Tuesday, October 20, 2009

Allah telah mengutuskan untuk kamu seorang pemimpin dan Dia gubalkan suatu sistem untuk kamu. Dia gariskan segala undang-undang dan Dia turunkan sebuah kitab. Dia halalkan yang halal dan Dia haramkan yang haram. Dia bimbing kamu ke arah yang baik untuk kamu dan kebahagiaan kamu. Dia pimpin kamu ke arah jalan yang betul. Namun adakah kamu mengikut pemimpin yang dilantik oleh-Nya? Adakah kamu hormati sistem-Nya? Adakah kamu laksanakan undang-undang-Nya? Adakah kamu sanjungi kitab-Nya? Adakah kamu halalkan apa yang dihalalkan-Nya dan kamu haramkan apa yang diharamkan-Nya?

Jawablah dengan terus terang dan kamu akan lihat kenyataannya di hadapan mata kamu. Semua sistem yang kamu guna pakai dalam seluruh urusan hidup kamu adalah sistem yang diikut secara membuta tuli tanpa ada kaitan langsung dengan Islam. Tidak bersumberkan Islam dan tidak berpandukan ajaran Islam.

Sistem politik dalam negara.

Sistem hubungan antarabangsa.

Sistem kehakiman.

Sistem pertahanan dan ketenteraan.

Sistem kewangan dan ekonomi yang dilaksanakan oleh negara dan individu.

Sistem pendidikan dan kebudayaan.

Malah sistem keluarga dan rumah tangga.

Termasuklah sistem yang berkaitan dengan tingkah laku individu.

Keseluruhan budaya yang diamalkan oleh pemerintah dan rakyat hari ini malah seluruh aspek kehidupan, keseluruhannya menyimpang jauh daripada Islam dan ajaran Islam.

Apakah yang masih ada?

Suatu hakikat yang perlu kita akui, hari ini wujud arus yang begitu kuat melanda umat Islam. Kini wujud gelombang besar yang sedang menenggelamkan fikiran dan akal kita kerana kealpaan kita, kerana umat Islam terlena, juga kerana sebahagian umat Islam tenggelam dalam kemewahan dan kesenangan... Akibatnya lahirlah pelbagai ideologi dan dakyah, berkembanglah pelbagai sistem dan falsafah. Tumbuhlah pelbagai tamadun dan peradaban. Semua ini menggugat ajaran Islam yang ada pada umat Islam. Malah umat Islam diserang sehingga ke akar umbi dari segenap arah.

Fahaman ini menyerang dari segenap sudut. Fahaman ini menyusup masuk hingga ke daerah, rumah dan tempat tidur mereka. Malah berjaya menguasai hati, fikiran dan perasaan mereka. Pintu terbuka untuk mereka memperdaya, mempesona dan menguasai umat Islam sedangkan semua ini tidak mampu dilakukan oleh orang lain sebelum ini. Seluruh umat Islam dilanda fahaman ini. Negara-negara yang selama ini menjadi teras kepada negara Islam yang lain juga turut terpedaya. Apatah lagi negara-negara Islam lain, mereka begitu terpengaruh dengan fahaman ini. Akibatnya lahirlah generasi yang kehilangan identiti dan lebih cenderung kepada yang lain daripada Islam. Merekalah seterusnya yang menentukan hala tuju umat ini. Mereka menerajui aspek pemikiran, kerohanian, politik dan pelaksanaan dasar.

Dengan ini mereka meneraju rakyat yang terlena ke arah yang mereka kehendaki malah ke arah budaya mereka. Malangnya rakyat sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang mereka kehendaki dan ke mana hala tuju mereka. Lantas suara pendokong-pendokong ideologi sesat ini semakin lantang bersuara, kata mereka: “Bebaskan kami daripada saki-baki Islam dan warisan Islam yang masih ada. Marilah bersama kami dengan penuh rela hati untuk menikmati semua keperluan hidup, tanggungjawab, fikiran dan budaya dalam hidup ini. Ketepikan semua fikiran kolot. Jangan kamu menipu, hipokrit dan berdegil; kamu bertindak seperti orang Barat dan bercakap seperti orang Islam.”

Kita perlu sedar bahawa kita sebenarnya telah begitu jauh daripada ajaran Islam, jauh daripada asas dan landasan Islam. Islam tidak melarang kita mencedok apa yang baik atau menerima sesuatu ilmu walau dari mana sekalipun. Apa yang dilarang keras oleh Islam ialah kita meniru bulat-bulat mereka yang tidak berpegang sedikitpun kepada agama Allah. Apatah lagi apabila kita menolak ke tepi akidah, kewajipan dan undang-undang Islam, hanya semata-mata untuk mengikut jejak langkah mereka yang terpesona dengan dunia dan diperdaya oleh syaitan.

Memang benar ilmu, pengetahuan, dan cara pemikiran semakin maju, harta semakin bertambah, dunia semakin canggih, kehidupan di bumi semakin indah dan menarik. Manusia semakin mewah dan senang. Namun apakah semua ini membawa kebahagiaan kepada manusia? Apakah hidup mereka semakin aman atau jiwa mereka semakin tenang dan tenteram?

Adakah tubuh ini dapat merasa tenang berlabuh di atas pembaringan?

Adakah mata ini tidak lagi berlinangan air mata?

Adakah jenayah telah berjaya dihapuskan dan masyarakat terselamat daripada angkara penjenayah?

Adakah fakir miskin terbela dan berjuta-juta perut yang kebuluran kini kekenyangan?

Adakah semua tempat hiburan dan menyeronokkan yang tumbuh ibarat cendawan ini dapat menghilangkan kesedihan?

Adakah semua bangsa dapat menikmati kesejahteraan dan keharmonian serta selamat daripada ancaman musuh atau mereka yang zalim?

Tidak, tiada apa yang dapat dicapai. Jadi apakah kelebihan tamadun ini berbanding tamadun yang lain?

Malah bukan setakat itu sahaja.

Kita sendiri dapat lihat bagaimana segala sistem, ajaran dan falsafah termasuk dari segi sains dan statistik, semuanya saling bercanggah. Akhirnya mereka terpaksa melihat ke belakang dan menilai semula segala hasil yang sekian lama diusahakan serta segala pengorbanan yang telah dicurahkan dan terpaksa merasai keperitan akibat sebuah kegagalan.

Jadi, Apakah Peranan Kita???

Bersambung....

Muhasabah: Apa Peranan Kita (1)

Thursday, October 15, 2009

Kebanyakan orang memahami kewajiban sebagai bebanan berat yang harus dipikul dan dipertanggungjawabkan di hadapan pemberi kewajiban itu. Sehingga yang terbayang adalah pemberat-pemberat yang ada di bahu. Dan semakin banyak kewajiban yang ada maka semakin terasa berat pula beban hidupnya. Sungguh kasihan hidup yang penuh beban, selalu merasa dalam penderitaan dan tekanan.

Berbeza dengan orang beriman, ia memahami kewajiban yang telah Allah tetapkan dengan pemahaman yang indah dan menyenangkan, ia memahami kewajiban itu sebagai:

1. Peluang terbesar untuk mendekatkan diri kepada-Nya,

2. Peluang untuk meningkatkan kualiti diri, dan

3. Tangga untuk memperoleh cinta Allah, yang dengan cinta itu manusia akan

terjaga dirinya,

4. Menjauhkan diri dari tarikan dunia dan menfokuskan diri pada sikap rabbani.

Rasulullah saw bersabda: Sesungguhnya Allah swt berfirman dalam hadits Qudsi.

”Barang siapa yang memusuhi kekasih-Ku maka Aku nyatakan perang kepadanya. Dan tidak ada amal ibadah yang dilakukan hamba-Ku untuk mendekatkan diri kepada-Ku lebih Aku cintai dari pada kewajiban yang telah Aku tetapkan atasnya. Dan hamba-Ku akan terus mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah sehingga Aku mencintainya. Maka ketika Aku telah mencintainya, Aku menjadi pendengaran yang dia gunakan untuk mendengar, mata yang dipergunakan untuk melihat, tangan yang dipergunakan untuk memegang, kaki yang dipergunakan untuk berjalan. Jika ia meminta-Ku pasti akan Aku berikan, dan jika ia meminta perlindungan-Ku pasti akan Aku lindungi.” (HR Bukhari)
Kadar kewajiban

Allah swt telah menetapkan kewajiban bagi manusia ini sesuai dengan kapasiti dan kemampuan setiap orang, Firman Allah swt yang bermaksud:

”Dan Allah tidak membebankan kepada seseorang kecuali sesuai dengan apa yang dimampui.” ( QS. 2/Al Baqarah: 286)

Kewajiban guru berbeza dengan kewajiban murid, kewajiban imam berbeza dengan kewajiban makmum, kewajiban orang miskin berbeza dengan kewajiban orang kaya dan sebagainya. Masing-masing telah mendapatkan bahagian kewajiban yang sebanding dengan keperluan kebaikan yang hendak dicapai.

1. Kewajiban dzatiyah (pada diri sendiri) menjadi keperluan orang untuk mendapatkan kualiti peribadi yang unggul, sehingga ia menjadi soleh bagi dirinya secara fizikal, intelektual, dan spiritual.

2. Kewajiban kepada Allah, berfungsi untuk tautsiqushshilah (menguatkan

hubungan dengan Allah), sehingga setiap saat pertolongan Allah dapat diraih untuk mendapatkan kejayaan hidup dunia dan akhirat.

3. Kewajiban kepada sesama manusia berfungsi untuk membina keharmonian kehidupan dalam ikatan nilai dan kebaikan. Kewajiban itu mencakupi:

a. Kewajiban kepada kedua orang tua.

b. Kewajiban suami isteri

c. Kewajiban kepada anak

d. Kewajiban kepada kerabat

e. Kewajiban kepada tetangga

f. Kewajiban kepada saudara

g. Kewajiban kepada manusia pada umumnya.

Dimana posisi kita dari semua kewajiban itu?

1. Jika kita hanya dapat menunaikan kewajiban dzatiyah maka, kita baru dapat mensolehkan diri sendiri, secara fizikal, intelektual, dan spiritual. Dan jika kita tidak mampu mensolehkan diri dalam apek-aspek penting itu, bagaimana mungkin kita akan mampu mensolehkan orang lain.

2. Jika kewajiban kepada Allah tidak terpenuhi dengan baik, maka akankah ada kedekatan jarak dengan Allah? Jika tidak dekat dengan Allah, akankah pertolongan Allah dapat diterima.

3. Jika kewajiban kepada sesama manusia dalam pelbagai statusnya tidak dapat dilaksanakan dengan baik, akankah mereka bersimpati dan berbaik sikap dengan kita? Rasulullah saw yang senantiasa bersikap baik, menunaikan kewajiban kemanusiaan kepada siapapun walaupun masih berhadapan dengan respon yang tidak menyenangkan.

4. Bagaimana mungkin orang tua akan bersimpati dan mahu mendengar ucapan anaknya, jika sang anak tidak menunaikan kewajibannya kepada kedua orang tuanya?

5. Bagaimana mungkin pasangan hidup akan mahu menerima dengan redha dan ikhlas akan pasangannya jika ia tidak menunaikan kewajibannya dengan baik?

6. Akankah anak menghargai dan menghormati kedua orang tuanya dengan ikhlas, jika kedua orang itu tidak menunaikan kewajibannya dengan baik?

7. Apakah kaum kerabat akan bersimpati jika kewajiban kepada mereka tidak terpenuhi?

8. Akankah para tetangga akan menjadi saksi dan pembela yang ikhlas kepada kita, jika kewajiban kepada mereka tidak ditunaikan?

9. Akankah masyarakat mahu memilih kita, jika kewajiban kepada mereka tidak kita berikan?

Dan kita memerlukan mereka semuanya, untuk kepentingan dakwah dan mengurus kehidupan yang lebih baik dan lebih mulia. Tidak akan bererti apa-apa kesolehan peribadi yang kita bangun tinggi jika tidak memberi kesan yang baik bagi kesolehan dilingkungan kehidupan para da’ie.

Semakin banyak peranan yang ingin kita mainkan, maka semakin banyak pula kewajiban yang harus kita tegakkan. Banyak peranan dengan sedikit kewajiban tertunaikan adalah kebangkrupan, dan banyak kewajiban tanpa peranan adalah kemandulan. Dan kita hanya ingin memiliki ahli dakwah yang berperanan aktif, produktif, dan dinamik. Dan untuk semua itu, kewajiban di semua peringkat harus terpenuhi.

Wallahu a’lam.

Mengurus Kewajiban Dengan Hikmah

Sunday, October 11, 2009

Merujuk pada ayat-ayat Al Qur’an, para ulama membahagi hati kepada 3 (tiga) jenis:

1. Al Qalb As Salim (Hati yang Suci Bersih):
Inilah hati yang akan membawa kebahagiaan dunia dan akhirat bagi pemiliknya sebagaimana firman Allah:

“Pada hari dimana tiada gunanya lagi harta dan anak, kecuali orang yang datang kepada Allah dengan hati yang sejahtera.” (Q.S. Asy Syu’araa’ (26): 88-89).

Salim atau sejahtera / sihat adalah lawan sakit. Ertinya hati tersebut sihat dan selamat dari semua penyakit syahwat yang menentang perintah Allah dan larangan-Nya. Juga sihat dan selamat dari semua penyakit syubhat yang menentang berita-Nya. Kerananya, ia selamat dari penyembahan kepada selain Allah. Jika ia cinta, maka cintanya kerana Allah. Dan jika ia benci, maka bencinya juga kerana Allah.

Inilah hati yang bersih dari noda, sehingga menjadi jernih dalam melihat, menimbang dan menilai sebuah masalah. Ia menjadi lembut dan memiliki empati, sehingga mudah tersentuh, memiliki kecerdasan emosi, sehingga dirinya sentiasa tenang dan jauh dari sifat-sifat mahmuzah, kekasaran dan kekerasan. Sementara itu kuat ertinya tahan ujian, tidak mudah retak apalagi pecah. Hati yang bersih melahirkan sifat sabar, istiqamah, tidak mudah kusut dan menyerah ketika menghadapi ujian, tentangan dan cubaan.

Kesimpulannya, pada dirinya terkumpul semua jenis kebaikan dan kebajikan. Dalam konteks kehidupan rumah tangga, maka hati yang bersih yang dimiliki oleh seorang suami dan isteri akan menghadirkan keharmonian kehidupan rumah tangga sehingga menjadi rumah tangga yang bahagia dalam ertikata yang sebenarnya.

2. Al Qalb Al Mayyit (Hati yang Mati):
Hati yang tidak ada kehidupan di dalamnya sehingga tidak mengenal Rabbnya dan senantiasa hidup dalam gelumang dosa dan maksiat. Tidak pernah mahu berubah meskipun sudah diperingatkan dengan ayat-ayat Allah dan hadits-hadits Nabi saw seperti dalam firman Allah:

"Sesungguhnya orang-orang kafir, sama saja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan, mereka tidak akan beriman. Allah telah mengunci-mati hati dan pendengaran mereka, dan penglihatan mereka ditutup. Dan bagi mereka siksa yang amat berat" (QS Al Baqarah [2]: 6-7).

Hati yang seperti ini jika sudah menang dengan syahwatnya, maka tidak akan pernah memperdulikan lagi Tuhannya redha atau tidak. Justeru ia menyembah kepada selain Allah. Jika ia cinta, maka cintanya kerana hawa nafsunya. Dan jika ia benci, maka bencinya juga kerana hawa nafsunya. Hawa nafsu benar-benar menjadi imamnya. Panglimanya adalah syahwat. Jurupandunya adalah kebodohan dan kenderaannya adalah kelalaian. Dia mati sebelum mati.

Maka berhati-hatilah bergaul dengan pemilik hati ini yang berpenyakit. Berinteraksi dengannya adalah racun dan duduk bersamanya adalah kebinasaan.

Hati yang buta sebagaimana disinggung ayat di atas adalah analogi dari hati yang mati ini. Selain itu, Al Qur’an menyamakan jenis hati ini dengan dengan batu yang keras sebagaimana firman Allah,

“Kemudian setelah itu hati kalian menjadi keras seperti batu, atau lebih keras dari itu ……” (QS Al Baqarah [2]: 74)

Ibarat besi, hati yang mati itu telah berkarat sehingga sukar, jika tidak boleh dikatakan mustahil, apatah lagi untuk diharapkan hidup, apalagi bersih.

Allah swt berfirman:

“Sekali-kali tidak (demikian). Bahkan telah menutupi hati mereka kerana apa-apa yang mereka kerjakan.” (QS Al Muthaffifin [83]: 14).

Sehingga yang dominan dalam hidupnya adalah kekufuran, kezaliman, dan kemaksiatan serta keburukan.

Dan Al Qur’an ketika menyinggung hati yang mati, konteksnya adalah orang-orang kafir. Kerana itu, seorang mukmin harus selalu mewaspadai diri untuk menjauhi dari hati yang mati ini. Keluarga bahagia yang mahu di bina hanya ada dalam mimpi, tidak akan pernah terealisasi jika suami dan isteri memiliki hati yang mati.

3. Al Qalb Al Maridh (Hati yang Sakit):
Hati yang terdapat di dalamnya kehidupan, namun juga terdapat penyakit. Antara Mahabbatullah (mencintai Allah) dan Mahabbatusy Syahawaat (mencintai syahwat) bertarung dan berkecamuk menjadi satu dalam hati. Inilah hati orang-orang munafik. Allah swt berfirman:

"Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta" (QS Al Baqarah [2]: 10).

Al Qur’an menyinggung hati yang seperti ini ketika berbicara tentang sifat-sifat orang-orang munafik. Sesungguhnya jenis hati ini amat merbahaya. Namun, masih ada harapan untuk sembuh. Ini kerana, setiap penyakit pasti ada ubatnya.

Akhirnya, mari kita hati-hati dengan hati kita. Jetahuilah bahawa masa depan manusia ditentukan oleh hati. Solat, zakat, infak, sedekah, puasa, haji, tilawah Al Qur’an, memperbanyak zikir, tafakkur, aktif berdakwah, komitmen tarbiah dan beragam amal soleh yang dilaksanakan adalah terapi hati yang pasti jitu kerana hal itu diperintah Allah dan amat di tuntut oleh Rasulullah saw.

”Petikan tazkirah yang penulis sampaikan dalam kuliah maghrib di sebuah IPT di Kelantan.”

Hati-hati dengan Hati Anda...

Tuesday, October 06, 2009

Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk”
(Surah al-Kahfi 18: 13)

Kaum muda merupakan lapisan masyarakat yang paling kritis. Mereka memiliki wawasan ke depan dan tidak pernah puas dengan situasi yang ada. Sikap pemuda sentiasa idealis, penuh cita-cita dan harapan. Baik terhadap sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

Lantaran itu pula anak-anak remaja, bakal pemuda, menjadi sasaran orang-orang yang ingin merubah keadaan suatu masyarakat menjadi buruk. Mereka dihidangkan dengan kebatilan yang menjadikan mereka jauh dari agama ALLAH. Mereka diberikan racun melalui media massa, berupa televisyen, radio, majalah, filem-filem, komik, novel, laman web lucah, dan sebagainya. Itulah racun sekularisme, pembaratan serta penurunan moral dengan pelbagai bentuknya.

Maka lihatlah anak-anak remaja yang membuat masalah di tengah-tengah masyarakat. Mereka hidup untuk mengganggu orang lain, bermabuk-mabukan, berpesta dan berdisko, berpeleseran di waktu malam tanpa tujuan dan lain-lain. Keadaan ini disedari atau tidak merupakan hasil perosakan terhadap generasi muda melalui media massa dan media cetak yang terancang. Yang lebih merbahaya adalah kerosakan pola pemikiran melalui orang-orang yang mengaku dirinya intelek, yang rata-ratanya lulusan pengajian tinggi yang canggih dengan ilmu dan pengetahuan serta falsafah yang mengelirukan. Dan sasaran mereka ini juga adalah para pemuda, kerana mereka juga ingin diikuti oleh para pemuda. Mereka-mereka itu sebenarnya generasi muda yang berpotensi. Hanya kerana situasi lingkungan yang buruk dan menyesatkan, membuatkan mereka hanyut dibawa arus program syaitan dan iblis.

Dakwah Islam dan Pemuda

Perubahan masyarakat dari buruk menjadi baik, dari kegelapan kepada cahaya, dari jahiliyyah menjadi Islam merupakan sasaran dakwah Islam. Islam merupakan agama yang mengajak umatnya berfikir dinamik, kritis dan kreatif… tapi bukan untuk merosak. Islam tidak menyetujui sikap jumud (statik) dalam segala hal. Ini kerana sifat dakwah Islam yang dinamik, kritis dan kreatif akan membawa dakwah ini mudah diterima dan dicerna oleh kalangan muda, tidak membingungkan dan meragukan.

Semangat dan cita-cita yang tinggi para pemuda hanya dapat ditampung dan disalurkan oleh Islam. Islam adalah ajaran ALLAH yang sempurna, tanpa cacat dan cela. Islam adalah agama yang mengajak manusia kepada kebaikan di dunia dan akhirat.

Ajaran Islam mengarahkan dan membimbing pemuda untuk beribadah, mengabdi, dan berbakti kepada Dzat yang Maha Tinggi, Agung dan Mulia… iaitu ALLAH SWT. Islam melatih mereka agar selalu menghubungkan diri kepada Penguasa Tunggal alam semesta. Dengan ini, mereka menjadi orang-orang yang akan menyebarluaskan rahmat dan kasih sayang ALLAH ke tengah-tengah umat manusia. Islam tidak rela para pemuda yang berpotensi itu terjerumus dalam kebejatan moral yang akan membuat mereka menjadi musuh ALLAH dan sampah masyarakat.

Tidak menghairankan, ketika Islam muncul, para pendukungnya kebanyakkan terdiri dari kaum muda yang haus akan kebenaran dan keadilan. Rasulullah SAW selama 13 tahun pertama berdakwah di Makkah tidak banyak menghasilkan jumlah pengikut. Ini kerana penduduk Makkah kebanyakan orang-orang tua yang sangat kuat memegang tradisi dan adat istiadat jahiliyyah.

Tetapi ketika Islam di bawa ke Madinah, sambutan meriah dan positif pun mengalir bagai ombak yang bergulung. Penduduk Madinah melihat Islam sebagai aturan hidup yang benar. Hati mereka diterangi cahaya petunjuk ALLAH. Maka dengan ikhlas mereka tinggalkan semua adat kebiasaan jahiliyyah dan merubahnya menjadi Islam. Mereka tukar kekufuran dan kedurhakaan dengan iman dan ketaatan. Hal ini disebabkan penduduk Madinah umumnya terdiri dari kaum muda.

Di sisi lain, Rasulullah SAW pun menjadikan pemuda sebagai anasir taghyir (unsur-unsur perubah). Mereka dilatih dan dibimbing untuk menjadi pemimpin dan juru dakwah. Mereka dibentuk menjadi amilin-amilin Islam yang bersungguh dan cekal. Mereka antara lain Ali bin Abi Talib, Mus’ab bin Umair, Sa’ad bin Abi Waqash, Zaid bin Haritsah, Umar bin Khattab, Usamah bin Zaid, juga kebanyakan para sahabat Nabi.

Sebagai contoh, da’ie dan duta Islam pertama yang diutus Rasulullah SAW di kota Yathrib adalah Mus’ab bin Umair. Dahulunya, beliau adalah pemuda yang perwatakan kemas dan selalu berpakaian cantik. Setelah menerima Islam dan ditarbiyah oleh Rasulullah SAW, Mus’ab berubah menjadi pemuda sederhana, tetapi aktif di jalan dakwah dan jihad Islam. Sehingga saat meninggal dunianya Mus’ab, Rasulullah menitiskan air matanya melihat Mus’ab yang dahulunya mewah, hanya dikafani kain yang buruk. Beruntunglah Mus’ab sebagai pemuda dakwah yang telah menjalankan amanahnya.

Kendatipun masih muda belia, prestasi Mus’ab dalam dakwah sangat hebat. Dalam tempoh waktu kurang dari setahun, beliau berjaya mengIslamkan kurang lebih 70 orang penduduk Yathrib. Mereka itulah yang datang kepada Rasulullah SAW untuk berbai’ah (berjanji setia sehidup semati) di bukit Aqabah.

(Bersambung...)

PEMUDA ISLAM & AMANAH DAKWAH (1)

Sunday, October 04, 2009

Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun*.
*(Ertinya: Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami akan kembali. Kalimat Ini dinamakan kalimah istirjaa (pernyataan kembali kepada Allah). Disunatkan menyebutnya sewaktu mendengar atau ditimpa marabahaya baik besar mahupun kecil.)

Saat penulis mencoretkan cacatan ini, hampir seribu orang telah meninggal dunia dalam tragedi gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Syukur para pelajar Malaysia tiada yang menjadi mangsa kritikal. Penulis sempat menghubungi sahabat penulis di Sumatera, beliau mengkhabarkan situasi di Padang lebih kritikal jika dibandingkan semasa tragedi gempa bumi di Jogyakarta pada tahun 2006 yang lalu. Angka kematian mungkin tidak seramai dari tragedi Jogyakarta, tetapi kemusnahan di Padang amat besar, tambah beliau lagi. Penulis pernah menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Jogyakarta ketika daerah itu di landa gempa bumi 3 tahun yang lalu. Hampir seminggu penulis berada di sana dan menyaksikan sendiri sebahagian tanda-tanda kebesaran Allah swt. Penulis mengetuai pasukan kumpulan pertama Medik dari HALUAN Malaysia turut merasai beberapa kali gegaran susulan sepanjang berada di sana. Pengalaman tersebut tidak mungkin penulis akan lupa dalam ingatan, kerana melihat kematian dan musibah adalah sebahagian dari tarbiyah Allah buat kita semua.
Allah swt.berfirman dalam surah Al Baqarah: 155 – 157 yang bermaksud:

”Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: "Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji'uun". Mereka Itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka Itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

Lihatlah orang-orang yang telah pergi selamanya… bukan hanya di Padang, Sumatera, tetapi juga di sekeliling kita.Pelbagai musibah juga sedang melanda, ribut, kemalangan, keruntuhan, kecelakaan, H1N1, sakit jantung, pembunuhan, dan seribu satu musibah dan kematian. Bahkan ramai yang “mati” sebelum mati. Bukan hanya seorang, tetapi ramai. Anak bangsa kita juga mungkin sedang nazak dan ada yang telah “mati” sebelum “mati” saat terjebak dengan maksiat durjana. Berkali-kali kita ini dihambat dengan musibah, tetapi tidak ramai yang segera bangkit, sedar dan berubah.

Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Bangunkan kesedaran diri. Jangan mabuk duniawi, tetapi bersyukur dan jauhilah dari jerangkap samar dunia. Agar kita selamat saat kematian menjemput kita.

“Alhaakumut-takaatsuur hattaa zur tumul maqoobir”

”Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur.” (At Takaatsur: 1-2)

Budaya bermegah-megahan kini menjadi trend kehidupan semasa, bermegahan dalam soal banyaknya harta, anak, pengikut, kemuliaan, kekayaan, kenderaan, rumah, perabot, pengaruh, keglamouran dan seumpamanya, telah melalaikan manusia dari ketaatan.

Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Musibah demi musibah terjadi, salah satunya kerana dosa-dosa dan maksiat menutup hati kita sehingga terlena kita dalam nafsu duniawi. Musibah adalah petanda agar kita tersedar. Hasan Al Basri berkata:

“Tidaklah menimpa seorang hamba suatu musibah yang lebih besar atau lebih kecil kecuali kerana dosa." (Mukhtashar Minhajul Qashidin)

Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Kematian orang lain adalah signal amaran kepada kita agar kita sedar. Justeru hari ini kita mesti banyak istighfar dan zikrullah. Untuk memaknai bahawa musibah kematian sebagai sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Allah swt., maka hati kita perlu di’hidup”kan kembali fungsinya. Kita takut kita tergolong dalam golongan yang hidup tetapi hatinya telah mati. Kata Imam Syaffi’i kepada orang yang tidak menggunakan waktunya untuk melakukan kebaikan, ibadah dan dakwah, mereka perlu ditakbirkan empat kali (disolat jenazahkan). Apakah termasuk kita? Wallahu’alam bish showab. Sabda Nabi saw yang bermaksud:

“Perumpamaan orang yang mengingati Allah dengan orang yang tidak mengingati Allah itu seperti orang yang hidup dengan orang yang mati.” (Hadith riwayat Bukhari dari Abu Musa Al Asy’ari ra.)

Orang yang sudah “mati” hatinya itu tidak ingat Allah. Tidak ingat siapa dirinya. Tidak peduli bagaimana nanti di hari kemudian, yang penting hari ini bersenang-senang.

Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Betapa ramai yang tidak mengerti dan tidak peduli akan hakikat ini. Menganggap dirinya masih punya waktu sehingga menunda-nundakan amal taubatnya, melambat-lambatkan amal ibadahnya, mensia-siakan amanah yang Allah berikan kepadanya, meleburkan kesempatan mengkoreksi diri sendiri, menunda-nundakan pekerjaan kebaikan dan membazirkan potensi yang Allah pinjamkan di sepanjang hari untuk kepentingan diri sendiri. Pesan Nabi saw. ada empat tanda kesengsaraan hidup:

“Diantara tanda-tanda kesengsaraan adalah mata yang beku, hati yang keras, terlampau memburu kesenangan dunia, dan orang yang terus menerus melakukan perbuatan dosa.” (Hadith riwayat Al Hakim).

Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Bila Izrail datang memanggil,
Jasad terbujur dipembaringan
Seluruh tubuh akan menggigil
Sekujur badan yang keheningan

Bila jasad berkubur dipembaringan..Nasyid ini sering menggugah jiwa tatkala menyapa di halwa telinga. Persoalannya, apakah kita sudah membuat persiapan?

Akuilah, bahawa kita perlukan siraman iman yang menyegarkan. Saat menyedari dan menginsafi kelemahan diri, kita perlukan oasis penyegar jiwa, air yang menyejukan, sentuhan yang membangkitkan ruh, nasihat pembakar semangat hati, empati rasa peduli dan tausiyah yang menggugahkan. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang yang beriman.”

Nasihat dan peringatan penting, apalagi saat-saat genting, untuk memenangkan jiwa yang kalah dengan hawa nafsu, untuk mengukuhkan fikiran yang kalut dengan pelbagai kemelut dunia, untuk menyegarkan badan yang letih longlai oleh pekerjaan dan untuk menghalakan potensi kepada kebaikan setelah habis diperah oleh duniawi yang menggila.

Semua ini memerlukan ruh baru yang mengghairahkan. Zikir yang menyedarkan. Orang yang sedar, itulah yang akan menang. Memang, adakalanya jiwa itu sakit, perit bila dinasihati atau diperingatkan. Barangkali akan terluka oleh kata-kata nasihat. Tidak mengapa. Terimalah dengan lapang dada. Bersihkan hati dari dengki. Bersihkan fikiran dari buruk prasangka. Mari jujurkan diri, bersihkan nurani dan haluskan budi.

Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun.

Sebab kematian begitu dekat,,,dekat dan sangat dekat….

“Faman zuhjihaa ‘anin-naari waudkhilal jannah… faqod faz”

“Maka barangsiapa diselamatkan dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dialah orang yang beruntung.”

Firman Allah swt. lagi dalam Al Quran:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.” (Ali Imran: 185)

Semoga Allah memilih hati kita untuk “dihidupkan” dengan hidayah-Nya. Amin.
Al Fatihah buat saudara-saudara kita yang terkorban akibat gempa bumi di Padang, Sumatera Barat.

Friday, October 02, 2009

Pembinaan dakwah Rasulullah s.a.w terhadap pemuda dan menyediakan diri mereka untuk
mengharungi kehidupan.

Kepada kamu wahai pemuda-, saya kemukakan beberapa pesanan Rasulullah s.a.w mengenai persediaan ini agar kamu mengetahui bagaimana cara pembinaan yang dilakukan.

Di dalam menyediakan pemuda supaya mentaati Allah, mengabdikan diri kepadaNya dan menjauhi segala perkara yang dilarang... Rasulullah s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

”Tujuh golongan yang akan dilindungi oleh Allah di hari yang tidak ada perlindungan kecuali perlindunganNya..... pemuda yang hidup di dalam keadaan memperhambakan diri kepada Allah.”

Di dalam menyeru pemuda supaya mengambil segala kesempatan untuk membentuk peribadi mereka samada dari sudut rohani, jiwa, jasmani, mental dan akhlak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Al Hakim yang maksudnya:

”Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara, hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, masa lapangmu sebelum masa sibukmu, mudamu sebelum tuamu dan kayamu sebelum miskinmu.”

Di dalam memelihara jiwa pemuda daripada terpesong, terseleweng dan menjaga kesuciannya dengan berkahwin seperti yang telah di syariatkan oleh Allah kepada umat Islam... Baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Jamaah yang bermaksud:

”Wahai para pemuda, sesiapa dari kalangan kamu yang mampu untuk berkahwin, hendaklah dia berkahwin kerana ia dapat menjaga pandangan dan memelihara kemaluan.”

Di dalam memuhasabah tanggungjawab pemuda di hadapan Allah s.w.t di akhirat kelak... baginda bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi:

“Tidak melangkah seorang hamba pada hari akhirat kelak sehingga dia ditanya tentang umurnya pada apa yang telah dihabiskannya, masa mudanya pada apa yang telah dipenuhkannya, hartanya dari mana dia mendapatinya dan ke mana dia membelanjakannya dan ilmunya apakah yang telah dilakukan dengannya.”

Di dalam istiqamah pemuda di atas manhaj Islam dan berterusan di dalam ketaqwaan kepada Allah... baginda s.a.w telah bersabda di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Ya’la:

“Sesungguhnya Allah sangat kagum pada pemuda yang tidak ada baginya masa muda (untuk bergembira dan bersuka-suka kerana masa mudanya dipenuhi dengan beribadat kepada Allah).”

Di dalam wasiat Rasulullah s.a.w kepada Umat Islam supaya menjaga pemuda dan menjelaskan tentang kelebihan mereka berbanding dengan orang-orang tua... baginda s.a.w bersabda:

“Aku berpesan kepada kamu supaya berbuat baik kepada pemuda, sesungguhnya hati mereka paling lembut. Sesungguhnya Allah telah mengutus aku membawa agama Hanafiah lalu para pemuda bergabung dengan aku dan orang-orang tua menentang aku.”

Itulah asas-asas terpenting kepada pembinaan peribadi pemuda dan masyarakat. Tidak syak lagi bahawa matlamat daripada pembinaan dan persediaan ini adalah supaya pemuda terbentuk dengan pembentukan yang sempurna dari aspek rohani, akhlak, mental, jasmani dan jiwa... serta seluruh aspek yang menyempurnakan keperibadian mereka.

Dengan pembentukan ini para pemuda akan lebih berkemampuan untuk menghadapi berbagai cabaran, melaksanakan tanggungjawab dan berpegang teguh dengan dasar-dasar Islam. Mereka tidak akan terseleweng, merasa lemah, terpesong bersama bawaan angin fitnah, menyerah kalah kepada tipu daya kefasadan, berputus asa dan lemah semangat. Begitu juga mereka tidak akan tergelincir ke dalam lubang keruntuhan dan penyelewengan.

Begitulah, pemuda muslim akan kekal sebagai seorang yang sihat, teguh, beriman, berjihad menyampaikan risalah Islam, menunaikan amanah dan bekerja untuk Islam... sehingga dia dimatikan oleh Allah dalam keadaan yang mulia atau dia mengadap Tuhannya sebagai seorang syuhada’.

Memang benar mereka adalah pemuda. Pemuda yang sedang mengecapi nikmat kemudaannya, menjauhkan diri dari kejahatan mata, lari daripada kebatilan kaki-kaki mereka, beribadah (‘abid) di waktu malam dan pejuang di siang hari. Mereka berjihad di jalan Allah dan tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Mereka diutuskan oleh Allah untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan diri sesama manusia kepada perhambaan diri kepada Allah, Tuhan sekelian alam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasannya, daripada kedurjanaan agama-agama yang lain kepada keadilan Islam.

Adakah kamu mengetahui -wahai para pemuda- panji-panji Islam tidak akan dapat ditegakkan di dalam jiwa manusia sejagat, kekuasaannya tidak akan meluas ke seluruh pelusuk bumi dan dakwahnya tidak akan tersebar ke seluruh alam kecuali melalui tangan-tangan pemuda yang telah ditarbiah di madrasah Rasulullah s.a.w dan keluar daripada intitusi yang lengkap itu?!!

Rasulullah s.a.w, ketika wahyu di turunkan kepada baginda, umurnya baru menjangkau empat puluh tahun. Ia merupakan peringkat kesempurnaan pemuda. Abu Bakar lebih muda daripada baginda s.a.w sebanyak tiga tahun. Umar bin al-Khattab, ketika memeluk Islam berumur dua puluh tujuh tahun. Usman bin Affan lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. manakala Ali pula adalah yang termuda di kalangan mereka semua.

Begitu juga Abdullah bin Mas’ud, Said bin Zaid, Abdul Rahman bin Auf, Bilal bin Rabah, Mus’ab bin ‘Umair dan berpuluh-puluh bahkan beratus-ratus lagi dari kalangan para sahabat semuanya adalah pemuda.

Para pemuda generasi pertama dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka adalah orang-orang yang telah menjulang bendera “dakwah kepada Allah” dan pengibar panji-panji jihad... lalu Allah memberikan kemenangan yang besar dan tertegaknya daulah Islamiah melalui tangan mereka.

Kamu semua mengetahui –wahai pemuda-, bahawa tewasnya dua kerajaan besar dan kuat iaitu Rom dan Parsi, begitu juga tunduknya Syam, Mesir, Iraq, Tripoli dan Utara Afrika di bawah keadilan Islam adalah melalui tangan para pemuda. Semuanya ini sempurna dalam tempoh masa 35 tahun di zaman pemerintahan Khulafa’ ar-Rasyidin.

Pada tahun-tahun berikutnya kerajaan Islam telah meluas dan kekuasaan mereka tersebar hingga sampai ke Sind, sebahagian besar India, Turkistan dan sehingga ke sempadan China di Timur. Ia juga telah memasuki Sepanyol yang terletak di sebelah Barat Eropah. Kekuasaan Islam sentiasa meluas ke Timur dan barat, Utara dan Selatan sehingga menguasai sebahagian besar permukaan bumi. Khalifah kerajaan Abbasiah, Harun ar-Rasyid telah menggambarkan keluasan dunia Islam. Beliau telah berkata kepada awan yang bergerak diatasnya tetapi tidak menurunkan hujan kepadanya:

“Turunlah di mana sahaja kamu mahu. Sesungguhnya hasil keluaranmu akan di bawa kepada
kami”.

Semuanya tidak akan tercapai kecuali dengan keazaman, pengorbanan, jihad dan keinginan untuk syahid para pemuda.

Ya Allah! Sediakan bagi umat ini para pemuda yang mempunyai keazaman, pengorbanan dan jihad seperti orang-orang yang terdahulu daripada mereka... Semoga merekalah orang-orang yang akan mengembalikan kekuasaan daulah Islamiah, kemuliaan dan keagungan bagi umat Muhammad ini.

Syeikh Abdullah Nasih Ulwan

Pesanan Rasulullah saw. buat para pemuda Islam

Wednesday, September 30, 2009

Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya, "Setiap umat mempunyai sumber kepercayaan, sumber kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin Jarrah." Itulah penghargaan bintang mahaputra yang diterima oleh Abu Ubaidah dari Rasulullah saw. Penghargaan yang tidak diberikan Rasulullah kepada sahabat yang lainnya. Tapi ini bukan bererti, bahawa Rasulullah saw tidak percaya kepada sahabat yang lainnya. Memang kalau dilihat dari kenyataan yang ada Abu Ubaidah layak mendapatkan gelar seperti itu. Sekalipun ia tidak mengharapkannya.

Dari susuk tubuhnya yang tinggi, kurus tapi bersih, tampak di sana tersimpan sifat-sifat mulia yang tidak dimiliki orang lain. Jujur, tawadu', pemalu itulah diantara sifat yang paling menonjol dari Abu 'Ubaidah bin Jarrah r.a. Muhammad bin Ja'far pernah bercerita, suatu ketika datang rombongan Nasrani Najran menemui Rasulullah saw. "Ya Abalqasim," kata utusan itu, "Datangkanlah utusanmu ke negeri kami untuk menyelesaikan permasalahan yang sedang kami hadapi. Kami betul-betul redha dan yakin terhadap kaum muslimin." Rasulullah menyanggupinya dan menjanjikan kepada mereka seraya berkata, "Esok hari aku akan mengutus bersama kalian seorang yang benar-benar terpercaya, benar-benar terpercaya, benar-benar terpercaya." Rasululah menyebut "amin" (terpercaya) sehingga diulanginya tiga kali.

Tidak lama kemudian beritapun tersebar ditengah-tengah para sahabat ra. Masing-masing ingin ditunjuk oleh Rasulullah saw menjadi utusan. Umar ra mengungkapkan, "Aku benar-benar mengharap agar aku ditunjuk Rasulullah saw untuk mengurusi tugasan itu.

Aku sengaja mengangkat kepalaku agar baginda dapat melihatku dan mengutusku untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkannya. Rasul masih tetap mencari seseorang, sehingga beliau melihat Abu Ubaidah dan berkata, "Wahai Abu Ubaidah, pergilah engkau bersama-sama dengan penduduk Najran. Jalankan hukum-hukum dengan penuh kebenaran terhadap segala apa yang mereka perselisihkan. " Itulah mulianya ahklak Abu Ubaidah bin Jarrah.

Masuk kedalam saf da'wah Islamiyah.
Setelah Abu Bakar masuk Islam, dia senantiasa mengajak kawan-kawan dekatnya untuk mengikuti jejaknya. Keislaman beliau adalah atas ajakan Abu Bakar. Suatu ketika ia sedar dan memahami apa yang dimaksudkan Abu Bakar terhadap dirinya. Akhirnya dia berangkat bersama Abdurrahman bin 'Auf, Ustman bin Maz'un dan Arqam bin Abi Arqam untuk menemui Rasulullah saw. Di depan Rasulullah saw mereka sama-sama mengucapkan kalimat syahadah.

Pengorbanan
Setelah masuknya Abu Ubaidah dalam Islam, beliau sedar bahawa seluruh apa yang dia miliki harus sepenuhnya diberikan untuk Islam. Bukan setengah atau pun sebahagiannya. Harta, tenaga dan raga beliau persembahkan untuk Islam. Kalau Islam meminta hartanya akan dia infakkan, kalau tenaganya yang diperlukan, akan diberikan, bahkan kalaupun nyawa yang akan di minta itupun akan dikorbankan. Dia adalah seorang pemuda yang gagah berani yang sangat ditakuti oleh musuh-musuhnya dan sulit sekali untuk di kalahkan.
Setiap musuh mendekatinya pasti lehernya dipenggal. Itulah keistimewaan sahabat yang satu ini, hasil dari binaan madrasah Rasulullah saw. Ini dapat terlihat di dalam perjuangannya membela Islam. Dimana saat terjadinya perang Badar, Abu Ubaidah tampil kedepan, memerangi tentera musyrikin. Tatkala Abu Ubaidah lagi berhadapan dengan musuh, tiba-tiba ia dikejutkan oleh seorang lelaki yang mengasuhnya sejak kecil. Ayah kandungnya yang masih musyrik. Sebelumnya dia sudah berusaha agar jangan bertemu bapanya ditengah-tengah kancah peperangan.
Tapi apa hendak dikata, peperangan saat itu bukanlah peperangan antara Qabilah atau peperangan yang hanya untuk mempertahankan status quo. Akan tetapi adalah peperangan antara hizbullah(tentera Allah) dengan hizb syaithan (tentera musuh), peperangan antara yang haq dengan bathil, yang tidak mungkin disatukan selama matahari masih terbit dari sebelah timur. Akhirnya? dengan keimanan yang menyala-nyala terjadilah perlawanan antara sang anak dengan ayah, yang berakhir dengan gugurnya ayah kandung di depan matanya sendiri.

Setelah peristiwa tersebut Allah menurunkan firmannya:

"Kamu tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, saling berkasih sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapak-bapak, atau anak-anak atau saudara-saudara atau pun keluarga mereka. Mereka itulah orang-orang yang Allah telah menanamkan keimanan dalam hati mereka dan menguatkan mereka dengan pertolongan yang datang daripada-Nya. Dan dimasukkan-Nya mereka ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Allah rida terhadap mereka dan mereka pun merasa puas terhadap (limpahan rahmat)-Nya. Mereka itulah golongan Allah. Ketahuilah, bahawa sesungguhnya golongan Allah itulah golongan yang beruntung." (QS Al Mujadilah: 22).

Itulah Abu Ubaidah bin Jarrah, yang betul-betul menyerahkan hidup beliau sepenuhnya untuk Islam. Dia tidak menghiraukan sanak famili ataupun kaum kerabat, kalau Islam yang berbicara tidak dapat ditawar-tawar lagi, yang batil tidak mungkin didirikan diatas yang haq ataupun sebaliknya.

Di saat peperangan lagi berkecamuk, Rasulullah saw sempat terjatuh sehingga gigi depannya retak, keningnya luka, pipinya kena dua mata rantai perisai. Melihat keadaan seperti itu, Abu Bakar kasihan dan ingin mencabutnya, tapi ia dicegah Abu Ubaidah bin Jarrah. "Biarkan itu bahagian saya," pintanya. Abu Ubaidah tahu kalau ini di cabut dengan tangan Rasulullah pasti kesakitan, akhirnya dia mencuba mencabutnya dengan gigi depannya. Disaat mata rantai pertama tercabut, giginya masih utuh dan kuat, namun ketika mencabut mata rantai kedua giginya pun ikut tercabut juga. Subhanallah. Saat itu Abu Bakar berkata, "Sebaik-baik gigi yang terputus, itulah gigi Abu Ubaidah bin Jarrah."

Perjuangan
Jabir bin Abdullah pernah bercerita, "Suatu ketika Rasullah saw.mengutus kami dalam suatu peperangan yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah. Kami hanya dibekali sekarung kurma untuk tiga ratus orang. Padahal perjalanan sungguh jauh dan melewati padang pasir yang luas dan tandus. Di tengah-tengah perjalanan, disaat tentera sudah mulai lapar, Abu Ubaidah membahagi-bahagikan makanan untuk satu orang satu genggam kurma. Namun disaat bekal sudah mulai habis Abu Ubaidah membahagi-bahagikannya dengan satu kurma untuk satu orang.

Kurma yang satu itulah diisap-isap airnya sehingga menambah semangat kami dalam melanjutkan perjalanan. Tidak lama kemudian bekalpun habis, badan terasa letih dan lapar. Namun perjalanan masih jauh. Akhirnya kamipun memilih jalan dekat pantai. Tiba-tiba disaat kami betul-betul lapar, kami mendapati ikan besar yang sudah mati, mula-mula Abu Ubaidah melarang kami untuk memakannya. Akan tetapi, kerana keadaan sudah memaksa akhirnya kamipun memakannya, setelah itu kami meneruskan perjalanan."

Perjuangan Abu Ubaidah bin Jarrah pernah diutarakan oleh Umar bin Khattab. Pada suatu kesempatan Umar bin Khattab mengajukan pertanyaan kepada para sahabat,
"Tunjukkan kepada saya cita-cita tertinggi kalian." Salah seorang dari mereka mengangkatkan tangan dan berkata, "Wahai Amirulmukminin sekiranya rumah ini penuh dengan emas, akan saya infakkan seluruhnya untuk jalan Allah."

Umarpun mengulangi pertanyaannya, "Apa masih ada yang lebih baik dari itu?", lantas sahabat yang lainpun menjawab, "Wahai Amirulmukminin sekiranya rumah ini dipenuhi dengan intan, emas dan permata, niscaya akan saya infakkan seluruhnya untuk Allah." Umar bin Khattab kembali bertanya lagi dengan lafaz yang sama. Merekapun serentak menjawab, "Wahai Amirulmukminin kami tidak tahu lagi apa yang terbaik dari itu."
Umar bin Khathab kemudian menjelaskan, "Cita-cita yang terbaik adalah, seandainya ruangan ini Allah penuhi dengan pejuang muslim seperti Abu Ubaidah bin Jarrah yang jujur, adil dan bijaksana."

Menjelang hari kematiannya, Khalifah Umar pernah berkata, "Kalau Abu Ubaidah masih hidup maka aku akan menunjuknya sebagai khalifah penggantiku. Dan bila kelak Allah swt bertanya tentang apa sebabnya, maka aku akan menjawabnya, 'Aku memilih dia kerana dia seorang pemegang amanat umat dan pemegang amanat Rasulullah.' "

Demikianlah suriteladan dan keperibadian sahabat kita yang satu ini. Ia tidak pernah mundur dalam memperjuangkan kesucian Islam. Tenaga, harta, waktu, dan jiwanya ia korbankan demi Islam dan kejayaan umatnya.

Pemegang Kunci Amanah Ummah: Abu Ubaidah bin al Jarrah ra.

Monday, September 28, 2009

1. PENGERTIAN TAKABBUR
Rasulullah SAW mendefinisikan “takabbur” sebagai sikap “menolak kebenaran dan merendahkan orang lain”.

Pengertian itu Nabi sampaikan kepada orang yang mempertanyakan sikap salah seorang sahabat yang suka memakai baju dan sendal bagus. Sabda Nabi : Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan. Takabbur adalah menolak kebenaran dan meremehkan orang lain”. HR. Muslim.

2. BAHAYA TAKABBUR
Takabbur sangat berbahaya bagi manusia. Ia merupakan kesalahan pertama yang dilakukan makhluk Allah (iblis) di dunia ini, yang menyebabkannya diusir dari syurga. Pada kenyataannya takabbur itu menyebabkan hal-hal berikut :

1. Jauh dari kebenaran. Firman Allah :

“ Aku akan memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di muka bumi tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku” (7:146)

2. Terkunci mati hatinya. Firman Allah :

“Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang” (40:35)

3. Mengalami kegagalan dan kebinasaan. Firman Allah :

“..dan binasalah semua orang yang berlaku sewenang-wenang lagi keras kepala” (14:35)

4. Tidak disukai Allah. Firman Allah :

“Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong” (16: 23)

5. Tidak akan masuk syurga. Sabda Nabi :

“Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebiji sawi kesombongan”
(HR. Muslim)

6. Akan menjadi penghuni neraka Jahannam.

“ Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku(berdoa) akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina”( 40: 60)
Ketika seseorang memiliki sifat sombong, maka ia akan tertutup dari akhlak mulia, antara lain :
1. Tidak akan mencintai sesama muslim sebagaimana ia mencintai diri sendiri. ia selalu memandang orang lain lebih rendah dari dirinya sendiri.
2. Tidak akan tawadhu’(rendah hati), kerana selalu merasa lebih baik.
3. Tidak akan dapat meninggalkan rasa dendam, kerana merasa mampu membalas pihak yang merugikannya.
4. Tidak dapat bersikap jujur. Kerana untuk menutupi kekurangan tidak jarang ia harus berdusta.
5. Tidak akan dapat mengendalikan marah. Kerana merasa mampu menempiaskannya
6. Tidak dapat melepaskan diri dari sifat hasad (iri)
7. Tidak dapat menasihati atau menerima nasihat dengan lembut dan halus
8. Selalu memandang rendah orang lain.

3. JENIS TAKABBUR
a. Takabbur kepada Allah
Inilah bentuk takabbur terburuk, seperti yang pernah dilakukan oleh Namrud, Fir’aun dan sejenisnya. Sila rujuk Al Quran (QS. 40:60), (25:60)

b. Takabbur kepada Rasul
Iaitu sikap tinggi hati, menolak mengikuti dan mematuhi Nabi, kerana menganggapnya sebagai manusia biasa (QS. 23:34, 36:15). Seperti yang dinyatakan kaum kafir Quraisy kepada Nabi : “Bagaimana kami dapat duduk di sisimu hai Muhammad, sementara yang ada di sekitarmu orang-orang faqir”

c. Takabur atas sesama manusia
Iaitu dengan membanggakan diri dan meremehkan orang lain. Takabbur ini meskipun tidak seberat yang pertama dan kedua, namun masih sangat berbahaya kerana :
- Kebesaran dan kehormatan hanya milik Allah, selainnya lemah dan terbatas.
- Ketika seseorang takabbur, ia merampas salah satu sifat kebesaran Allah.

4. PENYEBAB TAKABBUR
Pada umumnya orang yang sombong adalah orang yang memiliki kebanggaan diri, kerana memiliki sifat,kemampuan atau prestasi lebih dari yang lain.

1. Ilmu
Takabbur kerana ilmu sangat mudah terjadi, Iaitu dengan munculnya perasaan lebih mulia dari orang lain. Atau merasa telah mendapatkan tempat mulia di sisi Allah dengan ilmunya (QS 58:11). Ia lebih mengkhuatirkan orang lain daripada diri sendiri. Kesombongan kerana ilmu ini mudah terjadi kerana dua hal :

a. Ilmu yang dipelajari bukan ilmu hakiki. Kerana hakikat ilmu adalah yang mampu memperkenalkan manusia akan Rabb-nya, keadaan ketika bertemu Allah dan hijab yang menghalanginya dari Allah. Ilmu yang demikian akan melahirkan sikap tawadhu’(rendah hati) bukan takabbur. (QS 35:28)

b. Keadaan hati yang kotor saat menuntut ilmu, sehingga salah niatnya dan jadilah takabbur dengan ilmu yang didapatnya.

2. Amal Ibadah
Orang yang masuk dalam kehidupan zuhud (konsentrasi dalam ibadah) tidak automatic terbebas dari takabbur. Misalnya dengan zuhudnya itu, merasa lebih layak dikunjungi daripada mengunjungi. Lebih layak dibantu daripada membantu, menganggap orang lain sengsara di neraka dan merasa hanya dirinya yang selamat dan sebagainya. Rasulullah bersabda :

“Jika kamu mendengar ada orang yang berkata : “Binasa semua manusia” maka dialah yang paling dahulu binasa.” (HR Muslim.)

Dengan pernyataan ini ia membanggakan diri dan meremehkan orang lain.

3. Hasab (kedudukan) dan Nasab (keturunan)
Orang yang berasal dari keluarga terhormat mudah meremehkan orang lain yang datang dari keluarga bukan terhormat, meskipun orang itu lebih baik ilmu dan amalnya, dan bahkan takabbur kerana faktor ini sering kali membuat ia menganggap orang lain sebagai budaknya, dan rasa keberatan untuk bergaul dengan mereka.

Dari Abu Dzarr ra berkata: Suatu hari pernah aku bersengketa dengan seseorang (Bilal) di hadapan Nabi. Lalu aku berkata kepada orang itu “Hai anak hitam”. Nabi segera memotong ucapanku: “Hai Abu Dzarr, tiada lebih baik orang putih dari yang hitam, kecuali dengan taqwa”. Mendengar itu saya berbaring dan mempersilakan Bilal untuk menginjak-injak muka saya. (HR Ahmad.)

Dalam hadits di atas, Rasulullah segera menegur orang yang merasa lebih baik keturunannya. Dan Abu Dzarr segera bertaubat menyesali perbuatannya.

4. Al Jamal (ketampanan/kecantikan)
Takabbur kerana faktor ini lebih banyak terjadi di kalangan wanita, terwujud dalam celaan, atau gunjingan terhadap kekurangan pihak lain.

Aisyah ra berkata : Ada seorang wanita yang ingin bertemu Nabi, dan aku katakan kepada Nabi dengan isyarat tanganku yang menunjukkan bahawa wanita itu pendek. Sabda Nabi ketika itu :”Sesungguhnya kamu telah menggunjingnya”.

Sikap ini muncul kerana adanya kesombongan dalam diri orang seperti Aisyah yang berpostur tubuh lebih baik dari orang tadi. Sebab jika ia berpostur tubuh pendek seperti orang yang diceritakan itu, tentu ia tidak akan mengatakannya.

5. Al Maal (kekayaan)
Takabbur kerana kekayaan ini banyak terjadi di kalangan pegawai atasan, penguasa, usahawan, pemilik hartanah, dan mereka yang memiliki kekayaan kebendaan. Orang yang merasa lebih kaya meremehkan orang yang dipandang kurang kaya dengan ucapan mahupun sikap-sikap lainnya. Seperti ungkapan : “wang saku sekolah anak saya sehari, cukup kamu makan seumur hidupmu, dan pelbagai lagi ungkapan
.
Hal ini terjadi kerana ketidak tahuannya akan fadhilah (keutamaan) orang miskin dan bahaya kekayaan. Seperti yang pernah terjadi pada pemilik dua kebun yang tamak dan akhirnya binasa (QS. 18:34-42) atau Qarun yang akhirnya binasa bersama hartanya (QS 28:79-81).

6. Al Quwwah (kekuatan)
Kekuatan dan kegagahan dapat memunculkan takabbur atas mereka yang lemah dan tidak berdaya.

7. Al Atba’ (pengikut/pendukung)
Ramainya pengikut, pendukung, murid, keluarga, kerabat dan sebagainya sering memunculkan kesombongan pada orang yang memilikinya. Seorang guru menjadi takabbur kerana merasa ramai muridnya. Seorang pemimpin menjadi takabbur kerana merasakan ramai pengikutnya dan lain-lain lagi.

Secara umum, setiap nikmat yang dapat dianggap sebagai nilai lebih pada seseorang berpotensi untuk melahirkan benih takabbur pada seseorang.

5. TERAPI TAKABBUR
Takabbur adalah penyakit berbahaya yang dapat menyerang sesiapa saja. Pencegahan dan pembanterasan penyakit ini harus dilakukan dengan serius. Pengubatan intensif terhadap pengidap penyakit ini harus dilakukan dengan cermat dan saksama.

Terdapat dua tahapan utama dalam melakukan terapi penyakit takabbur, iaitu :

1. Pencabutan akar dan pohonnya dari hati.
Untuk mencabut pohon takabbur beserta akar-akarnya diperlukan dua kekuatan, iaitu ilmu dan amal
.
Ilmu yang dimaksudkan dalam hal ini adalah ma’rifatunnafsi (mengenal diri sendiri) dan ma’rifatullah (mengenal Allah). Dua hal ini sudah cukup untuk mencabut akar takabbur dari hati manusia. Sebab jika seseorang sudah mengenali dirinya sendiri dengan pengenalan yang benar, maka ia akan sedar bahawa ia adalah makhluk hina, lebih lemah dari lainnya, lebih miskin dari siapapun juga. Tidak ada yang pantas baginya kecuali tawadhu’ kepada sesama. Dan jika ia mengenali Allah dengan sebenarnya maka akan diketahuinya bahawa tidak ada yang layak untuk takabbur kecuali Allah – Allahu Akbar.

Amal yang dimaksudkan adalah sikap tawadhu’ kepada sesama manusia kerana Allah, dengan senantiasa meneladani akhlak orang-orang soleh sebelumnya seperti akhlak Rasulullah SAW yang makan di atas tanah (tanpa kerusi) dan mengatakan :”Sesungguhnya aku adalah hamba biasa yang makannya seperti hamba lainnya”

Tawadhu’ tidak cukup dengan ilmu, ia harus berupa amal. Dari itulah rukun Islam utama setelah syahadat adalah menegakkan solat kerana dalam solat itu terdapat sekian banyak rahsia hidup dan yang terpenting adalah pembiasaan agar seorang muslim yang mendirikan solat dengan ruku’ dan sujudnya terbiasa tawadhu’ serta tidak lagi sombong.

Ada banyak hal yang dapat digunakan untuk menguji keberadaan takabbur pada diri seseorang, antara lain lima hal berikut:

a. Berdiskusi dengan sesama teman. Jika kebenaran muncul dari orang lain, bagaimanakah tanggapannya, keberatan atau menrima dengan senang.
b. Berkumpul dalam sebuah haflah (program islami). Lalu ada orang lain yang lebih diutamakan, apakah sikapnya keberatan atau tidak.
c. Memenuhi undangan orang miskin. Pergi ke pasar membelikan sesuatu untuk orang lain
d. Membawa keperluan sendiri, keluarga, atau sahabat dari pasar atau tempat lainnya sampai rumah. Jika keberatan maka ada takabbur. Jika mahu kerana terpaksa maka itu kemalasan. Jika mhau kerana disaksikan ramai orang maka itu riya’.
e. Mengenakan pakaian yang sudah kusam. Dsb.

Inilah beberapa situasi berkumpulnya riya’ dan takabbur pada seseorang. Jika dalam keramaian maka riya’ ikut menjebak, jika dalam kesepian takabbur terus mengintai.
Dengan mengenali keburukan kita kenali kebaikan. Dan dengan mengenali penyakit kita temukan ubatnya.

2. Penghindaran dan pengendalian diri
Penyebab takabbur adalah prestasi yang pernah dicapai manusia. Ketidak siapan dan ketidak mampuan menerima hasil dari penyebab-penyebab tertentu berpotensi melahirkan sikap takabbur.

Wallahu a’lam

Penyakit Takabbur: Bahaya dan Terapinya

Thursday, September 24, 2009

Al-Quran telah menetapkan matlamat dan sasaran hidup manusia. Al-Quran juga menjelaskan bahawa ada manusia yang tumpuan hidup mereka hanyalah makan dan berseronok. Allah berfirman:

"Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka." (Muhammad: 12)

Al-Quran juga ada menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang matlamat mereka hanyalah hiasan dan kesenangan hidup yang akan fana’. Allah berfirman:

"Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)." ('Ali Imran: 14)

Al-Quran juga menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang menjadikan hidup mereka hanya untuk mewujudkan huru-hara, mencetus suasana yang tidak selamat dan tidak aman. Mereka ini disebutkan oleh Allah dalam firman-Nya:

"Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan." (Al-Baqarah: 204-205)

Inilah antara matlamat manusia dalam hidup ini. Semoga Allah menjauhkan orang yang beriman daripada matlamat seperti ini dan menyerahkan kepada mereka peranan yang lebih besar. Sememangnya Allah telah serahkan di bahu mereka tanggungjawab yang jauh lebih mulia iaitu memimpin manusia ke arah jalan yang benar, membimbing manusia ke arah jalan yang baik dan memancarkan cahaya Islam ke seluruh dunia. Ini dinyatakan oleh firman Allah:

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkan-Nya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan ugama-Nya); dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara ugama, ugama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: “orang-orang Islam” semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifat-Nya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan." (Al-Haj: 77-78)

Ini bermakna al-Quran telah meletakkan umat Islam sebagai pembimbing umat manusia seluruhnya. Al-Quran telah menyerahkan hak menguasai dunia ini kepada mereka untuk menunaikan tanggungjawab yang suci ini. Oleh itu ini adalah hak kita bukan hak Barat. Ini adalah hak tamadun Islam dan bukan hak tamadun materialisme

Matlamat Hidup Menurut Al Quran

Da’ie diharapkan memiliki darjah kepekaan yang sangat tinggi dalam menyerap kepentingan, hajat dan keinginan masyarakat, terutamanya keinginan kepada keamanan dan keimanan yang kadang-kadang berlaku di luar kesedaran mereka.

Syed Qutb pernah membayangkan dirinya berada di atas bukit yang tinggi dan membayangkan masyarakat sebagai kanak-kanak yang bermain dengan pisau tajam yang akan memudharatkan diri mereka sendiri

Abbas Assisi pernah suatu hari menangis melihat ummat yang rosak dan ketika itu Imam Hassan Al Banna mengatakan padanya “Sekarang baru kamu faham makna dakwah”. Inilah hakikat dakwah yang sebenar dimana kepekaan jiwa adalah ruh yang membekalkan tenaga dan ransangan yang menghidupkannya untuk terjun ke dalam masyarakat dan bergelumang dengan penyakit-penyakit yang cuba meruntuhkan ummat.

Kepekaan jiwa inilah yang telah merasuk sanubari generasi pertama hingga mereka menjadikan dakwah sebagai kehidupan mereka dan kehidupan mereka untuk dakwah yang dengannya mereka mewaqafkan segala apa yang mereka ada sambil membaca ayat-ayat Allah SWT:

“Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan- Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.” (9:24).

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.”(61:10-11)Kepekaan ini akan menggerakkan jiwa Da’ie dari terus berehat. Seorang Da’ie yang peka terhadap permasalahan ummat akan merasai kepedihan dari jaluran pada luka-luka di tubuh ummat. Jiwanya gelisah dan tidak dapat memejamkan matanya ketika orang lain sedang nyenyak diulit mimpi. Apa tidaknya…setiap hari luka-luka baru menjaluri tubuh ummat sedangkan luka-luka semalam masih belum sembuh. Hati-hati ummat semakin hilang kepekaan dan sensitivitinya kepada tuntutan keimanan sedang kebendaan terus mengembalai mereka dengan penuh keangkuhan dan tak berperi kemanusiaan.

Kepekaan ini menjadikan jiwanya bergantung penuh pada rahmat dan kekuasaan Allah; munajatnya mengiringi pagi dan petangnya manakala malamnya adalah saat-saatnya tersimpuh dengan penuh tawadhu’ memohon pengampunan dan kekuatan Ilahi. Kepekaan jiwanya memancarkan satu sumber kekuatan yang menjalar melalui urat sarafnya dan berdenyut senada dengan degupan jantungnya hinggakan segala permasalahan duniawi dipandang enteng dan sedikitpun tidak mampu menghentikan langkah-langkah perjuangannya.

Umar bin al-Khattab RA selalu berjalan di malam gelap-gelita memeriksa keadaan rakyatnya. Apa yang terjadi di tengah kehidupan mereka, apa yang muncul daripada benak mereka, apa yang menjadi perbincangan utama di tengah rakyatnya. Hatinya selalu terpaut dengan hati rakyatnya, fikirannya sentiasa terkuras untuk meringankan kepedihan hati mereka. Nuraninya berusaha memberikan jalan terang bagi kegelapan rakyatnya. Umarlah yang memikul sendiri makanan untuk ibu tua miskin di malam hari. Umarlah yang merasa gelisah jika melihat orang bawahannya melakukan kesalahan dengan menggunakan kemudahan jawatan yang dia miliki. Kepekaan jiwanya memancar dan menebarkan rahmat bagi semesta.

Kepekaan Rasulullah SAW sendiri dilukiskan oleh Al-Quran dalam firman Allah berikut,

“Sungguh telah datang kepadamu seorang rasul dari kaummu sendiri, berat terasa olehnya penderitaan yang kamu alami, (dia) sangat menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, penyantun dan penyayang terhadap orang-orang yang beriman”. (At-Taubah:128)

Rasulullah SAW pernah suatu hari solat dalam keadaan tubuh badannya mengeluarkan bunyi geretu tulang-temulangnya, menyebabkan sahabat-sahabat lain gelisah. Selesai saja Solat, Saidina Umar terus bertanya “Ya Rasulullah SAW, adakah engkau sakit?” Jawab baginda “Tidak”. Saidina Umar bertanya lagi “Kenapa kami mendengar tulang-tulang kamu berbunyi begitu dan engkau bergerak dalam keadaan payah” Rasulullah SAW lalu mengangkat bajunya dan ditunjukkan ketul-ketul batul yang diikatkan diperutnya. Umar dengan penuh kesedihan berkata “Ya Rasulullah, adakah sekiranya kamu meminta kepada kami, kami tidak akan penuhi permintaanmu?” Jawab baginda “Bahkan kamu akan penuhi apa saja permintaan ku tetapi aku takut di Akhirat nanti aku dipersalahkan kerana membebani ummatku.”

Kepekaan harus menjadi sebahagian daripada nafas kepedulian kita, dari darah budaya kerja kita dan dari degup jantung kita. Keperihatinan yang menjadi pancaran dari untaian indah keimanan kita, bahawa “barangsiapa yang tidak peduli dengan urusan orang mukmin yang lain, maka dia bukan sebahagian daripada mereka”. Kepekaan akan menjadi sumsum yang menguatkan makna tarbiyah kita dan akan menjadi darah yang melincahkan gerak tarbiyah dan dakwah kita.

Kepekaan Jiwa Dai'e

This entry was posted in :

Thursday, September 17, 2009

“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa” (SURAH Al-Baqarah: 183).

Itqa dan taqwa maknanya adalah menjauhi. Dan taqwallah ertinya menjauhi kemarahan dan murka Allah SWT, serta meninggalkan apa yang memyebabkan kemarahan Allah SWT. Dengan demikian, taqwa harus diwujudkan dengan melaksanakan seluruh perintah Allah dan menjauhi semua larangan-Nya.

Taqwa dasarnya adalah takut kepada Allah SWT. Perkara ini (taqwa) merupakan hasil daripada amalan hati yang bersih. Hal ini dijelaskan Allah SWT. dalam firman-Nya, “Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi`ar-syi`ar Allah, maka sesungguhnya hal itu timbul dari ketaqwaan hati” (SURAH Al-Hajj: 32). Rasulullah SAW. juga menegaskan, “Taqwa itu ada di sini”. Beliau mengulanginya sampai tiga kali sambil menunjuk ke dada beliau (HADITH RIWAYAT Muslim dari Abu Hurairah). Ini bererti taqwa berada di dalam hati.

Para salafus soleh mendefinisikan taqwa dengan sebuah ungkapan, “Mentaati Allah dan tidak melakukan kemaksiatan kepadaNya, selalu berdzikir dan tidak melupakanNya, sentiasa bersyukur dan tidak kufur kepadaNya.”
Nilai-nilai ketaqwaan tidak dapat tertanam dan buahnya tidak dapat dipetik, kecuali jika Seorang Muslim memiliki pengetahuan tentang agama Allah yang menuntut dirinya mencapai darjat muttaqin. Hal ini ditegaskan oleh Allah SWT. dalam firman-Nya,

Ø¥ِÙ†َّÙ…َا ÙŠَØ®ْØ´َÙ‰ اللَّÙ‡َ Ù…ِÙ†ْ عِبَادِÙ‡ِ الْعُÙ„َÙ…َاءُ

“Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama” (SURAH Fathir: 28).

Mengapa demikian? Kerana orang yang tidak berilmu tidak tahu apa saja yang wajib dikerjakan dan apa saja yang harus ditinggalkannya. Itulah sebabnya mengapa menuntut ilmu merupakan ibadah yang utama, jalan yang menghubungkan ke surga dan menjadi tanda bahawa seseorang mempunyai keinginan baik.

Taqwa adalah wasiat dari Allah SWT. Dalam firman-Nya,

“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam” (SURAH Ali Imran: 102).

Dalam sebuah hadits, Rasulullah SAW. bersabda,

“Bertaqwalah kalian kepada Allah di mana pun kamu berada. Dan ikutilah keburukan dengan kebaikan, niscaya kebaikan itu akan menghapuskan keburukan. Dan perlakukanlah manusia itu dengan akhlak terpuji” (HADITH RIWAYAT Tirmidzi).

Taqwa menjadi wasiat abadi kerana mengandungi kebaikan dan manfaat yang sangat besar bagi mewujudkan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat. Taqwa merupakan himpunan dari semua kebaikan dan pencegah segala kejahatan. Dengan taqwa, seseorang mukmin akan mendapatkan sokongan dan pertolongan dari Allah SWT.

Ø¥ِÙ†َّ اللَّÙ‡َ Ù…َعَ الَّذِينَ اتَّÙ‚َÙˆْا Ùˆَالَّذِينَ Ù‡ُÙ…ْ Ù…ُØ­ْسِÙ†ُونَ

“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan” (SURAH An-Nahl: 128).

Perintah untuk mencapai derajat taqwa kemudian dilanjutkan dengan penjelasan lebih luas tentang cara-cara untuk mencapainya dalam sebuah firman Allah SWT., yang bermaksud; “Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa” (SURAH Al-Baqarah: 21).

Ibadah yang dimaksud dalam ayat ini mencakupi perbahasan yang luas, mencakup ibadah wajib dan ibadah sunnah. Ibadah wajib terdiri dari solat, puasa, zakat, dan haji, ditambah dengan kewajiban-kewajiban masyarakat yang diperintahkan oleh Al-Qur`an, seperti berbuat baik kepada orang tua, kaum kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, tetangga, teman, dan kepada orang bermusafir. Sedangkan yang termasuk ibadah sunnah misalnya berdzikir kepada Allah SWT., berdoa kepada-Nya, memohon ampun kepada-Nya, dan membaca Al-Qur`an. Ibadah-ibadah tersebut semuanya dipersiapkan untuk membentuk setiap Muslim menjadi insan bertaqwa.

Antara kewajiban-kewajiban ibadah yang diperintahkan tersebut, secara lebih khusus, Allah SWT. menekankan pada perintah puasa sebagai saranan pembentukan insan bertaqwa, sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya,

ÙŠَاأَÙŠُّÙ‡َا الَّذِينَ Ø¡َامَÙ†ُوا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ُ الصِّÙŠَامُ ÙƒَÙ…َا Ùƒُتِبَ عَÙ„َÙ‰ الَّذِينَ Ù…ِÙ†ْ Ù‚َبْÙ„ِÙƒُÙ…ْ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ْ تَتَّÙ‚ُونَ

Dan terdapat hadith yang bermaksud; “Barangsiapa yang dikehendaki kebaikan oleh Allah, maka Allah akan memberinya pengetahuan (pemahaman) tentang agama” (Muttafaqun ‘alaih). Berdasarkan hadits di atas, taqwa merupakan gabungan antara ilmu dan ketaatan. Ilmu akan meningkatkan ketaatan kepada Allah, dan ketaatan akan menambah motivasi untuk meningkatkan ilmu.

Mengapa puasa Ramadhan diarahkan oleh Allah sebagai jalan untuk mencapai darjat taqwa? Ini adalah kerana di dalam bulan Ramadhan terkumpul hampir semua bentuk peribadatan seperti puasa, ada solat Tarawih, solat Witir, tilawah al-Qur`an, berbincang tentang Islam, zakat, infaq, sadaqah, dan i’tikaf. Selain itu, balasan pahala di bulan Ramadhan juga dilipat gandakan untuk merangsang umat Islam meningkatkan amal solehnya. Oleh kerana itu, mari kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan penuh kerinduan dan suka cita. Siapkanlah diri kita untuk meraih rahmat, maghfirah, dan pembebasan dari siksa neraka.

Tazkirah 8: Muhasabah Ramadhan Ke Arah Mencapai Taqwa

Tuesday, September 15, 2009

Berikut antara petikan ucapan Sheikh Hussein Khalil Saqar al-Awawidah atau lebih dikenali sebagai Syeikh Abu Bakr, Penasihat Kanan Rabithah Ulama Palestin di Perjumpaan Bersama HALUAN Selangor dan Wilayah Persekutuan sempena Program Ramadhan Bersama Ulama Palestin Anjuran HALUANPalestin dengan kerjasama KESUMA JAKIM. Semoga bermanfaat.

Assalamualaikum wrh [SSR SAW]

Demi Allah swt yang memberikan kita kekuatan, saya disini bukan untuk berbicara politik, tetapi untuk berbicara dari hati ke hati, jiwa ke jiwa. Saya ingin berbicara kepada kalian bagaimana kami para ulama dan para pejuang Palestin bertungkus-lumus membina generasi yang terbaik. Bagaimana tarbiyah dan kebaikan itu bermula...kita harus tahu.

Wahai saudara-saudaraku,
sebenarnya masalah Palestina bukan merupakan masalah rakyat palestin semata-mata tetapi merupakan permasalahan umat Islam yang berada di seluruh dunia. Mengapa ? Kerana Palestina merupakan tanah wakaf yang diberikan oleh Khalifah Islam ke-2, Umar Al-Khattab dan di amanahkan oleh Panglima Salahuddin Al-ayubbi kepada kita kaum muslimin, kemudian amanah itu dilanjutkan oleh nenek moyang kita yang berada di Palestina, sehinggalah akhirnya oleh Sultan Abdul Hamid ke-2 menyerahkan bendera Islam kepada rakyat Palestin sebelum kejatuhan Khilafah Islam di Turkey. Perjuangan untuk mempertahankan Al-aqsa telah bermula semenjak dari semenjak Inggeris ingin menguasai Palestina. Secara tepatnya pada tahun 1922 terjadi revolusi penentangan di antara para tentera mujahidin dengan tentera Inggeris. Kemudian dilanjutkan lagi pada tahun seterusnya yang dipimpin oleh 3 orang Ulama seterusnya kepimpinan tentera mujahidin Palestin dipimpin oleh Ulama Syeikh Izzuddin Al-qassam hinggalah seterusnya dan kini. Perjuangan Palestina tercatit dalam catatan yang panjang dan kami tidak sedikitpun redha terhadap pendudukan Israel ke atas tanah palestin. Orang-orang yang berjuang ditarbiyah dengan tarbiyah yang tinggi, tarbiyah Al-Quran, tujuan yang satu untuk syahid mempertahankan Palestin. Sebenarnya, apa yang kalian lihat pada perjuangan Hamas adalah hasil didikan Ikhwanul Muslimin dibawah pimpinan Imam As-syahid Hassan Al-Banna ketika para tentera Ikhwan mulai masuk ke Palestina. Banyak dari pasukan ikhwan yang syahid disana dan sejak dari saat itu, mulai tertanam benih-benih jihad ke dalam penduduk Palestina.

Dan dari situ jugalah As-syahid Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa lagi, mula tersuntik semangatnya untuk membangunkan jihad di kalangan para pemuda Palestin. Mereka melihat bagaimana tarbiyah Ikhwanul Muslimin membentuk pasukan yang kuat. Mereka mula merubah dari dasarnya iaitu menjadikan Islam sebagai pola pemikiran mereka dan juga mereka menjadikan Islam sebagai corak hidup mereka. Sehinggakan kata As-syahid Syeikh Ahmad Yassin, apa yang kita perlu lakukan dari pengalaman kita bersama-sama dengan Ikhwanul Muslimin iaitu kita perlu mula dari mengikut cara Rasulullah saw dengan mentarbiyah diri kita, mentarbiyah keluarga kita seterusnya masyarakat untuk mendapat redha Allah swt. Dengan reda Allah, kita akan mendapat kemenangan.

Dari sana, kami mula memasuki kota-kota serta kampung..kami mula membangunkan masjid-masjid, kami mula membangunkan institusi-institusi islam, universiti-universiti islam serta kami mula membentuk suatu persatuan serta ikatan islam yang lebih luas. dari sanalah lahir apa yang dikatakan sebagai satu gerakan Islam. kami berusaha mentarbiah diri kami, roh kami dengan tarbiyah Islam, kami tarbiyah akhlak kami dengan akhlak Islam. Ketika itu kami ditanya oleh kaum muslimin yang lain, mengapa kalian tidak melakukan jihad dan hanya melakukan tarbiyah sahaja? ..jawab kami, yea tidakkah kalian tahu dan melihat tentang kaum muslimin yang bersabar dan menahan dirinya dari mengangkat senjatanya tetapi mereka melakukan tarbiyah untuk mendidik diri mereka dengan dasar-dasar taqwa sepertimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah saw.

Saudara-saudaraku....
Kami bertiga ini yang berada di hadapan kalian ini adalah hasil tarbiyah yang dilakukan oleh As-syahid Syeikh Ahmad Yassin. Kami adalah generasi pertama yang ditarbiyah dimasjid-masjid, di madrasah-madrasah, di universiti-universiti yang dipimpin oleh Ikhwan dan As-syahid Syeikh Ahmad Yassin serta bersama para mujahidin lainnya. Saudara-saudaraku, sebenarnya apa yang kalian lihat dari perjuangan di palestina merupakan hasil dari perjalanan tarbiyah yang sangat panjang yang dilakukan dengan sabar dan taat. Kami diwajibkan untuk melakukan puasa dengan kerap. Mulai dari isnin dan khamis hinggalah kewajiban puasa beberapa kali dalam sebulan serta puasa-puasa sunat.

Kemudian, kami juga dibentuk sebagai pasukan-pasukan kecil yang bermula dari solat asar sehingga solat subuh. Di dalamnya, kami melakukan tilawah-tilawah, tazkirah-tazkirah. Kami juga dilatih untuk melakukan tadhrib di gunung-gunung, bukit dan lembah-lembah di Palestina. Kami dilatih dengan pelbagai ketangkasan serta kemahiran olahraga serta ketaatan kepada ketua. Pada tahun 1987 terjadilah apa yang dikatakans ebagai Intifadah Pertama dan revolusi seterusnya. Saudara-saudaraku, apa yang menjadi kewajiban sebagai tentera Mujahidin Palestin iaitu mereka semua harus untuk hafaz Al-quran. Di dalam keadaan perang, mereka wajib mengingati ayat-ayat quran kerana kita yakin kekuatan itu apabila kita berpegang kepada Al-quran dan sunnah.

Kemenangan sebenarnya sememangnya milik kita kerana kita punyai tempat mengadu iaitu Allah swt tetapi mereka kaum zionis yahudi tidak mempunyai tempat mengadu dan mereka sebenarnya tiada kekuatan. Dari tentera mujahidin, kami juga membentuk generasi anak-anak untuk menjadi bakal-bakal qader serta tentera yang akan menyambung jihad di bumi palestina. Mereka dilatih untuk hafaz Al-quran semenjak dari kecil. Mereka dilatih dengan semangat ketenteraan dan tidak akan mati kecuali syahid mempertahankan palestina.

* Petikan di lampir dari blog nurtaqwa08.blogspot.com

Palestin: Tarbiyah Al Quran Kekuatan kami

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah