Friday, July 30, 2010

Saidina Ali bin Abi Talib ra. menceritakan suatu ketika melihat Rasulullah menangis lantas belia datang bersama Fatimah. Lalu keduanya bertanya mengapa Rasul menangis.
Baginda menjawab,

“Pada malam aku diisra’kan, aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan pelbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis kerana menyaksikan mereka melalui siksaan yang sangat berat dan mengerikan siksanya."

Puteri Rasulullah saw. kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya.

Dalam perjalanan itu, Baginda diperlihatkan dengan 10 situasi wanita di dalam neraka, namun pada tulisan kali ini, kita perhatikan tiga keadaani siksaan yang dihadapi oleh para wanita di neraka Allah swt.

Pertama, wanita yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain (yang bukan muhrimnya).

Keduanya wanita yang makan daging tubuhnya sendiri manakala di bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah wanita yang berhias untuk dilihat lelaki lain (yang bukan muhrimnya) dan suka menceritakan aib orang lain.

Ketiganya, wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka. Mereka adalah
wanita yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang lain melihat akan perhiasannya.

MasyaAllah begitu seriusnya siksaan yang bakal menimpa kepada wanita-wanita yang tidak bersungguh-sungguh menjaga kesolehannya. Sekiranya mereka sedar dan faham akan risiko yang bakal dihadapi di padang masyar kelak apakah akan ada wanita yang berani melanggar suruhan Allah swt. Namun realitinya masih ada wanita yang bersedia menempah neraka untuk dirinya.

Seorang kolumnis majalah Al Manar menceritakan satu kisah tragis yang berlaku pada musim panas di Kaherah Mesir. Musim panas di Mesir merupakan ujian yang cukup berat. Terutama bagi muslimah untuk tetap mempertahankan pakaian kesopanannnya. Terik dan panas berupaya menjadikannya menggadaikan akhlak dan akhiratnya.

Dalam sebuah perjalanan yang cukup panjang dari Kaherah – Alexandria dengan sebuah bas amat memenatkan. Terdapat seorang wanita muda berpakaian kurang sesuai sebagai seorang wanita muslim, dengan mendedahkan auratnya. Oleh kerana dia seorang sahaja yang berpakaian kurang sopan di dalam bas tersebit, lantas dia duduk dihujung kerusi berhampiran pintu keluar. Tentu saja dengan cara pakaian seperti itu mengundang 'perhatian' kalau atau dengan bahasa lain dibahasakan sebagai keprihatinan sosial. Seorang lelaki yang separuh tua yang kebetulan duduk berhanpirannya memperkatakan sesuatu kepada wanita itu. Lelaki tersebut menerangkan bahawa pakaian seperti itu boleh mengakibatkan sesuatu yang tidak baik pada dirinya. Di samping pakaian seperti itu juga melanggar aturan agama dan norma kesopanan.

Tahukah Anda apa respon wanita muda tersebut? Dengan perasaan tersinggungnya atas nasihat yang diterimanya dari lelaki tersebut maka dia mengekspresikan kemarahannya. Dia merasakan privasinya diganggu. Hak berpakaian menurutnya adalah hak peribadi seseorang. Lalu dia berteriak:

"Jika memang tuan mahu, ini pensel saya. Tolong tempahkan untuk saya, tempat di neraka Tuhan Anda!! Satu respon yang sangat mengejutkan, bukan sahaja kepada lelaki itu tetapi juga kepada semua penumpang yang lain. Dan lelaki itupun pun hanya mampu beristighfar. Dia terus menggumamkan kalimat-kalimat Allah.

Detik-detik berikutnya suasanapun hening. Beberapa orang terlihat kelelahan dan terlelap dalam mimpinya. Tidak terkecuali wanita muda itu. Hingga sampailah perjalanan dipenghujung tujuan, di terminal akhir bas Alexandria. Kini semua penumpang bersiap-siap untuk turun. Namun mereka terhalangi oleh wanita muda tersebut yang masih terlihat tertidur kerana dia berada dekat dengan pintu keluar.

"Bangunkan saja dia!" begitu kira-kira permintaan para penumpang.

Tahukah Anda apa yang terjadi? Wanita muda tersebut benar-benar tidak bangun lagi. Dia menemui ajalnya. Dan seisi penumpang bas tersebut terus beristighfar, menggumamkan kalimat Allah sebagaimana yang dilakukan lelaki yang duduk disampingnya.

Sebuah pengakhiran yang menakutkan. Mati dalam keadaan menentang Tuhan.

Seandainya setiap orang mengetahui akhir hidupnya....
Seandainya setiap orang menyedari hidupnya akan berakhir pada bila-bila saat pun...
Seandainya setiap orang takut bertemu dengan Tuhannya dalam keadaan yang buruk...
Seandainya setiap orang tahu bagaimana kemurkaan Allah...

Sungguh Allah masih menyayangi kita yang masih terus dibimbing-Nya.
Allah akan semakin mendekatkan orang-orang yang dekat denganNYA semakin dekat.

Dan mereka yang terlena seharusnya segera sedar... ambillah kesempatan untuk berubah saat masih ada peluang.

Tempahkan Saya Tempat Di Neraka!

Thursday, July 29, 2010

Jika ditanya, bagaimana perasaan Anda saat Ramadhan semakin menghampiri Anda? Gembira seronok, bahagia... atau sebaliknya, sedih, duka biasa, tiada apa-apa.. Insyaallah bagi generasi beriman, pastilah jawapannya amat positif dan penuh pengharapan. Betapa tidak? Di bulan yang dinanti jutaan umat Islam di seluruh dunia ini, terkandung banyak keutamaan dan kemuliaan. Tidak hairanlah jika Nabi Muhammad SAW mengatakan bulan ini termasuk bulan terbaik dari bulan-bulan lainnya. Apatah lagi di dalamnya ada satu malam (Lailatul Qadr), malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Justeru mari kita menjadi salah seorang dari seluruh umat Islam di seluruh dunia yang berbahagia menyambut kedatangannya. Mereka akan memburu pahala dengan berlumba-lumba dalam kebaikan dan ibadah. Lihat saja, setiap malam, masjid sentiasa penuh oleh jamaah tarawih, tilawah al-Quran sentiasa hidup di surau dan masjid-masjid hampir di seluruh penjuru dunia, umat Islam berlumba mengeluarkan sedekah dan berbuka puasa. Fenomena inilah yang tidak dijumpai selain di bulan Ramadhan. Maka tidak salah jika kita katakan Ramadhan memang bulan penuh rahmah (kasih sayang). Subhanallah.

Bulan Ramadhan ibarat oasis, penyejuk di tengah gersangnya kehidupan. Sebelas bulan lamanya kita merasa larut oleh hiruk pikuk rutin duniawi. Pergi pagi pulang malam untuk mencari rezeki. Ibadah terkadang dilakukan hanya yang wajib. Begitu juga spiritual, kering kontang. Jika ini tidak rawati, lambat laun akan melemahkan jiwa bahkan mematikan motivasi amal. Nah, Ramadhan datang sebagai oasis. Kehadirannya penghapus dahaga sekaligus penyejuk. Yang sakit pun akan terubat. Sesuai kata Nabi, barang siapa yang berpuasa, maka akan sihat (shuumu tasihhu).

Bulan Ramadhan kaya dengan tawaran bonus berganda, syarikat direct selling terhebat di dunia pun tidak upaya menawarkan setinggi bonus berganda di bulan Ramadhan. Di bulan Ramadhan pahala dilipatgandakan. Satu biji kurma jika kita sedekahkan, akan bernilai pahala yang sangat besar. Belum lagi mengambil kira dengan pahala amal soleh lainnya, seperti sedekah, solat, tilawah al-Quran, qiyamul lail (solat malam), dan ibadah lainnya. Maka, barangsiapa yang mengerjakannya, niscaya meraih pahala berganda. Pasti tawaran pahala berganda ini dapat memikat diri kita untuk bercinta dengan bulan Ramadhan. Justeru itu, bergembiralah.

Ali Bin Abi Thalib pernah berkata, Nabi Muhammad SAW bersabda kepada para sahabat ketika Ramadhan akan tiba. "Sesungguhnya telah datang kepada kalian "Bulan Allah" yang penuh berkah, rahmat dan maghfirah, iaitu bulan yang di sisi Allah lebih mulia dari bulan-bulan lainnya. Hari-harinya pun lebih utama dari pada hari-hari (di bulan) lainnya. Malam-malamnya lebih mulia dari malam-malam biasa. Detik-detiknya pun lebih utama dari detik-detik di bulan lainnya.”

Nabi pun mengibaratkan Ramadhan laksana sajian atau jamuan Ilahi. Dan, umat Islam adalah tamu istimewa yang akan menyantap sajian itu. Ketika itu, nafas orang berpuasa ibarat tasbih, tidurnya laksana ibadah, doa-doa yang dipanjatkan akan terkabul. Subhanallah, betapa agungnya bulan Ramadhan.

Andai seluruh bulan adalah Ramadhan, betapa banyaknya pahala yang dapat. Tidak hairanlah jika nabi Muhammad bersabda:
“Sekiranya manusia mengetahui kebaikan-kebaikan yang terdapat di bulan Ramadhan, tentu mereka mengharapkan agar seluruh bulan adalah bulan Ramadhan.” (HR. Ibnu Huzaimah).

Tidak hanya itu, Nabi Muhammad SAW juga bersabda dalam hadith yang diriwayatkan Nasa’i dan Baihaki.
“Telah datang kepada kalian bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah telah mewajibkan di dalamnya puasa. Pada bulan itu Allah membuka pintu langit, menutup pintu neraka, dan membelenggu syaitan-syaitan. Di dalamnya Allah memiliki satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barang siapa yang diharamkan kebaikan malam itu, maka ia sungguh telah diharamkan (dari kebaikan).”

Hadith ini, oleh Imam Ibnu Rajab al-Hambali dijadikan dalil untuk memberikan ucapan selamat datang Ramadhan yang biasa dilakukan umat Islam. Ia mengatakan, tidak ada alasan bagi umat Islam untuk tidak bergembira dengan datangnya bulan suci. Ini kerana di bulan ini, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup, syaitan dibelenggu, dan disediakannya malam lailatul qadr.

Tidak syak lagi, bulan Ramadhan memiliki banyak keutamaan. Oleh itu, saat itu sangatlah berharga. Terlebih, Allah SWT masih memberi kesempatan umur untuk bersua lagi dengannya. Sedangkan ada ramai orang lain di luar sana, yang dulunya berjumpa Ramadhan, tapi kini telah tidak berjumpa lagi kerana telah dipanggil pulang oleh Allah ke rahmatullah. Justeru, mari kita siapkan diri kita, baik hati dan fizikal untuk menyongsong datangnya tamu Allah itu.

Mulai sekarang, memperbanyakan amal soleh dan menjauhi larangannya. Jangan sampai, bulan itu datang, tapi diri kita penuh noda dan dosa. Akan lebih elok, jika ia datang, kita sambut dengan penuh suka cita dan bersih dari segala dosa. Sehingga kita insyaAllah mampu menjalankan ibadah puasa dengan siapsedia hati, pemikiran, jasadi dan emosi. Insya Allah.

Oasis Ramadhan

Tuesday, July 27, 2010

Saat ini dunia sedang berkecamuk dan bergolak, baik di negara yang menolak Islam, begitu juga di negara yang majoritinya menganut Islam. Arus kerosakan dan kefasadan terus subur dan berleluasa. Hatta umat Islam sendiri teraba-raba mencari jalan penyelesaian yang sebenar dalam menghadapi pelbagai mehnah dan ujian. Arus kerosakan itu menerjang dunia kehidupan bermula dengan dunia pendidkan dan keilmuan, ekonomi, politik, budaya dan kenegaraan. Benteng terakhir yang diharapkan iaitu institusi rumah tangga dan kekeluargaan turut di serang dan menjadi longlai dalam membangun modal insan yang dihajati oleh Islam.

Sedarilah wahai umat Islam, serangan bertali arus kerosakan dan kefasadan ke atas peribadi dan umat Islam telah diinformasikan oleh Allah swt dalam Al Quran:

“Kemudian pasti aku (syaitan) akan mendatangi mereka dari depan, dari belakang, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur” (Al –A’raf: 17)

Islam yang hidup berbeza dengan ajaran yang mati, yang hanya dipenuhi dengan rutiniti dan tradisi. Kalau kita jujur dengan kehidupan, kita akan dapati hati kita terlalu banyak berkompromi antara kebenaran dengan kebatilan dan kejahilan. Sering kita mengiringi perbuatan baik dengan kemaksiatan. Bahkan ramai juga yang mengambil mudah dan remeh dengan kemaksiatan yang dilakukan.

Sedangkan Anas r.a pernah berkata kepada sahabat-sahabatnya:

“ Sesungguhnya kamu kini melakukan beberapa amal yang dalam pandangan kamu itu remwh, sehalus rambut, padahal perbuatan itu dahulunya di masa Nabi saw, kami anggap sebagai perbuatan yang merosak agama.” (Bukhari)

Diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud, sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda:

“Syurga itu lebih dekat kepada salah satu dari kamu dari tali sandalnya, demikian juga neraka.” (HR Bukhari)

Apa Upaya Kita Semua

Mungkihkan ada kefahaman, pemikiran, perbuatan, tindakan dan amalan yang tidak seiring dengan Islam selama ini telah melekat dalam kehidupan kita yang telah menyebabkan matinya keghirahan dan kemuliaan kita dengan islam, dengan kerja besar yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. dan para sahabat iaitu mendidik(tarbiyah) hati dan menghidupkan Islam dengan melaksanakan dakwah ilallah.
Menghidupkan Islam bererti membawa dan membumikan Islam yang syumul,damai, bahagia dan lengkap dengan keutuhan dan keaslian Islam itu sendiri. Bukan dengan pakej dan kefahaman yang lain. Islam yang bersih adalah Islam yang utuh, tidak diambil hanya sebahagian sahaja yang kita sukai, malahan mempertahankan Islam dengan penuh emosi, serius dan bersungguh.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh bagimu.” (Al Baqarah: 208)

Sungguh, menghadapi semua serangan pemikiran jahiliah adalah dengan kita kembali kepada Islam yang sebenar. Allah swt menurunkan Islam dan Al Quran adalah untuk dimenangkan ke atas semua ideologi yang ada, baik ideologi barat, ideology syaitan, ideologi hawa nafsu mahupun ideologi ciptaan manusia yang sering diselaputi dan disilapmatakan dengan dalil-dalil ilmiah yang tidak keruan.

Syakhsiyah Muslimah

Hasan Al Hudaibi berkata:

“Hidupkan Islam dalam dirimu, nescaya ia akan hidup dalam masyarakatmu.”

Masalahnya sekarang bagaimana kita mahu mengidentitikan Islam dengan diri kita. Rasulullah saw. bersabda,

“Ibda’ bi nasfsika”, “Mulailah dari dirimu!”.

Tegakkan peribadi muslim (syakhsiyah muslimah) dalam diri kita merupakan benteng terkuat dalam menghadapi masalah yang muncul. Ini kerana membina syakhsiyah muslimah adalah bersumberkan kepada al Quran dan tarbiyah dari madrasah Rasulullah saw. Usahakan agar tidak ada satu pun ruang dan celah dalam hati, fikiran dan perilaku kita menjadi tempat bersarangnya kejahiliahan.

Imam Ali bin Abi Talib ada berkata:

“Siang seperti singa dan malam seperti rahib-rahib yang kusyu’ beribadah kepada Rabb-nya.”

Peribadi muslim yang memiliki syakhsiyah muslimah adalah seorang yang melaksanakan ibadah dengan benar, dihiasi dengan akhlak yang muliadalam lisan dan perilakunya, memiliki kecintaan kepada ilmu-ilmu yang akan meninggikan darjat di sisi Islam serta mengisi waktunya dengan usaha menegakkan Islam walaupun untuk tujuan tersebut dia harus mengorbankan harta dan waktunya, diri dan keluarganya.

Mana’ah Imaniyah
Peribadi aktif seperti inilah yang memiliki bekal kekebalan iman (mana’ah imaniyah) sehingga tidak hanya mampu bertahan menghadapi segala serangan jahiliah dari musuh Islam, tetapi juga mampu menghancurkan dan melawan pengaruh jahiliah tersebut.
Kini, mahu atau tidak kita menerapkan sikap Islam itu. Al Quran suci ada di hadapan kita, sunnah Rasul yang mulia mampu kita pelajari dan ikuti, bahkan petunjuk para salafussolihin dan ulama’ muktabar juga boleh kita ikuti, persoalannya, bila hendak kita mulai langkah pertama menghampiri syurga Ilahi.

Kekebalan Iman (Mana’ah Imaniyah)

Monday, July 26, 2010

Sesungguhnya kehidupan di dalam tasawwur Islam bukan sekadar kehidupan di dunia yang amat terbatas ini, malah ianya menjangkau lebih jauh dari itu, hingga ke alam maut dan alam akhirah. Oleh kerana itu permasalahan kebangkitan, hisab dan balasan di akhirat adalah merupakan permasalahan aqidah yang paling asas sesudah terbinanya aqidah tauhid.

Setiap sudut dari peraturan Islam adalah memandang kepada hakikat kehidupan di akhirat, malah kehidupan Islam tidak akan lurus tanpa keyakinan dam memberi perhatian kepada akhirat, kerana itu al Quran amat menekankan tentang hakikat ini.

Orang-orang yang hanya beriktiqad bahawa kehidupan hanya di dunia ini sahaja tanpa beriman dengan Hari Akhirat, tasawwur dan nilai perjuangan hidup mereka hanyalah sekadar di dunia yang sempit ini sahaja. Oleh itu adalah mustahil akan lahir dan ujud di bawah keyakinan yang demikian kehidupan yang mulia. Kerana itu peraturan dan undang-undang yang lahir di bumi, yang hanya memberikan perhatian dan melihat pada sudut yang sempit ini tidak akan wujud keadilan dan kerahmatan serta tiada kriateria yang jelas dan tetap, malah akan berlaku pertentangan dan pertembungan antara satu sama lain. Umat yang berlaku keadaan seperti ini tidak mungkin akan dapat melakukan tanggungjawab di dalam mengembalikan kemuliaan manusia, dalam ertikata yang sebenarnya, kecuali konsep hidup yang melewati batas kehidupan ini. Bertolak dari tasawwur yang berbeza inilah berlaku perbezaan di dalam nilai, akhlak, suluk dan perbezaan di dalam peraturan hidup. Allah s.w.t mengetahui bahawa mana-mana umatpun tidak layak memimpin manusia kecuali keyakinan terhadap akhirat nyata dalam dhamir (hati).

Penekanan Islam terhadap Akhirat kerana:

Ia adalah hakikat satu kebenaran yang telah diterangkan oleh Allah s.w.t

Keyakinan kepada akhirat adalah penting demi untuk kesempurnaan kemanusiaan manusia itu sendiri, baik di dalam tasawwur, ‘iqtiqad, akhlak, suluk, syariat dan nizam

Dari tasawwur Islam yang luas ini jugalah yang telah melahirkan jiwa yang lapang, tinggi perasaan dan berhati-hati bertindak terhadap sesuatu. Dari ‘iqtiqad yang penuh terhadap keadilan dan besarnya ganjaran di akhirat kelak menyebabkan jiwa bersedia untuk berkorban pada jalan Allah s.w.t. Bilamana wujud keyakinan terhadap akhirat, maka baiklah akhlak dan luruslah perjalan hidup, tidak berlaku sebarang penyelewengan terhadap Deen Allah s.w.t, baik di dalam tasawwur, ‘iqtiqad, suluk, syariat dan peraturan hidup. Juga tidak wujud sifat berdiam diri melihat kerosakan, kerana ini bukan sahaja menyebabkan kehilangan kebaikan di dunia, tetapi juga kehilangan ganjaran yang besar di akhirat kelak.

Dunia, dalam tasawwur Islam adalah ladang akhirat. Oleh itu berjihad untuk memperbaiki kehidupan ini adalah menurut syarak, berusaha menentang kejahatan dan kezaliman, mengembalikan penentangan-penentangan kepada kekuasan Allah s.w.t, mencegah pelampau, menegakkan dan menjalankan keadilan dan kebaikan untuk semua mausia sehingga gugur syahid, semua ini adalah bekalan untuk ke akhirat, yang mana denganya nanti akan terbukalah pintu-pintu syurga bagi para mujahid dan diberi gentian terhadap apa yang telah hilang dan segala penderitaan yang ditempuhi ketika menentang kebatilan ketika di dunia dahulu.

Nilai kehidupan dunia berbanding dengan kehidupan akhirat jelas dalam firman Allah s.w.t :

Bermaksud:

“ Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan: dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir? “
(Surah al An’am: 32)

Sungguhpun begitu tasawwur Islam terhadap dunia ini namn tidak terdapat sifat negative terhadapnya, bersifat cuai dan menyisihkan diri darinya kerana tiada jalan untuk ke akhirat nanti tanpa melalui kehidupan di dunia ini. Walaupun ianya sempit dan terbatas, tetapi ia juga adalah nekmat Allah s.w.t yang mana dari dunia inilah akan memperolehi kebahagiaan dan kenikmatan Allah s.w.t yang besar di akhirat kelak. Contoh yang jelas dalam hal ini ialah generasi sahabat yang telah berjaya mengecapi kehidupan dunia ini mengikut neraca Allah s.w.t yang mana itu jugalah amalan untuk akhirat mereka. Mereka menjadi khalifah Allah s.w.t menjalankan perintah Nya, memakmur dan mengindahkan bumi ini untuk mendaulatkan bumi Allah s.w.t, mencara keredhaanNya dan mengharapkan kebahagiaan di akhirat. Kerana itulah mereka telah mendahului ahli dunia di dunia ini, demikian juga seterusnya mereka mendahului di akhirat kelak.

Islam amat memberi penekanan terhadap akhirat supaya alam akhirat ini bersemadi dan terus segar di dalam hati, lebih dari dunia ini. Dengan itu hati menjadi damai, kehidupan pula menjadi tenteram. Apakah yang boleh menghindarkan manusia dari bersifat tamak dan haloba, terpengaruh pada hawa nafsu. Apakah yang boleh memenangkan pertarungan yang tidak berkesudahan walaupun dengan kehilangan hidup di dunia ini. Apakah yang boleh menguatkan seseorang itu dalam ma’rakah antara hak dan batil, antara kejahatan dan kebaikan, tiada lain kecuali keyakinan terhadap akhirat yang merupakan satu kebaikan bagi orang yang bertaqwa.

Umat yang mempunyai keyakinan inilah sebenarnya yang benar-benar layak memimpin manusia sebagaimana kepimpinan agung yang pernah berlaku dalam sejarah hidup manusia.

Petikan Kuliah Ustaz Omar Salleh, ulama Tarbiah dan Dakwah MATRI

Membangun Visi Akhirat

Saturday, July 24, 2010

Semangat kepemudaan Islam harus diiringi dengan amal soleh yang konsisten walaupun sedikit, berbanding semangat yang sementara kemudian hilang entah ke mana. Menyanyikan lagu-lagu semangat perjuangan Shouhu Harakah memang membangkitkan cita pemuda untuk berjihad, namun harus diikuti dengan semangat juang bekerja di jalan Allah swt., walaupun sedikit tetapi harus istiqamah.

Langkah pemuda menyahut seruan dakwah hasil dari proses tarbiah yang mantap adalah kebangkitan melakukan amal soleh dengan istiqamah walaupun sedikit. Diriwayatkan dari A’isyah r.a, bahawa saat menjelaskan bentuk amal soleh apakah yang paling dicintai oleh Rasulullah saw., A’isyah menerangkan:

Bentuk kepatuhan yang paling Rasulullah saw. cintai adalah amal yang dikerjakan berterusan oleh pelakunya.” (Diriwayatkan oleh Tirmidzi dalam Sahihnya, kitab al-Iman)

Dari A’isyah r.a juga menyebut bahawa Nabi saw. ada bersabda:

“Sesungguhnya amal yang paling dicintai oleh Allah adalah yang dikerjakan terus menerus walaupun sidikit.” (Diriwayatkan oleh Muslim)

Kesibukan kita dalam melayari bantera kehidupan, samada sebagai mahasiswa mahupun berkerjaya janganlah sampai tuntutan amal soleh kita khususnya amal dakwah dan istiqamah di jalan tarbiyah terencat, hidup segan mati tak mahu. Penyakit ingin berehat dari beramal adalah perangkap keduniaan yang telah memerangkap umat Islam, khususnya pemuda Islam yang dinantikan untuk meneruskan misi amal soleh Rasulullah saw. Ketahuilah bahawa istirehat bagi seorang mukmin itu adalah kelalaian, waktu yang luang adalah pembunuh, dan pengangguran amal adalah kemandulan iman.

Yakinlah, kita mampu beramal soleh, walaupun sidikit, yang penting istiqamah. Allah swt tidak akan membebani kita dengan sesuatu yang tidak kita mampu memikulnya. Firman Allah swt.:

“Dan Allah tidak membebankan kepada seseorang kecuali sesuai dengan apa yang
dimampui”. (Al Baqarah: 286)

Justeru bergeraklah dan bekerjalah, berlatihlah dan kajilah sesuatu, bacalah Al-Quran dan bertasbihlah, sebarkan dakwah, perkasakan tarbiha, tulislah sesuatu dan kunjungilah sahabat dan murabbi, tetap istiqamah walaupun sedikit, jangan berhenti dan berehat.

Imam Nawawi rahimahullah mengingatkan kita bahawa kerjakanlah sesuatu amal dengan terus menerus, sesungguhnya amal yang sedikit tetapi dikerjakan dengan terus menerus dan rutin, adalah lebih baik daripada amal yang banyak tetapi terputus dan terhenti.
Istiqamah beramal adalah kunci penyuburan semangat bearmal soleh, sebaliknya kelalaian dari istiqamah adalah kunci kerugian di akhirat nanti.

Firman Allah swt. :

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”(Q.S. Hud:112)

Kejarlah ganjaran besar buat mukmin yang memelihara sikap istiqamahnya dalam beramal soleh.

Firman Allah swt. lagi:

“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah”, kemudian mereka tetap istiqamah, maka tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan mereka tiada pula berduka cita. Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan”. ( Al-Ahqaf: 13-14.)

Bagi membina sikap istiqamah itu menjadi sebati dalam kehidupan, maka kita harus melatih diri kita secara sungguh-sungguh, berusaha agar setiap amal perbuatan kita diikuti dengan tiga formula yang telah diparktikkan oleh para ulama terdahulu, iaitu ijtihad, mujahadah, dan jihad. Dengan berijtihad kita dapat memastikan bahawa tindakan kita adalah suatu pilihan terbaik setelah melalui pertimbangan-pertimbangan yang mendalam. Tindakan itu harus diikuti dengan mujahadah (usaha yang bersungguh-sungguh) dan terus menerus jangan sampai berhenti di tengah jalan. Dan tentu saja semuanya harus disertai dengan jihad (suatu perjuangan keras yang berkesinambungan) yang memerlukan pengorbanan-pengorbanan dalam pelbagai bentuk, seperti tenaga, harta, fikiran, masa, bahkan nyawa. Tanpa tiga formula ini, sukar rasanya istiqamah dapat terwujud dalam kehidupan kita. Istiqamahlah, walaupun amalnya sedikit.

Istiqamahlah Beramal Walaupun Sedikit

Monday, July 19, 2010

Pemuda harus melakar sejarah hidupnya menjadi insan terhebat di sisi Allah swt. Saat ini ramai anak muda berlumba-lumba mahukan diri mereka disebut-sebut sebagai hebat oleh manusia sekelilingnya. Antaranya mahu digelar hebat kerana pandai berlumba motor, hebat kerana pandai menyanyi, hebat kerana lawaknya disukai ramai, hebat kerana kecerdikan keputusan peperiksaannya, hebat kerana ramai wanita jatuh hati padanya, hebat kerana memiliki jawatan tinggi seusia mudanya, hebat kerana memiliki kenderaan mahal, hebat kerana pakaiannya berjenama, hebat sana dan hebat sini… Kadang-kadang tidak hebatpun tapi berlagak seolah-olah dirinya hebat.

Pemuda Islam harus mencontohi pemuda hebat di zaman Rasulullah saw. Dengan adanya contoh kalangan pemuda yang wajar dicontohi, insyaAllah pemuda Islam tidak akan meraba-raba mencari model pemuda yang hebat.

Tatkala menyingkap sirah sahabat Rasulullah saw. khususnya generasi pemuda, pasti ia akan membangkitkan selera iman pemuda muslim hari ini. Mengapa? Kerana mereka membina diri mereka menjadi hebat! Hebat di sisi Allah dan Rasulnya.

Saat Perang Khandak bakal tercetus, beredar khabar bahawa sesiapa sahaja lelaki berusia 15 tahun ke atas berhak ikut berjihad. Mendengar khabar tersebut, seorang pemuda berseri-seri wajahnya. Usianya saat itu memasuki 15 tahun. Dia segera mendaftarkan diri. Itulah idamannya selama ini, berjihad bersama Rasulullah saw. Penyertaannya dalam pelbagai medan jihad tidak pernah lepas dalam sejarah hidup pemuda itu. Saat perang membuka kota Mekah (Futuh Mekah), dia berusia 20 tahun dan termasuk pemuda yang menonjol di medan perang. Dialah, Abdullah ibn Umar, atau Ibnu Umar.

Hebat bukan! Ibnu Umar menhajar kita saat mudanya dia bergabung bersama kafilah dakwah Rasulullah saw. Beliau teruja dan berlumba-lumba menempatkan dirinya berada dalam saf perjuangan dakwah Rasulullah saw. Inilah sikap pemuda yang hebat, berlumba menyertakan diri dalam saf dakwah kerana dakwah adalah “kerja besar” buat orang beriman. Pemuda yang beriman pasti tidak akan melepaskan masa dan umurnya berlalu tanpa “kerja besar”, menempatkan dirinya dalam saf dakwah. Kita bagaimana?

Kepemudaan Ibnu Umar sekali lagi mangajar kita bagaimana beliau menghimpun kekuatan untuk menjadi pemuda hebat di sisi Allah dan Rasulnya. Ibnu Umar menghayutkan dirinya dengan tarbiyah ruhiyah, beliau berjaga dua pertiga malam. Beliau berkawan dengan malam. Ibnu Umar amat dikenali sebagai pemuda yang menitikberatkan aspek tarbiyah ruhiyahnya, maka beliau berkawan dengan malam untuk beribadah, dan berkawan dengan dinihari untuk menangis memohon ampunan-Nya. Beliau dikenali sebagai sahabat Rasulullah saw yang taat menghidupkan solat malamnya. Riwayat telah menceritakan bahawa di masa hayat Rasulullah saw, Ibnu Umar mendapat kurnia dari Allah. Setelah selesai solat bersama Rasulullah, beliau pulang dan bermimpi. "Seolah-olah di tanganku ada selembar kain. Tempat mana saja yang kuingini di syurga, kain itu akan menerbangkanku ke sana. Dua malaikat telah membawaku ke neraka, memperlihatkan semua bahagian yang ada di neraka. Keduanya menjawab apa saja yang kutanyakan mengenai keadaan neraka," begitulah diungkapkan Ibnu Umar kepada kakaknya yang juga isteri Rasul, Hafshah, keesokan harinya.

Hafshah langsung bertanyakan mimpi adiknya kepada Rasulullah. Rasulullah saw. bersabda:
"ni’marrajulu 'abdullah, lau kaana yushallii minallaili fayuksiru", akan menjadi lelaki paling utamalah Abdullah itu, andainya ia sering solat malam dan banyak melakukannya.

Semenjak itulah, sampai akhir hayatnya, Ibnu Umar tidak pernah meninggalkan qiyamullail, baik ketika bermukim atau bermusafir. Beliau amat tekun menegakkan solat, membaca Al-Quran dan banyak berzikir menyebut asma Allah. Beliau amat menyerupai ayahnya, Umar ibn Khatthab, yang selalu mencucurkan airmata tatkala mendengar ayat-ayat peringatan dari Al-Quran.

'Ubaid ibn 'Umair menjadi saksi, "Suatu ketika kubacakan ayat ini kepada Abdullah ibnu Umar." 'Ubaid membacakan ayat Al Quran, surah an-Nisaa’ :41-42 yang ertinya:

Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami datangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat, dan Kami mendatangkan kamu
(Muhamad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu). Di hari itu orang-orang kafir dan yang mendurhakai Rasul berharap kiranya mereka ditelan bumi, dan mereka tidak dapat menyembunyikan (dari Allah) sesuatu kejadian pun."

Maka Ibnu Umar menangis hingga janggutnya dibasahi oleh air matanya.

Pada kesempatan lain, Ibnu Umar sedang duduk di antara sahabatnya, lalu membaca surah Al Muthaffifin ayat1-6 yang maknanya:
Maka celakalah orang-orang yang berlaku curang dalam takaran. Yakni orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain meminta dipenuhi, tetapi mengurangkannya bila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain. Tidakkah mereka merasa bahawa mereka akan dibangkitkan nanti menghadapi suatu hari yang dahsyat, iaitu ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam?.

Lantas Ibnu Umar mengulang bahagian akhir ayat ke enam,

"ketika manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam."

Lantas air matanya bercucuran, sampai akhirnya beliau jatuh kerana merasa duka, takut dan cemas yang mendalam menyebabkan beliau banyak menangis.

Inilah pemuda hebat wahai pemuda zaman moden. Mereka amat menitikberatkan tarbiyah diri mereka. Mereka mentarbiyah diri mereka dengan al Quran dan Solat malam. Inilah bekalan jiwa mereka yang telah mencetuskan momentum hebat lantas berprestasi luarbiasa di medan dakwah. Inilah formulanya buat pemuda yang merasa lelah dan longlai saat memajukan dakwahnya. Tiada pemisahan antara dakwah dan tarbiah. Al Quran dan solat malam adalah rahsia kehebatan pemuda di zaman Rasulullah saw. Al Quran dan solat malam mencetuskan suatu energi luarbiasa kepada diri mereka untuk istiqamah dan tetap dalam perjuangan.

Ketahuilah bahawa Abdullah ibnu Umar adalah salah seorang sahabat Nabi yang berhati lembut dan begitu mendalam cintanya kepada Rasulullah. Saat Rasulullah saw telah wafat, apabila beliau mendengar nama Rasulullah disebut di hadapannya, beliau akan menangis. Ketika beliau melewati di sebuah tempat yang pernah disinggahi Rasulullah, baik di Mekah mahupun di Madinah, beliau akan memejamkan matanya, lantas butiran air bening meluncur dari sudut matanya.

Sebagai sahabat Rasul, ahli ibadah dan pejuang dakwah bersama baginda saw. beliau menjadi insan yang tidak punya minat lagi kepada dunia.Dunia baginya di dalam genggaman, malahan duani tidak mampu menipu daya momentum penghambaannya kepada Allah swt. Sikap luarbiasa beliau terhadap kecintaannya kepada akhirat sudah nampak sejak beliau remaja lagi, ketika pertama kali ghairahnya bangkit untuk ikut berjihad bersama Rasulullah saw.

Inilah contoh kepemudaan yang hebat, Rasulullah saw sentiasa di hati. Akhirat menjadi obsesi. Rahsia telah terbongkar, inilah ciri pemuda yang hebat di sisi Ilahi. Ayuh kita contohi, kita tiada masa lagi kerana dunia sedang menanti pemuda yang hebat memimpin dunia ini.

Hebat Yang Bagaimana?

Friday, July 09, 2010

Ayuh pemudaku! Mari kita sertakan diri kita dalam barisan pewaris dakwah. Sesungguhnya aktivis dakwah adalah muslim luarbiasa yang menyebarkan kebaikan dan cahaya kepada manusia yang berada disekelilingnya melalui gerak dan perbuatan, melalui cahaya yang mengharap redha Allah dan petunjuknya. Ketahuilah wahai pemuda, ganjaran penat lelah dakwahmu pasti berbaloi, kebaikan dan pahala akan menghampiri di antara para duah tatkala manusia-manusia lainya mengikutinya jejaknya, sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith Rasulullah saw:

“Barangsiapa yang menyeru kepada hidayah maka baginya ganjaran seperti ganjaran orang yang mengikutinya dan tidak dikurangi sedikitpun ganjaran mereka”. (HR. Muslim)

Wahai para aktivis da’wah, hendaklah kita selalu hayati sabda Rasulullah saw seperti yang diriwayatkan oleh Ka’ab bin Malik ra. yang mana beliau menceritakan bagaimana terjadinya baiat Aqabah kedua, baiat yang mampu menghalau syaitan, dan menggetarkan orang-orang Quraisy, dia berkata:

“ … setelah sekelompok orang dari Aus dan Khajraz berkumpul bersama Rasulullah saw, dan menjelaskan setiap orang dari mereka keteguhan agama dan dirinya, Rasulullah saw bersabda kepada mereka: “Keluarlah kalian bersama saya 12 orang wakil ini untuk menjadi penyeru diantara kaumnya”. (HR. Ishaq dan Ahmad)
Sungguh! Tangga dakwah dan jalan pergerakan serta arah tarbiyah rabbaniyah terlaksana melalui pengambilan baiat para pendakwah yang memiliki kemampuan dalam diri mereka melakukan pembinaan dan meluruskannya atas apa yang dicintai Allah dan diredhai-Nya.

Apa langkah awalmu untuk menyertai kafilah dakwah yang mulai ini?

Mulakan dengan engkau mengetahui jati dirimu dan bersungguh-sungguh meningkatkan diri sehingga mencapai tingkat ketaatan hanya sanya kepada Allah dan Rasul-Nya, tunduk kepada segala sesuatu yang datang kepadanya, baik berupa perintah dan larangan. Sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Rasulullah saw dalam sabdanya:

“Yang disebut mujahid adalah orang yang bersungguh dalam taat kepada Allah”,

Maksudnya adalah sebelum kalian keluar mahu berhadapan dengan musuh dan memerangi mereka, hendaklah kalian menyiapkan diri semampu kalian dengan bersungguh-sungguh dan istiqamah memerangi musuh yang menguasai jiwa kalian yang selalu mengajak kalian berbuat maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya dan membelakangi setiap hukum yang telah di syari’atkan. Selama musuh ini masih melekat dalam diri kalian, sehingga menjatuhkan martabat kalian dan jauh dari redha Allah SWT, maka kalian tidak akan mungkin mampu mengalahkan dan menguasai musuh Allah.

Contoh yang mudah adalah saat kalian menyeru pemuda dan remaja lain supaya jangan ber”couple” , namun dalam diri kalian, dalam YM kalian, dalam facebook kalian, dalam handphone kalian adanya tersimpan insan rahsia yang kalian saling hubung menghubungi kerana saling merindu, tentunya kenyataan seperti itu merupakan kontradiksi yang sangat jelas di antara perkataan dan perbuatan, dan akan menjadi penghancur wibawa kalian, penghalang keberkatan aktiviti dakwah kalian, dan mampu menghalang kalian berprestasi mentarbiah masyarakat umum.

Maka wahai generasi pemuda, pertama kali yang harus kalian lakukan adalah menyerahkan diri seutuhnya kepada Allah SWT dan melepasnya dari segala kebebasan yang bertentangan dengan syari’at Allah, baru setelah itu berdakwah engkau kepada seluruh manusianya.

Bebaskan Semua Jahiliah Dalam Diri

Kita semua tahu bahawa Muhammad Ibnu Abdullah , Rasul akhir zaman dilahirkan di Makkah. Bermulanya Islam juga di Makkah. Juga kita tahu para sahabat pertama kali mereka diazab di Makkah. Demi mempertahankan Islam , mereka sanggup disiksa dalam semua bentuk.

Rasulullah S.A.W berjuang di Makkah hinggalah berhijrah ke Yathrib (Madinah). Sebelum berhijrah, baginda telah memerintahkan sahabat-sahabat baginda berhijrah ke Habsyah (Ethopia), tetapi di sana bukan tempat yang soleh untuk tertegaknya Daulah Islamiyah.

Wasilah yang sesuai perlu dicari. Untuk itu baginda telah menghalakan hijrah ke Madinah bagi menegakkan Daulah Islamiyyah. Melalui enam orang yang datang dari
Makkah , Islam telah dilancarkan di Madinah. Pada tahun keduanya , seramai 13 orang penduduk Madinah telah datang menemui Rasulullah S.A.W termasuk dua orang wanita.

‘Abdullah ibnu Maktum telah dihantar untuk mengajar Al -Quran Al-Karim kepada penduduk Madinah. Manakala Mus’ab bin ‘Umair mengajar Fiqh di sana. Tahun
hadapannya seramai 73 orang termasuk 9 wanita telah datang ke Madinah menemui Rasulullah S.A.W. Mulai dari saat itu Islam terpancar luas di Madinah dan di muka
bumi ini.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah meletakkan asas kukuh untuk Islam dapat berkembang di Madinah. Asas yang dimaksudkan itu adalah ,

1. Ukhuwwah Islamiyah

Persaudaraan Islam yang kukuh dari nasab Muhajirin dan Ansar. Mereka berkorban dengan seluruh tenaga mereka. Imam Bukhari telah melaporkan gambaran persaudaraan
mereka dengan membawa kisah ‘Abdur Rahman bin ‘Auf (Muhajir) dan Sa’ad bin Ar-Rabi’ (Ansar). Dua orang mereka ini telah dipersaudarakan oleh Rasulullah S.A.W
. Sa’ad telah berkata kepada saudaranya itu ;

‘Ini harta ku . Aku akan bahagi dua , untuk aku kebahagian dan engkau sebahagian. Aku ada dua isteri. Engkau pilih yang mana engkau suka , akan aku ceraikan. Habis iddahnya engkau kahwinilah dia.’

Realiti ini merupakan kenyataan yang paling jelas dalam sejarah Islam . Kemudian kita lihat sikap dan suara hati ‘Abdur Rahman dalam menerima tawaran sahabatnya itu. Sebagai insan yang sudah melalui latihan Al Quran, ‘Abdur Rahman bin ‘Auf berkata ;

‘Saudaraku ! Pinjamkanlah aku modal dan tunjukkan aku di mana pasar Madinah’

Dengan usaha gigihnya itu , beliau telah muncul sebagai insan yang terkaya sekali di Madinah pada masa itu. Suatu ketika beliau telah menemui Rasulullah S.A.W , lalu beliau ditegur baginda ;

‘Bagaimanakah engkau dapat ini semua wahai ‘Abdur Rahman ?”

Jawab ‘Abdur Rahman;

‘Aku telah berkahwin dengan wanita Ansar dan maharnya adalah ketul-ketul emas ya Nabi Allah ‘

Rasulullah bersabda ;
‘Buatlah sedikit majlis walimah untuk pasangan mu itu,wahai ‘Abdur Rahman’

Begitulah sikap muslim sejati dalam menegakkan Islam yang dianutinya.

2. Mahabbah

Berkasih sayang ialah asas kedua ke arah pembentukan Daulah Islamiyah yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W. Asas ini dilahirkan dengan segala fungsi yang ada yang lahir dalam bentuk amali dalam masyarakat. Hasilnya dapat dilihat insan yang
mengutamakan sahabat seiman lebih dari diri sendiri. Ikatan mahabbah ini terpadu dalam ummah yang dibentuk atas asas iman kepada Allah S.W.T. Gambaran ini telah diterjemahkan dalam suatu peristiwa peperangan di zaman Rasulullah S.A.W.

Perwira-perwira Islam yang luka parah,yang dahaga dan berhajat kepada air , telah diberikan sebekas air kepada salah seorang daripadanya. Sebaik hendak
diminum , terdengar sahabat di sebelah meminta air, lalu air itu diberikan kepadanya. Sebaik hendak diminum , terdengar pula sahabatnya di sebelah lagi meminta air. Air tadi diberikan pula kepada sahabat berkenaan . Demikianlah ianya berlalu sehingga sahabat
yang keempat belas. Sebaik air itu hendak diminum , sahabat yang ketiga belas pula meminta air. Keadaan ini menyebabkan air itu kembali kepada sahabat yang
pertama , manakala sahabat yang selebihnya telah kembali menemui Ilahi. Akhirnya semuanya kembali ke rahmatullah.

3. Keadilan dan Keseimbangan

Keadilan dan Keseimbangan merupakan faktor ketiga dalam proses pembinaan Daulah Islamiyah yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W di Madinah. Gambaran ini dapatlah kita lihat dalam peristiwa pengutusan Sa’ad bin Waqqas ke Medan Al-Qadisiyyah
dahulu. ‘Umar Al- Khattab selaku Amirul Mukminin telah berpesan kepada Sa’ad ;

‘Sa’ad . Janganlah engkau tertipu dengan kedudukan engkau sebagai bapa saudara Rasulullah S.A.W dari sebelah ibu. Berlaku adil hendaklah menjadi pegangan
kamu dalam setiap masa.

Sesungguhnya seerah telah melakarkan tentang betapa hebatnya kerja-kerja Rasulullah S.A.W mengikis habis saki baki karat-karat jahiliyyah dalam masyarakat muslim mukmin pada zaman baginda. Dan ianya terkesan sehingga ke zaman Khulafa’ Ar-Rasyidin. Dengarlah apa pandangan ‘Uthman bin ‘Affan dalam kata-kata beliau iaitu ;

‘ Muslim itu sebenarnya tidak ada tinggi dan tidak ada rendah , tiada hitam atau putih. Mereka seperti gigi sikat. Mereka itu semuanya sama belaka’

Kini marilah kita lihat ke dalam realiti masyarakat muslimin seluruhnya. Bolehkah kita mendapat pertolongan Allah S.W.T ? Jika diteliti ke dalam masyarakat yang dibentuk oleh Rasulullah , kita dapati mereka melakukan ajaran Islam satu persatu. Sedangkan
kita pula terlalu cuai dalam urusan Deenul Islam. Kita utamakan nilai kaum , bangsa , puak dan persatuan. Oleh itu kita rugi dan sering bersengketa dalam seluruh persoalan.Jika ini berterusan kita akan rugi selamanya.

Islam itu sama. Islam inilah yang wujud di zaman Rasulullah S.A.W . Al Quran yang ada di tangan kita itu adalah sama yang diterima oleh generasi sahabat dahulu. As Sunnah rasul yang menjadi ikutan dan pegangan generasi sahabat dahulu itu masih kedapatan
dan terus kita warisi dalam bentuk dokumentasi yang cantik serta tersusun. Jika demikian kenapakah kita masih bercakaran lagi?

Tidak hairan lagi kenapa kita dirobek serta dilanyak-lanyak oleh musuh-musuh Islam dewasa ini. Kita kini laksana buih , bukan arus yang membentuk gelombang.

Sedarlah bahwa ketiga-tiga asas yang dibentangkan di atas itu perlu diusahakan agar kembali wujud dan berfungsi dalam masyarakat muslimin hari ini. Jika ini dapat kita kotakan insyaAllah pertolongan Allah S.W.T akan kita perolehi , sama sepertimana generasi Islam yang telah mengecapi kemanisan iman dalam hidup mereka.

(Petikan dan terjemahan bebas dari ucapan Sayyid Muhammad Al-Wakil , Pensyarah Tarikh Islamiy dari Universiti Islam Al Madinah AlMunawwarah pada 29 Oktober 1979)

Kunci Kejayaan Dakwah Rasulullah saw

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah