Tuesday, October 14, 2008

Positif Dalam Beramal


Assalamua'laikum wbt.

Penulis sering di tanyakan soalan oleh para peserta yang menghadiri ceramah penulis berkenaan perasaan lemah dan kurang bersemangat dalam beramal. Semoga tazkirah di bawah dapat membantu kepada yang bertanya dan tertanya-tanya di luar sana...

Amal suatu yang akan di nilai oleh Allah swt, bagaimana kita melihat dan mempunyai anggapan terhadap amal-amal yang kita lakukan, adakah kita mahu melakukan amal-amal itu kerana untuk mendapatkan pujian? Ingin untuk mendapatkan ganjaran atau ingin untuk mencari keredhaan Allah swt. Setiap matlamat akan memberikan tindakan yang berbeza di dalam melaksanakan tugas tersebut.


Pengorbanan yang dilaksanakan bergantung kepada perasaan dan tangganpan yang ada di dalam diri seseorang, bagaimana beliau melihat tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan, samada kita berfikiran positif atau tidak, tugas-tugas tersebut tetap kita akan lakukan, cuma apabila kita berfikiran positif segala yang kita terima akan dilaksanakan dengan ceria dan penuh persediaan untuk memastikan ianya akan terlaksana dengan baik dan cemerlang. Sebaliknya jika kita berfikiran negatif, kita akan menerima tugas tersebut dengan perasan susah, tidak sepenuh hati dan akan melaksanakan tugas dengan rasa tidak ceria yang menyebabkan akhirnya tugas-tugas tersebut tidak dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan berakhir dengan banyak kegagalan berbanding dengan kejayaan.


Bagi orang yang positif tidak semestinya sentiasa berjaya tetapi apabila melalui kegagalan ia sentiasa berfikir mungkin ada yang terbaik yang perlu dilakukan bagi mengatasi kegagalan tersebut, atau ia berfikir mungkin aku belum lagi melakukan yang terbaik, jika gagal juga ia tetap berusaha kerana kegagalan menyebabkan ia lebih matang dan mungkin ini suatu pengajaran bagi dirinya agar tidak melakukan kegagalan yang lebih besar di kemudian hari.


Oleh sebab itu kita tidak boleh lari dari berbaik sangka terhadap Allah swt kerana semua yang berlaku adalah di dalam ketentuan Allah swt dan Allah Maha Mengetahui mengapa perkara itu berlaku seperti yang kita lihat dan mesti ada yang terbaik yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki segala kegagalan yang kita hadapi. Adalah lebih baik menyedari kesilapan yang berlaku daripada tidak menyedari yang kita telah melakukan kesilapan, adalah lebih baik bermula dari tidak bermula langsung, setiap langkah akan menyebabkan kita berada jauh di hadapan. Yang perlu kita lakukan adalah merasai kita mampu melakukan yang terbaik dan yang terbaik itu hanya akan dicapai apabila kita merasakan dan beranggapan yang kita boleh melaksanakan dengan izin Allah swt. Selamat menjalani kehidupan yang bermakna.

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah