Monday, July 07, 2008

INGATLAH MATI ITU MENGEJARMU.


Sebagai renungan dan panduan untuk kita bersama...setiap pertemuan pasti ada perpisahan....setiap kehidupan pasti ada kematian.......wallahhua'lam..



Wahai insan di bumi yang serba canggih,
Janganlah kau angan-angan begitu panjang,
Ingatlah kelalaian itu,
Tidak ada kesudahannya...

Bintang-bintang yang menemani hari depanmu,
Satu kehormatan yang ada matlamat,
Dan sekatan ini mesti ada sempadan,
Kini jangan percaya segala perdaya hidup,
Matimu sentiasa menggamit,
Pastikan dirimu tidak diperdaya lagi,
Dalam zaman yang jahiliyah menebus budi.

Renunglah dan ingatlah mati itu,
Tidak dapat lari,
Kecantikan jadi rahsia,
Apa yang lebih berkuasa Maha Kuasa,
Itu semua jambatan yang tiada penghujungnya.

Pada hidup yang serba canggih,
Sudahkah kau bersedia?
Dari liku-liku hidup,
Dari hamba yang daif,
Perjalanan pasti kematian sudahnya.

Kematian satu jadual,
Kamu pasti cinta dan kota,
Dimata tempatnya,
Kiranya ingatanmu,
Sudah menjelang untuk bersedia,
Kesudahanlah segalanya.

This entry was posted in :

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah