bukhari)

Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud, sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda:

“Syurga itu lebih dekat kepada salah satu dari kamu dari tali sandalnya, demikian juga neraka.” (HR Bukhari)

Apa Upaya Kita Semua

Mungkihkan ada kefahaman, pemikiran, perbuatan, tindakan dan amalan yang tidak seiring dengan Islam selama ini telah melekat dalam kehidupan kita yang telah menyebabkan matinya keghirahan dan kemuliaan kita dengan islam, dengan kerja besar yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. dan para sahabat iaitu mendidik(tarbiyah) hati dan menghidupkan Islam dengan melaksanakan dakwah ilallah.
Menghidupkan Islam bererti membawa dan membumikan Islam yang syumul,damai, bahagia dan lengkap dengan keutuhan dan keaslian Islam itu sendiri. Bukan dengan pakej dan kefahaman yang lain. Islam yang bersih adalah Islam yang utuh, tidak diambil hanya sebahagian sahaja yang kita sukai, malahan mempertahankan Islam dengan penuh emosi, serius dan bersungguh.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu.” (Al Baqarah: 208)

Sungguh, menghadapi semua serangan pemikiran jahiliah adalah dengan kita kembali kepada Islam yang sebenar. Allah swt menurunkan Islam dan Al Quran adalah untuk dimenangkan ke atas semua ideologi yang ada, baik ideologi barat, ideology syaitan, ideologi hawa nafsu mahupun ideologi ciptaan manusia yang sering diselaputi dan disilapmatakan dengan dalil-dalil ilmiah yang tidak keruan.

Syakhsiyah Muslimah

Hasan Al Hudaibi berkata:

“Hidupkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan hidup dalam masyarakatmu.”

Masalahnya sekarang bagaimana kita mahu mengidentitikan Islam dengan diri kita. Rasulullah saw. bersabda,

“Ibda’ bi nasfsika”, “Mulailah dari dirimu!”.

Tegakkan peribadi muslim (syakhsiyah muslimah) dalam diri kita merupakan benteng terkuat dalam menghadapi masalah yang muncul. Ini kerana membina syakhsiyah muslimah adalah bersumberkan kepada al Quran dan tarbiyah dari madrasah Rasulullah saw. Usahakan agar tidak ada satu pun ruang dan celah dalam hati, fikiran dan perilaku kita menjadi tempat bersarangnya kejahiliahan.

Imam Ali bin Abi Talib ada berkata:

“Siang seperti singa dan malam seperti rahib-rahib yang kusyu’ beribadah kepada Rabb-nya.”

Peribadi muslim yang memiliki syakhsiyah muslimah adalah seorang yang melaksanakan ibadah dengan benar, dihiasi dengan akhlak yang muliadalam lisan dan perilakunya, memiliki kecintaan kepada ilmu-ilmu yang akan meninggikan darjat di sisi Islam serta mengisi waktunya dengan usaha menegakkan Islam walaupun untuk tujuan tersebut dia harus mengorbankan harta dan waktunya, diri dan keluarganya.

Mana’ah Imaniyah
Peribadi aktif seperti inilah yang memiliki bekal kekebalan iman (mana’ah imaniyah) sehingga tidak hanya mampu bertahan menghadapi segala serangan jahiliah dari musuh Islam, tetapi juga mampu menghancurkan dan melawan pengaruh jahiliah tersebut.
Kini, mahu atau tidak kita menerapkan sikap Islam itu. Al Quran suci ada di hadapan kita, sunnah Rasul yang mulia mampu kita pelajari dan ikuti, bahkan petunjuk para salafussolihin dan ulama’ muktabar juga boleh kita ikuti, persoalannya, bila hendak kita mulai langkah pertama menghampiri syurga Ilahi.

Kekebalan Iman (Mana’ah Imaniyah)

Monday, March 22, 2010

Lama penulis tidak berkesempatan menulis dan mencoretkan sesuatu dalam blog kerana kurang sihat..hampir 2 minggu penulis cuti sakit, alhamdulillah semakin beransur baik..dan sejak semalam ada kekuatan dan keupayaan menulis kembali. Blog halaqahmuntijah telahpun di update semalam, hari ini untuk tatapan pembaca usrahkeluarga.

Penulis ingin memulakan coretan hari ini dengan memuhasabah diri penulis untuk memperbaiki lagi peribadi dan akhlak penulis dalam meneladani akhlak dan peribadi Rasulullah saw dalam melebar luaskan misi dakwah dan tarbiah.

Suatu Hari Rasulullah saw. didatangi oleh seorang wanita non Muslim. Ketika itu Rasulullah saw. bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk Rasululla
h. Cantik sungguh buahnya. Siapa terlihat pasti terliur. Rasulullah menerimanya dengan senyuman gembira.Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah saw sebiji demi sebiji dengan senyuman.

Biasanya Rasulullah saw akan berkongsi makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak sebiji pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah saw terus makan. Setiap kali mengunyah dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pula
ng, diiringi ucapan terima kasih dari Rasulullah. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah menjelaskan:

”Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian akan mengenyitkan mata atau memarahi wanita ters
ebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itu saya habiskan semuanya”.

Begitulah akhlak Rasullullah saw dalam berdepan dengan objek dakwahnya (mad’u).

Rasulullah saw tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun hal yang tidak baik, Dan dari orang yang berbeza agama pula.

Imam Syafi'i berkata : "Barangsiapa menghargai ora
ng lain, maka manusiapun akan menghargainya, dan barangsiapa meremehkan orang, maka dia tidak akan dihargai"

Allah saw berfirman dalam Al Quran:

”Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu mam
pu berlembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, mereka pasti menjauh dari sekelilingmu.” (Ali Imran: 159)

Inilah akhlak dan peribadi murabbi mithali, berlembut di hadapan objek dakwah (mad’u). Tanpa akhlak seperti ini, dia akan gagal mewarnai dakwahnya dengan memberi kebahagiaan kepada orang lain, samada sesama muslim mahupun non muslim. Jika sang da’ie tidak menyempurnakan akhlaknya di hadapan objek dakwah (mad’u), mustahil dia berupaya mendakwahi m
anusia dan berinteraksi dengan kejiwaan mereka yang beragam.

Sayyid Qutb ada menulis dalam kitabnya Fi Dzilali Al Quran:

” Manusia memerlukan perlindungan orang penyayang, perhatian lebih, keceriaan dan bertoleransi, kasih sayang yang luas, kesabaran atas kelemahan, kecetekan ilmu dan kekurangan mereka, hati yang besar dalam memotivasikan mereka, tidak mengharapkan pemberian dari mereka, merasakan kesedihan dari mereka, dan tidak menyibukkan mereka dengan kesedihan. Ketika manusia berhadapan dengan Rasulullah saw, manusia sentiasa menemui kepedulian, perhatian, kelembutan, kelapangan dada, kasih sayang dan keredhaan pada peribadi Rasulullah saw. Begitulah hati baginda.”

Semoga peribadi kita sebagai da’i dan murabbi semakin ampuh dan mantap dengan mencontohi peribadi dan akhlak Rasulullah saw. Lantas dengan akhlak dan peribadi unggul ini kita melebarkan sayap dakwah dan tarbiah kerana ramai lagi yang menunggu kasih sayang dakwah dan sentuhan tarbiyah yang sebenar. Amin.

Jom berdakwah, tunggu apa lagi!.

Dakwah Menuntut Keutuhan Peribadi dan Akhlak

Friday, February 26, 2010

Segala puji hanya milik Allah, dan selawat dan salam kepada Rasulullah berserta keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sampai hari pembalasan…

Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)

Ketika Allah SWT mengutus Rasul-Nya -saw-, maka bersatu suku-suku yang terpecah belah, lenyap permusuhan antara kabilah dan kelompok serta suku, dan ditetapkan batasan-batasan dan hukum-hukum dalam berperang, meletakkan dasar-dasar moraliti, menyempurnakan nilai-nilai kemuliaannya, sehingga terbentuk darinya umat yang dibangun oleh dasar-dasar kebebasan, menegakkan kebenaran, keadilan dan kesetaraan antara sesama manusia, tanpa perbezaan warna, gender atau kelas dan tingkatan.. Dan tidak akan tegak suatu umat kecuali kerana kebaikan yang dilakukan pada masa awal dan akhirnya, sebagaimana tidak akan berdiri suatu umat kecuali dengan meneladani Rasulullah saw.

Oleh kerana itu, umat Islam harus mempelajari sirah Nabi saw, sehingga mereka dapat menerapkan nilai-nilainya dan pelajarannya dalam diri mereka dan membuat mereka menjadi ikutan bagi manusia dalam ke istiqamahan dan kebaikan sejarah hidup mereka, lurus jalan hidupnya melalui dakwah mereka dalam melakukan reformasi. Lantaran itu, Nabi saw kembali menjadi cahaya yang terang benderang dan mengusir gelapnya kehidupan mereka, serta memberikan hawa sejuk dan kehangatan ke dalam hati, fikiran dan perilaku. Dengan demikian pula, masyarakat Islam dapat kembalikan integritinya, istiqamahnya dan keteladanannya serta kembali mampu berada di garis terdepan dalam kepemimpinan di seluruh bangsa di dunia, serta terwujud firman Allah:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman”. (Ali Imran:110)

Bahawasanya krisis yang paling serius yang terjadi saat ini adalah krisis keteladanan; keteladanan yang baik dan soleh di dalam masyarakat dan bangsa, bukan hanya pada tahap individu, kerana alhamdulillah kita punya sosok teladan, namun bangsa tidak dapat berubah oleh individu yang kecil, melainkan nasib bangsa-bangsa perlunya perubahan kolektif dan kerja secara kolektif, dan jika terjadi kekosongan yang panjang pada masalah ini, maka akan menjadi ancaman krisis bagi seluruh dunia dan bahkan akan runtuh kehidupan bangsanya dan mengalami kegagalan sistem yang ada dan pada akhirnya akan berpaling dari Allah SWT.

Wahai Ikhwanul Muslimin…
Wahai umat Islam seluruhnya…
Sesungguhnya umat Islam saat ini sangat memerlukan untuk mengingati sirah dan mengenang perjalanan hidup nabi Muhammad saw yang telah menanggung beban menghadapi pelbagai cubaan, celaan dan siksaan, sabar dalam meniti jalan yang berat dan penuh onak dan duri demi tegaknya ajaran Islam dan terbangunnya jati diri dan umat yang mulia sehingga mereka menjadi teladan yang baik secara nyata, menghilangkan wahm (keraguan) dalam jiwa mereka dan menghancurkan sikap tidak amanah dan ketidakadilan di negeri mereka.

Setiap muslim dan muslimah memiliki kewajiban untuk meneladani Rasulullah saw dalam pelbagai aspek kehidupan mereka, kerana hal tersebut merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan dan kebahagiaan di dunia, dan keberuntungan dan nikmat di akhirat.

Meneladani Rasulullah dapat dipelajari dari pelbagai perkara:
- Ibadah: Bahawa beliau adalah orang yang paling tahu dan mengenal Allah, orang yang paling takut dan bertaqwa, namun beliau orang yang kadang puasa kadang berbuka, tidur dan bangun, dan menggauli wanita (istri) dengan baik, namun tidak mempengaruhi posisi beliau sebagai orang yang paling banyak beribadah.

– Berinteraksi dengan tetangga: Nabi saw bersabda:
“Jibril selalu mewasiatkan kepada saya tentang tetangga sampai aku menyangka bahawa tetangga mendapat hak warisan”. (Muttafaq alaih)

– Berinteraksi dengan sesama manusia: Beliau kadang menjual dan membeli, sangat sopan jika menjual dan sangat ramah jika membeli, ramah saat memutuskan hukum dan ramah pula saat menuntut hukuman.

– Akhlaq dan perilaku secara umum: Nabi saw adalah sebaik-baik manusia dalam berakhlaq dan beretika, orang yang paling mulai dan paling bertaqwa dalam berinteraksi. Allah berfirman sambil memuji nabi saw:

“Sungguh dalam dirimu terdapat akhlaq yang mulia”. (Al-Qalam:4)
Dan Aisyah pernah berkata ketika ditanya kepadanya tentang akhlaq nabi saw, beliau berkata:

“Akhlaq nabi adalah Al-Qur’an”. (Shahih Muslim)

– Damai dan Perang serta selalu menghormati dan memenuhi janji: “Rasulullah saw masuk ke kota Madinah dengan mengangkat bendera perdamaian.
Ketika masuk kota Madinah beliau berkata:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, solat malam lah saat orang lain tidur lelap niscaya masuk surga dengan selamat”. (Tirmidzi dari Abdullah bin Salam),

Dan ketika memasuki kota Mekah saat berhasil menaklukkannya, beliau berkata kepada orang yang memusuhi dan memeranginya:

“Pergilah kalian, hari ini kalian bebas”.
Demi Allah, sungguh sangat menakjubkan sejarah hidupmu, wahai Rasulullah. Sungguh agung perilaku dan akhlaqmu, sehingga semua itu adalah madrasah Ilahiyah bagi setiap pemimpin, bagi setiap presiden, bagi setiap penguasa, bagi setiap komandan, bagi setiap hakim, bagi setiap politikus, bagi setiap guru, bagi setiap pasangan suami isteri, bagi setiap orang tua.

Engkau adalah teladan yang sempurna bagi seluruh manusia, dan bagi setiap yang menginginkan kesempurnaan dalam pelbagai bentuk, manifestasi dan trend kehidupan, segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepada Nabi Muhammad saw untuk kami semua, dan segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepada mu untuk umat manusia seluruhnya.

Umat Islam memperingati sejarah Rasulullah setiap hari
Kita memperingati sirah dan kehidupan Rasulullah saw bukan sehari dalam sebulan, namun kita melakukannya setiap hari dan bukan sekali dalam sehari namun puluhan kali; ketika ada seruan dan ajakan solat, dunia seluruhnya menjawab seruan azan; saya bersaksi bahawa Muhammad utusan Allah. Setiap kali bertasyahud dalam solat, seorang muslim seakan bertemu Rasulullah saw mengucapkan salam: “Assalamu’alaika Ayyuhan nabi”, seakan mengunjunginya secara maknawi dan bertemu dengannya, menyambut dan bersuka cita kepadanya.

Manusia cenderung terjerumus pada kehancuran
Bagi para pemerhati situasi dan keadaan dunia saat ini akan melihat bahawa manusia ramai yang cenderung pada hawa nafsu yang menghinakan seakan dihidapi kepada semua orang dan hampir semuanya, dan dunia kini dibagi menjadi dua kelompok:
– Kekuatan yang dengan taringnya ingin mendominasi yang lain, dan memaksakan kehendak dari apa yang mereka inginkan, membuat perjanjian yang menjadi sarana merampas sumber daya alam mereka, dan menjadikan diri mereka sebagai pemimpin mereka, dan pada selanjutnya mencegah mereka dari kebebasan dan kedaulatan atas tanah mereka, dan kebebasan melakukan tindakan dari potensi yang mereka miliki… Menyalakan api perang yang mereka istilahkan dengan tindakan preventif, hanya untuk mengamankan dan melancarkan kepentingan mereka sendiri, membatasi kebebasan dan kemerdekaan warga yang bergolak dalam diri mereka untuk melakukan perlawanan terhadap ketidakadilan, mengembalikan hak-hak dan kebebasan bangsa, menolak penjajahan.

Bahkan, mereka tidak melakukan itu saja, namun mereka juga menghidupkan api perang antara anak-anak bangsa dalam satu negara (perang saudara), sehingga mereka meminta perlindungan dan bantuan kepada mereka dan bergantung pada tali mereka.
– Adapun kelompok lainnya adalah kelompok yang lemah dan dihinakan kerana kemiskinan dan kebodohan, dibutakan oleh penyakit, dan kelemahannya kian terus bertambah oleh adanya pemerintah autokrasi yang membatasi kebebasan, dan menurunkan pelbagai macam warna dari ketidakadilan, menutup mata sisi kebenaran, dan enggan melakukan perbaikan kecuali harus tunduk pada kekuasaannya, menguasai segala potensi yang dimiliki, menghisap apa yang tersisa dari darahnya, melakukan penganiayaan hingga titik maksimum hingga pada puncak penyiksaan pada rakyat yang tertindas dan tertekan, berteriak kesakitan atau meminta pertolongan.
Situasi yang suram ini telah menjadi lumrah di sebahagian besar masyarakat di negara Islam di seluruh dunia ketiga yang hidup di bawah tingkat kemiskinan, pengangguran di semua kelompok masyarakat, penyakit bermaharajalela, ubat-ubatan yang mahal sehingga jika ditemukan tidak mampu membelinya, terjadi korupsi dalam pendidikan dan pemerintahan, dan menyebarnya penyuapan dan sikap pilih kasih, sikap materialistik dan egoisme, menyebar kejahatan dalam pelbagai strata masyarakat, sehingga pemerintah yang memimpin suatu negara hanya menyibukkan diri untuk menyelesaikan permasalahan ini dan sebahagian mereka ada yang menghalang terhadap para generasi kebangkitan Islam yang berusaha ingin memperbaiki keadaan masyarakat dan melakukan kebangkitan serta menghadang musuh-musuhnya dari Zionis dan sekutunya.

Musuh takut terhadap nyala api keimanan
Hal ini patut difahami, bahawa musuh sangat menyedari bahawa rahsia kekuatan umat dan bangsa terletak pada kekuatan iman dan cinta pada jihad dan syahadah di jalan Allah; oleh kerana itu pertama kali yang mereka lakukan adalah memusnahkan nyala api iman dan mengerahkan segala potensi yang mereka miliki dan bekerja sama dengan sekutu mereka untuk mewujudkan impian mereka, namun Allah menghinakan tipu daya mereka dan memperkokoh umat sesuai dengan fitrahnya dan memberi aksi balas setiap kali ada seruan jihad dan syahadah…

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah melalui mulut-mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya”. (As-Shaff:8)

Nabi Muhammad saw pembawa rahmat bagi semesta alam
Allah telah mengutus Rasulullah saw membawa rahmat bagi semesta alam, bagi siapa yang mengikutinya akan mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat ..

“Dan tidaklah Kami mengutusmu kecuali untuk memberi rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya:107)

Dan nabi saw sendiri bersabda:

“Sesungguhnya Aku diutus untuk membawa rahmat”.
Dan dibawah naungan syariah Rasulullah saw seluruh manusia menikmati kebebasan, keadilan dan kesetaraan dan memberikan kasih sayang bagi manusia yang tertimpa penderitaan dan ketidakadilan, ketakutan dan kekejaman yang dilakukan oleh para penentangnya yang tidak hanya menolak hadiah kasih sayang tersebut, namun lebih dari itu adalah menyatakan api perang terhadap syariat langit dan melecehkan dan menjauhi dari kurnia, rahmat dan kenikmatan dan nasihat serta cahaya yang terang benderang. Sungguh merugi umat manusia yang seperti itu! .. betapa sengsara apa yang dilakukan oleh manusia seperti itu; kesengsaraan dan penderitaan, sekiranya mereka tetap berada dalam keadaan seperti itu dan tidak mahu merespon seruan Allah dan Rasul-Nya…!!

“Dan Barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaha:124)

Darah para syuhada adalah simbol kesedaran umat
Wahai umat Islam..
Janganlah kalian merasa bangga dengan darah yang mengalir di jalan untuk membela kebenaran dan melakukan perlawanan terhadap penjajahan, begitu pula dengan pengorbanan yang diberikan dalam menghentikan kerosakan moral, sosial dan ekonomi… kerana yang demikian adalah kecil di hadapan tujuan yang sangat mulia dan ganjaran yang besar.

Maka dari itu, berjihad dan berjihadlah wahai umat Islam, kerana yang demikian merupakan perniagaan yang dapat menyelamatkan diri dari azab Allah, mendekat dari nikmat Allah dan mewujudkan pertolongan Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (As-Shaff:10-13)

Perbaikilah dirimu terlebih dahulu lalu serulah orang lain
Bahawa tugas kita - sebagai umat Islam - selama di tangan ada cahaya yang terang dan sebotol ubat untuk dapat mengubati diri dan menyeru orang lain. Dan Ikhwanul Muslimin pertama kali yang dituju dalam pembinaannya adalah mendidik diri terlebih dahulu, memperbaharui ruh, memperteguh dan memperkokoh akhlaq serta menumbuhkan keberanian yang lurus dalam jiwa-jiwa umat, dan mereka meyakini bahawa hal tersebut merupakan titik awal yang akan mampu membangun kebangkitan umat dan bangsa…jika kita berhasil maka itulah yang kita inginkan, namun jika tidak maka kita serahkan seluruhnya kepada Allah dan kita telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, dan kita menginginkan kebaikan untuk manusia, dan kita tidak putus asa melakukan perbaikan atau berhenti dalam menyebarkan risalah Rasulullah saw sehingga tidak memiliki sama sekali pengaruh, namun dengan pengorbanan yang besar dan darah yang banyak, cukuplah bagi para pembawa risalah mendapatkan faktor-faktor keberhasilan. Dengannya mereka beriman, sehingga mengikhlaskan diri dalam berjuang dan di jalannya mereka berjihad, sementara waktu telah menunggunya dan dunia selalu memantaunya…

“… Allah serta Rasul-Nya akan melihat pekerjaanmu, kemudian kamu dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah:94)

Dan segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.

Risalah dari Muhammad Mahdi Akif, Mantan Mursyid Am Ikhwanul Muslimin 7
Terjemahan: Abu Ahmad

Halatuju Sambutan Maulidurasul: Umat Islam Hadapi Krisis Keteladanan

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah