Showing posts with label Tarbiah Baitul Muslim. Show all posts

Saturday, March 24, 2012

Maksud ‘Bercinta’ Sebelum Nikah.

Sebelum menjelaskan soalan-soalan ini, eloklah kita bincangkan sedikit maksud ‘bercinta’ dalam perbincangan ini. Boleh jadi, maksudnya pelbagai dalam fikiran kita semua. Perbezaan maksud ini lumrah berdasarkan maksud yang difahami oleh masyarakat setempat, pengalaman, realiti, pendapat, fikiran dan latar belakang yang berbeza-beza.

Biasanya, tulisan ilmiah lebih menekankan penggunaan bahasa Melayu tinggi. Segala makna akan dirujuk di dalam kamus.

Manakala tulisan dakwah, lebih selesa menggunakan bahasa yang dekat dengan masyarakat sebagai sasaran dakwah. Di sini, kadang kala timbul dilema. Para ulama mempunyai manhaj yang istimewa dalam menangani dilema ini.

Kamus Dewan, edisi keempat (2007) memberi definisi ‘bercinta’ itu ialah:

1. menaruh rasa cinta atau berahi

2. berasa rindu.

Begitu juga Kamus Lisaanul Arab.

Masyarakat kita pula rata-rata memahaminya sebagai komitmen sepasang kekasih. Lebih terperinci, masyarakat akan menamakan seseorang ini sedang ‘bercinta’ apabila:

· Terlalu kerap sms pasangannya walaupun tiada keperluan.

· Selalu bergayut di telefon meskipun tiada urusan.

· Selalu mengatur ‘dating’ walaupun tiada mahram.

· Berpegangan tangan.

· Membonceng motor bersama.

· Menaiki kereta berdua-duaan kecuali teksi.

· Keluar tengok wayang bersama-sama.

· Keluar menyanyi dan menari.

Kamus Dewan mengistilahkan perbuatan berkasih-kasihan, bercengkerama dan bercumbu-cumbuan sebagai ‘bercinta-cintaan’. Istilah ini jarang disebut oleh masyarakat kita. Mereka lebih senang menyebutnya sebagai ‘bercinta’. Setuju tak?

Manakala perbuatan menjalin hubungan cinta kasih dengan teman lelaki dan wanita diistilahkan oleh Kamus Dewan sebagai ‘berpacaran’. Istilah ini juga kurang popular disebut dalam perbualan harian masyarakat umum di Malaysia. Dalam lagu adalah. Istilah ‘berpacaran’ lebih popular di kalangan masyarakat Indonesia. Orang Malaysia lebih suka menyebutnya sebagai ‘bercinta.’

Jadi apa sebenarnya makna ‘bercinta’?

Mengikut ‘manhaj’ para ulama yang bijaksana, makna sebenar suatu pengungkapan bukan pada namanya tapi berdasarkan hakikat atau intipati benda yang dinamakan itu. Kaedah menyebut, “Al-Ibrah bilmusammayaat laisat bil asma’.”Maksudnya, kita mengambil kira hakikat di sebalik nama, bukannya nama.

Para ulama tidak mudah terpedaya dengan maksud lafaz andai masyarakat memahami dan menterjemahkannya secara berlainan.

Contohnya, andai sesuatu perkara itu lafaznya buruk seperti ‘hotdog’. Tapi hakikatnya baik iaitu daging yang enak. Maka ‘hotdog’ dikira baik sebab hakikatnya baik.

Contoh yang lain, andai sesuatu perkara itu lafaznya baik seperti ‘bunga’ atau ‘faedah’. Tapi hakikatnya buruk iaitu riba. Maka ‘bunga’ atau ‘faedah’ dikira buruk sebab hakikatnya buruk.

Manakala, andai sesuatu perkara itu lafaznya meragukan seperti ‘bercinta’. Hakikatnya ditentukan oleh kefahaman kumpulan sasaran. Berdasarkan pengamatan kasar penulis, rata-rata di Malaysia, orang menyebut lafaz ‘bercinta’ itu dengan memahami hakikatnya sebagai ‘berpacaran’.

Maka, ‘bercinta’ yang dibincangkan di sini, bukan sekadar memiliki perasaan cinta. Itu fitrah. Jika tidak diuruskan dengan panduan wahyu, ia sekelip mata boleh bertukar menjadi fitnah.

‘Bercinta’ yang dimaksudkan dalam perbincangan ini ialah intipati atau hakikat bagaimana cara masyarakat menguruskan cinta mereka. Bukankah secara umumnya, lebih menghampiri fitnah?

Al-Imam Hassan al-Banna apabila ditanya tentang hukum ‘bercinta’, beliau memberikan jawapan yang bijaksana. Mengambil kira kefahaman masyarakat yang pelbagai ini. Kata beliau,

“Bercinta secara halal itu halal. Bercinta secara haram itu haram.”

Sudah tentu, bercinta secara syubhah itu syubhah. Syubhah ialah perkara yang meragukan antara halal dan haram.

Fikrah Pertengahan

Islam agama yang memahami fitrah. Islam menolak sistem yang cuba menghapuskan terus fitrah cinta seperti merahibkan diri.

Islam juga mengutuk fitrah cinta yang disalur dengan menghampiri zina. Inilah yang sering diajar oleh kebanyakan media (tidak semua). Islam lebih-lebih lagi mengutuk fitrah cinta yang diumbar dengan nafsu syahwat seperti mana yang berlaku di Barat. Akibatnya, kecelaruan nasab begitu parah di sana.

Islam menawarkan solusi iaitu pernikahan untuk menyalurkan fitrah menjadi barakah. Bercinta selepas nikah memang seronok. Usung ke hulu ke hilirpun, tiada siapa nak marah.

Pernahkah kita merujuk apa kata ulama muktabar tentang ‘bercinta’ sebelum nikah?

Prof. Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi yang terkenal dengan dakwah menyeru kepada pandangan moderat menerangkan manhajnya,

“Menjadi kewajipan ke atas kita agar beriltizam dengan petunjuk terbaik iaitu petunjuk yang dibawa oleh Muhammad SAW, para khulafa’ rashidun serta para sahabat baginda yang memperolehi hidayah, yang telah diarahkan oleh baginda SAW agar mengikuti sunnah mereka dan memegangnya dengan kukuh, jauh dari cara Barat yang terlalu bebas dan cara Timur yang terlalu ketat.”

Tidak Bercampur Kecuali Atas Dasar Urusan

Mari kita teliti poin-poin penting yang boleh kita amalkan dalam buku Ciri-ciri Unggul Masyarakat Islam yang Kita Idamkan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, spesifiknya berkaitan isu percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.

1. Tidak bercampur dengan lelaki/wanita asing (bukan mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan, dengan kadar yang mencukupi. Contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta ketakwaan.

2. Wanita tidak dihalang dari menyertai untuk berkhidmat kepada masyarakatnya. Di samping itu, tidak mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (Syeikh memberi panduan boleh memandang atas dasar urusan tetapi tidak berlama-lama ketika memandang).

4. Merasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan.

5. Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut, leher, tengkuk, dua lengan dan dua betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram.

6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.

7. Menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang.

8. Mengelakkan diri daripada khalwat.

Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia Tentang ‘Bercinta’

Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi, Mufti global, berkata,

1. Saya ingin tegaskan apa yang selalu saya katakan, bahawa saya tidak memuji apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah, kerana cara seperti ini dikhuatirkan berbahaya dan syubhat. (Beliau lebih memilih perkataan 'tidak memuji' berbanding meletakkan 'hukum' samada 'haram' atau 'makruh' dsb boleh jadi kerana beliau meraikan pendapat orang yang pelbagai terhadap maksud 'bercinta'.)

2. Ramai orang yang memulai cara bercinta ini dengan cara yang tidak benar dan adil, seperti berpacaran melalui percakapan telefon dengan pembicaraan yang tidak jelas dan seringkali dilakukan oleh anak muda ketika mengalami waktu kosong atau bosan.

3. Pacaran melalui telefon ini kadang-kadang disambut oleh sebahagian remaja puteri, dan ini biasanya sering terjadi dalam keluarga, tanpa disedari dan difikirkan akibatnya, baik oleh remaja putera mahupun remaja puteri.

4. Awalnya memang cuba-cuba tapi kemudian ketagihan. Awalnya bergurau tapi akhirnya serius.

5. Banyak situasi seperti ini berdampak kepada hal-hal yang tidak terpuji. Apatah lagi apabila dilakukan di tempat-tempat gelap, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.

6. Dalam keadaan seperti ini, remaja putera dan remaja puteri boleh terjerumus dalam kesalahan dan kenistaan, sebab keduanya bukanlah malaikat yang suci, dan juga bukan para Nabi yang maksum.

7. Lebih dari itu, kadang-kadang pacaran dilakukan oleh dua pihak yang tidak serasi dalam status sosial dan pendidikannya, sehingga keduanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalangnya tanpa berakhir dengan pernikahan. Dalam keadaan seperti ini, hati akan hancur berkeping-keping dan jiwa tertekan.

8. Saya melihat cara terbaik untuk menikah adalah cara yang dilakukan oleh masyarakat Muslim Arab sebelum Barat memerangi kita. Iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik keperibadian calon masing-masing.

9. Perkara yang sesuai dirisik ialah: adakah sesuai antara keduanya dan kemungkinan akan berhasil menikah jika dilihat dari kemampuannya secara psikologi, kematangan akal, kemampuannya secara ekonomi, dan keadaan sosialnya, serta tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahannya dari salah satu pihak, atau keluarganya atau adat tradisi masyarakatnya, atau undang-undang negaranya dan lain sebagainya.

10. Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentlemen) datang mengetuk pintu rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda melihat calonnya dan wanita itu melihatnya tanpa mengetahui bahawa pemuda itu berminat kepadanya. Hal ini tidak lain untuk menjaga perasaannya, jika pemuda itu tidak tertarik kepadanya dan dia belum mendapat tempat di hatinya.

11. Apabila kapak telah menancap di kepala, pada saat itu keluarga hendaklah melihatnya dengan bijaksana dan penuh hikmah dan tidak semena-mena dengan pendapat mereka dan menolak orang yang melamarnya tanpa sebab.

12. Keluarga atau walinya hendaklah mengamatinya dengan baik, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis Nabi, “Tiada yang lebih patut kepada dua orang yang saling menyintai kecuali pernikahan.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim). Atau nikah adalah cara yang paling tepat untuk mengatasi hubungan cinta kasih ini, yang berhujung pada asmara dan kerinduan antara hati lelaki dan perempuan.

13. Yang paling diperhatikan dalam Islam dari pihak suami atau orang yang melamarnya adalah agama dan akhlak, dan keduanya merupakan faktor terpenting dalam keperibadian seseorang muslimah. (Fatawa Mua’sirah, ibid, juz. 2, hal. 348-349).

Kesimpulan

Subhanallah! Luasnya skop kupasan oleh Prof. Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi berkenaan isu ‘bercinta’. Tidak terkurung dari kaca mata hukum fekah semata-mata. (Hukum fekah adalah soal batas minimum yang tetap ada kepentingannya). Bahkan memberi panduan terhadap aspek perlaksanaan hukum secara ideal. Ini yang seringkali kabur di mata masyarakat.

Kupasan sebegini lebih membumikan kita kepada amal dan perlaksanaan dalam realiti hari ini. Tidak lagi tersepit dalam kekeliruan antara hukum dan perlaksanaan hukum. Perlaksanaan hukum mestilah mengambil kira hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia unLinktuk mendapat impak yang lebih hebat, di dunia dan di akhirat.

Lebih istimewa, Pengerusi Majlis Ulama Sedunia ini memberikan pandangan yang pertengahan antara golongan yang memberat-beratkan dengan golongan yang bermudah-mudah.

Batasan pergaulan yang Islam gariskan banyak kebaikannya. Ia bukan sahaja memelihara kehormatan bahkan juga melindungi daripada punca-punca keruntuhan, keretakan dan kebimbangan. Lebih jauh daripada itu, batasan ini memelihara masyarakat daripada kebinasaan.

Petikan tulisan dari blog Ukhti Fatimah Syarha Noordin (http://sebarkanbahagia.blogspot.com)

Remaja: Pelajari Tentang CINTA

Saturday, October 08, 2011

Persoalan cinta dan kahwin merupakan tajuk perbincangan yang paling disukai oleh remaja dan belia. Mengapa manusia suka dengan cinta dan mahu berkahwin? Sudah tentu mahu mengecapi kebahagiaan. Ada yang bercinta hangat tapi tidak sampai ke jinjang perkahwinan. Ada yang mengenal cinta selepas perkahwinan dan tetap bahagia. Ada juga yang bercinta kemudian berkahwin dan kemudian berpisah (bercerai). Ada juga yang bercinta dan berkahwin dan terpaksa berusaha mempertahankan alam perkahwinan demi anak-anak yang semakin membesar.

Perkahwinan adalah Kemuliaan

Pernikahan adalah fitrah manusia, maka jalan yang sah untuk memenuhi keperluan ini adalah dengan aqad nikah. Bukan dengan cara yang amat kotor lagi menjijikan seperti cara-cara orang zaman sekarang seperti “couple” haram sana sini kononnya untuk menyuburkan perasaan cinta dan membina sifat saling faham memahami, akibatnya terlanjur sehingga berzina, ada juga yang terlibat dengan lesbian atau homoseksual kerana sayang sesama sejenis, semua jalan ini telah menyimpang jauh dan diharamkan oleh Islam.

Seramai 17,303 anak luar nikah Melayu atau tidak sah taraf didaftarkan di seluruh negara sepanjang tahun 2009. Bermakna 1442 orang sebulan, 48 orang sehari, 2 orang setiap jam. Apa yang mampu kita rumuskan dengan statistik ini? Fikir-fikirkan.

Sasaran utama dari disyariatkannya perkahwinan dalam Islam di antaranya ialah untuk membentengi martabat manusia dari perbuatan kotor dan keji yang telah menurunkan dan merendahkan martabat manusia yang luhur. Islam memandang perkahrwinan dan pembentukan keluarga sebagai jalan efektif untuk memelihara pemuda dan pemudi dari kerosakan serta melindungi masyarakat dari kekacauan.

Rasulullah SAW ada bersabda:

“Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk berkahwin, maka nikahlah, kerana nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), kerana shaum itu dapat membentengi dirinya”. (Hadith Sahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi)

Pernikahan adalah suatu keberanian untuk bertanggung jawab dan kesediaan untuk berjuang. Justeru dirikanlah rumahtangga kita di atas landasan ibadah dan mengharap redhanya Allah. Bukan sekadar faktor cinta dan suka sama suka lalu berkahwin. Kalau atas faktor ini maka asbab kita berkahwin tidak konkrit dan berkemungkinan akan mudah goyah. Mungkin juga atas faktor nafsu semata. Menurut statistik dari JAKIM, sejumlah 20,259 pasangan suami isteri telah bercerai pada tahun 2007. Bermakna 1488 pasangan bercerai dalam masa sebulan, 56 pasangan bercerai dalam sehari! Mungkinkah mereka ini terlupa bahawa di saat seseorang melaksanakan aqad pernikahannya, maka mereka akan mendapati banyak ucapan doa dari para undangan dengan doa keberkatan sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah SAW;

“Semoga Allah memberkahimu, dan menetapkan keberkahan atasmu, dan mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.”

Doa ini sarat dengan makna yang mendalam, bahawa perkahwinan seharusnya akan mendatangkan banyak keberkahan bagi pasangan yang berkahwin. Namun malangnya keluarga bahagia yang diharapkan bertukar menjadi konflik rumahtangga.

Justeru amat penting buat para pemuda yang berkeinginan untuk berkahwin mempersiapkan diri anda dengan persiapan yang betul bagi membina sebuah rumahtangga yang islami dan tarbawi (terdidik).

Pertama, meluruskan niat....

*Artikel ini merupakan petikan tulisan penulis di http://langitilahi.com/5056/pemuda-sebelum-nak-kahwin-bersedialah/ Ikutilah sambungan artikel ini di web tersebut..selamat membaca..

Berkahwin Itu Ada Persiapannya (1)

Monday, November 29, 2010

Raihlah keberkatan hidup disisi Allah SWT kerana hidup berkat akan sentiasa bercukupan dan kecukupan itu akan memperoleh keberkatan. Justeru itu kita selalu berdoa dan meminta orang lain mendoakan kita agar segala sesuatu yang kita miliki dan kita usahakan memperolehi keberkatan dari Allah SWT.

Dalam masyarakat kata “berkat”, “berkah”, atau “barakah” sudah tidak asing lagi. Kata barakah berasal dari bahasa Arab yang bererti tumbuh, berkembang, tetapnya sesuatu, kemudian ia bercabang, dan satu sama lain saling berdekatan. Secara terminologi kata berkah bererti “kebaikan yang bersumber dari Allah SWT yang ditetapkan terhadap sesuatu sebagaimana mestinya”.

Pasrah Kepada Allah
Sudahkah kita merasai keberkatan itu? Ramai orang yang meninggal dunia dalam keadaan kerugian sebelum tercapainya cita-cita yang diimpikan, tidak sempat untuk beramal kerana sibuk mengejar harta. Gemerlap dunia ibarat meminum air laut, semakin banyak diminum semakin menambah rasa haus dan tidak pernah merasa cukup terhadap apa yang sudah dimiliki.

Orang yang tidak pernah puas maka ia tidak akan pernah bahagia. Hidupnya menjadi tidak barakah disisi Allah SWT dan menderita. Namun orang yang merasa cukup dengan apa yang dimiliki maka Allah SWT memberikan kurnia-Nya yang melimpah.

“Barangsiapa yang memasrahkan keperluannya kepada Allah, niscaya Dia akan mendatangkan kepadanya rezeki dengan segera atau menunda kematiannya.” (HR. Ahmad).

Menurut Ath-Thabathaba’i, kebaikan yang bersumber dari Allah SAW itu muncul tanpa diduga dan tidak terhitung dalam sepanjang kehidupan, baik yang bersifat kebendaan mahupun berbentuk kerohanian. Keberkatan yang bersifat kebendaan itu akan bermuara juga kepada keberkatan dalam ketinggian kualiti spiritual dalam kehidupan yang mencintai akhirat.

Mulianya hidup tatkala kehidupan sentiasa diberkati Allah SWT. Bila hidup kita diberkati Allah SWT, kehidupan akan selalu merasa cukup dan bila kita merasa berkecukupan maka kita memperoleh keberkatan.

“Sesungguhnya Allah yang Maha Luas kurnia-NYa lagi Maha Tinggi, akan menguji setiap hambaNya dengan rezeki yang telah Dia berikan kepadanya. Barangsiapa yang redha dengan pemberian Allah maka Allah akan memberkahi dan melapangkan rezeki untuknya dan barangsiapa yang tidak redha niscaya rezekinya tidak diberkahi.” (HR. Ahmad).

Kunci Keberkatan
Untuk meraih keberkatan dalam kehidupan, ada dua tuntutan syarat yang perlu kita laksanakan. Firman Allah SWT:

“Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya (Al-A’raf:96).

Pertamanya, beriman dan bertakwa kepada Allah SWT, sebagaimana firman-Nya yang dikutip di dalam surah Al-A’raf, ayat 96. Ayat ini menunjukkan balasan Allah SWT bagi hamba-hamba-Nya yang beriman, yakni keberkatan dari langit dan bumi. Sebaliknya, ayat tersebut juga sekaligus menjadi penjelas bahawa orang yang kufur kepada Allah SWT, niscaya tidak akan pernah merasakan keberkatan dalam hidup.

Justeru bagi membina iman, kita perlu mentarbiyah hati kita dengan tarbiyah imaniyah. Bersihkan hati kita dari sebarang dosa dan noda. Bersihkan hati kita dari karat-karat jahiliyah yang akan menghitamkan hati kita lalu menjadi penghalang kepada hadirnya hidayah, petunjuk dan pertolongan dari Allah SWT. Hati yang bersih akan menumbuhkan keimanan yang sebenar terhadap Allah SWT.

Kedua, amal soleh. Yang dimaksud dengan amal soleh ialah menjalankan perintah dan menjauhi larangan-Nya sesuai dengan syariat yang diajarkan Rasulullah SAW. Firman Allah SWT:

“Demi malam apabila menutupi, dan siang apabila terang benderang, dan penciptaan laki-laki dan perempuan. Sesungguhnya usaha kamu memang berbeza-beza. Adapun orang yang memberikan (harta di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah “(Al-Lail:1-7).

Iman dan Amal Soleh
Inilah hakikat kepentingan memiliki ketakwaan dan melaksanakan amal soleh yang menjadi prasyarat datangnya keberkatan sebagaimana ditegaskan Allah SWT di dalam Al Quran. Setelah kita berusaha untuk memenuhi prasyarat tersebut, maka berserahlah kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

“Barangsiapa bertaqwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” (ath-Thalaq, 65: 2-3)

Allah SWT juga menceritakan di dalam Al-Quran tentang Ahlul Kitab yang hidup pada zaman Nabi SAW, Allah SWT berfirman:

“Dan sekiranya mereka benar-benar menjalankan Taurat, Injil dan (al-Quran) yang diturunkan kepada mereka, niscaya mereka akan mendapatkan makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka…” (Al-Ma’idah: 66).

Para ulama tafsir menjelaskan, yang dimaksud dengan “mendapatkan makanan dari atas dan dari bawah kaki”, ialah Allah SWT melimpahkan kepada mereka rezeki yang sangat banyak dari langit dan dari bumi, sehingga mereka akan mendapatkan kecukupan dan pelbagai kebaikan tanpa susah payah, letih, lesu, dan tanpa adanya tentangan atau pelbagai permasalahan yang mengganggu ketenteraman hidup mereka (Tafsir Ibnu Katsir, 2/76).

Menurut Sheikh Abdur Rahman as-Sa’di, “Sekiranya mereka melaksanakan perintah-perintah Allah, menjauhi larangan-larangan-Nya, seperti yang dianjurkan dan diperintahkan oleh Allah, dan termasuk perlaksanaannya adalah beriman kepada apa yang diserukan oleh Taurat dan Injil untuk beriman kepada Muhammad s.a.w. dan kepada al-Quran, niscaya mereka akan mendapat makanan dari atas mereka dan dari bawah kaki mereka. Yakni, Allah akan melimpahkan rezeki kepada mereka, langit dijadikan menurunkan hujan, bumi pula menumbuhkan tanaman.” (Rujuk: Tafsir as-Sa’di, jil. 2, m/s. 378-379)

Al-Quran Sumber Keberkatan
Semoga kita meraih keberkatan di sepanjang kehidupan kita. Tidak ada cara yang terbaik untuk kita beroleh keberkatan melainkan kita sentiasa merujuk kepada panduan terlengkap yang Allah SWT telah bekalkan kepada kita melalui Al Quran yang menajdi sumber keberkatan. Firman Allah SWT:

“Dan Al-Qur’an ini adalah suatu kitab (peringatan) yang mempunyai berkah yang telah kami turunkan. Maka mengapakah kamu mengingkarinya? (Al Anbiyaa':50)

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Shaad:29).

Kini kunci meraih keberkatan dalan kehidupan telah terbongkar. Al Quran memandu kita agar berbekal dengan iman, taqwa dan amal soleh, insyaAllah kita akan meraih keberkatan. Firman Allah SWT:

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan Dia dengan kehidupan yang baik; dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.” (An-Nahl:97)

Meraih Keberkatan Dalam Kehidupan

Saturday, October 16, 2010

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu”. (At-Tahrim: 6)

Kejayaan dalam membentuk sebuah keluarga muslim akan menutup banyak pintu-pintu maksiat dan kefasadan di luar sana. Anak-anak berada di dalam pemantauan ibu bapa, sentiasa di bimbing di dalam iklim kasih sayang disamping ketegasan dalam prinsip dan disiplin. Secara tidak lansung rumah tangga muslim ini adalah penyelesaian kepada masalah-masalah sosial yang semakin kuat melanda dalam institusi kekeluargaan hari ini.

Generasi yang paling penting dalam sesebuah keluarga ialah anak-anak. Anak adalah anugerah yang Allah swt. kurniakan dalam sesebuah keluarga. Anak adalah harapan dan kepimpinan Islam di masa yang akan datang. Kenyataan ini hanya akan dimengerti bagi komuniti keluarga yang di bina atas kesedaran Islam yang sebenar. Insyaallah perkahwinan yang diasaskan dengan matlamat dan tujuan yang bersih, pasti akan berusaha mendidik anak-anak mereka dengan asas pendidikan yang betul, yang diredhai oleh Allah swt. Kerana itulah bagi generasi muda yang masih belum berumahtangga, berusahalah mendirikan rumahtangga anda dengan jalan yang betul, jalan yang diredhai Allah swt. dan jauhkanlah sama sekali dari jalan-jalan hawa nafsu dan pengaruh suasana semata-mata.

Tanggungjawab mendidik anak-anak terletak atas bahu ibu bapa. Ini perlu kita fahami dan rasai.

Faktor utama yang berperanan penting bagi memastikan anak-anak berada dalam institusi tarbiah islamiyah adalah keluarganya sendiri sebagai pengelola institusi pendidikan yang paling dominan. Di saat hati anak-anak masih bersih dan putih jika ditarbiah dengan kebaikan dan diajari dengan kemuliaan Islam maka anak-anak akan membesar menjadi seorang yang baik, berakhlak, bahagia di dunia dan akhirat.
Sebaliknya jika dibiasakan dengan kejelekan dan hal-hal yang buruk serta disajikan dengan suasana yang melarakan, maka ia akan membesar menjadi seorang yang berperibadi rosak, keliru, tidak faham Islam dan membimbangkan akan semakin jauh dari kefahaman Islam. Kerugian mana yang lebih besar yang akan dipikul kedua orangtua dan umat umumnya apabila meremehkan pendidikan anak-anaknya.

Syeikh Abu Hamid Al Ghazali ketika membahas tentang peranan kedua orangtua dalam pendidikan mengatakan:

"Ketahuilah, bahawa anak-anak merupakan amanat bagi kedua orangtuanya. Hatinya yang masih suci merupakan permata alami yang bersih dari pahatan dan bentukan, dia siap diberi pahatan apapun dan condong kepada apa saja yang dibentukkan kepadanya Jika dibiasakan dan diajarkan kebaikan dia akan tumbuh dalam kebaikan dan berbahagialah kedua orang tuanya di dunia dari akhirat, juga setiap pendidik dan gurunya. Tapi jika dibiasakan kejelekan dan dibiarkan sebagai mana binatang ternak, niscaya akan menjadi jahat dan binasa. Dosanya pun ditanggung oleh kedua ibu bapanya. Maka hendaklah ia memelihara, mendidik dan membina serta mengajarinya akhlak yang baik, menjaganya dari teman-teman jahat, tidak membiasakannya bersenang-senang dan tidak pula menjadikannya suka kemewahan, sehingga akan menghabiskan umurnya untuk mencari hal tersebut bila dewasa."

Berkata Ibnu Qayyim rahimahullah:

"Bila terlihat kerosakan pada diri anak-anak, majoriti penyebabnya adalah bersumber dari orangtuanya."

Maka Allah Subhanahu wa Ta’ala mengingatkan kita dengan firmanNya,

"Hai orang-orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. (At Tahrim:6).

Berkata Amirul Mukminin Ali ra.:

"Ajarilah diri-diri kalian dan keluarga-keluarga kalian kebaikan dan bimbinglah mereka."

Rasulullah saw. bersabda,:

"Setiap di antara kalian adalah pemimpin dan akan dipertanggungjawabkan, seorang imam adalah pemimpin akan dipinta pertanggungjawabannya, seorang laki-laki pemimpin atas keluarganya dan akan dipinta pertanggungjawabannya, seorang wanita pemimpin dalam rumah suaminya dan ia bertanggungjawab, dan seorang budak adalah pemimpin dalam hal harta tuannya dan ia bertanggungjawab. Ketahuilah bahawa kalian semua adalah pemimpin dan akan dipinta pertanggungjawabannya." (HR Bukhari dan Muslim dari sahabat Abdullah ibnu Umar ra.)

Dari sahabat Anas bin Malik, Rasulullah saw. bersabda,:

"Sesungguhnya Allah swt. akan bertanyakan pada setiap pemimpin atas apa yang dipimpinnya, apakah ia menjaganya ataukah menyia-nyiakannya? Hingga seseorang akan bertanya kepada keluarganya." (HR Ibnu Hibban, Ibnu Ady dalam Al Kamil, dan Abu Nu'aim dalam Al Hilyah dan dishahihkan oleh Al Hafizh dalam Al Fath 13/113).

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw. bersabda,:

"Bertaqwalah kalian kepada Allah dan berbuat adillah terhadap anak-anakmu."

Semoga yang memiliki anak, marilah berusaha mendidik anak-anak kita dengan tarbiah Islam. Mohonlah kekuatan dari Allah swt. agar keluarga kita tidak termasuk dalam keluarga yang tidak diberi petunjuk oleh Allah swt. Firman Allah swt. yang bermaksud:

“Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah maka dialah yang mendapat petunjuk dan barangsiapa yang disesatkan oleh Allah maka mereka itulah orang-orang yang rugi” (Al-A’raf: 178)

Tulisan ini penulis nukilkan buat diri penulis sendiri, semoga penulis dan isteri mampu mentarbiah anak-anak kami menjadi lebih baik dari kami. Amin.

Tarbiyah Anak: Tanggungjawab Siapa?

Wednesday, December 03, 2008

RAHSIA MEMBINA RUMAHTANGGA MUSLIM YANG BAHAGIA

Oleh : Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ

(رواه الشيخان)- متفق عليه -
Maksud :

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).

( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas.

Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu? Hikmahnya ialah dengan mempunyai nilai keagamaan itulah seseorang itu dapat memiliki akhlak yang baik, menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan saling bantu membantu dalam rangka untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah SWT. Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya ?

Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga yang bahagia itu telah jelas ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri. Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumahtangga iaitu membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain. Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT? Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga? Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak?

Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggangujawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga.

Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.

Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.

Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

Friday, November 14, 2008

Sahabat Yang Baik Penyelamat Bencana

Puteri-puteri Islam Sejati!
Salam sejahtera diiringi limpah kasihi Ilahi.

Di mana jua kalian berada, sentiasa ibu doakan agar sentiasa beroleh taufiq dan hidayah Allah. Sentiasa terdorong melaksanakan kebaikan, juga terhindar dari melakukan sebarang keburukan.

Ibu sangat merindui dan mengasihi kalian dengan kasih sayang Islam; supaya dengannya kita akan dikumpulkan kembali di yaumil akhir nanti. Di sana nanti tiada lagi naungan selain naunganNya. Ini berdasarkan maksud sabda Rasulullah s.a.w;

“Pada hari kiamat Allah akan berfirman: Di manakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Hari ini Aku akan melindungi mereka, sebab hari ini tidak ada perlindungan selain daripada perlindunganKu.” (HR Muslim)

Puteri-puteriku yang sentiasa gigih di jalan kebenaran…,
Dengan izin dan perkenan Allah jua kita masih dipertemukan di dalam siri peringatan; bekalan sepanjang hayat . Moga dengannya kita mampu menghimpun bekalan-bekalan yang akan menyelamatkan kita dari sebarang rupa keburukan yang kita khuatiri. Lebih utama yang kita harapkan, bekalan yang dikumpul akan meyampaikan kita kepada segala bentuk kebaikan.

Di pertemuan kali ini kita akan dihidangkan dengan bekalan yang mempengaruhi sebahagian besar masa harian kita;

Bekalan ke-3: Sahabat Yang Baik Penyelamat Bencana

Ketahuilah Puteri-puteriku,
Setiap diri muslim melalui perjalanan hidup yang berbagai ragam. Tidak berada di dalam suasana yang sama warnanya sepanjang masa. Ada kalanya kita mudah melakukan kebaikan. Ada kalanya kita ditimpa bencana hasutan syaitan dan perdayaan nafsu hingga menyeleweng dari keredhaan Allah. Oleh itu perkara yang berpengaruh kuat dan mampu menarik kita kembali ke jalan kebenaran adalah keteguhan persahabatan di jalan Allah. Disebabkan kekuatan luarbiasa terkandung di dalam persaudaraan Islam, maka perkara pertama yang Ar-Rasul Muhammad s.a.w laksanakan sewaktu berhijrah ke Madinah ialah mempersaudarakan golongan Muhajirin dan Ansar. Kekuatan yang dimaksudkan adalah anugerah Allah kepada setiap diri muslim yang merasai mereka telah diikat dengan keimanan. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Anfaal ayat 63 bermaksud;

“Dan yang mempersatukan hati mereka(orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelanjakan semua kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”.

Puteri-puteri Islam yang bertaqwa,
Kekuatan persaudaraan Islam yang begitu rupa akan mampu memperingatkan kalian sewaktu lemah dan leka. Seandainya kalian ditinggal bersendirian terkapai-kapai tanpa sahabat yang baik, kalian terdedah kepada kehancuran dan kebinasaan. Pada hakikatnya serigala akan menerkam kambing yang terpisah dari kumpulannya. Sudah tentu sahabat yang soleh (baik) tidak akan membiarkan kita bersendirian. Dia akan sentiasa mengingatkan kita kepada kebaikan.

Seperkara lagi yang perlu diingat; setiap diri manusia merupakan cermin sahabatnya. Sekiranya sahabat yang kita pilih itu berakhlak mulia, maka kesannya kepada diri kita juga adalah kebaikan belaka. Sebaliknya andainya sahabat yang kita pilih itu berakhlak buruk, maka kita akan terdorong melakukan dosa dan kemungkaran. Ini bertepatan dengan maksud sabda Rasulullah s.a.w;

“Sesungguhnya sahabat yang soleh itu umpama penjual minyak wangi. Jika kita tidak membeli darinya, tetap kita akan menghidu bau wangi darinya. Sedangkan sahabat yang jahat pula, umpama tukang besi. Walaupun tidak terkena percikan api, tetap kita merasai bahang panas dan terhidu bau busuk darinya”.

Dari itu sewajarnya kita perlu menentukan pilihan yang terbaik dalam bersahabat berdasarkan ketinggian iman dan taqwa.

Puteri-puteri Islam sejati!
Renungi secebis kisah dari sirah para sahabat Rasulullah; semoga dengannya terlihat jelas fungsi sahabat yang baik.

Umar bin Al-Khattab mempunyai sahabat yang rapat dengannya bernama ‘Iyash bin Abi Rabi’ah. ‘Iyash memeluk Islam ketika waktu yang hampir dengan perintah berhijrah ke Madinah. Oleh itu imannya masih tipis ketika itu. Bagaimanapun ‘Iyash cuba menyertai hijrah bersama-sama Umar Al-Khattab.

Di pertengahan jalan ibunya menghantar utusan untuk memujuknya pulang dengan ancaman ibunya akan terus-terusan berjemur di tengah panas tanpa beralih ataupun mandi. Hal itu membuat ‘Iyash khuatir dan hatinya berbelah bagi, bimbangkan keselamatan ibunya. Umar cuba memujuknya; “Usahlah terlalu khuatir akan ibumu. Selepas dua hari berjemur, badannya akan kotor dan dia pasti rimas . Tentunya dia akan mandi. Jika dia berjemur seharian di bawah mentari, pasti esok dia akan berteduh”.
Disebabkan iman di hatinya masih lemah, dia berkeras juga ingin pulang menemui ibunya. Umar hanya mampu memperingatkannya; “Wahai ‘Iyash, jika engkau pulang, pasti ditimpa bala’ dan cobaan”.

Namun sahabat yang baik tidak tergamak membiarkan sahabatnya ditimpa kesusahan. Umar telah melakukan sesuatu yang dapat mengingatkan ‘Iyash walau dia tidak berada bersamanya. Disebabkan ‘Iyash tidak mempunyai unta, diberikanya untanya kepada ‘Iyash; “Ambillah untaku ini. Semoga dengannya kau akan mengingatiku dan kembali bersama-samaku”. Sebaik-baik ‘Iyash pulang kepada keluarganya, dia telah dipukul dan disiksa. Hampir saja dia berjaya dipujuk meninggalkan Islam. Terlihat saja dia kepada unta Umar, ‘Iyash ingat kembali kepada iman dan Islam. Di situlah kekuatan erti persahabatan yang terjalin. Sahabat yang baik mampu menyelamatkannya dari bencana kufur.

Puteri-puteriku yang diharapkan membawa kebaikan kepada insan lain;
Bilamana kalian telah berjaya beroleh sahabat sejati berteraskan iman dan taqwa, perlulah diberi perhatian terhadap langkah-langkah yang menyuburkan ikatan ukhwah tersebut;

* mengasihi saudara seIslam semata-mata kerana Allah
* mengucapkan salam bila bertemu
* sentiasa menziarahi terutama ketika sakit
* sentiasa saling mendoakan
* menolong ketika kesempitan
* memenuhi jemputan
* memberi ucapan tahniah dan takziah
* saling memberi hadiah
* tidak memutuskan silaturrahim dan memulaukan
* bertolak ansur dan saling memaafkan
* bermanis muka semasa bertemu
* sentiasa jujur dan ikhlas inginkan kebaikan sesama saudara seIslam.

Puteri-puteri Islam Sejati!
Pada hakikatnya, persahabatan yang baik memerlukan perhatian dari kita untuk mengawalnya dari dirosakan oleh gejala-gejala liar sepetimana maksud sabda Rasulullah;

“Janganlah kamu saling putus-memutus hubungan, janganlah kamu saling berpaling tadah, janganlah kamu saling benci-membenci, janganlah kamu saling berhasad dengki. Dan jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Dan tidaklah halal bagi seorang muslim berpaling dari saudaranya lebih dari tiga hari”. (HR Bukhari dan Muslim)

Wassalam.

Ummu Anas.
Ibu yang sentiasa mendokan ketaqwaan kalian.

Wednesday, August 13, 2008

“Segolongan dari Ahli Kitab ingin menyesatkan kamu, padahal mereka (sebenarnya) tidak menyesatkan melainkan dirinya sendiri, dan mereka tidak menyadari.” [Ali ‘Imran: 69]

Banyak komentar yang dilontarkan oleh penulis-penulis dan cendekiawan Barat tentang Islam, maka jumlah mereka yang memberi kritikan secara objektif begitu jelas sekali.

Namun fanatisme yang melingkupi diri mereka, ditambah lagi dengan ketidaktahuan mereka terhadap ajaran-ajaran Islam yang benar, kedengkian kerana populasi kelompok agama Islam hari ini semakin terus berkembang pesat, arus politik kolonialisme, akhirnya menjadikan Islam sebagai musuh yang harus mereka hadapi. Apalagi yang berkenaan dengan pola-pola sosial dan yang paling utama mereka akan menyerang keluarga muslim.

Kedengkian seperti itu tergambar dalam diri salah seorang pemimpin di Perancis. Setelah mengadakan kunjungan ke Mesir. Ia mengkritik situasi keluarga muslim secara pedas, dan juga mengkritik gambaran wanita muslimah yang jauh dari gambaran semestinya. Ia berkata, “Manusia tidak akan mendapatkan cara yang paling keji untuk menghukum orang yang bersalah, seperti layaknya wanita-wanita Mesir.”

Seorang penulis Perancis Athena L tak kalah giatnya mencari kelemahan dan kekurangan baru untuk menghadapi Islam. Untuk itu ia berkata,

“MENGHADAPI ISLAM DENGAN MENGGUNAKAN KEKUATAN JUSTRU MEMBUAT AGAMA ITU SEMAKIN TERSEBAR KE MANA-MANA. CARA PELING EFEKTIF UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM DAN MENCABUT AKAR-AKARNYA IALAH: MENDIDIK ANAK-ANAK MEREKA DI SEKOLAH-SEKOLAH KRISTIEN, MENANAMKAN BENIH-BENIH KERAGUAN DI DALAM JIWA MEREKA SEJAK DINI, SEHINGGA TANPA TERASA SEBENARNYA MEREKA DI DIDIK KEPADA KEYAKINAN YANG ROSAK. CARA SEPERTI INI JAUH LEBIH EFEKTIF DARIPADA MENJADIKAN MEREKA MEMELUK AGAMA KRISTIEN.”

Ia juga menambahi lagi,

“MENDIDIK WANITA-WANITA ISLAM DI SEKOLAH YANG DIAJARI OLEH PARA MATERIALIS DAN ORIENTALIS MERUPAKAN SATU-SATUNYA PENDIDIKAN YANG PALING TEPAT UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM MELALUI TANGAN PEMELUKNYA SENDIRI. MEREKA YANG BERADA DALAM SUATU KELUARGA MUSLIM DAPAT MENCIPTAKAN PERMUSUHAN TERSELUBUNG, YANG TIDAK MAMPU DITUNDUKKAN BEGITU SAJA OLEH SUAMINYA. SEBAB WANITA ISLAM YANG TELAH DITANAMI DENGAN PENDIDIKAN BARAT, MUDAH MEMPENGARUHI PERASAAN DAN AKIDAH SUAMINYA, SEHINGGA IA MAMPU MENJAUHKANNYA DARI ISLAM DAN DAPAT MENDIDIK ANAK-ANAKNYA AGAR TIDAK MENURUT AGAMA WARISANNYA. SEBAGAIMANA YANG TERJADI PADA ZAMAN SEKARANG INI, SEORANG IBU YANG BERTANGGUNG JAWAB MENDIDIK ANAKNYA, MAKA DIALAH SARANA YANG PALING TEPAT UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM.”

Itulah yang telah diserukan Athena untuk menghancurkan Islam dari dalam. Cara serupa juga diulas oleh Snouck Hourgrounye yang berkata,

“UNTUK MENGHANCURKAN ISLAM, TIDAK ADA GUNANYA MEMERANGI ORANG-ORANG ISLAM ATAU MENGHAMPIRI MEREKA DENGAN MENGERAHKAN KEKUATAN SENJATA. TAPI HAL ITU CUKUP DENGAN MENGADU DOMBA ANTARA KELOMPOK MEREKA DENGAN KELOMPOK YANG LAIN DARI DALAM, IAITU DENGAN MENANAMKAN PERBEZAAN PENDAPAT DAN MADZHAB SERTA MENANAMKAN KETIDAKPERCAYAAN KEPADA PEMIMPINNYA. DI SATU PIHAK ANAK-ANAK MEREKA HARUS DIRACUNI DENGAN FAHAMAN MARXISME.”

Itulah sebahagian usaha dari musuh-musuh Islam –Kristien dan Yahudi– dalam meruntuhkan bangunan Islam dengan cara merosak kesuburan keluarga muslim dari dalam. Keberhasilan
mereka dalam melancarkan misi-misinya jelas di pelupuk mata kita iaitu dengan mengeksploitasi wanita-wanita muslim dalam berbagai punca hiburan dan sebagainya. Wanita-wanita kita, di zaman sekarang, lebih cenderung atau lebih suka menjadi wanita-wanita pekerja/buruh di luar rumah daripada menjalankan tugas untuk mengurus rumah tangganya, mendidik anak-anaknya supaya mampu menjadi generasi yang handal kelak dikemudian hari atau melayani suami dan sebagainya. Hari ini kita dapati dengan bantuan pengaruh media massa, media cetak, talian "online" dan telekomunikasi, musuh-musuh kita lebih mudah dan efektif lagi dalam merosak/mengikis akhlak masyarakat muslim. Pelbagai filem kekeluarga import yang disiarkan televisyen seluruhnya berasal dari negara non muslim –Kristen. Mereka tidak segan-segan mengeluarkan biaya yang banyak untuk men-dubbing ke dalam bahasa Malaysia, kerana dengan melakukan sedemikian maka misi yang mereka inginkan lebih efektif lagi. Orang lebih suka mendengar daripada harus membaca teks terjemahan. Dengan siaran-siaran tersebut diharapkan mereka –keluarga muslim– akan terpengaruh dan terpedaya dengan cafra hidup keluaran Barat yang tidak sesuai dengan keperibadian Islam. Saya yakin dalam waktu singkat saja akan terjadi krisis keperibadian Islam melanda umat Islam di negera kita sekiranya tidak ada penanganan yang cepat dan serius dalam mengatasi masalah dan cabaran ini.

Terutama dalam membentengi keluarga muslim dari keratan-keratan atau ghazwul fikri dengan memberikan kefahaman yang frekuentif tentang dien Islam.

Akhirnya …”Hai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”[At Tahrim: 6]

“Kebenaran itu adalah dari Rabb-mu, sebab itu jangan sekali-kali kamu termasuk orang yang ragu.”[Al Baqarah: 147]

“Allah Pelindung orang-orang yang beriman; Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir pelindung-pelindungnya ialah syaitan, yang mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan (kekafiran). Mereka adalah penghuni neraka; mereka kekal didalamnya.”[Al Baqarah: 257]

STRATEGI MUSUH MENGHANCURKAN KELUARGA MUSLIM

Wednesday, July 09, 2008

Bagaimana agar perkahwinan kita mendatangkan redha Allah? Semakin lama usia pernikahan akan semakin terasa sakinah mawaddah wa rahmah? Ada tiga rumus dalam Quran Surah Al-Ashr. Setiap bertambah hari, bertambah umur, kita itu merugi kecuali tiga golongan kelompok yang beruntung. Nah buat sahabat-sahabat yang merencanakan untuk berumahtangga silakan semak panduan berikut:

Pertama adalah rumahtangga yang selalu berfikir keras bagaimana keyakinan kepada Allah terus meningkat. Tidak ada orang ikhlas kecuali yakin kepada Allah. Tidak ada sabar kecuali kenal kepada Allah. Tidak ada orang zuhud kecuali orang yang tahu kekayaan Allah. Tidak ada orang tawadhu' kecuali orang yang tahu kehebatan Allah. Makin akrab dan kenal dengan Allah pasti akan memberi kesan positif dalam diri kita. Setiap hari dalam hidup kita seharusnya difikirkan bagaimana kita dekat dengan Allah. Kalau Allah sudah mencintai mahluk segala urusan akan beres.

Oleh itu, apa pun yang ada dirumah harus menjadi asbab kepada kita untuk mendekatkan diri kepada Allah. Beli barang apa pun harus yang disukai Allah. Supaya rumah kita menjadi rumah yang disukai Allah. Boleh memiliki barang yang bagus tanpa diwarnai dengan takabur. Bukan perkara mahal atau murah, bagus atau tidak tetapi apakah nanti mampu dipertanggungjawabkan disisi Allah atau tidak. Bahkan dalam mendengar lagu yang disukai Allah siapa tahu kita dipanggil Allah ketika mendengar lagu. Rumah kita harus Allah oriented. Kaligrafi dengan tulisan Allah. Kita senang melihat rumah mewah dan islami. Jadikan semua harta jadi dakwah mulai kenderaan sampai rumah.

Apa yang kita fikirkan, Allah sudah mengetahui apa yang kita fikirkan. Yang harus kita fikirkan adalah bagaimana dekat dengan Allah, selanjutnya Allah yang akan mengurus. Kalau hubungan kita dengan Allah bagus semua akan beres. Barangsiapa yang dekat dengan Allah, akan diberi jalan keluar setiap urusannya. Dan dijamin dengan rezeki dari tempat yang tidak diduga-duga. Dan barang siapa hatinya yakin Allah yang punya segalanya, akan dicukupkan segala keperluannya. Jadi bukan dunia ini yang menjadi masalah tetapi hubungan kita dengan Allah-lah masalahnya.

Kedua adalah rumahtangga yang paling produktif dalam kebaikan. Wang paling berkah adalah wang yang paling tinggi produktivitinya. Kaya boleh asal produktif. Boleh mempunyai rumah banyak asal diniatkan agar berkah demi Allah itu akan beruntung. Kerana itu, teruslah mencari wang. Bukan untuk memperkaya diri semata-mata tetapi bersedia pula untuk mengagihkannya untuk ummah yang memerlukan. Sedekah itu tidak akan mengurangi harta kita kecuali bertambah. Jadi fikiran kita bukan akan apa kita dapat? Tapi apa yang boleh kita perbuat? Orang beruntung setiap waktu fikirannya produktif mengenai kebaikan. Selagi hidup, lakukan yang terbaik, sesudah mati kita tidak aad upaya lagi. Kalau sudah melaksanakannya, nanti Allah yang akan memberi, itulah namanya rezeki. Orang yang beruntung adalah orang yang paling produktif kebaikannya.

Ketiga adalah rumahtangga yang dihiasi saling nasihat menasihati dalam kebenaran dan kesabaran. Kata-kata terbaik yang kita katakan adalah meminta pandangan dan nasihat. Ayah meminta nasihat anak atau isteri, niscaya tidak akan kehilangan wibawa. Dan kita tidak mampu menjadi penasihat yang baik sebelum ia menjadi orang yang boleh dinasihati. Tidak akan mampu kita memberi nasihat jika kita tidak boleh menerima nasihat. Nikmatilah nasihat sebagai rezeki dan bukti kesuksesan hidup. Sayang, hidup hanya sekali dan sebentar, namun malang kita tertipu dengan diri sendiri kerana melayan nafsu dan dunia. Fikirkan sekarang, jangan bertangguh dalam merubah diri dan keluarga untuk hampir kepada Allah.

Muhasabah Bersama Keluarga Kita

Wednesday, June 25, 2008

KONSEP RUMAHTANGGA DALAM ISLAM

Apabila seorang teruna dan dara diijab qabulkan maka terbinalah apa yang disebutkan sebagai Rumahtangga. Mungkin inilah tafsiran kebanyakan orang apabila ditanyakan maksud rumahtangga.

Akan tetapi Islam melihat rumahtangga lebih daripada itu. Bahkan Islam merupakan sistem keluarga. Islam memandang rumahtangga sebagai tempat perlindungan, pertemuan dan kediaman. Di bawah naungan rumahtangga, berlaku pertemuan di antara hati-hati iaitu pertemuan yang ditegakkan di atas lunas-lunas kasih mesra, saling simpati, saling lindung melindungi, saling berbudi, juga ditegakkan di atas lunas menjaga dan memelihara kesucian diri. Di bawah lindungan rumahtangga juga lahirnya kanak-kanak dan suburnya muda mudi. Dan dari rumahtangga memanjangnya tali hubungan kasih sayang dan hubungan saling bantu membantu.

Kerana itulah al Qur’an menggambarkan rumahtangga dengan gambaran yang halus dan lembut iaitu gambaran hubungan yang terpancar darinya rasa kasih mesra. Gambaran hubungan yang memperlihatkan bayang yang teduh dan embun-embun yang basah, dan gambaran hubungan yang melepaskan bau-bau yang semerbak harum;

“ Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia telah menciptakan untuk kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepada mereka dan Allah jadikan di antara kamu perasaan mesra dan kasih sayang.”

(ar Rum:21)

“ Mereka (isteri-isteri) adalah pakaian bagi kamu dan kamu adalah pakaian bagi mereka.”

(al Baqarah:187)

Itulah hubungan di antara jiwa dengan jiwa, hubungan ketenteraman dan kemantapan, hubungan kemesraan dan kasih sayang dan hubungan perlindungan dan budi baik, malah dari ungkapan kata-kata al Qur’an itu sendiri kita dapat merasakan perasaan kerinduan dan kemesraan.

Islam memberi segala perhatian dan jaminannya kepada rumahtangga ini sebagai sel atau tapak semaian atau tempat pertemuan keluarga. Oleh itu banyak ayat-ayat al Qur’an jika diteliti, jelas menghubungkan persoalan keluarga itu secara langsung kepada Allah. Ini menggambarkan betapa besarnya kedudukan keluarga dalam sistem Islam dan betapa tingginya nilai keluarga di sisi Allah swt. Dia telah mengumpulkan di antara taqwa kepada Allah dengan taqwa dalam hubungan rahim;

“Wahai sekalian manusia ! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dari satu diri (Adam) dan darinya Allah ciptakan isterinya (Hawa) dan dari keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang amat ramai, dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu saling meminta di antara kamu dengan menyebut nama-Nya, juga bertaqwalah dengan memelihara hubungan rahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu.”

(an Nisa’ : 1)

Begitu juga Allah telah mengumpulkan di antara ibadat kepada Allah dengan kebaktian kepada kedua ibu bapa;

“Dan Tuhanmu telah memerintah supaya kamu jangan beribadat melainkan kepada-Nya sahaja dan supaya kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”

(al Isra’ : 23)

Dan seterusnya Allah telah mengumpulkan di antara syukur kepada Allah dan terima kasih kepada kedua ibu bapa;

“Bersyukurlah kepada Aku dan kedua ibu bapa kamu.”

(Luqman : 14)

Perhatian yang amat besar terhadap kedudukan keluarga adalah sesuai dengan kehendak taqdir Ilahi yang sejak dari mula menegakkan kehidupan umat manusia di atas asas keluarga, iaitu ketika taqdir Ilahi memutuskan bahawa sel pertama dari kewujudan bangsa manusia di alam ini ialah keluarga Adam a.s dan isterinya, dan dari sel pertama inilah umat manusia berkembang biak.

Allah swt memang berkuasa untuk menciptakan berjuta-juta manusia dengan sekaligus sahaja, tetapi taqdir Allah telah menentukan bahawa kewujudan mereka adalah bermula dari keluarga Adam a.s kerana satu hikmat yang tersembunyi di sebalik tugas besar keluarga dalam kehidupan manusia, dimana ia memenuhi kehendak fitrah manusia dan kesediaan-kesediannya, juga menyuburkan syakhsiyahnya dan budi pekertinya yang mulia, malah menerima kesan-kesan yang paling mendalam di dalam hidupnya.

Kemudian perhatian berat Allah swt terhadap urusan kekeluargaan dalam sistem hidup Islam selaku agama Allah yang terakhir ini adalah selaras dengan taqdir Allah yang mula-mula mengatur penciptaan manusia, sama seperti keselarasan yang wujud di dalam setiap ciptaan Allah, dimana tidak terdapat keadaan-keadaan yang tidak seimbang dan bercanggah.

Islam juga memberi perhatian yang sebegitu besar terhadap hubungan suami isteri dan keluarga kerana Islam berhajatkan ketinggian hubungan-hubungan insaniyah ini ketaraf kesucian yang merapatkan hubungan dengan Allah dan menggunakan hubungan ini sebagai sarana untuk membersihkan roh dan perasaan, bukannya seperti hubungan yang dipandang oleh agama-agama paganisme dan pengikut agama-agama yang sesat yang menyeleweng jauh dari fitrah manusia yang telah diciptakan Allah.

Islam tidak memerangi dorongan-dorongan keinginan semulajadi dan tidak memandang keinginan-keinginan semulajadi itu sebagai kotor, malah Islam mengawal keinginan-keinginan itu dengan peraturan-peraturan, juga membersih dan mengangkatkannya dari taraf haiwan ke taraf menjadi paksi kehidupan, di mana beredar sekitarnya peradaban peribadi dan sosial, juga menegakkan hubungan-hubungan seksual di atas asas perasaan kemanusiaan yang luhur yang menjadikan pertemuan dua badan itu sebagai pertemuan dua jiwa, dua hati dan dua roh. Atau dengan ungkapan yang lebih syumul ialah pertemuan dua manusia yang terikat dengan kehidupan bersama, cita-cita bersama, senang susah bersama, dan masa depan bersama yang bertemu dengan zuriat keturunan yang ditunggu-tunggu atau dengan generasi baru yang akan lahir di dalam rumahtangga yang sama, di mana mereka dijaga ayah dan ibu yang tidak bercerai.

Islam menganggapkan perkahwinan sebagai sarana untuk membersih dan meningkatkan diri. Ia menyeru umat Muslimin supaya mengahwinkan lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan mereka untuk menrealisasikan sarana yang perlu untuk membersihkan dan meningkatkan kehidupan seseorang;

“Kahwinilah orang-orang yang bujang dari kamu dan orang-orang yang layak berkahwin dari hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya dan Allah Maha Luas Kemurahan-Nya dan Maha Mengetahui.”

(an Nur : 32)

“Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian dirinya sehingga Allah mengayakan mereka dengan limpah kurnia-Nya.”

(an Nur : 33)

Islam menamakan perkahwinan itu sebagai ‘Ihsan’ atau langkah pemeliharaan dan kawalan diri, dan dengan itu tersematlah di dalam hati orang-orang Mu’min bahawa hidup tanpa kahwin atau tanpa kawalan diri itu, walaupun dalam masa yang singkat, tidak mendapat keredhaan Allah. Ujar al Imam Ali Karramallahu wajhahhu apabila beliau segera berkahwin selepas kewafatan isterinya Siti Fatimah puteri Rasulullah s.a.w; “Aku takut menemui Allah dengan keadaan bujang.” Kerana perkahwinan dalam adat resam orang-orang yang beriman termasuk dalam amalan-amalan keta’atan untuk mendampingkan diri kepada Allah dan meningkatkan dirinya ke mertabat yang suci.

Yang menjadi pokok pangkal dalam hubungan perkahwinan ialah kemantapan hidup dan kelanjutannya, kerana itu Islam mengawal hubungan ini dengan segala jaminan yang boleh menjaminkan kemantapan hubungan itu dan kelanjutannya. Untuk mencapai matlamat ini Islam mengangkatkan hubungan perkahwinan ke taraf amalan-amalan keta’atan kepada Allah dan memberi bantuan kepada orang-orang yang miskin lelaki dan perempuan dari wang negara untuk membolehkan mereka mendirikan rumahtangga. Di samping itu Islam mewajibkan peradaban-peradaban yang melarangkan perempuan menunjuk-nunjukkan kecantikan diri mereka supaya perasaan lelaki tenteram dan supaya hati mereka tidak tertarik kepada panggilan-panggilan kejelitaan yang mempesona yang didedahkan di pasar-pasar. Islam juga menetapkan hukuman zina dan hukum menuduh perempuan dengan tuduhan yang curang. Islam telah menetapkan kehormatan bagi rumahtangga. Ia tidak boleh dimasuki melainkan lebih dahulu meminta izin.

Islam mengatur hubungan-hubungan suami isteri dengan undang-undang yang tertentu. Ia menegakkan sistem rumahtangga di atas dasar lelaki sebagai penguasa kerana lelaki merupakan kongsi yang lebih kuat dan lebih mempunyai kemampuan untuk menjadi penguasa rumahtangga. Langkah ini ialah untuk mengelakkan berlakunya kacau-bilau, kucar-kacir dan pertelingkahan-pertelingkahan rumahtangga dan lain-lain lagi dari berbagai-bagai jaminan dan peraturan untuk memelihara rumahtangga dari segala kegoncangan selain dari nasihat-nasihat dan bimbingan-bimbingan untuk mengawal perasaan dan selain dari menghubungkan hubungan itu dengan taqwa kepada Allah dan pengawasan-Nya.

Namun demikian, realiti hidup manusia membuktikan bahawa di sana terdapat keadaan-keadaan yang membawa keruntuhan dan perpecahan dalam rumahtangga walaupun di sana terdapat berbagai-bagai jaminan dan bimbingan-bimbingan yang dituju untuk mengelakkan keruntuhan itu. Keadaan-keadaan yang seperti ini perlu dihadapi secara amali sebagai meng’iktirafkan logik realiti yang tidak lagi berguna dilawan apabila kehidupan suami isteri tidak dapat diteruskan dan apabila usaha untuk mengekalkan hubungan itu menjadi satu usaha yang sia-sia dan tidak dapat ditegakkan lagi di atas mana-mana asas pun.

Sunday, June 22, 2008

Ciri-ciri manusia unggul

Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang meliputi ibadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.

1. Keimanan Yang Utuh

Keimanan kepada Allah SWT adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dunia dan akhirat. Allah SWT berfirman dalam surah al-Asr:

'Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran.' (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Dalam ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal salih. Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manusia daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah.

Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Pelaksanaan Amal Ibadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal ibadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah SWT:

'Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat.'
(Surah az-Zariat, ayat 56)

Ibadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. Ibadat yang dimaksudkan di sini termasuklah ibadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.

Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Allah SWT berfirman:

'Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela.' (Surah al-Mukminun, ayat 1-6)

3. Akhlak Mulia

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.

Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah SAW adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda bersabda,
'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.' (Riwayat Ahmad)

Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:

a) Amanah

Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. Ia adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah SWT:

'Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan amanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya.' (Surah al-Baqarah, ayat 283)

b) Ikhlas

Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah SWT:

'Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya.' (Surah al-Bayyinah ayat 5)

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, 'Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim.' (Riwayat Imam al-Baihaqi)

c) Tekun

Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah SAW, 'Sesungguhnya Allah SWT menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun.' (Riwayat Abu Daud)

Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan memberi kesan yang baik kepada masyarakat.

d) Berdisiplin

Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi. Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

e) Bersyukur

Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah SWT supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah SWT berfirman:

'Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.' (Surah Ibrahim, ayat 7)

f) Sabar

Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah SWT. Firman Allah SWT:

'Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya.' (Surah Ali Imran, ayat 200)

g) Adil

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 'Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu, terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri.' (Riwayat Abu Syeikh)

Kesan Manusia Beruntung Dalam Kehidupan

Seorang manusia yang memiliki sifat-sifat unggul adalah sangat beruntung kerana ia mampu mengemudi hidupnya dengan sempurna. Kondisi ini membuatkan ia dapat berperanan dengan baik kepada dirinya dan alam sekeliling.

Kesan Kepada Diri Sendiri

Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manusia yang terdiri daripada empat perkara asas iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.

Akal fikiran yang diciptakan Allah SWT merupakan mahkota berharga yang menampilkan imej manusia. Ia berkeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikannya kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu mendapat hidayah dan petunjuk Allah SWT menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh orang lain.

Al-Quran menggesa manusia supaya menggunakan akal fikiran, memerhati dan mengkaji kejadian-kejadian alam ini. Pemerhatian dan pengkajian ini mempunyai faedah yang sangat besar iaitu memenuhi dan mempertingkatkan kemajuan hidup yang kemudiannnya akan menemui hakikat kebesaran Allah SWT sebagai Pencipta yang Maha Agung. Dengan itu ia selaku makhluk yang mempunyai daya akal dan keupayaan akan tunduk patuh kepada kekuasaan Allah swt dengan penuh kesedaran dan akan melaksanakan kehidupan ini dalam situasi yang betul dan menuju keredhaan Allah SWT.

Roh dan nyawa adalah komponen utama manusia. Adalah terlalu sulit untuk diperkatakan kerana ia sebenarnya urusan Allah SWT. Walaupun demikian ia amat mustahak kerana dengannya mausia boleh hidup, bernafas, mendenyutkan nadi, memberikan dorongan dan kekuatan perasaan.

Satu lagi komponen manusia ialah jasad yang merangkumi kulit, daging, otot, urat, darah, tulang, anggota pancaindera dan lain-lain. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dan meyempurnakan antara satu sama lain iaitu sesuai dengan kejadian manusia yang dijadikan Allah SWT sebagai sebaik-baik kejadian. Seseorang yang terdidik dengan nilai-nilai unggul, jasadnya akan bergerak di atas panduan yang betul. Dia akan menggunakan kudratnya melakukan kerja-kerja yang baik, rehat dan tidur dengan seimbangnya, memakan makanan yang bersih dan halal, menjaga kesihatan diri, mengguna dan memelihara pancaindera dari sebarang kemudharatan, dosa dan sebagainya. Ini sesuai dengan firman Allah SWT:

' … dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan.' (Surah al-Baqarah, ayat 195)

Jelasnya jasad perlu dijaga supaya tidak terdedah kepada kebinasaan, penyakit dan sebarang kecacatan kerana kesempurnaan jasad turut membantu keunggulan hidup seseorang.

Unsur seterusnya yang dikurniakan kepada manusia ialah nafsu syahwat. Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar, bermakna ia sesuatu yang sukar dikawal. Sekiranya nafsu dapat dididk dan dikawal, ia akan menjadi jinak dan tunduk menurut segala kemahuan diri manusia. Tetapi sekiranya ia tidak dididik dan dikawal, dengan mudah ia menjadi raja kepada diri seseorang untuk melakukan apa sahaja kemahuan yang lebih cenderung kepada keburukan. Firman Allah SWT;

'Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu).' (Surah Yusuf, ayat 53)

Bagi menenuhi keinginan syahwat ini, Islam membenarkan perkahwinan. Dengan demikian umat manuisa akan membiak dan berkembang dengan cara yang betul di samping sebagai salah satu pengecapan kurniaan nikmat Allah SWT dalam hidup berkeluarga. Jelasnya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu melaksanakan tanggungjawab, khususnya kepada diri sendiri adalah bergantung kepada berjaya atau gagalnya ia memenuhi tuntutan keempat-empat perkara tersebut. Aspek-aspek ini adalah asas pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Kesan Kepada Keluarga

Seseorang insan yang unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya. Ia dapat merencanakan soal-soal pendidikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah. Ia dapat menjalankan tugasnya sebagai ra'i atau ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungannya dengan Allah SWT.

Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Oleh itu, tarbiah jasmaniah seperti yang dituntut oleh syarak perlulah dilaksanakan dalam keadaan yang teratur. Umpamanya dalam pemilihan makanan mestilah yang bersih, baik dan dari sumber yang halal. Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti merokok, meminum minuman keras, menyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah dijauhi. Sekiranya ketentuan ini tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan terjejas dan boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.

Pendidikan rohani pula adalah aspek yang penting. Ia merangkumi keimanan, pengamalan syariat, pelaksanaan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta pembangunan mental dan spiritual. Seorang ketua keluarga bertanggungjawab membentuk dan mendidik keluarganya mengamalkan tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh Islam. Dalam masa yang sama menjauhi perkara-perkara yang haram dan makruh. Ia juga mestilah memastikan ketulenan akidah keluarganya dan membersihkannya dari sebarang bentuk kekufuran dan kesyirikan serta mengikis jiwa dari kekotoran dan penyakit melalui amalan dan latihan yang mantap serta berterusan. Firman Allah SWT:

'Sesungguhnya berjayalah orang yang ( setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh) dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang ( dengan khusyuk).' (Surah al-A'la, ayat 14-15)

Seperti yang telah dinyatakan akal fikiran sangat berharga bagi manuisa. Islam juga menuntut umatnya supaya menggunakan akal fikiran dengan betul. Islam menyuruh manusia supaya menuntut ilmu yang bermanfaat dan ilmu itu pula hendaklah disebarkan melalui proses pengajaran dan pengembangan.

Seiring dengan kekuatan pemikiran, pendidikan akhlak adalah amat mustahak. Seseorang ketua yang unggul adalah model yang berkesan dalam pendidikan akhlak keluarganya. Ia perlu membimbing ahli keluarganya dengan akhlak Islamiah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada padanya. Kegagalan sesetengah keluarga untuk mengamalkan akhlak Islamiah kebanyakannya berpunca daripada kegagalan ketua keluarga atau ibu bapa masing-masing yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang ditetapkan oleh Islam. Sebab itulah ibu bapa perlu membentuk keunggulan diri mereka terlebih dahulu sebelum amalan itu dapat diperturunkan kepada anak-anak mereka.

Seorang ketua keluarga juga dapat mengatur soal kehidupan ekonomi dan sosial keluarganya berpandukan nilai-nilai yang baik. Ia akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarganya dengan mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dalam kerjaya. Ia berkeyakinan bahawa kesungguhan bekerja adalah suruhan agama yang perlu ditunaikan. Dengan demikian ia akan membawa keluarganya keluar dari ruang lingkup kemiskinan yang menjadi salah satu musuh Islam yang boleh membawa kepada kekufuran seperti sabda Rasulullah SAW, 'Hampir-hampr kefakiran itu membawa kepada kekufuran.' (Riwayat Abu Naim)

Kesan Kepada Masyarakat, Negara Dan Ummah

Seseorang insan yang unggul akan memastikan hubungan kemasyarakatan dan keluarganya berada dalam satu ikatan yang jitu. Prinsip-prinsip hubungan kejiranan dan masyarakat di sekitarnya akan diasaskan kepada panduan-panduan yang digariskan oleh Islam. Firman Allah SWT:

'Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai....' (Surah Ali Imran ayat 103)

'Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan- Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki.' (Surah an-Nisa', ayat 36)

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 'Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adalah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain.' (Riwayat at-Tabarani)

Setiap kelompok masyarakat perlu memberi perhatian berat kepada bidang pendidikan. Insan yang beruntung dalam sesebuah masyarakat akan memudahkan usaha dan perancangan untuk meningkatkan kualiti masyarakat melalui aktiviti pendidikan, pengajian dan muamalat.

Penghayatan agama juga sangat mustahak. Merekalah yang akan mengembangkan penghayatan ajaran Islam melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah melalui cara-cara yang formal atau tidak formal. Suasana ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan berdisiplin, tetapi juga akan menampakkan masyarakat yang mempunyai imej yang tinggi serta mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Seperti yang diketahui, ketrampilan seseorang individu atau masyarakat dengan ilmu agama semata-mata tanpa ilmu duniawi adalah sesuatu yang tidak sempurna. Dalam ertikata lain, seseorang muslim perlu mendapatkan pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu selain ilmu agama yang menjadi keperluan asasi. Ia meliputi ilmu ekonomi, politik dan sosial yang perlu diketahui sebagai alat untuk meletakkan diri masing-masing dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Dengan sebab itu bidang ekonomi, politik dan sosial mesti diketahui dan dicemburi secara bersungguh-sungguh sekurang-kurangnya pada tahap yang paling asas. Bidang-bidang ini merupakan urusan hidup yang menjadi sebahagian penting yang dikehendaki oleh ajaran Islam seperti yang dijelaskan dalam firman Allah SWT:

'Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu (pahala dan kebahagiaan) hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia.' (Surah al-Qasas, ayat 77)

Selain bidang sosial dan ekonomi, bidang politik juga menjadi perkara yang penting dalam sesebuah masyarakat. Kestabilan politik sesebuah negara adalah berpunca daripada keunggulan dan kekuatan yang ada pada diri setiap individu, yang kemudiannya membentuk satu ikatan warganegara yang kukuh.

Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, akan lahir pula tokoh-tokoh berwibawa yang boleh diharap menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat. Pemimpin ini pula perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan sifat-sifat unggul sebagai pemimpin. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan supaya masyarakat dan negara dapat dibawa kepada pencapaian matlamat kemakmuran hidup dan keredhaan Allah SWT seperti yang dapat difahami daripada kisah negeri Saba' (Yaman Tua) yang diceritakan di dalam al-Quran:

'Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba' satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur) yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): 'Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya , (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Amat Pengampun.' (Surah Saba', ayat 15)

Dalam konteks kepentingan sejagat pula seseorang insan yang unggul akan mampu memimpin ummah di peringkat yang lebih luas. Kejayaan memimpin negara akan diikuti oleh negara lain sebagai model. Pemimpin yang berwibawa di arena antarabangsa ini diperintahkaan oleh Islam supaya memberikan sumbangan untuk kesejahteraan ummah. Dengan itu tercapailah fungsi manusia sebagai khalifah Allah SWT di atas muka bumi ini.

Penutup

Demikianlah antara kesan-kesan yang dapat dilahirkan oleh insan yang umggul dalam kehidupannya sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah hasil daripada pegangan dan amalan terhadap nilai-nilai unggul seperti yang telah dinyatakan.

Sumber: JAKIM

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah