Search This Blog

Loading...

Sunday, April 12, 2009

HUBUNGAN YANG PERTAMA : IMAN KEPADA ALLAH S.W.T

Allah s.w.t telah meletakkan amanah Iman, iaitu tanggungjawab yang paling besar ke atas kita supaya kita sentiasa menghubungkan diri dengan Yang Maha Esa, Allah s.w.t, tempat bergantung dan menyerah diri dan segala sesuatu datangnya daripada Allah s.w.t. Segala apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, adalah milik Allah s.w.t. Inilah hubungan yang pertama yang mesti lahir di dalam jiwa kita. Hubungan yang besar dan luas, seluas alam semesta ini. Ikatan perhubungan di antara yang dicipta ( makhluq ) dengan Yang Maha Pencipta ( Khaliq), Allah s.w.t.


Hakikat keimanan ini perlulah meresapi , menjiwai sehingga ianya sebati dalam lubuk hati. Inilah hakikat hubungan yang pertama yang dituntut oleh Allah s.w.t sehinggalah perhubungan ini dapat melahirkan keberkesananny di dalam kenyataan hdup kita. Ia juga merupakan titik permulaan hidup manusia. Ini bererti setiap perkembangan hidup kita itu mestilah terpancar daripada asas perhubungan yang bersih ini.


Sejarah hubungan ini telah bermula sejak terciptaya manusia yang pertama di muka bumi iaitu Nabi Adam a.s dan dari saat itulah bermulanya sejarah hidup manusia itu sendiri. Sejarah hidup manusia ini mestilah selaras dengan hakikat penciptaan manusia dan alam ini sepertimana yang dikehendaki oleh Allah s.w.t Yang Maha Pencipta danMaha Pengatur segala sesuatu. Allah s.w.t Yang Maha Mengetahui untuk sampai kepada satu tahap kefahaman dan kesedaran yang sebenarnya tentang hakikat kejadian manusia dan pencipta alam ini. Maka perlunya manusia itu kepada taufik dan hidayah daripada Allah s.w.t.

Manusia diciptakan oleh Allah s.w.t dalam serba kekurangan dan kelemahan itu tidak akan mampu untuk menyelami rahsia dirinya sendiri dan rashis di sebalik alam ini. Apa lagi untuk mengetahui sesuatu yang ghaib atau yang tersembunyi.


Oleh sebab itu rahmat dan nikmat kurniaan Allah s.w.t maka kita dipermudahkan untuk dapat berhubung dengan kebenaran yang hakiki, dengan Yang Maha Esa. Maka dengan itu diutuskan Rasulullah s.a.w sebagai pembawa berita gembira dan peringatan. Allah s.w.t telah mengutuskan rangkaian para Nabi dan Rasul dari sejak terciptanya manusia yang pertama sehinggalah kepada Rasul yang terakhir Nabi Muhammad s.a.w, ada lah luntuk menyelamatkan manusia dari kegelapan ( kesesatan ) kepada keterangan ( kebenaran ). Setiap risalah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul adalah untuk menjelaskan hakikat kewujudan manusia di atas muka bumi ini iaitu untuk menegakkan kedaulatan ( kekuasaan ) Allah s.w.t di muka bumi ini sehinggalah terlaksananya perintah Allah s.w.t dan ajaran Allah s.w.t dapat menguasai kehidupan manusia keseluruhannya.


Di dalam al Quran banyak sekali diperjelaskan dan diperingatkan oleh Allah s.w.t kepada manusia akan kenyataan ini. Bahkan Allah s.w.t tidak segan atau jemu mengulanginya di setiap masa dan ketika terutama pada ayat-ayat yang diturunkan di Makkah. Inilah intisari yang terkandung di dalam al Quran al Karim. Ini merupakan persoalan pokok atau dasar di dalam Manhaj Tarbiyyah al Quran al Karim. Sekarang marilah kita dekati dengan beberapa ayat dari kitab suci tersebut: Firman Allah s.w.t :


Terjemahannya :-

Apakah mereka diciptakan tanpa sesuatupun ataukah mereka yang menciptakan ( diri mereka sendiri )?. Ataukah mereka telah menciptakan langit dan bumi itu ?; sebenarnya mereka tidak meyakini ( apa yang mereka katakan ).

( Surah ath Thuur : 35-36 )


Firman Allah s.w.t lagi :

Terjemahannya:

Hai manusia, sembahlah Tuhanmu Yang telah menciptakanmu dan orang-orang yang sebelummu, agar kamu bertaqwa. Dialah Yang menjadikan bumi sebagi hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air ( hujan ) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; kerana itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui

( Surah al Baqarah : 21-22 )


Firman Allah s.w.t lagi :-

Terjemahannya :

Allah lah yuang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirihat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur. Yang demikian itu adalah Allah, Tuhan mu, Pencipta segala sesuatu. Tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia; maka bagaimanakah kamu dapat dipalingkan ? Seperti demikianlah dipalingkan orang-orang yang selalu mengingkari ayat-ayat Allah.

( Surah al Mu’min : 61-63 )


Firman Allah s.w.t lagi :-

Allah lah yang menjadikan bumi bagi kamu tempat menetap dan langit sebagai atap, dan membentuk kamu lalu membaguskan rupamu serta memberi kamu rezeki dengan sebahagian yang sebaik-baik, Yang demikian itu adalah Allah Tuhan mu, Maha Agung Allah, Tuhan semesta alam. Dialah Yang Hidup kekal, tiada Tuhan ( yang berhak disembah ) melainkan Dia; maka sembahlah Dia dengan memurnikan ibadah kepada Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

( Surah al Mu’min : 64-65 )


Inilah hakikat seruan dan laungan setiap para Nabi dan Rasul yang datang silih berganti itu, kepada umat-umat mereka. Beginilah Allah s.w.t dengan limpah kurnianya meyakinkan kita akan hubungan kita dengan Nya adalah sesuatu yang sangat dihajati ( dharuri ). Tanpa terjalin hubungan ini hidup kita kosong, sesat , rugi semata-mata. Begitulah berhajatnya kita kepada Allah s.w.t.


Menyedari akan hakikat ini,maka kita telah membuat pilihan untuk menerima keseluruhan apa yang telah disarankan oleh Allah s.w.t kepada kita agar hubungan hati, pemikiran dan tingkah laku kita sentiasa lahir daripada hubungan yang fitrah ini. Inilah yang akan kita semaikan dan tanam di segenap ruang hati dan sanubari kita, supaya perhubungan ini sentiasa jelas dan rapat akan bertambah dekat (yakin ) dari masa ke semasa.


Allah s.w.t menjadikan tanggungjawab ini sebagai tanggungjawab bersama. Ia merupakan matlamat hidup bagi setiap orang yang beriman. Hubungan kita dengan Allah s.w.t itu perlulah sentiasa terjalin rapat sehingga rasa hati kita sebati dengan kehendak-kehendak Allah s.w.t. Kita perlu selaraskan rasa hati kita dengan kehendak syara’. Yang baik ialah yang dikatakan baik oleh syara’, yang buruk ialah apa yang dikatakan buruk oleh syara’.


Oleh itu kita perlu mendidik dan melatih diri kita untuk mengasisi kepada apa yang disuruh kasihkan dan membenci kepada apa yang disuruh bencikan. Kita membiasakan hati kita untuk suka dan menggemari apa yang disukai oleh Allah s.w.t serta membenci dan menolak apa yang dimurkai oleh Allah s.w.t. Setiap apa yang dikatakan mungkar itu hendaklah kita menolaknya kerana itu adalah kemungkaran dan yang makruf itu kita terima kerana itu adalah kemakrufan.


Inilah hakikat yang nyata bagi kita bahawa setiap kebenaran itu datangnya dari Allah s.w.t dan janganlah hati dan jiwa kita meraguinya. Di mana sahaja kita perlu merasakan perhubungan dengan Yang Maha Esa, yang mengatur semua urusan hidup.


Kita merasa bertanggungjawab pada diri kita dan saudara kita yang sedar dan insaf untuk mengujudkan suasana-suasana yang sentiasa memudahkan kita untuk mendekatkan hati kita kepada Allah s.w.t. Suasana yang dimaksudkan di sini ialah suasana yang Islamik, yang holeh sentiasa membantu kita untuk sedar dan insaf serta sentiasa bersedia mengambil Allah s.w.t sebagai Ilah dan Rabb bagi kita. Allah s.w.t tempat bergantung, tempat menyerah dan tempat mengharapkan sesuatu.


Kita perlu mengujudkan suasana yang menunjukkan keagungan Allah s.w.t, ke Esaan Allah s.w.t yang berkesan kepada hati kita untuk bertaqwa kepada Nya dan sentiasa berpegang kepada nilai yang telah ditentukan Nya.

Kita ingin melatih dan mendidik diri kita kepada melengkapi syarat-syarat keIslaman seperti yang dikehendaki oleh Allah s.w.t atau dengan lain perkataan, syarat-syarat sebagai hamba Allah s.w.t dalam ertikata yang sebenarnya, yang mampu melaksanakan tuntutan ‘Ubudiyyah tersebut.


Ini bererti kita perlu memiliki persediaan hati untuk memampukan kita melakukan setiap apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t serta menjauhi segala laranganNya. Hakikat perhambaan atau pengabdian ini hanya dapat lahir apabila jelas hubungan hati kita dengan Allah s.w.t sepertimana yang dapat kita lihat pada diri para Nabi dan para Rasul serta pengikut-pengikut ( umat-umat ) mereka yang setia itu. Setiap nilai hidup hendaklah kita hubungkan dengan syarat-syarat keIslaman ini hingga ianya menjadi sebati di dalam hati dan lahir pula dalam tingkahlaku di segenap bidang.


Kita perlu duduk bersama dengan saudara-saudara kita yang ikhlas hatinya, yang ada persediaan hati dan jiwa yang dikosongkan untuk menjalani didikan yang boleh membawa kita kepada matlamat yang suci murni ini iaitu untuk menerima kedaulatan Allah s.w.t Yang Maha Esa tanpa berbelah bagi atau menyekutukan Allah s.w.t dengan yang lain. Inilah tugas yang besar yang dipikulkan ke atas setiap dari kita. Kekuatan hubungan dengan Allah s.w.t sahajalah yang menjadi tenaga untuk menggerakkan hati dan rasa , pemikiran dan tingkah laku sejajar dengan syarat-syarat keIslaman ataupun hakikat perhambaan yang sebenarnya.


Inilah tenaga penggerak yang akan mencorak dengan corakan Allah s.w.t ( Sibghah Allah s.w.t ) walaupun di tempat yang sunyi ataupun di khalayak ramai, gelap atau terang, susah atau senang. Bahkan di mana sahaja atau di setiap masa. Dalam keadaan apa sekalipun. Ini jelas kita dapati apabila kita dekati dengan sirah perjalanan hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang murni itu walaupun dalam suasana mereka terpaksa menghadapi berbagai ujian dan rintangan.


Proses pendidikan seperti inilah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ke atas diri para sahabat yang dikenali sebagai Generasi al Quran tersebut, sehingga lahirlah satu golongan yang beriman yang diiktiraf oleh Allah s.w.t sendiri. Mereka adalah menjadi ikutan kita semua. Contoh dari ikutan itu ialah keimanan mereka, tentang bagaimana mereka berhubung dengan Allah s.w.t dan Rasul Nya, tentang keyakinan mereka, cara berfikir dan contoh tingkah laku mereka . Ini semua menjadi contoh kepada kita. Kita perlu yakin dan jelas akan hakikat ini sekiranya kita ingin mengikuti jejak langkah mereka.


Jika mereka telah mendekati dengan proses yang pertama tadi sebagai titik tolak dalam melaksanakan ‘Ubudiyyah kepada Allah s.w.t, maka kita juga menerima hakikat ini sebagai suatu yang prinsip dan yang utama.

Kita perlu mendekati dengan didikan al Quran sepertimana mereka mendekati, perlu merasai sebagaimana yang mereka rasai, yakin sebagaimana yang mereka yakin. Sehingga segala pemikiran dan tingkah laku kita selaras dengan kehendak Allah s.w.t. Selaras dengan contoh kita yang unggul tersebut. Itulah Generasi al Quran Yang Unik.


Wallah hu ‘alam.

Read More..

Sunday, March 15, 2009

Rasulullah saw Teladan Kita

Segala puji hanya milik Allah, dan selawat dan salam kepada Rasulullah berserta keluarganya dan sahabat-sahabatnya dan orang-orang yang mengikutinya sampai hari pembalasan…

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan Dia banyak menyebut Allah”. (Al-Ahzab:21)

Ketika Allah SWT mengutus Rasul-Nya -saw-, maka bersatu suku-suku yang terpecah belah, lenyap permusuhan antara kabilah dan kelompok serta suku, dan ditetapkan batasan-batasan dan hukum-hukum dalam berperang, meletakkan dasar-dasar moraliti, menyempurnakan nilai-nilai kemuliaannya, sehingga terbentuk darinya umat yang dibangun oleh dasar-dasar kebebasan, menegakkan kebenaran, keadilan dan kesetaraan antara sesama manusia, tanpa perbezaan warna, gender atau kelas dan tingkatan.. Dan tidak akan tegak suatu umat kecuali kerana kebaikan yang dilakukan pada masa awal dan akhirnya, sebagaimana tidak akan berdiri suatu umat kecuali dengan meneladani Rasulullah saw.

Oleh kerana itu, umat Islam harus mempelajari sirah Nabi saw, sehingga mereka dapat menerapkan nilai-nilainya dan pelajarannya dalam diri mereka dan membuat mereka menjadi ikutan bagi manusia dalam ke istiqamahan dan kebaikan sejarah hidup mereka, lurus jalan hidupnya melalui dakwah mereka dalam melakukan reformasi. Lantaran itu, Nabi saw kembali menjadi cahaya yang terang benderang dan mengusir gelapnya kehidupan mereka, serta memberikan hawa sejuk dan kehangatan ke dalam hati, fikiran dan perilaku. Dengan demikian pula, masyarakat Islam dapat kembalikan integritinya, istiqamahnya dan keteladanannya serta kembali mampu berada di garis terdepan dalam kepemimpinan di seluruh bangsa di dunia, serta terwujud firman Allah:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman”. (Ali Imran:110)

Bahawasanya krisis yang paling serius yang terjadi saat ini adalah krisis keteladanan; keteladanan yang baik dan soleh di dalam masyarakat dan bangsa, bukan hanya pada tahap individu, kerana alhamdulillah kita punya sosok teladan, namun bangsa tidak dapat berubah oleh individu yang kecil, melainkan nasib bangsa-bangsa perlunya perubahan kolektif dan kerja secara kolektif, dan jika terjadi kekosongan yang panjang pada masalah ini, maka akan menjadi ancaman krisis bagi seluruh dunia dan bahkan akan runtuh kehidupan bangsanya dan mengalami kegagalan sistem yang ada dan pada akhirnya akan berpaling dari Allah SWT.

Wahai Ikhwanul Muslimin…

Wahai umat Islam seluruhnya…

Sesungguhnya umat Islam saat ini sangat memerlukan untuk mengingati sirah dan mengenang perjalanan hidup nabi Muhammad saw yang telah menanggung beban menghadapi pelbagai cubaan, celaan dan siksaan, sabar dalam meniti jalan yang berat dan penuh onak dan duri demi tegaknya ajaran Islam dan terbangunnya jati diri dan umat yang mulia sehingga mereka menjadi teladan yang baik secara nyata, menghilangkan wahm (keraguan) dalam jiwa mereka dan menghancurkan sikap tidak amanah dan ketidakadilan di negeri mereka.

Setiap muslim dan muslimah memiliki kewajiban untuk meneladani Rasulullah saw dalam pelbagai aspek kehidupan mereka, kerana hal tersebut merupakan satu-satunya jalan untuk mencapai keamanan dan kebahagiaan di dunia, dan keberuntungan dan nikmat di akhirat.

Meneladani Rasulullah dapat dipelajari dari pelbagai perkara:

- Ibadah: Bahawa beliau adalah orang yang paling tahu dan mengenal Allah, orang yang paling takut dan bertaqwa, namun beliau orang yang kadang puasa kadang berbuka, tidur dan bangun, dan menggauli wanita (istri) dengan baik, namun tidak mempengaruhi posisi beliau sebagai orang yang paling banyak beribadah.

– Berinteraksi dengan tetangga: Nabi saw bersabda:

“Jibril selalu mewasiatkan kepada saya tentang tetangga sampai aku menyangka bahawa tetangga mendapat hak warisan”. (Muttafaq alaih)

Berinteraksi dengan sesama manusia: Beliau kadang menjual dan membeli, sangat sopan jika menjual dan sangat ramah jika membeli, ramah saat memutuskan hukum dan ramah pula saat menuntut hukuman.

– Akhlaq dan perilaku secara umum: Nabi saw adalah sebaik-baik manusia dalam berakhlaq dan beretika, orang yang paling mulai dan paling bertaqwa dalam berinteraksi. Allah berfirman sambil memuji nabi saw:

“Sungguh dalam dirimu terdapat akhlaq yang mulia”. (Al-Qalam:4)

Dan Aisyah pernah berkata ketika ditanya kepadanya tentang akhlaq nabi saw, beliau berkata:

“Akhlaq nabi adalah Al-Qur’an”. (Shahih Muslim)

Damai dan Perang serta selalu menghormati dan memenuhi janji: “Rasulullah saw masuk ke kota Madinah dengan mengangkat bendera perdamaian.

Ketika masuk kota Madinah beliau berkata:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan, solat malam lah saat orang lain tidur lelap niscaya masuk surga dengan selamat”. (Tirmidzi dari Abdullah bin Salam),

Dan ketika memasuki kota Mekah saat berhasil menaklukkannya, beliau berkata kepada orang yang memusuhi dan memeranginya:

“Pergilah kalian, hari ini kalian bebas”.

Demi Allah, sungguh sangat menakjubkan sejarah hidupmu, wahai Rasulullah. Sungguh agung perilaku dan akhlaqmu, sehingga semua itu adalah madrasah Ilahiyah bagi setiap pemimpin, bagi setiap presiden, bagi setiap penguasa, bagi setiap komandan, bagi setiap hakim, bagi setiap politikus, bagi setiap guru, bagi setiap pasangan suami isteri, bagi setiap orang tua.

Engkau adalah teladan yang sempurna bagi seluruh manusia, dan bagi setiap yang menginginkan kesempurnaan dalam pelbagai bentuk, manifestasi dan trend kehidupan, segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepada Nabi Muhammad saw untuk kami semua, dan segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat kepada mu untuk umat manusia seluruhnya.

Umat Islam memperingati sejarah Rasulullah setiap hari

Kita memperingati sirah dan kehidupan Rasulullah saw bukan sehari dalam sebulan, namun kita melakukannya setiap hari dan bukan sekali dalam sehari namun puluhan kali; ketika ada seruan dan ajakan solat, dunia seluruhnya menjawab seruan azan; saya bersaksi bahawa Muhammad utusan Allah. Setiap kali bertasyahud dalam solat, seorang muslim seakan bertemu Rasulullah saw mengucapkan salam: “Assalamu’alaika Ayyuhan nabi”, seakan mengunjunginya secara maknawi dan bertemu dengannya, menyambut dan bersuka cita kepadanya.

Manusia cenderung terjerumus pada kehancuran

Bagi para pemerhati situasi dan keadaan dunia saat ini akan melihat bahawa manusia ramai yang cenderung pada hawa nafsu yang menghinakan seakan dihidapi kepada semua orang dan hampir semuanya, dan dunia kini dibagi menjadi dua kelompok:

– Kekuatan yang dengan taringnya ingin mendominasi yang lain, dan memaksakan kehendak dari apa yang mereka inginkan, membuat perjanjian yang menjadi sarana merampas sumber daya alam mereka, dan menjadikan diri mereka sebagai pemimpin mereka, dan pada selanjutnya mencegah mereka dari kebebasan dan kedaulatan atas tanah mereka, dan kebebasan melakukan tindakan dari potensi yang mereka miliki… Menyalakan api perang yang mereka istilahkan dengan tindakan preventif, hanya untuk mengamankan dan melancarkan kepentingan mereka sendiri, membatasi kebebasan dan kemerdekaan warga yang bergolak dalam diri mereka untuk melakukan perlawanan terhadap ketidakadilan, mengembalikan hak-hak dan kebebasan bangsa, menolak penjajahan.

Bahkan, mereka tidak melakukan itu saja, namun mereka juga menghidupkan api perang antara anak-anak bangsa dalam satu negara (perang saudara), sehingga mereka meminta perlindungan dan bantuan kepada mereka dan bergantung pada tali mereka.

– Adapun kelompok lainnya adalah kelompok yang lemah dan dihinakan kerana kemiskinan dan kebodohan, dibutakan oleh penyakit, dan kelemahannya kian terus bertambah oleh adanya pemerintah autokrasi yang membatasi kebebasan, dan menurunkan pelbagai macam warna dari ketidakadilan, menutup mata sisi kebenaran, dan enggan melakukan perbaikan kecuali harus tunduk pada kekuasaannya, menguasai segala potensi yang dimiliki, menghisap apa yang tersisa dari darahnya, melakukan penganiayaan hingga titik maksimum hingga pada puncak penyiksaan pada rakyat yang tertindas dan tertekan, berteriak kesakitan atau meminta pertolongan.

Situasi yang suram ini telah menjadi lumrah di sebahagian besar masyarakat di negara Islam di seluruh dunia ketiga yang hidup di bawah tingkat kemiskinan, pengangguran di semua kelompok masyarakat, penyakit bermaharajalela, ubat-ubatan yang mahal sehingga jika ditemukan tidak mampu membelinya, terjadi korupsi dalam pendidikan dan pemerintahan, dan menyebarnya penyuapan dan sikap pilih kasih, sikap materialistik dan egoisme, menyebar kejahatan dalam pelbagai strata masyarakat, sehingga pemerintah yang memimpin suatu negara hanya menyibukkan diri untuk menyelesaikan permasalahan ini dan sebahagian mereka ada yang menghalang terhadap para generasi kebangkitan Islam yang berusaha ingin memperbaiki keadaan masyarakat dan melakukan kebangkitan serta menghadang musuh-musuhnya dari Zionis dan sekutunya.

Musuh takut terhadap nyala api keimanan

Hal ini patut difahami, bahawa musuh sangat menyedari bahawa rahsia kekuatan umat dan bangsa terletak pada kekuatan iman dan cinta pada jihad dan syahadah di jalan Allah; oleh kerana itu pertama kali yang mereka lakukan adalah memusnahkan nyala api iman dan mengerahkan segala potensi yang mereka miliki dan bekerja sama dengan sekutu mereka untuk mewujudkan impian mereka, namun Allah menghinakan tipu daya mereka dan memperkokoh umat sesuai dengan fitrahnya dan memberi aksi balas setiap kali ada seruan jihad dan syahadah…

“Mereka ingin memadamkan cahaya Allah melalui mulut-mulut mereka dan Allah yang menyempurnakan cahaya-Nya sekalipun orang-orang kafir tidak menyukainya”. (As-Shaff:8)

Nabi Muhammad saw pembawa rahmat bagi semesta alam

Allah telah mengutus Rasulullah saw membawa rahmat bagi semesta alam, bagi siapa yang mengikutinya akan mendapat keberuntungan di dunia dan di akhirat ..

“Dan tidaklah Kami mengutusmu kecuali untuk memberi rahmat bagi semesta alam” (Al-Anbiya:107)

Dan nabi saw sendiri bersabda:

“Sesungguhnya Aku diutus untuk membawa rahmat”.

Dan dibawah naungan syariah Rasulullah saw seluruh manusia menikmati kebebasan, keadilan dan kesetaraan dan memberikan kasih sayang bagi manusia yang tertimpa penderitaan dan ketidakadilan, ketakutan dan kekejaman yang dilakukan oleh para penentangnya yang tidak hanya menolak hadiah kasih sayang tersebut, namun lebih dari itu adalah menyatakan api perang terhadap syariat langit dan melecehkan dan menjauhi dari kurnia, rahmat dan kenikmatan dan nasihat serta cahaya yang terang benderang. Sungguh merugi umat manusia yang seperti itu! .. betapa sengsara apa yang dilakukan oleh manusia seperti itu; kesengsaraan dan penderitaan, sekiranya mereka tetap berada dalam keadaan seperti itu dan tidak mahu merespon seruan Allah dan Rasul-Nya…!!

“Dan Barangsiapa berpaling dari peringatan-Ku, Maka Sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta”. (Thaha:124)

Darah para syuhada adalah simbol kesedaran umat

Wahai umat Islam..

Janganlah kalian merasa bangga dengan darah yang mengalir di jalan untuk membela kebenaran dan melakukan perlawanan terhadap penjajahan, begitu pula dengan pengorbanan yang diberikan dalam menghentikan kerosakan moral, sosial dan ekonomi… kerana yang demikian adalah kecil di hadapan tujuan yang sangat mulia dan ganjaran yang besar.

Maka dari itu, berjihad dan berjihadlah wahai umat Islam, kerana yang demikian merupakan perniagaan yang dapat menyelamatkan diri dari azab Allah, mendekat dari nikmat Allah dan mewujudkan pertolongan Allah:

“Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar. Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (iaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. (As-Shaff:10-13)

Perbaikilah dirimu terlebih dahulu lalu serulah orang lain

Bahawa tugas kita - sebagai umat Islam - selama di tangan ada cahaya yang terang dan sebotol ubat untuk dapat mengubati diri dan menyeru orang lain. Dan Ikhwanul Muslimin pertama kali yang dituju dalam pembinaannya adalah mendidik diri terlebih dahulu, memperbaharui ruh, memperteguh dan memperkokoh akhlaq serta menumbuhkan keberanian yang lurus dalam jiwa-jiwa umat, dan mereka meyakini bahawa hal tersebut merupakan titik awal yang akan mampu membangun kebangkitan umat dan bangsa…jika kita berhasil maka itulah yang kita inginkan, namun jika tidak maka kita serahkan seluruhnya kepada Allah dan kita telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, dan kita menginginkan kebaikan untuk manusia, dan kita tidak putus asa melakukan perbaikan atau berhenti dalam menyebarkan risalah Rasulullah saw sehingga tidak memiliki sama sekali pengaruh, namun dengan pengorbanan yang besar dan darah yang banyak, cukuplah bagi para pembawa risalah mendapatkan faktor-faktor keberhasilan. Dengannya mereka beriman, sehingga mengikhlaskan diri dalam berjuang dan di jalannya mereka berjihad, sementara waktu telah menunggunya dan dunia selalu memantaunya…

“… Allah serta Rasul-Nya akan melihat pekerjaanmu, kemudian kamu dikembalikan kepada yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (At-Taubah:94)

Dan segala puji hanya milik Allah, Tuhan semesta alam.

Risalah dari Muhammad Mahdi Akif, Mursyid Am Ikhwanul Muslimin

5 Mac 2009

Terjemahan: Abu Ahmad

Read More..
Watch videos at Vodpod and more of my videos