Tuesday, June 04, 2013

Ada sebuah kisah benar, menyayat hati tapi penuh inspirasi yang dikongsikan oleh Syeikh Khalid ar-Rasyid. Kisah seorang pemuda yang suka berpoya-poya. Walaupun ketika isterinya sedang sarat mengandung, dia tidak peduli hal itu. Yang penting dia mahu bergembira bersama teman-temannya. Menghabiskan malam-malamnya dengan berpeleseran bersama kawan-kawan sekufunya.
Satu malam, ketika ada seorang buta berjalan disisinya, pemuda itu dengan sengaja menyadung kaki sang buta. Lalu terjatuhlah sang buta. Semua kawan-kawannya bergelak ketawa melihat aksi lucu itu. Pemuda itu rasa bangga, dapat membuatkan kawan-kawannya gembira.
Satu saat, sudah sampai masa isterinya mahu melahirkan anak. Di hospital, pemuda itu menunggu sehingga lelah. Tiada lagi berita kelahiran anak sulungnya. Lantas dia pulang ke rumah sahaja. Bosan menunggu terlalu lama. Di rumah, dia menerima panggilan dari hospital. Isterinya selamat bersalin. Bergegas ke hospital, hati gembira, cahaya mata yang ditunggu telah tiba. Namun kegembiraannya hanya seketika. Doktor mengesahkan anaknya mengalami cacat yang parah di kedua matanya, dan kesannya, anak itu tidak boleh melihat.
Pemuda itu hanya mampu menundukkan kepala, merasa runtuh. Pertama kali yang terbesit di pemikirannya adalah bayangan orang buta yang telah dia sadung kakinya sehingga jatuh dan menjadi bahan tertawaan orang.
Maha Suci Allah, siapa yang perbuat, dia akan mendapat. Beberapa saat, pemuda itu kebingungan. Beban ini terlalu berat untuk dipikulnya.
Kemahuan Mahu Berubah akan Hadir Jika Mahu
Kita berhenti seketika dengan kisah ini. Saya ingin bertanyakan pada anda. Pada saat sebegini, apakah sang pemuda itu akan berubah? Apakah dengan peristiwa yang telah Allah SWT berikan ini, pemuda itu mahu berubah? Adakah dia sudah menemui penyebab kemahuan untuk berubah?
Kemahuan mahu berubah boleh kita miliki. Terkadang ia datang dari pengalaman kehidupan. Terkadang dari peristiwa-peristiwa yang kita tempuhi. Terkadang dari sebuah pesanan, ungkapan mahupun teguran. Terkadang dari sebuah pemerhatian dan pembacaan. Namun ramai kalangan kita tidak juga mahu mengambil pelajaran. Lalu terus terperosok dalam kegagalan. Sukar mahu berubah menuju kepada lebih ber”tuah”.
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)? (al-Qamar: 17)
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (ar-Ra’ad: 11)
Peringatan Allah SWT:
Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): “Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka Jahannam dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)“. (As-Sajdah: 13)
Kembali kita kepada kisah pemuda tadi. Kehadiran cahaya matanya yang buta tidak dipedulikan. Peristiwa ini tidak mencetuskan kemahuannya untuk berubah dan bersyukur. Pemuda itu tidak memperhatikan anaknya. Anak yang buta itu diberi nama Salim. Dia membuat Salim seolah tiada di rumah. Isterinya hanya mampu bersabar dengan sikap suaminya. Setelah Salim berusia setahun, dia mulai berjalan, tapi ternyata kakinya pincang. Dada pemuda itu semakin bertambah sesak. Salim tidak habis-habis menyusahkan dirinya.
Malam-malam pemuda itu tetap sama. Dihabiskan diluar bersama kawan-kawannya. Isterinya tetap sabar, tidak pernah putus asa meluruskan suaminya, berdoa agar suaminya mendapat hidayah. Pemuda itu berterusan tidak memperdulikan Salim. Sehinggalah Salim berumur 10 tahun.
Engkau Tidak Buta, Tetapi Akulah Yang Buta
Pada suatu hari Jumaat, pemuda itu terbangun sekitar jam 11 pagi. Sepatutnya dia ke masjid menunaikan solat Jumaat, namun dia malas. Dia mahu mengisi undangan ke sebuah majlis keraian. Diapun mula bersiap. Setelah itu melewati ruang tamu, tiba-tiba dia terhenti seketika di hadapan Salim yang sedang menangis. Inilah kali pertama dia merespon tangisan Salim sejak Salim kecil. Sudah sepuluh tahun pemuda itu tidak pernah menoleh peduli kepada Salim, anaknya sendiri. Dia cuba berbuat tidak endah, tapi entah kenapa, hari ini dia tidak mampu.
Buat pertama kalinya, pemuda itu bertanya pada anaknya, “Salim, kenapa engkau menangis.” Ketika dia mendengar suara ayahnya, dia seolah-olah ketakutan dan meraba-raba tangan sekelilingnya. Mungkin Salim terkejut mendengar suara ayahnya berbicara padanya.
Salim menangis. Dia sebenarnya mahu segera ke masjid. Dia tidak mahu kelewatan ke masjid dan khuatir tidak mendapatkan tempat di saf pertama. Sang ayah ini terkejut yang amat sangat. Hati pemuda ini mula lembut sambil memerhatikan telatah Salim.
“Salim jangan sedih, ayah akan menghantar kamu ke masjid. Salim menangis dan menyangka ayahnya sekadar mahu mempermainkannya. Pemuda itu sudah melupakan undangan majlis yang hendak dihadirinya. Hatinya tekad mahu membawa Salim ke masjid.
Kedua mereka mula berjalan ke masjid. Pemuda itu berjalan di sisi anaknya buat pertama kali. Suatu perasaan yang tidak pernah dirasainya telah hinggap disanubarinya. Dia merasa betapa kecilnya dirinya dan betapa besarnya dosanya. Dia tidak ingat bila kali terakhir dia melangkah kakinya masuk ke masjid. Dia mula merasai kesesalan atas apa yang telah dia lalaikan sejak beberapa tahun lalu.
Masjid penuh sesak, tetapi menghairankan, ada satu tempat kosong di saf pertama yang khusus disiapkan untuk Salim. Setelah solat selesai, Salim meminta mushaf Al-Quran dari ayahnya. Pemuda itu tergamam seketika. Dia merasa aneh. Bagaimana anakku ini mahu membaca, sedangkan dia buta? Pemuda itu mengambil mushaf Al-Quran, Salim meminta ayahnya membukakan surah al-Kahfi. Setelah ditemui surah itu, dia menyerahkan mushaf itu kepada Salim. Salim mulai membaca surah al-Kahfi dengan mata yang terpejam.
Ya Allah! Salim hafal surah al-Kahfi dengan lengkap. Pemuda itu merasa malu. Tangan pemuda itu mula membuka mushaf Al-Quran. Dia merasakan sendi-sendinya bergetar. Dia mula membaca dan membaca. Pemuda itu mula berdoa kepada Allah, semoga Allah mengampuninya dan memberinya hidayah. Dia sudah tidak mampu menguasai dirinya dan dia mula menangis teresak-esak di tengah masjid tersebut. Dia tidak sedar airmatanya deras mengalir, kecuali ketika tangan-tangan kecil menyentuh wajahnya dan mengesat airmatanya. Dia adalah Salim. Sang ayah ini memeluk anak kecil itu seeratnya dan memandangnya. Hatinya berkata; “Bukan kamu yang buta, sebaliknya akulah yang buta. Sehingga aku terlena mengikuti kawanku yang menjerumuskanku ke neraka.”
Berani berubah, akhirnya, pemuda tadi sudah menemukan seruan kemahuan untuk berubah. Kemahuan dari dalam dirinya sudah muncul bahawa dia sudah tersalah jalan. Dia perlu kembali kepada Allah. Kemahuan berubah sudah tercetus, melalui peribadi Salim, anaknya sendiri yang telah 10 tahun tidak dia pedulikan, kini dia sudah menemui perasaan baru, kemahuan mahu berubah. Dan dalam kisah ini, pemuda ini telah berubah menjadi pemuda dan sang ayah yang soleh lagi bertanggungjawab dengan izin Allah SWT.
Sebenarnya, kita bukan sahaja belajar bagaimana pemuda itu menemui kunci kemahuan yang mendorongnya untuk berubah. Tetapi kita juga boleh belajar dari kesetiaan dan kesabaran isterinya yang telah sekian lama punya kemahuan untuk tetap bersabar dan mengharap kepada Allah. Walau seberat mana ujian yang ditempuhi, wanita itu punya kemahuan tinggi positif dengan Allah SWT. Kemahuan tinggi tetap yakin bahawa Allah akan memberi petunjuk kepada suaminya. Berani berubah, maka teladanilah dia wahai para wanita solehah akan sosok hebat wanita dan sang isteri dalam kisah inspirasi ini.
Bagaimana pula dengan anda wahai para pembaca sekalian. Masih belum menemui titik tolak pencetus kemahuan anda untuk mahu berubah menjadi lebih baik. Jika masih belum, taubat segera, mohon lagi dengan Allah SWT. Jangan pernah berhenti walau terpaksa menunggu 10 tahun lamanya baru beroleh rasa kemahuan mahu berubah total!

Taubat: Engkau Tidak Buta, Tetapi Akulah Yang Buta

Wednesday, May 22, 2013

Cinta Adalah Anugerah. Cinta adalah perasaan yang dianugerahkan oleh Allah SWT sepertimana perasaan yang lain iaitu suka, benci, marah dan sebagainya. Perasaan cinta boleh membawa kebahagiaan jika betul pengendaliannya dan boleh mengundang kerosakan sekiranya salah diurus.

Menurut Imam al-Ghazali, cinta itu adalah kecenderungan jiwa yang amat kuat dalam diri seseorang kepada sesuatu atau seseorang yang lain yang boleh memberikan kelazatan, manfaat dan sangat serasi dengan fitrahnya (tabiat). Ia adalah tarikan pemikiran, kesudian dan kecenderungan kepada sesuatu yang disukai.

Islam meletakan cinta sebagai asas penting dalam kehidupan. Allah SWT berfi rman yang bermaksud:

“ Orang yang beriman itu sangat kuat kecintaannya kepada Allah SWT.” ( Al-Baqarah (2) : 165)

Rasulullah SAW menyatakan tiga perkara yang membolehkan seseorang berasa manisnya iman, iaitu apabila dia mencintai Allah dan Rasul lebih daripada yang lain, mencintai seseorang hanya kerana Allah dan benci untuk kembali kepada kekafi ran seperti dia tidak suka dilemparkan ke dalam neraka. Justeru, kemanisan dankelazatan cinta yang sebenar adalah berasaskan kepada keimanan dan keyakinan hanya sanya kepada Allah SWT.

Cinta Hakiki Cinta Tertinggi
Cinta yang tertinggi yang diiktiraf oleh Islam ialah cinta bersih dan suci kepada Yang Maha Pencinta iaitu Allah SWT. Inilah cinta yang utama, terpenting dan asasi di dalam jiwa manusia. Kemuliaan cinta terletak pada keikhlasan individu yang terbabit dalam perasaan yang murni ini dan bagaimana ia menghubungkan
kecintaan dengan keimanannya terhadap Allah SWT. Cinta kepada Allah SWT merupakan tujuan setiap
orang mukmin yang boleh mendorong untuknya taat, patuh dan berubudiyah kepada Allah SWT.

Sebenarnya, cinta inilah yang paling terjamin yang akan membawa seseorang manusia itu kepada kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia
dan di akhirat. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah: “Jika kamu(benar-benar) menyintai Allah SWT, ikutilah aku, nescaya Allah SWT akan mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah SWT Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Ali ‘Imran (3) : 31)

Cinta seorang mukmin kepada Allah SWT mengungguli cinta kepada segala sesuatu dalam kehidupan ini, baik cinta terhadap diri sendiri, ibu bapa, isteri, anak-anak, kaum kerabat, sahabat handai dan sebagainya. Apabila kita mencintai Allah SWT, hakikatnya kita akan memiliki segala-galanya. Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Katakanlah jika ayahayah, anak-anak, saudarasaudara, isteri-isteri kaum keluargamu, harta kekayaan
yang kamu usahakan,perniagaan yang kamu khuwatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah SWT, dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah SWT mendatangkan keputusannya- Nya. Dan Allah SWT tidak memberikan petunjuk kepada orang yang fasiq.”(At-Taubah (9) : 24)

Oleh Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman 

Orang Beriman, Sangat Kuat Kecintaannya

This entry was posted in :
'

InsyaAllah marilah kita mempertingkatkan kemuliaan hidup kita dengan menjauhi sikap boros dalam menguruskan nikmat dan rezeki yang Allah berikan. 

“Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan.” (Al Isra’: 26-27).

Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Abbas mengatakan, “Tabdzir (pemborosan) adalah menginfakkan sesuatu bukan pada jalan yang benar.”

Mujahid mengatakan, “Seandainya seseorang menginfakkan seluruh hartanya dalam jalan yang benar, itu bukanlah tabdzir (pemborosan). Namun jika seseorang menginfakkan satu mud saja (ukuran telapak tangan) pada jalan yang keliru/tidak jelas/sesat, itulah yang dinamakan tabdzir (pemborosan).”

Qotadah mengatakan, “Yang namanya tabdzir (pemborosan) adalah mengeluarkan nafkah dalam berbuat maksiat pada Allah, pada jalan yang keliru dan pada jalan untuk berbuat kerosakan.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 8: 474-475).

Ibnul Jauzi berkata bahawa yang dimaksud boros ada dua pendapat di kalangan para ulama:
1.  Boros bererti menginfakkan harta bukan pada jalan yang benar. Ini dapat kita lihat dalam perkataan para pakar tafsir yang telah disebutkan di atas.
2.  Boros bererti penyalahgunaan dan bentuk membuang-buang harta. Abu ‘Ubaidah berkata, “Mubazzir (orang yang boros) adalah orang yang menyalahgunakan, merosak dan menghambur-hamburkan harta.” (Zaadul Masiir, 5: 27-28)

Disebut Saudara Syaitan
Ibnu Katsir rahimahullah mengatakan, “Allah ingin membuat manusia menjauhi sikap boros dengan mengatakan: “Dan janganlah kamu menghambur-hamburkan (hartamu) secara boros. Sesungguhnya pemboros-pemboros itu adalah saudara-saudara syaitan”. Dikatakan demikian kerana orang yang bersikap boros menyerupai Syaitan dalam hal ini.

Ibnu Katsir juga mengatakan, “Disebut saudara Syaitan kerana orang yang boros dan menghambur-hamburkan harta akan mengantarkan pada meninggalkan ketaatan pada Allah dan terjerumus dalam maksiat.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, 8: 475)

Dalam tafsir Jalalain disebutkan bahawa orang yang boros, mereka telah mengikuti jalan Syaitan sehingga disebut dalam ayat mereka adalah saudara Syaitan. (Tafsir Al Jalalain, 294)

Syaikh As Sa’di rahimahullah mengatakan, “Orang yang boros disebut temannya Syaitan kerana Syaitan tidaklah mengajak selain pada sesuatu yang tercela. Syaitan mengajak manusia untuk hidup boros atau berlebih-lebihan. Padahal Allah memerintahkan kita untuk bersikap sederhana dan pertengahan (tidak boros dan tidak terlalu berkira). Sebagaimana Allah Ta’ala berfirman,

"Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian." (Al Furqan: 67).

Apa Itu Boros?

Thursday, May 16, 2013

Tiada kata mampu aku luahkan
Buat para guruku yang telah berjasa
Tika dahulu aku hanya seorang murid...
Aku masih ingat, saat kau mengajarku...
Saat kau menegurku,
Saat kau membimbingku
Saat kau memarahiku
Saat kau merotanku
Saat kau memanggil namaku dengan senyuman
Saat kau membakar semangat jiwaku
Saat kau memberi hadiah pada hari kejayaanku
Saat kau berkata..Razali..anda boleh lakukan
Saat kau menghulurkan wangmu demi melihat aku berdiri waja
Apapun jasamu tidak mampu ku balasi
Hanya mendoakan kesejahteraanmu
Moga diberkahi tiap langkah dan perjuanganmu
Wahai para guru yang telah mengajarku
Terima kasih selautan budi

Abu Ridhwan
16 Mei 2013
Ibu Bapaku Guru Terbaikku

Buat guru-guruku:
Tadika Ulu Beranang
SK Ulu Beranang
SK Dato' Klana Putra
SMK Dato' Klana Putra
Pensyarahku UiTM Arau dan Shah Alam
Guru Mengaji Quranku
Murabbi-murabbiku

Puisi: Selamat Hari Guru

Tuesday, May 14, 2013

Saya memandang bahawa perlu kita mengingatkan tentang persoalan Ramadhan, kerana kita sekarang berada di ambang pintu Ramadhan dan hampir menyibukkan diri dalam kewajiban-kewajiban kita di dalamnya.

Ramadhan adalah bulan :

Barakah.
Rahmat.
Kebahagiaan.

Betapa perlunya manusia merenung sejenak untuk bersiap-siap menyambutnya disebabkan oleh saratnya kebaikan-kebaikan didalamnya.

Ia merupakan bulan yang dihormati di masa jahiliah dan ketika Islam datang, ia semakin dihormati dan dimuliakan.

Di bulan ini, Allah SWT menurunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia. Betapa perlunya kita menenangkan dan menyedarkan jiwa tentang hak Ramadhan sebelum menemuinya.

Ikhwan sekalian ;

Bulan Ramadhan adalah bulan :

Permohonan.
Munajat.
Hidayah.
Petunjuk kebenaran.
Hendaklah orang yang berpuasa menggembeling diri di dalamnya dan menjauhkannya dari urusan dunia, agar kemanusiaannya meningkat dan bersambung dengan Rabbnya.

Banyak hadits yang menarik manusia agar memperhatikan :

Keutamaan bulan ini.
Ketinggian kedudukannya.
Kemuliaan hari-harinya.
Besarnya nilai taubat di dalamnya.

sehingga ianya akan memacu kaum muslimin untuk menyiapkan diri menemuinya serta menyedari bahawa perniagaan di dalamnya pasti mendatangkan keuntungan.

Waktu-waktu yang akan berlalu di dalamnya sangat berharga dan kesempatan yang ada merupakan kesempatan emas.

"Wahai pencari kejahatan berhentilah dan wahai pencari kebaikan kemarilah!"
Hendaklah kaum muslimin mengingatkan diri mereka dengan sabda Nabi saw :

“Tiada hari yang menyinsing fajar padanya kecuali berseru, 'Hai anak Adam, aku adalah makhluk baru yang menyaksikan amal perbuatanmu. Maka ambillah bekalan dariku, kerana aku tidak akan kembali sehingga ke hari kiamat.”

(Imam as Syahid Hasan Al Banna)

Rindu Hati Ini: Mind Setting Menanti Ramadhan (1)

Tuesday, May 07, 2013

Lima Topik Perbahasan Dalam Surah
           
Dr. Wahbah al-Zuhailiy (2007) dalam bukunya Tafsir al-Munir (Juzuk Amma), menjelaskan secara terperinci tentanglima topik perbahasan utama dalam Surah al-Ma’un.   Antaranya dinyatakan secara ringkas seperti  dalam gambar rajah berikut:

1. Golongan Pendusta Hari Pembalasan

2. Sifat-sifat Pendusta Hari Pembalasan

3. Kepentingan Menjaga Solat

4. Keikhlasan Tunjang Ibadat

5. Bantu membantu Asas Perpaduan

1. Golongan Pendusta Hari Pembalasan 
Allah memulakan ayat pertama dalam surah al-Ma’un dengan gaya bahasa “istifham” atau  teknik soalan iaitu  { ارءيت  }. Allah S.W.T. mahu mengetengahkan persoalan dan menunjukkan kehairanan serta keanehan terhadap sikap manusia. Iaitu golongan yang mendustakan hari pembalasan atau hari kiamat. Manusia yang tidak percaya kepada hari pembalasan adalah contoh golongan manusia yang rugi. Mereka mengkufuri Allah, agama dan segala nikmat-nikmaNya. Antara faktor utama yang menyebabkan perkara ini berlaku adalah kerana:

- Keasyikan dan kenikmatan hidup di dunia serta godaannya yang melalaikan manusia. Perkara ini berlaku kerana manusia terlalu mementingkan soal-soal duniawi serta kurang pula menunaikan kewajipan mereka kepada Allah S.W.T.

- Syaitan sentiasa menghasut dan membisikkan ke dalam hati manusia supaya mengelakkan diri daripada melakukan perintah Allah S.W.T. dan syaitan sentiasa inginkan manusia lalai daripada beribadat kepadanya.

- Sifat manusia itu sendiri yang angkuh dan bongkak untuk menerima kebenaran, tunduk serta mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

- Tidak kurang juga wujudnya segolongan manusia yang menggesa orang lain ke arah kejahatan dan menjauhi kebajikan.

2. Sifat-sifat Pendusta Hari Pembalasan
Siapakah golongan yang mendustakan hari pembalasan? Persoalan itulah yang cuba diajukan oleh Allah S.W.T. dalam ayat pertama lagi. Jawapan bagi persoalan tersebut terjawab dalam ayat kedua dan ketiga. Antara sifat manusia yang mengingkari dan mendustakan hari pembalasan ialah:

- Manusia yang suka mengherdik anak-anak yatim { فَذَلِكَ الَّذِي يَدُعُّ  الْيَتِيمَ}  Mereka menghalau, menafikan hak, menindas dan menganiaya anak-anak yatim tanpa rasa belas kasihan. Anak-anak yatim sepatutnya dibantu dan dikasihani kerana mereka adalah golongan yang kematian bapa mereka sebelum usia baligh. Dalam keadaan sedemikian anak-anak yatim ini tida tempat bergantung dan mengharapkan bantuan.

- Manusia yang tidak menggalakkan manusia lain memberi makan kepada fakir miskin { وَلا يَحُضُّ عَلَى طَعَامِ الْمِسْكِينِ }. Golongan kedua ini tidak suka menggalakkan orang lain bersedekah makanan dan minuman kepada golongan miskin dan mereka yang memerlukan bantuan dan keperluan harian. Ini kerana sifat bakhil dan keengganan mereka mengakui hari pembalasan. Golongan yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah golongan kaya dan berada tetapi bersifat bakhil untuk bersedekah dan juga tidak menggalakkan orang lain untuk bersedekah. Sekiranya ada orang Islam yang tidak menggalakkan, menyekat atau pun memandang rendah perbuatan memberi sedekah kepada orang miskin, maka dia tergolong dalam golongan orang yang mendustakan agama.

3. Kepentingan Menjaga Solat
Golongan yang lalai dalam solat dinyatakan oleh Allah S.W.T dalam ayat keempat dan kelima dalam surah al-Ma’un. Antara lain Allah menyebut dalam ayat keempat { فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ } dan  ayat kelima { الَّذِينَ هُمْ عَنْ صَلاتِهِمْ سَاهُونَ } . Allah S.W.T. mengancam dengan balasan neraka al-Wail atau kecelakaan besar dan kebinasaan terhadap mereka yang lalai dalam menunaikan kewajipan bersolat. Antara kelalaian yang dalam solat yang disebutkan itu ialah:

- Kelalaian dalam melaksanakan ibadat dengan sempurna berlandaskan syariat Islam seperti tidak menyempurnakan rukun-rukun solat atau syarat-syarat sah solat dan sebagainya.

- Kelalaian untuk melaksanakan solat pada waktunya. Sebaliknya melewat-lewatkan solat hingga hampir tamat waktunya, atau menunaikan solat sambil lewa sahaja iaitu mereka menunaikan solat dalam keadaan malas. Sebagaimana firman Allah S.W.T.  dalam surah al-Nisa’ : 142: Maksudnya:

“Apabila mereka berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas”.

- Kelalaian untuk khusyuk dalam solat kerana tidak memahami isi kandungan solat tersebut seperti makna ayat-ayat al-Quran, tasbih dan zikir yang diucapkan dalam ibadat tersebut. Ertinya kita tidak khusyuk semasa menunaikan solat. Ia dianggap lalai dan leka dalam solatnya. Maksudnya:

"kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu (dengan melakukan maksiat);"

4. Keikhlasan Tunjang Ibadat
 Keikhlasan adalah tunjang dalam semua jenis ibadat. Kita mestilah sentiasa ikhlas dalam beribadat, jangan sekali-kali riak dan bertujuan menunjuk-nunjuk. Dalam ayat keenam surah al-Ma’un ini, Allah S.W.T. menjelaskan tentang keburukan sifat-sifat golongan Munafiqin yang melakukan ibadat dengan riak     { الَّذِينَ هُمْ يُرَاءُونَ }. Mereka ini dikatakan golongan yang menunaikan solat semata-mata untuk menunjukkan keimanan mereka kepada khalayak ramai. Apabila orang Islam tidak ada mereka akan meninggalkan solat mereka dan kembali kufur.

 Sememangnya amat sukar untuk menghindari perasaan riak kecuali orang yang suka mendisiplinkan diri dan mengasuhnya agar bersifat ikhlas. Sabda Rasulullah s.a.w. 

      ( الرياء  أخفى  من  دبيب  النملة  السوداء  في  الليلة المظلمة  على  المسح الأسود )        

Maksudnya:
Riak itu lebih sukar dikesan daripada semut hitam yang kecil, di malam yang gelap, di celah-celah cemara rambut yang hitam.

5. Memberi Bantuan
 Ayat terakhir surah al-Ma’un ditujukan kepada orang-orang yang enggan memberi pertolongan sesama manusia. Ianya salah satu lagi sifat keji golongan Munafiqin. Mereka tidak mahu membantu orang lain dan tidak menggalakkan budaya bantu membantu sesama manusia.

Sikap bantu membantu di kalangan masyarakat adalah asas perpaduan umat sejagat.  Sikap bantu membantu seharusnya diterapkan dalam kehidupan masyarakat. Bagi membentuk dan membina kehidupan umat manusia yang luhur, mereka perlu hidup dalam perasaan yang bersih dari sifat-sifat keji, saling bantu membantu, murah hati, kasih mesra, rasa persaudaraan, kesucian hati dan tingkah laku yang bersih.

Sebagaimana firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 2:

Ertinya : “Bertolong-menolonglah kamu dalam perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam perkara dosa dan pemusnahan."

Usrah Mingguan: Kajian Surah al-Ma'un (2)

1. Tahukah Engkau akan orang Yang mendustakan agama (meliputi hari pembalasan)?
2. orang itu ialah Yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim                   
3. dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan Yang berhak diterima oleh orang miskin.
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan       agama), maka  Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang -
 5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya;
 6. (juga bagi) orang-orang Yang berkeadaan riak (bangga diri Dalam Ibadat dan bawaannya),
 7. dan orang-orang Yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang Yang berhak                mendapatnya).

(Surah al-Ma'un:1-7)

Huraian:

Dalam sesetengah riwayat surah al-Ma’un diturunkan di Mekah. Dan dalam      setengah riwayat yang lain surah ini diturunkan di Mekah dan di Madinah. Iaitu tiga ayat yang pertama diturunkan di Mekah dan empat ayat terakhir diturunkan di Madinah. Riwayat yang terakhir adalah riwayat yang terkuat.

Surah ini berbeza dengan surah-surah yang lain kerana ia dimulakan dengan satu pertanyaan (أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ َ ) “Tahukah Engkau orang yang mendustakan agama?”. Dengan demikian, surah ini terasa lebih menarik kerana menimbulkan perasaan ingin tahu dalam hati orang yang pembaca. Pertanyaan yang dikemukakan di dalam ayat ini membuatkan pembaca tertarik untuk membaca lebih lanjut lagi siapakah mereka yang mendustakan agama.

 Isi kandungan surah ini menjelaskan mengenai orang-orang yang mendapat kecelakaan kerana mendustakan agama dan hari pembalasan. Sifat-sifat mereka dijelaskan dengan terperinci.  Antara lain tentang membentak anak yatim, tidak mahu mendorong manusia untuk memberikan makanan kepada orang miskin, orang yang bersembahyang dengan hati dan jiwa yang lalai, tidak merasakan kebesaran Allah, tidak menunaikan sembahyang dengan khusyuk dan memahami maksudnya, serta tentang orang yang tidak mahu memberikan pertolongan kepada sesama mereka.

Syeikh Dr. Wahbah Az-Zuhaily (2007), surah ini dinamakan al-Ma’un kerana di penghujungnya  (ayat Madaniyyah) Allah mencela orang-orang yang enggan memberi pertolongan. Firman Allah S.W.T.: (  وَيَمْنَعُونَ الْمَاعُونَ )“Dan (mereka) enggan memberi pertolongan”. (al-Ma’un, 107 : 7). Mereka sama seperti orang-orang lalai terhadap sembahyang dan orang-orang munafik. Perkataan al-Ma’un bermaksud benda-benda yang boleh dipinjam oleh seseorang jiran daripada jirannya seperti alat-alat untuk memasak; contohnya periuk, garam atau air. Alat-alat bercucuk tanam seperti baldi dan kapak. Alat-alat menjahit seperti jarum, benang dan benda-benda lain yang boleh dipinjam dan digunakan dengan segera. Surah ini juga dinamakan al-Din kerana pada permulaannya (berupa ayat Makkiyyah), Allah menyelar golongan yang mendustakan “al-Din” atau pembalasan di akhirat.

Sebab-sebab Turun Ayat
                                                       
Firman Allah {  أرءيت الذي  يكذب  بالدين} yang bermaksud :“Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?” (al-Ma’un, 107 : 1). Terdapat pelbagai pendapat yang menyatakan tentang sebab turunnya ayat tersebut. Menurut Ibnu ‘Abbas , ayat ini diturunkan kepada al-‘As bin Wa’il  al-Sahmi. Al-Sauddi berkata, diturunkan kepada al-Walid bin al-Mughirah. Ada yang berpendapat ia diturunkan kepada Abu Jahal. Ini kerana beliau adalah seorang penyelia anak yatim. Pada suatu hari dalam keadaan tidak berbaju anak yatim itu datang meminta sedikit daripada hartanya kepada Abu Jahal. Mendengar permintaan tersebut, Abu Jahal menolak anak yatim tersebut.

Manakala Ibnu Juraij berkata, ayat ini diturunkan kepada Abu Sufian. Menurut riwayat, Abu Sufian menyembelih unta setiap minggu. Maka datanglah anak yatim meminta sebahagian daripadanya. Abu Sufian bertindak mengetuk anak yatim tersebut dengan tongkatnya, lalu Allah pun menurunkan ayat ini أَرَأَيْتَ الَّذِي يُكَذِّبُ بِالدِّينِ  . Allah S.W.T. menurunkan ayat dalam bentuk tanda tanya (istifham), menunjukkan kehairanan dan keanehan terhadap sikap manusia. Manusia seolah tidak percaya kepada hari pembalasan. Golongan ini adalah golongan manusia yang rugi.

Bagi firman Allah {  فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّينَ} yang bermaksud :“Maka celakalah orang-orang yang sembahyang” (al-Ma’un, 107:4). Diriwayatkan oleh Ibnu al-Munzir daripada Ibnu Abbas mengenai ayat tersebut, beliau berkata: “Diturunkan kepada orang-orang munafik. Mereka mempamerkan ibadat sembahyang mereka kepada orang-orang Islam bila bersama mereka. Tetapi meninggalkan ibadat tersebut apabila orang-orang Islam tidak ada bersama mereka. Mereka juga tidak suka memberi pertolongan atau meminjamkan sesuatu kepada orang lain.

Allah S.W.T.  menurunkan ayat ini untuk menyatakan tentang kerugian terhadap orang-orang munafik yang riak dalam sembahyang mereka. Jika mereka sembahyang , mereka tidak mengharapkan ganjaran pahala sebaliknya menunjuk semata-mata tentang keimanan mereka kepada orang-orang Islam. Sebaliknya, sekiranya mereka tidak bersama orang-orang Islam mereka lalai daripada melakukan sembahyang sehingga luput waktu. Sebab itulah Allah S.W.T. menyatakan celaka bagi orang-orang yang sembahyang iaitu bagi mereka yang sembahyang kerana riak.

Bersambung...

Usrah Mingguan: Kajian Surah al-Ma'un (1)

Monday, May 06, 2013

Di Jalan Dakwah..... Aku Mengenal Tarbiyah...

Di Jalan Dakwah ini kehidupanku berubah menjadi lebih bermakna...

Di Jalan Dakwah ini aku bercita untuk mengikuti perjuangan Nabi SAW dan para sahabatnya...

Di Jalan Dakwah ini aku mengenal para murabbi yang jujur untuk didampingi

Di Jalan Dakwah ini aku dambakan syurga Ilahi dan syahid...

Di Jalan Dakwah ini aku mengerti makna ukhwah di jalan Islami...

Di Jalan Dakwah ini aku merindukan taubat dan petunjuk Ilahi...

Di Jalan Dakwah ini aku terdorong membangunkan potensi dan kekuatan diri...

Di Jalan Dakwah ini aku belajar erti perjuangan dan jihad

Di Jalan Dakwah ini aku garap citaku membangunkan jiwa anak bangsa dan umat...

Di Jalan Dakwah ini setiap langkah jadi bermakna...

Di Jalan Dakwah ini aku mencintai isteriku tercinta...

Di Jalan Dakwah ini aku membina keluarga dakwahku...

Dan Di Jalan Dakwah ini aku bertebaran dengan visi dan misi Ilahi...

Allahu Rabbi, Dakwah telah memberiku lebih banyak dari apa yang seharusnya aku beri....

Ya Allah, semoga aku mampu istiqamah di Jalan Dakwah ini dan jangan biarkan aku meninggalkan Jalan Dakwah tanpa sesal di dada...

Abu Ridhwan, 6 Mei 2013, Kuantan Pahang.

Di Jalan Dakwah Aku Mengenal Tarbiyah

Monday, January 14, 2013

Anda pernah makan durian Musang King? Memang terbaik. Saya ada menerima tawaran menarik.. [Up to 55% Off] 800g OR 1.6kg Premium Musang King Durian: De-shelled and Vacuum Packed from RM58. Delivery within the Klang Valley Available.. :-) 

Kalau durian pun kini diperniagakan melalui internet, bagaimana dengan dakwah islamiyyah? Sudahkan kita berusaha sampaikan disekitar kita walaupun dgn satu ayat? Sudahkah dakwah ini sampai ke setiap penjuru?
Apakah FB kita berdakwah? Apakah blog kita berdakwah? Apakah gelaran mahasiswa kita menjadikan kita mahasiswa alim dengan ilmu dan mujahid dengan dakwah, lalu kita men'jual' dakwah ini dengan penuh kesungguhan dan kreatif? Apakah kerjaya dan kedudukan kita, kita gunakan untuk dakwah? Apakah akhlak dan tuturkata kita sedang berdakwah? Apakah pergaulan seharian kita sedang berdakwah? Durian Musang King diperdagangkan orang seantero Klang valley, tapi dakwah Islam tidak mampu kita sebarluaskan?

Atau kita rasa tidak teruja dengan bisnes dakwah.. Allah berfirman di dalam al-Quran ayat 10-11 Surah as-Soff:

10. Wahai orang-orang Yang beriman! mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan Yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa Yang tidak terperi sakitnya?

11. Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan RasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah Dengan harta benda dan diri kamu; Yang demikian itulah Yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Dalam riwayat Ibnu Abi Hatim dari sa’id bin Jubair , bahawa ketika turut ayat ini, para sahabat berkata, “ sekiranya kami mengetahui yang dimaksudkan dengan tijarah itu, pasti kami akan ikut serta melaburkan harta benda dan keluarga kami..”.

Ayat ini mempunyai pertautan yang erat antara tuntutan iman, dakwah dan tuntutan thadhiyyah (pengorbanan). Komitmen terhadap dakwah menuntut kita menjadi pelabur dan penyumbang terbaik untuk keberlangsungan dakwah ini. Ia juga menjadi bukti iltizam kita pada Islam.

Namun realitinya, kita dapati sebahagian kita berkira-kira untuk berinvestasi (melabur) untuk kehidupan akhirat sedangkan sudah dijamin keuntungannya yang berlipat ganda. Kita selalu selektif di dalam hal menyumbang untuk urusan syurga berbeza pula ketika kita memilih tawaran untuk urusan dunia. Kita sanggup berhabis-habisan di dalam soal pelaburan dunia, mencari dana dan wang untuk memastikan kita mendapat pulangan terbaik dari projek terbesar tersebut.

Bisnes Dakwah dan Durian Musang King

Wednesday, December 12, 2012

Kita manusia biasa, perlukan cinta dan memerlukan dakwah. Bercinta dan berdakwah. Apa kayu pengukurnya? Cinta itu anugerah dari Allah, dakwah itu adalah pertanggungjawaban dari Allah jua. Bercintalah, asalkan tidak mencemari dasar dakwah dan syariah.
 
Ada sebuah kisah cinta luarbiasa yang dinukilkan oleh Syeik ’Abdullah Nashih ’Ulwan dalam Taujih Ruhiyahnya. Kisah menarik ini, atau yang sepadan dengannya juga termaktub dalam karya agung Ibnul Qayyim Al Jauziyah yang khusus membahas para pencinta dan pemendam rindu, Raudhatul Muhibbin.

Ini kisah tentang seorang gadis yang memiliki kecantikan yang luarbiasa. Dialah sang bunga di sebuah bandar yang harumnya semerbak hingga negeri-negeri tetangga. Tidak ramai yang pernah melihat wajahnya, sedikit yang pernah mendengar suaranya, dan boleh dihitung jari orang yang pernah berurusan dengannya. Dia pemilik kecantikan yang terjaga bagaikan bidadari di taman syurga.

Gadis ini tetap manusia biasa, lantas sang gadis juga memendam cinta. Cinta itu tumbuh, anehnya, kepada seorang pemuda yang belum pernah dilihatnya, belum pernah dia dengar suaranya, dan belum tergambar wujudnya dalam benak fikirannya. Hanya diketahui melalui khabaran orang. Hanya melalui cerita yang beredar. Bahawa pemuda ini tampan bagai Nabi Yusuf zaman ini. Bahawa akhlaknya suci. Bahawa ilmunya tinggi. Bahawa kesolehannya membuat rasa iri. Bahawa ketakwaannya telah berulang kali teruji. Namanya kerap muncul dalam pembicaraan dan doa para ibu yang merindukan menantu.

Gadis pujaan itu telah dilanda kerinduan sejak didengarinya dari ibu saudara berkisah tentang pemuda idaman. Tetapi begitulah, cinta itu terpisah oleh jarak, terkekang oleh waktu, tersekat oleh rasa asing dan ragu. Hingga hari itu pun tiba. Sang pemuda berkunjung ke bandar sigadis untuk sebuah urusan. Dan cinta sang gadis tidak lagi mampu menunggu. Ia telah terbakar rindu pada sosok yang bayangannya mengisi ruang hati. Meskipun tidak pasti adakah benar yang ia bayangkan tentang matanya, tentang alisnya, tentang lesung pipitnya, tentang ketegapannya, tentang ketampanan dan semuanya. Meskipun tidak pasti apakah cintanya bersambut sama.

Maka ditulisnyalah surat itu, memohon bertemu. Dan ia mendapat jawaban. ”Ya”, dari sang pemuda itu.

Akhirnya mereka bertemu di satu tempat yang disepakati. Berdua saja. Awal-awal tidak ada kata. Tapi bayangan masing-masing telah merasuk jauh menembus mata, menghadirkan rasa tidak keruan dalam dada. Dan sang gadis yang mendapati bahawa apa yang ia bayangkan tidak seberapa dibanding aslinya; kesantunannya, kelembutan suaranya, kegagahan sikapnya. Ia berkeringat dingin. Tapi diberanikannya bicara, kerana demikianlah kebiasaan yang ada pada keluarganya.

”Maha Suci Allah”, kata sigadis sambil sekilas kembali memandang, ”Yang telah menganugerahi engkau wajah yang begitu tampan.”

Sang pemuda tersenyum sambil menundukkan wajahnya. Pemuda itu mula berkata, ”Andai saja kau lihat aku”, katanya, ”Sesudah tiga hari dikuburkan. Ketika cacing berpesta membusukkannya. Ketika ulat-ulat bersarang di mata. Ketika hancur wajah menjadi busuk bernanah. Anugerah ini begitu sementara. Janganlah kau tertipu olehnya.”

”Betapa inginnya aku”, kata sigadis, ”Meletakkan jemariku dalam genggaman tanganmu.”

Sang pemuda berkeringat dingin mendengarnya. Sang pemuda itu menjawab sambil tetap menunduk memejamkan mata. ”Tidak kurang inginnya aku berbuat lebih dari itu. Tetapi cuba bayangkan, kulit kita adalah api neraka; yang satu bagi yang lainnya. Tidak berhak saling disentuhkan.Kerana di akhirat kelak hanya akan menjadi rasa sakit. Dan penyesalan yang tidak berkesudahan.”

Si gadis ikut tertunduk. ”Tapi tahukah engkau”, katanya melanjutkan, ”Telah lama aku dilanda rindu, takut, dan sedih. Telah lama aku merindukan saat aku dapat meletakkan kepalaku di dadamu yang berdegub. Agar berkurang beban-beban perasaan ini. Agar Allah menghapus kesempitan dan kesusahan.”

”Jangan lakukan itu kecuali dengan haknya”, kata si pemuda. ”Sungguh kawan-kawan akrab pada hari kiamat satu sama lain akan menjadi seteru. Kecuali mereka yang bertaqwa.”

Kita cukupkan sampai di sini sang kisah. Mari kita dengar komentar Syeikh ’Abdullah Nasih ’Ulwan tentangnya.

”Apa yang kita pelajari dari kisah ini?”,demikian beliau bertanya. ”Sebuah kisah yang indah. Sarat dengan ’ibrah dan pelajaran. Kita lihat bahawa sang Pemuda demikian fasih membimbing si gadis untuk menghayati kesucian dan ketakwaan kepada Allah.”

”Tapi”, kata beliau memberi catatan. ”Dalam kisah indah ini kita tanpa sedar melupakan satu perkara. Bahawa sang pemuda dan gadis melakukan pelanggaran syari’at. Bahawa sang pemuda mencampur adukkan kebenaran dan kebatilan. Bahawa ia meniupkan nafas dakwah dalam atmosfera yang ternoda. Dan nampaknya kita lihat dalam kisah ini sang gadis sama sekali tidak mengindahkan dakwahnya. Bahkan ia makin berani dalam kata-kata; mengajukan permintaan-permintaan yang makin meninggi tingkat bahayanya dalam pandangan syari’at Allah.” Ya. Dia sama sekali tidak memperhatikan isi kalimat da’wah sang pemuda. Buktinya, kalimatnya makin berani dan menimbulkan syahwat dalam hati. Mula-mula hanya mengagumi wajah. Lalu membayangkan tangan bergandingan, jemarinya menyatu bertautan. Kemudian membayangkan berbaring dalam pelukan. Subhanallah, bagaimana jika percakapan diteruskan tanpa batas waktu?

”Kesalahan itu”, kata Syeikh ’Abdullah Nasih ’Ulwan dengan tegas, ”Telah terjadi sejak awal.” Apa itu? ” Mereka berkhalwat! Mereka tidak mengindahkan peringatan syari’at dan pesan Sang Nabi tentang hal yang satu ini.”

Ya. Mereka berkhalwat! Bersepi berduaan.Ya. Sang pemuda memang sedang berdakwah. Tapi meminjam istilah salah seorang Akhi yang paling saya cintai dalam ’surat cinta’-nya yang masih saya simpan hingga kini, ini adalah ”Dakwah dusta!” Dakwah dusta. Dakwah dusta.

Di jalan cinta para pejuang, mari kita hati-hati terhadap jerangkap syaitan. Kerana yang nampak indah selalu harus diperiksa dengan ukuran kebenaran, ukuran berpaksikan wahyu.

Kemaruk Cinta: Hembusan Dakwah Di Atmosfera Lumpur!

Jom Sertai TeenACE Jun 2013

Pautan Tarbawi ♥

Langitilahi.Com

halaqahmuntijah

HALUANPalestin

Menyumbang Untuk Palestin

Kolej Tarbiyah Dakwah