Saturday, November 12, 2011

AlFatihah: Perginya Syeikh Najar, Tokoh Gerakan Islam Palestin

Innalillahi Wa Inna Ilaihi Rooji'un, pada Jumaat (11/11/2011) Haji Muhammad Abdu Khattab An-Najjar, salah seorang tokoh penting dan pengasas Jamaah Ikhwanul Muslimin di Palestin telah meninggal dunia pada usianya yang menghampiri 84 tahun.

Haji Muhammad Abdu Khattab An-Najjar, atau lebih dikenali dengan panggilan Haji Najjar meninggal dunia setelah sekian lama menderita sakit di Hospital Gaza Eropa di Khan Yunis.

Haji Najjar dilahirkan pada 1927 di Khan Yunis. Beliau merupakan generasi awal pimpinan IM di Gaza sejak tahun 1950. Bersama Syeikh Imam Ahmad Yasin, mereka mendirikan IM sekembali dari perang 1967.

Haji Najjar hanya belajar melalui para masyayikh namun demikian beliau seorang da'i yang aktif memberikan pengajian dan ceramah dari masjid ke masjid di Jalur Gaza.

Syeikh Najjar turut merentasi jalan dakwah dan jalan jihad yang lama bersama Syeikh Ahmad Yasin. Beliau bersama Syeikh Ahmad Yasin telah mengasaskan penubuhan Universiti Islamiah di Gaza, turut mengasaskan juga Yayasan Akademi Islam, Yayasan Kebajikan Ar-Rahmah dan hospital Dar As-Salam di Khan Younis.

Pada era tahun 1950, 1960 dan 1970 kurun lepas, as-syahid adalah anggota Badan Utama Ikhwan Muslimin di Semenanjung Gaza dan beliau juga adalah salah seorang pemegang amanah Universiti Islamiah sejak 10 tahun lepas sehinggalah saat peninggalannya.

Sepanjang hidup beliau, Haji Muhammad Najjar pernah dibicarakan oleh mahkamah tentera penjajah(Israel/rejim zionis) pada tahun 1980 dan awal 1990. Rumah as-syahid pernah dijadikan tempat perkumpulan Majlis Shura Ikhwan Muslimin di Semenanjung Gaza dalam masa berbelas-belas tahun yang lalu meskipun terpaksa melalui keadaan yang cukup sukar.

As-syahid juga dikenali sebagai simbol kerja kebajikan di Khan Younis. Sebelum akhir hayat, beliau menyandang Pengerusi Lembaga Yayasan Kebajikan Ar-Rahmah.

Beliau juga pernah menganggotai rejimen tentera Palestin sebaik sahaja Palestin berada dibawah mandat British pada 40an, kemudian pada awal tahun 1947, beliau keluar dari rejimen tentera Palestin dan berada di Mesir selama 7 bulan. Ketika itu, beliau bersama pemimpin dan pengasas Jamaah Ikhwan Muslimin.

Pada 3 bulan yang lalu, Haji An-Najjar menghidap penyakit sehinggalah hayat beliau berakhir pada pagi ini, 11 November 2011 bersamaan 6 Zulhijjah 1432. Menurut SAFA, jenazah beliau akan diiringi dari Masjid Al-Kabir di pertengahan bandar Khan Younis ke tanah perkuburan selepas waktu asar hari ini.

Haji Najjar memiliki 9 orang anak, 5 lelaki dan 4 orang perempuan.

Mursyid Am IM Mesir, Dr. Muhammad Badi menyampaikan ucapan takziah kepada rakyat Arab, dunia Islam dan Ikhwanul Muslimin di seluruh penjuru dunia serta kepada rakyat Palestin atas pemergian Syeikh Muhammad Najar.

Dr. Muhammad Badi menjelaskan, Syeikh Najar merupakan tokoh yang hidupnya penuh dengan perjuangan dan pengorbanan demi membela rakyat Palestin dan permasalahannya, mendukung perjuangan, membela persoalan umat Arab dan Islam seluruhnya.

Sementara itu, Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyah bercerita bahawa keputusan-keputusan terkini dan perkembangan terbaru dalam sejarah gerakan Islam banyak dilakukan di rumah Syeikh Najar. Bahkan pertemuan besar antara gerakan Islam dan jamaah ikhwan diadakan di rumah beliau. “Syaikh Najar merupakan seorang tokoh yang tawadhu’, banyak membina kader dan menjadi pembimbing bagi mereka,” ungkap Haniyah.

0 comments:

Post a Comment

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

There was an error in this gadget

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah