Thursday, April 23, 2009

Memori Mendidik & Berbakti bersama adik-adik remaja di Kelantan Darulnaim..

SMU (A) Khairiah P.Puteh - April 2009

Maahad Shamsul Maarif Lil Banat - Mac 2009

Maahad Muhammadi Rantau Panjang - April 2009

Maahad Pengajian Islam Kota Bharu - April 2009

SMK Kedai Buloh K. Bharu - Mac 2009

Maahad Muhammadi Tumpat - April 2009

SMK Badak, Bachok - Mac 2009

SMKA Wataniah Machang - Mac 2009

Maahad Rahmaniah Kuala Krai - April 2009

Mendidik Berbakti bersama Remaja

Perubahan adalah faktor yang tetap berjalan selama alam semesta ini belum hancur. Perubahan itu berlaku bagi alam semesta beserta isinya, tidak terkecuali manusia. Pertumbuhan dan perkembangan adalah perubahan secara fizikal yang terjadi pada manusia. Untuk membesar dan berkembang, manusia memerlukan zat tenaga yang seimbang dan secukupnya selain vitamin dan air semenjak ia bergelar bayi dalam kandungan. Jika hal ini tidak terpenuhi, pertumbuhan dan perkembangan manusia akan berjalan lambat, bahkan terhambat.

Demikian jugalah dari segi fikrah dan qalb. Bila fikrah dan qalb manusia dibiarkan begitu sahaja, ia akan terpengaruh oleh fikrah dari lingkungan sekitarnya. Ianya tidak menjadi sebarang masalah jika fikrah dan budaya di sekitarnya adalah baik, tetapi jika sekitarnya adalah sebaliknya, manusia akan berkembang menjadi liar. Wajarlah seandainya di hadapan mata, kita sering menyaksikan pelbagai bentuk kemungkaran seperti jenayah seksual, jenayah pecah rumah, pembunuham rompakan, pelacuran, hiburan bebas, keseronokan melampau, pecah amanah, rasuah dan pelbagai kategori jenayah lagi. Hal ini berlaku tidak lain tidak bukan kerana tidak terbinanya fikrah dan qalb manusia.

Justeru bagi mengarahkan suasana dan keadaan di atas kepada perubahan positif, institusi kemanusiaan perlu diberi “makanan” yang sesuai secara lengkap dan berterusan terutama dalam membangun fikrah, qalb dan jasad. Ramuannya tidak lain adalah melalui proses pendidikan (tarbiyah) Islamiah.

Proses tarbiyah sebagai institusi perubahan mampu mencetus perubahan-perubahan positif kepada manusia sekiranya proses tersebut bergerak, berjalan dan menyebar ke dalam masyarakat. Justeru kepada pencinta dan pengimarah madrasah tarbiyah, mestilah sentiasa bersiap dengan segenap kekuatan , bekalan dan persediaan untuk disebarluaskan kepada masyarakat. Dengan merasai dan memahami bahawa tugasnya adalah sebagai penyampai dan penerjemah nilai- nilai Ilahi dalam kehidupan masyarakat. Dengan kata lain, dirinya adalah para aktivis dakwah dan para murabbi untuk mendidik umat. Perbekalan yang diperlukan untuk memikul beban dakwah dan tarbiyah ini memerlukan beberapa penguasaan dan peningkatan kemampuan diri.

Penguasaan dakwah adalah kemampuan seorang aktivis dakwah dalam menarik perhatian dan mengusai massa dalam masyarakat yang beraneka ragam cara berfikir dan kefahaman serta tidak sama kedudukan dan budaya. Kemampuan dakwah yang perlu dimiliki oleh para aktivis dakwah adalah:

1. Kemampuan dakwah.

“ Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya Aku adalah termasuk orang-orang yang menyerah diri." (Fushshilat:33)

Ayat di atas merupakan prinsip dakwah yang harus fahami. Menurut Allah, tidak ada kata yang lebih baik selain dari menyeru pada jalan-Nya. Setidaknya ada tiga tuntutan yang harus dilakukan oleh seorang aktivis dakwah untuk melihat kemampuan da’wiyah yang dimilikinya.

a. Sentiasa menyeru kepada Allah.
Bagi para du’ah, tugas dakwah sudah sebati dan melekat pada dirinya. Antara dakwah dan dirinya merupakan suatu kesatuan yang tidak mungkin dipisah. Sehinggakan tidak ada satu pun disisinya yang tidak bernilai dakwah. Dari ia mula tidur sehingga ia tidur kembali, proses tarbiyah yang dilalui telah menjadikannya aktivis dakwah yang tulen dan pejuang hakiki pada setiap masa dan keadaan. Waktunya hanya digunakan untuk dakwah semata dan amat faham dengan agenda menyebarluaskan dakwah dalam masyarakat. Ia terus bekerja, mengambil dan mencipta peluang untuk berdakwah dari mulai desahan nafasnya hinggalah ai dipanggil Allah swt. Inilah prinsip hidupnya yang selari dengan Al Quran:

”Katakanlah sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Rabb semesta alam...” (Al-An’aam:162).

b. Sentiasa mengerjakan amal soleh
Dienul Islam tidak hanya mementingkan ilmu dan kata-kata, Lebih dari itu, Islam amat memperhatikan amal soleh, apatah lagi ke atas jiwa dan cara hidup seorang aktivis dakwah. Al Quran secara tegas menjelaskan:

”Kenapa kalian menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kalian lupa akan diri kalian sendiri (tidak melakukannya); padahal kalian semua membaca Kitab Allah (mengetahuinya), apakah kalian tidak berfikir?”

c. Sentiasa bertawakal kepada Allah
Maha suci Allah, ayat dari Fushshilat, ayat 33 di atas merupakan kalimah yang indah. Diawali dengan keutamaan menyeru kepada Allah, Seruan itu bukan cakap kosong dan hampa belaka, tetapi seruan itu adalah bertanggungjawab. Aktivis dakwah adalah sebagai penyeru dan berkewajipan pula untuk melaksanakan seruannya itu. Lalu apa pula setelah itu?

Sebagai penyeru, terkadang berhasil terkadang tidak upaya. Keberhasilan dan kegagalan dakwah hendaknya dikembalikan kepada Allah swt. Di sinilah pentingnya konsep tawakal. Dengan konsep tawakal para aktivis dakwah tidak akan terjerumus ke dalam lembah kesombongan kerana keberhasilan dalam dakwahnya. Selain itu ia tidak pula merasa jemu dan lelah, tatkala masyarakat menolak atau gagal misi dakwahnya.

2. Kemampuan Ilmiah.
Kemampuan ilmiah dirasai semakin penting tatkala para aktivis dakwah merentasi dakwah. Dan semakin menjadi keperluan dalam era dakwah masakini yang memasuki era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat yang semakin pantas. Dengan berbekalkan kekuatan dan penguasaan ilmiah dari masa ke semasa akan dapat menghindarkan aktivis dakwah dari bersifat cetek ilmu dan pengetahuan semasa atau tidak ”up to date”. Namun sebaliknya aktivis dakwah dapat menyampaikan dakwahnya secara profesional, rasional, analitis dan ilmiah. Ia harus mampu memberi respon kepada persoalan-persoalan dan penyelelesaian kepada persoalan tersebut yang timbul dalam masyarakat. Ia mampu membawa suasana sekelilingnya kepada pentarbiyahan dan tidak terlarut kepada suasana. Dengan ilmunya juga ia memiliki kebijakan dalam mentarbiah mad’u sekitarnya.

Sebagai contoh, Imam Muslim meriwayatkan, suatu ketika Rasulullah saw berjalan di pasar bersama para sahabatnya. Tiba-tiba beliau menjumpai bangkai seekor anak kambing jelek kerana bentuk telinganya yang kecil. Baginda mengambilnya dengan mengangkat telinganya dan bersabda:

”Siapakah di antara kalian yang mahu membeli ini dengan harga satu dirham”?
”Sedikitpun kami tak ingin memilikinya, untuk apa benda seperti itu?” jawab para sahabat.
”Mahukan kalian jika benda ini aku berikan secara percuma?” Sabda Rasulullah saw lagi.
Demi Allah, andaikan binatang itu masih hidup, ia amat jelek bentuknya kerana telinganya kecil, apalagi binatang itu sudah menjadi bangkai,” jawab para sahabat.
Rasulullah saw. bersabda:
”Demi Allah, sesungguhnya nilai dunia itu lebih rendah di sisi Allah daripada bangkai yang kalian rendahkan ini.”

Demikianlah sikap kebijakan Rasulullah saw terhadap tarbiyah. Begitu banyak contoh-contoh lain untuk mengungkap kapasiti ilmiah Rasulullah saw dan para sahabat dalam mendepani urusan dakwah dan tarbiyah. Secara manusiawi, peristiwa hijrah Rasul bersama Abu Bakar r.a adalah sebuah contoh yang menggambarkan sikap dan pemikiran ilmiah baginda yang tidak dapat kita lupakan begitu sahaja. Mulai dari perencanaan, pemberangkatan, diperjalanan serta keupayaan-keupayaan penyelamatan dalam hijrah rasul, sarat dengan cara-cara dan kaedah ilmiah melalui daya analisis baginda yang rasional dan argumentatif.

3. Kemampuan kemahiran dan kepakaran dalam bidang masing-masing
Kemampuan ini mempunyai kaitan erat di antara kemampuan dakwah dan dan kemampuan ilmiah. Kemampuan dakwah harus di tunjang dengan kemampuan ilmiah agar dakwah yang dilaksanakan tidak tergelincir dengan landasan misi dan visi dakwah. Namun dakwah akan lebih efektif dan efisien jika aktivisnya dibekali dengan kemampuan kepakaran masing-masing yang tersendiri.

Abdurahman Bin Aus dan Mush’ab B. Umair adalah dua contoh yang boleh kita ungkapkan. Mereka berdakwah dengan memanfatkan kepakaran masing-masing selain dengan kemampuan dan kemahiran lain yang mereka miliki iaitu keahlian dalam perniagaan dan dalam menyampaikan bahan-bahan tarbiyah.

Aktivis dakwah dalam urusan sosial kemasyarakatan hari ini memerlukan aktivis dakwah yang memiliki kemampuan tambahan dengan meningkatkan kemampuan kepakaran yang boleh memberi manfaat kepada dakwah seperti kepakaran dalam bidang sukarelawan, paramedik, kaunseling, kemahiran ICT, menyampaikan ceramah motivasi, memberi tazkirah di surau atau masjid dan sebagainya selain dari kemampuan kepakaran yang sedia ada terbina dalam kerjaya masing-masing. Kesemua kepakaran yang dimiliki ini menjadi medan dakwah dan pengenalan kepada proses pentarbiyahan dalam masyarakat.

Justeru menekuni satu bidang ilmu tanpa melalaikan Al Quran sebagai minhajul hayah merupakan suatu program jangka panjang yang tepat. Selain itu Allah pun menegaskan:

”Katakanlah, (hai Muhammad) samakah kedudukan orang yang berpengetahuan dengan mereka yang tidak berpengetahuan?” (az Zumar:9)

Sabda Rasul saw:
” Orang-orang berilmu itu ibarat bebintang yang memberi penerangan (mereka yang di bumi), jika bintang-bintang itu redup, akan tersesatlah mereka (yang berjalan di bumi) itu.” (HR Ahmad).

Institusi Tarbiyah mampu menjadi asas kepada perubahan manusia hari ini dari kegelapan kepada cahaya. Agar perubahan mampu tercipta para aktivis dakwah dan tarbiyah harus memiliki dan meningkatkan ketiga-tiga kemampuan di atas agar dapat membantu para aktivis untuk mengarahkan perubahan masyarakat menuju jalan Allah swt. dengan tetap memperhatikan satu faktor: La haula walaa quwwata illaa billah.

Wallahua’lam.

Membina Dai’e Yang Berkredibiliti

Thursday, April 16, 2009

Usaha musuh-musuh Islam untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah swt. dan memalingkan umat Islam ke jalan yang merosakkan, semakin menjadi-jadi dan berleluasa di negara-nagara Islam. Pelbagai acara, kegiatan, program dan aktiviti yang melalaikan laris di serbu oleh umat Islam. Pesta muzik, pertandingan hiburan, gelek tarian, tayangan filem, pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, publisiti keseronokan dan sejenisnya marak di mana-mana sahaja. Segala bentuk aktiviti kemaksiatan dan melalaikan kini di rubah menjadi simbol kemajuan, keharmonian dan kemodenan.

Fakta diatas memang terasa amat pahit dan menyakitkan untuk kita bicarakan. Cukuplah statistik dan paparan yang sering di bongkar oleh media massa dan media cetak menceritakan segala permasalahan di atas. Bahkan sering juga media massa dan media cetak menjadi penganjur kepada budaya keseronokan ala kebaratan ini. Implikasi gejala pembaratan yang sedang melanda kepada pembangunan ketamadunan umat Islam hari ini semakin membimbangkan. Identiti dan keperibadian muslim terhakis, larut dalam keperibadian dan cara hidup asing, acuan barat. Inilah yang di sebut oleh seorang ulama dan tokoh pemikir Islam terkemuka, Anwar Al Jundy sebagai Pembaratan di Dunia Islam. Musuh Islam sering menggunakan dua senjata utamanya, pendidikan dan media massa. Mereka berusaha sekuat tenaga menjadikan umat Islam kering dari nilai-nilai Islam.Secara terus terang dan intensif, mereka menanamkan nilai-nilai dan budaya jahiliah produk Barat ke dalam jiwa umat Islam.

Bagi menjayakan perancangan tersebut, langkah utama yang mereka usahakan adalah dengan menanam rasa rendah diri dalam jiwa kaum muslimin. Dengan provokasi yang sistematik di tanamkan suatu pandangan bahawa apa-apa yang datang dari Islam adalah kuno dan terkebelakang, menyusahkan dan sukar. Sedangkan apa yang di bawa dari luar, khususnya dari barat adalah moden dan tanda kemajuan.
Hasilnya hari ini kita boleh melihat terdapat sekalangan umat Islam yang merasa asing dengan nilai-nilai Islam dalam tradisi hidupnya.

Justeru kita perlu sedar bahawa yang terpampang di depan mata kita tidak boleh di pandang sebagai gerakan budaya semata. Sebaliknya ia merupakan gerakan terancang yang lengkap dengan misi dan para pendukungnya, baik berupa sistem, sasaran dan propaganda yang mereka bawa. Target akhir kepada misi mereka adalah perosakan aqidah umat Islam. Langkah awal dari perancangan jangka panjang itu adalah membuat umat Islam asing dan ragu terhadap ajaran agamanya sendiri. Pada saat yang sama, membiasakan diri umat Islam dengan cara hidup yang tidak Islami. Menanam ke dalam jiwa umat Islam merasa selesa dengan sistem hidup yang tidak Islami dan merasa gusar dan tidak selesa apabila Islam cuba tampil sebagai cara hidup yang sempurna dan lengkap.

Mengapa musuh-musuh Islam beriya-iya benar mahu menyesatkan umat Islam. Apakah tujuan sebenarnya usaha pembaratan umat Islam yang semakin bermaharajalela ini. Sudah pasti kita akan temui jawapannya melalui firman Allah swt. dalam ayat berikut:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.
(Al Baqarah: 120)

Antara strategi pembaratan terancang yang mereka lakukan, yang pertama adalah menghalangi tertegaknya kesatuan umat Islam dengan menanam fahaman kedaerahan dan kebangsaan.

Kedua, sistem pendidikan dualisme, iaitu memisahkan antara ilmu dan pemilik ilmu yakni Allah swt. Strategi ini merupakan tombak beracun yang menghujam ke dalam diri umat Islam.

Ketiga, melaksanakan sistem riba dalam ekonomi dan menghancurkan keberkatan harta kekayaan umat Islam.

Keempat, menutupi undang-undang Rabbani yang tercermin dalam syariat Islam, dan memaksakan undang-undang buatan manusia yang meruntuhkan akhlak dan menghancurkan kekeluargaan.

Kelima, merosakkan sendi-sendi kekeluargaan, merobohkan nilai-nilai sosial, mendorong masyarakat agar menerima nilai moral yang serba boleh dan terpecah belah, serta menghancurkan keperibadian manusia.

Keenam, memecah belahkan kawasan Islam dan menanamkan unsur-unsur asing di jantungnya.

Ketujuh, menuliskan sejarah Islam berdasarkan sudut pandang Barat yang berniat jahat dan materialistik.

Kelapan, menenggelamkan jiwa dan hati umat Islam dengan kekayaan dan kemewahan serta mematikan harapan umat Islam dengan kemiskinan dan kebuluran.

Kesembilan, menyebarluaskan semangat kebendaan, diawali dengan teori Darwin sebagai pintu menuju atheisme, menuju kepada penanggalan kesempurnaan Islam sebagai cara hidup yang menyeluruh dan sempurna.

Kesepuluh, merobek rasa kecintaan dan ukhwah sesama umat Islam sehinggakan umat Islam saling bertelagah dan berburuk sangka. Akibatnya umat Islam tidak mampu bersatu hati dan membawa satu suara yang padu dalam mempertahankan maruah dan hak milik umat Islam.

Kesebelas, mematikan bahasa Arab, kerana ia adalah bahasa Al Quran.

Kedua belas, memprovokasi kepada dunia dan Umat Islam bahawa golongan yang memperjuangkan Islam yang sebenar sebagai golongan pengganas dan merbahaya kepada dunia.

Ketiga belas, menaja pelbagai fikrah dan pemikiran Islam yang palsu dan memesongkan umat dengan kefahaman Islam yang sebenar, seperti pemikiran liberal, pluralisme, materialisme, positivisme, eksintensialisme, hendonisme dan lain-lain lagi. Akhirnya pemikiran ini dianuti oleh umat Islam dan meluaskan lagi perpecahan di kalangan umat Islam.

Keempat belas, memisahkan peranan Islam dalam aspek pembangunan ekonomi, politik, perundangan, kenegaraaan, akhlak kemasyarakatan, pengurusan dan pentadbiran, serta menyerang aqidah dan nilai-nilai yang di bawa Islam dalam hal-hal tersebut.

Kelima belas, menyuburkan perpecahan dan permusuhan di antara agama-agama dan ras-ras manusia.

Perlu ada langkah konkrit untuk kita menghadapi dan mengatasinya. Menurut Dr. Abdul Shabur Marzuq, dalam bukunya “ Al Ghazwul Fikri” menyarankan langkah-langkah yang perlu di tempuh umat Islam untuk menghadapi gerakan musuh-musuh Islam tersebut.

Pertama, menilai kembali semua kurikulum pendidikan di negara-negara Islam. Langkah ini penting kerana dari pendidikan inilah serangan pembaratan itu dimulai. Perlu ada kurikulum pendidikan yang tidak memisahkan di antara ilmu dengan pemilik ilmu iaitu Allah swt. Kurikulum yang mampu menanam kembali dalam jiwa anak-anak Islam memahami aqidah, syariah dan akhlak. Bukan kurikulum yang sekadar menjadikan Islam sebagai pengetahuan sahaja, tanpa melahirkan keyakinan dan pengamalan.

Kedua, perlunya strategi dakwah dan tarbiyah yang berintegrasi di kalangan umat Islam agar mampu memberikan pengarahan yang benar dan memiliki kefahaman serta jatidiri yang sebenar sebagaimana yang telah dibangunkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat Nabi saw. Dengan kata lain, diperlukan suatu pola dakwah yang mampu memberikan sistem kekebalan (Al manaah) dalaman umat Islam dalam berhadapan dengan serangan dan racun pemikiran musuh-musuh Islam. Dalam masa yang sama, perlu ada keutuhan tarbiyah di kalangan umat Islam yang berjalan sepanjang masa agar dapat memberikan wawasan dan kefahaman Islam yang sebenar.

Adalah suatu kenyataan yang tidak dapat kita bantah, keberhasilan gerakan musuh-musuh Islam selama ini adalah kerana lemahnya sistem pertahanan dalaman (jiwa) umat Islam serta kekosongan akal dan roh mereka dari ajaran Islam yang sebenar.

Ketiga, umat Islam seharusnya memberikan perhatian lebih besar terhadap bidang media massa. Bahkan seharusnya umat Islam mempunyai institusi kewartawanan Islam yang sempurna dan lengkap, yang dikelolai tenaga-tenaga yang profesional yang ikhlas dan mampu menyingkap pelbagai bahaya tersembunyi yang diusahakan oleh musuh-musuh Islam.

Keempat, bagi membangun umat Islam agar memiliki kesatuan hati, umat Islam perlu memiliki jiwa mandiri dalam pelbagai aspek kehidupan. Kebergantungan kepada pihak luar, khususnya dengan musuh-musuh Islam samada dalam bidang ekonomi, ketenteraan dan pentadbiran telah menyebabkan kepimpinan Islam akur dengan kehendak dan kemahuan mereka. Ini akan menghasilkan kelemahan dan perpecahan. Lantas situasi ini memberi peluang kepada musuh-musuh Islam terus menerus menguasai halatuju umat Islam.

Akhir sekali, umat Islam perlu berhati-hati dengan sikap toleransi yang di taja oleh musuh-musuh Islam. Jangan sampai akibat terlalu bertoleransi dengan mereka, gerakan-gerakan merosakan aqidah dibiarkan begitu sahaja. Musuh-musuh Islam seringkali mengambil kesempatan terhadap istilah toleransi untuk menyuburkan gerakan anti Islam mereka.

Oleh: Mohd Razali Maarof (Ahli HALUAN Kelantan / Exco HALUAN Pusat)

Usaha Pembaratan Dunia Islam

Sunday, April 12, 2009

Allah s.w.t telah meletakkan amanah Iman, iaitu tanggungjawab yang paling besar ke atas kita supaya kita sentiasa menghubungkan diri dengan Yang Maha Esa, Allah s.w.t, tempat bergantung dan menyerah diri dan segala sesuatu datangnya daripada Allah s.w.t. Segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, adalah milik Allah s.w.t. Inilah hubungan yang pertama yang mesti lahir di dalam jiwa kita. Hubungan yang besar dan luas, seluas alam semesta ini. Ikatan perhubungan di antara yang dicipta ( makhluq ) dengan Yang Maha Pencipta ( Khaliq), Allah s.w.t.

Hakikat keimanan ini perlulah meresapi , menjiwai sehingga ianya sebati dalam lubuk hati. Inilah hakikat hubungan yang pertama yang dituntut oleh Allah s.w.t sehinggalah perhubungan ini dapat melahirkan keberkesananny di dalam kenyataan hdup kita. Ia juga merupakan titik permulaan hidup manusia. Ini bererti setiap perkembangan hidup kita itu mestilah terpancar daripada asas perhubungan yang bersih ini.

Sejarah hubungan ini telah bermula sejak terciptaya manusia yang pertama di muka bumi iaitu Nabi Adam a.s dan dari saat itulah bermulanya sejarah hidup manusia itu sendiri. Sejarah hidup manusia ini mestilah selaras dengan hakikat penciptaan manusia dan alam ini sepertimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t Yang Maha Pencipta danMaha Pengatur segala sesuatu. Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui untuk sampai kepada satu tahap kefahaman dan kesedaran yang sebenarnya tentang hakikat kejadian manusia dan pencipta alam ini. Maka perlunya manusia itu kepada taufik dan hidayah daripada Allah s.w.t.

Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t dalam serba kekurangan dan kelemahan itu tidak akan mampu untuk menyelami rahsia dirinya sendiri dan rashis di sebalik alam ini. Apa lagi untuk mengetahui sesuatu yang ghaib atau yang tersembunyi.

Oleh sebab itu rahmat dan nikmat kurniaan Allah s.w.t maka kita dipermudahkan untuk dapat berhubung dengan kebenaran yang hakiki, dengan Yang Maha Esa. Maka dengan itu diutuskan Rasulullah s.a.w sebagai pembawa berita gembira dan peringatan. Allah s.w.t telah mengutuskan rangkaian para Nabi dan Rasul dari sejak terciptanya manusia yang pertama sehinggalah kepada Rasul yang terakhir Nabi Muhammad s.a.w, ada lah luntuk menyelamatkan manusia dari kegelapan ( kesesatan ) kepada keterangan ( kebenaran ). Setiap risalah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul adalah untuk menjelaskan hakikat kewujudan manusia di atas muka bumi ini iaitu untuk menegakkan kedaulatan ( kekuasaan ) Allah s.w.t di muka bumi ini sehinggalah terlaksananya perintah Allah s.w.t dan ajaran Allah s.w.t dapat menguasai kehidupan manusia keseluruhannya.

Di dalam al Quran banyak sekali diperjelaskan dan diperingatkan oleh Allah s.w.t kepada manusia akan kenyataan ini. Bahkan Allah s.w.t tidak segan atau jemu mengulanginya di setiap masa dan ketika terutama pada ayat-ayat yang diturunkan di Makkah. Inilah intisari yang terkandung di dalam al Quran al Karim. Ini merupakan persoalan pokok atau dasar di dalam Manhaj Tarbiyyah al Quran al Karim. Sekarang marilah kita dekati dengan beberapa ayat dari kitab suci tersebut: Firman Allah s.w.t :

Terjemahannya :-

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan ( diri mereka sendiri )?. Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu ?; sebenarnya mereka tidak meyakini ( apa yang mereka katakan ).

( Surah ath Thuur : 35-36 )

Firman Allah s.w.t lagi :

Terjemahannya:

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagi hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air ( hujan ) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui

( Surah al Baqarah : 21-22 )

Firman Allah s.w.t lagi :-

Terjemahannya :

Allah lah yuang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirihat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. Yang demikian itu adalah Allah, Tuhan mu, Pencipta segala sesuatu. Tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu dapat dipalingkan ? Seperti demikianlah dipalingkan orang-orang yang selalu mengingkari ayat-ayat Allah.

( Surah al Mu’min : 61-63 )

Firman Allah s.w.t lagi :-

Allah lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang sebaik-baik, Yang demikian itu adalah Allah Tuhan mu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. Dialah Yang Hidup kekal, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadah kepada Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

( Surah al Mu’min : 64-65 )

Inilah hakikat seruan dan laungan setiap para Nabi dan Rasul yang datang silih berganti itu, kepada umat-umat mereka. Beginilah Allah s.w.t dengan limpah kurnianya meyakinkan kita akan hubungan kita dengan Nya adalah sesuatu yang sangat dihajati ( dharuri ). Tanpa terjalin hubungan ini hidup kita kosong, sesat , rugi semata-mata. Begitulah berhajatnya kita kepada Allah s.w.t.

Menyedari akan hakikat ini,maka kita telah membuat pilihan untuk menerima keseluruhan apa yang telah disarankan oleh Allah s.w.t kepada kita agar hubungan hati, pemikiran dan tingkah laku kita sentiasa lahir daripada hubungan yang fitrah ini. Inilah yang akan kita semaikan dan tanam di segenap ruang hati dan sanubari kita, supaya perhubungan ini sentiasa jelas dan rapat akan bertambah dekat (yakin ) dari masa ke semasa.

Allah s.w.t menjadikan tanggungjawab ini sebagai tanggungjawab bersama. Ia merupakan matlamat hidup bagi setiap orang yang beriman. Hubungan kita dengan Allah s.w.t itu perlulah sentiasa terjalin rapat sehingga rasa hati kita sebati dengan kehendak-kehendak Allah s.w.t. Kita perlu selaraskan rasa hati kita dengan kehendak syara’. Yang baik ialah yang dikatakan baik oleh syara’, yang buruk ialah apa yang dikatakan buruk oleh syara’.

Oleh itu kita perlu mendidik dan melatih diri kita untuk mengasisi kepada apa yang disuruh kasihkan dan membenci kepada apa yang disuruh bencikan. Kita membiasakan hati kita untuk suka dan menggemari apa yang disukai oleh Allah s.w.t serta membenci dan menolak apa yang dimurkai oleh Allah s.w.t. Setiap apa yang dikatakan mungkar itu hendaklah kita menolaknya kerana itu adalah kemungkaran dan yang makruf itu kita terima kerana itu adalah kemakrufan.

Inilah hakikat yang nyata bagi kita bahawa setiap kebenaran itu datangnya dari Allah s.w.t dan janganlah hati dan jiwa kita meraguinya. Di mana sahaja kita perlu merasakan perhubungan dengan Yang Maha Esa, yang mengatur semua urusan hidup.

Kita merasa bertanggungjawab pada diri kita dan saudara kita yang sedar dan insaf untuk mengujudkan suasana-suasana yang sentiasa memudahkan kita untuk mendekatkan hati kita kepada Allah s.w.t. Suasana yang dimaksudkan di sini ialah suasana yang Islamik, yang holeh sentiasa membantu kita untuk sedar dan insaf serta sentiasa bersedia mengambil Allah s.w.t sebagai Ilah dan Rabb bagi kita. Allah s.w.t tempat bergantung, tempat menyerah dan tempat mengharapkan sesuatu.

Kita perlu mengujudkan suasana yang menunjukkan keagungan Allah s.w.t, ke Esaan Allah s.w.t yang berkesan kepada hati kita untuk bertaqwa kepada Nya dan sentiasa berpegang kepada nilai yang telah ditentukan Nya.

Kita ingin melatih dan mendidik diri kita kepada melengkapi syarat-syarat keIslaman seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t atau dengan lain perkataan, syarat-syarat sebagai hamba Allah s.w.t dalam ertikata yang sebenarnya, yang mampu melaksanakan tuntutan ‘Ubudiyyah tersebut.

Ini bererti kita perlu memiliki persediaan hati untuk memampukan kita melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t serta menjauhi segala laranganNya. Hakikat perhambaan atau pengabdian ini hanya dapat lahir apabila jelas hubungan hati kita dengan Allah s.w.t sepertimana yang dapat kita lihat pada diri para Nabi dan para Rasul serta pengikut-pengikut ( umat-umat ) mereka yang setia itu. Setiap nilai hidup hendaklah kita hubungkan dengan syarat-syarat keIslaman ini hingga ianya menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dalam tingkahlaku di segenap bidang.

Kita perlu duduk bersama dengan saudara-saudara kita yang ikhlas hatinya, yang ada persediaan hati dan jiwa yang dikosongkan untuk menjalani didikan yang boleh membawa kita kepada matlamat yang suci murni ini iaitu untuk menerima kedaulatan Allah s.w.t Yang Maha Esa tanpa berbelah bagi atau menyekutukan Allah s.w.t dengan yang lain. Inilah tugas yang besar yang dipikulkan ke atas setiap dari kita. Kekuatan hubungan dengan Allah s.w.t sahajalah yang menjadi tenaga untuk menggerakkan hati dan rasa , pemikiran dan tingkah laku sejajar dengan syarat-syarat keIslaman ataupun hakikat perhambaan yang sebenarnya.

Inilah tenaga penggerak yang akan mencorak dengan corakan Allah s.w.t ( Sibghah Allah s.w.t ) walaupun di tempat yang sunyi ataupun di khalayak ramai, gelap atau terang, susah atau senang. Bahkan di mana sahaja atau di setiap masa. Dalam keadaan apa sekalipun. Ini jelas kita dapati apabila kita dekati dengan sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang murni itu walaupun dalam suasana mereka terpaksa menghadapi berbagai ujian dan rintangan.

Proses pendidikan seperti inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas diri para sahabat yang dikenali sebagai Generasi al Quran tersebut, sehingga lahirlah satu golongan yang beriman yang diiktiraf oleh Allah s.w.t sendiri. Mereka adalah menjadi ikutan kita semua. Contoh dari ikutan itu ialah keimanan mereka, tentang bagaimana mereka berhubung dengan Allah s.w.t dan Rasul Nya, tentang keyakinan mereka, cara berfikir dan contoh tingkah laku mereka . Ini semua menjadi contoh kepada kita. Kita perlu yakin dan jelas akan hakikat ini sekiranya kita ingin mengikuti jejak langkah mereka.

Jika mereka telah mendekati dengan proses yang pertama tadi sebagai titik tolak dalam melaksanakan ‘Ubudiyyah kepada Allah s.w.t, maka kita juga menerima hakikat ini sebagai suatu yang prinsip dan yang utama.

Kita perlu mendekati dengan didikan al Quran sepertimana mereka mendekati, perlu merasai sebagaimana yang mereka rasai, yakin sebagaimana yang mereka yakin. Sehingga segala pemikiran dan tingkah laku kita selaras dengan kehendak Allah s.w.t. Selaras dengan contoh kita yang unggul tersebut. Itulah Generasi al Quran Yang Unik.

Wallah hu ‘alam.

HUBUNGAN YANG PERTAMA : IMAN KEPADA ALLAH S.W.T

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah