Tuesday, June 04, 2013

Taubat: Engkau Tidak Buta, Tetapi Akulah Yang Buta


Ada sebuah kisah benar, menyayat hati tapi penuh inspirasi yang dikongsikan oleh Syeikh Khalid ar-Rasyid. Kisah seorang pemuda yang suka berpoya-poya. Walaupun ketika isterinya sedang sarat mengandung, dia tidak peduli hal itu. Yang penting dia mahu bergembira bersama teman-temannya. Menghabiskan malam-malamnya dengan berpeleseran bersama kawan-kawan sekufunya.
Satu malam, ketika ada seorang buta berjalan disisinya, pemuda itu dengan sengaja menyadung kaki sang buta. Lalu terjatuhlah sang buta. Semua kawan-kawannya bergelak ketawa melihat aksi lucu itu. Pemuda itu rasa bangga, dapat membuatkan kawan-kawannya gembira.
Satu saat, sudah sampai masa isterinya mahu melahirkan anak. Di hospital, pemuda itu menunggu sehingga lelah. Tiada lagi berita kelahiran anak sulungnya. Lantas dia pulang ke rumah sahaja. Bosan menunggu terlalu lama. Di rumah, dia menerima panggilan dari hospital. Isterinya selamat bersalin. Bergegas ke hospital, hati gembira, cahaya mata yang ditunggu telah tiba. Namun kegembiraannya hanya seketika. Doktor mengesahkan anaknya mengalami cacat yang parah di kedua matanya, dan kesannya, anak itu tidak boleh melihat.
Pemuda itu hanya mampu menundukkan kepala, merasa runtuh. Pertama kali yang terbesit di pemikirannya adalah bayangan orang buta yang telah dia sadung kakinya sehingga jatuh dan menjadi bahan tertawaan orang.
Maha Suci Allah, siapa yang perbuat, dia akan mendapat. Beberapa saat, pemuda itu kebingungan. Beban ini terlalu berat untuk dipikulnya.
Kemahuan Mahu Berubah akan Hadir Jika Mahu
Kita berhenti seketika dengan kisah ini. Saya ingin bertanyakan pada anda. Pada saat sebegini, apakah sang pemuda itu akan berubah? Apakah dengan peristiwa yang telah Allah SWT berikan ini, pemuda itu mahu berubah? Adakah dia sudah menemui penyebab kemahuan untuk berubah?
Kemahuan mahu berubah boleh kita miliki. Terkadang ia datang dari pengalaman kehidupan. Terkadang dari peristiwa-peristiwa yang kita tempuhi. Terkadang dari sebuah pesanan, ungkapan mahupun teguran. Terkadang dari sebuah pemerhatian dan pembacaan. Namun ramai kalangan kita tidak juga mahu mengambil pelajaran. Lalu terus terperosok dalam kegagalan. Sukar mahu berubah menuju kepada lebih ber”tuah”.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (al-Qamar: 17)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra’ad: 11)
Peringatan Allah SWT:
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)“. (As-Sajdah: 13)
Kembali kita kepada kisah pemuda tadi. Kehadiran cahaya matanya yang buta tidak dipedulikan. Peristiwa ini tidak mencetuskan kemahuannya untuk berubah dan bersyukur. Pemuda itu tidak memperhatikan anaknya. Anak yang buta itu diberi nama Salim. Dia membuat Salim seolah tiada di rumah. Isterinya hanya mampu bersabar dengan sikap suaminya. Setelah Salim berusia setahun, dia mulai berjalan, tapi ternyata kakinya pincang. Dada pemuda itu semakin bertambah sesak. Salim tidak habis-habis menyusahkan dirinya.
Malam-malam pemuda itu tetap sama. Dihabiskan diluar bersama kawan-kawannya. Isterinya tetap sabar, tidak pernah putus asa meluruskan suaminya, berdoa agar suaminya mendapat hidayah. Pemuda itu berterusan tidak memperdulikan Salim. Sehinggalah Salim berumur 10 tahun.
Engkau Tidak Buta, Tetapi Akulah Yang Buta
Pada suatu hari Jumaat, pemuda itu terbangun sekitar jam 11 pagi. Sepatutnya dia ke masjid menunaikan solat Jumaat, namun dia malas. Dia mahu mengisi undangan ke sebuah majlis keraian. Diapun mula bersiap. Setelah itu melewati ruang tamu, tiba-tiba dia terhenti seketika di hadapan Salim yang sedang menangis. Inilah kali pertama dia merespon tangisan Salim sejak Salim kecil. Sudah sepuluh tahun pemuda itu tidak pernah menoleh peduli kepada Salim, anaknya sendiri. Dia cuba berbuat tidak endah, tapi entah kenapa, hari ini dia tidak mampu.
Buat pertama kalinya, pemuda itu bertanya pada anaknya, “Salim, kenapa engkau menangis.” Ketika dia mendengar suara ayahnya, dia seolah-olah ketakutan dan meraba-raba tangan sekelilingnya. Mungkin Salim terkejut mendengar suara ayahnya berbicara padanya.
Salim menangis. Dia sebenarnya mahu segera ke masjid. Dia tidak mahu kelewatan ke masjid dan khuatir tidak mendapatkan tempat di saf pertama. Sang ayah ini terkejut yang amat sangat. Hati pemuda ini mula lembut sambil memerhatikan telatah Salim.
“Salim jangan sedih, ayah akan menghantar kamu ke masjid. Salim menangis dan menyangka ayahnya sekadar mahu mempermainkannya. Pemuda itu sudah melupakan undangan majlis yang hendak dihadirinya. Hatinya tekad mahu membawa Salim ke masjid.
Kedua mereka mula berjalan ke masjid. Pemuda itu berjalan di sisi anaknya buat pertama kali. Suatu perasaan yang tidak pernah dirasainya telah hinggap disanubarinya. Dia merasa betapa kecilnya dirinya dan betapa besarnya dosanya. Dia tidak ingat bila kali terakhir dia melangkah kakinya masuk ke masjid. Dia mula merasai kesesalan atas apa yang telah dia lalaikan sejak beberapa tahun lalu.
Masjid penuh sesak, tetapi menghairankan, ada satu tempat kosong di saf pertama yang khusus disiapkan untuk Salim. Setelah solat selesai, Salim meminta mushaf Al-Quran dari ayahnya. Pemuda itu tergamam seketika. Dia merasa aneh. Bagaimana anakku ini mahu membaca, sedangkan dia buta? Pemuda itu mengambil mushaf Al-Quran, Salim meminta ayahnya membukakan surah al-Kahfi. Setelah ditemui surah itu, dia menyerahkan mushaf itu kepada Salim. Salim mulai membaca surah al-Kahfi dengan mata yang terpejam.
Ya Allah! Salim hafal surah al-Kahfi dengan lengkap. Pemuda itu merasa malu. Tangan pemuda itu mula membuka mushaf Al-Quran. Dia merasakan sendi-sendinya bergetar. Dia mula membaca dan membaca. Pemuda itu mula berdoa kepada Allah, semoga Allah mengampuninya dan memberinya hidayah. Dia sudah tidak mampu menguasai dirinya dan dia mula menangis teresak-esak di tengah masjid tersebut. Dia tidak sedar airmatanya deras mengalir, kecuali ketika tangan-tangan kecil menyentuh wajahnya dan mengesat airmatanya. Dia adalah Salim. Sang ayah ini memeluk anak kecil itu seeratnya dan memandangnya. Hatinya berkata; “Bukan kamu yang buta, sebaliknya akulah yang buta. Sehingga aku terlena mengikuti kawanku yang menjerumuskanku ke neraka.”
Berani berubah, akhirnya, pemuda tadi sudah menemukan seruan kemahuan untuk berubah. Kemahuan dari dalam dirinya sudah muncul bahawa dia sudah tersalah jalan. Dia perlu kembali kepada Allah. Kemahuan berubah sudah tercetus, melalui peribadi Salim, anaknya sendiri yang telah 10 tahun tidak dia pedulikan, kini dia sudah menemui perasaan baru, kemahuan mahu berubah. Dan dalam kisah ini, pemuda ini telah berubah menjadi pemuda dan sang ayah yang soleh lagi bertanggungjawab dengan izin Allah SWT.
Sebenarnya, kita bukan sahaja belajar bagaimana pemuda itu menemui kunci kemahuan yang mendorongnya untuk berubah. Tetapi kita juga boleh belajar dari kesetiaan dan kesabaran isterinya yang telah sekian lama punya kemahuan untuk tetap bersabar dan mengharap kepada Allah. Walau seberat mana ujian yang ditempuhi, wanita itu punya kemahuan tinggi positif dengan Allah SWT. Kemahuan tinggi tetap yakin bahawa Allah akan memberi petunjuk kepada suaminya. Berani berubah, maka teladanilah dia wahai para wanita solehah akan sosok hebat wanita dan sang isteri dalam kisah inspirasi ini.
Bagaimana pula dengan anda wahai para pembaca sekalian. Masih belum menemui titik tolak pencetus kemahuan anda untuk mahu berubah menjadi lebih baik. Jika masih belum, taubat segera, mohon lagi dengan Allah SWT. Jangan pernah berhenti walau terpaksa menunggu 10 tahun lamanya baru beroleh rasa kemahuan mahu berubah total!

35 comments:

  1. saya teringat sekali dengan perkataan seseorang 'kita tak mungkin dapat berubah menjadi orang lain 'tetapi kita dapat berubah menjadi orang yang lebih baik lagi dan satu lagi taubat adealah perjalanan kembali kepada Allah dengan penuh keridhaanNya.

    ReplyDelete

  2. Saya ingin menyampaikan kepada seluruh TKI yang bekerja di negeri orang saya ibu hermawati seorang TKI DI MALAYSIA pengen pulang ke indo tapi gak ada ongkos sempat saya putus asah apalagi dengan keadaan susah gaji suami itupun buat makan sedangkan hutang banyak kebetulan suami saya buka-buka internet mendapatkan nomor MBAH RONO katanya bisa bantu orang melunasi hutang melalui jalan TOGEL dengan keadaan susah jadi saya coba hubungi MBAH RONO dan minta angka bocoran MALAYSIA angka yang di berikan 4D TOTO ternyata betul-betul tembus 100% bagi saudarah-saudara di indo mau di luar negeri apabila punya masalah hutang sudah lama belum lunas jangan putus asah beliau bisa membantu meringankan masalah anda hubungi MBAH RONO di nomor (_085_340_489-469_) ini asli bukan rekayasa atau silahkan buktikan sendiri..

    ReplyDelete
  3. It's a good content. We thank you. We wish you continued success.
    Ankara
    Karabük
    Kilis
    Düzce
    Batman
    Antalya
    Artvin
    Aydın
    Balıkesir

    ReplyDelete
  4. It s a very useful page. Thank you. 66af6a9feead51759e46f75f93ae9a4d
    agin
    terme
    kadirli
    bozdogan
    mazidagi
    kizilirmak
    aybasti
    turkoglu
    mudurnu

    ReplyDelete
  5. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. 8053fed9ed939c755444101fea4f002f
    website kurma
    website kurma
    sms onay

    ReplyDelete
  6. Thank you for your explanation, very good content. 3e80442b28e03097e43c7a8e5f38a6db
    define dedektörü

    ReplyDelete

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah