Wednesday, December 03, 2008

RAHSIA MEMBINA RUMAHTANGGA MUSLIM YANG BAHAGIA

Oleh : Ustaz Mohd Khusyairie Marzuki
Pegawai Penasihat Agama UiTM Sarawak

عَن اَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَال: تَنْكِحُ المرَأَةَ لِاَرْبَعٍ , لمِاَلهِاَ وَلحِِسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا فاَطْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنَ تَرَبَتْ يَدَاكَ

(رواه الشيخان)- متفق عليه -
Maksud :

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu bahawasanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda : Seseorang perempuan itu dipilih untuk menjadi isteri berdasarkan kepada empat ciri-ciri iaitu kerana harta bendanya, kerana keturunannya (kemuliaan keturunan), kerana kecantikannya, kerana pegangan agamanya. Kerana itu pilihlah (berikanlah keutamaan) kepada perempuan yang berpegang teguh kepada agama, nescaya kamu bertuah (beruntung).

( Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.)

Sesungguhnya perkahwinan itu merupakan suatu fitrah semulajadi dalam kehidupan manusia bagi memelihara keturunan, sifat ingin dikasihi dan hidup bersama untuk memperolehi kasih sayang, ingin menjalinkan cinta yang berterusan dan ketenangan dalam hati. Namun bagi sesebuah rumahtangga muslim yang bahagia itu ianya bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas.

Bagi mereka yang merancang ingin mendirikan rumahtangga muslim yang bahagia, aspek pemilihan jodoh yang tepat adalah sangat penting. Ini kerana, perkongsian hidup yang lahir nanti akan menentukan nasib sesudah berumahtangga dan menentukan corak hidup dalam masyarakat sama ada mendapat keredhaan Allah SWT atau sebaliknya. Bagi mereka yang bijak, sudah tentu akan mengutamakan calon isteri atau calon suami yang beriman kepada Allah SWT. Apa gunanya hidup kita, sekiranya kehidupan selepas berumahtangga menjadikan diri kita lebih jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Apakah hikmah di sebalik saranan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memberikan panduan dalam memilih jodoh dengan mengutamakan calon isteri solehah atau suami yang soleh itu? Hikmahnya ialah dengan mempunyai nilai keagamaan itulah seseorang itu dapat memiliki akhlak yang baik, menjadi contoh tauladan kepada anak-anak dan saling bantu membantu dalam rangka untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah SWT. Alangkah bahagianya pasangan suami isteri apabila kehidupan alam rumahtangganya sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT.
Semua pasangan suami isteri mengidamkan kehidupan rumahtangga yang bahagia, tetapi persoalannya di manakah letaknya kebahagiaan rumahtangga tersebut?Adakah dengan mempunyai kekayaan dan memiliki segala-galanya, kehidupan seseorang itu sudah dianggap bahagia? Berapa banyak sebenarnya kes penceraian yang berlaku setiap tahun di kalangan mereka yang kononnya mempunyai kemewahan hidup semakin ketara? Jadi di manakah kebahagiaan itu sebenarnya ?

Sebenarnya kebahagiaan rumahtangga yang bahagia itu telah jelas ditunjukkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sendiri. Segala-galanya bermula dengan niat yang ikhlas sebelum mendirikan rumahtangga iaitu membina rumahtangga itu adalah semata-mata ingin mencari keredhaan Allah SWT, bukan disebabkan faktor atau dorongan yang lain. Tetapi berapa ramai yang menjadikan matlamat hidup ini untuk mencari keredhaan Allah SWT? Di mana letaknya keberkatan dalam berumahtangga? Apakah pasangan itu sekufu dan apakah neraca yang digunapakai dalam penentuan sekufu atau tidak?

Sekufu di sisi Islam adalah sekiranya pasangan suami isteri mempunyai kefahaman Islam dan matlamat hidup yang jelas, tahu akan tanggangujawab masing-masing bahawa membina rumahtangga muslim itu adalah suatu ibadah, saling merindui rumahtangga yang dirahmati dan diberkati Allah SWT, suami isteri yang saling nasihat menasihati antara satu sama lain dalam rangka mendekatkan diri kepada Allah SWT, cuba mewujudkan suasana rumahtangga yang harmoni, suami yang memberikan didikan agama kepada isteri dan ingatlah isteri yang solehah boleh membawa suami ke syurga.

Apakah rahsia membentuk rumahtangga muslim yang bahagia? Ingatlah para isteri yang dikasihi Allah SWT, antara ciri-ciri sifat isteri yang solehah itu apabila dia taat kepada Allah SWT, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan suaminya. Selain itu, menjaga sembahyang lima waktu, berpuasa dan menjaga maruahnya. Maka masuklah dia ke dalam syurga mengikut mana-mana pintu yang disukainya. Berazamlah untuk menjadi isteri yang solehah. Sebaik-baik pemberian ke atas sesebuah rumahtangga itu ialah isteri yang solehah agar dapat membina keluarga sakinah.

Begitu juga, para suami yang soleh, mereka adalah ketua dan pemimpin keluarga, mengajarkan ahli keluarga ilmu-ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah agar tidak membiarkan isteri mereka berada dalam kejahilan. Suami yang soleh juga akan memberikan makan, minum, pakaian, kemudahan tempat tinggal, memberikan perlindungan dan melayani isteri dengan baik. Suami juga perlu banyak bersabar, menunjukkan contoh yang baik, memberikan nasihat dan tunjuk ajar kepada isterinya, mendidik, menegur isteri dengan penuh berhikmah, saling berlapang dada dan pemaaf.

Namun, apa yang dibimbangi ialah janganlah disebabkan apabila seseorang selepas alam berumahtangga membuatkan dirinya semakin jauh dari rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semasa bujangnya beliau terkenal dengan kuat sembahyang sunat, puasa sunat, berzikir dan bersedekah telah berubah. Kehidupannya berubah menjadi seorang leka dan selalu menyibukkan diri dengan anak isteri, bekerja keras untuk mengumpul harta dan mengejar kemewahan semata-mata untuk keluarga. Alangkah ruginya hidup yang fana ini sekiranya apabila memasuki gerbang rumahtangga itu menjadikan dirinya semakin jauh dari Allah SWT. Titik tolak kebahagiaan rumahtangga adalah bermula dengan pemilihan jodoh yang tepat seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

Monday, December 01, 2008

HADITH: JANGAN BERDENGKI DAN BERSAUDARALAH

الحديث الخامس والثلاثون:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله (صلى الله عليه وسلم) : "لا تحاسدوا، ولا تناجشوا، ولاتباغضوا، ولاتدابروا، ولايبع بعضكم على بيع بعض، وكونوا عباد الله إخواناً، المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولايخذله، ولا يكذبه ولا يحقره، التقوى ههنا -ويشير إلى صدره ثلاث مرات- بحسب امرئ من الشر أن يحقر أخاه المسلم، كل المسلم على المسلم حرام؛ دمه وماله وعرضه". (رواه مسلم)

Maksudnya:

Daripada Abu Hurairah Radiallahu ’anhu beliau berkata: Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam telah bersabda:

Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi seorang muslim; dia tidak boleh menzaliminya, membiarkannya (dalam kehinaan), membohonginya dan menghinanya. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim.

Pengajaran hadith:

1. Hadis ini menganjurkan cara hidup ummah atau masyarakat Islam agar tercapai keharmonian hidup. Iaitu cara hidup yang mempamerkan keluhuran budi dan kemuliaan akhlak.

2. lslam melarang umatnya dari saling hasad dengki, tipu menipu, benci membenci dan pulau memulau kerana semua sifat ini adalah sifat buruk yang hanya akan membawa kepada kerosakan, huru hara dan perpecahan ummah Islamiyah. Ummah akan hancur sekiranya setiap anggota mempunyai sifat-sifat buruk seumpama ini.

3. lslam juga melarang seseorang memotong jual beli saudaranya sehingga dia selesai membuat keputusan sama ada mahu meneruskan jual beli tersebut atau membatalkannya. Apabila jual beli itu dibatalkan, maka bolehlah dia menawarkan diri untuk berurus niaga. Etika ini diajar oleh lslam demi memelihara hubungan persaudaraan sesama muslim agar tidak timbul permusuhan akibat perbuatan memotong urusniaga orang lain.

4. Umat lslam digesa hidup sebagai hamba Allah yang bersaudara dengan masing-masing menunaikan hak saudaranya dengan sempurna. Antara hak saudaranya ialah bahawa dia tidak menzaliminya, tidak membiarkannya dihina, tidak membohonginya dan tidak mencerca atau menghinanya.

5. Cukuplah seorang mukmin mendapat kecelakaan apabila dia suka menghina saudaranya.

6. Taqwa adalah perkara tersembunyi yang ada dalam hati seseorang, ia bukannya suatu perkara yang boleh didakwa. Taqwa tidak seharusnya didakwa-dakwa semata-mata bahkan ia adalah perkara tersembunyi di hati. Namun taqwa itu dapat dikesan berdasarkan amalan dan akhlak seseorang kerana seorang yang bertaqwa hanya akan melakukan amalan soleh dan berakhlak mulia.

JANGAN BERDENGKI, SEBALIKNYA BERSAUDARALAH

Sunday, November 30, 2008

Pembahagian Manusia.

B. Manusia yang dibenci Allah SWT

1. Al Kafirin
Orang – orang yang kafir (QS. 3 : 32)
“Katakanlah, “Taatilah Allah dan Rasul-Nya; jika kamu berpaling, maka sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang kafir.”
(QS. Ali Imran (3) : 32)

2. Al Munafiqin
Orang – orang munafik (QS. 9 : 68 ; 33 : 73)
“Allah mengancam orang-orang munafik laki-laki dan Perempuan dan orang-orang kafir dengan neraka jahannam. Mereka kekal di dalamnya. cukuplah neraka itu bagi mereka, dan Allah melaknati mereka; dan bagi mereka adzab yang kekal.”
(QS. At Taubah (9) : 68)

3. Adz Zalimin
Orang – orang yang zalim (QS. 3 : 57 , 140)
“Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, maka Allah akan memberikan kepada Mereka dengan sempurna pahala amalan-amalan mereka; dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim.”
(QS. Ali Imran (3) : 57 )

4. Orang – Orang Yang Melampaui Batas (QS. 2 : 190 ; 5 : 87)
“Dan Perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.”
(QS. Al Baqarah (2) : 190)

5. Al Mufsidin
Orang – orang yang merosak (QS. 5 : 64 ; 28 : 77)
“Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) Bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat kerosakan.”
(QS. Al Qashash (28) : 77)

6. Mukhtar Fakhur
Orang – orang yang angkuh dan sombong (QS. 28 : 76)
“Sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat yang dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (ingatlah) ketika kaumnya berkata padanya, “ janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri.”
(QS. Al Qashash (28) : 76)

7. Al Mustaqbirin
Orang – orang yang sombong (QS. 16 : 23)
“Tidak diragukan lagi bahawa Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka rahasiakan dan apa yang mereka lahirkan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong.”
(QS. An Nahl (16) : 23)

8. Al Farihin
Orang – orang yang membanggakan dirinya (QS. 28 : 76)
”sesungguhnya Qarun adalah termasuk kaum Musa, maka ia berlaku aniaya terhadap mereka, dan kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya, “Janganlah kamu terlalu bangga;Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri”
(QS. Al Qashash (28:76)

9. Al Musrifin
Orang – orang boros, berlebihan (QS. 6 : 141 ; 7 : 31)
“Hai anak adam, pakailah pakaianmu yang indah disetiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
(QS. Al-A’raf (7):31)

10. Orang – orang yang berkhianat dan bergelumang dosa (QS.4:107;22:38)
“dan janganlah kamu berdedat (untuk membela) orang-orang yang mengkhianati dirinya. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang selalu berkhianat lagi bergelumang dosa”
(QS. An-Nisa (4):107)

11. Al Musyrikin
Orang – orang yang Musyrik (QS. 33 : 73)
“Sehingga Allah mengadzab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat-taubat orang-orang Mukminin laki-laki dan perempuan. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. Al Ahzab (33):73)

12. Al Fasiqin
Orang – orang yang Fasiq (QS. 9 : 96)
“Mereka akan bersumpah kepadamu, agar kamu ridha kepada mereka. Tetapi jika sekiranya kamu ridha kepada mereka, maka sesungguhnya Allah tidak Ridha kepada orang-orang yang fasik itu.”
(QS. At Taubah (9):96)

13. Orang – orang yang menghalangi jalan Allah (QS. 7 : 45)
“(iaitu) orang-orang yang menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah dan menginginkan arag jalan itu menjadi bengkok, dan mereka kafir kepada kehidupan akhirat.”
(QS. Al A’raf (7):45)

Silibus usrahkeluarga: MA’RIFATUL INSAN (Mengenal Manusia) Siri 6

Pembahagian manusia:

a. Manusia yang di cintai Allah SWT.
1. Al Muhsinin
Orang – orang yang berbuat ihsan (QS.2:195;3:134;5:13)
“Dan Belanjakanlah (harta bendamu) di Jalan Allah, dan janganlah kamu menjatuhkan dirimu sendiri ”
(QS. Al-Baqoroh (2) : 195)

“(Iaitu) Orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik diwaktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang . Allah menyukai orang-orang yang berbuat Kebajikan.” (QS. Ali Imran (3) : 134)

“(Tetapi) kerana mereka melanggar janjinya, kami kutuk mereka, dan kami jadikan hati mereka keras membantu. Mereka suka mengubah Perkataan (Allah) dari tempat -tempatnya, dan mereka (sengaja) melupakan dari apa yang mereka telah diperingatkan dengannya, dan kamu (Muhammad) senantiasa akan melihat kekhianatan dari mereka kecuali sedikit diantara mereka (yang tidak berkhianat), maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik. (QS. Al Maidah (5) : 13)

2. Al Muttaqin
Orang – orang yang bertaqwa (QS. 9 : 7 ; 3 : 76)
“Bagaimana mampu ada perjanjian (aman) dari sisi Allah dan Rasul-Nya dengan orang-orang Musyrikin, kecuali orang – orang yang kamu telah mengadakan perjanjian (dengan mereka) di dekat masjidil haram ? Maka selama mereka berlaku lurus terhadapmu, hendaklah kamu berlaku lurus (pula) terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha menyukai orang-orang yang bertaqwa“ (QS. At Taubah (9) : 7)

“ (Bukan Demikian), sebenarnya siapa yang menepati janji (yang dibuat) Nya dan bertaqwa, maka sesungguhnya Allah Menyukai orang-orang yang bertaqwa” (QS. Ali Imran (3) : 76)

3. Ash Shobirin
Orang – orang yang sabar (QS. 3 : 146)

“ Dan berapa banyaknya Nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari (pengikut)nya yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah kerana bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang Sabar.” (QS. Ali Imran (3) : 146)

4. Al Mutawakkilin
Orang – orang yang bertawakal kepada Allah SWT semata (QS.3:159)
“ Maka disebabkan Rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelillingmu. kerana itu maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (QS. Ali Imran (3) : 159)

5. At Tawwabin Wal Mutathohhirin
Orang – orang yang bertaubat dan mensucikan diri (QS.9:108;2:222)
“Janganlah kamu bersembahyang dalam Masjid itu selama-lamanya. Sesungguhnya Masjid yang didirikan atas dasar taqwa (Masjid Quba), sejak hari pertama adalah hari patut kamu bersembahyang di dalamnya. di dalamnya ada orang-orang yang ingin membersihkan diri. Dan Allah menyukai orang-orang yang bersih.” (QS. At – Taubah (9) : 108)

6. Al Muksithin
Orang – orang yang adil (QS. 5 : 42 ; 49 : 9)
“Mereka itu adalah orang-orang yang suka mendengar berita bohong, banyak memakan yang haram. jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta putusan), maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka, atau berpalinglah dari mereka; jika kamu berpaling dari mereka maka mereka tidak akan memberi mudharat kepadamu sedikitpun. dan jika kamu memutuskan perkara meraka, maka putuskanlah (perkara itu) diantara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat Adil “ (QS. Al Maidah (5) : 42)

7. Al Mujahidin
Orang – orang yang berperang di jalan Allah (QS.61:4;5:54)
“Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam barisan yang teratur seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kokoh.”
(QS. Ash Shaff (61) : 4)

8. Yang mencintai Allah SWT.
Orang lebih mencintai Allah dari pada cinta-cinta yang lainnya (QS.3:31;5:54)
“Katakanlah,” Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, Ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. “ Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.”
(QS. Ali Imran (3) : 31)

9. Yang bersikap lemah lembut terhadap orang Mukmin (QS.5:54)
“Hai Orang – orang yang Iman, barang siapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang Mukmin, yang bersikap terhadap orang-orang yang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya)lagi Maha mengetahui.”
(QS. Al Maidah (5) : 54)

10. Keras (tegas) terhadap orang kafir (QS. 5 : 54)
“Hai Orang – orang yang Iman, barang siapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang Mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang yang kafir, yang berjihad di jalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya)lagi Maha mengetahui.”
(QS. Al Maidah (5) : 54

11. Yang tidak takut celaan dalam menegakkan Dinullah (QS.5:54)

12. Al Mu’minin
Orang – orang yang beriman (QS. 48 : 18)
“Sesungguhnya Allah Ridla terhadap orang-orang Mukmin ketika mereka berjanji setia kepadanya di bawah pohon, maka Allah Maha mengetahui apa yang ada dalam hati mereka lalu menurunkan ketenangan atas mereka dan memberi balasan pada mereka dengan kemenangan yang dekat (waktunya).”
(QS. Al Fath (48) : 18)

13. Orang – orang yang takut kepada Allah SWT (QS. 98 : 8)
“Balasan mereka di sisi Tuhan mereka ialah surga ’Adn yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal didalamnya selama-lamanya. Allah Ridla terhadap mereka dan merekapun Ridla terhadap-Nya. yang demikian itu adalah (balasan) bagi orang yang takut kepada-Nya.”
(QS. Al Bayyinah (98) : 8)

Silibus usrahkeluarga: MA’RIFATUL INSAN (Mengenal Manusia) Siri 5

PERJALANAN HIDUP MANUSIA

Firman Allah swt yang bermaksud: “ Mengapa kamu kafir kepada Allah, padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkanmu kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan kembali, kemudian kepada-Nyalah kamu dikembalikan.”

Fasa Perjalanan Hidup Manusia :
a. Alam Rahim
Merupakan tempat tersimpannya janin dalam perut ibu. Keberadaannya amat sempit, gelap dan sesak dengan masa yang dialaminya dalam tiga kegelapan. Seperti Firman Allah (QS. 39 : 6)
“ Dan Kami menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan”

b. Alam Dunia

Alam dunia merupakan Alam yang penuh dengan realiti. Dalam alam dunia ini manusia tumbuh dan berkembang dengan dibekali pendengaran, penglihatan, dan qolbu (QS.16:78;7:179) di alam dunia inilah manusia harus mengoptimakan kemampuannya untuk memperoleh balasan kelak nanti apakah kebahagiaan atau kecelakaan. Peringatan Allah kepada kita dalam QS.6:32

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidaklah kamu mengetahuinya.”

c. Alam Kubur.

Keberadaan alam ini amat sunyi, sepi, sempit, beku dan kaku. Alam Kubur merupakan lensa yang amat jelas untuk menerangkan baik buruknya amal seseorang kerana akan mulai nampak balasan bagi manusia.

“Sesungguhnya Alam Kubur itu merupakan awal dari alam akhirat, Siapa yang selamat dalam tahap pertama itu, untuk selanjutnya akan lebih ringan, dan barang siapa yang tidak selamat maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih berat.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majjah dan Al Hakim).

d. Alam Akhirat
Alam ini tempat dibangkitkannya manusia dari alam kubur dimana seorang Bapak tidak dapat menolong seorang anaknya ataupun sebaliknya. Hanya amalan dirinya yang akan menolongnya dari penghisaban.

“Hai Manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu dan takutlah suatu hari yang (pada hari itu) seorang Bapak tidak dapat menolong seorang anaknya dan seorang anak tidak (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) kholiq.”

Silibus usrahkeluarga: MA’RIFATUL INSAN (Mengenal Manusia) Siri 4

KEDUDUKAN MANUSIA (Makaa natul Insani)

Manusia adalah :

1. Makhluk yang termulia

“ dan sesungguhnya telah kami Muliakan anak – anak Adam, kami angkut mereka di daratan dan di lautan, kami beri mereka rezeki dari yang baik – baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang lebih sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah kami ciptakan”

( QS. Al – Isra [17] : 70 ).

2. Makhluk yang paling indah bentuk dan kejadiaannya(Ahsanut Taqwiimi)

“ sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik – baiknya“

( QS. At – Tin [95] : 4 )

3. Makhluk yang di berikan kebebasan memilih dan mampu membezakan antara yang baik dan yang buruk. (lahu haqqul ikhtiyari wattafriiqi bainal haqqi wal baa thili).

“dan demi jiwa dan penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan fujur dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya”

( QS Asy syams [91] : 7 – 10 )

4. Makhluk yang di beri kemampuan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan di bekali dengan alat-alat yang membantunya dalam meraih ilmu tersebut.

Alat-alat tersebut adalah:

v Pendengaran, penglihatan, akal fikiran dan hati (assam’i wal bashori wal fa wa di).

“Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati agar kamu bersyukur”

( QS An Nahl [16] : 78 ).

v Lisan (Al lisaani).

bukankah kami telah memberikan kepadanya dua buah mata. lidah, dan dua buah bibir”.

( QS Al Balad [90] : 7 – 8 ).

“(Tuhan) yang Maha Pemurah, yang telah mengajarkan Al Quran,

Dia menciptakan manusia ,mengajarnya pandai berbicara”

( QS Ar Rahman [55] : 1 – 4 ).

v Pena (Al Qalami)

“ Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat Nikmat Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali kali bukan orang gila”

( QS Al Qalam [68] : 1 – 2 )

“ yang mengajar ( manusia ) dengan perantaraan kalam “

( QS Al ‘Alaq [96] : 4 ).

5. Khalifah Allah SWT di bumi yang bertugas (kholiifatullahi fil ardli):

v Sebagai pemimpin yang mengatur bumi berdasarkan petunjuk dan undang – undang Allah ( tanfiidzu syarii’atillahi fii Haa ‘imaratul ardli)

“katakanlah, “ Dia-lah yang berkuasa untuk mengirimkan Azab kepadamu, dari atas kamu atau dari bawah kakimu atau Dia mencampurkan kamu dalam golongan – golongan ( yang saling bertentangan ) dan merasakan kepada sebahagian kamu keganasan sebahagian yang lain. Perhatikanlah, betapa kami mendatangkan tanda – tanda kebesaran kami silih berganti agar mereka memahami(nya) “

( QS Al An’am [6] : 65 ).

“ingatlah ketika Tuhan-mu berfirman kepada para malaikat, “ sesungguhnya aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.” Mereka berkata, “ mengapa engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji engkau dan menyucikan Engkau?” Tuhan berfirman, “ sesungguhnya aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. “

( QS Al Baqarah [2] : 30 )

“ Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung – gunung , maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khawatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim adan amat bodoh“

( QS Al Ahzab [33] : 72 )

v Memakmurkan bumi dan mengeluarkan potensi yang terkandung didalamnya untuk kesejahteraan ummat manusia berdasarkan petunjuk dan peraturan Allah

“ Dan kepada Tsamud (kami utus) Saudara mereka Shalih. Shalih berkata, “ Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada bagimu tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya, kerana itu mohonlah ampunan-Nya, kemudian bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhan-ku amat dekat (rahmat-Nya) lagi memperkenankan (Do’a hamba-Nya).”

( QS. Hud [11] : 61 )

v Menyebarkan Keadilan dan Kemaslahatan (kebaikan)

“sesungguhnya kami telah mengutus Rasul-rasul kami dengan membawa bukti-bukti yang nyata dan telah kami turunkan bersama mereka al-kitab dan neraca (keadilan) supaya manusia dapat melaksanakan keadilan. Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia, ( supaya mereka menggunakan besi itu ) dan supaya Allah mengetahui siapa yang menolong (agama)-Nya dan Rasul-rasul-Nya padahal Allah tidak di lihatnya. Sesungguhnya Allah maha kuat lagi maha perkasa.

( QS. Al – Hadid [57] : 25 )

“ Hai Daud, sesungguhnya kami menjadikan kamu khalifah (pemguasa) di muka bumi, maka berilah keputusan (perkara) diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azad yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan.

( QS. Shad [38] : 26 )

6. Makhluk yang diberikan beban untuk beribadah kepada Allah SWT semata, ibadah yang mencakup ibadah ritual dan seluruh aspek kehidupan manusia.

” dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-ku.”

( QS. Adz-Dzariyat [51] : 56 )

Silibus usrahkeluarga: MA’RIFATUL INSAN (Mengenal Manusia) Siri 3

Thursday, November 27, 2008

HAKIKAT MANUSIA DAN ASAL KEJADIANNYA (maa datul kholqi)

Pada dasarnya Manusia diciptakan dari sesuatu yang tidak ada (QS. 52 : 35),

35. (Mengapa mereka tidak beriman?) Adakah mereka telah tercipta Dengan tiada Yang menciptanya, atau Adakah mereka Yang mencipta diri mereka sendiri? (At Thuur:35)

kemudian Allah menciptakan dari tanah , seperti dijelaskan dalam Al-Quran.

“Dan Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati(berasal) dari tanah. kemudian kami jadikan saripati itu air mani/nuthfah (yang disimpan) dalam tempat yang kokoh (rahim). Kemudian air mani itu kami jadikan segumpal darah (‘alaqoh”. lalu segumpal darah itu kami jadikan segumpal daging (mudlghoh). dan segumpal daging itu kami jadikan tulang belulang (‘idoma), lalu tulang belulang itu kami bungkus dengan daging (lahma). Kemudian kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk lain). Maka Mahasuci Allah pencipta yang paling baik.”
(Qs. Al-Mu’minun : 12 - 14)

1. dari tanah (At tinu), kemudian Allah SWT meniupkan ruhnya.(Tsumma nufikho fiihi rruuhu )

“Sesungguhnya misal (penciptaan) Isa disisi Allah adalah sebagaimana penciptaan Adam. Dia menciptakan Adam dari turob (Tanah bumi), kemudian Dia berfirman kepadanya, “Jadilah !” maka jadilah ia” (QS. Ali Imran : 59)

2. Setetes nuthfah (An nuthfahu)
“ yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik – baiknya dan yang memulai penciptaan manusia daru tanah. kemudian Dia menjadikan keturunannya dari sari pati air yang hina ( air mani ). kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh)nya Roh (ciptaan)-Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati ; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur.”
( QS. As Sajdah [32] : 7 – 9 )

“ Dia di ciptakan dari air yang terpancar. yang keluar dari antara tulang sulbi dan tulang dada”
( QS. Ath Thariq [86] :6 – 7 )

Al Qur’an mengingatkan manusia terhadap kejadiaannya iaitu setetes air hina (nuthfah) agar manusia menyembah Allah, tawadhu, bersyukur dan tidak sombong.

“ Dia menciptakan kamu dari seorang diri kemudian Dia jadikan daripadanya isterinya dan Dia menurunkan untuk kamu delapan ekor yang berpasangan dari binatak ternak. Dia menjadikan kamu dalam perut ibumu kejadian demi kejadian dalam tiga kegelapan. Yang (berbuat) demikian itu adalah Allah, Tuhan kamu, Tuhan yang mempunyai kerajaan. Tidak ada Tuhan selain dia; maka bagaimana kamu dapat di palingkan ?
( QS. Az – Zumar [39] : 6 )

Silibus usrahkeluarga: MA’RIFATUL INSAN (Mengenal Manusia) Siri 2

“Barang siapa mengenal dirinya, maka dia akan mengenal Rabbnya”

Manusia lahir ke dunia dan selanjutnya mendiaminya merupakan suatu kepastian yang tidak boleh dihindari. Ia kemudian menjalani kehidupan yang tidak pernah ia mengerti. Bukan pemaksaan, hal ini sudah merupakan suatu ketetapan bahawa ia harus ada dan sering tak pernah menyedari bahawa keberadaannya bukanlah kehendak dan kuasanya ia sendiri.

Hairannya, ketidakmengertian ini sering menjadikan ia sombong. Ia sering bertindak atas kemahuannya sendiri, seakan dialah yang paling hebat dan mampu berbuat apa saja. Padahal ketika ia lahir ke dunia, ia tidak membawa apa-apa kuasa untuk di banggakan dan ia juga lahir sebagai makhluk yang tidak berdaya, tak mampu berbuat dan bertindak apa-apa. Pada waktu dia lahir, dunia ini telah ada dan lengkap dengan segala sesuatu yang diperlukankan dan diinginkan sebagai bekal dalam hidupnya.

Dengan kemampuan akalnya, manusia akan mampu menguasai dan memimpin dunia, sehingga akibatnya ia hanya sedar akan kewujudan dirinya, tapi disisi lain ia lupa akan keperluan dirinya sendiri. Siapapun orangnya yang ada di dunia pasti pernah terdetik dalam hatinya pertanyaan-pertanyaan : siapa aku, dari mana engkau berasal, untuk apa di dunia, dan harus bagaimana aku hidup. Namun kebanyakkan orang pertanyaan-pertanyaan tersebut tidak terjawab dan tersingkir oleh tidak terhingganya hajat hidup yang tidak terbatas waktu yang bergerak pantas dan mengutamakankepentingan dan perhatian dirinya. Hanya orang-orang tertentu yang mahu menelusuri permasalahan tersebut untuk menemukan keperluan hakiki dirinya.

Konsep manusia yang paling tepat dan utuh terdapat dalam Al-Quran dalam Surat Al-Hijr : 9.

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.”

Adapun konsep manusia dalam Al-Quran adalah sebagai berikut :

1. Al-Basyar

“Maryam berkata:" Wahai Tuhanku! Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun?" Allah berfirman; "Demikianlah keadaannya, Allah menjadikan apa Yang dikehendakiNya; apabila ia berkehendak melaksanakan sesuatu perkara, maka ia hanyalah berfirman kepadanya: ` Jadilah Engkau ', lalu menjadilah ia."

(A’li Imran: 47)

Ini menunjukan bahawa manusia sebagai makhluk biologi.

2. Al-Insan (QS. 5 : 3 ; 76 : 1 - 2)

1. Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda Yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

2. Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani Yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan mendengar dan Melihat. (Al Insaan:1-2)

Ini yang membezakan antara manusia dengan haiwan iaitu diberinya akal untuk merenungkan, memikirkan, menganalisa dan mengamati ciptaan Allah.

3. Bani Adam (QS. 2 : 31 – 37 ; 17 : 70 ; 38 : 71, 76)

31. Dan ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan Segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu ia berfirman: "Terangkanlah kepadaku nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan Yang benar".

32. Malaikat itu menjawab: "Maha suci Engkau (Ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain dari apa Yang Engkau ajarkan kepada kami; Sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana".

33. Allah berfirman: "Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka". Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa Yang kamu nyatakan dan apa Yang kamu sembunyikan?".

34. Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir.

35. Dan Kami berfirman: "Wahai Adam! Tinggalah Engkau dan isterimu Dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang Yang zalim".

36. Setelah itu maka Syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat Yang mereka telah berada di dalamnya dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian Yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)".

37. Kemudian Nabi Adam menerima dari Tuhannya beberapa kalimah (kata-kata pengakuan taubat Yang diamalkannya), lalu Allah menerima taubatnya; Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Pengampun (Penerima taubat), lagi Maha Mengasihani.

(Al-Baqarah: 31-37)

Ini bermula dari penciptaan Adam sebagai manusia pertama di dunia yang mempunyai musuh syaitan(QS. 7 : 12)

12. Allah berfirman: "Apakah penghalangnya Yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu?" Iblis menjawab: "Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (Wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang Dia Engkau jadikan dari tanah." (Al A’raaf:12)

4. An-Nas (QS. 2 : 8, 204 ; 114 : 1)

Manusia sebagai makhluk sosial yang memiliki berbagai karakteristik.

8. Dan di antara manusia ada Yang berkata: "Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat"; padahal mereka sebenarnya tidak beriman. (Al Baqarah:8)

1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemulihara sekalian manusia. (An Naas:1)

Silibus usrahkeluarga: MA’RIFATUL INSAN (Mengenal Manusia) Siri 1

Sunday, November 23, 2008

"Mak Ayah tak faham kami", itulah jawaban yang penulis dapat bila di tanya kepada para remaja di sekolah mengapa mereka merasakan ibu bapa mereka tidak sayang pada mereka.

Setiap anak pasti pasti akan berbuat salah. Tugas ibubapa bukan untuk menyalahkan, tapi menyemangati agar mereka boleh bangkit dan memperbaiki kesalahannya.

Tentu anda pernah berhadapan dengan situasi berikut, di mana anak anda lewat balik dari kebiasaannya, contohnya dari pulang sekolah. Tindakan anak anda tadi merisaukan anda, dia tidak langsung memaklumkan ke mana dia pergi, malahan ketika anda cuba menghubungi ”handphone”nya, satu suara wanita menjawab dengan beradabnya mengatakan ”Nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi, sila cuba sebentar lagi”. Bertambah geram anda mendengarnya.

Alhamdulillah, beberapa minit setelah anda sibuk mendail-dail ”handphone” anak anda, dia muncul di hadapan pintu dengan wajah selambanya. Selidik punya selidik ternyata anak anda itu pergi bersama teman-temannya ke sebuah pasaraya ternama untuk membeli sesuatu. Bila ditanya kenapa tidak dapat dihubungi, dia menjawab ”Takda bateri”.
Kebiasaannya, ibu bapa yang berada situasi di atas akan merasa marah, mula berleter dengan suara yang tinggi, dan terkadang mengungkit-ungkit kesalahan anak yang lalu. Berdasarkan pengalaman penulis dalam siri ceramah bersama anak-anak remaja, kebanyakan mereka merasakan ibubapa mereka tidak faham jiwa mereka, sebaliknya sering mencari dan mengukit kesalahan dan kelemahan mereka. Malahan dalam borang soalselidik yang saya edarkan, mereka tidak memilih ibubapa sebagai teman karib, sebaliknya memilih kawan-kawan sekolah sebagai teman yang boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan.

Kita berbalik kepada kisah si anak dan ibu bapanya tadi. Rasa nak marah dan meninggikan suara bukanlah cara terbaik dalam mendidik anak-anak kita sebaliknya ia akan menjadikan situasi dan masalah tersebut makin rumit.

Seharusnya anda mengajak dia berdialog. Ternyata dengan dialog yang dikemas secara santun dan tidak menghakimi, insyaallah permasalahan akan dapat diselesaikan dengan baik. Anak akan mahu bersikap terbuka, mahu mengakui kesalahannya, bahkan dengan kesedaran sendiri ia mahu bertanggungjawab atas kesalahannya.

Kita harus selalu berlaku bijak dalam menyikapi perilaku anak-anak kita. Sebabnya, setiap fasa pertumbuhan anak memerlukan cara mendidik dan cara mengarahkan yang berbeza. Fasa bayi tidak boleh didekati dengan pola pendidikan untuk usia tiga tahun. Begitu juga pola pendidikan untuk anak seusia tiga tahun tidak wajar digunapakai untuk anak usia lima atau enam tahun. Demikian pula ketika mengadapi anak yang sudah remaja.

Sebenarnya ada peranan-peranan tertentu yang harus dimainkan ibubapa dalam mendidik anaknya. Menghadapi anak yang telah remaja misalnya, ibubapa harus dapat memposisikan dirinya sebagai teman. Jalin komunikasi dengan mereka layaknya seperti teman, kerana anak seusia itu memerlukan teman untuk berkomunikasi dan tempat curahan hati.

Bagaimana kaedahnya?

Pertama, terapkanlah prinsip Aku Bukan Ancaman Bagimu saat berhubungan dengan anak. Hal ini sangat penting, ini kerana seseorang mula berubah setelah ia mula faham. Faham itu datang kerana adanya komunikasi. Dan komunikasi itu akan baik kalau ada rasa keselesaan. Bila anak sudah merasa selesa berhadapan dengan kita atau tenteram berkomunikasi dengan kita, maka ia akan lebih terbuka. Ketika melakukan kesalahan, biasanya ia akan dengan sukarela mengaku pada ibubapanya. Sebaliknya, kalau mereka sudah takut dan merasa terancam, maka komunikasi pun tidak akan berlangsung baik. Maka bertanyalah selalu, apakah anak-anak merasa selesa berkomunikasi dengan kita atau tidak?

Kedua, ciptakan komunikasi suportif, menyemangati, dan tidak melemahkan. Setiap anak pasti akan berbuat salah. Dalam situasi seperti ini posisi ibubapa, idealnya, bukan sebagai pihak yang menyalahkan, tapi sebagai pihak yang menyemangati si anak agar boleh bangkit dan memperbaiki kesalahannya. Ingat kisah seorang anak yang mengadu pada ayahnya, "Maaf ayah, keputusan peperiksaan semester saya hanya 2.90". Lalu dijawab oleh ayahnya, "Hah, 2.90? Wah! Itu dah di kira hebat, ayah dulu dapat 2.50 sahaja. Ayah malu, tapi setelah itu jadi rajin belajar, berusaha belajar mati-matian. Dan setelah itu jadi bintang kelas, tamat di akhir semester dengan 3.45. Ayuh bangkit, belajar bersungguh-sungguh ya, jangan rasa lemah!".

Ataupun anda ajak anak anda bincang dengan santai, contohnya: Takpa nak, mari ikut ayah, kita minum teh dulu di kedai mamak sampil pekena roti canai. Kat sana nanti kita bincang dan ”plan” pelan tindakan seterusnya, insyaAllah ayah yakin kita boleh baiki keputusan tersebut. Ayah akan bantu!

Ketiga, terbuka dan suka diperbetulkan. Jangan malu mengakui kesalahan atau kekurangan diri. Jangan ragu untuk belajar pada anak, jika memang mereka memiliki ilmu yang belum kita miliki. Maka, di sinilah pentingnya kita mengembangkan dialog yang jujur.

Tidak sedikit ibubapa yang memaksakan anaknya untuk selalu menerima pendapat atau jalan fikiran sendiri. Bila berkomunikasi, tanpa sedar mereka menerapkan komunikasi satu arah; "saya bicara, kamu mendengar". Yang lebih tepat justru "kamu bicara, saya mendengar". Jadilah pendengar yang bijak dan setia.

Sikap autokrasi berpotensi menghancurkan harga diri anak. Bila dibiarkan berlarut-larut si anak akan memiliki pandangan negatif terhadap diri dan ibubapanya. Impaknya, anak-anak akan protes, samda sencara terbuka atau secara senyap. Malahan personaliti anak juga akan dipengaruhi, sang anak akan menjadi takut untuk mengambil keputusan, kurang percaya diri, mudah sakit, dan menjadi emosional akibat tekanan perasaan.

Jika terjadi perbezaan pandangan dan pendapat, pendekatan syura, berlapang dada dan bersikap terbuka adalah lebih bijaksana. Salah satu caranya adalah dengan membangun rasa saling memahami, di mana masing-masing pihak berusaha memahami sudut pandang pihak lain. Di sini, ibubapalah yang harus memulakan perbincagan yang produktif. Selamat mendidik anak-anak

Mak Ayah Tak Faham Kami!

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah