Monday, January 30, 2012

Hari ini saya kongsikan penyampaian pengisian saya ketika berusrah di Pasir Mas malam semalam, semoga memberi manfaat buat pembaca, khususnya buat saya sendiri. Tulisan ini adalah susunan Al Marhum Syeikh Ustaz Dahlan Mohd Zain.

Yang dimaksudkan dengan peribadi ialah manusia itu sendiri dengan fizikalnya, mentalnya, spiritualnya dan juga akhlaqnya yang berbeza antara seseorang dengan seseorang yang lain. Peribadi Muslim tidak pernah terkenal dan tidak pernah bersinar di kalangan masyarakat manusia kecuali ianya dibina di atas Tauhid keImanan kepada Allah s.w.t. Peribadi yang tinggi dan mulia ini telah pernah lahir pada suatu kumpulan yang terkenal dengan panggilan Generasi Al Quran.

Generasi Yang Di Didik

Suatu generasi yang dididik, diasuh dan dipimpin sendiri oleh baginda Rasulullah s.a.w semasa hayat baginda. Generasi yang menjalani latihan Tauhid dan Keimanan kepada Allah s.w.t dan kepada prinsip-prinsip keImanan yang lain selama lebih kurang 13 tahun secara praktiknya. Generasi yang menjalani proses keImanan yang mentauhidkan Allah s.w.t dalam ertikata yang sebenar-benarnya, memenuhi sifat-sifat Uluhiyyah dan Rububiyyah dan segala sesuatu yang berkaitan dengannya. Generasi yang ada suatu ketika dahulu, ketika menjalani latihan Tauhid telah diazab dengan berbagai azab dan siksaan serta gangguan malah secara bersatgu semua tenaga Jahiliyyah bagi menghalang dan menghapuskan Nur Iman sebagai asas pembentukan peribadi yang kian hari semakin bersinar dan meningkat dalam usaha pembentukannya. Itu tidak dapat menyekat kemaraannya. Firman Allah s.w.t :

Terjemahannya :

Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan) mereka dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahaya Nya walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai ( Surah at Taubah : 32 )

Dari latihan, didikan serta pimpinan junjungan kita Muhammad s.a.w yang berpandukan wahyu Allah s.w.t, al Quran al Karim sebagai sumber pembentukan, maka terbentuklah keperibadian Muslim pada kumpulan pertama para pemuda Quraisy. Kumpulan yang telah dilatih dan dididik sebagai jiwa tauhid tersebut telah tidak lagi terpengaruh atau dipengaruhi oleh nilai tamakkan dunia. Malah cita-cita memenangi keredhaan Allah s.w.t semata-mata. Kumpulan ketika mana mendengar panggilan Iman kepada Allah s.w.t dan kepada Rasul Nya, mereka merasakan kehidupan Jahiliyyah sudah tiada nilai lagi dan tidak lagi memberi kesan terhadap mereka. Jiwa mereka memberontak ketika berada di dalam cengkaman Jahiliyyah. Jiwa mereka tidak sabar-sabar lagi untuk pergi menyahut panggilan Iman kepada Allah s.w.t dan Rasul Nya.

Impak Tauhid

Setelah keyakinan tauhid benar-benar menguasai jiwa mereka, mereka terus menghulurkan tangan untuk mengikat janji setia dan penyerahan sepenuhnya dengan lafaz:- Aku bersaksi bahawa Tiada Illah melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu adalah Pesuruh Allah

Mereka menyerah jiwa raga mereka di bawah perintah Rasulullah s.a.w pada hal mereka mengetahui benar bahawa jiwa mereka diancam, hidup mereka tergugat dan mereka akan menghadapi berbagai kesulitan dan kesusahan untuk sampai kepada matlamat tersebut. Tetapi kumpulan yang dididik dan diasuh oleh Rasulullah s.a.w dengan al Quran al Karim ini memahami dan menyakini akan realiti tersebut. Firman Allah s.w.t :

Alif laam miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi ?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta . ( Surah al’Ankabut : 1-3 )

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan ) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu ?. Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan ( dengan bermacam-macam cubaan ) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman : Bilakah datangnya pertolongan Allah ?. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat. (Surah al Baqarah : 214 )

Segala kesulitan, kesusahan dan pahit getir perjuangan dan jihad di Jalan Allah s.w.t yang mereka tempuhi itu tidak sesekali melemahkan Iman mereka. Malah Iman mereka kian bertambah yakin dan bertambah tabah menghadapi apa yang mereka sifatkan sebagai ujian dari Allah s.w.t. Ini dapat dilihat di dalam al Quran al Karim di dalam firman Allah s.w.t:

Dan tatkala orang-orang mu’min melihat golongan-golongan yang bersekutu itu, mereka berkata : Inilah yang dijanjikan oleh Allah dan Rasul Nya kepada kita. Dan benarlah Allah dan Rasul Nya . Dan yang demikian itu tidaklah menambahkan kepada mereka kecuali iman dan ketundukan. ( Surah al Ahzab : 22 )

Tarbiyah di Madrasah Rasulullah SAW

Begitulah Rasulullah s.a.w mengasuh jiwa mereka dengan al Quran al Karim, mendidik hati nurani mereka dengan Iman, mengajak mereka patuhj kepada Allah dalam melaksanakan segala kewajipan yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. Dengan didikan demikian maka kian bertambah tinggilah jiwa dan hati mereka, kita bertambah luhurlah akhlaq mereka dan kian bertambah bebaslah mereka dari kekuasaan kebendaan dan rintihan hawa nafsu yang menyesatkan dan terpancarlah rasa cintakan Allah s.w.t, Pencipta langit dan bumi serta segala sesuatu yang berada di dalamnya.

Rasulullah s.a.w juga mengajar mereka bersabar menghadapi kesusahan, mengajar mereka mengawal jiwa mereka yang pernah benar terlatih dengan peperangan semasa Jahiliyyah seolah-olah mereka dilahirkan bersama-sama peralatan senjata. Mereka dhidup di zaman yang tidak pernah sunyi daripada peperangan dan pertumpahan darah, seperti peperangan Basus, Dahit dan peperangan Ghabra. Begitu juga dengan peperangan al Fijar belum lagi sejuk dan masih terasa bahangnya. Tetapi Rasulullah s.a.w melalui asuhan dan didikan al Quran al Karim mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.w.t membendung jiwa peperangan dan semangat kebangsaan dengan arahan baginda yang bermaksud : “Hentikanlah kekerasan dan dirikan solah

Maka secara patuh mereka menghentikan peperangan dan kekerasan serta bersabar dalam menghadapi siksaan Kuffar Quraisy. Ini bukanlah kerana lemah dan takut. Sejarah tidak pernah mencatatkan bahawa seseorang Muslim di tahap Makkah pernah mempertahankan diri dari kezaliman Quraisy dengan senjata meskipun ia berkemampuan untuk berbuat demikian. Inilah suatu sifat kepatuhan dan ketaatan kepada kepimpinan hasil daripada pembentukan Rasulullah s.a.w mengikut proses yang ditentukan oleh Allah s.w.t yang tidak ada tolok bandingnya di dalam sejarah kemanusiaan.

Dengan roh tauhid dan keImanan, dengan pengajaran Nabi yang sempurna, dengan pendidikan yang teliti dan bijaksana, dengan peribadi Rasulullah s.a.w yang luarbiasa dan dengan Kitab suci al Quran al Karim yang dipenuhi dengan mukjizat, maka Rasulullah s.a.w dapat membangunkan kehidupan yang baru kepada Generasi Pertama dahulu dan mengangkat kembali nilai kemanusiaan yang hampir musnah. Kemudian Rasulullah s.a.w meletakkan di tempat yang sewajarnya untuk mengisi hidup baru kepada kemanusiaan.

Tarbiyah Melahirkan Peribadi Luarbiasa

Hasil dari usaha-usaha Rasulullah s.a.w yang gigih lahirlah peribadi Muslim seperti Abu Bakr as Siddiq yang terkumpul padanya sifat-sifat terpuji. Orang dahulunya tidak pernah menyangka dan tidak pernah disangka akan menjadi orang yang pertama meneruskan amanah Allah s.w.t yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w untuk memimpin manusia ini ke matlamat yang suci murni.

Lahir juga peribadi Muslim seperti ‘Umar al Khattab yang dahulunya mengembala unta bapanya, al Khattab, meskipun padanya terdapat sifat-sifat tegas dan berani tetapi tidak pernah menyediakan tapak untuk meletakkan ke tempat yang tinggi dan tiada siapa yang menyangka dengan pimpinan dan didikan baginda Rasulullah s.a.w tiba-tiba ‘Umar muncul menggemparkan alam ketika itu dengan kepintaran dan ketegasannya serta keberaniannya dapat merobohkan singgahsana Kaisar Romawi.

Kemudian dapat menegakkan di atas keruntuhan untuk pemerintahan Islam yang dapat mengatasi Romawi dan Farsi di segi pentadbiran dan peraturan dan ditambah pula dengan sifat-sifat wara’, taqwa, tegas dan adil yang menjadi contoh teladan zaman berzaman.

Juga lahir peribadi-peribadi seperti ‘Ali bin Abi Talib, ‘Aisyah, Ibn Mas’ud, Ibn ‘Abbas, Ibn ‘Umar, Zaid bin Thabit, sebagai tokoh-tokoh ulama yang tiada bandingannya dari dahulu hingga sekarang dan mungkin juga di masa akan datang. Mereka ini adalah hasil daripada latihan dan didikan Madrasah Rasulullah s.a.w, maka terpancarlah ilmu pengetahuan daripada tokoh-tokoh tersebut dan kata-kata hikmat lahir daripada mulut-mulut mereka. Mereka bercakap maka seluruh zaman akan terdiam danmereka berkhutbah maka seluruh zaman menunggu-nunggu untuk merakamnya.

Dengan itu lahirlah kumpulan Islam hasil dari didikan Rasulullah s.a.w yang berasaskan Tauhid dan kemampuan mereka dalam bidang ilmu pengetahuan hasi dari pengajian mereka dari sumber al Quran al Karim dan as Sunnah an Nabawiyyah untuk mengepalai dan memimpin manusia ke arah kebaikan yang abadi.

Inilah satu revolusi pembentukan peribadi yang luarbiasa dan satu-satunya yang pernah berlaku di dalam sejarah kemanusiaan dan hingga kini revolusi seumpama itu berulang kembali. Revolusi yang menghasilkan kumpulan Mu’min sejati tampil mengepalai kepimpinan alam ke arah kesejahteraan dengan sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia bagi menjamin kesejahteraan dan kejayaan manusia di bawah kepimpinan tersebut.

Keimanan: Apabila Jiwa Di Tarbiyah

Saturday, January 28, 2012

Pada 24 Jan yang lepas, saya menghadiri jemputan program pembinaan remaja anjuran KeARAH Kelantan di Kota Bharu. Ketika hadir ke program ini saya merasa kagum dengan penganjur program kalangan mahasiswa kerana pada saat orang lain sibuk bercuti Raya Cina atau masih sedang berehat-rehat di rumah, mereka meninggalkan semua itu dan istiqamah berusaha menganjurkan program pembinaan remaja dan mahasiswa. Alhamdulillah, umat ini masih tetap miliki generasi muda yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, yang cintakan dakwah dan tarbiyah.

Apa Yang Umat Hilang?

Menghimpunkan remaja dan belia, dan bercerita dengan mereka tentang tuntutan Islam dan harapan umat pada mereka bukan satu perkara yang mudah. Saya mengajak mereka untuk menilai realiti remaja masa kini. Ternyata pandangan mereka hampir sama. Mereka melihat remaja hari ini berada di jurang kehancuran, terjebak dengan keruntuhan akhlak dan diserang dengan virus permasalahan sosial. Persoalan seterusnya saya lontarkan, mengapa terjadi sedemikian? Mengapa remaja dan belia kita mudah terpengaruh dengan permasalahan ini? Apa yang hilang pada diri mereka?

Saya memberikan perumpamaan kepada mereka. Setiap kita ada sesuatu yang kita sayang. Ada yang sayangkan jam tangan, telefon bimbit, laptop, kekasih hati apatah lagi duit. Apabila perkara di atas hilang atau dicuri orang, apakah perasaan kita pada saat itu? Marah, sedih, menangis, kecewa, menyalah orang lain, berusaha mencari sampai dapat dan sebagainyakan. Begitulah manusia, begitu tinggi kecintaannya pada kebendaan dan sanggup menangis akibat kehilangannya. Lalu saya bertanyakan kepada mereka, bagaimana jika IMAN kita kepada Allah SWT hilang dalam diri kita? Akhlak Al Quran hilang pada diri kita, siapakah yang akan menangis, resah, bersedih dan pilu? Pernahkah kita menangis kerana memikirkan kehilangan yang besar itu? Lebih besar dari hilang jam tangan, telefon bimbit, laptop, kekasih hati mahupun duit.

Kesemua mereka bersetuju, permasalahan sosial dan keruntuhan akhlak hari ini berpunca dari kehakisan iman pada diri mereka. Begitu juga pada diri kita, tatkala iman semakin lusuh, maka akan berlaku kemerosotan pada akhlak dan hubungan kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Sesungguhnya iman itu benar-benar mengalami kelesuan di dalam rongga (dada) salah seorang dari kamu seperti lusuhnya baju. Mintalah kepada Allah SWT agar Allah memperbaharui iman yang ada di dalam hatimu”. (HR Thabrani)

Perbaharui Iman?

lman yang berada dalam jiwa kita sentiasa terdedah kepada kelunturan dan kelemahan kerana dijangkiti oleh berbagai penyakit seperti kesibukan urusan duniawi, terpedaya dengan cinta yang rapuh, selesa dengan kesenangan dan kebendaan dan lain-lain. Oleh itu kita perlu banyak memohon pertolongan kepada Allah SWT dengan sentiasa memperbaharui keimanan kita.

Memperbaharui iman, itulah kewajiban kita khasnya kepada anak muda hari ini. Projek memperharui iman ini kita sebut sebagai proses Tarbiyah lmaniyah. Proses ini mestilah berterusan, tidak boleh diabaikan atau dihentikan separuh jalan atau ditamatkan. Silibusnya mencakupi sepanjang hayat seorang muslim.

Menurut Al Syekh Mustafa Masyur, tarbiyah dan pembersihan jiwa diumpamakan seperti makanan dan siraman bagi pokok yang disemai atau ditanam. Jika pokok tidak dibajai dan disirami sentiasa, maka ia akan layu dan kering. la akan terus hidup subur jika dibajai dan disirami. Demikianiah manusia. Hidup sebenarnya bagi individu atau jemaah adalah kerana adanya iman. Hidup manusia sebenarnya adalah hidup hatinya dengan keimanan bukan hidup jasad yang akan fana. Iman di dalam hati itulah yang akan melahirkan kehidupan yang bermakna. Hati perlu digilap seialu kerana ia mungkin berkarat. Rasuluilah SAW bersabda yang bermaksud:

"Sesunggubnya hati manusia itu berkarat seperti berkaratnya besi. Sababat-sababat bertanya: Apakah pengilapnya wahai Rasulullah?. Rasulullah menerangkan: membaca Al Quran dan mengingati maut (mati).' (HR Al Baibaqi)

Kuasa Iman

Menurut Syed Qutb, orang yang memiliki iman yang kuat hanyalah orang-orang yang tidak menjadi hamba-sahaya dari siapapun selain Allah, dan tidak mengikuti siapapun kecuali RasulNya. Generasi beriman ini hanyalah orang yang dengan setulus hati percaya bahawa ajaran Allah dan RasulNya adalah kebenaran yang mutlak, dan apa pun yang bertentangan dengannya adalah sesat, dan apa pun yang baik bagi manusia dalam hidup di dunia ini mahupun di akhirat nanti seluruhnya telah terkandung dalam ajaran-ajaran Allah dan UtusanNya. Seseorang yang beriman sepenuhnya kepada kebenaran-kebenaran ini adalah orang yang selalu mencari petunjuk dari ajaran Allah dan RasulNya dalam setiap langkah-hidupnya dan yang menyangkut masalah yang dihadapinya, dan setelah mengetahui ajaran tersebut, lalu mengikutinya. Inilah yang dikatakan jiwa yang kuat imannya.

Iman adalah sumber kekuatan. Ia merupakan penjaga sekaligus pemelihara seseorang dari sikap meremehkan dosa yang akan mengheret kepada kemalasan untuk beramal. Orang yang lalai dan suka dengan maksiat sebenarnya pada dirinya tidak punya kekuatan. Krisis iman merupakan akar dari segala krisis. Ini kerana jiwa yang kosong dan terhijab dari keimanan tidak akan dapat menuntun pemiliknya ke jalan yang benar. Impak negatifnya juga akan dominan tatkala lemahnya interaksi, keterlibatan dan tanggungjawabnya terhadap pelbagai kewajiban Islam dan tuntutan dakwah. Hal ini adalah cerminan dari krisis iman yang bersemayam dalam hati.

Langkah Bina Iman

Setiap kita dituntut untuk memelihara dan meningkatkan iman dengan melakukan pendekatan diri kepada Allah SWT. Hanya diri kita sendiri yang paling berperanan agar dapat memelihara stabiliti dan kualiti iman kita. Caranya adalah dengan disiplin melakukan tilawatul-Qur’an, zikrullah, rutin membaca doa pagi serta petang, serta ibadah sunnah. Istiqamah dengan amal harian, meskipun sedikit, akan membuat stamina iman kita tetap kuat menghadapi pelbagai gangguan. Konsistensi diri dengan program-program tarbiyah insyaAllah akan dapat menyemarakkan lagi jiwa kita untuk beramal.

InsyaAllah, setelah melewati fasa mentarbiyah hati dengan ikhlas dan berjalan dengan baik, akan lahirlah para rijal da’wah yang ketangguhan jiwanya melebihi kemampuan serta ketahanan fizikalnya. Keberanian yang muncul dari semangat iman menjemput syahadah. Faktor inilah yang menjadikan mereka layak memperoleh pertolongan Allah, melalui kemenangan yang hampir tidak pernah putus. Pada saat inilah musuh-musuh Allah akan merasa gentar dengan kehadiran rijal da’wah yang menjadikan iman sebagai senjata utama kelajuan langkah perjuangannya.

Apakah yang akan memungkinkan kita dapat melahirkan rijal dakwah yang memiliki kekuatan iman yang mendalam? Rahsianya adalah sentiasa istiqamah. Istiqamah adalah akhlak terbesar Rasulullah SAW dan para sahabat RA. Istiqamah dalam 4 perkara:

- istiqamah dalam hidayah,

- istiqamah dalam keikhlasan,

- istiqamah dalam ketaatan dan

- istiqamah dalam kesabaran.

Inilah perkara terberat bagi setiap kita, para da’i dan bahkan para nabi untuk memilikinya dalam diri mereka. Ayat yang membuat Rasulullah SAW berubah rambutnya, adalah perintah untuk istiqamah.

“Maka istiqamahlah (kamu) sebagaimana yang Aku perintahkan…” (Hud: 112).

Dan inti dari istiqamah adalah kesabaran.

“Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang-orang yang menyeru Rabb-Nya di pagi dan senja hari, dengan mengharap keredhaan-Nya. Dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia ini. Dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingat Kami, serta menuruti hawa nafsunya dan adalah keadaannya itu melewati batas.” (Al-Kahfi: 28).

Dalam perjalanan panjang dakwah dan tarbiyah ini, istiqamah dibangun melalui tarbiyah imaniyah yang terus-menerus, baik secara jama’i mahupun dzati (mandiri). Usrah dan halaqah tarbawi sangat dipenuhi dengan suasana ruhiyah dan peribadahan (munakh ruhi wa ta’abbudi), dan pelbagai aktiviti jama’i untuk tarqiyah ma’nawiyah dan tazkiyatun-nafs dilakukan secara berkala dan konsisten. Kemudian, diperkuatkan lagi dengan suasana saling menasihati dalam kebenaran (bil-haq), dalam kesabaran (bis-shabr) dan dalam kasih-sayang (bil-marhamah). Inilah yang saya serukan kepada para peserta yang hadir, semoga adik-adik ini menyahut seruan ini, insyaAllah.

Kehidupan: Keperluan Kepada Tarbiyah Imaniyah

Thursday, January 26, 2012

Kata pepatah, jika takutkan ombak jangan berumah di tepi pantai. Jika sering memberi alasan untuk mengejar kejayaan, jangan pernah bermimpi untuk berjaya. Orang yang memiliki cita-cita tinggi petanda pada dirinya miliki matlamat kehidupan. Maka dia akan berusaha yang terbaik, gigih dan tidak mengenal penat lelah berusaha mengejar kejayaan.

Di sebuah ladang yang subur, terdapat 2 batas tanaman yang terhampar. Batas yang pertama berkata, “Aku ingin tumbuh besar. Aku ingin menjejakkan akarku sangat dalam di tanah ini, dan menjulangkan tunas-tunasku di atas kerasnya tanah ini. Aku ingin menjulangkan semua tunasku agar terjelma indah. Aku ingin merasakan kehangatan matahari, serta kelembutan embun pagi di pucuk-pucuk daunku.”

Dan batas yang pertama inipun tumbuh, makin menjulang.

Batas yang kedua bergumam. “Aku takut. Jika kutanamkan akarku ke dalam tanah ini, aku tak tahu, apa yang akan kutemui di bawah sana. Bukankah disana sangat gelap? Dan jika kujulangkan tunasku keatas, bukankah nanti keindahan tunas-tunasku akan hilang? Tunasku ini pasti akan terkoyak. Apa yang akan terjadi jika tunasku terbuka, dan siput-siput cuba untuk memakannya? Dan pasti, jika aku tumbuh dan merekah, semua anak kecil akan berusaha untuk mencabutku dari tanah. Tidak! Lebih baik jika aku menunggu sahaja.”

Dan batas itupun menunggu, dalam kesendirian.

Beberapa bulan kemudian, seekor ayam menghampiri batas yang kedua tadi, mengakisnya dan memakannya segera.

Kedua batas itu berada di dalam ladang yang sama, tetapi menerima nasib yang berbeza. Begitulah juga kita dalam kehidupan, mengapa di dalam kelas yang sama, ada pelajar yang berjaya dan mendepani kita. Dan dalam kelas yang sama, ada yang suka berada di kelompok cukup makan bahkan berada di ambang kegagalan, sedangkan mereka berada di dalam kelas yang sama dan di ajar oleh guru yang sama.

Sedari atau tidak, kita kerap terbuai dengan alasan-alasan untuk tidak mahu melangkah, tidak mahu mengurus kehidupan kita dengan yang terbaik, sebaliknya kita sering sempele dan semborono dalam mengurus kehidupan. Untuk berjaya dan beroleh kebahagiaan, kita harus memilih untuk mengharungi jalan-jalan kejayaan dan kebahagiaan. Itulah pilihan untuk kita, maka hadapilah dengan gigih. Tetapi kalau kita memilih kehidupan yang semborono dan membosankan, maka kita akan pilih dan lalu jalan-jalan yang mudah, jalan semborono dan membosankan. Kita tidak mahu menempuh jalan yang sukar, mencabar dan memenatkan. Dirinya takut untuk berubah, enggan mengambil risiko, sering berfikiran negatif dan sering mencari-cari alasan.Maka dia akan kecapi kehidupan yang membosankan dan menjemukan. Ibnu Qayyim RA mengatakan, “Jiwa yang terbelenggu itu laksana burung dalam sangkar. Burung yang disiapkan untuk penetasan itu tidak sama seperti burung yang disiapkan untuk berlumba kepantasan.”

Generasi seperti inilah yang menjadi kebimbangan kita. Generasi yang tidak memiliki cita-cita dan semangat yang tinggi. Generasi yang berserah kepada keadaan dan lebih suka memilih jalan yang mudah dan menyenangkan. Apabila generasi anak muda kita memiliki cita-cita yang rendah, bererti ia memilih kehinaan, kenistaan dan kekerdilan. Cita-cita yang rendah adalah pangkal penyakit yang bermaharajalela di tengah-tengan umat Islam, generasi yang mengalami krisis jatidiri, kering idea cemerlang, tidak ghairah dengan kekayaan ilmu, pemalas, tidak kuat pendirian, mudah terikut-ikut dengan hasutan kerosakan dan sering pasrah terhadap keadaan. Jika ini generasi yang dimiliki oleh ummat, niscaya umat akan menerima akibatnya.

Kita tidak ada pilihan. Kita perlu menyeru dan membangkitkan generasi muda kita dengan seruan kebenaran. Kebenaran yang mengajak generasi kita untuk menjadi mulia. Buat anak muda yang berjiwa besar dan yang memiliki cita-cita mulia, teruslah kobarkan semangatmu. Sesungguhnya orang yang bersemangat adalah orang yang mencari kemuliaan di sisi Allah. Bukan mencari kesenangan atau kekayaan atau populariti atau kekuasaan yang sementara. Semua ini asbab yang kerdil. Sebaliknya, berusahalah yang terbaik sebagai tanda rasa syukur kita kepada Allah yang memberi kita kekuatan dan keredhaan-Nya. Semangat kita dan kesungguhan kita menggamit sehingga ke pintu syurga Ilahi. Inilah tekad usahanya.

Generasi yang bersemangat dan memiliki cita-cita tinggi tidak akan mahu berkrompomi dengan sesuatu yang rendah dan hina. Melainkan dengan sesuatu yang tinggi dan mulia. Al-Barudi mengatakan”

“Naiklah ke puncak kemuliaan, laksana seekor helang yang hanya mahu hinggap di puncak gunung. Tinggalkan sesuatu yang hina demi sesuatu yang mulia. Mari kita harungi samudera yang luas dan dalam. Lalu kita tinggalkan anak sungai yang dangkal.”

Generasi yang sedia berlari kencang akan memperoleh keinginannya sementara orang yang beralasan dan bermalasan hanya mampu pasrah pada keadaan.

Sesungguhnya generasi yang bercita-cita tinggi adalah manusia yang penuh rasa optimis (yakin) pada diri dan usahanya. Namun dia tetap sedar bahawa tidak ada daya serta kekuatan sama sekali tanpa pertolongan Allah SWT. Baginya tidak ada yang mustahil. Berkat pertolongan Allah SWT dia akan berusaha keras mewujudkan setiap perancangannya. Dan dengan bertawakal kepada Allah, dia akan menghadapi pelbagai gelombang kehidupan yang sulit tanpa terpengaruh oleh apa pun.

Jadilah kamu generasi yang kakinya di atas tanah, tetapi cita-citanya tergantung pada bintang. Jika ia mendaki langit, adalah aib yang jelek kalau ia merasa puas berada di bumi!

Ketahuilah, pada hakikatnya hidup ini adalah perjuangan. Dan kita berada di medan pacuan, jester teruslah berpacu. Jangan terus menerus malas. Orang yang gagal kerana ia malas dan suka memberi alasan. Sebaliknya orang yang berjaya adalah kerana ia mahu berusaha dengan bersungguh-sungguh. Maka berusahalah yang terbaik!

Motivasi: Generasi Yang Bercita-cita Tinggi

Sunday, January 15, 2012

2012 telahpun membuka gelanggangnya. Saya berfikir bagaimana arah pelayaran saya pada tahun ini. Hidup umpama sebuah kapal yang berlayar di lautan luas, kitalah nakhoda yang mengemudi kapal, menentu arah tujuan. Kata bijak pandai, kehidupan umpama satu pelayaran. Cubaan dan ujiannya umpama gelombang yang sangat menggerunkan. Oleh sebab itu bahtera kehidupan mesti kukuh. Kemudinya mesti ampuh. Jika tidak, layar patah dan bahtera akan terolang-aleng lalu tenggelam dihempas gelombang. Jika boleh diumpamakan bahtera itu diri kita, maka kemudinya ialah iman. Kita tidak akan gusar betapapun hebatnya gelombang, jika kemudi di tangan mampu mengawalnya.

Kapal yang sekadar berada di pelabuhan tidak akan terserlah kejatidirian sekiranya ia tidak berlayar di tengah lautan yang penuh dengan cabaran, rintangan dan perjuangan. Tanyakan pada sang nelayan yang telah berhujan, berpanas dan berjuang melayari kapal mereka meredah lautan demi memenuhi keperluan kehidupan. Tatkala mereka pulang dari pelayaran, pasti mereka akan melihat ketidakputusanasaan kapal mereka untuk terus berbakti mencari rezeki. Esok kapal dan nelayan akan berlayar lagi. Beruntung menjadi kapal kepada sang nelayan kerana setiap masa digunakan untuk berkhidmat kepada tuannya. Beruntung menjadi nelayan kerana tidak pernah lupa kepada perjuangannya, mencari rezeki buat keluarga dan memenuhi keperluan orang lain. Kedua mereka, sang kapal dan sang nelayan punya jatidiri, mereka bersatu menempuh lautan, meredah ombak, hujan dan pulang ke pelabuhan dengan kecekalan.

Bagaimana dengan kita? Ke arah mana saat ini pelayaran kita, sudah menemui jalan pulang atau masih sesat di tengan lautan luas tanpa pedoman? Ada yang enggan berlayar kerana takut kegagalan? Atau sedang belayar tetapi tersadai di tengah pulau? Menjadi generasi pemuda saat ini seperti berada di tengah lautan bergelora. Tidak percaya? Temui anak muda dan tanyakan kepada mereka bagaimana cabaran anak muda hari ini. Baik di bandar mahupun di desa, mereka saat ini begitu terdedah dengan cabaran-cabaran kehidupan yang terkadang mengheret mereka hilang kejatidirian sebagai generasi mukmin. Kadang-kadang generasi ini mengeluh, sukar untuk menjadi anak muda beriman pada zaman keterbukaan hari ini.

Benar wahai anak-anak muda, hidupmu berdepan dengan cabaran. Namun bukan zaman kita sahaja cabaran begitu besar menimpa anak muda, bahkan sejak di zaman Rasulullah SAW lagi, generasi mudanya diuji oleh sang Penguasa dengan pelbagai cabaran dan mehnah bagi menyerlah kejatidirian dan ketekunan mereka dengan Islam dan keimanan. Lalu mereka tekad dan teguh bersama Rasulullah SAW. Kuncinya adalah mereka berpegang teguh dengan perintah Allah dan Rasulullah SAW. Inilah yang menjadi cabaran kepada generasi anak muda hari ini, istiqamah dengan perintah Allah dan Rasulullah SAW, malangnya suasana yang ada adalah kerosakan dan kelonggaran kehidupan berpaksikan iman.

Allah SWT berfirman buat seluruh hambaNya:

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang melupakan (perintah-perintah) Allah, lalu Allah membiarkan mereka lupa akan diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.” (al-Hasyr:19)

Inilah kebimbangan kita. Kita takut dan bimbang, bukan sahaja Allah melupakan kita, bahkan kita sendiri lupa akan hakikat kejadian, makna kehidupan dan halatuju hidup kita. Jadilah kita seperti sebuah kapal yang nampak seperti hebat, indah, kuat dan cantik, malangnya ia sedang berlayar dalam haluan kesesatan dan kefasikan. Tidak ada halatuju, tersesat dan terus tersesat! Akhirnya jadilah kita seperti kapal yang terbiar. Derita hidup ini kalau kehidupan sudah terbiar dari kasih sayang dan perhatian Ilahi. Cuba bayangkan apabila Allah sudah tidak peduli akan kita, kepada Tuhan yang mana hendak kita merintih memohon pertolongan.

Anak muda, jangan sampai kerana mahu mengecap kebebasan, menikmati kecintaan, hiburan mahupun keseronokan, kita lupa kepada Tuhan. Lalu amal soleh sudah tidak menjadi pakaian kehidupan yang akan menjadi penyelamat di hari pembalasan. Mari kita bermuhasabah dengan pesanan Abu Bakar al-Siddiq dalam khutbah beliau:

“(Insaflah) hari demi hari berlalu kamu semua semakin dekat dengan ajal yang pasti. Sesiapa yang mampu biarlah umurnya dihabiskan untuk melaksanakan perintah Allah. Namun kalian tidak dapat berbuat demikian melainkan dengan izin Allah. Malangnya ada juga segelintir kamu yang menghabiskan umur bukan untuk Allah tetapi (untuk melakukan kerja sia-sia) yang lain daripada Allah. Jangankamu ikut jejak langkah mereka. Allah berfirman (maksudnya); “Janganlah Kami jadikan kamu seperti orang-orang yang melupakan Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa diri mereka sendiri.”

Abu Bakar al-Siddiq menambah lagi:

Tahukah kamu di mana sahabat-sahabat kamu yang telah (kembali kerahmatullah). Mereka semua sedang berhadapan dengan hari perhitungan terhadap segala amalan yang telah mereka lakukan. Ada yang bahagia serta ada pula yang malang dan celaka. Ke mana perginya manusia perkasa pembina Bandar dan Kota, pembangun benteng dan tembok pertahanan. Mereka semua telah terbujur kaku di bawah timbunan batu atau dihanyuti air lalu. Tapi (bersama kita) adalah kitab Allah. Keajaibannya tidak akan usang. Ambillah bekalan cahaya darinya untuk kegunaan hari kegelapan (kiamat). Sinarilah kehidupan kamu semua dengan sinar keterangan.”

Alhamdulillah, Abu Bakar a-Siddiq telah menjawab persoalan pelajaran kehidupan kita. Anda pilihlah ke mana pelayaran kehidupan anda, samada bersama dengan Allah atau melupakan Allah dan diri kita sendiri. Al Quran menjadi kompas kehidupan agar tidak sesat dalam pelayaran, janganlah tinggalkan Al Quran, dan jangan sekali-kali melihat Al Quran seperti majalah hiburan dan sukan. Sesat dan bergelumangnya kita dengan dosa dek kerana Al Quran sudah tidak menjadi paksi kehidupan. Bersegeralah tahun ini kita berlayar berpaksikan wahyu Ilahi, bukan mengikut jejak nafsu dan emosi negatif. Tidak salah kita bercita-cita tinggi meraih kejayaan di dunia kerana dunia adalah tempat kita bekerja meraih kejayaan di akhirat. Ya, miliki tekad, raih kecemerlangan kehidupan berpaksikan Al Quran, ia akan membawa kebaikan kepada kita di dunia dan akhirat. Berlayar dengan kejatidirian sebagai pemuda rabbani yang cintakan Ilahi tertinggi, rempuh segala cabaran bersama petunjuk dan hidayah Ilahi yang sedia memberi, maju meredah lautan badai dengan cita-cita meraih syurga bersama bidadari yang sedang menanti! Berlayarlah saat ini dengan ketekunan iman dan meninggalkan kefasadan. Selamat belayar wahai pemuda!

Muhasabah Pelayaran Kehidupan

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah