Monday, September 20, 2010

Pada hari Khamis, 16 Oktober 2010, penulis sempat menziarahi murabbi penulis,Syeikh Dato' Ustaz Dahlan Mohd Zain di Hospital Tengku Fauziah Kangar. Turut bersama penulis, Ustaz Abdul Karim, juga murabbi penulis saat penulis belajar di UiTM Arau Perlis tahun 1996. Tatkala menatap wajah Syeikh Dato' Ustaz Dahlan Mohd Zain, airmata penulis bergenangan, penulis berusaha menahan air mata ini dari melimpah, namun tidak berupaya, akhirnya mengalis jua... Murabbi kesayanganku sedang sakit yang amat sangat...

18 Oktober 2010, 10.00pg, penulis menerima sms dan panggilan mengatakan Syeikh Dato' Ustaz Dahlan Mohd Zain telah kembali kerahmatullah jam 9.55pagi di rumah beliau sendiri. Penulis bersegera menghubungi teman-teman yang lain mengajak mereka ke Perlis. antaranya Ustaz Ali Irfan, ustaz Hafiz Jaafar, Ustaz Fazlun, Ustaz Zulkifli al Hafiz, akhi Zulkarnaen dan akhi Syamil. Berikut penulis lampirkan perjalanan musafir penulis yang di catat oleh Ustaz Ali Irfan...

Pemergian Seorang Murabbi Ummah

Oleh : BroHamzah

9 Syawal 1431 H

18 September 2010

Sekitar jam 7.15 pagi, mesej telefon bimbit saya berbunyi. Saya capai dan melihatnya.

Saya membacanya. Dah apa yang saya dapat mesej utamanya ialah UDMZ kini nazak.

Kemudian dua orang sahabat saya menelefon menanyakan kesahihan berita ini. Ia adalah sesuatu kenyataan. Terus saya menghantar mesej kepada Ustaz Akram, anak UDMZ untuk memastikan berita yang sebenarnya. Ustaz Akram meminta banyakan doa dan banyakan bersabar.

Pada hari yang sama

10.00 pagi.

Sekitar jam 10 pagi, mesej daripada Ustaz Zainudin Zakarai MATRI memaklumkan bahawa Al-Fadhil Ustaz Dahlan Mohd Zain telah kembali kerahmatullah. Saya terpaku membacanya. Al-Fatihah.

Kemudian, bertalu-talu mesej memasuki peti mesej telefon bimbit saya. Berita pemergian seorang murabbi ummah ini tersebar dengan begitu pantas dan cepat.

Musafir ke Perlis

Saya sebenarnya baru sahaja tiba di Kota Bharu sekitar jam 4 pagi Sabtu itu. Susunan dan ketentuan Allah SWT mengatasi segalanya. Pagi Sabtu yang tenang itu, UDMZ telah dijemput kembali bertemu Allah SWT. Setelah 41 hari terlantar sakit di Hospital Tengku Fauziah Kangar, UDMZ telah pergi meninggalkan alam dunia ini buat selama-lamanya. Pemergian seorang murabbi, seorang pendidik berjiwa pejuang, seorang mudir dan juga seorang insan yang sangat dihormati serta disegani oleh anak didiknya. Ustaz Dahlan kembali ke rahmatullah pada usia 76 tahun. Semoga Allah SWT mengampuni, merahmatinya, menerima semua amalannya, melapangkan kuburnya, dan memasukannya ke dalam Jannah yang indah dan dijauhi daripada azab api neraka.

Pemergian Ustaz, adalah sesuatu yang pasti. Ia adalah suatu perjalanan yang akan ditempuhi oleh semua insan yang hidup dimuka bumi ini. Pemergian ini adalah pemergian untuk menuju alam yang kekal abadi.

Pagi itu juga, Abu Ridhwan menelefon saya untuk bermusafir ke Perlis untuk menghadiri majlis pengembumian arwah UDMZ. Ia sebagai satu penghormatan dan tuntutan seorang muslim kepada saudara yang lain. Dan bagi saya, inilah penghormatan, pengharapan dan doa saya buat seorang pendidik yang telah mendidik saya selama ini. Pagi itu, sekitar jam 11 pagi kami seramai 7 orang bertolak langsung ke bumi Perlis nun jauh di utara Malaysia. Musafir kami adalah musafir untuk memberi penghormatan terakhir kepada seorang individu yang jasa, sumbangan dan pengorbanan sangat besar kepada kami.

Ya Allah, rahmati dan redhailah permusafiran kami ini.

Sepanjang bermusafir, banyak yang kami kongsikan tentang arwah UDMZ. Kisahnya, sentuhan tarbiyahnya, kesederhananya dan kewarakannya dikongsikan bersama. MasyaAllah, banyak juga perkara yang saya tidak tahu.Syukran sahabat-sahabat atas perkongsian yang sangat bermakna ini.

Saya turut berkongsi cerita dengan Abu Iman Imtiyaz. Beliau adalah salah seorang yang kini sedang menyiapkan tesis master berkaitan sejarah dan dakwah yang dilakukan oleh arwah UDMZ di Malaysia. Katanya, banyak perkara yang ingin arwah UDMZ kongsikan. Namun, tidak sempat. Kali terakhir, Abu Iman menziarahi arwah UDMZ ialah 4 hari sebelum arwah UDMZ meninggal. Ketika itu, UDMZ seperti ingin menyatakan sesuatu tetapi suaranya tidak keluar. Katanya, beliau melihat air mata arwah UDMZ mengalir membasahi pipi. Suasana ketika itu sangat sayu dan syahdu.

Musafir kami berlalu dengan mengimbau kisah-kisah yang menarik dan menyentuh hati.

Tiada rasa penat,

Tiada rasa mengantuk,

Tetapi, jiwa kami bersemangat

Tetap bersemangat

Alhamdulillah.

Namun, kami tidak sempat untuk menghadiri semasa solat jenazah UDMZ di Surau MATRI. Kami tiba setelah jenazah arwah UDMZ selamat dikebumikan. Jam 7.00 petang, kami terus menuju ke kubur. Di sana, saya dan sahabat-sahabat berdiri bersebelahan kubur seorang murabbi yang mengorbankan seluruh kehidupannya untuk perjuangan mendidik masyarakat mengenal Allah SWT dan membumikan ia di dalam kehidupan secara nyata.

Al-Fatihah.

Tiada kalam yang dapat saya lebarkan panjang disini.

Namun, segala yang telah diperjuangkan dan diusahakan oleh arwah UDMZ harus diteruskan dan disebar luaskan. Dan inilah sebenarnya harapan dan cita-cita arwah UDMZ.

Syeikh Dato' Ustaz Dahlan Mohd Zain - Pelopor Tarbiah dan Dakwah Kembali Ke Rahmatullah

Sunday, September 19, 2010

Ustaz Dahlan @ Dahaman Mohd Zain .Gambar ketika muda

Mengenali lebih mendalam secara ringkas, Al-Fadhil Ustaz Dahlan Bin Mohd Zain.

Gambar ketika di Iraq

Bersama rakan-rakannya ketika menuntut di Universiti Iraq

Gambar ketika Graduasi Universiti Baghdad tahun 1968

Semasa tingkatan 2 dulu, (tahun 1999) Ustaz pernah menceritakan kisah perjalanan beliau menuntut ilmu dalam bahasa Arab. Walaupun faham sedikit sahaja, dan saya minta seorang senior tolong terjemahkan, saya dapati kisah Ustaz penuh dengan kesabaran, ketabahan dan semangat juang yang tinggi dalam perjuangan untuk mendapat ilmu. Terpegun saya.

Gambar bersama teman-teman pendidik di Al-Masyhur Pulau Pinang

Di Pejabat Mudir ( Pengetua) Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI)

Mahad Attarbiyah Al-Islamiyah (MATRI) diasaskan oleh Al-Fadhil Ustaz sendiri. Beliau mempunyai wawasan yang besar dan bercita-cita tinggi dalam semangatnya menubuhkan MATRI. Selalu Ustaz menyebut : “ Hajat Ustaz, agar para pelajar MATRI suatu masa nanti menjadi pekerja dan pendokong Islam yang iltizam dan istiqamah.InsyaAllah”

Bergambar bersama Murabbi-murabbi MATRI tahun 2002
Bersama Ahli-Ahli Majlis Agam Islam Negeri Perlis

Majlis Penyampaian Hadiah dan kecemerlangan pelajar tahun 2003

Kata-kata Dato' Mudir yang tidak saya lupa ialah dalam soal tarbiyah : " Kita kena proses diri, dan proses diri. Proses dan terus proses sehingga ia menjadi malaqah ( darah daging) kita."

" Beliau adalah seorang pendidik, seorang ayah, seorang sahabat, seorang murabbi, seorang pejuang, dan seorang qudwah kepada anak-anak didiknya." Syukran Ustaz atas didikan ustaz terhadap saya dan sahabat-sahabat yang lain.

Bagi saya Ustaz, bukan sahaja seorang pendidik sahaja, bah seorang pejuang. Beliau berjuang untuk mendidik anak bangsanya untuk menghayati Islam dalam erti kata yang sebenarnya. Islam itu perlu dioperasikan di dalam kehidupan setiap detik dan ketika.

Gambar Ihsan dari blog Ustaz Ali Irfan Jamaludin (brohamzah.blogspot.com)

Kenali Syeikh Ustaz Dahlan Mohd Zain - Murabbi Mithali

Tuesday, September 07, 2010

Salam.

Penulis mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Meraikan Aidilfitri kepada semua pengunjung usrahkeluarga. Semoga kita beroleh keampunan dan kemerdekaan hakiki di sisi Allah swt.

Selamat Menyambut 'Idulfitri

Salam.

Penulis mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Meraikan Aidilfitri kepada semua pengunjung usrahkeluarga. Semoga kita beroleh keampunan dan kemerdekaan hakiki di sisi Allah swt.

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah