Monday, September 22, 2008

Menghidupkan 10 malam yang terakhir

Assalamu'alaikum wbth,


1. Menghidupkan malam Qadr mempunyai fazilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan.


2. Sebagai mana Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.


3. Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi pendapat yang terkenal mengenai hadith ini, menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu: menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil
Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.


4. Menghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.


Qiyamullail
Salat adalah bekal, dan bila dilakukan di keheningan malam, maka semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk pada Allah.
Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.


Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdzal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
Dari Abu Umamah ra berkata: seseorang bertanya: Wahai rasulullah, do’a apakah yang paling didengar oleh Allah? Beliau menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib.’
HR Muslim

Doa pada waktu sujud itu amat penting, sebab waktu sujud adalah detik seorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu.

Dari Abu Hurairah ra. Bahawasanya Ar-Rasul SAW bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo’a (waktu sujud)
HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa I


Dari Abu Hurairah ra. Bahwasanya Ar-Rasul Saw bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan aku ampuni.
HR Bukhari dan Muslim


Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu. Andai kata diumumkan pada manusia: Siapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.
Rumah yang selalu digunakan untuk qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.


Hal yang dapat membantumu untuk melakukan qiyamullail ialah:

~Keikhlasan niat
~Memperkuat tekad
~Memperbaharui taubat
~Menghindari maksiat pada siang harinya
~Segera tidur
~Melakukan tidur siang hari
~Dan memohon bantuan dari Allah SWT.


Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan Cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.


Ubadah bin al-Samit berkata: Pada suatu malam ar-Rasul SAW keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda:


Maksudnya: Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.


Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.


Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: ‘ Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu.’


Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.


5. Malam…tanda-tanda dan waktunya .

Allah SWT menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah SWT menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainyaajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.


6. Ibnu umar ra. Meriwayatkan bahawa Ar-rasul SAW bersabda: Carilah ia( malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.


7. Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.


8. Perkara utama yang sepatunya diingati ialah: Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo’a. Dengan menyebut:

‘ Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku.’


9. Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.


Penutup

Akhir kata, saya memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah